Isu Pendatang Tanpa Izin

download Isu Pendatang Tanpa Izin

of 50

Transcript of Isu Pendatang Tanpa Izin

Realiti di sebalik isu pendatang tanpa izin Oleh Muhammad Salleh (September 2002)

Migrasi tenaga pekerja antarabangsa bukanlah sesuatu fenomena yang baru dan begitu juga dengan hipokrasi dan kempen menentang fenomena ini. Hampir kesemua negara di Asia kini menerima atau menghantar pekerja asing, terutamanya untuk memenuhi jurang kuasa tenaga pekerja dalam pekerjaanpekerjaan tertentu. Malah, pengeksportan pekerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara yang miskin, dan fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi. Pertubuhan Tenaga Pekerja Antarabangsa (ILO) kini menganggarkan bahawa terdapatnya lebih kurang enam juta pekerja dari Asia yang bekerja di luar negara, dengan jumlah yang hampir sebesar itu meninggalkan negara asal mereka tanpa izin.i Kemerosotan ekonomi di Asia Timur pada tahun 1997 dan 1998 serta pergolakan ekonomi yang berlaku sekali lagi pada tahun 2002 telah menumpukan fokus pada pekerja-pekerja asing di rantau Asia. Misalnya, pada tahun 1998, ia dianggarkan bahawa terdapatnya sejuta pekerja migran di Negara Thai, dengan hanya 300,000 daripada mereka berada di negara itu secara sah. Malaysia pula dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing, dengan kebanyakan mereka datangnya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. ii Hanya 500,000 daripada mereka dikatakan mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan malah beberapa sumber mengatakan bahawa jumlah itu mungkin lebih tinggi lagi, terutamanya di negeri Sabah.iii Misalnya, Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang menangani isu-isu pekerja migran, pernah mengatakan bahawa terdapatnya lebih kurang 3 juta pekerja sah dan tidak sah di Malaysia, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk.iv Akhbar-akhbar di

Filipina pula pernah melaporkan bahawa jumlah pendatang tanpa izin di negeri Sabah melebihi setengah juta orang. v Serupa dengan itu, seorang ahli parlimen di negeri Johor telah mengatakan bahawa terdapatnta sejuta pendatang dari Indonesia pada tahun 1995 di negeri itu sendiri.vi Tetapi isu pekerja asing bukanlah khusus kepada Malaysia dan Negara Thai. Ia dianggarkan bahawa terdapatnya 200,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan beribu-ribu lagi di Jepun, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.vii Seperti yang dapat dilihat, isu pendatang asing dan tanpa izin adalah isu yang mempunyai kepentingan di hampir kesemua negara di Asia. Dari satu perspektif, migrasi dapat membawa manfaat kepada semua pihak yang berkenaan. Kepada pendatang asing, ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang tidak ditawarkan di negara asal. Bagi negara penghantar, ia menawarkan peluang bagi mereka yang menganggur, serta punca pendapatan asingviii; bagi negara penerima pula, ia menawarkan aliran tenaga pekerja murah yang mengekalkan gaji pada tahap yang rendah dan kadar pertumbuhan pada tahap yang tinggi. Namun, migrasi juga seringkali mempunyai sudut gelap, terutamanya bagi pekerjapekerja asing tidak mahir yang menjadi mangsa kepada pencabulan hak asasi manusia, penyeksaan, pemenjaraan tidak adil, diskriminasi dan sekatan-sekatan yang lain. Pencabulanpencabulan seperti ini juga dihadapi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis-aktivis yang mempertahankan hakhak pekerja asing. Walaupun pekerja migran dipertahankan oleh undang-undang antarabangsa, iaitu Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa serta undang-undang ILO, fakta bahawa kerajaankerajaan adalah bertanggungjawab bagi pengamalan undangundang ini bermakna bahawa mereka seringkali gagal menyiasat dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh tangan swasta, sehingga mereka menjadi sebahagian daripada masalah ini. Malah, campur tangan pegawai-pegawai kerajaan

seringkali adalah lebih mendalam lagi, dan ini sangatlah jelas jika kita mengkaji pekerja migran dari Indonesia yang berpusat di Malaysia. Walaupun tumpuan rencana ini adalah pada migrasi di antara Indonesia dan Malaysia, ini tidak bermakna bahawa Malaysia hanya menjadi destinasi pekerja-pekerja dari Indonesia. Sebaliknya, kes migrasi dari Indonesia menjadi pilihan di sini kerana ia dapat mendedahkan beberapa faktor asas di sebalik pengeksploitasian pekerja biarpun di Indonesia ataupun di Malaysia. ix Faktor-faktor asas ini dapat dilihat di mana-mana negara di mana migrasi merupakan fakta seharian, termasuk Filipina, Meksiko, Bangladesh dan sebagainya. Namun, Indonesia juga merupakan sebuah negara dengan aliran migrasi khusus. Indonesia, sebuah negara dengan lebih 206 juta penduduk, masih sedang bergelut dengan kesan-kesan krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998, serta reformasi-reformasi yang ditekankan oleh IMF, pergolakan politik, gerakan-gerakan kemerdekaan, konflik perkauman dan peralihan dari pemerintahan diktator kepada pemerintahan demokrasi borjuasi. Dalam pada itu, Indonesia merupakan sebuah negara pengeksport tenaga pekerja yang utama di dunia. Ia dianggarkan bahawa di antara tahun 1969 dan 1994, seramai sejuta penduduk Indonesia telah meninggalkan negara asal mereka itu untuk mencari pekerjaan di negara asing, dengan Arab Saudi, Malaysia dan Singapura menjadi tumpuan bagi 90 peratus daripada penghijrah tersebut. Walaupun terdapatnya pelbagai masalah dalam usaha mengkaji dan mentafsir aliran migrasi dari Indonesia secara terperinci,x beberapa sifat umum dapat dilihat. Misalnya, kebanyakan penduduk Indonesia yang meninggalkan negara tersebut adalah pekerja tidak mahir, dan kebanyakan daripada mereka ini terdiri daripada golongan perempuan. xi Dari segi ini, migrasi ke luar negara merupakan salah satu jalan yang terbuka kepada warganegara Indonesia yang ingin memperbaiki keadaan

ekonomi mereka. Misalnya, pada tahun 1997, sebuah laporan ILO telah mendapati bahawa seorang pekerja Indonesia hanya menerima RM0.28 setiap hari di negara asalnya, berbanding dengan RM2 atau lebih di Malaysia.xii Kebanyakan pekerja asing di Malaysia berasal dari Indonesia, dan kebanyakan mereka merupakan pekerja tidak mahir dan tanpa izin. Ini bermaksud bahawa mereka telah memasuki Malaysia tanpa dokumentasi sah atau bahawa dokumen perjalanan mereka telah menjadi luput. Kehadiran begitu ramai pekerja migran telah menjadi isu politik yang besar di Malaysia, terutamanya berkenaan dengan ketegangan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia, serta kerisauan pencabulan hak asasi manusia. Misalnya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah pernah mengatakan bahawa kemasukan pekerja Indonesia dapat mengubah imbangan perkauman, sambil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seringkali melihat rakyat Indonesia sebagai kebaikan dari segi pilihanraya. Sehubungan dengan itu, isu pendatang tanpa izin yang diberikan hak mengundi telah menjadi isu hangat di negeri Sabah. xiii Propaganda kerajaan pula menyalahkan pendatang asing bagi masalah-masalah sosial seperti jenayah, pelacuran dan pengedaran dadah, lalu menjadikannya penting bagi ahli-ahli politik kelihatan seperti menjaga sempadan negara dengan menahan dan menghantar kembali pekerja tanpa izin ke negara asal. Tuntutan dari pihak majikan Malaysia bagi tenaga pekerja yang murah, terutamanya bagi sektor tanaman, pembinaan dan perkhidtaman, telah meningkatkan aliran pekerja tanpa izin ke Malaysia. Dengan mengupah pekerja asing tanpa izin, pihak majikan di Malaysia dapat membayar gaji yang tersangat rendah tanpa menawarkan jaminan seperti insurans, sambil mengelakkan cukai kerajaan bagi pekerja asing dan mengerjakan pekerja itu buat masa yang lama dalam keadaan-keadaan yang

kurang baik. Namun, gaji tersebut masih lebih tinggi daripada gaji yang dapat diperolehi di Indonesia sendiri. Orang-orang tengah, agensi-agensi pengupahan dan pegawai-pegawai kerajaan korupse di kedua-dua negara juga mempunyai kepentingan untuk mengekalkan aliran pekerja asing itu. Dalam pada itu, kerajaan-kerajaan Malaysia dan Indonesia telah meningkatkan usaha untuk memastikan yang pekerja asing semakin menggunakan cara-cara sah untuk memasuki Malaysia. Indonesia telah meningkatkan kawalan ke atas pengeksportan tenaga pekerja melalui Departemen Tenaga Kerja di Jakarta, sambil Malaysia telah bergantung kepada gabungan pengampunan (atau amnesti) dan penghantaran pendatang tanpa izin kembali ke negara asal. Walaupun akhbar-akhbar tempatan di Malaysia seringkali merujuk kepada isu pengeksploitasian pekerja sebagai rasional di sebalik usaha kerajaan Malaysia ini, sebab sebenarnya adalah berkaitan dengan isu kewangan dan keselamatan. Namun, perbezaan sah-tidak sah ini adalah sesuatu yang agak kabur. Misalnya, polis marin di Malaysia kadang-kala membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin jika mereka diberikan rasuah, dan pihak migran seringkali dapat menghindari pemenjaraan dengan cara yang sama. Malah, ia biasanya adalah lebih murah bagi seorang pekerja untuk tiba di Malaysia tanpa dokumen sah dan mencari pihak majikan yang sanggup mengerjakannya, daripada membayar yuran bagi pasport, visa dan permit bekerja. Lebih-lebih lagi, meskipun hipokrasi kerajaan Malaysia dan akhbar-akhbar tempatan yang mengutarakan isu hak asasi manusia dan pengeksploitasian pekerja, realitinya adalah bahawa usaha-usaha ini tidak menjaga hak asasi pekerja itu di negara asal. Inilah hakikatnya sehingga pekerja tanpa izin dapat menjadi pekerja sah dengan sekelip mata, sebagaimana pekerja sah dapat menjadi pendatang tanpa izin dengan tibatiba. xiv Di sebalik usaha-usaha palsu kerajaan Malaysia dan

Indonesia, terdapatnya kuasa-kuasa ekonomi kapitalis yang menjadikan apa-apa undang-undang sesuatu yang tidak dapat dikerjakan. Keperluan bagi tenaga pekerja murah di Malaysia di samping kekayaan yang dapat diraih daripada pengeksportan pekerja dari Indonesia telah menjadikan apa-apa isu hak asasi manusia seolah-olah sesuatu yang diketawakan. Pada masa yang sama, pencabulan hak asasi itu terus berlaku dan satusatunya cara untuk mengatasi masalah ini, seperti yang akan ditunjukkan, adalah jika kelas pekerja Malaysia berganding bahu dengan saudara-saudari mereka dari negara-negara jiran untuk menumbangkan sistem yang mewujudkan kezaliman itu, iaitu sistem kapitalis global. Sejarah migrasi ke Malaysia Terdapatnya tiga fasa umum dalam aliran migrasi dari Indonesia. Dalam fasa pertama, iaitu dari tahun 1969 sehingga 1979, hampir setengah daripada penghijrah dari Indonesia telah menjadikan Eropah (dan biasanya Belanda) sebagai destinasi mereka. Dalam fasa kedua, dari tahun 1979 sehingga 1989, tiga perempat daripada migras Indonesia telah menuju ke Timur Tengah, dan biasanya ke Arab Saudi. Dalam fasa ketiga, iaitu sejak akhir tahun 1980-an, Timur Tengah telah kekal sebagai destinasi utama bagi penghijrah dari Indonesia, tetapi Asia Tenggara juga telah menjadi destinasi yang penting, terutamanya apabila Malaysia dan Singapura telah menjadi ekonomi-ekonomi yang kekurangan pekerja. Maka, statistik kerajaan Indonesia menunjukkan bahawa jumlah migran sah ke Malaysia, Singapura dan Brunei telah meningkat dari 6,000 orang setahun sehingga purata tahunan sebanyak 50,000 orang pada awal tahun 1990an. Sebenarnya, migrasi rakyat Indonesia ke Malaysia bukanlah sesuatu fenomena baru (malah, pendatang-pendatang pertama ke kawasan Malaya datangnya dari Sumatera dan Jawa).xv Jalanjalan utama yang digunakan ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Rajah 1: Jalan-jalan migrasi utamaxvi

Seperti yang dapat diperhatikan dalam sejarah imigrasi tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia dan dari peta di atas, terdapatnya dua jalan utama bagi pendatang tanpa izin. Namun, kedua-dua jalan ini iaitu dari Jawa Timur ke Sumatera dan akhirnya ke Semenanjung Malaysia, dan dari Sulawesi ke Kalimantan Timur dan akhirnya ke Sabah xvii merupakan jalan-jalan yang digunakan sebelum abad ke-18 bagi tujuan perdagangan beras dan kelapa. Meskipun sejarah ini, isu pendatang tanpa izin hanya telah mendapat perhatian umum pada tahun 1980-an. Polisi-polisi ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1980-an telah meletakkan tekanan pada perindustrian pesat, perluasan sektor awam dan kemajuan luar bandar. xviii Penciptaan hampir sejuta pekerjaan baru di bawah rancangan-rancangan ini telah menarik ramai penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Georgetown, sambil menimbulkan kekurangan pekerja dalam sektor-sektor tertentu, terutamanya sektor

tanaman, pembinaan dan perkhidmatan rumahtangga. xix Sebenarnya, kadar pengangguran masyarakat tempatan pada tahun 1980 masih lagi berada pada tahap yang tinggi, iaitu 6.0 peratus, tetapi kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan tidak diingini oleh rakyat tempatan dan maka terpaksa diisi oleh pekerja migran.xx Menurut Departemen Tenaga Kerja Indonesia, jumlah pekerja Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia dan Singapura melalui cara-cara sah telah meningkat dari 720 orang pada tahun 19791980 sehingga 7,801 pada tahun 1982-1983. Pada masa yang sama, anggaran rakyat Indonesia yang memasuki Malaysia tanpa izin dikatakan berada di antara 200,000 dan 700,000 orang. xxi Kemasukan pendatang tanpa izin ini secara umumnya digalakkan oleh kerajaan Malaysia dan tidak dipentingkan oleh kerajaan Indonesia sebelum kemerosotan ekonomi sedunia mula dirasai di Malaysia pada pertengahan tahun 1980-an. Bermula pada tahun 1982, persepsi umum (yang digalakkan oleh kerajaan) telah mengatakan bahawa pendatang asing sedang merampas pekerjaan dari rakyat Malaysia (kadar penangguran telah meningkat sehingga 8.3 peratus pada tahun 1986) sambil mereka disalahkan kerana mengekalkan kadar gaji pada tahap yang rendah, meningkatkan kos perumahan, meningkatkan cukai perkhidmatan sosial seperti pendidikan, dan menjadi punca jenayah. Masalah-masalah awal Ini telah menimbulkan dua masalah bagi kerajaan Malaysia kemasukan pekerja asing masih diperlukan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengurangkan kekurangan tenaga pekerja dalam sektor-sektor tertentu, tetapi rakyat Malaysia terpaksa diyakinkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah-langkah tegas ke atas sesiapa yang memasuki Malaysia tanpa izin. Pada bulan Mei 1984, pegawaipegawai Malaysia dan Indonesia telah bertemu di Medan dan

telah menandatangani perjanjian untuk menangani imigrasi tanpa izin dalam sektor tanaman dan perkhidmatan rumahtangga. Kedua-dua negara itu bersetuju untuk menubuhkan sebuah majlis bersama untuk mengelola penghantaran pekerja ke Malaysia, termasuk pengurusan segala dokumentasi yang diperlukan. xxii Sebenarnya, perjanjian pada tahun 1984 itu adalah penting hanya kerana ia menunjukkan bahawa isu pendatang tanpa izin telah menjadi isu yang penting bagi kedua-dua negara yang terlibat. Langkah-langkah untuk menjamin hak asasi pendatang asing sebenarnya tidak dipentingkan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia, Musa Hitam, mahupun oleh Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Admiral Sudomo. Malah, Kesatuan PengeluarPengeluar Tanaman Malaysia (MAPA) telah menentang penghantaran pekerja-pekerja tanpa izin kembali ke Indonesia pada tahun 1985 kerana kerugian yang akan dijana oleh usaha ini.xxiii Sambil kemerosotan ekonomi telah menjadi semakin mendalam, usaha kerajaan telah menjadi semakin tegas. Pada tahun 1985, seramai 12,582 pendatang dari Indonesia telah dihantar kembali ke negara asal, xxiv dan pada tahun 1986, pihak polis telah melancarkan Operasi Seberang, yang telah menyasari pusatpusat perhimpunan rakyat Indonesia. Kerajaan Malaysia juga telah menggunakan Pasukan Bertugas VII, iaitu sebuah pasukan ketenteraan yang menjadi terkenal selepas menghalang pelarian dari Vietnam daripada memasuki Malaysia, untuk meronda perairan Malaysia. Namun, pada masa ini juga, ramai pengulas di Indonesia dan Malaysia telah mengatakan bahawa tindakantindakan ini tidak diusahakan sepenuh hati jumlah pendatang tanpa izin yang dihantar kembali ke negara asal sudah pasti dapat ditingkatkan, tetapi kerajaan Malaysia enggan berbuat sedemikian kerana gabungan sebab-sebab seperti usaha menghindari ketegangan diplomatik dengan Indonesia, keperluan pertumbuhan kapitalis dan mengukuhkan majoriti Melayu-Islam yang diperlukan oleh UMNO.

Dalam pada itu, Kesatuan Tenaga Kerja Indonesia (IMSA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 untuk mengawal aliran pekerja Indonesia ke Timur Tengah. IMSA merupakan sebuah konsortium agensi-agensi pengupahan yang diberikan lesen oleh Departemen Tenaga Kerja untuk mengatur kontrak dengan pihak majikan di luar negara dan mengatur penghantaran pekerja. Sambil aliran pekerja ke Teluk Saudi telah meningkat, pegawaipegawai Indonesia telah melihat penghantaran pekerja ke luar negara sebagai alat yang berguna untuk mengatasi kelebihan tenaga pekerja di Indonesia. xxv Misalnya, rancangan lima tahun ke-empat, iaitu Repelita IV telah meletakkan sasaran seramai 225,000 pekerja untuk dihantar ke luar negara untuk meringankan beban kuasa tenaga pekerja yang semakin bertumbuh. xxvi Pada pertengahan tahun 1980-an, laporan-laporan mengenai kezaliman dan penindasan yang dialami oleh pekerja-pekerja Indonesia di Timur Tengah mula mendapat paparan di kalangan rakyat. Kerajaan Indonesia pada masa ini lebih mementingkan hubungan Indonesia-Arab Saudi daripada pekerja mereka sendiri misalnya, Admiral Sudomo telah meluluskan perundangan yang menghalang pekerja Indonesia daripada berbincang dengan suratkhabar semasa berada di luar negara.xxvii Walaupun migrasi ke Arab Saudi ini sangatlah berbeza dari segi kualiti dan kuantiti daripada migrasi ke Malaysia, pengalaman ini sangatlah penting dalam membentukkan undang-undang Indonesia untuk mengawal migrasi ke luar negara. Keperluan perjanjian baru Menjelang tahun 1988, ia telah menjadi jelas bahawa Perjanjian Medan telah gagal untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia, atau untuk memujuk pekerja-pekerja luar negara untuk menggunakan jalan-jalan sah kerana harganya yang tinggi. Berhadapan dengan tentangan awam di kalangan rakyat Malaysia terhadap pendatang tanpa izin, perjanjian Indonesia-Malaysia yang baru telah diperkenalkan

pada bulan Julai 1988. xxviii Di bawah perjanjian baru tersebut, kerajaan Malaysia akan mengesahkan pekerja-pekerja tanpa izin jika mereka melaporkan diri ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, dan kemudiannya kembali ke Indonesia untuk mendapat surat perjalanan khas yang dikenali sebagai Surat Perjalanan Laksana Pasport. Jika mereka kemudiannya mempunyai pihak majikan di Malaysia yang sanggup membiayai perjalanan meteka, kerajaan Malaysia akan memberikan mereka permit bekerja selama dua tahun dengan kemungkinan perlanjutan setahun. Kerajaan Indonesia pula telah berjanji bahawa pekerja-pekerja tanpa izin dapat memperolehi dokumen-dokumen tersebut di Dumai (bagi pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia) dan di Nunukan (bagi pekerja-pekerja di Sabah dan Sarawak). Kerajaan Malaysia telah mengutarakan usaha ini sebagai cara untuk menyekat imigrasi haram sambil kerajaan Indonesia pula mengumumkannya sebagai cara untuk mengakhiri pengeksploitasian oleh pihak majikan di Malaysia. Beribu-ribu pekerja telah menggenggam peluang ini, tetapi pegawai-pegawai imigrasi Indonesia tidak bersedia untuk jumlah permohonan.xxix Ini sedikit sebanyaknya disebabkan oleh orangorang tengah yang telah mencuba membuat permohonan bagi pekerja-pekerja Indonesia yang mereka mengatakan tidak dapat meninggalkan tempat bekerja (orang-orang tengah ini telah membuat keuntungan besar dengan cara ini). Pada bulan September, kerajaan Indonesia telah berubah langkah dan memerlukan pekerja-pekerja memohon surat perjalanan tersebut secara peribadi. Sekali lagi, jumlah pemohon telah mengejutkan pegawai-pegawai imigresen, terutamanya di Sabah, di mana feriferi di antara Sabah dan Kalimantan telah melebihi muatan untuk memenuhi keperluan pekerja-pekerja tersebut. Apabila sebuah feri yang dipenuhi pekerja-pekerja tanpa izin telah karam di Selat Lombok pada bulan Mei 1989, isu imigrasi tanpa izin telah mendapat fokus umum sekali lagi. Pada tahun 1991, sebuah lagi feri telah karam di Selat Melaka; kali ini feri tersebut sedang

menghantar pendatang-pendatang tanpa izin kembali ke Indonesia dan diiringi oleh polis maritim Malaysia. Kejadiankejadian ini telah mengutarakan persoalan-persoalan mengenai tanggungjawab kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam usaha menjaga keselamatan pekerja migran, termasuk migran yang telah memasuki Malaysia tanpa izin. Persoalan yang telah menggempa hubungan Indonesia-Malaysia pada tahun 1990 adalah hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja tanpa izin Indonesia yang bernama Basri Masse di Sabah.xxx Basri Masse merupakan seorang imigran Bugis dari Sulawesi Selatan yang ditahan di Kota Kinabalu pada tahun 1983. Dia dituduh mengedar lebih 900 gram dadah, dan telah ditahan tanpa akses kepada pegawai konsular mahupun peguam. Selepas diberitahu bahawa dia akan dihukum mati, dia telah mencuba melarikan diri dari balai polis, tetapi ditahan semula percubaan melarikan diri itu diambil sebagai bukti kesalahannya. Meskipun itu, terdapatnya pelbagai masalah dengan kes dakwaan Basri Masse tersebut. Misalnya, seorang sahabat Basri bernama Patta, yang pada mulanya juga didakwa dengan kesalahan yang sama, akhirnya didakwa dengan kesalahan yang lebih ringan dan dilepaskan pada tahun 1986, walaupun dia dapat menjadi saksi dalam kes Basri. Sebab mengapa Patta diberikan hukuman yang lebih ringan tidak pernah dijelaskan, dan malah laporan yang diberikan oleh dua korporal polis yang membuat tahanan itu sangatlah bercanggah. Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia tidak memberitahu kerajaan Indonesia bahawa seorang rakyat Indonesia telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan yang membawa hukuman gantung. Meskipun kempen yang dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan Bugis di Malaysia dan keluarga Basri, dia telah digantung pada tahun 1990, lalu membangkitkan persoalan jika dia, sebagai seorang pendatang tanpa izin, telah dihadapkan dengan makhamah secara adil (beberapa pihak telah mengatakan bahawa hukuman Basri

bertentangan dengan Antarabangsa).

Deklarasi

Hak

Asasi

Manusia

Berhadapan dengan pengaruh kes ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan peluang bagi kesemua imigran tanpa izin tanpa mengira kewarganegaraan untuk memperolehi permit bekerja sah. xxxi Mereka yang melaporkan diri kepada kedutaan atau konsulat Indonesia dan memperolehi dokumentasi sah akan diberikan pengampunan dan hak-hak asasi yang serupa dengan pekerja Malaysia. Pada masa yang sama, pekerja-pekerja yang tidak melaporkan diri akan dihadapkan dengan makhamah dan dihantar kembali ke negara asing, dan pihak majikan yang mengupah pekerja tanpa izin akan dihukum denda sebanyak RM420 bagi pekerja ladang, RM500 bagi pekerja pembinaan dan RM360 bagi pembantu rumahtangga. Namun, sebagaimana dengan rancangan tahun 1988, pengampunan baru tersebut telah menarik jumlah pemohon yang ramai, tetapi pengurusan permohonan sangatlah lemah dan skala korupse sangatlah luas. xxxii Misalnya, ramai pekerja telah membuat permohonan sebelum tarikh terakhir dan telah membayar yuran sepenuhnya tetapi akhirnya mendapati diri mereka tanpa surat perjalanan yang sah dan maka ditahan oleh pihak polis. Malah, kebanyakan agensi pekerjaan Malaysia telah mengenakan yuran yang jauh lebih tinggi daripada had yang dikenakan oleh kedutaan Indonesia, iaitu RM180. Seorang duta Indonesia telah mengaku bahawa tipu-helah sangatlah berleluasa dan bahawa jumlah mangsa mungkin melebihi 10,000 orang.xxxiii Berhadapan dengan fakta bahawa hanya 122,634 daripada 311,434 pekerja yang telah membuat permohonan sebelum tarikh terakhir telah mendapat dokumen sahxxxiv, pengampunan tersebut dilanjutkan sehingga hujung bulan Januari 1993.xxxv Namun, ia kelihatan seperti kerajaan Malaysia sekali lagi tidak bersedia bagi jumlah pekerja tanpa izin yang telah membuat

permohonan. Pada bulan Julai 1992, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa 30 peratus daripada pemohon tersebut dijangkiti HIV. Maka, ujian perubatan dan surat kesihatan diperlukan bagi sesiapa yang ingin mendapat permit bekerja; pekerja migran yang tidak melulusi ujian tersebut akan dihantar kembali ke negara asal kerana merbahaya kepada masyarakat Malaysia. Kadar jangkitan HIV yang tersangat tinggi itu sebenarnya merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk menafikan permit bekerja bagi lebih 100,000 pekerja sambil mengukuhkan imej pekerja Indonesia yang negatif di mata masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencabar statistik 30 peratus tersebut, dan kerajaan Malaysia akhirnya terpaksa memberikan pembetulan.xxxvi Sepanjang masa pengampunan tersebut, kerajaan Malaysia juga telah mengusahakan polisi-polisi yang bercanggah. Misalnya, di antara bulan Januari dan Jun 1992, seramai 40,000 pendatang dari Indonesia telah ditahan di bawah operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Ops Nyah I. Bermula pada 1hb Julai 1992 (iaitu sehari selepas pengampunan berakhir), Ops Nyah II telah dimulakan dan lebih 1,000 pekerja Indonesia telah ditahan. Bersamaan dengan usaha itu, kerajaan Malaysia telah mengubahsuai sembilan kem tahanan baru dan melancarkan enam batalion Pasukan Polis baru di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk menghalang pendaratan haram. Pada bulan Februari 1993, Ops Nyah II telah ditingkatkan, dan para pekerja yang telah membuat permohonan tetapi belum mendapat permit telah ditahan, walaupun tanggungjawab untuk mendapat permit tersebut tidak lagi berada di bawah kawalan mereka. Namun, pada masa yang sama, keperluan bagi pekerja Indonesia telah meningkat, dengan ekonomi Malaysia bertumbuh pada kadar 8 peratus setahun. Pada tahun 1992, kerajaan Indonesia telah mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan jumlah pekerja yang dihantar ke Malaysia berdasarkan permintaan yang disetujui oleh Malaysia. xxxvii Misalnya, pada

bulan Ogos, sambil beribu-ribu pekerja sedang ditahan dan dihantar kembali ke Indonesia, Menteri Dalam Negeri Malaysia Megat Junid telah mengatakan bahawa Malaysia memerlukan 500,000 pekerja asing yang baru. Kehuru-haraan usaha pendaftaran tersebut telah membawa Kementerian Dalam Negeri untuk mengumumkan penghadan pada kesemua usaha pengupahan pekerja asing bermula pada 12hb April 1993. Namun pada awal bulan Jun 1993, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia memerlukan 80,000 pekerja asing dan akan mengupah pekerja-pekerja ini dari Indonesia, Negara Thai, Filipina, Pakistan dan Bangladesh. xxxviii Pada masa yang sama, kerajaan di Sabah telah menghadkan kesemua permohonan bagi pekerja asing ini mungkin berkaitan dengan usaha mengerjakan kesemua pendatang asing yang sudah berada di Sabah serta ketakutan Parti Bersatu Sabah dengan kemasukan imigran Islam. Oleh kerana terdapatnya keperluan bagi pekerja asing, undang-undang itu tidak berjaya menghadkan kemasukan pendatang asing. xxxix Sebaliknya, ia, hanya mengurangkan kemungkinan yang seorang pekerja dapat memasuki Sabah dengan cara sah. Secara ringkas, sifat huruhara polisi Malaysia dan ketidak-sinambungan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah telah memastikan kegagalan. Sekali lagi, percanggahan polisi Pada 15hb Oktober 1994, Menteri Tenaga Kerja Indonesia yang baru, Abdul Latief telah bertemu dengan rombongan Malaysia yang diketuai oleh Lim Ah Leck di Bali, lalu mengumumkan secara tidak realistik bahawa Indonesia tidak lagi akan menghantar pekerja tidak mahir ke luar negara, dan bahawa jalan-jalan baru untuk menghantar pekerja mahir akan diperkenalkan. xl Undang-undang Indonesia yang baru itu dikenakan pada kesemua agensi pengupahan pekerja, bukan sahaja agensi yang menghantar pekerja ke Malaysia. Buat kali pertama, agensi-agensi tersebut dibenarkan mengenakan

pekerja-pekerja Indonesia bagi yuran pengupahan, latihan, pentadbiran dan pengangkutan ke Malaysia (di bawah undangundang lama, yuran-yuran ini sepatutnya dikenakan pada pihak majikan). Para pekerja juga diperlukan mendapat kontrak bekerja yang lengkap sebelum bertolak ke negara destinasi, dan syaratsyarat untuk memperolehi lesen operasi dijadikan lebih tegas. Walaupun undang-undang ini dikatakan menjaga hak pekerja yang bakal berhijrah, ia juga telah membawa manfaat bagi Departemen Tenaga Kerja. Misalnya, dalam usaha menghalang agensi-agensi kecil yang mengeksploitasi pekerja, undangundang baru telah mengenakan kapital operasi minimum sebanyak Rp374 juta bagi mana-mana agensi pengupahan. Namun, agensi-agensi kecil tersebut masih dapat beroperasi dengan ejen-ejen Malaysia untuk membekalkan pekerja dan mereka masih dapat beroperasi sebagai orang tengah bagi agensi-agensi yang lebih besar. Lebih-lebih lagi, demi kepentingan keuntungan, Departemen Tenaga Kerja telah menubuhkan sebuah badan kerajaan baru, dikenali sebagai PT Binajasa Abadikarya, dengan kapital asas sebanyak Rp12.5 bilion. Badan ini diberikan tugas menerima dan mengagihkan segala permohonan pekerja yang datangnya dari Malaysia atau Arab Saudi.xli Oleh kerana badan tersebut dijadikan sebuah anak syarikat kepada PT Astek, iaitu syarikat insurans pekerja yang diarah oleh kerajaan, dan oleh kerana kesemua pekerja migran perlu mendapat insurans, PT Astek sudah pasti meraih keuntungan yang besar. Di Malaysia pula, percanggahan-percanggahan polisi telah berterusan. Pada bulan Januari 1994, Megat Junid telah mengumumkan penghadan baru pada pengupahan pekerja tidak mahir dan separuh mahir, dan Akta Sekatan Pekerja Asing telah diluluskan untuk meningkatkan denda bagi pihak majikan yang didapati mengupah pekerja tanpa izin. Pada bulan Mac 1994, pihak polis telah menahan seramai 1,000 pendatang asing dari

Filipina semasa upacara keagamaan di Gereja St. Johns di Kuala Lumpur. Tujuan operasi tersebut dikatakan untuk menunjukkan bahawa mana-mana kumpulan pendatang asing sudah pasti merupakan pendatang tanpa izin dan bahawa mereka sudah pasti terlibat dengan kegiatan jenayah. Sebenarnya, hanya 31 daripada lebih 1,000 orang yang ditahan itu didapati tidak mempunyai dokumen sah. Lebih-lebih lagi, Leah Makabenta, seorang wartawan Filipina yang telah melaporkan berita tersebut, telah dibuang negara. Pada bulan Oktober 1995, Majlis Kabinet Malaysia Bagi Pekerja Asing telah mengumumkan syarat-syarat baru bagi pendatang asing. Walaupun dihebohkan oleh media massa tempatan sebagai reformasi besar, sebenarnya kebanyakan syarat-syarat tersebut sudah lama merupakan sebahagian daripada Akta Pekerjaan, walaupun ia tidak diamalkan dengan tegas. Di antara syarat-syarat tersebut adalah bahawa pihak majikan mesti memohon kepada Pasukan Bertugas Pekerja Asing bagi pekerja asing, bahawa pihak majikan mesti membayar cukai pekerja asing dengan sendiri dan bukannya membayar cukai tersebut dengan gaji pekerja, dan bahawa pekerja asing hanya dibenarkan memasuki Semenanjung Malaysia melalui lapangan terbang atau pelabuhan tertentu. Di samping itu, permohonan oleh pihak majikan akan dihantar ke sebuah agensi tunggal di negara penghantar; di Indonesia, agensi tunggal tersebut merupakan PT Bijak. Penyaluran segala permohonan pekerja ke PT Bijak telah membawa peningkatan tinggi dalam yuran bagi pekerja Indonesia yang mencuba memasuki Malaysia secara sah hasilnya adalah bahawa kemasukan tidak sah telah meningkat.xlii Seiringan dengan syarat-syarat baru ini, kerajaan Malaysia juga telah memusnahkan kawasan perumahan setinggan pendatang tanpa izin. Namun demikian, kebanyakan kawasan perumahan ini telah menjadi rumah bagi pendatang sah dan juga pendatang tanpa izin, dan kebanyakan mereka telah menetap di Malaysia

selama lebih sepuluh tahun. Dalam kebanyakan kes, pendudukpenduduk setinggan ini telah membayar sebahagian besar daripada gaji mereka kepada orang-orang tengah untuk mendapat bekalan air dan elektrik. Walaupun kerajaan dan media massa telah memberikan tumpuan kepada usaha memusnahkan kawasan-kawasan setinggan ini, tidak terdapatnya usaha untuk mencari dan mendakwa orang-orang tengah ini, yang sudah pasti meraih keuntungan besar dari kesusahan pendatang asing.xliii Usaha pendaftaran pekerja asing yang baru telah dimulakan pada tahun 1996, di bawah mana pihak majikan dalam bidang pertanian atau tanaman dengan pekerja tanpa izin dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Negara Thai mempunyai sehingga 31hb Disember 1996 untuk mendaftar pekerja-pekerja tanpa izin, selagi mereka telah menjadi penetap di Malaysia sebelum 16hb April 1996. Pengampunan itu telah diluaskan untuk membenarkan pekerja-pekerja tanpa izin yang ditahan polis untuk meninggalkan negara tanpa dakwaan sebelum hujung bulan Januari 1997. Kesemua pendatang tanpa izin yang lain akan dihantar kembali ke negara asal, dan penghadan baru pada pengupahan pekerja asing diamalkan.xliv Namun, pada masa yang sama, Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahaa 45,000 pekerja asing akan diperlukan bagi bidang tanaman dan rumahtangga.xlv Pada bulan Oktober 1996, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed telah memberi amaran bahawa sebagai sebahagian daripada rancangan baru, pendatang tanpa izin dan mereka yang bertanggungjawab untuk membawa mereka ke dalam Malaysia akan disebat rotan. xlvi Perubahan kepada akta imigrasi tersebut diluluskan pada bulan Disember 1996, dan juga melibatkan denda sebanyak RM50,000, penjara sehingga 10 tahun dan enam sebatan rotan bagi sesiapa yang didapati membawa masuk pendatang tanpa izin. Mereka yang didapati memalsukan visa, permit bekerja dan dokumen-dokumen lain dapat didenda sebanyak RM100,000. Pekerja migran juga menghadapi

hukuman yang lebih berat, termasuk dua tahun dalam penjara, dan sebatan rotan bagi sesiapa yang telah dihantar kembali ke negara asal dan telah memasuki Malaysia semula. Menjelang 1hb Januari 1997, operasi pendaftaran tersebut telah diselesaikan di Semenanjung Malaysia; Sabah telah menjalankan operasi yang serupa pada separuh pertama tahun 1997. Seramai 423,180 pekerja tanpa izin telah didaftarkan (seramai 413,832 lagi pendatang tanpa izin telah didaftarkan di Sabah), lalu membawa kerajaan sebanyak RM400 juta dalam cukai pendatang asing. Sejurus selepas tempoh mendaftar tamat, Operasi Pintu telah dimulakan dengan pihak polis menyiasat setiap rumah, menyerbu ladang-ladang, pasar-pasar, kilangkilang, kawasan-kawasan pembinaan dan kawasan perumahan setinggan.xlvii Sambil penahanan beribu-ribu pendatang tanpa izin diramalkan, rancangan telah dimulakan untuk menyediakan pusat-pusat tahanan bagi pendatang-pendatang tanpa izin yang baru ditangkap.xlviii Walaupun usaha-usaha pendaftaran ini berguna dalam mengawal status kebanyakan pekerja asing, masalah-masalah asas tidak berubah. Aliran pekerja asing ke Malaysia telah berterusan; misalnya, di Nunukan, ia dianggarkan bahawa 150 orang telah memasuki Malaysia tanpa izin setiap bulan.xlix Sebab-sebab bagi aliran berterusan ini sudah pasti dapat dikaitkan dengan perkembangan tidak sama rata dalam sistem kapitalis serantau. Misalnya, kegagalan rancangan penanaman buah oren di Kalimantan telah menyebabkan jumlah petani yang menghijrah ke Malaysia meningkat dari 250 pada tahun 1990 sehingga 6000 pada tahun 1997. l Lebih-lebih lagi, korupse terutamanya di kalangan pegawai polis dan imigresen terus menjadi masalah. Pasukan Bertugas Pekerja Asing akhirnya dibubarkan pada bulan Februari 1997, dan pihak majikan diarahkan berhubung secara langsung dengan Jabatan Imigresen jika mereka ingin mengupah pekerja asing.li

Krisis kewagan Asia Timur dan selepas Dengan kemerosotan ekonomi semakin menjadi kenyataan, Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa 400,000 pekerja dalam bidang-bidang tidak produktif akan dihantar kembali ke negara asal sebelum bulan Ogos 1998, biarpun mereka memegang visa atau permit bekerja yang sah.lii Beberapa pekerja asing dalam bidang perkhidmatan akan diberikan peluang untuk memasuki bidang tanaman dan pengeluaran, di mana masih terdapatnya kekurangan pekerja. Usaha-usaha seperti ini dikatakan akan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, dan jumlah pekerja migran yang akan dihantar pulang dikatakan akan melebihi satu juta orang. liii Walaupun jumlah tersebut akhirnya ditarik balik, pemenjaraan dan penghantaran kembali pekerja-pekerja asing telah berlaku tanpa kawalan. Dalam salah satu peristiwa zalim, 545 rakyat Aceh (yang disahkan sebagai pelarian oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu) telah ditahan di beberapa kem tahanan di Melaka dan Kuala Lumpur. Mereka telah berjuang menentang penghantaran mereka kembali ke Aceh (di mana mereka sudah pasti menemui kematian di tangan tentera Indonesia), dan ada di antara mereka yang telah ditembak oleh polis Malaysia. Mereka akhirnya dihantar kembali ke Aceh dalam belenggu, dan kebanyakan mereka mengalami kecederaan serius. Usaha ini telah mendatangkan pengutukan antarabangsa, dan lebih berkaitan dengan usaha mendiamkan aktivis-aktivis politik dari Indonesia daripada menghantar kembali pendatang tanpa izin. Pada masa yang sama, corak serangan ke atas pendatang tanpa izin yang diikuti oleh pengampunan telah diusahakan. Kerajaan Malaysia telah menawarkan pengampunan baru pada bulan Ogos 1998, tetapi sekali lagi, rancangan itu dibenamkan dalam keadaan huru-hara. Pegawai-pegawai imigresen tidak mampu mendaftar jumlah pekerja yang begitu ramai misalnya, di Nunukan, di antara 1,000 dan 2,000 pendatang asing telah

mengunjungi pejabat imigresen yang kecil untuk memohon pasport. liv Dalam pada itu, kerajaan Indonesia dan usahawanusahawan swasta telah melihat peluang untuk meraih keuntungan dari keperluan pengangkutan yang dibangkitkan oleh perjalanan pekerja-pekerja tanpa izin. Pada bulan Julai 1998, kerajaan Malaysia telah menawarkan sistem pengangkutan laut Indonesia sebanyak RM60 seorang untuk membawa pendatang migran kembali ke Indonesia, tetapi pihak Indonesia tersebut telah menuntut RM150. lv Pada bulan November 1998, Departemen Tenaga Kerja Indonesia telah menubuhkan sebuah badan baru untuk mengangkut pekerja asing kembali ke Indonesia. Badan baru tersebut terdiri daripada empat syarikat, di mana tidak satu pun mempunyai pengalaman dalam bidang pengupahan pekerja. Apa yang menjadi jelas adalah bahawa empat syarikat tersebut akan mendapat monopoli lumayan dalam pengangkutan pendatang-pendatang tanpa izin kembali ke Indonesia. lvi Meskipun segala usaha kerajaan Malaysia, masih terdapatnya keperluan bagi pendatang asing dalam sektor-sektor tertentu; maka, pada bulan Oktober 1998, Malaysia telah meningkatkan kuota bagi pekerja asing yang mahir sehingga 120,000, dan pada bulan November, Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa Malaysia memerlukan 220,000 lagi pekerja dalam sektor pembinaan. Pada pihak Indonesia pula, Departemen Tenaga Kerja telah berusaha untuk meningkatkan keuntungan yang dapat diraih dari pekerja-pekerja Indonesia di luar negara. Dengan ancaman kemerosotan ekonomi yang melanda Asia Timur pada awal tahun 2002, isu pendatang tanpa izin sekali lagi telah memasuki kanca mata umum. Pada pertengahan tahun 2002, ia diumumkan bahawa kerajaan telah meminda Akta Imigresen bagi memperuntukkan hukuman yang berat terhadap kesalahan memasuki negara ini secara tidak sah, menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin. lvii Di bawah undang-undang baru itu, pendatang tanpa izin yang memasuki negara ini secara

tidak sah dapat didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan dikenakan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan. Majikan yang menggaji pendatang tanpa izin dapat didenda di antara RM10,000 dan RM50,000 bagi setiap pendatang tanpa izin atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Lebih-lebih lagi, penghuni atau pemilik premis yang membenarkan mana-mana pendatang tanpa izin masuk boleh didenda di antara RM5,000RM30,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau keduaduanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin yang dijumpai di premis tersebut.lviii Namun, pada bulan Ogos 2002, pihak majikan di Malaysia telah membuat aduan mengenai kekurangan tenaga pekerja, dan terdapatnya juga ramalan bahawa harga-harga sayuran akan meningkat sebanyak 30 peratus kerana kekurangan pekerja pertanian. lix Berhadapan dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa 500,000 pekerja asing dalam bidang pembinaan di Malaysia merupakan pendatang tanpa izin, kerajaan Malaysia telah meluluskan 30,000 permit baru dalam dua minggu pertama bulan Ogos, iaitu hampir 2,000 permit setiap hari. Maka, terdapat percanggahan dalam polisi ini walaupun ingin kelihatan seperti mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pergantungan pada pekerja asing, realitinya adalah bahawa bidang-bidang seperti pertanian dan pembinaan hanya dapat bergerak lancar dengan kerjasama pendatang asing itu. Percanggahan polisi itu nyata dalam kata-kata Menteri Sumber Manusia Fong Chan Onn: Malaysia beraspirasi untuk menjadi bebas daripada pergantungan pada pekerja-pekerja asing, tetapi realiti sukar adalah bahawa dalam proses peralihan dari ekonomi intensif tenaga pekerja kepada ekonomi intensif teknologi, kita memerlukan masa untuk berubahsuai.lx Sambil laporan-laporan telah muncul dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah antarabangsa mengenai kematian di antara 30

dan 40 pendatang asing akibat kekurangan makanan dan minuman serta kes-kes kerogolan kanak-kanak di kem-kem tahanan, lxi apa yang menjadi jelas adalah bahawa sambil kerajaan dan pihak berkuasa terus gagal menangani isu ini, golongan yang merana adalah pendatang asing yang mengalami segala pencabulan hak asasi, keadaan-keadaan bekerja yang buruk, gaji yang rendah serta taraf kehidupan yang melarat. Secara ringkas, ia dapat dikatakan bahawa kerajaan Malaysia belum mengutarakan polisi yang cukup baik untuk menangani isu pendatang asing. Dari masa ke semasa, usaha-usaha diambil untuk menangani masalah-masalah khusus yang dibangkitkan oleh pekerja-pekerja asing, tetapi usaha-usaha ini seringkali bercanggah dengan satu sama lain. Pengeksploitasian di Indonesia Kebanyakan penerangan mengenai pengeksploitasian memberikan fokus kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh para pekerja di negara penerima. Namun, pentas bagi kebanyakan pencabulan hak asasi pekerja sudah bermula di negara penghantar, malah sebelum pekerja bertolak ke negara asing. Ini biasanya melibatkan seluruh proses pengupahan, korupse di kalangan pegawai-pegawai di negara asal, pengangkutan yang tidak selamat ke negara penerima dan pelbagai lagi kesusahan yang lain dalam perjalanan ke negara baru. Maka, mana-mana perbincangan mengenai isu pendatang asing perlulah bermula di negara asal sendiri. Sebelum mengkaji proses pengupahan, beberapa nota mengenai polisi-polisi kerajaan Indonesia diperlukan. Polisi-polisi kerajaan Indonesia terhadap pengeksportan pekerja adalah berdasarkan kepentingan-kepentingan ekonomi, dan seringkali mengabaikan kepentingan-kepentingan sosial. Misalnya, di bawah Repelita Ke-VI, tumpuan diberikan kepada jumlah pekerja yang akan dieksport, apakah keadaan pasaran pekerja, bagaimana migran dapat menyumbang kepada ekonomi

kebangsaan dan sebagainya. Repelita Ke-VI juga bermatlamat untuk mengurangkan penghijrahan migran tidak mahir sehingga kosong peratus lxii logik kerajaan di sebalik usaha ini adalah bahawa kebanyakan kes keganasan terhadap migran Indonesia berlaku dalam sektor tidak mahir. Namun, balasan-balasan kerajaan Indonesia dapat ditingkatkan lagilxiii misalnya, mereka dapat menggunakan kuasa diplomatik untuk mendirikan hubungan-hubungan bilateral dengan negara-negara penerima untuk menjaga hak migran. Pada masa ini, konsulat-konsulat Indonesia seringkali memberikan amaran kepada pekerja-pekerja Indonesia di luar negara agar jangan menjadi sebahagian daripada pertubuhan-pertubuhan pekerja atau badan-badan sokongan. Walaupun perbezaan di antara pendatang sah dan pendatang tanpa izin kelihatan sangat jelas, realitinya adalah begitu berbeza. Kebanyakan pengupah, biarpun syarikat yang besar atau kecil, bergantung kepada rangkaian hubungan di tahap perkampungan, dan orang tengah yang sama dapat membekalkan pekerja kepada syarikat-syarikat sah dan tidak sah pada masa yang sama. Kebanyakan agensi pengupahan didaftarkan di Indonesia sebagai syarikat-syarikat (persero terbatas atau PT). Terdapatnya tiga jenis syarikat seperti itu. Yang pertama adalah syarikat-syarikat yang mempunyai lesen beroperasi dari Departemen Tenaga Kerja, iaitu syarikat-syarikat besar yang mempunyai kapital yang mencukupi untuk memenuhi syarat-syarat kementerian. Walaupun syarikat-syarikat ini mempunyai lesen, ia tidak bermakna bahawa kesemua pekerja yang mereka mengupah memasuki Malaysia dengan sah pegawai-pegawai syarikat biasanya tidak menunggu penghantaran dokumen-dokumen dari Malaysia dan bersubahat dengan pegawai-pegawai imigresen di Indonesia dan Malaysia untuk menghantar pekerja dengan secepat mungkin. Demi mengalahkan persaingan, syarikat-syarikat seperti ini biasanya

memperolehi visa-visa dua atau tiga bulan bagi para pekerja dan bukannya visa bekerja yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia. Kategori yang kedua terdiri daripada syarikat-syarikat kecil atau pengupah-pengupah individu, yang dinamakan calo atau pialang mereka ini mengupah pekerja bagi syarikat-syarikat yang lebih besar. Mereka ini tidak dibenarkan melibatkan diri dengan pengangkutan pekerja ke luar negara, kerana mereka tidak memenuhi keperluan-keperluan kapital di bawah akta tahun 1994. Kategori terakhir, dan kategori yang terbesar, terdiri daripada syarikat-syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan pengupah berlesen atau dengan Departemen Tenaga Kerja. Walaupun kebanyakan laporan dalam akhbar Indonesia mengenalpasti kateogori ini sebagai pihak yang paling bertanggungjawab bagi kes-kes penipuan dan penderaan pekerja, apa yang jelas adalah bahawa pihak ini seringkali digunakan oleh syarikat-syarikat yang lebih besar bila diperlukan. Pada masa yang sama, korupse mencemari seluruh proses pengupahan dan menyumbang kepada pencabulan hak-hak asasi. Satu bentuk korupse ini adalah cukai-cukai tidak sah pada migran sebagai ganti bagi permit yang diperlukan. Misalnya, satu dokumen yang diperlukan untuk mendapat pasport adalah kad pengenalan atau Kartu Tanda Penduduk (KTP). Perdagangan KTP ini telah membunga dalam beberapa tahun yang lalu di tempat-tempat bertolak seperti Pontianak, di mana pegawaipegawai di pejabat imigrasi tempatan akan (bagi sedikit duit) mengatakan bahawa seseorang datangnya dari kawasan itu, walaupun dia mungkin datangnya dari daerah yang lain. lxiv Di samping ini, perlibatan pegawai-pegawai kerajaan dan pihak polis dalam menghantar pendatang tanpa izin merupakan perkara biasa.lxv Disebabkan kebutaan pihak berkuasa di Malaysia dan Indonesia kepada isu-isu seperti ini, tidak menghairankanlah bahawa

kemalangan-kemalangan sewaktu mengangkut pekerja migran merupakan kejadian yang sering berlaku. Misalnya, pada 20hb Julai 1993, 47 pekerja tanpa izin telah mati lemas di perairan Morib, Selangor, apabila kapal yang mereka menggunakan karam. Ia dianggarkan bahawa 500 pendatang tanpa izin telah meninggal dunia di Selat Melaka di antara tahun 1990 dan 1995 dalam usaha memasuki Malaysia.lxvi Seramai 40 pendatang asing lain telah mati lemas dalam perjalanan di antara Sumatera dan Malaysia pada 27hb Julai 1997, apabila kapal yang mereka menaiki berlanggar dengan sebuah kapal tanki di Selat Melaka. Kapal tersebut dikatakan tidak mempunyai lampu dan telah bertolak pada waktu malam untuk mengelakkan perhatian pihak berkuasa. lxvii Sejauh mana pegawai-pegawai Indonesia dan Malaysia meraih keuntungan dari pengeksportan pekerja migran, mereka adalah bertanggungjawab bagi kematian-kematian ini. Malasah-masalah yang dihadapi oleh pekerja asing di Malaysia Kebanyakan sektor ekonomi Malaysia yang bergantung kepada pekerja-pekerja asing juga bergantung kepada tenaga pekerja kontrak. Secara ringkas, tenaga pekerja kontrak adalah sistem di mana pihak majikan mengupah seorang kontraktor tenaga pekerja dan memberikan segala tanggungjawab bagi mengupah pekerja kepada kontraktor tersebut, dan bukannya mengupah pekerja tersebut secara langsung. lxviii Pihak majikan membayar kontraktor, dan kontraktor tersebut membayar para pekerja, biasanya tanpa pengetahuan pihak majikan itu sendiri. Sebenarnya, kebanyakan pekerja kontrak tidak mempunyai apaapa kontrak bertulis, tidak menikmati apa-apa ganjaran, dan bekerja di bawah keadaan-keadaan yang salah di sisi undangundang Malaysia, apatah lagi di sisi taraf antarabangsa. lxix Bagi pihak majikan, sistem ini memudahkan usaha mereka kerana memberikan tanggungjawab kepada orang lain, sambil mereka dapat mengurangkan kos gaji. Bagi pihak kontraktor, sistem tersebut sangatlah lumayan kerana mereka berurusan secara

langsung dengan para pekerja dan dapat mengambil sebahagian daripada gaji mereka. Bagi para pekerja, walaupun ia bermakna bahawa mereka dapat mencari atau mengubah pekerjaan dengan mudah dan tanpa masalah birokratik, ia juga bermakna bahawa mereka seringkali tertakluk kepada kepentingan-kepentingan luar. Tanpa mengira jika pekerja itu adalah pekerja sah atau tanpa izin, mereka biasanya mempunyai hutang yang besar dengan pihak kontraktor, dan kadang-kala dipaksa bekerja untuk membayar hutang tersebut. Pihak kontraktor pula dapat memeras pekerja tanpa izin dengan mengancam melaporkan pekerja itu kepada pihak berkuasa jika tidak membayar hutang. Ini hanyalah satu daripada masalah yang dihadapi oleh pekerja kontrak; masalahmasalah lain akan dibincangkan di bawah, tetapi secara asasnya, ia merangkumi penyimpanan surat perjalanan oleh pihak kontraktor untuk memastikan yang para pekerja tidak melarikan diri, pengambilan sebahagian daripada gaji pekerja oleh kontraktor, kegagalan memberikan sumbangan bagi pihak pekerja kepada rancangan keselamatan sosial Malaysia, dan sebagainya. Menurut Jabatan Pekerja, di antara tahun 1992 dan bulan Jun 1996, pendatang dari Indonesia telah membuat 30 aduan mengenai gaji yang belum dibayar dan 28 lagi aduan berkenaan dengan pemecatan. lxx Jumlah aduan yang sangat rendah berbanding dengan jumlah pendatang asing dari Indonesia menunjukkan kesusahan yang dihadapi oleh pendatang asing, terutamanya apabila berhadapan dengan pihak berkuasa.lxxi Biarlah kita mengkaji beberapa daripada masalah-masalah ini secara terperinci, bermula dengan isu gaji. Secara umumnya, pekerja asing menerima gaji yang lebih rendah daripada pekerja tempatan, walaupun mereka sepatutnya mendapat gaji yang sama bagi pekerjaan yang sama jika mereka diupah secara sah. Di kalangan pekerja migran, pekerja kontrak biasanya menerima

gaji yang lebih tinggi sedikit daripada pekerja yang diupah secara langsung, kerana mereka biasanya tidak menerima sebarang ganjaran. Tidak terdapatnya undang-undang gaji minimum di Malaysia; Akta Pekerjaan (yang hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia) meletakkan beberapa taraf minimum, seperti hak mengambil cuti sakit dan hari bekerja lapan jam. Jika terdapatnya gaji umum bagi sesuatu sektor, ia biasanya telah dimenangi melalui rundingan kolektif oleh sebuah kesatuan pekerja dan bukannya melalui sistem perundangan.lxxii Meskipun itu, hanya beberapa pekerja kontrak dan pekerja asing merupakan ahli kesatuan pekerja. lxxiii Lebih-lebih lagi, walaupun Departemen Tenaga Kerja di Indonesia menjanjikan gaji minimum bagi pekerja-pekerja Indonesia, ia sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas gaji yang diterima oleh pekerja. lxxiv Misalnya, akhbar The Sun telah melaporkan pada 7hb Julai 1996 bahawa pekerja asing di kilang G. Tek Elektronics di Kawasan Perindustrian Prai telah menerima gaji sebanyak RM300, iaitu RM130 kurang daripada gaji seorang pekerja tempatan.lxxv Para pekerja asing juga seringkali menjadi mangsa kepada keadaan-keadaan bekerja yang melarat jumlah kematian dari kemalangan kawasan pembinaan yang rasmi bagi Januari sehingga September 1995 dikatakan adalah 26 orang, tetapi jumlah ini sudah pasti lebih tinggi kerana pihak majikan seringkali menyembunyikan apa-apa kejadian agar mereka tidak didakwa melanggar Akta Gantirugi Pekerja.lxxvi Akta ini memerlukan pihak majikan memastikan yang para pekerja mereka mempunyai insurans bekerja. Maka, jika pihak majikan melaporkan apa-apa kemalangan yang melibatkan pekerja tanpa izin atau pekerja tanpa insurans, mereka dapat didenda atau dipenjarakan di bawah Akta Gantirugi Pekerja, Akta Kesihatan dan Keselamatan Bekerja atau Akta Kawalan Pekerja Asing. Secara rasmi, pekerja asing yang sah dibenarkan menjadi ahli kesatuan pekerja, tetapi sebenarnya ini bukanlah pilihan yang

terbuka kepada mereka (para pekerja tanpa izin tidak dibenarkan menjadi ahli kesatuan pekerja sama sekali). lxxvii Salah satu kebaikan sistem kontrak bagi pihak majikan adalah bahawa persoalan keahlian dalam kesatuan pekerja jarang sekali timbul, kerana pihak kontraktor mempunyai kuasa ke atas para pekerja dari segi rundingan gaji, keadaan-keadaan bekerja dan sebagainya. Akta Kesatuan Pekerja Malaysia (yang diamalkan di seluruh Malaysia, dan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia) membenarkan pekerja asing menjadi ahli-ahli kesatuan pekerja, selagi mereka tidak menjadi pegawai dalam kesatuan-kesatuan pekerja tersebut. Sebenarnya, tidak ramai pekerja asing menjadi ahli kesatuan pekerja, kerana gabungan beberapa sebab. lxxviii Usaha-usaha kerajaan telah melemahkan kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia; misalnya beberapa kesatuan pekerja utama seperti Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan telah melihat jumlah ahli mereka merosot dalam beberapa tahun yang lalu.lxxix Pada tahun 1997, ia dianggarkan bahawa hanya lima peratus daripada keahlian kesatuan pekerja di Malaysia terdiri daripada pekerja kontrak, dan jumlah pekerja asing sudah pasti kurang daripada perangkaan tersebut.lxxx Dari segi sejarah, kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia seringkali melihat pekerja migran sebagai pesaing dengan pekerja-pekerja tempatan, terutama sekali kerana pekerja asing sanggup menerima gaji yang lebih rendah daripada yang dituntut oleh kesatuan-kesatuan pekerja. lxxxi Walaupun sikap-sikap tradisional ini masih berleluasa, gerakan kesatuan pekerja telah mula mengubah langkah dalam beberapa tahun yang lalu. Misalnya, pada tahun 1997, presiden MTUC, Zainal Rampak telah mengutarakan isu pengeksploitasian pekerja asing setelah dua pekerja dari Indonesia meninggal dunia selepas kemalangan di tapak pembinaan, tetapi Menteri Sumber Manusia Lim Ah Lek menafikan rungutan Zainal sebagai usaha kesatuan-kesatuan pekerja untuk mendapat lebih ramai ahli yang membayar yuran. Malah, Lim Ah Leck telah mengatakan bahawa pekerja asing

tidak patut menjadi ahli kesatuan pekerja kerana hanya berada di Malaysia buat sementara waktu.lxxxii Pengeksploitasian pekerja perempuan Pekerja perempuan asing di Malaysia, yang biasanya menjadi pembantu rumah atau bekerja dalam sektor perkhidmatan, menghadapi pengeksploitasian yang lebih mendalam daripada pekerja-pekerja lain. Misalnya, badan-badan bukan kerajaan di Indonesia telah melaporkan pelbagai penderaan pekerja-pekerja perempuan di Malaysia,lxxxiii dan satu laporan telah mengatakan bahawa kadar kematian dan pembunuhan diri di kalangan pembantu rumah Indonesia di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kadar biasa. Menurut Solidaritas Perempuan, sebuah kumpulan sokongan bagi pekerja perempuan migran, kes-kes yang melibati kaum perempuan di antara tahun 1991 dan 1997 termasuklah keganasan, kematian dan kecederaan. Keperluan bagi pembantu rumah telah meningkat dengam mendadak pada tahun 1990-an, sambil lebih ramai perempuan dari kelas menengah mencari pekerjaan dan memerlukan orang untuk menjaga anak mereka. Ia dianggarkan bahawa jumlah pekerja perempuan yang diberikan permit untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah meningkat dari 585 rakyat Indonesia pada tahun 1991 sehingga 39,112 pada tahun 1992, 57,563 pada tahun 1996 dan lebih kurang 90,000 pada tahun 1997.lxxxiv Para pekerja perempuan ini biasanya menetap di rumah pihak majikan, dan ini bermakna bahawa mereka terpulau dari para pekerja lain dan seringkali tidak mempunyai saksi dalam kes-kes gangguan seksual.lxxxv Jurang di antara masa bekerja dan masa rehat sangatlah kabur, dan kebanyakan pekerja perempuan ini bekerja untuk lebih daripada 15 jam setiap hari. Pembantupembantu rumah juga seringkali diabaikan oleh perundangan pekerja dan polisi-polisi kerajaan yang direka untuk menjaga keselamatan para pekerja.lxxxvi Tuntutan bagi pekerja perempuan dari Indonesia sedikit sebanyak dikuasai oleh sikap rakyat

Malaysia terhadap pembantu rumah dari negara-negara lain. Pembantu rumah dari Indonesia dahulunya kurang diinginkan berbanding dengan pembantu rumah dari Filipina, kerana mereka dikatakan tidak memahami Bahasa Inggeris dan mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah. Tetapi selepas hukuman mati ke atas seorang pembantu rumah dari Filipina bernama Flor Contemplacion di Singapura, pada tahun 1995, tuntutan bagi pembantu rumah dari Indonesia meningkat kerana ia dikatakan bahawa pekerja perempuan dari Filipina terlalu sedar diri. Masalah yang biasanya dihadapi oleh pembantu rumah dari Indonesia di Malaysia adalah penafian gaji dan pemaksaan menyediakan masakan haram bagi pihak majikan Cina. lxxxvii Laporan-laporan mengenai usikan seksual dan penderaan fizikal seringkali disiarkan dalam media massa Indonesia, dan beberapa kes juga dilaporkan kepada konsul Indonesia. Serupa dengan itu, Kesatuan Kebajikan Pekerja Indonesia (PKAI) di Kuala Lumpur telah menerima 212 aduan di antara bulan Februari 1994 dan September 1995. Walaupun kebanyakan aduan yang dibuat dengan PKAI melibatkan kegagalan membayar gaji, masalahmasalah yang dihadapi pekerja asing sebenarnya lebih mendalam lagi misalnya laporan-laporan PKAI mengenalpasti beberapa pekerja perempuan yang tidak dibayar gaji selama lebih setahun, dipaksa bekerja selama 16 atau 17 jam sehari, rampasan pasport oleh pihak majikan dan sebagainya. Peningkatan dalam tuntutan bagi pembantu rumah dari Indonesia telah berlaku seiringan dengan peningkatan dalam pengeksportan haram perempuan bagi tujuan pelacuran. Terdapatnya dua corak kepada pengeksportan ini. lxxxviii Yang pertama melibatkan pengupahan perempuan bagi tujuan pelacuran secara langsung oleh ejen-ejen di Indonesia. Yang kedua melibatkan perempuan yang diupah menjadi pembantu rumah tetapi kemudiannya dipaksa ke dalam gejala pelacuran oleh ejen-ejen di Malaysia. Perempuan yang dibawa masuk ke

Malaysia melalui corak pertama biasanya mendapati diri mereka terkurung di hotel-hotel di pantai timur Sabah. Misalnya, pada tahun 1992, sembilan perempuan yang berusia di antara 16 dan 22 tahun dijumpai dikurung di Hotel Tawau, di mana mereka dipaksa bekerja sebagai pelacur. Selama dua bulan, mereka tidak diberikan makanan jika mereka enggan melacurkan diri, dan kesusahan mereka hanya berakhir apabila dua daripada mereka berjaya menjumpai konsul Indonesia.lxxxix Namun, pekerja perempuan biasanya diletakkan dalam tangan ejen-ejen Malaysia, yang menentukan tempat bekerja mereka, iaitu biasanya pelacuran paksa atau pekerjaan di kelab malam bagi kebanyakan perempuan tanpa izin. Misalnya, satu kes yang mendapat paparan umum di Indonesia merupakan kes dua belas perempuan muda yang dipaksa melacur di Cheras, berdekatan dengan Kuala Lumpur. Mereka hanya diberikan nasi dan garam sebagai makanan dan didera jika enggan mengikut arahan pihak majikan. Perempuan itu hanya dijumpai selepas salah seorang daripada mereka melompat dari tingkap pada tingkat kedua dan melarikan diri ke balai polis. xc Kes ini menunjukkan bagaimana perempuan migran dapat menjadi mangsa kepada ejen-ejen, tetapi ia juga memberikan petanda akan sikap kedutaan Indonesia di Malaysia. Selepas dua belas perempuan itu diselamatkan, kedutaan Indonesia enggan menerima mereka walaupun mereka tidak mempunyai duit mahupun tempat tinggal. Mereka akhirnya dibiayai oleh PKAI, yang juga membayar tambang mereka untuk kembali ke Indonesia. Pada bulan Januari 1995, kedutaan tersebut telah melepaskan kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa kedutaan tersebut telah menghantar dua belas perempuan itu kembali ke Indonesia dan bahawa pihak majikan mereka telah dipenjarakan selama tiga tahun. Sebenarnya, pihak majikan tersebut tidak pernah dihadapkan dengan makhamah, dan apabila PKAI telah mencuba membetulkan kesilapan-kesilapan kedutaan Indonesia, mereka

dituduh dengan menegangkan hubungan di antara Malaysia dan Indonesia.xci Serbuan dan kem-kem tahanan Di bawah Akta Imigresen Malaysia, seorang migran dapat ditahan, dipenjarakan dan dihantar kembali ke negara asal jika melanggar mana-mana syarat yang terkandung dalam akta tersebut. Di samping itu, sesiapa yang dijangkiti wabak penyakit, pelacur serta keluarga migran juga tertakluk kepada syarat-syarat yang sama. Akta tersebut membenarkan pegawai-pegawai imigresen untuk menahan dan melakukan operasi tanpa waran dan untuk menahan sesiapa selama 30 hari sehingga keputusan berkenaan dengan masa depan migran tersebut diambil. Beban bukti jatuhnya pada bahu migran, iaitu, pendatang asing perlulah menunjukkan bahawa mereka berada di Malaysia dengan sah; beban ini bukannya jatuh pada bahu pegawai-pegawai imigresen. Di samping denda-denda yang besar, akta tersebut telah dipinda pada tahun 1993 untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan cukai kompaun bagi migran yang telah melakukan lebih dari satu kesalahan di bawah Akta Imigresen hasilnya merupakan punca pendapatan yang sangat besar bagi Jabatan Imigresen. Misalnya, di antara bulan Mac 1993 dan Mac 1994, jabatan itu telah meraih RM11.5 juta dalam denda, bukan sahaja dari migran sendiri, tetapi juga dari individu-individu yang didapati merumahkan migran.xcii Perubahan nyata dalam polisi kerajaan telah berlaku dengan permulaan Ops Nyah I dan Ops Nyah II pada tahun 1992. Pasukan utama yang terlibat dalam Ops Nyah II merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH), iaitu sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh pihak British semasa zaman penjajahan. Bermula pada 1hb Julai 1992, empat batalion PPH yang baru digerakkan di Semenanjung Malaysia untuk menahan pendatang tanpa izin, dan PPH juga telah menjadi unit utama dalam Pasukan Bertugas Khas, yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk

mengurus penahanan pendatang tanpa izin di seluruh Malaysia. Di Sabah, siri operasi-operasi yang dikenali sebagai Ops Badang telah dimulakan pada tahun 1995 untuk menahan pendatang tanpa izin, dan menjelang bulan September pada tahun itu, operasi ketujuh telah digerakkan di Kota Kinabalu. Pada 22hb September, Pasukan Bertugas Khas, PPH, tentera laut, pegawai imigrasi, Rela, polis tempatan dan beberapa badan yang lain telah menahan lebih 1,000 pendatang asing yang disyaki memasuki negara tanpa izin.xciii Walaupun keganasan tidak dilaporkan dalam serbuan-serbuan seperti ini, ia bukanlah kes bahawa keganasan tidak pernah berlaku. Misalnya, pada tahun 1998, empat orang askar dari Batalion Ke-11 Rejimen Di-Raja Melayu dihadapkan dengan makhamah kerana menyerang dan membunuh seorang rakyat Indonesia di Teluk Rumania, Johor Baharu. Menurut laporanlaporan akhbar, askar itu telah menyerang dan memukul Latisu Paribok semasa serbuan di Teluk Rumania, dan Latisu telah meninggal dunia di balai polis. Sembilan lagi pendatang asing dan seorang warganegara Malaysia juga dibawa ke hospital selepas dijatuhkan dan dipukul oleh askar tersebut. xciv Namun, aduan yang paling kerap dibuat adalah bahawa pendatangpendatang sah seringkali ditahan oleh pihak berkuasa, terutamanya sekali kerana pihak majikan mereka yang memegang pasport mereka atau kerana perubahan-perubahan polisi bermakna bahawa mereka tidak pasti akan syarat-syarat pada sesuatu masa tertentu.xcv Jika disabit bersalah, seorang migran dapat dihantar ke kem-kem tahanan untuk menunggu hantaran kembali ke negara asal. Keadaan-keadaan di pusat-usat tahanan imigresen telah mendapat perhatian antarabangsa pada bulan Ogos dan September 1995 selepas Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan, telah menyiarkan kenyataan akhbar bertajuk, Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak

Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja-Pekerja Migran di PusatPusat Tahanan.xcvi Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez, pada mulanya dituduh dengan memfitnah oleh Kementerian Dalam Negeri, dan akhirnya ditahan kerana laporan yang salah. Pada masa laporan Tenaganita tersebut dikeluarkan, ia dipercayai bahawa terdapatnya lebih daripada 9,000 pendatang tanpa izin yang ditahan di kem-kem tahan di merata negara, dan kebanyakan mereka dikatakan berasal dari Indonesia. Terdapatnya sembilan kem tahanan atau pusat tahanan imigrasi di Semenanjung Malaysia, serta sekurang-kurangnya lapan lagi kem di Sabah dan Sarawak.xcvii Di salah satu kem tahanan yang paling besar, di Semenyih, Negeri Sembilan, lebih daripada 47,000 orang banduan telah dipenjarakan dan dilepaskan di antara bulan Januari 1992 dan Julai 1995 sehaja.xcviii Pada tahun 1995, dua wartawan dari The Sun Magazine telah melaporkan bahawa terdapatnya 1,634 di kem tahanan Semenyih.xcix Sehingga tahun 1994, kem-kem ini jatuh di bawah pengurusan PPH, tetapi selepas laporan dalam sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan gejala korupse dan pengurusan yang kurang baik di kem Semenyih, PPH digantikan oleh Jabatan Imigresen. Di bawah PPH, lebih kurang 80 banduan dilepaskan setiap hari dari Semenyih, tetapi di bawah Jabatan Imigresen, jumlah banduan yang dilepaskan setiap hari merosot sehingga empat orang. Ini bermakna bahawa kem tersebut telah menjadi sesak, sambil serbuan-serbuan pihak berkuasa telah membawa lebih ramai lagi pendatang asing untuk dipenjarakan. c Di samping itu, ia telah menjadi biasa bagi kebanyakan pendatang asing di kem-kem tahanan untuk berada di kem-kem tersebut di antara lima bulan dan setahun. Biarlah kita mengkaji laporan Tenaganita yang disebutkan di atas untuk melihat keadaan-keadaan yang dihadapi oleh pekerjapekerja asing di kem-kem tahanan. Berdasarkan temuramah dengan lebih 300 orang bekas banduan di kem tahanan,

memorandum Tenaganita tersebut telah memetik kesalahankesalahan khusus di kem Semenyih, yang terletak di luar Negeri Sembilan. Laporan tersebut telah menotakan bahawa lebih empat puluh orang banduan telah meninggal dunia di kem tersenut akibat penyeksaan dan penyakit-penyakit yang mudah dicegah seperti cirit-birit dan beri-beri (bekas Menteri Dalam Negeri Megat Junid telah mengaku di Parlimen bahawa 46 orang banduan telah meninggal dunia di kem-kem tahanan, termasuk 42 orang di Semenyihci). Pada bulan Ogos 1995, seorang wartawan dari The Sun yang telah berkunjung ke kem tahanan di Semenyih telah menerbitkan rencana yang mengatakan bahawa statistik di kem tersebut telah menunjukkan bahawa 59 orang banduan telah meninggal dunia di kem itu sendiri. Dalam temuramah dengan pihak berkuasa di kem tersebut, statistik tersebut tidak dinafikan. Laporan-laporan lain juga telah mengesahkan bukti yang terkandung dalam memorandum Tenaganita tersebut. Di antara keadaan-keadaan yang dilaporkan dalam laporan Tenaganita adalah: Selepas ketibaan di kem tahanan, kesemua migran diarah menanggalkan baju dan diperiksa untuk duit dan barangan berharga seperti jam tangan. Kebanyakan migran mengadu bahawa mereka tidak menerima resit pengakuan dan tidak menerima semula duit mereka apabila mereka dilepaskan. Terdapatnya tujuh blok di kem Semenyih. Ia dianggarkan bahawa setiap blok dapat dipenuhi oleh 400 migran. Namun, hanya terdapatnya tiga tandas dan satu tempat mandi bagi 400 orang. Menurut banduan-banduan yang diterumah, mereka hanya dibenarkan mandi sekali setiap empat hari atau mengikut kesukaan pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi, keadaan tandas yang tidak bersih menjadikannya lebih mudah bagi penyebaran wabak penyakit. Pekerja migran hanya diberikan dua gelas air kecil setiap hari. Jika mereka meminta air yang lebih banyak, mereka dipukul atau dipaksa berdiri di bawah matahari selama beberapa jam. Bagi makanan tengahari dan malam, mereka

mendapat sedikit nasi, dengan sedikit sayuran dan sekeping ikan kecil, atau satu ikan yang dikongsi bersama oleh dua puluh migran. Oleh kerana kekurangan makanan dan air, majoriti daripada banduan telah mengalami penyahhidratan dan malnutrisi. Ramai daripada mereka mengalami beri-beri, gastritis dan luka perut, odema, kesakitan tulang, pelbagai masalah kulit dan cirit-birit. Malah, migran tersebut tidak diberikan rawatan perubatan, dan hanya dibawa ke Hospital Kajang apabila berada dalam keadaan tenat atau sudah meninggal dunia. Air dan kain bersih diberikan kepada kaum perempuan yang memenuhi kehendak seksual pihak berkuasa. Laporan-laporan ini telah disahkan oleh kajian-kajian yang lain sejak tahun 1995. Misalnya, pada tahun 2002, akhbar-akhbar di Filipina telah melaporkan kematian lebih 10 warganegara Filipina di kem tahanan Menggatal, di Sabah. Ia dilaporkan bahawa migran-migran ini meninggal dunia akibat kekurangan makanan dan minuman. Di samping itu, beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pendatang-pendatang asing juga mengalami kesusahan semasa dihantar kembali ke negara asal. Menurut statistik kerajaan, 23,961 pekerja Indonesia dihantar kembali dari Malaysia pada tahun 1997, iaitu 62.8 peratus daripada jumlahnya. cii Di antara laporan-laporan yang paling menjijikkan adalah bahawa pegawai-pegawai imigresen seringkali menggunakan jongkang atau sampan untuk menghantar pekerjapekerja asing kembali ke Indonesia, sambil menyimpan duit tambang bagi diri mereka sendiri. ciii Terdapatnya juga laporan bahawa seorang perempuan yang hamil dengan anaknya yang pertama dibawa ke pelabuhan Tawau di atas trak dengan banduan-banduan yang lain. Dia telah mendapat kontraksi rahim semasa di atas trak, dan telah melahirkan anak yang kemudiannya meninggal dunia. civ Malah, selepas tiba di Indonesia, kehidupan bekas migran itu tidak menjadi lebih senang. Misalnya, akhbar Straits Times telah melaporkan kisah

seorang perempuan di Nunukan yang telah menjual anaknya agar dia dapat kembali ke kampungnya. Rencana yang sama juga melaporkan bahawa kini terdapatnya lebih kurang 80,000 rakyat Indonesia yang dihantar kembali dari Indonesia yang berada di sekitar Nunukan.cv Propaganda kerajaan Idea bahawa pekerja-pekerja migran adalah bertanggungjawab bagi segala masalah sosial dalam masyarakat adalah isu antarabangsa, terutamanya kerana propaganda kerajaankerajaan yang ingin mencari orang untuk disalahkan. Maka, tidak menghairankanlah bahawa pekerja-pekerja migran seringkali dilihat sebagai kelas bawahan dalam masyarakat yang lebih kaya, dan seringkali menjadi mangsa kepada propaganda kerajaan yang menyatakan bahawa mereka merupakan punca segala gejala sosial. cvi Di samping kes-kes jenayah, pendatang asing juga disalahkan bagi pelbagai lagi gejala buruk dalam masyarakat. Misalnya, pada tahun 1995, Menteri Perpaduan Kebangsaan dan Kemajuan Masyarakat dilaporkan mengatakan bahawa 80 peratus daripada peminta sedekah merupakan pendatang asing,cvii walaupun tidak terdapatnya bukti bahawa ini adalah benar. Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa pekerja migran tidak terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti jenayah, tetapi persepsi bahawa migran adalah punca utama sesuatu masalah sosial lebih terikat dengan propaganda daripada realiti. Biarlah kita mengkaji isu jenayah untuk memahami apa yang dimaksudkan. Kaitan di antara jenayah dan migran di Malaysia telah menjadi berleluasa semasa kemerosotan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an. Namun, maklumat yang disebarkan di kalangan masyarakat oleh kerajaan seringkali tidaklah jelas. Rajah-rajah yang menunjukkan peningkatan dalam jumlah jenayah yang dilakukan oleh pendatang dari Indonesia gagal untuk mengambil kira jumlah jenayah yang dilakukan di Malaysia secara

menyeluruh, misalnya. Jumlah jenayah yang dilakukan oleh warganegara Indonesia seperti yang digunakan oleh rencanarencana kerajaan, tidak memberikan apa-apa pemahaman mendalam mengenai isu jenayah; sebaliknya, usaha-usaha seperti ini hanya mengukuhkan perasaan anti-imigran. Bekas Menteri Dalam Negeri Megat Junid pernah berkata bahawa rakyat Indonesia melakukan 1.2 peratus daripada kesemua jenayah di Malaysia, yang dia mengatakan adalah tinggi berbanding dengan penduduk migran dari negara-negara lain. Walaubagaimanapun, dia telah mengatakan benda yang sama sepuluh tahun sebelum itu, lalu menjadikan maklumat tersebut sesuatu yang patut dipersoalkan.cviii Pendatang asing, terutamanya pendatang tanpa izin, juga seringkali menjadi mangsa jenayah, tetapi ini sedikit sebanyaknya tidak dilaporkan oleh media massa. Keengganan pendatang asing untuk melaporkan jenayah juga menjadikan mereka sasaran bagi pihak polis korupse. Lebih-lebih lagi, jenis-jenis jenayah yang biasa dialami oleh pendatang asing seperti usikan seksual, pemaksaan bekerja, dan penafian gaji, adalah jenayah di sisi undang-undang Malaysia. Tetapi ketidak-hadiran apa-apa jaminan keselamatan, seperti keselamatan dari dakwaan imigesen bagi mereka yang ingin membuat dakwaan, bermakna bahawa kebanyakan jenayah terhadap pendatang asing tidak dilaporkan mahupun dihukum. Lebih-lebih lagi, hukuman mati, terutamanya hukaman mati mandatori bagi jenayah-jenayah tertentu, sudah lama dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia. Sehingga ini, tiga imigran Indonesia telah dihukum mati di Malaysia, iaitu Ramli Kechik pada tahun 1986, Basri Masse pada tahun 1990 dan Karno Marzuki pada tahun 1992. Seperti yang telah dikatakan di atas, kes Basri telah menjadi isu hangat di Indonesia kerana pelbagai kerumitan dalam kes tersebut. Migrasi dan kapitalisme

Kebebasan manusia untuk bergerak dengan bebas dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi sebab-sebab ekonomi, politik atau sosio-budaya merupakan sebahagian besar daripada sejarah manusia. Tetapi kebebasan itu telah dihadkan pada masa-masa moden dengan pendirian sempadan-sempadan politik dan negara-negara yang meluluskan undang-undang imigrasi untuk mengawal migrasi antara sempadan. Namun, undang-undang ini seringkali tidak memadai bagi aliran migrasi antarabangsa. Dalam tiga dekad yang lalu, migrasi tenaga pekerja di seluruh dunia telah berkembang dengan pesat. cix Di bawah undang-undang seperti yang telah dititikberatkan di atas, golongan yang ditindas bukan sahaja kelas pekerja dari negara penghantar, bahkan juga kelas pekerja di negara penerima. Dari segi ini, konsep penindasan adalah konsep yang penting bagi pemahaman Marxsis mengenai sejarah dan masyarakat moden. Ia merujuk kepada diskriminasi secara sistematik oleh satu kumpulan sosial terhadap kumpulan sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri yang diwarisi seperti warna kulit dan jantina atau ciri-ciri yang dipupuk dari segi sosial seperti kepercayaan agama dan orientasi seksual. Walau apapun sebab-sebabnya, kelas-kelas pemerintah telah melancarkan penindasan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu untuk memastikan pembahagian dan pemisahan di kalangan mereka yang diperintah. Sekian lama, kumpulan-kumpulan tertentu telah mengalami penindasan disebabkan bangsa atau kaum atau negara asal mereka. Corak penindasan ini memang jelas kelihatan di bawah diskriminasi yang dialami oleh pendatang-pendatang asing di Malaysia. Di sebalik segala retorik mengenai imigrasi, sistem pengeksploitasian dan ketidak-samarataan sedunia merupakan dasar yang memaksa manusia meninggalkan negara-negara asal mereka, biarpun sebagai pelarian atau imigran. Sebab-sebab utama bagi migrasi dari Indonesia sebenarnya adalah serupa dengan kebanyakan negara membangun yang lain. Kekurangan

peluang pekerjaan memaksa golongan menganggur untuk mencari pekerjaan di luar negara. Pembangunan bergabung dan tidak sama rata juga adalah faktor penting. Sambil beberapa sektor ekonomi Indonesia, seperti sektor infrastruktur dan pengeluaran, sedang berkembang dengen pesat, sektor pertanian telah diabaikan. cx Kebanyakan rakyat di luar bandar tidak menerima pendidikan yang baik, dan apabila mereka berhijrah ke bandar, latihan pertanian mereka menjadi tidak berguna. Ini memaksa mereka mencari pekerjaan di luar negara. Dari segi ini, ia adalah penting untuk bahawa majoriti imigrasi berlaku di dalam negara asal dan di antara negara-negara Dunia Ketiga. Meskipun fakta bahawa majoriti penduduk dunia hidup dalam kemiskinan, hanya 2.5 peratus daripada umat manusia kini menetap di luar negara asal mereka. Faktor asas yang menjadi pra-syarat bagi kewujudan imigrasi adalah tuntutan ekonomi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah, serta negara-negara membangun seperti Malaysia dan Singapura. Negara-negara seperti ini bukanlah menerima imigrasi secara pasif, tetapi sedang menciptakan keadaan-keadaan yang memaksa imigrasi. Biarpun secara bersejarah atau pada masa mutakhir, imigrasi adalah faktor yang penting bagi ekonomi-ekonomi kapitalis. Fungsi utama migrasi adalah untuk membekalkan sesuatu ekonomi dengan tenaga pekerja khusus yang murah. Semasa zaman pertubuhan dan kadar pengangguran yang rendah, pekerja-pekerja asing digunakan untuk mengekalkan kadar gaji yang rendah. Semasa zaman kemerosotan pula, para pekerja ini dijadikan mangsa bagi segala keburukan masyarakat. Polisi imigrasi sesebuah kerajaan sebenarnya ditentukan oleh keperluan-keperluan kapitalis yang sememangnya tidak mempunyai kaitan dengan keperimanusiaan. Walaupun kebanyakan kerajaan barat dan beberapa negara membangun mencuba menghadkan jumlah pendatang asing, sistem kapitalis

sedunia memastikan yang masih terdapatnya keperluan bagi tenaga pekerja asing. Mungkin ia kelihatan seperti terdapatnya percanggahan di antara polisi sempadan yang ditutup dalam satu tangan dan tuntutan bagi tenaga pekerja murah dalam tangan sebelah. Dalam realiti, oleh kerana sempadan yang ditutup adalah pra-syarat bagi pencabulan hak imigran yang berjaya melintasi sempadan tersebut, maka ia tidak menghairankanlah bahawa golongan yang merangkul keuntungan dari keadaan ini adalah kelas kapitalis dan kelas pemerintah, sambil mereka yang merana adalah kelas pekerja. Para pekerja yang cukup bernasib baik untuk menjual tenaga pekerja mereka di negara lain biasanya bekerja dalam sektorsektor khas di bawah keadaan-keadaan yang melarat. Mereka biasanya bekerja di ladang-ladang, kilang-kilang kain, elektronik dan makanan, serta kilang-kilang yang diusahakan oleh perusahaan-perusahaan multinasional. Apabila sesebuah negara dilanda krisis ekonomi, merekalah yang merupakan golongan pertama untuk dipecat. Kesatuan-kesatuan pekerja pula tidak mengenali mereka sebagai sebahagian daripada kelas yang patut dipertahankan oleh mereka. Walaupun merupakan sebahagian penting daripada kuasa tenaga pekerja, hak-hak asasi mereka dicabuli demi perlanjutan sistem kapitalis. Maka, apa yang jelas adalah bahawa keselamatan pendatang asing tidak dapat bergantung pada polisi-polisi imigresen sahaja. Walau apapun langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menghadkan kemasukan pendatang tanpa izin, perbezaan taraf gaji di antara Malaysia dan negara-negara jirannya akan memastikan aliran pendatang tanpa izin berterusan. Walaupun ia mungkin benar bahawa terdapatnya lebih banyak jaminan keselamatan bagi pekerja migran dengan status sah berbanding dengan pendatang tanpa izin, ini bukanlah sentiasa kes-nya dalam realiti. Mendaftar dengan kerajaan biasanya adalah lebih mahal dan dapat mengambil masa yang lama, dan bagi

kebanyakan rakyat Indonesia yang miskin, ia biasanya adalah lebih mudah dan murah untuk mengelakkan segala birokrasi Departemen Tenaga Kerja. Meskipun kesusahan-kesusahan seperti ini, pekerja migran di kebanyakan negara telah bermula mengambil bahagian secara radikal dalam gerakan-gerakan pekerja. Para pekerja migran di Hong Kong telah memulakan tindakan militan untuk menghalang pemotongan gaji. Pekerja-pekerja migran di sempadan Amerika Syarikat-Meksiko telah beratur untuk berjuang demi hak-hak mereka. Para pekerja asing di London telah bersatu dengan kelas pekerja tempatan untuk menentang pemecetan tidak adil dan pemotongan gaji. Dalam setiap contoh ini, apa yang menjadi tulang belakang kepada aktivisme baru di kalangan pekerja migran adalah sokongan dari kelas pekerja tempatan. Di Malaysia, masalah utama adalah pembahagian di antara perjuangan pekerja migran dan aktivisme pekerja tempatan. Masalah kedua pula adalah jurang di antara aktivisme pekerja di Malaysia dan gerakan pekerja di negara-negara jiran. Berhadapan dengan ini, sebuah gerakan bersatu yang menggabungkan unsur-unsur kelas pekerja di Malaysia dan Indonesia, tanpa mengira jika pekerja tersebut adalah pendatang tanpa izin atau tidak hanya sebuah gerakan seperti inilah yang dapat mencapai hak-hak asasi bagi mereka yang dieksploitasi di bawah sistem kapitalis. Seperti yang dijelaskan di atas, polisi sempadan yang ditutup bersamaan dengan undang-undang yang berdiskriminasi terhadap pendatang-pendatang asing sangatlah baik bagi pihak kapitalis. Di bawah keadaan seperti ini, mereka dapat meraih keuntungan yang paling besar dari pekerja imigran dan pada masa yang sama menggunakan mereka untuk memeras pekerja tempatan dan mengekalkan taraf gaji yang rendah.

Gerakan pekerja mesti memahami bahawa ia bukanlah pekerja imigran yang bertanggungjawab bagi penghapusan pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran, mahupun kemerosotan dalam taraf kehidupan. Segala gejala ini sebenarnya disebabkan oleh sifat parasitik sistem kapitalisme. Perjuangan kita untuk mengakhiri pengeksploitasian mestilah memeluk saudara-saudari kita dari seberang sempadan. Ini hanya akan dicapai jika kita berjuang demi hak-hak asasi pendatang asing dan pembukaan sempadan, yang sentiasa menjadi sebahagian daripada hati perjuangan sosialis antarabangsa. Bagi pihak sosialis, matlamat kita adalah untuk menghancurkan pembahagian dan pemisahan yang semakin dihuraikan dengan ungkapan-ungkapan seperti pendatang tanpa izin dan tidak sah. Ini hanya dapat dilakukan dengan menghancurkan penindasan yang mengakibatkan isu pendatang asing menunjukkan batang hidung. Ini sudah pasti bermakna memberi sokongan kepada kaum-kaum yang ditindas, tetapi kita juga perlu memahami bahawa konsep pendatang tanpa izin adalah cara zalim untuk membahagikan penduduk sesebuah negara dengan kelas pekerja di negara yang lain. Realitinya adalah bahawa pembahagian kelas pekerja mengikut bangsa, biarpun di antara rakyat Indonesia dengan Malaysia, atau kaum Cina dengan kaum Melayu, dan sebagainya, hanya menyembunyikan persamaan-persamaan yang dapat menyatukan kelas pekerja. Dan ini hanya dapat dilakukan jika sistem kapitalis yang melahirkan pembahagian tersebut ditumbangkan, dan ditumbangkan oleh usaha kolektif kelas pekerja. Biarlah kita berakhir dengan kata-kata Vladimir Lenin: Kesedaran kelas pekerja hanya dapat menjadi kesedaran politik yang tulin jika para pekerja dilatih untuk memberi tentangan kepada setiap kes kezaliman pemerintah, penindasan, keganasan dan kekerasan, tanpa mengira kelas mana yang diakibatkan hanya jika mereka dilatih, lebih-lebih lagi, untuk memberi tentangan dari pandangan demokrasi sosial [iaitu, sosialis revolusioner] dan

bukannya pandangan yang lain. cxi Maka, bagi pihak sosialis, tidak terdapatnya perbezaan jika kumpulan-kumpulan tertentu ditindas kerana bahasa, agama, kewarganegaraan atau suku kaum mereka. Dalam setiap kes, tanggungjawab kita adalah untuk mempertahankan mereka yang ditindas dan menunjukkan perpaduan dengan mereka.Nota Rencana ini telah menggabungkan beberapa sumber akhbar serantau. Jakarta Post, Tempo, Kompas, Straits Times, Sinar Pagi, Cenderawasih Pos, Suara Pembaruan, Suara Kaltim, Republika dan Merdeka diterbitkan di Indonesia. The Sun, The Sun Magazine, The Star, The Sunday Star, Utusan Malaysia, Business Times dan New Straits Times diterbitkan di Semenanjung Malaysia. Daily Express dan Borneo Post diterbitkan di Sabah. The Phillipine Daily Inquirer diterbitkan di Filipina.i

Lihat Jakarta Post, 3hb Mac 2000.

ii

Dari Pejabat Migrasi Antarabangsa, IOM Menakuti Peningkatan Mendadak Dalam Migran Tanpa Izin di Asia Tenggara Yang Dilanda Krisis, 8hb Jun 1998.iii

Kajian Penduduk Sementara, Jabatan Ketua Menteri, Kota Kinabalu (1988).

iv

Lihat juga K. S. Jomo dan V. Kanapathy, Economic Liberalization and Labour in Malaysia: Efficiency and Equity Considerations in Public Policy Reform, kertas yang dihantar kepada ILO, Bangkok (1996).v

Lihat J. Esplanada, Peningkatan pendatang haram Filipina di Sabah, Philippine Daily Inquirer, 30hb Oktober, 1999. Lihat juga The Sun, 23hb September 1996.vi

The Star, 16hb Disember 1995.

vii

A. Kassim, In Search of Greener Pastures: Malaysian Illegal Workers in Japan, dalam H. Komai (penyunting), Overview of Emigrant Workers to Japan in Developing Countries, Jepun, Universiti Tsukuba (1993), muka surat 163-183.viii

Kepentingan pengeksportan tenaga pekerja bagi ekonomi Indonesia ditunjukkan oleh Rancangan Repelita Keenam (1995-1999), di mana ia diramalkan bahawa 1.25 juta pekerja migran akan dihantar ke luar negara. Jika rancangan ini tidak tergendala oleh krisis ekonomi pada tahun 1997-1998, seramai empat juta penduduk Indonesia akan berada di luar negara dengan cukai pendapatan sebanyak AS$8.5 bilion bagi ekonomi Indonesia.ix

Untuk kajian mengenai migrasi di antara Filipina dan negeri Sabah, lihat M. Salleh, Konflik perkauman di Sabah: Isu bumiputera dan pendatang asing dari perspektif sosialis, di laman web Suara Sosialisme Malaysia, http://arts.anu.edu.au/suarax

G. J. Hugo, Migrasi tenaga pekerja antarabangsa dan keluarga: Beberapa pemerhatian di Indonesia, Asian and Pacific Migration Journal, Jilid 4, Nombor 2-3, muka surat 273-301.xi

Sebaliknya, aliran tenaga pekerja Indonesia ke Malaysia, secara umumnya, terdiri daripada pekerja lelaki.

xii

Lihat Tekanan Emigrasi dan Perubahan Struktur: Kajian Kes Indonesia, ILO, International Labour Migration From Indonesia, Bab 3, http://www.ilo.org/public/english/protection/migrant/papers/emindo/ch3.htm

xiii

Misalnya, lihat Daily Express, 29hb September 1999, muka surat 1; Borneo Post, 12hb November 1999; dan N. N. Samah dan W. N. Wan Chik, Keputusan Likas dibatal - Mahkamah dapati wujud pengundi hantu pada pemilihan 1999, Utusan Malaysia, 9hb Jun 2001. http://members.tripod.com/skypin/politik/pol153.html. Untuk penerangan lebih lanjut, lihat M. Salleh, seperti nota 6.xiv

Lihat RM$10 untuk kad pengenalan palsu, The Borneo Post, 18hb Ogos, 1999.

xv

Lihat P. Pillai, People on the Move: An Overview of Recent Immigration and Emmigration in Malaysia, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (1992), Kuala Lumpur.xvi

Dari G. J. Hugo, Tenaga Pekerja Indonesia Memandang Ke Luar Negara, Universiti Adelaide, http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?ID=53xvii

Lihat juga E. Spaan, Taikong and calo: Peranan orang tengah dan broker dalam migrasi antarabangsa Jawa, International Migration Review, Jilid 28, Nombor 1, muka surat 93-113.xviii

Lihat C. P. Lim, Industrial Development: Introduction to the Malaysian Industrial Masterplan, Penerbit Pelanduk (1987), Petaling Jaya.xix

J. Nagayam, Penyerapan Pekerja Migran di Malaysia, Asia and Pacific Migration Journal, Jilid 1, Nombor 3 dan 4 (1992), muka surat 485.xx

Misalnya, lihat F. R. Dorall, Pekerja asing di Malaysia: Isu-isu dan kesan-kesan migrasi ekonomi tanpa izin mutakhir dari dunia Malayu, dalam The Trade in Domestic Helpers, Kuala Lumpur, PDC (1989), muka surat 287316.xxi

G. J. Hugo, Migrasi Tenaga Pekerja Indonesia ke Malaysia: Aliran dan Kesan-Kesan Polisi, Southeast Asian Journal of Social Science, Jilid 21, Nombor 1 (1993).xxii

Ditandatangani, Persetujuan Tenaga Kerja dan Lintas Batas RI-Malaysia, Kompas, 13hb Mei 1984. Mengamankan Pendatang Haram, Tempo, 23hb Mac 1985. Derita Para Pendatang Haram, Tempo, 24hb Januari 1987. Lihat Kompas, 11hb Jun 1984. Lihat G. J. Hugo, seperti nota 7. Jangan Bicara Kepada Wartawan, Tempo, 20hb Julai 1985. Tempo, 16hb Julai 1988.

xxiii

xxiv

xxv

xxvi

xxvii

xxviii

xxix

Berkah dan Masalah, Tempo, 25hb Januari 1989. Setelah Eksekusi di Dini Hari, Tempo, 27hb Januari 1990. Pekerja Indonesia Berlumba Mengejar Tarikh Akhir KL, Jakarta Post, 25hb Jun 1992.

xxx

xxxi

xxxii

Misalnya, lihat A. Kassim, Pekerja Imigran di Malaysia: Isu, Masalah dan Harapan, dalam B. H. Lee dan S. Oorjitham (penyunting), Malaysia and Singapore: Experiences in Industrialisation and Urban Development, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya (1993), muka surat 124-162. Lihat juga M. Z. Zain, Polisi-Polisi Awam Yang Menguasai Pekerja Migran di Malaysia, kertas yang disiarkan semasa Bengkel Antara Negara ILO Mengenai Pekerja-Pekerja Migran Dalam Industri Tanaman, 12hb-16hb November 1991, Kuala Lumpur.

xxxiii

Ribuan TKI Tertipu di Malaysia, Kompas, 3hb September 1992. Lihat Straits Times, 26hb Oktober 1990. 200,000 TKI Ilegal Dicari-cari dan Ditangkap Polisi Berwenang di Malaysia, Sinar Pagi, 21hb Mei 1993. Data AIDS Malaysia Mengejutkan Akan Dikaji Semula, Jakarta Post, 29hb Julai 1992. Mulai Juli, Pengiriman TKI Ke Malaysia Ditingkatkan, Kompas, 26hb Jun 1992. Meledak, Permintaan TKI Dari Malaysia, Kompas, 21hb Mei 1993.

xxxiv

xxxv

xxxvi

xxxvii

xxxviii

xxxix

Tak Sekadar Sambal Belacan, Kompas, 23hb September 1993.

xl

Januari 94 Depnaker Tetapkan Prosedur Pengirim TKI ke LN, Kompas, 23hb November 1993. RI Mencari Pasaran Eksport Baru Bagi Pekerja, Jakarta Post, 29hb Julai 1994. Utang Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia, Cenderawasih Pos, 25hb Januari 1996. The Star, 24hb Mac 1996. The Sunday Star. 15hb September 1996. The Sun, 21hb Oktober 1996. Straits Times, 19hb Disember 1996. Business Times, 7hb Januari 1997. Kompas, 9hb November 1997.

xli

xlii

xliii

xliv

xlv

xlvi

xlvii

xlviii

xlix

Kompas, 12hb Ogos 1997.

l

Jeruk Habis, Ribuan Tenaga Kerja Ke Sarawak, Kompas, 16hb September 1997. Straits Times, 19hb Disember 1996. Utusan Malaysia, 13hb November 1997. Tukar Pekerjaan Atau Kembali Ke Negara Asal, Pekerja Asing