isu penggunaan bahasa dalam media

9
Tajuk: Penggunaan Bahasa Dalam Media 1.0 Latar Belakang isu. Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen mengandungi lirik” Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai………..” ciptaan Dol Ramli sebagai usaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Seperti televisyen, radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan maklumat dengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu dalam media sebagai renungan bersama. Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media, buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka. Sebagai contoh, “ Memang power” seperti dalam iklan Sony boleh digantikan dengan : Memang Berkuasa” atau “ Memang Hebat”. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan “Panasonic Ideas For Life “ boleh diterjemahkan kepada “ Panaconic, Ciptaan Sepanjang hayat”. Selain itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan Produk Ellgy Plus menyatakan “ Ellgy Plus is uiterst wekzam….zaelfsmijn moeder is het daarmee eens” yang bermakna “Ellgy Plu Berkesan”. Persoalannya adalah iklan ini berkesan dengan mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan. Begitu juga dari segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan. Contohnya Iklan Jacker, “ POTATO CRISPS Meriangkan selera”, Dari segi kolokasi, “Meriangkan” tidak sesuai digandingkan dengan kata “ selera” kerana “ riang” ilaha kata sifat yang dikaitkan dengan suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira.

description

isu

Transcript of isu penggunaan bahasa dalam media

Page 1: isu penggunaan bahasa dalam media

Tajuk: Penggunaan Bahasa Dalam Media

1.0 Latar Belakang isu.

Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen

mengandungi lirik” Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-

ramai………..” ciptaan Dol Ramli sebagai usaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa

Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini

semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media

menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara

komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Seperti televisyen,

radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan maklumat

dengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu dalam media

sebagai renungan bersama. Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media,

buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama

siaran mereka. Sebagai contoh, “ Memang power” seperti dalam iklan Sony boleh digantikan

dengan : Memang Berkuasa” atau “ Memang Hebat”. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan

“Panasonic Ideas For Life “ boleh diterjemahkan kepada “ Panaconic, Ciptaan Sepanjang

hayat”.

Selain itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan

Produk Ellgy Plus menyatakan “ Ellgy Plus is uiterst wekzam….zaelfsmijn moeder is het

daarmee eens” yang bermakna “Ellgy Plu Berkesan”. Persoalannya adalah iklan ini

berkesan dengan mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan.

Begitu juga dari segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan.

Contohnya Iklan Jacker, “ POTATO CRISPS Meriangkan selera”, Dari segi kolokasi,

“Meriangkan” tidak sesuai digandingkan dengan kata “ selera” kerana “ riang” ilaha kata sifat

yang dikaitkan dengan suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira. Kata sesuai yang

dipadankan dengan “selera” seharusnya “membangkitkan” atau “membuka” selera. Oleh itu,

lebih tepat kalau dikatakan “ POTATO CRISPS Membuka Selera”. Kesalahan Bahasa

Melayu pada Papan Tanda juga berlaku. Ini boleh kita ketahui apabila melihat mana-mana

papan tanda premis-premis perniagaan atau nama kawasan mengabungkan bahasa asing

dengan Bahasa Melayu. Contohnya perkataan “Suiz Letrik” seharusnya menggunakan “Suis

Elektrik”. Begitu juga di dalam Perkataan “ Di Larang” sebagaimana dalam contoh diatas,

ialah awalan dan seharusnya dicantum “Dilarang” Bukannya “Di Larang. “ Dilarang adalah

bentuk pasif daripada kata melarang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan

bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turut

disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah

penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui,

Page 2: isu penggunaan bahasa dalam media

sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Manakala

menurut Hassan bin Ahmad (1979:20), pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat

buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Isu pencemaran bahasa ini

khususnya kekerapan penggunaan bahasa rojak oleh media penyiaran ini juga telah

dipandang serius oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) iaitu

Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Ini kerana beliau adalah seoarang yang antibahasa rojak dan

menerusi teguran yang dibuat itu jelas memperlihatkan penggunaan bahasa rojak digunakan

secara berleluasa dan beliau akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya.

Perkara sedemikian tuirut menjadi perhatian dan mengikut pendapat Shamsudin

Othman dari Jabatan Bahasa dan Pengajian Kemanusiaan, Falkulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia (UPM), Menerusi artikel terbitan Berita Harian bertarikh 3 haribulan

Mac 2011 yang menyatakan “kecenderungan menggunakan lebih daripada satu bahasa

selain Bahasa Melayu sebagai tidak wajar “Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh syarikat

gergasi milik negara kerana perbuatan terbabit memperlihatkan betapa tidak yakinnya

mereka terhadap bahasa Melayu bagi mewakili produk masing-masing dan boleh

disamakan dengan menjual maruah negara sendiri. “Malaysia sudah mengakui Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dan iklan untuk paparan rakyat negara ini, sewajarnya

menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Tidak perlu menggunakan pelbagai bahasa

untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan berhubung sesuatu produk.”

2.0 Strategi / Penambahbaikkan

Melalui terbitan Utusan Malaysia ytang bertarikh 15 Februari 2011 bertajuk “Media

Penting Angkat Martabat bahasa Melayu”. menyatakan Media elektronik dan cetak

berperanan penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu serta pematuhan kepada

dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan. Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan

Malaysia di Universiti Beijing, China, Prof. Dr. Awang Sariyan berkata, media merupakan

tunjang utama dalam pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di

negara ini.Menurutnya, peranan itu boleh dilakukan dengan memastikan bahasa yang

digunakan dalam penerbitan dan penyiaran berita adalah tepat dan sempurna serta

mengambil kira kesantunan."Usaha peneguhan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk pengamal media kerana secara

amnya golongan ini menggunakannya secara meluas sebagai alat berkomunikasi dengan

masyarakat."Komitmen ini perlu ketika penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar

semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sehingga menyebabkan bahasa

kebangsaan itu terus dipinggirkan," katanya.

Page 3: isu penggunaan bahasa dalam media

Oleh yang demikian strategi dan penambahbaikan harus diketengahkan untuk

mengatasi permasalahan ini. Antaranya ialah:

2.1 Perbincangan antara Badan-badan berkenaan

Antara ialah sentiasa mengadakan forum ataupun dialog bersama dengan semua

agensi yang berkaitan untuk mencari dan membahaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan

dalam pengiklanan. Seperti dialog bertajuk “Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam

Pengiklnan” Pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah DBP, YBhg.Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dan Dihadiri oleh seramai

150 peserta dari agensi pengiklanan, wakil kementerian,Pihak Berkuasa tempatan,

Pengawal Media, Pengamal Media dan para wartawan. Tutur hadir Ahli majlis Agensi

Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s),Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan

Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pengembangan Bahasa dan

Sastera, Encik Salehuddin Abg Shokeran.

2.2 Pemberian kuasa pantau kepada Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain daripada itu, pertimbangan pemberian kuasa pantau pihak Dewan Bahasa

dan Pustaka dalam pengiklannan yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran

Dr Mohd Puad Zarkashi melalui petikan terbitan Suara13 Online pada 27 Jun 2012. Melalui

pendekatan ini, DBP akan berperanan sebagai penegur, penasihat dan mendidik mana-

mana agensi media dalam memartabatkan Bahasa Melayu berbanding menghukum pihak-

pihak yang menggunakannya dengan betul.

2.3 Peranan Pihak berkuasa Negeri dan Tempatan serta agensi berkaitan

Pihak berkuasa tempatan, negeri dan kerajaan, seperti Majlis Bandaraya, Majlis

Perbandaran, Majlis Daerah ataupun pihak KDPNKK boleh memganding bahu dalam

menyelaraskan pemberian lesen perniagaan dengan memastikan nama premis perniagaan

menepati penggunaan Bahasa Melayu yang Betul. Melalui langkah ini, bukan sahaja semua

peniagaan di dalam negara menggunakan Nama Premis dengan penggunaan Bahasa

melayu yang betul malah ia dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke seluruh dunia dengan

pembabitan peniaga dari luar negara yang perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan di

Malaysia sekiranya ingin menjalankan perniagaan di sini.

2.4 Kerjasama penghasilan buku ilmiah dan bahan pelbagai media

Begitu juga, kerjasama antara pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para cendikiawan

dan para Sasterawan tempatan boleh menjalankan usaha sama bagi melaksanakan

penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran dan penggunaan buku dan bahan

pelbagai media Bagi membantu membenteras penyalahangunaan Bahasa melayu dalam

media.

2.5 Peranan Para pemimpin dan artis

Page 4: isu penggunaan bahasa dalam media

Para pemimpin harus menggunakan Bahasa Melayu yang tepat terutamanya ketika

berucap kepada media. Jika diperhatikan pengugunaan Bahasa Melayu sering kali dicampur

adukkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi Persoalannya, jika pemimpin sendirinya

tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul inikan pula pula rakkat yang

dipimpin. Turut di cadangkan juga kepada para artis hiburan terutamanya dalam telemovie

dan sebagainya sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang Betul penggunaan

tatabahasanya kerana peranan mereka sebagai artis dalam memartabatkan Bahasa Melayu

amat penting dalam media.

2.6 Peranan penghasilan media berbentuk penggunaan Bahasa Melayu yang tepat

Satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak media ,Radio Televisyen Malaysia

(TV) iaitu dengan cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa

rojak yang dianggap memudahkan dalam kehidupan harian menerusi drama “Osman Baku”

yang diarahkan oleh Dato'Rahim Razali sendiri yang menjadi Pakcik Osman dalam cerita

tu,seorang pesara guru bahasa melayu. Di dalam drama ini dia membetulkan kesalahan

ejaan,penggunaan bahasa melayu,bahasa rojak dalam kehidupan seharian disamping tu

diselitkan juga dengan pengolahan jalan cerita yang menarik supaya penonton tak berasa

bosan. Walaubagaimanapun, Drama ini hanya tamat sehingga 13 episod sahaja. Oleh yang

demikian, usaha ini tidak harus terbantut disini sahaja, penambahbaikan harus di

ketengahkan dengan memanjangkan lagi episode tersebut kerana jalan ceritanya

mempunyai implikasi yang boleh dianggap sebagai sebuah langkah murni bagi

memartabatkan Bahasa Malaysia.

3.0 Implikasi isu kepada masyarakat.

Pencemaran bahasa melalui media masa yang yang semakin berleluasa ini sudah

pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Antaranya ialah :

3.1 Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti

Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama

ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya

dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan

baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi

dengan keadaan sekarang yang timbul pelbagai perkara yang menyebabkan

penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara penulisan para pelajar.

Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan

istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan

menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok

oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan

bahasa yang betul.

Page 5: isu penggunaan bahasa dalam media

3.2 Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat

Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima

mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan mengganggu komunikasi antara

individu yang terlibat. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa Melayu baku. Akibat

daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas kelihatan ialah berlakunya salah faham

semantik. Ada sesetengah media yang menggunakan dialek tempat masing-masing.

Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan dalam laman sosial

iaitu blog. Sudah pastinya setiap individu mengarang penulisan mereka dengan bahasa

Melayu yang betul, namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka

mengikut negeri kelahiran.

3.3 kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan

tergugat.

Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walu bagaimanapun jika

penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan tidak

dibendung maka secara tidak langsung ia akan mengugat kedaulatan bahasa Melayu itu

sendiri. INi akibat sikap kebanyakkan masyarakat menganggap penguasaan bBahasa asing

terutamanya Bahasa Inggeris merupakan satu standard yang tinggi dalam kalangan

masyarakat. Maka secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa dipingirkan

khususnya di Bandaraya metropolitan. Dengan menguasai Bahasa asing misalnya Bahasa

Inggeris akan menaikkan taraf pergaulan mereka.

3.4 Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

Perkembangan media elektronik semakin maju ekoran perkembangan media siber

atau media baharu iaitu internet sehingga mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik..

Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasa-

bahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan,

antaranya ialah bahasa Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti

bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek. Bahasa rojak atau bahasa

basahan telah menjejaskan kualiti bahasa melayu. Penggunaan bahasa dalam media ini

sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di

media . Ianya hanya bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna

media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang

tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri.

3.5 Bahasa Melayu diperlekehkan

Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang

betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah

diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan

Page 6: isu penggunaan bahasa dalam media

tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan,

sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang  digunakan pada  papan tanda yang

mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, dengan adanya sikap yang

sedemikian, kita dapat menyimpulkan bahawa, tahap kesedaran tentang penggunaan

Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. Akibatnya, generasi akan

datang menganggap perkara semikian tidak perlu lagi diketengahkan menjadi isu. Maka

Bahasa Melayu yang bertindak sebagai Bahasa Kebangsaan akan pupus menjadi sejarah

Bahasa sahaja.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini menerusi media merupakan suatu isu atau

perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang

bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa

kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam

bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti

Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap

masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan.

Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan

kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.

Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan

walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau

pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita.

Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat

yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan

pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.

Oleh itu, bagi pihak-pihak media haruslah sedar yang mereka juga

bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa.

Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan.

Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan,

sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif

andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata

Peribahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah

cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah

dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh

dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya terutamanya

media masa.