Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

6
ULASAN ARTIKEL : ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA (HNP 3043) ISU PERLANUNAN DI SELAT MELAKA DAN SELAT SINGAPURA : KE ARAH KERJASAMA SERANTAU DAN ANTARABANGSA 1.0 PENGENALAN Artikel ini ditulis oleh Hanizah Idris yang bertajuk “Isu Perlanunan di Selat Melaka dan Selat Singapura : Ke Arah Kerjasama Serantau dan Antarabangsa” yang bertarikh pada 11 Disember 2006. Beliau berkata laluan kapal perdagangan di Selat Melaka merupakan punca utama terjadinya kes yang melibatkan rompakan di perairan Malaysia, Indonesia dan Singapura. Akibat daripada isu lanun yang semakin menjadi- jadi, sememangnya langkah yang segera perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya kejadian sebegini berlaku lagi. Kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha mengawal dan membanteras perlanunan di Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi topik hangat dalam kalangan negara yang terlibat. Ketiga-tiga negara ini mempunyai kepentingan masing-masing iaitu dari segi geo-politik, ekonomi, sosial dan keselamatan. Antara yang dikaji dalam artikel ini adalah faktor-faktor yang mendorong berlakunya serangan serta percubaan serangan lanun di dua buah selat ini. Bahagian kedua artikel ini menyentuh perbincangan dan analisis kejadian perlanunan di Selat Melaka dan Singapura bagi mengenalpasti trend serta kawasan tumpuan bagi serangan lanun ini. Bahagian terakhir artikel ini membincangkan kerjasama yang telah dan akan diadakan pada peringkat serantau dan antarabangsa dalam menangani isu ini. 1

description

Lanun di selat melaka

Transcript of Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

Page 1: Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

ULASAN ARTIKEL : ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA (HNP 3043)

ISU PERLANUNAN DI SELAT MELAKA DAN SELAT SINGAPURA : KE ARAH

KERJASAMA SERANTAU DAN ANTARABANGSA

1.0 PENGENALAN

Artikel ini ditulis oleh Hanizah Idris yang bertajuk “Isu Perlanunan di Selat Melaka dan Selat

Singapura : Ke Arah Kerjasama Serantau dan Antarabangsa” yang bertarikh pada 11

Disember 2006. Beliau berkata laluan kapal perdagangan di Selat Melaka merupakan punca

utama terjadinya kes yang melibatkan rompakan di perairan Malaysia, Indonesia dan

Singapura. Akibat daripada isu lanun yang semakin menjadi-jadi, sememangnya langkah

yang segera perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya kejadian sebegini berlaku lagi.

Kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha mengawal dan membanteras

perlanunan di Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi topik hangat dalam kalangan negara

yang terlibat. Ketiga-tiga negara ini mempunyai kepentingan masing-masing iaitu dari segi

geo-politik, ekonomi, sosial dan keselamatan. Antara yang dikaji dalam artikel ini adalah

faktor-faktor yang mendorong berlakunya serangan serta percubaan serangan lanun di dua

buah selat ini. Bahagian kedua artikel ini menyentuh perbincangan dan analisis kejadian

perlanunan di Selat Melaka dan Singapura bagi mengenalpasti trend serta kawasan tumpuan

bagi serangan lanun ini. Bahagian terakhir artikel ini membincangkan kerjasama yang telah

dan akan diadakan pada peringkat serantau dan antarabangsa dalam menangani isu ini.

Kesedaran dalam kepentingan Selat Melaka sebagai laluan kapal yang paling sibuk di

dunia, maka 3 inisiatif telah diambil iaitu peranan yang dilakukan oleh 3 buah negara iaitu

Malaysia,Singapura dan Indonesia bagi memastikan selat Melaka dan Selat Singapura

selamat dan bebas daripada ancaman serangan lanun. Kedua melibatkan kerjasama dengan

negara-negara pengguna selat tersebut seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Amerika

Syarikat. Inisiatif yang terakhir yang boleh diambil ialah perundangan dibawah International

Maritime Organisation (IMO).

1

Page 2: Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

ULASAN ARTIKEL : ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA (HNP 3043)

2.0 PERBINCANGAN

Seperti mana yang kita tahu, sebelum terjadinya sesuatu isu, sudah pasti ada faktor yang

menyebabkan isu tersebut terjadi. Seperti isu perlanunan di Selat Melaka dan Selat Singapura

mempunyai faktornya yang tersendiri iaitu kepentingan ekonomi yang menjadikan kedua-dua

belah selat ini menjadi laluan perkapalan yang tersibuk di dunia. Selat Melaka merupakan

satu selat yang paling strategik dimana ia terlindung daripada angin monsun. Kedudukan

geografi Selat Melaka pula terletak di tengah-tengah jalan perdagangan yang amat strategik

di benua Asia (Nordin Hussin, 2008). Kesibukan kedua-dua belah selat ini memang tidak

boleh disangkal dimana bilangan kapal ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selat

Melaka juga turut berperanan sebagai laluan utama kapal-kapal tangki yang membawa bahan

bakar seperti petroleum dan gas (Hanizah Idris, 2001).

Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi tumpuan pelabuhan utama seperti

Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura yang mempunyai potensi mendapat ancaman atau

percubaan serangan lanun. Pelabuhan yang ada di Indonesia seperti Pelabuhan

Belawan,Tanjung Balai dan Dumai sering menjadi serangan lanun. Oleh itu perkembangan

ini jelas menunjukkan bilangan trafik di Selat Melaka dan Selat Singapura akan terus

meningkat dan seterusnya menuntut kepada kesejahteraan, keamanan dan keselamatan laluam

perkapalan tersebut daripada sebarang ancaman bagi jangka masa panjang.

Antara kerjasama negara-negara pesisir dalam usaha mengawal perlanunan di Selat

Melaka dan Singapura ialah rondaan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura atau

akronimnya MALSINDO telah dilaksanakan pada Julai 2004. Rondaan ini melibatkan

pengangkutan air dan udara dalam usaha mengawal perlanunan di kedua-dua buah selat

tersebut. Seterusnya kawalan dan tindakan dengan penggunaan kapal terbang menjadi

langkah yang paling efektif. Penggunaan peralatan seperti Marine Electronic Highway

(MEH) dan Automatic Identification System (AIS) merupakan salah satu kaedah tindakan di

darat.. Pada tahun 2005, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand telahg melancarkan

joint-security initialtive, yang dikenali projek “Eye in the Sky” yang bertujuan untuk

mengadakan pengawasan udara secara usahasama supaya situasi sebenar di Selat Melaka

dapat dikenalpasti.

Penglibatan negara-negara bukan pesisir pantai dalam usaha mengawal perlanunan di

Selat Melaka dan Singapura antaranya negara daripada Asia dimana terdapat 11 buah negara

2

Page 3: Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

ULASAN ARTIKEL : ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA (HNP 3043)

telah memperakukan satu perjanjian kerjasama untuk membanteras perlanunan dan

rompakan bersenjata di rantau Asia Tenggara ini. Peranan pelabuhan juga dititikberatkan

antaranya mempertingkatkan keselamatan di kawasan dermaga, laluan menuju ke pelabuhan,

kawasan kapal berlabuh termasuk rondaan berterusan di kawasan pelabuhan tersebut.

Keduanya, pihak pelabuhan perlu pengawasan berterusan ke atas kejadian serangan di

kawasan pelabuhan untuk mengenalpasti modus operandi yang digunakan oleh lanun.

Seterusnya, mengklasifikasikan perlanunan dan rompakan bersenjata sebagai satu bentuk

jenayah yang perlu ditangani dengan sewajarnya. Akhir sekali penglibatan dalam aktiviti

usahasama di peringkat serantau dalam usaha untuk membanteras kejadian lanun ini

termasuk membangunkan rangkaian hubungan bagi pertukaran maklumat mengenai jenayah.

3.0 PERBANDINGAN ARTIKEL

Jurnal yang ditulis oleh Amriah Buang bertajuk “Selat Melaka 1992-2006 : Iktibar

Permasalahan dalam Mengurus Kesejahteraan Sumber Sekitaran Serantau” pada tahun 2006

lebih menfokuskan langkah yang proaktif dalam menangani isu perlanunan di Selat Melaka.

Antara langkah yang ditekankan dalam artikel yang ditulis oleh beliau ialah kerjasama

dikalangan litoral dalam memperbaiki lagi teknik dan keupayaan pengurusan. Kedua ialah

tindakan pro-aktif di pihak industri perkapalan selalu membaharui dan meningkatkan sumber

peralatan dan kemahiran perkapalan demi mengurangkan pelanggaran kapal dan langkah

yang terakhir ialah penglibatan bertanggungjawab dari kalangan pengguna antarabangsa selat

ini dalam memastikan keselamatan penggunaan selat ini yang sama pentingnya pada tahun

2006 seperti pada tahun 1992 (Amriah Buang, 2006).

Artikel ini sememangnya berbeza dengan artikel yang ditulis oleh Hanizah Idris yang

lebih memperincikan faktor-faktor berlakunya kes perlanunan di Selat Melaka dan Selat

Singapura. Disamping itu, artikel tersebut berfokuskan dua buah selat berbanding dengan

artikel yang ditulis oleh Amriah Buang yang berfokuskan satu selat iaitu Selat Melaka sahaja.

Artikel kedua-keduanya sememangnya bagus untuk pembaca kerana ia dapat memberikan

pengetahuan yang luas kepada pembaca tentang isu lanun di Selat Melaka khususnya. Artikel

yang ditulis oleh Amriah Buang juga lebih berfokuskan pencemaran yang berlaku di Selat

Melaka seperti pelanggaran kapal yang menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak di

selat ini. Apabila berlakunya pencemaran akan menyebabkan sesebuah negara terpaksa

mengeluarkan wang yang tinggi hanya kerana mahu mengatasi masalah yang dihadapi.

3

Page 4: Isu Perlanunan Di Selat Melaka Dan Selat Singapura (Ringkasan Artikel)

ULASAN ARTIKEL : ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA (HNP 3043)

4.0 PENUTUP

Tuntasnya, Selat Melaka sememangnya membawa seribu satu keindahan kepada negara

sekitarnya, dimana selat ini memainkan peranan dalam meningkatkan sosioekonomi sesebuah

negara terutamanya Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selat Melaka menjadi laluan utama

pedagang daripada pelbagai negara menemukan negara dari Timur ke negara Barat. Selat ini

berjaya membuatkan ketiga-tiga negara ini membina pelabuhan yang dikatakan antara yang

terbaik di dunia dari segi kualiti perkhidmatan dan sikap profesional kepada negara-negara

lain. Namun Selat Melaka dan dan Selat Singapura menjadi kawasan tumpuan kepada lanun

yang inginkan kekayaan segera dengan merompak dan menculik anak kapal sehingga

menuntut wang berjuta-juta ringgit.

Disebabkan itu, kita kena kaji semula kenapa keadaan sebegini boleh berlaku dari

dulu hingga sekarang sekiranya pengawasan yang longgar. Oleh itu, beberapa langkah yang

drastik telah diambil dengan mengambil beberapa pandangan daripada negara terlibat serta

negara maju seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat. Langkah-langkah

yang diambil berjaya dilaksanakan dan mengurangkan kadar kes rompakan di selat ini.

Justeru, kita haruslah terus menyokong pendekatan yang diambil oleh pihak berwajib supaya

kesejahteraan masyarakat dapat ditingkatkan tanpa ada sebarang spekulasi yang boleh

menjatuhkan sesebuah negara.

4