Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial

19
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Nama & No. Kad Pengenalan Kod & Nama Kursus Kumpulan Nama Pensyarah Deskripsi Tugasan Tarikh Hantar “Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.” Tanda tangan pelajar: _________________ Tarikh: _______________

Transcript of Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan

Kod & Nama Kursus

Kumpulan

Nama Pensyarah

Deskripsi Tugasan

Tarikh Hantar

Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.Tanda tangan pelajar: _________________ Tarikh: _______________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________

Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________

Markah :

PENDAHULUAN

Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama yang merupakan tugasan individu, kami dikehendaki untuk membina satu peta pemikiran i-Think mengenai hubungkait kontrak sosial dengan empat isu tentang perpaduan di Malaysia seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Dalam tugasan yang kedua yang merupakan tugasan berkumpulan, kami dikehendaki untuk menyiapkan sebuah esei tentang keberkesanan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid sekolah.

SOALANTugasan Projek (100%)

Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik yang sihat akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama, bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha kerajaan perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. (Shamsul Amri Baharuddin, 2007)

Tugasan 1 - Peta Pemikiran (i-Think) (20%) secara berkumpulan dua / tiga orang

Berdasarkan petikan di atas, hubungkaitkan kontrak sosial dengan empat isu tentang perpaduan etnik di Malaysia seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan menggunakan peta pemikiran (i-Think). Anda dikehendaki merujuk sumber yang sahih untuk memperoleh maklumat / fakta berkaitan empat isu tentang perpaduan etnik di Malaysia.

Tugasan 2 - Esei (60%) secara berkumpulan dua / tiga orang

Memberi pendapat tentang keberkesanan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid di sekolah.Panjang esei dalam lingkungan 1500 patah perkataan.

PETA i-THINKSherly Jewinly950922-12-6662

KONTRAK SOSIALKontrak sosial membawa maksud manusia mewujudkan sebuah negara sebagai satu perjanjian bersama dimana individu bersetuju kepadanya (Thomas Hobbes, 1651) dan individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri demi kepada satu institusi yang berkuasa dan berdaulat. (John Locke ,1689)

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. (Suffian, 1984) Implikasi:i. Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.ii. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Bahasa rasmi kebangasaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Terdapat bantahan dari pihak lain tetapi isu ini dapat diselesaikan melalui penerangan Tun Tan Siew Sin. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.

AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI Agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana persekutuan. (Suffian, 1984) Pihak kerajaan persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk:i. Menubuhkan,menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islamii. Melaksanakan ajaran Islamiii. Mengeluarkan pebelanjaan untuk tujuan itu Perkara 3 memperuntukkan satu fasal imbangan yang menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiriii. Menubuhkan dan menyelenggara institut bagi maksud agama atau khairatiii. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

TUGASAN 1

KEDUDUKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK Yang Dipertuan Agong dikehendaki untuk melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawaj dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan secara berhati-hati agar tiada sesiapa kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan biasiswa, keistimewaan atau pelucutan dan penamatan permit yang dinikmati mereka selama ini kerana pelaksanaan dasar tersebut Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain. (Salleh Abbas, 1986)

KONTRAK SOSIALKontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. (Syed Ahmad Hussein, 1994)

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Terhasilnya sistem raja berperlembagaan (Nazaruddin, 2001) Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri. Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada 3 unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu mestilah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam.

JUSTIFIKASI

PengenalanMalaysia menjadi sebuah negara yang unik dan istimewa kerana walaupun penduduknya berbilang bangsa,agama dan kebudayaan, namun konflik atau pergaduhan kaum jarang berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi asas kepada pembentukan Malaysia, sebuah negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa itu, masyarakat Malaysia amat memikirkan ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai tanpa memikirkan kepentingan ssesuatu kaum sahaja. Semasa usaha menuju ke arah kemerdekaan negara yang berdaulat, pemimpin negara kita menghadapi masalah untuk mencapainya kerana tiada perpaduan di kalangan masyarakat pada masa itu. Ini semua berlaku akibat kepelbagaian budaya,bahasa dan agama. Malahan, setiap kaum ingin mejadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan negara kita pada masa itu. Ini semua berlaku akibat prasangka antara satu sama lain. Perkara ini semuanya berlaku akibat dari sistem penjajahan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah terutamanya pihak Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah Melayu waktu itu. Dasar ini mengakibatkan penduduk Tanah Melayu hidup secara kelompok masing-masing tanpa ada pergaulan antara kaum. Pengasingan kaum mengikut dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi ini secara tidak langsung telah mengakibatkan mereka kurang berinteraksi antara satu sama lain dan akhirnya mewujudkan tembok pemisah dan seterusnya menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu ketika itu. (Aziz Bari, 1996)

Kontrak SosialMenurut ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes (1651), manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat (John Locke, 1689). Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India (Syed Ahmad Hussein, 1994). Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Isu Perpaduan Etnik di MalaysiaPembentukan negara bangsa merupakan satu usaha yang paling mencabar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama. Justeru,di dalam usaha kerajaan menuju ke arah ini,kerajaan menyedari bahawa kontrak sosial amatlah perlu bagi membentuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama ini. Di Malaysia, Kontrak sosial ini telah wujud di antara orang Melayu, Cina ,India serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Ianya adalah bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentinghan diri atau sesesuatu kaum, memastikan kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan kaum masing-masing, memastikan persetujuan yang dicapai akan kekal dan dapat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi kerana persetujuan ini merupakan sesuatu yang berpanjangan dan memastikan setiap pihak akan mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar berkekalan di masa akan datang (Zulkifli J. , 2011).Dalam pembinaan Kontrak Sosial, terdapat beberapa isu perpaduan etnik mahupun unsur-unsur tradisi yang diadun bagi membentuk perlembagaan Malaysia. Antaranya iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja Melayu dalam perlembagaan persekutuan, dan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Agama Islam sebagai Agama Rasmi.Menurut Suffian (1984), kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan budaya majoroti penduduk iaitu orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan bahawa Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian PersekutuanMenurut Tun Salleh Abbas (1986), Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undangBerikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa KebangsaanBahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Dalam perbahasan perundingan persekutuan yang diadakan pada julai 1957, Tun Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetujuMaka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain dan kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan (Suffian,1984).Tun Salleh Abbas (1986) hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan PersekutuanSalleh Abbas (1997) di dalam bukunya menerangkan, apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.Menurut Nazaruddin (2001), hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu mestilah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan SarawakPerlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.Menurut Nazaruddin (2001), penjaminan kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah perezaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini (Salleh Abbas, 1986).

Kesimpulan

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.