Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

8
ISU PERUNDANGAN DAN ETIKA DALAM TEKNOLOGI Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis perbuatan dan perlakuan jenayah yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Jenayah yang melibatkan teknologi maklumat khususnya jenayah di laman sesawang bukanlah suatu perkara yang baru. Segalanya dihujung jari. Dengan hanya satu klik sahaja, ia mampu menyebarkan jutaan manfaat kepada billion penduduk dunia. Namun jika disalah guna, maka kesannya kembali kepada kita bahkan turut menyusahkan orang lain. Bagi mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa, pelbagai kempen berkenaan etika penggunaan teknologi maklumat dianjurkan. Tujuan utama kempen sebegini diadakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengguna agar memanfaatkan teknologi maklumat sedia ada dengan cara yang betul. Pengguna yang beretika ialah mereka yang mampu mematuhi rukun-rukun etika dalam penggunaan teknologi maklumat antaranya ialah tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain,tidak mengganggu kerja komputer orang lain,tidak menceroboh masuk fail komputer lain, tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri,tidak menggunakan komputer untuk mencuri,tidak menggunakan komputer untuk menipu dan tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak) . Namun realitinya, masih ramai penduduk dunia,Malaysia khususnya gagal mematuhi etika ini. Pengguna perlu jelas bahawa

Transcript of Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

Page 1: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

ISU PERUNDANGAN DAN ETIKA DALAM TEKNOLOGI

Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis perbuatan dan

perlakuan jenayah yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Jenayah yang

melibatkan teknologi maklumat khususnya jenayah di laman sesawang bukanlah suatu

perkara yang baru. Segalanya dihujung jari. Dengan hanya satu klik sahaja, ia mampu

menyebarkan jutaan manfaat kepada billion penduduk dunia. Namun jika disalah guna,

maka kesannya kembali kepada kita bahkan turut menyusahkan orang lain.

Bagi mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa, pelbagai kempen

berkenaan etika penggunaan teknologi maklumat dianjurkan. Tujuan utama kempen

sebegini diadakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengguna agar

memanfaatkan teknologi maklumat sedia ada dengan cara yang betul. Pengguna yang

beretika ialah mereka yang mampu mematuhi rukun-rukun etika dalam penggunaan

teknologi maklumat antaranya ialah tidak menggunakan komputer untuk

membahayakan orang lain,tidak mengganggu kerja komputer orang lain,tidak

menceroboh masuk fail komputer lain, tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk

diri sendiri,tidak menggunakan komputer untuk mencuri,tidak menggunakan komputer

untuk menipu dan tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara

sah (cetak rompak) .

Namun realitinya, masih ramai penduduk dunia,Malaysia khususnya gagal

mematuhi etika ini. Pengguna perlu jelas bahawa etika dan undang-undang adalah dua

subjek yang berbeza. Apabila sesorang itu gagal untuk mematuhi etika maka ia bakal

berhadapan dengan tindakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak

berwajib. Di Malaysia, undang-undang berkaitan teknologi maklumat terletak dibawah

bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Page 2: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

Isu perundangan dan etika dalam teknologi sebenarnya terlalu banyak untuk

dibincangkan. Penulis cuba untuk fokuskan kepada dua isu yang mana penulis

merasakan ianya perlu diatasi segera kerana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi

barah kepada seuruh masyarakat dunia. Seperti yang telah dinyatakan, setiap inci

dimensi teknologi maklumat boleh diakses dengan hanya satu klik sahaja. Apa yang

penulis cuba utarakan disini ialah berkenaan dengan isu memuat naik dan memuat

turun hak cipta orang lain ke lama sesawang secara tidak sah. Atau dalam bahasa

mudahnya diistilahkn sebagai cetak rompak . Sebelum penulis menghuraikan dengan

lebih mendalam, penulis ingin menegaskan bahawa skop teknologi maklumat bukan

sahaja melibatkan laman sesawang semata bahkan apa sahaja teknologi yang boleh

menyimpan,memproses,dan menyebarkan maklumat maka ia termasuk dibawah skop

teknologi maklumat.

Sudah menjadi lumrah setiap manusia mahukan sesuatu yang percuma.Bagi

mereka yang mahukan perisian komersial , album lagu ,filem, karya ilmiah dan lain-lain

perkara yang berkaitan, maka laman sesawang adalah lubuk yang tepat untuk

dituju.Namun sedarkah kita bahawa mencuri hakcipta serta karya orang lain adalah

salah baik dari segi moral mahupun agama. Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya “

Halal Dan Haram Dalam Islam” menyatakan bahawa Islam mengharamkan seorang

Muslim membeli sesuatu yang sudah diketahuinya, iaitu barangan tersebut adalah hasil

rompakan atau hasil curian, ataupun sesuatu yang telah diambil dari orang lain dengan

jalan yang batil meskipun ianya adalah barangan orang kafir.

Penyebaran barangan cetak rompak di laman sesawang bermula apabila adanya

individu yang tidak bertanggungjawab memindahkan atau ‘extract’ sesuatu daripada

cakera padat,cakera DVD, cakera keras, pemacu kilat USB dan lain peralatan teknologi

sedia ada dan kemudiannya memuat naik (baca ‘Upload’) ke laman sesawang dengan

alasan untuk berkongsi. Tanpa sedar, perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika

bahkan ianya boleh menyebabkan sesorang itu dihadapkan ke muka pengadilan untuk

diambil tindakan undang undang. Kebiasaannya, individu yang tidak bertanggungjawab

ini akan berhadapan tindakan saman daripada pihak pengkarya atas tuduhan

melanggar dan mencuri hakcipta.

Page 3: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

Perlu diingatkan sekali lagi, apabila sesuatu persisian komersial,karya komersial,

atau apa sahaja dimuat naik ke laman sesawang,impaknya cukup besar. Pelayan muat

turun (baca ‘Server Download’) akan mula mengambil tempat. Melalui ‘server’ inilah

pengguna laman sesawang yang lain akan memuat turun (baca ‘Download’) hasil karya

cetak rompak tersebut. Disebabkan jumlah pelayan muat turun yang terlalu

banyak,maka usaha untuk menghalang harta intelek yang dimuat naik sedikit sukar

melainkan jika pemilik harta intelek tersebut berkeras untuk mengambil tindakan

undang-undang.

Dalam tempoh kurang seminit,beribu-ribu bahkan jutaan salinan sudah berjaya

dimuat turun dan tersimpan kemas dalam cakera keras computer. Kitarannya tidak

terhenti disitu.Harta intelek yang telah dicuri akan dimuat naik semula untuk dikongsi

secara percuma dengan pengguna yang lain.Lebih parah apabila ada pihak yang ingin

mencipta keuntungan membuat salinan kedalam cakera padat mahupun cakera DVD

untuk dijual dipasaran gelap dengan harga yang lebih murah.Kesimpulannya,beginilah

rupa kitaran bagaimana pencerobohan karya dan hak cipta berlaku di laman sesawang.

Impak daripada kitaran ini cukup dahsyat. Pengkarya seni seperti produser filem,

penyanyi, penulis, pereka grafik, pencipta perisian dan sebagainya mengalami kerugian

ribuan bahkan jutaan ringgit akibat perbuatan tangan-tangan yang tidak

bertanggungjawab ini.

Isu kedua yang ingin penulis utarakan ialah tentang penggunaan teknologi

maklumat untuk tujuan penipuan (baca Penipuan Siber). Jenayah penipuan siber

kebiasannya menggunakan alam sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya. Tidak

kurang juga ada antara mereka yang mereka menggunakan platform tapak web (baca

‘Website’) dan e-mail agar kelihatan lebih professional dan meyakinkan. Meskipun

saban hari kita sering dihidangkan dengan pelbagai kes penipuan siber didada akhbar,

namun masyarakat kita seolah tidak mengambil pengajaran daripadanya. Ramai rakyat

Malaysia khususnya menjadi mangsa penipuan. Kes penipuan di internet kebiasaannya

bermula dengan perkenalan di laman sosial serta laman sembang. Lanjutan daripada

perkenalan ini membawa kepada kes gadis dilarikan, penipuan wang dan sebagainya.

Page 4: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

Modus operandi penjenayah siber seperti ini ialah dengan menawarkan atau

mempromosikan jualan lansung serta skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan

wang yang lumayan. Dengan bermodalkan ayat-ayat manis serta meyakinkan, ramai

pelayar tapak web tertipu seterusnya mengalami kerugian hingga melibatkan puluhan

ribu ringgit bahkan jutaan ringgit.Selain itu, ada juga diantara penjenayah siber yang

manggunakan modus operandi dengan menjual barang seperti pakaian, gadjet dan

sebagainya. Apabila pembeli memasukkan wang kedalam akaun penjual, barang yang

dijanjikan tidak sampai atau barang yang sampai tidak seperi yang dijanjikan.

Kempen yang digerakkan digerakkan media arus perdana mahupun media baru

bagi memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya masih

berada ditahap yang sederhana. Sudah tiba masanya kerajaan mempertingkat usaha

bagi membasmi penipuan alaf baru ini. SKMM khususnya perlulah menjadi pemangkin

utama dalam merealisasikan agenda ini disamping dibantu oleh MIMOS dan lain-lain

badan kerajaan atau NGO yang berkaitan.

Kesimpulannya, internet atau media baru sememangnya sebuah dimensi baru

dalam dunia teknologi maklumat. Ia mampu memberi jutaan manfaat kepada seluruh

umat manusia jika digunakan secara beretika dan mengikut lunas undang-undang yang

sepatutnya. Namun jika etika ini tidak dipedulikan,umpamanya seperti membuka kotak

Pandora yang mana akan tersingkap segala keburukan yang akhirnya mendatangkan

keburukan kepada semua masyarakat.

Page 5: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izinNya,

tugasan EDU3105 Teknologi Dalam Pendidikan Dan Pembelajaran dapat disiapkan

dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah Tn. Hj.

Rujhan bin A. Rahim kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan

tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan lain yang turut membantu sama ada

secara lansung atau tidak.

Tugasan EDU 3105 ini banyak membuka mata saya tentang selok belok dunia

teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Tanggapan dunia tekologi

maklumat adalah berkaitan laman sesawang semata-mata perlu diperbetulkan. Dunia

teknologi maklumat adalah satu dimensi dimana didalamnya terkandung pelbagai

cabang ilmu yang menjelaskan tentang sisi sebenar definisi teknologi maklumat.

Melalui tugasan ini, banyak perkara baru berkaitan teknologi maklumat yang

saya perolehi. Antaranya saya telah belajar bagaimana untuk menghasilkan media

pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

(P&P) . Segala konsep dan teori yang telah dipelajari dalam subjek EDU105

diterjemahkan kedalam karya bagi memastikan media pengajaran yang dihasilkan

benar-benar berkualiti dan seiring dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Ini

penting supaya objektif atau matlamat yang ingin dicapai diakhir P&P.

Selain itu, tugasan ini juga turut menggerakkan saya agar melakukan kajian yang

lebih mendalam tentang isu-isu dalam dunia teknologi maklumat. Kajian yang dilakukan

banyak berkisar tentang isu hakcipta yang mana semakin hari semakin menjadi-jadi.

Saya tidak melihat isu hak cipta ini hanya tertumpu kepada pengkarya atau penggiat

seni sahaja. Seorang guru yang menghasilkan bahan media pengajaran yang asli juga

perlu melindungi bahan dan karya mereka supaya tidak disalahguna oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab.

Page 6: Isu Perundangan Dan Etika Dalam Teknologi

Di samping itu, antara input lain yang diperoleh daripada tugasan ini ialah

tentang bagaimana pentingnya seorang guru untuk mengintergrasikan segala

kemahiran teknologi maklumat dalam P&P. ini kerana, sistem P&P dan pelajar sudah

mengalami revolusi kesan daripada perkembangan teknologi yang kian pesat. Jesteru,

seorang guru alaf baru perlulah bijak untuk mengaplikasikan kemahiran TMK supaya

aktiviti P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Seorang guru bukan hanya perlu

bermain dengan kapur,pen dan papan hitam semata bahkan seorang guru yang keatif

dan berinovasi perlu bermain dengan kamera,alat audio digital serta lain-lain peralatan

teknologi.Kesimpulannya, tugasan ini nyata memberi saya persiapan yang lengkap

kepada saya berkaitan dengan TMK untuk saya aplikasikan di sekolah kelak.