Isu PPSMI Tun Mahathir

download Isu PPSMI Tun Mahathir

of 4

Transcript of Isu PPSMI Tun Mahathir

  • 8/14/2019 Isu PPSMI Tun Mahathir

    1/4

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

    ByDr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM

    Edited By: Fred Apat ([email protected])

    1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaandemonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentangpengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkanperkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untukmemaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untukpenguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

    4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialahmatapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggimata pelajaran sastera.

    5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa,khususnya bahasa Melayu.

    6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasaMelayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam matapelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

    7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini,seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

    8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua

    tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataanyang mempunyai makna yang amat berlainan.

    9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas.

    Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

    Oxygenation

    Oxidation

    Oxide

    Oxidants

    Deoxydation

    Oxidise

    Oxidification

    Dioxide

    Monoxide

    Peroxide

    10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

    11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-

    Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggerisejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu in

    berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik

    penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusankertas-kertas yang ditulis.

    13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemahtulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasaInggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

    14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan sepertini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti intidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains danmatematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan

    ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

    15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagsemuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa

    kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orangMelayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

    16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaj

    sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalambahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikahdaripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalambahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

    17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasaInggeris?

    18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yangdari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan danswasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalambahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga

    tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka seringberbahasa Inggeris.

    19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh

    bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan pentingdalam Kementerian Luar?

    20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering

    dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsaApakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara

    berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

    21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendirTetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

    22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa

    itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokaolehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksabelajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah danamat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu

    perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasaArab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasaEropah.

  • 8/14/2019 Isu PPSMI Tun Mahathir

    2/4

    23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlumajukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu.Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhadkepada sekumpulan kecil sahaja.

    24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kitasupaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan denganpenerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar

    bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

    25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang

    Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnyakita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayangbahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayangbangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormat

    dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidakakan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

    26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan

    oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang

    berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

    ByDr. Mahathir Mohamad

    on April 21, 2009 8:17 AM

    1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perludiajar dalam bahasa Inggeris.

    2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmuyang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

    3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat

    di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasaInggeris.

    4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan.

    Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasiadvanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggihseperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa,pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip

    dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

    5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasilkajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori

    relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, WernerHeisenberg dan lain-lain.

    6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil

    penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasaMelayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

    7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita

    memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidangkhusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yangboleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak

    ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

    8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun

    syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studiesdalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau

    ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalambidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajarkepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

    9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasaMelayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggerisdiperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi

    penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

    10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferensantarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

    11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised theusefulness of English I had to wait until people also realised itOtherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from

    taking place. Even now they are fighting.

    12. Singapore has progressed like a rocket because they have noopposition parties. Without criticisms by the opposition they will not

    know if they were doing something right or wrong.

    13. Now Singapore is in deep recession because of having madeinvestments in America. So they may use English for their education

    but they can still go wrong. But we want to use English only forscience and mathematics and these two subjects are based on truthsand logic - not on how clever you are in making decisions or explainingthings.

    14. I think in English when I want to speak or write in English. I thinkin Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

    15. I am a Malay not because of the language I use when thinking ordreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally andreligiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

    16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerananasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasasendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setarafdengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa

    menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalambahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untukmendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksabelajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun

    ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

    17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeritidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau

    negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasabahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan merekakembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang MelayuMereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka

    mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

  • 8/14/2019 Isu PPSMI Tun Mahathir

    3/4

    PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

    1 . Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik

    dalam bahasa inggeris) ?

    Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapatmenguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

    Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan

    bahasa inggeris dalam bidang teknikal

    2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

    Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains,teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematikakan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan

    kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

    3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

    Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologiadalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains danmatematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkanpemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan

    ini.

    4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan

    matematik ?

    BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masihdigunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa).Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti),

    oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utkmemahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajartersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskanpemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai

    konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajarsemata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuksegulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

    5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

    Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di duniahanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak

    menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agamalain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalamsegala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu

    berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidakmampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantungkpd barangan mereka.

    sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanyamampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuatoleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayumeminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampuberkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong

    hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... danpelabagai kata-kata lain.

    Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diataskejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

    Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan

    sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita(umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak

    akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine

    juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dapengeluar teknologi.

    6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa

    mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

    Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor

    kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologberpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusteknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologsebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan

    pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terusmembuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologtransistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telahmendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat

    kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianyamembawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan

    Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolus

    teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang merekalakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring denganperkembangan teknologi.

    Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

    Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zamanrevolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada

    di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

    7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

    Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarangmemerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasaranalain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan saindan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat

    Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

    Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah

    mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembanganteknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

    Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor ygberasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor

    tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kitaperlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor

    yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataanbaru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan

    masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kitamembuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductorini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif

    kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telahhampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapanMaka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbonnano-tube) based transistor.

  • 8/14/2019 Isu PPSMI Tun Mahathir

    4/4

    Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuksilicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihakbarat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pulaperlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini

    hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraanelektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

    Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita

    sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi,

    bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akansentiasa menjadi bangsa pengguna.

    8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan

    matematik dalam BI ?

    Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah

    mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untukbermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejakdari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains danmatematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka

    tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakanbahasa inggeris.

    Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti

    keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sainsdan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Merekatidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernahmenggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke

    darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematikdalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelasmasing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar

    yang cemerlang dan sering memperolehi `reward diatas

    kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidakdidedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasainggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? keranakanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang

    diajar kepada mereka.

    9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

    Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudahmenguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasaisesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta danpenghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi.

    Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologibaru yang kita hasillkan.

    Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudiperlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi

    yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan

    menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

    Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahuluyang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

    1 0. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

    Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalammemastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu

    menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis,membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini.Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat danobjektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

    Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agarmatlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kitabertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kitaagama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-

    bangsa lain di dunia.