Isu Semasa New

11
1.0 Pengenalan Pada 9 Jun 2011, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu jenis aktiviti sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dasar 1M 1S adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan terhadap Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Sehubungan itu, dasar itu juga memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Bidang sukan berperanan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid supaya melahirkan modal insan yang sihat dan produktif dalam memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara.Pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan di sekolah bagi menarik penglibatan murid dalam kegiatan sukan menjayakan dasar ini. 2.0 Matlamat Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat dapat membangunkan modal insan yang berkualiti melalui penyertaan pelajar yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mempunyai amalan gaya hidup yang sihat dan cergas. 3.0 Konsep 1

description

bk

Transcript of Isu Semasa New

Page 1: Isu Semasa New

1.0 Pengenalan

Pada 9 Jun 2011, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S)

yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti sukan yang

ditawarkan oleh pihak sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan modal insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dasar 1M 1S adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara

yang memberi penekanan terhadap Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Sehubungan itu, dasar itu juga memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras

program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan

atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

Bidang sukan berperanan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid

supaya melahirkan modal insan yang sihat dan produktif dalam memberi sumbangan kepada

kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara.Pelbagai aktiviti sukan telah

diperkenalkan di sekolah bagi menarik penglibatan murid dalam kegiatan sukan menjayakan

dasar ini.

2.0 Matlamat

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat dapat membangunkan modal insan yang

berkualiti melalui penyertaan pelajar yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun

serta memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat

yang mempunyai amalan gaya hidup yang sihat dan cergas.

3.0 Konsep

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid

dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas

perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, dasar ini adalah diwujudkan untuk menyokong

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) agar dapat memberi akses kepada semua murid

mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang tidak

aktif atau kurang aktif dalam aktiviti sukan, membangunkan sukan sekolah ke arah

meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di

sekolahserta memberi peluang kepada semua murid yang berpotensi dan berbakat untuk

digilap ke tahap yang lebih tinggi dari semasa.

1

Page 2: Isu Semasa New

4.0 Objektif

Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

i) Meningkatkan kecergasan jasmani.

ii) Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

iii) Memupuk perpaduan di antara kaum.

iv) Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

v) Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal.

vi) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal

vii) Mewujudkan landasan kea rah kecemerlangan sukan

5.0 Prinsip Pelaksanaan

i) Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengambil bahagian dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6

di sekolah rendah dan Peralihan, Tingktatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau

bagaimanapun, murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini

berdasarkan kemampuan sekolah.

ii) Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang

ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak

sekolah.

iii) Asas kepada Dasar 1M 1S ialah pelaksanaan mata pelajaranPendidikan Jasmani dan

Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segalasumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani

hendaklah digunakansama bagi 1Murid 1Sukan.

iv) Aspek yang diutamakan ialah penyertaan aktif oleh semua murid dalamaktiviti sukan.

v) Penyertaan dalam sukan ialah asas kepada perkembangan intelek,rohani, jasmani, dan

emosi murid.

vi) Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan digalakkan untuk menyumbangkepada pembangunan

sukan sekolah.

vii) Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan danperalatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagimeningkatkan penyertaan aktif setiap murid.

2

Page 3: Isu Semasa New

6.0 Manfaat-manfaat

6.1 Membangunkan modal insan yang berkualiti

Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang

bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1M 1S secara tidak

langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan

murid-murid di sekolah. Kerajaan dapat membina dan menjana modal insan yang

berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

6.2 Memupuk budaya gaya hidup sihat

Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi

naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.Kerajaan menyedari ramai rakyat Malaysia

mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan

seharian.Akibatnya, sebilangan besar rakyat Malaysia talah mengidap masalah

kegemukan dan obesity.Pada tahun 2011, rakyat Malaysia dilapokan merupakan

golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara

ASEAN.Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1M 1S memang tepat

pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas

sepanjang masa.

6.3 Memupuk perpaduan antara kaum

Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat

antarabangsa.Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia

ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk

selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa

dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya

dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan.Semangat kerjasama dan

bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.Semua ahli suka

mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.

Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa

menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup

kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1M 1S amatlah penting untuk memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

6.4 Keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 

3

Page 4: Isu Semasa New

Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada

penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.Murid-

murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan

kecemerlangan dalam bidang akademik.Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah

membuang masa mereka sahaja.Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas

tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-

rakan dalam bidang akademik.Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-

pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke

lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web

sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk

bersukan.

6.5 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi

untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan

mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan

dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.Pada masa ini, sukan merupakan

salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia.

Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta

ringgit.Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan

menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa.Kejayaan

beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee,

dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.

6.6 Mengagihkan masa dengan bijaksana

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk

mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid

tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap

sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai

pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang

murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

7.0 Cabaran-cabaran

4

Page 5: Isu Semasa New

7.1 Konflik dalam masa menjalankan sukan

Secara umumnya, kebanyakan sukan tahunan sekolah akan diadakan pada bulan Jun

sedangkan sukan peringkat daerah pada Mac. Oleh itu, pelajar pastinya tidak

berpeluang untuk memperoleh kemajuan sukan di peringkatakar umbi pada jangka

masa yang begitu pendek antara dua sukan ini.

7.2 Kekaburan tentang konsep 1M 1S

Ibu bapa kurang faham tentang konsep 1M1S dan kurang memberikan kerjasama dalam

memastikan kehadiran murid menyertai aktiviti sukan di sekolah. Kebenaran ibu bapa

juga sukar diperolehi untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah. Guru juga kurang

jelas tentang konsep pelaksanaan dasar ini maka guru tidak dapat menjelaskan kepada

ibu bapa secara berkesan untuk menjalankan dasar ini.

7.3 Kekurangan kemudahan dan prasarana sukan di sekolah

Kemudahan dan prasarana berperanan penting dalam menjayakan dasar tersebut.

Namun, sesetengah sekolah telah menghadapi masalah kekurangan peralatan sukan

dan kekurangan ruang yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti serta gerak kerja

sukan kepada murid di sekolah.

7.4 Aktiviti seharian terjejas

Guru dan murid terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum dan sukan setiap hari di

sekolah. Kehadiran program 1M1S menyebabkan murid gagal menghadiri kelas

tambahan berbayar. Selain itu, murid beragama Islam juga terpaksa meninggalkan sesi

persekolahan Sekolah Agama pada masa petang.

7.5 Kekurangan bahan sumber

Sesetengah guru kurang mempunyai kemahiran sukan yang terlatih sebelum ini. Selain

itu, masalah tiada bahan rujukan atau modul untuk panduan kepada guru

menyebabakan guru tidak dapat berjaya menjalankan aktiviti sukan kepada murid.

8.0 Strategi Pelaksanaan

5

Page 6: Isu Semasa New

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan pelbagai strategi mengikut

kesesuaian pada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah Dalam melaksanakan

Dasar 1M 1S.

8.1 Melaksanakan tinjauan

Tinjauan boleh dilaksanakan terhadap murid untuk mengenal pasti minat murid dalam

jenis sukan tertentu. Seterusnya, pihak sekolah dapat menyediakan sukan kepada murid

berdasarkan minat mereka daripada hasil tinjauan tersebut. Di samping itu, tinjauan

terhadap guru juga penting untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis

sukan yang sesuai supaya dapat mengajar pelajar dengan jenis aktiviti sukan secara

berkesan.

8.2 Pelaksanaan Aktiviti Sukan

Sukan yang diadakan di sekolah diadakan sepanjang tahun perlu berdasarkan kepada

aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang

didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di

sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu mengenalpasti semua sukan dan permainan

yang hendak ditawarkan kepada murid adalah dalam atau luar sekolah di bawah Kelab

Sukan dan Permainan.Aktiviti sukan sekolah yang dilaksanakan juga perlu mengikut

masa yang bersesuaian berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.Pihak

sekolah hendaklah menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah

secara jelas dan spesifik seperti pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm

asrama, kelab sukan sekolah.

8.3 Kemudahan Dan Prasarana Sekolah

Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan yang

mencukupi kepada murid untuk menjalankan aktiviti sukan di bawah program sukan

sekolah atau memlih lokasi di luar sukan yan sesuai dan selamat.Selain itu, tinjauan

kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid juga

adalah penting supaya murid dapat menikmati aktiviti sukan di sekolah.Sesebuah

sekolah perlu mempunyai prasarana sekolah yang mencukupi supaya guru dan murid

dapat menjayakan pelaksanaan dasar ini.

9.0 Kesimpulan

6

Page 7: Isu Semasa New

Dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak membawa manfaat kepada individu,masyarakat dan negara.Dasar ini berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan kerana memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Oleh itu, semua pihak termasuklah pihak kerajaan, sekolah, ibu bapa dan murid individu perlu memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan dasar ini dan galakkan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Ibu bapa dan semua pihak yang terlibat tidak harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah, “sekadar melepaskan batuk di tangga”, sebaliknya perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini.Sebagai contoh, ibu bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti sukan di sekolah dan tidak hanya menekankan pencapaian dalam bidang akademik sahaja. Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai, bukan sekadar melepaskan batok di tangga Pelajar-pelajar juga perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masing-masing.Sekiranya semua usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam bidang sukan nescaya dapat menjadi realiti. “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

Bibliografi

7

Page 8: Isu Semasa New

Fadzil (2012) 1 Murid 1 Sukan.Diperolehi pada September 11, 2012 daripada http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html

Isu Pendidikan: Dasar 1 Murid 1 Sukan Dilancarkan. Diperolehi pada September 13, 2012 daripada http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/06/isu-pendidikan-dasar-1-murid-1 sukan.html

Khairulsham Bin Noh (2011). Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Diperolehi pada October 5, 2012 daripada http://khairulsham.blogspot.com/2011/05/pelaksanaan- dasar-satu-murid-satu-sukan.html

Rizuan Kamis (2012). Cabaran Profesion Keguruan. Diperolehi pada October 9, 2012 daripadahttp://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=3019

8