IT

18
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN SEMESTER 3/ TAHUN 2012 CBCT2203 BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY NO. MATRIKULASI : 860904135099001 NO. KAD PENGNEALAN : 860904135099 NO. TELEFON : 014-8982585 E-MEL : [email protected] [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE

description

MENGENAI PENYIMPANAN IT

Transcript of IT

Page 1: IT

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 3/ TAHUN 2012

CBCT2203

BASIC CONCEPT OF INFORMATION TECHNOLOGY

NO. MATRIKULASI : 860904135099001

NO. KAD PENGNEALAN : 860904135099

NO. TELEFON : 014-8982585

E-MEL : [email protected]

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE

Page 2: IT

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 DAPATAN 4

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PENYELESAIAN 5

PENYIMPANAN YANG SESUAI

4.0 PENYELESAIAN PENYIMPANAN BERBAYAR YANG 10

LEBIH TINGGI

4.1 KEBAIKAN 10

4.2 KEBURUKAN 12

5.0 KESIMPULAN 16

6.0 RUJUKAN 17

Page 3: IT

<CBCT2203>

2

1.0 PENGENALAN

Sejak beberapa tahun ini, negara telah memperlihatkan perkembangan pesat

dalam bidang teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT. IT adalah singkatan

daripada bahasa Inggeris “Information Technology”. Caroline (1994) menyatakan

terdapat dua (2) definisi IT:

I) Pengertian Umum (Intensive Definition)

IT terdiri daripada komponen pengkomputeran yang terhad kepada

perkakasan (hardware) dan perisian (software). Aspek fizikal IT pula adalah

seperti elektronik, pemprosesan, skrin dan sebagainya.

II) Pengertian Menyeluruh (Extensive Definition)

IT lebih merujuk kepada fungsi dan tujuan setiap peralatan yang

digunakan. IT merupakan pengaplikasikan teknologi terhadap setiap proses

pengumpulan data dan menghasilkan maklumat yang bernilai dan berfaedah.

Perkembangan yang pesat ini memberi kesan kepada transformasi masyarakat

yang lebih bermaklumat dan pastinya banyak membawa perubahan kepada budaya hidup

masyarakat. Kegunaan teknologi ini tidak terhad digunakan oleh sesuatu masyarakat

tetapi lebih banyak digunakan oleh organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat besar

dalam memastikan kecekapan sistem pengurusan dan kelancaran perjalanan operasi

syarikat. Komputer dan sistem maklumat yang sofistikated hanyalah permulaan

perubahan yang memberi kesan kepada pengurusan dan aktiviti organisasi

(Robbin,1993). Tidak dinafikan, sesebuah organisasi dapat menggunakan IT secara

optimum untuk menikmati faedah-faedah yang ada seperti pengumpulan data dan

maklumat mengenai organisasi tersebut.

Secara umumnya, setiap organisasi memerlukan maklumat dalam menjalankan

operasinya. Oleh kerana itu,keperluan untuk mendapatkan maklumat dan informasi ini

adalah sesuatu yang sentiasa berterusan. Apa yang paling penting ialah kaedah

penyimpanan data tersebut yang merangkumi beberapa kriteria seperti disimpan dengan

Page 4: IT

<CBCT2203>

3

baik, sedia untuk digunakan bila tiba waktunya dan boleh digunakan sepanjang hayat

sesebuah organisasi tersebut. Boleh dibayangkan seandainya data yang sangat berharga

bagi organisasi hilang begitu saja ataupun musnah disebabkan oleh bencana yang tidak

dapat dielakkan. Sudah pastinya sesuatu yang buruk bakal menanti organisasi tersebut

kerana apa yang diusahakan sebelum ini hanya sia-sia. Bencana didefinisikan kepada 2

bahagian utama iaitu pertama ialah bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan ribut

taufan dan yang kedua ialah bencana buatan manusia seperti kegagalan infrastruktur

(wikipedia). Selain itu, bencana juga boleh didefinisikan sebagai kejadian yang terjadi

tanpa dijangka dan bersifat sangat berbahaya. Bencana terjadi dengan frekuensi yang

tidak menentu dan akibatnya bergantung kepada sejauh mana persiapan terhadap

kemungkinan timbulnya bencana. Tentu sekali bencana ini mengancam data dan

mendatangkan kerugian.

Inilah risiko yang harus dihadapi sekiranya tiada sebarang backup data atau proses

pemulihan yang mana seharusnya dipersiapkan sejak dari mula lagi. Oleh kerana itu,

perlaksanaan pelan pemulihan bencana (Disaster Recovery Plan) harus dilakukan.

Laudon dan laudon (2004) mendefinisikan Disaster Recovery Plan (DRP) sebagai

rencana untuk menjalankan bisnes dalam kejadian di mana sumberdaya teknologi

informasi tidak berfungsi. Pelan ini merupakan rangkaian kegiatan yang bertujuan untuk

mengurangi kerugian akibat bencana dan dapat membantu melindungi aset organisasi,

termasuk data-data penting organisasi. Oleh sebab itu, setiap syarikat perlu menyediakan

DRP yang mempunyai sistem penyimpanan yang terbaik. Pemilihan kepada penyelesaian

pemilihan yang sesuai dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti kos, saiz, jangka

hayat media penyimpanan dan sebagainya.

Page 5: IT

<CBCT2203>

4

2.0 DAPATAN

Teknologi maklumat (IT) kini terus bergerak ke hadapan dan berjaya menerajui

perkembangan dalam pembangunan negara. Penglibatan teknologi maklumat telah

diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang dan digunakan untuk mengkaji segala

data-data yang berkaitan. Kajian ini akan membincangkan mengenai faktor-faktor dalam

pemilihan pengstoran maya sebagai penyelesaian penyimpanan data yang sesuai dari segi

kos, saiz, keadaan sistem dan akauntabiliti. Selain itu, kelebihan yang mampu didapati

dari pemilihan ini turut dibincangkan. Ia merangkumi keselamatan, mudah digunakan,

penambaikan kapasiti yang mudah, prestasi maksimum dan kelebihan yang diberikan

kepada sistem. Selain kebaikan, storan maya ini juga mendatangkan keburukan. Antara

keburukan yang dikenalpasti ialah proses pemindahan data yang sukar, pelayan (server)

susah diuruskan, kos tinggi, data yang terancam dan permiantaan terhadap mesin yang

berkuasa.

Page 6: IT

<CBCT2203>

5

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PENYELESAIAN PENYIMPANAN

YANG SESUAI

Kebanyakan organisasi harus melakukan berbagai operasi selama berjam-jam dan

meminimumkan masa transaksi perniagaan demi mendapat kepercayaan pelanggan dan

masyarakat. Bayangkan dengan kesesakan sistem penyimpanan dan masa tindak balas

sistem yang perlahan, pasti mendatangkan keraguan pada pelanggan mengenai kecekapan

sesebuah organisasi dan mendatangkan kesan negatif kepada produktiviti. Kesesakan

sistem penyimpanan dan masa tindak balas sistem yang perlahan merupakan antara

bencana yang mampu menjatuhkan sesebuah organisasi selain kehilangan data dan

serangan virus. Situasi inilah yang dihadapi oleh Syarikat Perundingan G&J Sdn. Bhd.

Oleh itu, kebanyakan organisasi telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk

menghadapi segala kemungkinan yang timbul. Penyimpanan dan pemulihan selepas

bencana seharusnya meliputi tidak hanya pengetahuan prosedur dan teknik pemulihan

yang khusus tetapi juga pemilihan kaedah penyelesaian penyimpanan yang sesuai.

Justeru, Syarikat G&J Sdn Bhd. perlu mempunyai satu sistem storan maya (virtual

storage) sebagai pilihan penyelesaian bagi tujuan menguruskan dan menyimpan semua

data syarikat. Wikipedia (2012) merujuk storan maya sebagai tempat untuk menyimpan

semua data korporat secara dalam talian daripada lokasi yang berbeza, bermakna

kehilangan data atas apa sebab sekalipun mampu dapat balik melaui talian. Paling

penting, beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan storan maya ini tidak harus

dipandang mudah. Antara beberapa faktor ini ialah:

i) KOS

Perbelanjaan untuk menjalankan operasi penyimpanan adalah

tinggi. oleh itu, pengstoran maya yang lebih jimat tetapi pada kualiti yang

terbaik harus menjadi pilihan. Selain itu, sistem penyimpan yang telah

dipilih ini haruslah mampu menampung data pelanggan dan perniagaan

lebih daripada 100TB untuk menyampaikan perkhidmatan bertaraf

kebolehpercayaan dan berterusan unggul untuk keuntungan sesebuah

organisasi. Antara kos-kos yang dikenalpasti ialah:

Page 7: IT

<CBCT2203>

6

a) Kos Pembelian dan Pemasangan

Kebanyakan organisasi mengkaji kos pembelian sistem

penyimpanan dan cuba membandingkan dengan vendor yang

merupakan pihak ketiga. Jika dilihat pada storan

bermagnet(magnetic storan) seperti cakera keras, perbandingan

harga adalah seperti berikut: untuk 100 TB data disimpan,

mereka menganggarkan harga perGB. Cuba bayangkan kalau

harga pada RM 10 pada 1GB,jika kaedah penyimpanan adalah

melebihi 100TB, sesebuah organisasi perlu menyediakan lebih

satu juta ringgit. Ini tidak termasuk lagi kos pemasangan.

Paling penting ialah sejauh mana kah pelaburan untuk membeli

kaedah penyimpanan ini berbaloi berbanding tindakan

membangunkan storan maya?

b) Kos Penyelenggaraan

Membeli sistem penyimpanan bermakna membayar untuk

penyelenggaraan. Sistem penyimpanan yang baru dibeli

kebiasaan datang sekali dengan jaminan(warranty) selama

satu(1) tahun atau tiga(3) tahun dan termasuk sekali kemudahan

penyelenggaraan. Sudah pasti selepas 3 tahun, organisasi

tersebut perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk

proses penyelenggaraan. Perlu diingatkan juga bahawa jaminan

dan kemudahan penyelenggaraan berbeza mengikut tahap

kualiti, semakin tinggi kualiti semakin tinggi jugalah kos yang

perlu ditanggung kelak. Sudah pasti kos penyelenggaraan

storan maya yang lebih jimat berbanding penyimpana lain

menjadi faktor kearah pemilihannya sebagai kaedah

penyimpanan yang sesuai.

Page 8: IT

<CBCT2203>

7

c) Caj Penggunaan Elektrik

Hal ini sering terlepas pandang oleh kebanyakan organisasi.

Bukankah sistem penyimpanan ini beroperasi memerlukan

penggunaan elektrik yang tinggi. Pihak organisasi perlu sedar

akan situasi ini memandangkan kadar tarif elektrik domestik

yang agak tinggi buat masa sekarang. Buku panduan tenaga

(www.switch.org.my/) mentakrifkan elektrik pada RM

0.218/kWj untuk 200kWj yang pertama setiap bulan dan

meningkat untuk penggunaan kWj seterusnya. Sistem

penyimpanan yang dipilih haruslah kurang dalam penggunaan

elektrik tetapi pada prestasi yang maksimum.

ii) SAIZ

Faktor yang perlu ditekankan selain kos adalah kapasiti storan

primer dan storan sekunder yang melebihi 100TB bagi menampung urusan

perkongsian data yang agak kompleks. Bila memilih penyimpanan yang

difikirkan sesuai, kena ingat bahawa bukan setakat membeli,

membangunkan dan menyelenggara, tetapi juga perpindahan data dari

kaedah penyimpanan lama ke sistem yang baru. Selain itu juga, sistem

juga perlu diformat agar seiring dengan perkembangan dari setahun ke

setahun. Proses ini bukan sahaja membebankan tetapi risiko sistem

penyimpanan yang sarat dengan data. Oleh itu, saiz juga merupakan faktor

yang mempengaruhi dalam pemilihan penyelesaian penyimpanan yang

sesuai. Saiz yang dipilih haruslah mampu menampung data melebihi

100TB dan mampu digunakan untuk proses format bila tiba masanya.

Selain itu kapasiti penyimpanan perlu bersedia untuk menampung

bilangan salinan data yang banyak. Ini kerana lazimnya sesebuah syarikat

memegang sekurang-kurangnya tiga (3) salinan data mereka untuk

keselamatan dan menghadapi sebarang kemungkinan. Storan maya

menawarkan kapasiti besar yang mampu untuk menampung jumlah data

yang banyak.

Page 9: IT

<CBCT2203>

8

iii) KEADAAN SISTEM

Dalam merangka disaster recovery plan yang lebih efektif,

pemilihan sistem penyimpanan yang sesuai turut dipengaruhi oleh keadaan

sistem itu sendiri. Pertama sekali, sistem tersebut seharusnya

menggunakan ruang yang sangat minimum. Ruang maya besar yang

sepatutnya dikhususkan untuk sistem ini boleh dimanfaatkan untuk

perkara lain. Ini membantu organisasi dalam sistem pengurusan yang lebih

cekap. Selain itu, kaedah penyimpanan ini juga seharusnya mudah untuk

capaian pada bila-bila masa oleh pengguna yang dibenarkan. Dengan ini

akan memudahkan proses penyelenggaraan. Dengan jaminan dan

penyelengaraan yang baik, sistem ini juga seharusnya mampu untuk

bertahan lebih lama dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Tahap

keselamatan yang tinggi melengkapi sistem penyimpanan secara maya ini

dengan kod kekunci agar mampu mengelak daripada menjadi mangsa

penggodam dan seterusnya memastikan data-data penting ini terus

disimpan dengan selamat. Organisasi mana yang mahu membazirkan

jutaan ringgit untuk kaedah penyimpanan yang tidak mampu bertahan

lama dan senang untuk capaian pihak yang dilarang pada bila-bila masa.

Sudah pasti kaedah penyimpanan yang berjangka hayat lama dan selamat

menjadi pilihan yang paling sesuai.

iv) AKAUNTABILITI

Kakitangan adalah sebahagian besar individu yang akan terlibat

dalam pengendalian sistem penyimpanan. Proses menyimpan data adalah

secara berterusan dan berperingkat,memerlukan kakitangan yang

bertanggungjawab ke atas semua tindakan terhadap penyimpanan,

konsisten dan mengetahui langkah demi langkah dalam proses ini.

Sesebuah organisasi yang mempunyai perancangan untuk menjalankan

penyimpanan secara storan maya perlu mewujudkan satu pasukan

penyimpanan. Pasukan inilah yang akan terlibat sepenuhnya dalam proses

menyimpan data mahupun pengendalian sistem ini. Oleh sebab itu, sistem

yang dipilih haruslah mudah dikendalikan oleh pasukan ini selain

Page 10: IT

<CBCT2203>

9

organisasi perlu mengadakan latihan agar pasukan ini lebih efisien.

Latihan ini juga akan membantu meningkatkan kewibawaan dan

kecekapan setiap anggota pasukan ini agar mereka boleh mengendalikan

sistem ini dengan baik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak

diingini. Sistem yang dipilih juga mampu melakukan tanggungjawab

seperti berikut:

a) Menyimpan dan menghalang pendedahan maklumat kepada

pihak yang tidak dibenarkan

b) Bersedia memastikan maklumat sedia untuk digunakan pada

bila-bila masa

c) Memenuhi standard piawaian dan garis panduan keselamatan

organisasi

Page 11: IT

<CBCT2203>

10

4.0 PENYELESAIAN PENYIMPANAN BERBAYAR YANG LEBIH TINGGI

4.1 KEBAIKAN

Jika dibandingkan dengan penyelesaian penyimpanan yang lebih tinggi

dari segi bayaran semestinya sistem ini memberikan beberapa kebaikan kepada

sistem pengurusan data sesebuah organisasi. Antaranya:

i) KESELAMATAN

Sistem pengstoran maya yang direkabentuk dengan teliti

dapat menjamin keselamatan data-data yang disimpan di dalamnya.

Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada

masalah, ancaman dan perkara yang melibatkan kerosakan atau

kejadian tidak diingini (wikipedia). Penjagaan keselamatan adalah

suatu proses yang berterusan tambahan lagi dengan peningkatan

ketara ancaman siber pada masa kini. Dengan pelaburan yang

tinggi untuk menyediakan penyelesaian penyimpanan, tentu sekali

sistem ini sangat terjamin keselamatannya. Setiap pengguna perlu

mempunyai nama pengguna dan kata laluan untuk akses ke sisitem

ini. Seterusnya mampu mengawal tahap keselamatan data kerana

hanya pengguna yang dibenarkan sahaja boleh mengakses sistem

penyimpanan ini. Terdapat empat (4) komponen asas yang

menjamain keselamatan penyelesaian penyimpanan ini iaitu:

a) Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat

organisasi dari capaian tanpa kuasa yang sah

b) Menjamin setiap maklumat adalah tepat

c) Memastikan hak akses hanya kepada pengguna yang

sah

d) Penerimaan maklumat dari sumber yang sah sahaja

Page 12: IT

<CBCT2203>

11

Penyelesaian penyimpanan ini merangkumi perlindungan ke

atas segala bentuk maklumat untuk menjamin kerahsiaan

dan ketersediaan maklumat serta akses kepada pihak yang

dibenarkan sahaja.

ii) MUDAH DIGUNAKAN

Semua cakera diuruskan sebagai pusat penyimpanan

tunggal, yang bertindak mengautomasikan cara di mana volum

logikal disebarkan ke seluruh cakera fizikal. Ini mambantu

memudahkan konfigurasi sistem dan seterusnya mengurangkan

masa untuk menguruskan sumber penyimpanan. Simpanan secara

maya tidak memerlukan pengumpulan maya untuk yujuan

membantuk satu jenis RAID (penyimpanan yang menggabungkan

pelbagai komponen cakera ke dalam satu unit logik). Data secara

maya, yang merangkumi mana-mana atau semua pemacu dalam

penyimpanan, adalah cepat dan mudah dikeluarkan dari tempat

penyimpanan. Selain itu,sistem ini juga mampu dikendalikan hanya

melalui katanama pengguna dan kata kekunci bagi tujuan

penyimpanan dan penyelenggaraan data.

iii) PENAMBAHBAIKAN KAPASITI YANG MUDAH

Menambah cakera ke dalam kolam penyimpanan data

berupaya meningkatkan kapasiti kepada sebarang jilid maya dalam

kolam, tanpa mengira jenis RAID. Kapasiti ini boleh digunakan

secara segera bagi memastikan penggunaan tahap tetinggi untuk

semua cakera. Jilid maya berkembang dengan cepat untuk

memastikan penggunaan kapasiti secara maksimum. Penyimpanan

lain memerlukan penambahan kapasiti untuk suatu kumpulan

RAID yang ditentukan oleh individu dan sebarang lebihan kapasiti

satu kumpulan RAID tidak boleh disediakan untuk kumpulan

RAID yang lain yang berkapasiti penuh. Simpanan maya

Page 13: IT

<CBCT2203>

12

memudahkan tahap penghijrahan RAID. Ini membolehkan ia

mengubah kapasiti dan konfugirasi RAID manakala volum data

kekal dalam talian. Oleh itu, tiada sebarang set pemacu baru

diperlukan untuk kumpulan RAID yang baru kerana semua

diuruskan secara automatik dalam kolam penyimpanan.

iv) PRESTASI YANG MAKSIMUM

Kaedah penyimpanan maya boleh mempercepatkan akses

data dengan menyebarkan operasi melalui sebilangan banyak

cakera. Dalam kaedah penyimpanan lain, kekurangan ‘spindles’

yang disediakan bagi setiap RAID mengakibatkan prestasi yang

tidak memuaskan. Dalam storan maya, setiap volum data boleh

menggunakan sebanyak mana cakera untuk menghasilkan prestasi

yang maksimum dan masih mempunyai kualiti perkhidmatan yang

terbaik untuk setiap penggunaan.

v) KELEBIHAN KEPADA SISTEM

Simpanan maya juga menawarkan kelebihan sistem yang

lebih signifikan, iaitu penggunaan penyimpanan yang lebih baik

dan potensi untuk memudahkan pengaturcaraan sistem yang

pelbagai. Jika dalam sistem penyimpanan yang konvensional,

penyimpanan utama mungkin digunakan pada tahap rendah kerana

pemecahan penyimpanan yang dikaitkan dengan peruntukan

kawasan yang lebih besar. Tetapi dalam storan maya, setiap proses

penyimpanan boleh diperuntukkan secara meluas melalui storan

utama di mana-mana ada ruang. Ini mengurangkan pemecahan data

sekaligus meningkatkan penggunaan penyimpanan dan proses

pengaturcaraan.

Page 14: IT

<CBCT2203>

13

4.2 KEBURUKAN

Selain memberi kelebihan berbanding penyelesaian lain yang berbayar

tinggi, storan secara maya juga mengandungi beberapa keburukan. Antaranya:

i) PROSES PEMINDAHAN DATA YANG SUKAR

Saiz data yang melebihi 100TB seperti pada Syarikat G&J

Sdn. Bhd pasti mendatang kan kesukaran dalam proses

pemindahan. Inilah yang menjadi pertimbangan terbesar dan

halangan kebanyakan syarikat apabila merancang menggunakan

penyimpanan maya. Proses memindahkan data dari kaedah

penyimpanan yang lama mengambil masa yang agak lama kerana

saiz data yang besar dan memerlukan operasi banyak

pelayan(server). Proses yang lama ini pasti mendatangkan kesan

kepada keseluruhan produktiviti syarikat. Oleh sebab itu, banyak

syarikat memerlukan perancangan dan perlaksanaan yang teliti

sebelum membuat apa-apa keputusan.

ii) PELAYAN (SERVER) SUSAH DIURUSKAN

Menubuhkan dan menguruskan persekitaran maya dengan

pelayan yang tinggi adalah tidak mudah berbanding menguruskan

pelayan secara fizikal. Sekiranya anda seorang yang mahir

mengenai perkakasan komputer, maka anda harus mampu untuk

menguruskan kebanyakan perkakasan pelayan dan aspek

konfugirasi pelayan yang berasaskan Intel. Situasi ini amat berbeza

dalam kes penyimpanan maya. Seseorang yang menguruskan

pelayan persekitaran maya perlu mempunyai kepakaran dalam

beberapa perisian pelayan virtualisasi seperti Vmare, Hyper-v

kerana setiap perisian ini amat berbeza. Jelas sekali pengetahuan

dan kemahiran khas sangat diperlukan untuk menguruskan

keseluruhan kaedah penyimpanan ini.

Page 15: IT

<CBCT2203>

14

iii) KOS YANG TINGGI

Walaupun kaedah storan maya mudah digunakan dan

menjimatkan masa namun ia tetap mendatangkan kos yang tinggi

dari segi pembangunan dan penyelenggaraan. Setiap syarikat yang

baru hendak bermula menggunakan media penyimpanan ini perlu

melaburkan nilai wang tinggi untuk proses pembentukan pada

permulaan. Seterusnya, sistem penyimpanan ini perlu diselenggara

bila perlu. Sudah semestinya kos yang tinggi diperlukan untuk

proses penyelanggaraan yang hanya boleh dilakukan oleh orang

yang pakar dan berkemahiran tentang sistem ini. Jika ia dilakukan

oleh yang tidak berpengetahuan tentang storan maya ini boleh

menyebabkan perkara tidak diingini seperti kerosakan data.

iv) DATA TERANCAM

Semua organisasi IT dalah bertanggungjawab dalam

melindungi,memelihara dan menyajikan perkhidmatan maklumat

apabila diperlukan(schulz,2011). Cabaran kepada semua organisasi

ialah mengimbangi antara ancaman,kawal selia dan proses

perlindungan data untuk tempoh yang lama. Pengstoran maya

adalah satu kaedah penyimpanan yang bersifat global. Apa yang

dimaksudkan ialah semua pengguna boleh akses ke sistem ini

dimana-mana sahaja di seluruh dunia. Bayangkan sekiranya kata

laluan dan kata pengguna seseorang telah terdedah, sudah tentu

pihak yang bertanggungjawab boleh menggunakan kata laluan dan

kata pengguna itu untuk akses ke dalam sistem dan melakukan apa

sahaja yang tidak diingini terhadap data yang disimpan.

Page 16: IT

<CBCT2203>

15

v) PERMINTAAN MESIN BERKUASA

Penyimpanan secara maya mungkin menjimatkan wang kerana

kurangnya penggunaan perkakasan dan ini boleh mengurangkan

jumlah perkakasan bersifat fizikal. Namun,ini tidak bermakna yang

syarikat boleh menggunakan komputer kuno untuk menjalankan

penyimpanan maya ini. Jika mesin yang digunakan tidak

mencukupi dari segi RAM dan kuasa CPU, segala proses berkaitan

menyimpan dan merekod mahupun memindahkan data masih boleh

dijalankan tetapi pada tahap yang sangat perlahan dan seterusnya

menggangu masa dan perancangan kerja sesebuah syarikat.

Page 17: IT

<CBCT2203>

16

5.0 KESIMPULAN

Rekod sesebuah organisasi merangkumi segala maklumat dan data yang berkaitan

dengan kerja harian organisasi. Data-data ini mengandungi maklumat yang boleh

menjaga dan melindungi hak serta kepentingan pelanggan dan organisasi itu sendiri.

Pemilihan pengstoran maya sebagai penyelesaian sistem penyimpanan merupakan sistem

yang terbaik dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan organisasi

berkenaan. Sistem ini boleh membantu dalam mengoptimumkan masa penyimpanan dan

memastikan pemulihan selepas bencana. Apa yang penting ialah, organisasi perlu mampu

menggunakan kelebihan yang didapati dari sistem ini untuk mengimbangi keburukannya.

(2691 patah perkataan)

Page 18: IT

<CBCT2203>

17

6.0 RUJUKAN / APENDIKS

Buku Panduan Tenaga (untuk pengguna) dalam www.switch.org.my/ capaian 19

November 2012.

Caroline, N. D. (1994). Information Technology: The Management Challengge. England.

Addison-Wesley Publishing Company.

Dinesh (2011). Disadvantages of Virtualization,What’s Your opinion?. Dalam

www.sysprobs.com/ capaian 21 November 2012.

en.wikipedia.org/wiki/Virtual_storage capaian 20 November 2012

http://en.wikipedia.org/wiki/Disaster_recovery capaian 19 november 2012.

Laudon, K. C. & Laudon, J. P. (2004). Essentials of Management Information Systems:

Managing The Digital Firm. Edisi ke-6. Prentice Hall.

ms.wikipedia.org/wiki/Keselamatan capaian 20 November 2012

Robbin, P. S. (1993). Organizational Behaviour. Amerika Syarikat. Prentice Hall

International Inc.

Schulz, G. (2011). Cloud and Virtual Data Storage Networking: your journey to efficient

and effective information services. Boca Raton,FL. CRC Press.