iv semantik

10
iv) Analisis aspek semantik berdasarkan perubahan makna dalam semantik pengembangan makna,penyempitan makna dan anjakan makna) a) Konsep perubahan makna dalam semantik Makna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa dan teknologi,hub sosial dalam masyarakat . Perubahan makna dapat berlaku dari segi perluasan makna ,penyempitan makna dan anjakan makna. 1.Perluasan makna Perluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki makna-makna yang lain . Contohnya adalah seperti perkataan “saudara” pada mulanya membawa makna “orang yang sama ayah dan ibu” kemudian maknanya meluas yang merangkumi “ orang yang ada hubungan kekeluargaan” . Makna bertambah luas setelah kedatangan islam yang membawa konsep persaudaraan Islam iatu makna saudara merangkumi “orang yang sama-sama beragama Islam” kini menjadi bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali,kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur atau merujuk kepada hadirin dalam sesuatu majlis yang menimbulkan rasa kemesraan. 2.Penyempitan makna Penyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada mulannya mempunyai makna yang umum tetapi kemudian berubah menjadi

description

oum

Transcript of iv semantik

Page 1: iv semantik

iv) Analisis aspek semantik berdasarkan perubahan makna dalam semantik

pengembangan makna,penyempitan makna dan anjakan makna)

a) Konsep perubahan makna dalam semantik

Makna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa dan teknologi,hub

sosial dalam masyarakat . Perubahan makna dapat berlaku dari segi perluasan

makna ,penyempitan makna dan anjakan makna.

1.Perluasan makna

Perluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu

memiliki makna-makna yang lain .

Contohnya adalah seperti perkataan “saudara” pada mulanya membawa makna

“orang yang sama ayah dan ibu” kemudian maknanya meluas yang merangkumi

“ orang yang ada hubungan kekeluargaan” . Makna bertambah luas setelah

kedatangan islam yang membawa konsep persaudaraan Islam iatu makna

saudara merangkumi “orang yang sama-sama beragama Islam” kini menjadi

bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali,kakitangan bawahan atau

setaraf dengan penutur atau merujuk kepada hadirin dalam sesuatu majlis yang

menimbulkan rasa kemesraan.

2.Penyempitan makna

Penyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada mulannya mempunyai

makna yang umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih khusus . Contoh

makna kata yang mengalami penyempitan makna ialah “madrasah” iatu kata

yang dipinjam daripada bahasa arab dengan makna asalnya “sekolah” . Kata ini

sudah berubah makna menjadi lebih khusus kepada “sekolah agama”.

Page 2: iv semantik

b) Analisis sajak “ Di Hujung Penantian” dari segi aspek semantik berdasarkan

perubahan makna ( Peeluasan an penyempitan makna)

Di hujung penantian

Entah bila akan menjelma

ungu pelangi yang menyirami ladang ketandusan

diiringi kerdipan mata kudus menadah

tertunduk sujud di hamparan sufi

entah bila berkubur pembuluh nafas tanpa darah

di atas perjalanan tanah berduri

sambil jari kurus menghitung batu-batu kerikil

di gurun pasir yang terbentang luasa menyala

pabila episod penantian jalang ini berakhir

neraca hari yang menggerunkan pasti jua tiba

di suatu perhimpunan yang maha agung

di padang maha luas yang membakar panas

untuk menimbangtara diri

Man Nasir

Page 3: iv semantik

Bahagian 1: Perluasan makna :

Perkataan Makna Asal Makna yang diperluaskan

1.Kerdipan Kedipan mata sahaja Kerdipan bintang, kerdipan

neon dan lampu.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , Kerdipan adalah merujuk

kepada perbuatan kedipan mata iatu perbuatan mengerakkan kelopak mata ke

atas dan ke bawah. Makna kerdipan itu adalah hanya merujuk kepada perbuatan

yang dinyatakan di atas . Namun sekarang perluasan makna perkataan

“kerdipan “ telah berlaku dimana perkataan kerdipan telah digunakan untuk

benda-benda lain selain mata seperti “kerdipan” yang merujuk kepada

lampu,neon,cahaya dan bintang .

Sebagai contoh ayat ini , “Kerdipan di langit malam ini” yang merujuk

kepada cahaya bintang yang bersinar di langit malam .Contoh yang lain pula

adalah seperti ayat “kerdipan kota raya yang tak pernah padam” yang

membawa makna cahaya lampu yang terdapat di kota raya tersebut.

Ini menunjukkan bahawa perkataan”kerdipan” telah mengalami proses

perluasan makna seiring dengan perubahan masa dan kemajuan manusia

sejagat secara amnya.Namun jika dilihat perluasan makna ini lebih diaplikasikan

di dalam bidang sastera di mana semantik memainkan peranan penting dalam

menyampaikan maksud sesuatu karya .

Page 4: iv semantik

Perkataan Makna Asal Makna yang diperluaskan

2.Sujud Duduk berlutut (penghormatan

seorang hamba kepada ALLAH

S.W.T)

Merayu,memujuk dan

menyembah yang tidak merujuk

dari segi aspek ketuhanan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , sujud adalah merujuk kepada

perbuatan melutut sambil menundukkan kepala ke lantai (dalam sembahyang

dan perbuatan ibadah). Namun sekarang perluasan makna perkataan “sujud “

telah berlaku dimana perkataan sujud telah digunakan untuk perbuatan lain

seperti memujuk ,merayu dan menyembah hormat kepada manusia serta tidak

lagi terikat hanya kepada aspek ketuhanan seperti yang digunakan selama ini

secara turun temurun setelah dipinjam daripada bahasa Arab setelah

kedatangan Islam dan pedagang-pedagang arab pada zaman dahulu..

Sebagai contoh ayat ini , “sujud pada aku jika nak aku kembali” yang

merujuk kepada perbuatan memohon kemaafan .Contoh yang lain pula adalah

seperti ayat “saya sanggup sujud asalkan awak tidak pergi” yang membawa

makna merayu kepada seseorang

Setelah pinjaman perkataan sujud sejak zaman kedatangan Islam dulu ,

Perkataan sujud telah digunakan dengan meninggalkan konsep asal yang hanya

ditujukan kepada ALLAH S.W.T tetapi kini semakin meluas sehingga digunakan

dalam aspek kemanusiaan juga. Ini menunjukkan perluasan makna berlaku

secara berkadar terus dengan perubahan kemodenan manusia dan sifat

kebaratan yang melanda pengguna bahasa Melayu.

Page 5: iv semantik

Perkataan Makna Asal Makna yang diperluaskan

3.Sufi Ahli ilmu suluk Keimanan dan ketakwaan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Sufi membawa hanya makna

ahli ilmu suluk(tasawuf). Namun sekarang perluasan makna perkataan ‘sufi’ telah

berlaku dimana sering sahaja khayalak pengguna bahasa menganggap makna

sufi itu sebagai kemuliaan dan ketakwaan atau puncak yang tinggi dalam agama.

Sufi juga merupakan kata pinjaman bahasa arab.

Jika melihat kepada konteks makna dalam puisi ini sendiri di mana

‘tertunduk sujud di hamparan sufi’ , jika ayat ini mengekalkan makna sufi yang

asal , kelihatan ayat ini seperti tidak logik . Ini jelas mengemukakan contoh

perluasan makna ‘sufi’ tersebut kepada keimanan dan kemuliaan atau

ketuhanan.

Kata pinjaman bahasa arab sering mengalami perluasan makna ini hanya

kerana perkataan tersebut berbunyi keagamaan lantas diperluaskan makna

secara mengikut keselesaan pengguna bahasa Melayu.

Page 6: iv semantik

Bahagian 2: Penyempitan Makna

Perkataan Makna Asal Makna yang disempitkan

1.Jalang 1.Kerbau yang tidak dipelihara

orang

2.Perempuan-perempuan jahat

Jahat dan kekejian(perempuan)

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) ,Makna asal perkataan

‘jalang’ada dua iatu kerbau yang tidak dipelihara orang dan perempuan

jahat .Namun pada masa kini jalang ini telah mengalami proses penyempitan

makna di mana ‘jalang’ hanya difahamkan sebagai perempuan jahat dan maksud

satu lagi iatu kerbau yan tidak dipelihara orang digugurkan dalam makna .

Sebagai contoh yang dinyatakan dalam baris puisi Di hujung penantian,

‘pabila episod penantian jalang ini akan berakhir . Adakah ‘jalang’ yang

dimaksudkan tersebut adalah kerbau yang tidak dijaga oleh orang ? ,sama sekali

tidak kerana jalang yang dimaksudkan adalah kejahatan dan kekejian

Ini merupakan contoh jelas perkataan ‘jalang’telah mengalami proses

penyempitan makna dimana satu lagi makna telah digugurkan kerana makna

satu lagi menjadi lebih dominan pengunaannya di kalangan penutur Bahasa

Melayu.

Page 7: iv semantik

Perkataan Makna Asal Makna yang disempitkan

2.Neraca 1.Alat untuk menimbang

2.Timbangan atau dacing

3.Perbandingan berat

4.Catatan perbandingan wang

masuk dan wang keluar

Perbandingan (amalan dan

ibadah)

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , ‘neraca’membawa 4 makna

yang sering digunakan iatu alat untuk menimbang,timbangan atau

dacing,perbandingan berat dan catatan perbandingan wang masuk dan wang

keluar. Namun pengguna bahasa Melayu sekarang lebih cenderung

menganggap makna neraca adalah perbandingan dari segi batiniah iatu amalan

dan ibadah. Jika alat timbangan berat mereka lebih cenderung menggunakan

perkataan alat penimbang berat dan bukannya neraca lagi.

‘Terpulang kepada kita untuk memberatkan neraca amalan masing-masing

sebelum dihisab oleh Tuhan ‘ ayat ini menunjukkan contoh makna neraca yang

disempitkan maknanya .Neraca kini tidak lagi digunakan mengikut makna-makna

penimbangan jisim namun lebih kepada pertimbangan dari aspek ketuhanan dan

kemanusiaan.

Peyempitan makna ini mungkin berlaku kerana perkembangan teknologi masa

kini,jika dulu hanya neraca yang digunakan sebagai alat untuk mengukur berat ,

namun kewujudan alat-alat lain telah meninggalkan perkataan ‘neraca’ di arus

permodenan namun pengunaan neraca dari segi konteks makna yang berbeza

Page 8: iv semantik

menjadikan neraca ini masih terus digunakan namun berlainan fungsi dan

maksud.