Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 ...
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR … semak perakauanan/TNT... · anak yang daif yang...
Transcript of JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR … semak perakauanan/TNT... · anak yang daif yang...
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK :
TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :1/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
Perintah Am Bab F Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/ klinik Kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan atau ahli keluarga mereka yang berkelayakan tidak dapat diperolehi di hospital/ klinik Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di hospital/ klinik/ agensi swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009. Tafsiran Pegawai Mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri. Tafsiran Keluarga Pegawai Bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula. Tafsiran ibu bapa yang sah Ibu kandung atau bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu angkat atau bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang;
Perintah Am Bab
F Tahun 1974
Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974
Pekeliling Perkhidmatan
Bil.21 Tahun 2009
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK :
TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ ALAT/ PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :2/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
Tafsiran Ketua Jabatan Seseorang yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bagi maksud untuk melaksanakan pemberian kemudahan perubatan yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen ialah Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam; 1.0 Pastikan kenyataan tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/
Perkhidmatan Perubatan / Rawatan dan dokumen sokongan disertakan.
1.1 Borang Permohonan Pegawai dalam
perkhidmatan (Borang Perubatan 1/09)
1.2 Borang Permohonan pesara dalam perkhidmatan (Borang Perubatan 1/09(T)) - Borang permohonan pesara perlu
dikemukakan kepada JPA
1.3 Surat Pengesahan Pegawai/Pakar Perubatan 1.4 Surat pengesahan daripada Institusi
Pendidikan/ Pengajian tinggi mengenai status pesakit sebagai penuntut hendaklah dikemukakan bersama.
1.5 Salinan resit/ inbois/ sebutharga 1.6 Butir tuntutan:
1.6.1 Nama Hospital
1.6.2 Tarikh Rawatan
1.6.3 Nama Ubat
1.6.4 No. Rujukan Dokumen Kewangan
1.6.5 Jumlah perbelanjaan
Pekeliling Perkhidmatan Bil.21 Tahun
2009
Rujuk Borang Perubatan
1/09/(T) seperti dilampiran
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK : TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ALAT/PERKHIDMATAN PERUBATAN/RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :3/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
1.7 Pengesahan Pegawai
1.8 Perakuan dan Pengesahan oleh
Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan
1.8.1 Jenis Penyakit
1.8.2 Jenis Ubat/ Alat/ Perkhidmatan/ Rawatan yang diperakukan
1.8.3 Sebab-sebab diperlukan tidak
dapat dibekal/ disediakan oleh Hospital/ Klinik Kerajaan
1.8.4 Tandatangan dan Cop Rasmi
Pegawai / Pakar Perubatan 2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun
semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi syarat berikut:-
2.1 Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun
kewangan semasa.
2.2 Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan dan semasa adalah mencukupi
3.0 Sekiranya syarat AP58 (a) tidak dipatuhi, pastikan
surat kelulusan Perbendaharaan disertakan.
4.0 Kelayakan Kemudahan perubatan adalah layak diberikan kepada:
4.1 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
lantikan tetap, kontrak dan sementara;
4.2 Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen; dan
4.3 Ahli keluarga seperti mengikut peruntukan
Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974
Arahan Perbendaharaan
58
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK : TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ALAT/PERKHIDMATAN PERUBATAN/RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :4/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
5.0 Semak syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang
ditetapkan:
5.1 Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan dan ubat/kemudahan tidak dapat dibekal.disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.
5.2 Ubat disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan KKM/hospital universiti.
5.3 Perbelanjaan bagi pembekalan ubat yang tidak
disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan KKM/hospital universiti boleh dipertimbangkan dengan mendapat kelulusan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, ((BPP) KKM.
5.4 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan
ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan dengan had perbelanjaan yang melibatkan keperluan penggunaan untuk tempoh 3 bulan sahaja.
5.5 Sebarang permohonan perbelanjaan bagi
pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) atau perubatan alternatif adalah tidak dibenarkan walaupun penggunaan bahan tersebut disokong/ diperakukan oleh Pegawai Pakar Perubatan.
5.6 Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan
semua jenis kategori alat, rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit, rawatan membuat crowning, gigi palsu dan otodontik bagi tujuan corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang pegawai adalah tidak dibenarkan.
5.7 Permohonan perbelanjaan untuk tujuan baik
pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan.
Pekeliling
Perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK : TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ALAT/PERKHIDMATAN PERUBATAN/RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :5/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
5.8 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/
penggantian/ baik pulih alat bagi tujuan
kosmetik adalah tidak dibenarkan.
5.9 Kelulusan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/ penggantian/ baik pulih alat yang berharga melebihi daripada RM1,000.00 direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan/ fail.
5.10 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan
alat ortopedik yang berharga melebihi daripada RM10,000.00 hendaklah dirujuk untuk sokongan/ perakuan oleh BPP, KKM.
5.11 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan
anggota palsu yang berharga melebihi harga siling yang ditetapkan hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM.
5.12 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan
alat bantu pendengaran yang berharga melebihi daripada RM3,500.00 hendaklah dirujuk untuk sokongan/perakuan BPP, KKM.
5.13 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan
hemodialisis tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan.
5.14 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan
kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai / pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung.
Pekeliling
Perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TAJUK : TUNTUTAN PERMOHONAN UBAT/ALAT/PERKHIDMATAN PERUBATAN/RAWATAN
RUJUKAN DOKUMEN : MUKA SURAT :6/6
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : 12.10.2015
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Tuntutan Permohonan Ubat/ Alat/ Perkhidmatan Perubatan/ Rawatan
‘Primary infertility When a woman is unable to ever bear a child, either due to the inability to become pregnant or the inability to carry a pregnancy to a live birth she would be classified as having primary infertility. Thus women whose pregnancy spontaneously miscarries, or whose pregnancy results in a still born child, without ever having had a live birth would present with primarily infertility.’
5.15 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran perlu mendapat pengesahan daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan dan perakuan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
5.16 Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Sila semak sama ada kod objek yang digunakan adalah menggunakan kod objek B0115111 (Kakitangan Awam) atau B0115210 (Pasukan Keselamatan).
World Health Organization
Pekeliling Perkhidmatan
Bil.21 Tahun 2009
SPANM BIL 10 Tahun 2017
FAQ KEMUDAHAN /UBAT/ALAT/KEMUDAHAN PERUBATAN
1. Siapakah yang layak memohon perbelanjaan bagi kemudahan perubatan?
Pegawai/ Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan
anak yang berumur dibawah 18 tahun atau yang masih bersekolah dibawah umur 21
tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.
2. Apakah kemudahan perubatan yang boleh dituntut oleh pesara awam
persekutuan?
Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan
kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan
kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.
3. Sekiranya pegawai telah bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan,
adakah ibu bapa pegawai masih layak menerima kemudahan perubatan?
Ya, ibu bapa pegawai masih layak untuk mendapatkan kemudahan perubatan ini.
4. Bagaimanakah tuntutan perbelanjaan bagi pembekalan ubat/peralatan perubatan
boleh dibuat?
Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik
kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan.
Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan
(bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).
5. Apakah kelayakan tuntutan perjalanan bagi tujuan mendapatkan rawatan?
Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang
pegawai/pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai
perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun
yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas
rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.