Jabatan Pelajaran Sarawak

4
Profil Jabatan Jabatan Jabatan Pelajaran Sarawak Ketua Jabatan Pengarah Encik Abdillah bin Adam Alamat Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, 93604 Kuching Sarawak Nombor telefon 082-243201 / 253546 / 256195 Nombor faks 082-246750 Laman web http://www.moe.gov.my/jpnsarawak Alamat e- mel Matlamat Sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan dasar pendemokrasian pendidikan Jabatan Pelajaran Sarawak berusaha untuk mempertingkatkan mutu: 1. Perkhidmatan pelajaran yang diberi dan disediakan, 2. Profesionalisma semua kakitangan pelajaran di semua peringkat, 3. Alam dan budaya kerja, 4. Pengurusan organisasi dan institusi pelajaran di semua peringkat, 5. Sahsiah dan pencapaian akademik pelajar. Visi Organisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan Carta Carta Organisasi Misi Memastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan secara paling berkesan untuk mencapai matlamat Piagam Pelanggan KAMI WARGA JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

Transcript of Jabatan Pelajaran Sarawak

Page 1: Jabatan Pelajaran Sarawak

Profil JabatanJabatan Jabatan Pelajaran SarawakKetua

JabatanPengarahEncik Abdillah bin Adam

AlamatBangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, 93604 Kuching Sarawak

Nombor telefon

082-243201 / 253546 / 256195

Nombor faks 082-246750Laman web http://www.moe.gov.my/jpnsarawak

Alamat e-melMatlamat

Sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan dasar pendemokrasian pendidikan Jabatan Pelajaran Sarawak berusaha untuk mempertingkatkan mutu:

1. Perkhidmatan pelajaran yang diberi dan disediakan,2. Profesionalisma semua kakitangan pelajaran di semua peringkat,3. Alam dan budaya kerja,4. Pengurusan organisasi dan institusi pelajaran di semua peringkat,5. Sahsiah dan pencapaian akademik pelajar.

VisiOrganisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan

CartaCarta Organisasi

MisiMemastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan secara paling berkesan untuk mencapai matlamat

Piagam PelangganKAMI WARGAJABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAKDENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAMBERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKANSELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru institut perguruan dan universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.

3. Memastikan semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh antara dua minggu hingga sebulan dari tarikh borang diterima.

4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu

Page 2: Jabatan Pelajaran Sarawak

Piagam Pelangganbulan dari tarikh penerimaan.

5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.

6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh ianya diterima.

7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran. 8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang

membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

9. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:

o sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit.

o menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pelajaran, PPG / PPDK dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ianya diterima.

Struktur Organisasi Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PELAJARAN SARAWAK 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

        

 ABDILLAH BIN ADAM PENGARAH PELAJARAN SARAWAK

[email protected] 

 

 

JAIDAH BINTI HAJI ALEKTIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SARAWAK

[email protected]

Page 3: Jabatan Pelajaran Sarawak

VisiOrganisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan

 

MisiMemastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan

secara paling berkesan untuk mencapai matlamat

 

Objektif

 Memperluaskan kemasukan kanak-kanak ke sekolah sehingga 100% bilangan kohort umur dan menentukan setiap murid mendapat pendidikan formal dan tidak formal yang bermutu dengan sentiasa:

*Meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan sekolah;

* Meningkatkan tahap profesionalisme staf; * Memperbaiki keadaan fizikal bangunan dan kemudahan sekolah serta keceriaan alam

sekeliling; dan  * Mempelbagaikan program kurikulum dan kokurikulum sekolah bagi menepati

kepelbagaian potensi, bakat dan minat para pelajar. * Mengadakan jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang seni, budaya dan warisan.