Jabatan Pendidikan Prefekter Osaka, Reiwa Tahun 3 (Tahun ...
Transcript of Jabatan Pendidikan Prefekter Osaka, Reiwa Tahun 3 (Tahun ...
Jabatan Pendidikan Prefekter Osaka, Reiwa Tahun 3
(Tahun 2021).
Sokongan pendidikan untuk pelajar yang mempunyai
warganegara asing yang tinggal di Jepun dan warganegara
Jepun yang kembali belajar dari luar negara ke Jepun.
Pemilihan untuk Pendidikan
Pegawai Kajian Kawasan Osaka
<マレー語>
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 1
Sistem Pendidikan di Jepun 2
Ciri-ciri Sekolah Menengah 3
Aktiviti Harian di Sekolah Menengah 7
Aktiviti Sekolah Menengah Dalam Setahun 8
Yuran Pendidikan 9
Peperiksaan Kemasukan Sekolah 10
Sekolah Menengah Awam (Sekolah Menengah Kebangsaan)
Subjek Peperiksaan Masuk Sekolah 12
Keputusan untuk Pelajar Yang Berjaya 14
Khas Untuk Pelajar Antarabangsa Atau Warganegara Jepun Yang
Baru Pulang Ke Jepun Yang Memerlukan Bimbingan
Bahasa Jepun
Pemilihan Kemasukan 15
Pertimbangan Khas Untuk Pelajar Jepun Yang Baru Pulang ke Jepun dan
Pelajar Antarabangsa Yang Memerlukan Bimbingan Bahasa Jepun semasa
peperiksaan 17
Jadual Peperiksaan Masuk 19
Sistem Subsidi Pendidikan Pelajar Yang Tidak Berkemampuan
Sistem Pinjaman Sementara Bayaran Masuk Sekolah 21
Sistem Biasiswa 22
Kursus Alternatif Selepas Tamat Sekolah Menengah Atas 24
Senarai Institusi Kaunseling 25
1
Pengenalan
Manual ini diisediakan bagi membantu pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sekolah Menengah Awam. Ianya juga dapat memberikan maklumat asas mengenai ciri-ciri
persekolahan di Jepun. Selain itu ianya dapat menghilangkan rasa keraguan dan kebimbangan untuk
memilih kursus-kursus pendidikan yang sedia ada, di Osaka terdapat mekanisme bantuan kaunseling
untuk pelajar –pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan mereka. Oleh itu, ketika mengalami
kesukaran dalam memilih kursus pendidikan mereka , pelajar-pelajar tidak perlu merasa bimbang
sebaliknya berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dari guru kelas ataupun mendapatkan
khidmat nasihat melalui institusi-institusi yang disenaraikan di dalam buku panduan ini.
Empat Petunjuk Penting di dalam Buku Panduan Ini
Menjelaskan setiap satu perkara secara ringkas .
Menjelaskan setiap satu-satu secara terperinci
Menunjukkan titik soalan setiap halaman, serta halaman yang berkaitan dengannya.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jabatan Pendidikan, Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah di Prefekter Osaka, Sila layari:
Terdapat dalam Bahasa Jepun, Cina, Korea, Vietnam, Filipina, Portugis, Sepanyol, Thai,
Inggeris, Rusia, Indonesia, Nepal, Urdhu, Arab dan Bahasa Melayu.
(https://www.pref.osaka.lg.jp/shochugakko/kikokutoniti-sapo/index.html)
2
Sistem Pendidikan di Jepun Di Negara Jepun pendidikan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah adalah
merupakan pendidikan yang wajib. Ibubapa atau penjaga pelajar yang mempunyai
anak yang telah genap usianya wajib menghantar anak mereka ke sekolah. Setelah
menamatkan tempuh waktu persekolahan yang ditetapkan, terdapat pelbagai kerjaya
yang disediakan. Sistem pendidikan di Jepun adalah seperti berikut:
Berusia 7 tahun
Pendidikan wajib
Sekolah Rendah
12 tahun 6 tahun
13 tahun Sekolah Menengah Rendah
3 tahun
15 tahun
16 tahun Sekolah Menengah
Sekolah
Menenga
h Pakar
Sekolah
Menengah
Vokasional
Sekolah
Menengah
Kejuruteraan
Bekerja
18 tahun
3 tahun
1 tahun lebih
1-2 tahun
19 tahun
Universiti Kolej
Sekolah
Vokasional 5 tahun
1 tahun
lebih
2 tahun
22 tahun 4-6 tahun
23 tahun
24 tahun
Universiti (Sekolah Siswazah)
2-5 tahun
Bolehkah semua Sekolah Menengah Awam lulus dalam
tempuh 3 tahun?
⇒ Untuk sistem pengajian sepenuh masa mengambil masa 3
tahun, jika tidak, sila rujuk ke mukasurat 5 - 6.
3
Ciri-ciri Sekolah Menengah
Di Jepun, terdapat sekolah menengah awam (kebangsaan) dan sekolah swasta.
Sekolah Menengah Awam Negeri / Sekolah Menengah Kebangsaan
Ditubuhkan oleh negara / wilayah / bandar.
Sekolah bersama, bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan.
Sekolah Menengah Swasta
Ditubuhkan oleh individu dan syarikat persendirian. Biasanya yuran pendidikan adalah lebih
mahal berbanding Sekolah Menengah Awam (Kebangsaan).
Tidak hanya sekolah bersama, terdapat juga sekolah khas untuk kanak-kanak lelaki dan
perempuan
※ Sistem subsidi pendidikan ini diberikan berdasarkan jumlah pendapatan keluarga pelajar.
⇒ Lihat mukasurat 9
.
Adakah peperiksaan masuk Sekolah Menengah Awam dan Sekolah Menengah Swasta sama?
⇒ Ujian masuk untuk Sekolah Menengah Awam dan Sekolah Menengah Swasta
adalah berbeza.
Untuk mata pelajaran peperiksaan masuk sekolah menengah ⇒ Lihat mukasurat
12-13.
Peperiksaan masuk untuk Sekolah Menengah Swasta.
Bergantung pada sekolah termasuk jadual, informasi, dan penilaian kelulusan adalah
berbeza antara satu sama lain.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi guru Sekolah Menengah
Rendah yang berkenaan.
4
Di Sekolah Menengah Atas terdapat 4 jenis sistem Sekolah Menengah Atas. Setiap
sekolah mempunyai waktu masa belajar, berapa lama masa yang diperlukan untuk
menamatkan pengajian, dan cara pembelajaran yang berlainan.
<Sistem Sekolah Menengah untuk Aktiviti Seharian>
Waktu belajar
Dari pagi hingga ke petang. Bermula dari jam 8:30 pagi hingga 5 petang.
Jangkamasa yang diperlukan untuk menamatkan pengajian
3 tahun.
Cara pembelajaran
Di sekolah yang belajar pada sebelah petang, sekolah umumnya menentukan jumlah unit
kredit semester (SKS) yang perlu dipelajari pada setiap tahun akademik. Sekiranya pelajar
dapat mengumpulkan kredit yang diperlukan, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke kelas
yang lebih tinggi. Dengan catatan bahawa pelajar dapat memilih pelajaran mereka sendiri di
sekolah yang mempunyai kaedah sistem SKS.
Contoh Sekolah Menengah yang belajar sepanjang hari
[Kurikulum Asas Sekolah Menengah]
Mempelajari pelajaran asas termasuk Bahasa Jepun, Matematik dan lain-lain
[Sekolah Menengah Vokasional]
Ketahui asas pengetahuan yang berkaitan dalam bidang vokasional seperti Industri,
Perdagangan, Pertanian, Budaya Antarabangsa pelajar berpeluang mempelajari teknik
kemahiran dan sekali gus mampu mendapat kelayakan di bidang mereka ceburi.
[Sekolah mata pelajaran bersepadu]
Selain mata pelajaran umum, terdapat banyak lagi mata pelajaran pilihan di mana pelajar
dapat memilih mata pelajaran mengikut keinginan dan minat masing-masing.
[Sekolah Potensi diri / Sekolah Pemerkasaan]
Berdasarkan pemahaman diri, pelajar berpeluang mempelajari semula asas pelajaran
dengan mengulangkaji dan juga belajar memikirkan jalan keluar dari masalah yang mana
jawapannya bukanlah hanya satu.
5
<Sekolah Menengah melalui Sistem Kredit Multi / Sekolah Kreatif)>
Waktu belajar
Bahagian I = Pagi (Biasanya bermula dari jam 8:30 hingga 12:30).
Bahagian II = Petang (Biasanya dari jam 13:00 hingga 17:00).
Masa yang diperlukan untuk menyelesaikannya
Sekiranya anda mengambil bahagian I & II sekaligus = lebih dari 3 tahun
Sekiranya mengikuti setiap bahagian I dan bahagian II = lebih dari 4 tahun
Corak pengajaran
Pelajar boleh memilih waktu persekolahan (bahagian I, bahagian II) dan mata pelajaran
pelajaran mengikut keperluan mereka. Dan teruskan pilihan mata
pelajaran setiap setengah tahun atau 1 tahun.
<Sistem Sekolah Menengah Malam>
Waktu bermula
Sebilangan besar sekolah malam bermula dari jam 18:00 hingga 21:00.
Masa yang diperlukan untuk menamatkan pengajian
4 tahun.
Sekiranya dilakukan bersama dengan pembelajaran melalui talian (sistem komunikasi)
= mengambil masa lebih dari 3 tahun
Corak pengajaran
Boleh belajar pada waktu malam. Boleh mendapatkan kredit dari setiap subjek
yang dipelajari.
6
<Sistem Komunikasi Melalui Talian di Sekolah Menengah>
Waktu belajar
Pelajar juga berpeluang ke sekolah untuk mengikuti kelas 2 〜 3 kali seminggu. Setiap
sekolah mempunyai peraturan yang berbeza untuk hari apa dan berapa kali untuk pergi ke
sekolah,
Masa yang diperlukan untuk menamatkan pengajian
Lebih dari 3 tahun
Corak pengajaran
Pada hari bukannya hari sekolah, pelajar dapat belajar di rumah ataupun di tempat lain
dengan menggunakan buku teks yang ada, dan membuat laporan kemudian
memyerahkannya kepada guru berkenaan untuk semakan subjek tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan SKS (Unit Kredit Semester)?
⇒ Istilah SKS di Sekolah Menengah Jepun adalah untuk memberikan penilaian terhadap
unit mata pelajaran yang dipelajari. Jumlah markah kredit yang diperolehi adalah
hasil jumlah kredit ujian yang diperolehi oleh pelajar itu sendiri.
Contoh pengiraan kredit:
1 kredit = 50 minit, kemudian ditambah 35 kredit untuk waktu belajar
(50 minit x 35 kredit = 1750 minit)
Pelajar akan lulus persekolahan mereka sekiranya dapat memenuhi jumlah markah kredit
subjek yang ditetapkan.
7
Aktiviti Harian di Sekolah Menengah
Di bawah ini adalah aktiviti seharian di sekolah untuk pelajar Sekolah Menengah :
Pagi
Aktiviti persekolahan akan bermula dari jam 8:30 pagi, dan ianya terdapat 4 mata pelajaran.
Setiap subjek yang akan diajar bergantung kepada guru yang mengajar.
Makan Tengahari
Di sekolah tiada makanan bantuan disediakan. Oleh itu setiap pelajar perlu membawa
bekalan makanan dari rumah ataupun membelinya di kantin sekolah.
Petang
Terdapat 2-3 mata pelajaran.
Kurikulum Tambahan
Terdapat aktiviti kurikulum tambahan. Di mana di dalam aktiviti kurikulum tambahan ini setiap
pelajar diberi pilihan untuk memilih aktiviti sukan yang mereka lebih berminat ataupun aktiviti
seni budaya. Aktiviti kurikulum tambahan ini bukannya aktiviti wajib di mana pelajar diberi
pilihan samada untuk mengambil bahagian ataupun sebaliknya.
Pakaian apa yang perlu dipakai waktu ke sekolah?
⇒ Pakaian yang ditetapkan di sekolah dinamakan "seifuku (pakaian seragam sekolah)"
ataupun "hyoujun fuku (pakaian standard)". "Seifuku" atau "hyoujun fuku"
dibahagikan kepada dua iaitu pakaian seragam sekolah musim panas dan
pakaian seragam sekolah musim sejuk. Terdapat juga sekolah yang menentukan
setiap pelajar untuk memakai pakaian seragam sekolah dan ada juga sekolah
yang tidak memerlukan pelajar mereka untuk memakai pakaian seragam sekolah.
8
Aktiviti Sekolah Menengah Dalam Setahun Ini adalah contoh jangka setahun pelajar sekolah menengah belajar seharian di
sekolah. Apa yang diperkenalkan di sini adalah sekolah dengan sistem semester 3,
ada juga sekolah dengan sistem semester 2. (Hari bermula semester 2 adalah berbeza
bergantung kepada sesebuah sekolah).
Di Jepun setiap tahun sekolah bermula dari bulan April dan berakhir pada bulan Mac
tahun berikutnya.
Semester pertama (sekitar April - Julai)
Upacara kemasukan sekolah, upacara perasmian tahun persekolahan baru, pemeriksaan
kesihatan, pengukuran fizikal.
Kajian lapangan, peperiksaan
Mesyuarat ibu bapa dan guru, juga pelajar .
Majlis Penutup
Percutian Musim Panas (akhir Julai - akhir Ogos)
Semester ke-2 (akhir Ogos - Disember)
Majlis Perasmian
Festival Sukan (Terdapat juga sekolah menengah yang melakukannya pada semester 1)
Festival Kebudayaan dan Persembahan Kajian Penyelidikan
Lawatan Sambil Belajar (terutamanya Sekolah Menengah Tahun 2)
Peperiksaan
Mesyuarat guru, pelajar dan ibu bapa
Majlis penutup
Cuti musim sejuk (sekitar akhir Disember - awal Januari)
Semester ke-3 (sekitar awal Januari - Mac)
Majlis perasmian
Peperiksaan
Mesyuarat guru, pelajar dan ibu bapa
Majlis Tamat Pengajian, Majlis Penutup
Cuti Musim Bunga (akhir Mac - awal April)
9
Yuran Pendidikan Yuran pengajian adalah kos yang diperlukan untuk mengikuti pembelajaran di sekolah.
Untuk setiap sekolah menengah awam, sekolah menengah swasta, sekolah
menengah penuh, waktu sekolah menengah yang dijadualkan dan sistem sekolah
menengah sistem komunikasi melalui talian memerlukan yuran pendidikan yang
berbeza antara satu sama lain. Yuran pengajian diperlukan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah
1. Bayaran peperiksaan kemasukan = yuran untuk mengambil peperiksaan masuk sekolah.
2. Bayaran kemasukan sekolah = kos yang diperlukan untuk memasuki sekolah.
3. Yuran pengajian = kos yang diperlukan untuk belajar.
4. Jumlah kos pada awal tahun = kos diperlukan pada tahun pertama. Termasuk kos buku
teks dan pakaian seragam sebagai tambahan untuk yuran1, 2 dan 3.
1 Yuran
Peperiksaan
2 Bayaran masuk 3 Yuran kelas
tambahan 4 Bayaran
permulaan tahun
Sekolah
Hari Penuh
Senior sekolah
menengah 2,200 yen 5,650 yen 118,800 yen ±300,000 yen
sekolah menengah
swasta* 20,000 yen 200,000 yen 580,000 yen ±1,100,000 yen
Sekolah menengah waktu yang
dijadualkan (negeri) 950 yen 2,100 yen 32,400 yen ±50,000 yen
Sistem komunikasi melalui talian
sekolah menengah (negeri) 800 yen 500 yen
330 yen / tahun /
kredit ±40,000 yen
*Untuk sekolah menengah swasta adalah berbeza dan bergantung pada setiap sekolah. Di atas adalah
angka anggaran sahaja
Sistem subsidi disediakan
o Di sekolah menengah awam, jika pendapatan tahunan ibu bapa kurang dari 9,100,000 yen /
tahun (anggaran), yuran pengajian akan diberikan sebagai subsidi.
o Sistem subsidi yuran pengajian tinggi swasta (untuk 1 pelajar). *
Pendapatan tahunan ibu bapa
(Anggaran)
Di bawah
5,900,000 yen
Di bawah
8,000,000 yen
Di bawah
9,100,000 yen
Jumlah subsidi untuk ibu bapa / penjaga
(Apabila yuran pengajian adalah 600,000
yen)
Percuma 200,000 yen 481.200 yen
*Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari (bahasa Jepun sahaja) https://www.pref.osaka.lg.jp/shigaku/shigakumushouka/shigaku_mushoka_r1.html
Prosedur berikut setelah berjaya memasuki ke sekolah menengah awam atau sekolah menengah
swasta.
Bagaimana sekiranya terdapat masalah membayar yuran sekolah? ⇒ Lihat mukasurat 21-22
10
Peperiksaan Kemasukan Sekolah Untuk memasuki sekolah, setiap pelajar perlu mengambil peperiksaan kemasukan.
Peperiksaan kemasukan sekolah juga disebut "Entrance Examination", "Selection".
Terdapat syarat-syarat tertentu semasa untuk mengambil peperiksaan.
Mengenai Peperiksaan
Mereka yang hanya memilih untuk memasuki sekolah menengah swasta
(Keutamaan memasuki sekolah swasta)
Kaedah mengambil peperiksaan di mana calon pelajar lulus peperiksaan masuk sekolah menengah swasta, mesti
dijanjikan masuk sekolah nanti. Mereka yang lulus untuk ujian kemasukan di sekolah menengah swasta, Akan
tetapi calon pelajar tersebut tidak dibenarkan mengambil peperiksaan masuk di sekolah menengah awam.
*Hanya di beberapa sekolah menengah / jurusan
Peperiksaan
masuk
sekolah
swasta
Melanjutkan pelajaran ke
sekolah swasta pilihan
Peperiksaan masuk sekolah awam (negeri) (Terpilih khas) *
Peperiksaan masuk sekolah awam (negeri)
(pilihan umum)
Melanjutkan pengajian
ke sekolah negeri
pilihan anda
Kumpulan kemasukan sekolah awam &
swasta ke-2, dll.
Lulus Tidak lulus
11
Mereka yang hanya memilih untuk memasuki sekolah menengah awam negeri
(Penyerahan hanya ke sekolah awam)
Sekiranya calon pelajar hanya ingin pergi ke sekolah awam, mereka tidak perlu mengambil peperiksaan masuk
sekolah swasta.
*Hanya di beberapa sekolah menengah / jaurusan
(Penyerahan bersama ke sekolah swasta dan awam)
Calon pelajar yang ingin memasuki sekolah menengah awam juga boleh mengambil peperiksaan masuk
sekolah menengah swasta jika mendapat kebenaran dari Sekolah Menengah Swasta. Oleh itu, walaupun calon
pelajar telah lulus ujian dari sekolah menengah swasta, mereka masih boleh memohon dan menduduki peperiksaan
masuk sekolah menengah awam. Sekiranya peperiksaan masuk sekolah menengah awam lulus, calon pelajar akan
memasuki sekolah menengah awam negeri.
*Hanya di beberapa sekolah menengah / jabatan
Peperiksaan
masuk
sekolah
swasta
Melanjutkan pengajian ke
sekolah negeri pilihan
anda
Kumpulan kedua kemasukan sekolah awam dan sekolah
swasta, dll.
Melanjutkan pelajaran ke
sekolah pilihan swasta
Peperiksaan masuk sekolah awam negeri
(pilihan khas) *
Melanjutkan pengajian ke sekolah
awam negeri pilihan anda
Peperiksaan masuk sekolah awam negeri
(pilihan umum)
Kumpulan kedua kemasukan sekolah awam dan sekolah swasta, dll.
Melanjutkan pengajian ke
sekolah negeri pilihan
anda
Peperiksaan masuk sekolah
negeri
(pilihan umum)
Peperiksaan masuk
sekolah negeri (pilihan umum)
Peperiksaan masuk sekolah negeri (pilihan khas) *
Peperiksaan masuk sekolah negeri
(pilihan khas) *
12
Sekolah Menengah Awam
Subjek Peperiksaan Masuk Sekolah Subjek peperiksaan masuk sekolah adalah berbeza dan bergantung pada jurusan yang akan dipelajari . Di sini akan diterangkan juga subjek ujian kebolehan akademik dan lisan temuduga untuk memastikan sejauh mana kemampuan individu itu sendiri .
■ Pilihan khas untuk tahun persekolahan baru (Dari pertengahan hingga akhir Februari)
Mata Pelajaran Kurikulum dan Pengajian Ujian Kebolehan Belajar
Kurikulum
pembelajaran
seharian
Subjek kajian yang berkaitan dengan industri (jurusan:
seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk produk,
reka bentuk video, reka bentuk visual, sistem reka
bentuk), penyelidikan global, jurusan seni rupa, kajian
pendidikan jasmani, persembahan seni dan budaya,
lakonan, muzik, jurusan pemodelan.
5 mata pelajaran (Bahasa Jepun, kajian sosial,
matematik, sains tepat, Bahasa Inggeris * 1)
Penilaian amalan kemahiran.
Jurusan Penyatuan (Sekolah Pemerkasaan) 5 mata pelajaran (Bahasa Jepun, Kajian Sosial,
Matematik, Sains, Bahasa Inggeris * 1)
lisan temuduga Sistem sekolah dengan banyak kredit bahagian I dan II (sekolah kreatif)
Sistem SKS sekolah siang / malam
* 1. Termasuk ujian mendengar Bahasa Inggeris
■Pemeriksaan kemasukan umum (Sekitar awal atau pertengahan Mac) *4
Mata Pelajaran Kurikulum dan Pengajian Ujian Kebolehan Belajar
Kurikulum belajar
seharian
Semua subjek kajian tidak diuji dalam
peperiksaan masuk khas
5 mata pelajaran (Bahasa Jepun, Sains Sosial,
Matematik, Sains, Bahasa Inggeris * 1)
Kurikulum sekolah masa yang dijadualkan * 2 3 mata pelajaran (Bahasa Jepun, matematik, Bahasa
Inggeris * 1)
Kurikulum sekolah dalam talian * 3 Temuduga
*1.Termasuk ujian mendengar Bahasa Inggeris
*2. Untuk pelajar mereka yang berumur 21 tahun ke atas, tidak perlu memberikan laporan akademik, digalakkan mengambil ujian kemampuan belajar dan lisan temuduga. Atas permintaan pemohon, mereka juga boleh menukarkan dari mangambil peperiksaan dengan menulis tesis pendek.
*3. Pelajar yang berumur lebih dari 21 tahun, tidak perlu memberikan laporan akademik. *4. Sekiranya calon pelajar telah mendaftar untuk peperiksaan kemasukan umum, tetapi jatuh sakit
(contohnya influenza) dan tidak dapat mengambil peperiksaan tetapi dibenarkan untuk mengambil peperiksaan pada hari yang lain. Untuk itu, sila dapatkan nasihat dari sekolah menengah rendah masing-masing.
13
Pilihan untuk memasuki ujian ke-2 (Akhir Mac)
Mata Pelajaran Kurikulum dan Pengajian Ujian Kebolehan Belajar
Bilangan pemohon kurang daripada jumlah kemasukan Lisan Temuduga
Pilihan Kemasukan lain (Pertengahan Akhir Februari)
Nama Pemilihan Ujian Kebolehan Belajar
Pemilihan masuk oleh Sekolah Tinggi Toyonaka dan Nosebunkou di Wilayah Osaka Sekolah Menengah Nosebunkou (Jabatan Kurikulum Bersepadu) *7
5 mata pelajaran (Bahasa Jepun, Kajian Sosial, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris * 1) Lisan Temuduga
Peperiksaan masuk untuk pelajar yang pulang dari luar negara * 5
Bidang: Bahasa Inggeris, Budaya Antarabangsa, Globalisasi,
Penyelidikan Global, Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris Bidang Sains
Matematik, Bahasa Inggeris * 1 LisanTemuduga
(Lihat mukasurat 15 [1])
Peperiksaan masuk untuk pelajar yang pulang dari luar negara dan pelajar asing yang memerlukan bimbingan bahasa Jepun * 6 Sekolah Tinggi Higashiyodogawa (mata pelajaran umum) Sekolah Menengah Fukui (subjek bersepadu) Sekolah Menengah Kadomanamihaya (subjek bersepadu) Sekolah Menengah Yaokita (subjek bersepadu) Sekolah Tinggi Seibi (subjek bersepadu) Sekolah Menengah Nagayo
(subjek bersepadu ([sekolah Pemerkasaan]) Sekolah Menengah Fuse-kita
(mata pelajaran bersepadu [Sekolah Pemerkasaan]) Sekolah Menengah Osaka Wakaba (Sistem sekolah pelbagai subjek pilihan I & II [sekolah kreatif])
Matematik, Bahasa Inggeris * 1 Menulis karangan (boleh menggunakan bahasa lain selain bahasa Jepun)
(Lihat mukasurat 16 [2])
*1. Termasuk ujian mendengar dalam Bahasa Inggeris. *5. Tidak memerlukan laporan akademik. *6. Tidak memerlukan laporan dan catatan akademik mengenai diri anda.
Untuk mengambil bahagian dalam "pemilihan kemasukan lain", selain kelayakan pendaftaran umum,
ada juga syarat yang diperlukan untuk setiap pemohon. Syarat-syarat ini diperlukan adalah
mendapatkan mengesahkan melalui sekolah menengah rendah atau jawatankuasa pendidikan daerah.
*7 Mengenai Pemilihan masuk oleh Toyonaka dan Nosebunkou High School di Wilayah Osaka, tidak ada syarat-
syarat tertentu yang ditetapkan.
14
Sekolah Menengah Awam
Keputusan Pelajar Yang Berjaya
Proses pengesahan untuk keputusan kemasukan dan persiapan untuk pemilihan
kemasukan pelajar baru.
Syarat kelulusan ditentukan melalui keputusan ujian kemampuan belajar, laporan akademik, catatan
peribadi dan tlisan emuduga.
Laporan / laporan Akademik
Laporan akan dihantar dari sekolah menengah rendah ke sekolah menengah atas. Laporan ini
menyenaraikan keputusan (juga dikenali sebagai "hyoutei") dalam 9 mata pelajaran (bahasa Jepun,
sains sosial, matematik, sains, bahasa Inggeris, muzik, seni, kesihatan sukan, teknologi dan
rumahtangga) bersama dengan catatan aktiviti (organisasi)., Majlis pelajar, kelab aktiviti, aktiviti
harian di sekolah, dsb.). Hasil dari nilai ini dinyatakan dalam 5 tahap (5, 4, 3, 2, atau 1).
Catatan mengenai individu (jikosinkoku)
Laporan ini dihantar bersama dengan borang pendaftaran. Pelajar boleh menulis karangan
mengenai tahun sekolah rmenengah rendah mereka, rancangan mereka seterusnya apabila
memasuki sekolah menengah atas dan lain-lain mengikut tema yang telah ditentukan berdasarkan
pendapat individu itu sendiri.
("Pemilihan masuk untuk pelajar yang pulang dari luar negara atau pelajar asing yang memerlukan
bimbingan bahasa Jepun" tidak perlu membawa laporan ini).
Lisan Temuduga
Semasa sekolah mengadakan temudga, diperlukan membawa dokumen peribadi individu.
(Rujukan mengenai temuduga dan lain-lain, sila rujuk di mukasurat 12-13)
Peraturan sekolah menengah dalam pengambilan pelajar bukan sahaja memperolehi keputusan markah
ujian dan laporan akademik sahaja. Tetapi juga sistem asas kemasukan di sekolah akan mempengaruhi keputusan waktu tamat pengajian kelak. Oleh itu, semasa membuat catatan mengenai diri anda, digalakkan menggunakan polisi sekolah yang dipilih sebagai rujukan laporan anda.
15
Pemilihan Kemasukan Khas Untuk Pelajar Antarabangsa Atau Warganegara Jepun Yang Baru Pulang
Ke Jepun Yang Memerlukan Bimbingan Bahasa Jepun.
Pemilihan Kemasukan Pelajar
Dalam peperiksaan kemasukan sekolah menengah awam, terdapat pilihan untuk
pelajar Jepun yang baru pulang ke Jepun dan pelajar antarabangsa yang datang ke
Jepun untuk belajar yang memerlukan kelas untuk pefahaman dan penguasaan
bahasa Jepun.
1) Pemilihan pelajar yang baru tiba atau kembali ke Jepun
Keperluan untuk pelajar
Prinsipnya mana-mana individu yang pernah tinggal di luar negara selama lebih dari 2 tahun
berturut-turut dan selepas itu telah kembali ke Jepun dalam 2 tahun terakhir.
Kategori mata pelajaran
Bahasa Inggeris, budaya antarabangsa, globalisasi, penyelidikan global, penyelidikan Inggeris
dan sains bersepadu.
Kandungan
Peperiksaan subjek yang diperlukan adalah Matematik, Bahasa Inggeris dan lisan
temuduga di dalam bahasa Jepun.
Dalam peperiksaan matematik dan Inggeris, pelajar hanya dibenarkan membawa kamus
terjemahan Jepun selain Kamus Inggeris-Jepun.
16
2) Pemilihan masuk untuk pelajar Jepun yang kembali ke Jepun dan pelajar antarabangsa
yang memerlukan bimbingan bahasa Jepun
Keperluan untuk pelajar
Berdasarkan peraturan yang ada, untuk warganegara Jepun yang pulang dari China atau
individu warganegara asing perlu mendapat pendidikan sekolah rendah sekurang-kurangnya
dari darjah 4 ke atas.
Peperiksaan masuk sekolah pada tahun 2021
Sekolah Tinggi Higashiyodogawa (subjek umum), Sekolah Tinggi Fukui (subjek bersepadu),
Sekolah Menengah Kadomanamihaya (subjek bersepadu), Sekolah Tinggi Yaokita (subjek
bersepadu), Sekolah Tinggi Seibi (subjek bersepadu), Sekolah Tinggi Nagayo-shi (subjek
bersepadu [Sekolah Pemerkasaan]), Sekolah Menengah Fusekita (subjek bersepadu [Sekolah
Pemerkasaan]) , Sekolah Menengah Osaka Wakaba (Sistem sekolah pelbagai subjek pilihan
I & II [sekolah kreatif])
Kandungan
〇Ujian subjek termasuk ujian karangan, matematik dan Inggeris (termasuk juga
ujian mendengar).
〇Untuk ujian karangan dibenarkan menggunakan bahasa asing selain bahasa Jepun.
〇Dalam soalan peperiksaan yang mengandungi ujian kanji, tulisan furigana ditulis di atas
huruf kanji bagi kemudahan untuk membaca dan memahaminya.
〇Untuk menulis karangan, disediakan juga penjelasannya di dalam bahasa asing.
○Semasa peperiksaan pelajar dibenarkan menggunakan hanya dua buah kamus
bahasa asing. Syarat lainnya pelajar tidak dibenarkan menggunakan kamus elektronik dan
tidak dibenarkan menggunakan kamus bahasa Inggeris untuk kertas ujian bahasa Inggeris.
* Dalam pemilihan ini, tidak perlu untuk membawa dokumen mengenai diri anda
* Sama ada anda berjaya dalam peperiksaan pilihan ini atau sebaliknya, keputusan
akan diumumkan pada bulan November di Pejabat Pendidikan Negeri. Untuk mendapatkan
pengesahan diri sendiri, anda perlu menunjukkan lampiran dokumen rekod imigresen.
Penyediaan kemasukkan sekolah mengambil masa, dengan itu digalakkan segera berjumpa
dengan guru sekolah menengah.
Sekiranya anda ingin memilih no. 1 & 2, anda boleh memohon peperiksaan masuk sekolah menengah
di sekolah menengah rendah anda sendiri. Bagi mereka yang ingin menduduki bahagian dalam
pemilihan peperiksaan ini, anda boleh mendapatkan nasihat dari guru yang berkenaan.
17
Sekolah Menengah Awam
Pertimbangan Khas Untuk Pelajar Jepun Yang Baru Pulang ke
Jepun dan Pelajar Antarabangsa Yang Memerlukan Bimbingan
Bahasa Jepun Semasa Peperiksaan.
Untuk peperiksaan masuk ke sekolah menengah awam terdapat pertimbangan khas untuk
pelajar yang baru pulang ke Jepun dan pelajar antarabangsa yang memerlukan bimbingan
bahasa Jepun. Sebarang pertanyaan boleh didapati dari khidmat nasihat guru yang berkenaan.
Pertimbangan ①
Keperluan Pelajar
Prinsip berikut adalah di mana pelajar yang berkenaan telah mendapat pendidikan rendah lebih
dari 1 tahun waktu kembali ke Jepun atau semasa memasuki ke Jepun.
Jenis Sekolah Menengah
Semua sekolah menengah awam
Kandungan
A. Pada masa ujian kebolehan pelajar dilanjutkan (kira-kira 1.3 kali)
Sekiranya A telah diterima, maka permohonan untuk tahap B, C dan D boleh didaftarkan.
B. Semasa peperiksaan pelajar dibenarkan menggunakan kamus bahasa asing
Pelajar dibenarkan mengguna kamus maksimum 2 buah. Syarat lainnya pelajar tidak
dibenarkan menggunakan kamus elektronik dan tidak dibenarkan menggunakan kamus
bahasa Inggeris untuk kertas ujian bahasa Inggeris dan kamus bahasa Jepun untuk ujian
bahasa Jepun terutamanya untuk "membaca dan menulis kanji".
C. Menulis tanda baca furigana (cara membaca kanji) pada soalan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, untuk peperiksaan bahasa Jepun, soalan membaca kanji
dikecualikan.
D. Untuk peperiksaan bahasa Jepun, jika ada soalan karangan atau soalan dalam
bentuk tesis pendek, arahan dalam bahasa asing akan disertakan supaya soalan
yang diberikan dapat difahami.
18
Pertimbangan ②
Keperluan pelajar
Secara amnya, pelajar yang tinggal di luar negara selama lebih dari 2 tahun dan selepas itu
kembali ke Jepun masih dalam jangka masa 2 tahun.
Jenis sekolah menengah Semua sekolah menengah awam
Kandungan Untuk menulis dokumen mengenai diri anda, pelajar boleh mengemukakannya kepada guru
atau ibu bapa / penjaga untuk menuliskan bagi pihak pelajar. Sekiranya sukar berbuat demikian
pelajar dibenarkan menulis di dalam bahasa selain bahasa Jepun.
.
Bagi mereka yang ingin mendapat khidmat nasihat mengenai perkara di atas, sila hubungi guru
petugas yang berkenaan.
Pelajar-pelajar boleh memohon terus melalui sekolah menengah berkenaan mereka masa kini.
(*) Kandungan pertimbangan di atas masih di dalam proses perancangan. Keputusan secara rasmi
akan ditetapkan pada bulan Julai 2021.
19
Sekolah Menengah Awam
Jadual Peperiksaan Masuk (2022)
Dalam peperiksaan kemasukan ini, ianya bergantung kepada jurusan yang dipilih, waktu
pendaftaran, hari peperiksaan dan hari pengumuman tamat akan berbeza.
Pastikan untuk memeriksa jadual di sekolah menengah terpilih dan jurusannya.
Subjek pemilihan kemasukan Pendaftaran Jadual tarikh peperiksaan
Pengumuman keputusan
Peperik
saan k
has
Subje
k se
haria
n
Mengkaji subjek yang berkaitan dengan industri (jurusan seni bina, reka bentuk dalaman, reka
bentuk produk, reka bentuk grafik, reka
bentuk visual, sistem reka bentuk) ・
Penyelidikan global Jurusan yang berkaitan dengan seni dan pendidikan jasmani. Jurusan persembahan, lakonan dan seni penampilan.
14 Februari (Isnin) dan
15 Februari (Selasa)
Ujian kebolehan 17 Februari (Khamis)
Peperiksaan praktikal
18 Februari (Jumaat)
28 Februari (Isnin)
Jurusan Muzik
1 Februari (Selasa)
dan 2 Februari
(Rabu)
Vokal, kemahiran berlatih 13 Februari (Ahad).
Ujian kebolehan dan pendengaran
17 Februari (Khamis)
Kursus bersepadu (sekolah pemerkasaan)
14 Februari (Isnin) dan
15 Februari (Selasa)
Ujian kebolehan 17 Februari (Khamis)
Temuduga 18 Februari (Jumaat)
Sistem sekolah pelbagai subjek pilihan I & II (sekolah kreatif)
Sistem SKS sekolah siang / malam
Pemilihan masuk ke Sekolah Menengah Rendah/Atas Toyonaka dan Nosebunkou di Wilayah Osaka
14 Februari (Isnin) dan
15 Februari (Selasa)
Ujian kebolehan 17 Februari (Khamis)
Temuduga 18 Februari (Jumaat)
Peperiksaan masuk untuk pelajar Jepun yang baru pulang ke Jepun
Ujian kebolehan & temuduga
17 Februari (Khamis)
Peperiksaan masuk untuk pelajar yang baru pulang ke Jepun dan pelajar antarabangsa yang memerlukan bimbingan bahasa Jepun
Ujian kebolehan & lapuran
17 Februari (Khamis)
Ujian pemilihan khas kemasukan kursus kendiri bagi pelajar intelektual kurang upaya
Temuduga 17 Februari (Khamis), 18 Februari (Jumaat), 21 Februari (Isnin), dan 22 Februari
(Selasa)
20
Subjek pemilihan kemasukan Pendaftaran
Jadual tarikh peperiksaan
Pengumuman keputusan
Pem
ilihan u
mum
Subje
k se
haria
n
Mata pelajaran am (termasuk sistem kredit sekolah menengah) Jurusan Perdagangan Jurusan global perniagaan Jurusan yang berkaitan dengan Pertanian Jurusan Perindustrian (tidak termasuk subjek peperiksaan kemasukan khas) Jurusan maklumat pendidikan · Bahasa Inggeris Jurusan kebudayaan antarabangsa Jurusan globalisasi Jurusan bahasa Inggeris Jurusan sains matematik Jurusan sains bersepadu Jurusan sains kemahiran Jurusan sains dan kemanusiaan Jurusan kebajikan sukarelawan Jurusan budaya pemakananan Jurusan sains bersepadu (termasuk sekolah kreatif, tidak termasuk
sekolah pemerkasaan)
2 Mac (Rabu), 3 Mac
(Khamis) dan
4 Mac (Jumaat)
Ujian kebolehan belajar, dll.
9 Mac (Rabu)
17 Mac (Khamis)
Jadual waktu sekolah
Jadual pendidikan sistem dalam talian
27 Februari (Ahad),
1 Mac (Selasa) dan
2 Mac (Rabu)
Temuduga
6 Mac (Ahad), 7 Mac (Isnin) dan 8 Mac
(Selasa)
Ujian masuk untuk ujian ke-2 (jika ada sekolah yang menyediakannya)
23 Mac (Rabu)
Temuduga 23 Mac (Rabu)
25 Mac (Jumaat) Ujian pemilihan khas kemasukan kursus kendiri bagi
pelajar intelektual kurang upaya (jika ada sekolah yang menyediakannya)
Pilihan kemasukan pada musim luruh Selasa,
6 September 2022
Tesis pendek, temuduga Jumaat, 9
September 2022
Khamis, 15 September
2022
21
Sistem Bantuan Subsidi untuk Pendidikan
Pelajar Yang Tidak Berkemampuan
Sistem Pinjaman Biayai Sementara Untuk Kemasukan
Sekolah.
Sewaktu pendaftaran masuk sekolah, anda boleh meminjam wang dengan jumlah bayaran
masuk yang diperlukan. Untuk mengetahui maklumat lengkap mengenai keperluan apa yang
diperlukan dan cara mengembalikannya, sila hubungi terus pejabat yang tertera di bawah ini.
Pejabat Nilai pinjaman Jadual Penerimaan Pinjaman
Talipon
Osakafu Ikueikai (Yayasan Biasiswa Prefekter Osaka)
Senior sekolah menengah: Maksimum 50,000 yen Sekolah Menengah Persendirian: Maksimum 250,000 yen
Sekolah menengah Tahun 3 Mulai awal September - awal Oktober
TEL: 06-6357-6272
Seikatsu Fukushi Shikin (Yayasan Kesejahteraan Hidup)
Maksimum 500,000 yen Selepas memasuki sekolah sehingga akhir bulan April.
Di setiap Shichouson Shakaifukushi Kyougikai (Gabungan Kesejahteraan Sosial Bandar & Desa)
Boshi Fushi Kafu Fukushi Shikin (Yayasan Kebajikan Ibu Tunggal, Bapa Tunggal dan Janda)
Sekolah Menengah Awam Negeri (sekolah PP) Maksimum 150,000 yen Sekolah Menengah Swasta (sekolah PP) Maksimum 410,000 yen
Akan diberikan setelah memasuki sekolah sehingga anda mendapat biasiswa.
Di pejabat kebajikan awam di kawasan tempat anda tinggal
Koutsuuiji Ikueikai (Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim)
①,200,000 yen
②,400,000 yen
③,600,000 yen
Sila pilih no. 1-3 semasa mendaftar
Sekolah Menengah Rendah Tahun 3 mulai April-Januari
TEL: 0120-52-1286
Ashinaga Ikueikai (Yayasan Biasiswa Ashinaga)
Sekolah Menengah Persendirian 300,000 yen
Kelas Sekolah Menengah 3 Mulai 1 April- 28 Februari
TEL: 0120-77-8565
22
Sistem Biasiswa
Untuk pelajar yang kurang bernasib baik kerana keadaan ekonomi rumahtangga, ada
sistem biasiswa yang akan membantu membayar atau memberi pinjaman pelajar yang
memerlukannya. Dengan syarat selepas tamat pengajian, pelajar wajib membayar jumlah
wang pinjaman tersebut.
Sila hubungi terus pejabat-pejabat yang berkenaan untuk matlumat lanjut mengenai
keperluan yang diperlukan.
Pejabat Nilai pinjaman Jadual Penerimaan Pinjaman
Talipon
Osakafu Ikueikai (Yayasan Biasiswa Prefekter Osaka)
Sekolah menengah awam dan sekolah menengah swasta
Yuran pengajian sendiri Maksimum +100,000 yen
Sekolah menengah tahun 3 awal September - awal Oktober setelah memasuki sekolah menengah permohonan masih dibuka
TEL 06-6357-6272
Seikatsu Fukushi Shikin (Yayasan Kesejahteraan Hidup)
Maksimum 35,000 yen / bulan Bila-bila masa permohonan diterima
Di setiap Shichouson Shakaifukushi Kyougikai (Gabungan Kesejahteraan Sosial Bandar & Desa)
Boshi Fushi Kafu Fukushi Shikin (Yayasan Kebajikan Ibu Tunggal, Bapa Tunggal dan Janda)
Kecuali untuk jumlah yuran pengajian sekolah menengah percuma. (Untuk jumlahnya, perlu dirujuk)
Permohonan akan diberikan setelah memasuki sekolah
Di pejabat kebajikan awam di kawasan tempat anda tinggal
Koutsuuiji Ikueikai (Yayasan Kebajikan Anak –anak Yatim)
1. 20,000 yen / bulan 2. 30,000 yen / bulan 3. 40,000 yen / bulan Pilih antara 1-3 semasa
mendaftar
Sekolah menengah tahun 3 April - Januari, atau selepas sekolah bermula April - Januari
TEL 0120-52-1286
Ashinaga Ikueikai (Yayasan Biasiswa Ashinaga)
Senior sekolah menengah 25,000 yen / bulan Sekolah menengah swasta 30,000 yen / bulan
Sekolah Menengah Tahun 3 1 April - 28 Februari Permohonan masih diterima walaupun sekolah menengah telah bermula
TEL 0120-77-8565
Biasiswa sekolah menengah untuk pelajar yang kembali dari China
20,000 yen / bulan Tiada bayaran balik
Sekolah menengah kelas 3 1-25 November
Yamasakitoyoko Bunka Zaidan (Yayasan Kebudayaan Yamasakitoyoko) TEL 072-266-2522
Biasiswa pelajar Korea Utara
10,000 yen / bulan Tiada bayaran balik
Selepas memasuki sekolah 12 April - 10 Mei (sistem dalam talian diterima)
TEL 03-3343-5757
23
Sistem Bantuan Subsidi Bagi Mereka Yang Mengalami Kesukaran
Untuk Membayar Yuran Sekolah Kerana Pendapatan Ibubapa /
Penjaga Yang Tidak Stabil.
Sekiranya ibu bapa / penjaga pelajar mengalami kesukaran untuk membayar yuran sekolah
kerana pendapatan mereka yang tidak stabil atau pengurusan syarikat tempat mereka bekerja
mengalami masalah, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pengurangan subsidi atau
mengecualikan yuran sekolah.
Untuk mendapatkan pengurangan subsidi atau pengecualian yuran sekolah, syarat-syaratnya
adalah seprerti berikut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada sekolah atau menghubungi terus senarai di bawah
ini. (Bahasa Jepun sahaja).
Sekolah Menengah Awam Negeri / Sekolah Menengah Kebangsaan Kumpulan Perakaunan dan Kewangan untuk Perkhidmatan Pendidikan Prefekter OSAKA Tel: 06-6944-6913 (talian terus) ■ Sekolah Menengah Swasta
Kumpulan Promosi Sekolah Swasta, Jabatan Pendidikan Prefekter OSAKA
Tel: 06-6944-6956 (talian terus)
24
Alternatif Selepas Tamat Sekolah Menengah
Selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Rendah, individu yang tiada
rancangan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas berpeluang memilih
alternatif lain. Seperti yang tertulis di bawah ini:
Alternatif lain, selain melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah
Sekolah Menengah Vokasional: Sekolah berorientasikan kejuruteraan dan sains mekanikal.
Sekolah Menengah Khas: Sekolah yang mempelajari perkara-perkara yang diperlukan
untuk kehidupan dan tanggungan sendiri.
Sekolah Menengah Teknik: Sekolah yang menyediakan kurikulum kemahiran teknik dan
dapat dipraktikkan selepas tamat persekolahan.
Perkara yang dipelajari di setiap sekolah adalah berbeza. Untuk maklumat selanjutnya, sila
hubungi guru kelas anda.
Kerja rumah, perniagaan keluarga
■ Mencari pekerjaan
Bagaimana untuk mencari pekerjaan?
⇒ Terdapat 2 cara alternatif seperti berikut:
1. Di "Hello Work" menyediakan khidmat bagi membantu untuk mencari pekerjaan.
2. Mendapatkan maklumat pekerjaan dari kenalan keluarga dan sebagainya.
"Hello Work" merupakan salah satu tempat yang disediakan untuk indiividu yang ingin mencari
pekerjaan. Di samping itu, di "Hello Work" terdapat juga pakar nasihat di dalam bahasa Cina,
Inggeris, Portugis, Sepanyol dan sebagain
25
Senarai Institusi Kaunseling
Mengenai hal ehwal pilihan jurusan, pelajar boleh mendapat nasihat melalui
talipon atau e-mel
Pejabat Kaunseling Nombor Talipon Bahasa
Osakafu Kyouikuchou Shichouson Kyouikushitsu Shouchuugakkouka Shinro Shien Guruupu (Kumpulan Bantuan Bandar-Daerah untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah Institusi Pendidikan Kerajaan Prefekter Osaka)
TEL 06-6941-0351
(Sambungan: 5485)
Bahasa Jepun
Osaka-shi Kyouiku Iinkai (Jawatankuasa Pendidikan Bandar Osaka)
TEL 06-6208-9185
Jepun dan Cina
Sakai-shi Kyouiku Iinkai (Jawatankuasa Pendidikan Bandar Sakai)
TEL 072-228-7436
Bahasa Jepun
Osakafu Zainichi Gaikokujin Kyouiku Kenkyuu Kyougikai (Majlis Penyelidikan Pendidikan Luar Negeri Jepun Prefektur Osaka)
FAX 050-3383-2683
E-MAIL [email protected]
Bahasa Jepun
Osakashi Gaikokujin Kyouiku Kenkyuu Kyougikai (Majlis Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar Osaka)
TEL 090-3847-2420
Bahasa Jepun
Diterbitkan pada bulan September Reiwa 3 (2021)
Penyusunan dan Penerbitan
Pejabat Pendidikan Prefekter Osaka
Unit Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah
TEL: 06-6941-0351 (Sambungan: 5485) FAX: 06-6944-3826
E-mel [email protected]
URL https://www.pref.osaka.lg.jp/shochugakko/
* Diizinkan untuk diterbitkan, kecuali digunakan untuk perniagaan.
Dan jika diterbitkan, mesti memasukkan sumbernya.