JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

7
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, 06 September 2017 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT NEGERI 2016

Transcript of JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

Page 1: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, 06 September 2017

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR

KDNK MENGIKUT NEGERI 2016

Page 2: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

PENGENALAN

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus pada tahun 2016 berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan tersebut dipelopori oleh Sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Pembinaan. Walau bagaimanapun, penurunan dalam sektor Pertanian dan pertumbuhan sederhana dalam sektor Perlombongan dan Pengkuarian telah memperlahankan prestasi keseluruhan ekonomi pada tahun 2016.

 

SUMBANGAN KDNK MENGIKUT NEGERI

Enam negeri menyumbang 70.6 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2016.  Selangor menerajui dengan sumbangan 22.7 peratus diikuti oleh WP Kuala Lumpur (15.3 peratus), Sarawak (9.8 peratus), Johor (9.4 peratus), Pulau Pinang (6.7 peratus) dan Sabah (6.7 peratus) seperti dipaparkan dalam Carta 1.

Page 3: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

   

 

PRESTASI EKONOMI MENGIKUT NEGERI

Lapan negeri melebihi paras pertumbuhan nasional (4.2 peratus) pada tahun 2016. WP Labuan mencatatkan pertumbuhan 7.2 peratus diikuti oleh WP Kuala Lumpur (5.9 peratus), Johor (5.7 peratus), Pulau Pinang (5.6 peratus), Selangor (4.8 peratus), Kelantan (4.8 peratus), Sabah (4.7 peratus) dan Melaka (4.5 peratus).

 

STRUKTUR EKONOMI MENGIKUT NEGERI

Struktur ekonomi adalah berbeza bagi setiap negeri. Dominasi sektor Perkhidmatan dapat dilihat di WP Kuala Lumpur (87.7 peratus), WP Labuan (76.2 peratus), Kelantan (66.4 peratus), Perlis (64.3 peratus), Perak (60.9 peratus), Selangor (60.1 peratus) dan Kedah (54.5 peratus).

Sumbangan sektor Perkhidmatan dan Pembuatan yang setara dapat dilihat di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor seperti ditunjukkan pada Carta 2.

Sebaliknya, sektor Pertanian mempunyai sumbangan yang penting di Kelantan (24.6 peratus), Pahang (23.4 peratus), Perlis (21.6 peratus) dan Sabah (19.1 peratus).

Page 4: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

PRESTASI MENGIKUT SEKTOR

Sektor Perkhidmatan disumbangkan sebahagian besarnya oleh Selangor dan WP Kuala Lumpur dengan masing-masing menyumbang 25.2 peratus dan 24.8 peratus seperti dipaparkan dalam Carta 3. Bagi kebanyakan negeri, aktiviti Borong dan Runcit merupakan pemacu utama sektor Perkhidmatan, kecuali bagi Terengganu, Perak, Perlis dan WP Labuan yang diterajui oleh Utiliti dan aktiviti Kewangan.  

 

Sektor Pembuatan disumbangkan terutamanya oleh negeri Selangor dengan sumbangan 28.9 peratus diikuti oleh Pulau Pinang dan Johor dengan masing-masing menyumbang 12.9 peratus dan 12.6 peratus seperti digambarkan di dalam Carta 4.

 

Page 5: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

 

Sektor Pembuatan di Malaysia didorong oleh Produk Elektrik dan Elektronik di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Produk Petroleum Bertapis dan Bahan Kimia & Produk Kimia mencatatkan pertumbuhan yang baik di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Walau bagaimanapun, Kenderaan Bermotor dan Peralatan Pengangkutan di Malaysia merosot sebanyak 3.6 peratus berikutan daripada penurunan pengeluaran kenderaan bermotor di Selangor, Perak dan Kedah.

Sektor Pertanian di Malaysia didominasi oleh Sarawak, Sabah, Johor, Pahang dan Perak seperti dipaparkan dalam Carta 5. Kemerosotan sektor Pertanian sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kesan fenomena El Nino ke atas subsektor kelapa sawit di negeri-negeri tersebut.

 

 

Sektor Pembinaan diterajui oleh WP Kuala Lumpur dan Selangor seperti ditunjukkan pada Jadual 1. Prestasi sektor ini adalah dipengaruhi oleh pengembangan subsektor Bangunan Kediaman dan Kejuruteraan awam.

Page 6: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

KDNK PER KAPITA, 2016

KDNK Per Kapita di peringkat nasional meningkat daripada RM37,123 kepada RM38,887 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2. KDNK Per Kapita bagi enam negeri melebihi paras nasional yang diterajui oleh WP Kuala Lumpur (RM101,420) diikuti oleh WP Labuan (RM61,833), Pulau Pinang (RM47,322), Selangor (RM44,616), Sarawak (RM44,333) dan Melaka (RM41,363).

JADUAL KDNK NEGERI 2010-2016

 

Page 7: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR KDNK MENGIKUT ...

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA6 SEPTEMBER 2017

Pegawai dihubungi:Ho Mei KeiPegawai Perhubungan AwamBahagian Korporat & Khidmat PenggunaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : mkho[at]stats.gov.my