JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

27
1 JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017 SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI PERLIS DOKUMEN SEBUT HARGA

Transcript of JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

Page 1: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

1

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

BAGI

NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN

KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA

Page 2: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

2

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other action, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

Page 3: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

3

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA NO. DOKUMEN MUKA SURAT

NOTIS SEBUT HARGA 1 4 LAMPIRAN Q 5

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 2 7 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 3 14 PENENTUAN SPESIFIKASI BORANG JADUAL HARGA

4 5

17

22 BORANG PENGISYTIHARAN STATUS PENDAFTARAN GST

6 26

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA (LAMPIRAN A)

27

Page 4: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

4

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

NOTIS SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 1 ___________________________________________________________________________________

Semua keterangan mengenai sebut harga ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan spesifikasi dikemukakan bersama-sama ini.

AGENSI YANG MEMANGGIL TAWARAN

: Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

NO. SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

TAJUK SEBUT HARGA : Perkhidmatan Mencuci dan Membersihkan bagi Bangunan dan Kawasan Persekitaran Di Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

KOD BIDANG PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

: 221001, 221002 dan 221003

TARIKH IKLAN : 21 Nov 2016 (Isnin)

TARIKH TUTUP PETI : 24 Nov 2016 (Khamis)

KAEDAH MENGEMUKAKAN TAWARAN SEBUT HARGA

a) Serahan tangan/Pos : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Persiaran Wawasan 01000 Kangar Perlis

b) Faks : 04-977 0689

c) Emel : [email protected]

Page 5: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

5

LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI PERLIS

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (nama syarikat) Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh : ........................................................ ....................................................... Jabatan PERHILITAN ....................................................... Negeri Perlis Persiaran Wawasan No. Telefon........................................ 01000 Kangar, Perlis No. Pendaftaran dengan Kementerian No. Telefon : 04-976 1813 Kewangan……………………………… Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini: 221001,221002 dan 221003 Tarikh : 21 Nov 2016 1. Sila beri sebut harga untuk bekalan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan seperti di Dokumen No. 2. 1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki seperti di Dokumen No. 1. 1.3 Arahan pengiriman seperti di Dokumen No. 2. 1.4 Sebut harga boleh dikemukakan melalui surat, faks atau emel seperti yang dinyatakan dalam

Dokumen No.1 (notis sebut harga) pada atau sebelum 24 Nov 2016 (Khamis). 1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 21 Nov 2016 Tandatangan : t.t

Nama Pegawai : Mohamad Affendi bin Ibrahim Jawatan : Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

No. Sebut Harga: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

Page 6: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

6

Bil Perihal bekalan dan Syarat-

syarat Khas Unit

Ukuran Kuantiti /

Kekerapan Kadar (RM) Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut Harga

1.

Perkhidmatan Mencuci dan Membersihkan bagi Bangunan dan Kawasan Persekitaran Di Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Tarikh penyerahan / penyempurnaan ditawarkan adalah selama dua belas (12) bulan * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Rujuk

Dokumen 4

Rujuk

Dokumen. 5

JUMLAH

………………..

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan

GST; dan (ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah 12 bulan.

Saya /kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tarikh: ……………………..

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………..….…. Nama : ………..………………….…. No. K/P : ………….…….…….…….… Alamat Syarikat : …………….…………….…..

Page 7: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

7

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 2

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KAEDAH PERKHIDMATAN

Syarikat perkhidmatan hendaklah mematuhi syarat-syarat dan juga mengemukakan butir-butir dan mengikut spesifikasi sepertimana yang dinyatakan dalam Dokumen No.4.

2. HARGA

2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan

kos tambahan yang berkaitan; dan 2.2 Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.

3. PERSETUJUAN 3.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan 3.2 Penyebut harga adalah disifatkan telah membaca sebut harga ini dan telah

berpuas hati tentang peralatan yang perlu, risiko dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran sebut harga, sebelum mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. UMUM

4.1 Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat), 221002 (Membersih Kawasan), dan 221003 (Mengangkat Sampah).

4.2 Kawasan dan bangunan yang perlu dibersihkan adalah seluruh kawasan dan

bangunan di dalam kawasan Pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis . 4.3 Kerja-kerja harian, Pembersihan di kawasan dalam dan luar (keseluruhan),

menanggal dan membersih kotoran seperti debu, tanah, lumpur, sampah sarap, mengelap semua permukaan berkaca (cermin), mengelap meja, menyembur pewangi pada telefon, menyedut hampagas dan sebagainya dari berbagai jenis permukaan. (seperti Dokumen 4):

a. Bangunan Pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

b. Semua bilik-bilik pegawai di Pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

Page 8: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

8

c. Pejabat Pentadbiran

d. Bilik Mesyuarat

e. Bilik Gerakan

f. Bilik Fail

g. Bilik Pantry

h. Surau

i. Semua tandas

j. Ruang legar

4.4 Kerja-kerja pembersihan di luar kawasan. Pembersihan di dalam kawasan hanya dengan kebenaran atau arahan Pengarah Negeri.

a. Bilik AHU

b. Bilik Bateri

c. Bilik Setor dalam dan luar pejabat.

* Kontraktor dikehendaki membersihkan kawasan dalam bilik berkenaan jika diarahkan oleh Pegawai bertanggungjawab sebelum kerja-kerja pembersihan dibuat.

4.5 Menanggal dan menyapu dari kotoran di semua permukaan di mana-mana

yang berkenaan termasuk kawasan tangga ruang legar. 4.6 Membersihkan berbagai jenis permukaan supaya kemas, sempurna, selesa

dan selamat digunakan. 4.7 Bilik-bilik kosong dan setor terbuka juga adalah termasuk dalam kerja-kerja

pembersihan.

4.8 Bilik pencawang eletrik, terowong kabel eletrik dan saluran hawa dingin adalah tidak termasuk dalam kerja-kerja pembersihan ini.

4.9 Spesifikasi bangunan dan susun atur ruang pejabat adalah berubah-ubah

dan ini hendaklah tidak mempengaruhi nilai kontrak kecuali dengan persetujuan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis dan pihak penyebut harga akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

4.10 Tandas hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali iaitu 8.00 pagi – 9.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.00 petang.

4.11 Tong sampah perlu dibersihkan setiap hari bagi mengelak bau.

5. PENGGUNAAN BAHAN/MESIN

5.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab membekal sendiri segala jenis lesen, peralatan, perkakasan dan kelengkapan bagi semua keperluan kerja pembersihan dan pencucian.

5.2 Penyebut harga dikehendaki membekalkan sendiri bahan kimia, bahan

cucian dan lain-lain bahan seperti sabun, kertas tandas dan pewangi yang bermutu sahaja dan tidak membahayakan kesihatan serta diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.

Page 9: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

9

5.3 Jabatan PERHILITAN berhak meminta penyebut harga menukar bahan kimia

atau peralatan yang digunakan apabila diminta oleh Jabatan PERHILITAN. 6. PEKERJA DAN PENYELIAAN

6.1 Penyebut harga hendaklah membekalkan sekurang-kurangnya tiga (3) orang pekerja termasuk penyelia. Sila nyatakan dalam borang keterangan penyebut harga.

6.2 Pekerja warganegara Malaysia dan jika Pekerja warga asing hendaklah mempunyai permit yang sah, dan pihak penyebut harga hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Kerajaan Malaysia, salinan surat kebenaran tersebut hendaklah dimajukan kepada Jabatan PERHILITAN.

6.3 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan senarai nama pekerja, nombor

kad pengenalan/passport dan sekeping gambar berukuran passport mereka kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis untuk tujuan rekod keselamatan. Sekiranya berlaku pertukaran pekerja, langkah yang sama juga perlu diambil dan dimaklumkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

6.4 Pekerja mestilah memastikan kawasan, bangunan, perabot dan sebagainya

sentiasa berkeadaan bersih.

6.5 Pekerja mestilah rajin bekerja dan berdikari tanpa arahan-arahan yang banyak dari Pegawai Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

6.6 Pekerja mestilah jujur. Sekiranya pekerja-pekerja ini mencuri barangan atau

peralatan pejabat, maka pihak penyebut harga bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

6.7 Sekiranya terdapat pekerja yang malas, cuai, ponteng kerja dan perangai

atau salah laku yang tidak memuaskan, pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis berhak mengarahkan penyebut harga menukar pekerja.

6.8 Apa-apa kerja yang dinyatakan di dalam perjanjian ini hendaklah dibuat tanpa

peringatan yang kerap dari Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

6.9 Setiap surat peringatan berkaitan kerja-kerja yang tidak dilaksanakan atau tidak memuaskan dari Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis akan melibatkan pemotongan bayaran tanpa apa-apa notis.

6.10 Penyebut harga bertanggungjawab memberitahu dengan jelas kepada pekerja-pekerjanya tentang tugas-tugas mereka supaya kawasan dan bangunan sentiasa bersih.

7. CARA DAN WAKTU BEKERJA

7.1 Perkhidmatan ini secara umumnya perlu dijalankan mengikut waktu pejabat yang berkuatkuasa di Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis. Waktu permulaan kerja bermula pukul 7.30 pagi. Pekerja boleh dipanggil bila-bila masa untuk membuat kerja jika ada keperluan yang mendesak (spt menerima lawatan VIP, majlis-majlis tertentu dll).

Page 10: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

10

7.2 Hari bekerja adalah hari bekerja biasa bagi Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis dan tidak termasuk hari minggu dan cuti umum. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi dari Pengarah untuk memasuki premis ini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan atau bangunan diluar waktu pejabat, hari minggu dan cuti umum.

7.3 Kerja-kerja yang tidak dinyatakan tetapi perlu dibuat maka sebut harga

berasingan akan dibuat kemudian. 7.4 Penyebut harga diwajibkan mengadakan buku rekod kehadiran pekerja,

buku rekod pembersihan kawasan dan buku rekod pembersihan bangunan bagi tujuan pemeriksaan oleh pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

8. PEMBUANGAN SAMPAH

8.1 Semua sampah sarap yang dikutip dari bangunan atau kawasan mestilah dimasukkan ke dalam karong plastic (polythene bag) yang disediakan sendiri oleh penyebut harga dan dibuangkan ke dalam tong sampah yang ditentukan.

8.2 Penyebut harga hendaklah mengganti plastik sampah yang terdapat didalam

bakul atau tong sampah setiap hari.

8.3 Penyebut harga bertanggungjawab mempastikan tong sampah yang ditentukan tidak ada sampah sarap bertaburan disekelilingnya.

8.4 Pembuangan sampah sarap secara bertaburan dan tidak ke dalam tong sampah yang ditentukan adalah dilarang sama sekali.

8.5 Sampah hendaklah diletakkan di tempat pengumpulan sampah yang

disediakan.

9. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

10. INSURANS Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

11. CUKAI 11.1 Penyebut harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil

kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014

(Goods and Services Tax Act 2014 – Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk

sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST). Meskipun demikian penyebut harga

Page 11: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

11

masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebut Harga Tanpa

GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada

mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang

kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana

Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan

dengan perolehan ini.

11.2 Penyebut harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk

pengisytiharan tersebut, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST

daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia beserta dengan nombor

pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebut

Harga pada tarikh tutup sebut harga.

11.3 Sekiranya penyebut harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST

2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan

menawarkan Harga Sebut Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos

kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya Penyebut harga yang berjaya tidak

berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga Sebut Harga Tanpa

GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

11.4 Bagi Penyebut harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST

2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014

setelah Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan,

maka Penyebut harga yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada

Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan GST semasa bagi

baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

SYARAT–SYARAT KHAS

1. FI PERKHIDMATAN Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment).

2. BAYARAN

Bayaran akan dibuat secara bulanan. Pada akhir setiap bulan syarikat kawalan dikehendaki mengemukakan bil tuntutan bagi tujuan pembayaran selewat-lewatnya pada 5 haribulan bulan berikutnya. 3. PENAMATAN KONTRAK

3.1 Kerajaan boleh memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada

Syarikat untuk menamatkan Kontrak ini jika Syarikat :-

a. melaksanakan perkhidmatan yang tidak memuaskan; atau

Page 12: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

12

b. melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak ini; atau

c. jika Syarikat itu sebagai seorang perseorangan atau apabila Syarikat itu adalah suatu firma mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah pemiutang-pemiutang itu atau jika ia adalah suatu Syarikat, meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat satu perintah bahawa Syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerimaan atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang itu dilantik, atau timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan; atau

d. jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Syarikat atau

sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya sama ada dengan atau di luar pengetahuan Syarikat melakukan perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana kontrak lain daripada Kerajaan.

3.2 Dengan syarat sentiasa bahawa penamatan Perjanjian ini di bawah perkara 3.1

tidak akan menyentuh hak-hak lain Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi atau

pampasan yang terakru di bawah Perjanjian ini.

4. DENDA

4.1 Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis berhak untuk memotong sebarang bayaran, samada sebahagian atau sepenuhnya dari bayaran bulanan, jika pada pendapat Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis perkhidmatan yang tidak memuaskan atau engkar arahan atau tidak memuaskan seperti yang dipersetujui.

4.2 Sekiranya apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh pihak Penyebut harga

baik kepada sangkar, perabut, peralatan, mesin, alat pepasangan elektrik dan segala harta benda Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis. Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis berhak menuntut bayaran gantiruginya dengan meminta penyebut harga menggantikannya.

4.3 Sekiranya jumlah kerosakan yang berlaku pada harta benda Jabatan

PERHILITAN Negeri Perlis lebih besar jumlahnya, maka pihak penyebut harga adalah bertanggungjawab membayar gantirugi seperti mana yang dinilaikan.

Page 13: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

13

Saya / Kami bersetuju dengan dengan syarat–syarat di atas.

……………………………………................. (Tandatangan Penyebut Harga)

Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...……………………………………………….......

Cop Syarikat :

Tarikh : ...…………………………………………………..

Page 14: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

14

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 3

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya: a) Tawaran Harga dan tandatangan Penyebut Harga dalam Lampiran Q b) Tandatangan dalam Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Tandatangan dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Harga dan tandatangan penyebut harga di Borang Jadual Harga

(Dokumen No. 5) e) Mengisi dengan lengkap Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran

GST (Dokumen No. 6) f) Mengisi dan menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran

A) g) Profil Syarikat :

i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Malaysia (MOF) dalam kod bidang 220801 yang masih sah tempoh;

iii. Salinan sijil Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah tempoh;

iv. Salinan sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (MOF) (sekiranya ada)

v. Salinan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (sekiranya ada)

vi. Ringkasan Eksekutif Syarikat vii. Latar Belakang Syarikat viii. Carta Organisasi Syarikat ix. Salinan penyata bank bagi satu (1) bulan terkini

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Tawaran akan DITOLAK sekiranya Penyebut Harga tidak menandatangani ringkas terhadap pembetulan.

Page 15: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

15

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga.

b) Dokumen sebut harga boleh atau dikemukakan melalui fax, surat, emel atau diserahkan dengan tangan dan mestilah tiba pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. (Sebarang kelewatan adalah tanggungjawab penyebut harga).

c) Sebut harga yang diserahkan selepas tarikh yang ditetapkan berbangkit

dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 3. TAWARAN DAN DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen tersebut mestilah mengandungi dan mengikut susunan perkara-

perkara di bawah. Pihak Jabatan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak mematuhinya:-

a) Lampiran Q b) Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Borang Jadual Harga (Dokumen No. 5) e) Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST (Dokumen No. 6) f) Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran A) g) Brosur Barangan h) Profil Syarikat

3.2 Kegagalan mengemukakan cadangan sebut harga seperti dinyatakan

perenggan 3.1 akan menyebabkan cadangan sebut harga yang dikemukakan DITOLAK.

4. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan urusan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:

Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar, Perlis (u/p: Jahidah binti Nordin@Sylvester) No .Tel : 04 976 1813 No. Fax : 04 977 0689

5. TEMPOH SIAP

Perkhidmatan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.

Page 16: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

16

7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

8. PERINGATAN

(a) Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan; (b) Sebarang kelewatan yang melibatkan penghantaran melalui perkhidmatan

pos adalah tanggungjawab penyebut harga; (c) Dokumen yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur akan

DITOLAK; dan (d) Jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada

Penyebut Harga. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

Page 17: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

17

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MENBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

PENENTUAN SPESIFIKASI DOKUMEN NO. 4

Bil Keterangan Kerja SETUJU/TIDAK SETUJU

A

Kerja-Kerja Harian

1. Menyapu dan membersih semua lantai dan bilik pejabat, jalan yang diturap serta kawasan-kawasan persekitaran bangunan sepertimana yang ditetapkan.

2. Mencuci, menggosok, membersih semua sinki, mangkuk tandas, mangkuk pembuangan air kecil, besin cuci tangan, cermin, lantai, dinding dan lain-lain permukaan di dalam kawasan bilik air dengan menggunakan bahan pencuci dan pewangi yang bermutu dan bersesuaian. Kerja-kerja ini hendaklah dilakukan di tempat-tempat yang seumpamanya disemua bahagian bangunan yang berkaitan.

3. Mengelap dan membersihkan dan menghilangkan segala kekotoran dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian pada semua perabut-perabut pejabat termasuk meja, kerusi, bakul/tong sampah dan lain-lain jenis tempat buangan. Tempat pengesat kaki juga hendaklah dibersih dan dikibaskan.

4. Menjaga dan menyiram (sekali sehari) pokok-pokok bunga yang ditanam secara tetap dan juga yang ditanam didalam pasu-pasu bunga samada didalam atau diluar bangunan pejabat serta menjalankan kerja-kerja senitaman atau lanskap.

5. Membuang semua sampah sarap yang terdapat di dalam bakul sampah dan tong-tong sampah dan plastic sampah diganti setiap hari. Sampah-sampah hendaklah dibuang ke tong sampah yang disediakan oleh Pihak Berwajib.

6. Menyapu dan membersih jalan, laluan kenderaan dan tempat-tempat letak kereta disekitar bangunan dan juga kawasan-

Page 18: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

18

kawasan berumput disekitar kawasan sekeliling bangunan pejabat dan perumahan.

7. Mengganti dan memastikan tisu tandas, sabun pencuci tangan dan semua keperluan tandas disediakan di semua tandas bagi kemudahan pengguna.

8. Tandas hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali iaitu waktu tengahari (8.00 pagi – 9.00 pagi) dan lewat petang (2.00 petang hingga 3.00 petang)

B

Kerja-kerja Mingguan

1. Mengemop dan membersih semua kotoran disemua permukaan lantai terrazzo,tile,vinyl dan lain-lain yang berkaitan diseluruh bangunan dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian.

2. Mengelap dan membersih dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian, semua lampu, kelengkapan pejabat dan lain-lain perlengkapan serta hiasan dinding.

3. Menyapu dan membersih “flatroof” dan “gutter” serta bumbung bangunan bagi memastikan “drain holes” tidak tersumbat.

4. Mengalih dan menggantikan pasu-pasu bunga di dalam bangunan pejabat dan digantikan dengan pasu-pasu pokok bunga yang ada diluar bangunan pejabat dari masa kesemasa supaya pokok bunga sentiasa berada dalam keadaan segar.

5. Menyapu dan membersihkan semua saluran longkang didalam kawasan pejabat bagi memastikan ianya tidak tersumbat dari segala bentuk halangan yang boleh menghalang perjalanan air dengan licin.

6. Membersih dan mengelap kesemua cabinet kayu atau besi didalam bangunan pejabat, pintu-pintu kayu dan lain-lain bahagian yang berkaitan.

7. Mengelap dan membersihkan dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian, semua papan nama, cermin sekatan dalam, pintu-pintu cermin termasuk bingkai aluminium (aluminium

Page 19: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

19

frame) disekelilingnya, pemegang pintu, susur tangan dan lain-lain permukaan yang terdedah pada penggunaan yang kerap.

8. Membersih dan menyembur pewangi kesemua sambungan telefon.

9. Membersihkan sampah yang masuk ke lubang salinan air .

C

Kerja-kerja Dua Minggu Sekali

1. Memesin/memotong rumput di kawasan berumput yang terdapat disekeliling bangunan di dalam kawasan pejabat. Rumput-rumput hendaklah dipotong pendek anggaran 1 inci dari permukaan tanah dan kawasan berkenaan hendaklah dibersihkan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

D

Kerja-kerja Bulanan

1. Menggosok dan mengilapkan kesemua permukaan lantai terrazzo,vinyl, tile dan lain-lain yang berkaitan diseluruh bangunan dengan menggunakan mesin pengilap lantai dan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian. ( 3 bulan sekali )

2. Membersih semua habuk, kotoran,sawang-sawang yang terdapat di dinding, siling, sudut-sudut dalam/luar bangunan dan bilik-bilik peralatan.

3. Membuat “trim” dan prune” pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan diseluruh kawasan pejabat.

4. Membersihkan kawasan di bahagian dalam pagar disekeliling pejabat daripada segala semak samun, sampah sarap, ranting dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya.

5. Membersihkan kawasan kurang lebih 4 kaki jarak dari tepi pagar bahagian luar disekeliling kawasan pejabat daripada semak samun, sampah sarap, ranting-ranting, pokok-pokok menjalar dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya.

Page 20: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

20

6. Membaja, baja semburan dan sebagainya untuk penyuburan tanaman dan pokok-pokok bunga yang ada. Merumput dan menggembur tanah sebelum diletak atau disembur baja.

7 Pihak kontraktor hendaklah menyediakan pewangi disetiap bilik Pegawai dan ruangan pejabat.

SENARAI PERALATAN DAN MESIN-MESIN YANG ADA DAN AKAN DIGUNAKAN

Sekiranya ruangan tidak mencukupi, penyebut harga bolehlah mengisi didalam lampiran yang lain dengan maklumat yang sama seperti dikehendaki oleh Jabatan PERHILITAN.

BIL JENIS MESIN/ALAT KUANTITI

1. Mesin Rumput Sandang

2. Mesin Rumput Tolak (Jika Perlu)

3. Mesin Trim Pokok Bunga

4. Mesin Gergaji Kayu (sedang) (Chainsaw)(Jika perlu)

5. Mesin Gergaji Kayu (besar) (Chainsaw)(Jika Perlu)

6. Mesin Penyembur Air/Waterjet

7. Kereta Sorong (Jika Perlu)

8. Mesin Buffing (Jika Perlu)

9. Mesin Wet/Dry Vakum (twin motor)(Jika Perlu)

10. Mesin Polish dan Scrub Lantai (Jika Perlu)

11. Double Bucket & Wringler With Trolly(Jika Perlu)

12. Penyapu Lantai

13. Penyapu Lidi

14. Penyapu Cakar

15. Skoop Sampah & Longkang

16. Mop

17. Parang

18. Barang peralatan yang lain (plastic dan lain-lain dibeli mengikut keperluan)

Page 21: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

21

Saya / Kami bersetuju dengan penentuan spesifikasi di atas. ……………………………………................. (Tandatangan Penyebutharga) Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...………………………………………………....... Cop Syarikat : Tarikh : ...…………………………………………………..

Page 22: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

22

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017

JADUAL HARGA DOKUMEN NO. 5

Bil

Keterangan Kerja

Bil. Pek

Harga Sebulan

(RM)

Harga Dua belas (12)

Bulan (RM)

A

Kerja-Kerja Harian

1. Menyapu dan membersih semua lantai dan bilik pejabat, jalan yang diturap serta kawasan-kawasan persekitaran bangunan sepertimana yang ditetapkan.

2. Mencuci, menggosok, membersih semua sinki, mangkuk tandas, mangkuk pembuangan air kecil, besin cuci tangan, cermin, lantai, dinding dan lain-lain permukaan di dalam kawasan bilik air dengan menggunakan bahan pencuci dan pewangi yang bermutu dan bersesuaian. Kerja-kerja ini hendaklah dilakukan di tempat-tempat yang seumpamanya disemua bahagian bangunan yang berkaitan.

3. Mengelap dan membersihkan dan menghilangkan segala kekotoran dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian pada semua perabut-perabut pejabat termasuk meja, kerusi, bakul/tong sampah dan lain-lain jenis tempat buangan. Tempat pengesat kaki juga hendaklah dibersih dan dikibaskan.

4. Menjaga dan menyiram (sekali sehari) pokok-pokok bunga yang ditanam secara tetap dan juga yang ditanam didalam pasu-pasu bunga samada didalam atau diluar bangunan pejabat serta menjalankan kerja-kerja senitaman atau lanskap.

5. Membuang semua sampah sarap yang terdapat di dalam bakul sampah dan

Page 23: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

23

tong-tong sampah dan plastic sampah diganti setiap hari. Sampah-sampah hendaklah dibuang ke tong sampah yang disediakan oleh Pihak Berwajib.

6. Menyapu dan membersih jalan, laluan kenderaan dan tempat-tempat letak kereta disekitar bangunan dan juga kawasan-kawasan berumput disekitar kawasan sekeliling bangunan pejabat dan perumahan.

7. Mengganti dan memastikan tisu tandas, sabun pencuci tangan dan semua keperluan tandas disediakan di semua tandas bagi kemudahan pengguna.

8. Tandas hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali iaitu waktu tengahari (8.00 pagi – 9.00 pagi) dan lewat petang (2.00 petang hingga 3.00 petang)

B

Kerja-kerja Mingguan

1. Mengemop dan membersih semua kotoran disemua permukaan lantai terrazzo,tile,vinyl dan lain-lain yang berkaitan diseluruh bangunan dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian.

2. Mengelap dan membersih dengan menggunakan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian, semua lampu, kelengkapan pejabat dan lain-lain perlengkapan serta hiasan dinding.

3. Menyapu dan membersih “flatroof” dan “gutter” serta bumbung bangunan bagi memastikan “drain holes” tidak tersumbat.

4. Mengalih dan menggantikan pasu-pasu bunga di dalam bangunan pejabat dan digantikan dengan pasu-pasu pokok bunga yang ada diluar bangunan pejabat dari masa kesemasa supaya pokok bunga sentiasa berada dalam keadaan segar.

5. Menyapu dan membersihkan semua saluran longkang didalam kawasan pejabat bagi memastikan ianya tidak tersumbat dari segala bentuk halangan yang boleh menghalang perjalanan air dengan licin.

Page 24: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

24

6. Membersih dan mengelap kesemua cabinet kayu atau besi didalam bangunan pejabat, pintu-pintu kayu dan lain-lain bahagian yang berkaitan.

7. Mengelap dan membersihkan dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian, semua papan nama, cermin sekatan dalam, pintu-pintu cermin termasuk bingkai aluminium (aluminium frame) disekelilingnya, pemegang pintu, susur tangan dan lain-lain permukaan yang terdedah pada penggunaan yang kerap.

8. Membersih dan menyembur pewangi kesemua sambungan telefon.

9. Membersihkan sampah yang masuk ke lubang salinan air.

C

Kerja-kerja Dua Minggu Sekali

1. Memesin/memotong rumput di kawasan berumput yang terdapat disekeliling bangunan di dalam kawasan pejabat. Rumput-rumput hendaklah dipotong pendek anggaran 1 inci dari permukaan tanah dan kawasan berkenaan hendaklah dibersihkan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

D

Kerja-kerja Bulanan

1. Menggosok dan mengilapkan kesemua permukaan lantai terrazzo,vinyl, tile dan lain-lain yang berkaitan diseluruh bangunan dengan menggunakan mesin pengilap lantai dan bahan pencuci yang bermutu dan bersesuaian. ( 3 bulan sekali )

2. Membersih semua habuk, kotoran,sawang-sawang yang terdapat di dinding, siling, sudut-sudut dalam/luar bangunan dan bilik-bilik peralatan.

3. Membuat “trim” dan prune” pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan diseluruh kawasan pejabat.

4. Membersihkan kawasan di bahagian dalam pagar disekeliling pejabat daripada

Page 25: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

25

segala semak samun, sampah sarap, ranting dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya.

5. Membersihkan kawasan kurang lebih 4 kaki jarak dari tepi pagar bahagian luar disekeliling kawasan pejabat daripada semak samun, sampah sarap, ranting-ranting, pokok-pokok menjalar dan dahan-dahan pokok mati/tumbang serta lain-lain yang seumpamanya.

6. Membaja, baja semburan dan sebagainya untuk penyuburan tanaman dan pokok-pokok bunga yang ada. Merumput dan menggembur tanah sebelum diletak atau disembur baja.

7 Pihak kontraktor hendaklah menyediakan pewangi disetiap bilik Pegawai dan ruangan pejabat.

NOTA : Jadual harga yang ditawarkan termasuk gaji bulanan, SOCSO, insuran, peralatan, bayaran lebih masa, cukai perkhidmatan, dan lain-lain perbelanjaan berkaitan. KADAR SEBULAN : HARGA DUA BELAS (12) BULAN : JUMLAH PEKERJA SEPENUH MASA : *Saya/kami dengan ini menawarkan untuk perkhidmatan di atas dengan harga diatas serta memenuhi spesifikasi yang dinyatakan dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Sebut Harga dan Syarat- syarat Khas Sebut Harga.(*) potong yang mana tidak berkenaan. RINGGIT MALAYSIA (dengan perkataan):………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. Tempoh : Dua belas (12) Bulan …………………………… (Tandatangan Penyebut Harga) Nama :…………………………… Jawatan :…………………………… Cop Syarikat :

Page 26: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

26

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017 _________________________________________________________________________

BORANG PENGISYTIHARAN PENDAFTARAN GST DOKUMEN NO. 6

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Status Pendaftaran GST *Tidak Berdaftar/ Akan Berdaftar/ Telah Berdaftar

2. No. Pendaftaran GST (GST ID)

3. Tarikh Kuatkuasa Pendaftaran

4. Asas Perakaunan

5. Tempoh Bercukai

6. Stesen & Alamat Mengawal

Catatan : Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga : Cop Syarikat : Nama : .............................................................. Jawatan : .............................................................. Tarikh : ..............................................................

Page 27: JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ...

27

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA BAGI

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN BAGI BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN DI JABATAN PERHILITAN NEGERI

PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)03/2017 Saya…………………………………………… nombor K.P………………….………….… yang mewakili …………………………………………………..……………………………….…. nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran ………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi (Nama Kementerian/Agensi) rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………. atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengistiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama Kementerian/Agensi) ……………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebutharga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang benar, ……………………………….. Nama: No K.P: Cop Syarikat: