Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf ·...

4
Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan KURSUS DITAWARKAN 1. Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DMA) dengan kerjasama UTM Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang mempunyai pengetahuan akademik yang kukuh serta keterampilan kemahiran praktikal yang tinggi dalam bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan industri dalam bidang berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun. Calon di kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM/SPMV atau yang setaraf dengannya dengan mendapat mata kepujian Bahasa Melayu, matematik dan sains serta kepujian dalam 2 subjek lain. Program ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak kejuruteraan gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disamping memberi latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Calon yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Alatan & Acuan Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3). 2. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 23) (Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould) Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Transcript of Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf ·...

Page 1: Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf · Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik

Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan

KURSUS DITAWARKAN

1. Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DMA) dengan kerjasama UTM

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang mempunyai

pengetahuan akademik yang kukuh serta keterampilan kemahiran praktikal yang tinggi dalam

bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan

industri dalam bidang berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.

Calon di kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM/SPMV atau yang setaraf dengannya

dengan mendapat mata kepujian Bahasa Melayu, matematik dan sains serta kepujian dalam

2 subjek lain.

Program ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak kejuruteraan

gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disamping memberi latihan

kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan. Calon yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi

Alatan & Acuan Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3).

2. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 23)

(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik

dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua

plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan

seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin

konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti

masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Page 2: Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf · Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik

3. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP23)

(Senior Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat

umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan

& tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan

dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single,

compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan

mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya

mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan.

4. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 03)

(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih

merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould)

dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan

menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang,

menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan

produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

5. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP03)

(Senior Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih

merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and

progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan &

tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan

menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang,

menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan

produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Page 3: Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf · Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik

6. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik – Tahap 4 (DMA34)

Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan

kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang

memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Acuan Suntikan Plastik

(H-097-3) Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak

institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.peserta dilatih mengkaji rekabentu

acuan

7. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Alat Tekan- Tahap 4 (DMP 34)

Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan

kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang

memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Alat Tekan (H-096-3)

Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak

institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.

8. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka alat tekan- Tahap 4 (DMP 04)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus

dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan

sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan

menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3

tahun.

9. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik- Tahap 4 (DMA 04)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus

dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan

sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan

menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri.Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.

Page 4: Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasankemahiran.kbs.gov.my/images/IKTBNSepang/PDF/JMT.pdf · Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik

10. Diploma Lanjutan Mekanikal Pekakasan (DLKM ) Tahap 5 (H-095-4)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Diploma Kemahiran Malaysia

(DKM) Pereka dai - Alat Tekan (H-094-4) Tahap 4, Pereka Acuan Plastik- (H-093-4) tahap 4

dan Pembantu Jurutera Peralatan (H-095-4). Jangkamasa kursus ini adalah selama 24 bulan.

Objektif utama program ini adalah untuk :

Memberikan peluang kepada belia yang mempunyai DKM dalam bidang berkaitan

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Melahirkan belia yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi seiring dengan keperluan

perkembangan teknologi Negara.

Melahirkan usahawan-usahawan berilmu dan berketerampilan khusus bagi menjana

kemajuan dan ekonomi Negara.