JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan,...

76

Transcript of JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan,...

Page 1: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan
Page 2: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

Peringatan:

Buku Panduan Mahasiswa ini hendaklah dibaca bersama Buku Peraturan Mahasiswa

Page 3: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

BUKU PANDUAN MAHASISWA

Kandungan Muka Surat

Pengenalan......................................................................................................................................................4

Canselor Universiti Teknologi Malaysia..........................................................................................................5

Kata-kata Aluan Naib Canselor........................................................................................................................6

Kata-kata Aluan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)..................................................7

Sejarah Ringkas...............................................................................................................................................8

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Universiti, Visi, Misi, Moto……………………………………………………..9

Pegawai Utama & Pihak Berkuasa Universiti...................................................................................................10.13

Struktur Organisasi UTM..................................................................................................................................14

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa..........................................................................................................................15

Visi, Misi, Matlamat, Tema, Moto, Objektif, Piagam Pelanggan HEM……………………………………………….….16

Carta Organisasi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM…………………………………………………….…………………… 17

Bidang dan Tanggungjawab secara Umum..............................................................................................18

Pejabat Am Hal Ehwal Mahasiswa……………………………………………………………………………………………………………….19

Bahagian Sinergi Mahasiswa

Aktiviti Mahasiswa.....................................................................................................................20-26

Majlis Perwakilan Mahasiswa....................................................................................................27

Bahagian Kemudahan & Kesejahteraan Mahasiswa

Unit Kemudahan ........................................................................................................................28-29

Unit Penajaan, Kebajikan & Sahsiah Mahasiswa ....................................................................30 - 38

Unit Perumahan & Kolej Kediaman..........................................................................................39 - 41

Bahagian Pengurusan Dan Kewangan & Kualiti ...............................................................................42

Pusat dan Unit di bawah Hal Ehwal Mahasiswa ..................................................................................43

Pusat Kerjaya UTM (UTM Career Centre).................................................................................................44-45

Pusat Kecemerlangan Sukan (UTM Sports Excellence).............................................................................46-53

Pusat Kesihatan Universiti........................................................................................................................54-58

Pusat Kaunseling.......................................................................................................................................59-60

Unit Kebudayaan......................................................................................................................................61-62

UTM Alumni..............................................................................................................................................63-66

Perpustakaan Sultanah Zanariah.....................................................................................................................67-69

Pusat Islam UTM..............................................................................................................................................70-72

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM Kuala Lumpur..........................................................................................73

Kemudahan-kemudahan Umum Lain Yang Disediakan...................................................................................74-75

Page 4: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

PENGENALAN Buku Panduan Mahasiswa disediakan bertujuan untuk:

Membantu para mahasiswa memahami serta mengenali dengan lebih dekat tentang

sistem pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia khususnya mengenai

peranan dan tanggungjawab setiap jabatan/pusat/unit yang memberikan perkhidmatan

kepada mahasiswa (selain daripada perkhidmatan berbentuk akademik);

Memudahkan para mahasiswa sebagai pelanggan utama universiti mendapat perkhidmatan

dan kemudahan yang diperlukan daripada para pegawai/staf dari jabatan/pusat/unit yang

berkaitan; dan

Membolehkan para mahasiswa mengenali pegawai dan staf yang bertanggungjawab

dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan kebajikan, biasiswa, pinjaman, kolej kediaman,

aktiviti pembangunan mahasiswa, kaedah pembelajaran yang berkesan, kerjaya, sukan,

kebudayaan, kesihatan, khidmat kaunseling dan sebagainya.

Page 5: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan
Page 6: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalamualaikum wm. wbt. dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurnia dan izinNya Buku Panduan Mahasiswa

UTM diterbitkan dengan jayanya.

Penerbitan Buku Panduan Mahasiswa UTM ini diharap dapat

memberikan panduan dan maklumat kepada mahasiswa-

mahasiswa baru terutamanya mengenai sistem pengurusan Universiti yang merangkumi pegawai

utama dan pihak berkuasa universiti, fungsi dan peranan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa yang

bertanggungjawab dalam pembangunan mahasiswa serta penyediaan perkhidmatan dan

kemudahan yang berkaitan. Memahami buku ini tentunya akan membantu para mahasiswa untuk

mengetahui platform bagi pembangunan diri serta menggunakan sepenuhnya perkhidmatan &

kemudahan yang sedia ada di dalam kampus melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Universiti Teknologi Malaysia menyediakan kemudahan dan ruang bagi membangunkan potensi

diri. Anda dikehendaki menggunakan peluang keemasan ini untuk merealisasikan impian anda,

mempertingkatkan kebolehan dan daya saing dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang

dalam bidang akademik dan sahsiah diri. Universiti akan membantu anda ke arah merealisasikan

cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini

sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk anda mencapai kejayaan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua untuk menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada

untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam akademik dan pembangunan sahsiah diri.

‘Selamat Maju Jaya’ dan persiapkanlah diri dalam mengharungi alam pendidikan tinggi di Universiti

ini.

Sekian, terima kasih.

PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR

Naib Canselor

Page 7: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalammualaikum wm. wbt dan Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya Buku Panduan Mahasiswa dapat diterbitkan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua mahasiswa baru ke kampus Universiti Teknologi Malaysia. Pihak Universiti melalui Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni sentiasa berusaha memastikan setiap pegawai dan staf UTM memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mahasiswanya. Sebagai mahasiswa baru di UTM, sudah pasti pada peringkat awalnya akan menghadapi pelbagai masalah dan kerumitan terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan baru di dalam kampus. Justeru, Buku Panduan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan maklumat yang berguna bagi membantu anda menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni bertanggungjawab menguruskan kebajikan dan kepentingan mahasiswa di Universiti ini dan sentiasa memastikan mahasiswa mendapat layanan yang baik daripada semua pegawai dan staf UTM. Oleh itu, gunakanlah kemudahan dan prasarana yang ada bagi mempertingkatkan lagi potensi diri anda dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain seperti kepimpinan, sukan, kebudayaan dan sebagainya. Saranan ini adalah bersesuaian dengan misi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa 2017 iaitu “Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan cemerlang serta memperkasakan sahsiah mahasiswa yang holistik’. Saya berharap dan menaruh keyakinan agar anda dapat menunjukkan keiltizaman yang tinggi tanpa mengenal erti jemu bagi mencipta kecemerlangan diri dan seterusnya berbakti untuk bangsa dan negara. Selamat Maju Jaya. Sekian, terima kasih. PROF. DR. ZAINUDDIN BIN ABDUL MANAN Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) (Menjalankan Tugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

Page 8: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

8

SEJARAH RINGKAS Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi ini bermula pada tahun 1904 sebagai sebuah kelas pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Pada tahun 1906 kelas teknik telah dijadikan Sekolah Teknik, bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke Bangunan Muzium, di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu ialah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar persisiran Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai Ujung. Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan Brickfields (Jalan Tun Sambanthan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi, Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Pada tahun 1930, Sekolah Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High Street iaitu di Jalan Bandar sekarang.

Pada tahun 1941, Sekolah Teknik ini telah disyor supaya dinaikkan tarafnya ke peringkat maktab. Namun demikian, ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946 dan institusi itu dikenali sebagai Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Bidang yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan Ukur Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan pada bulan Mac 1955. Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan mengendalikan kursus kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Mahasiswa yang mengikuti kursus ini mengambil peperiksaan ikhtisas yang dianjurkan oleh Institution of Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers, United Kingdom. Kursus ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para mahasiswa sangatlah mengalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancang Mahasiswa Tinggi telah memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan taraf sebagai sebuah institusi bertaraf Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun, perakuan tersebut hanya terlaksana tiga tahun kemudian iaitu dengan tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972 di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975 Institut ini ditukar nama menjadi Universiti Teknologi Malaysia.

Page 9: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

9

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk

kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.

VISI UNIVERSITI

Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia

MISI UNIVERSITI

Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara

MOTO UNIVERSITI

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Page 10: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

10

PEGAWAI UTAMA DAN PIHAK BERKUASA UNIVERSITI Canselor Pro-Canselor Lembaga Pengarah Jawatankuasa Eksekutif Universiti

Page 11: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

11

CANSELOR

DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH

Permaisuri Johor

DK., S.P.M.J., S.P.C.M., M.A. (Oxon.)

PRO CANSELOR

TAN SRI DR. SALLEH BIN MOHD NOR

P.S.M., D.S.N.S., D.S.P.M., K.M.N., P.J.N., A.M.P. (Harvard), Ph. D. (Forestry) (Michigan),

Hon. D. Sc. (UKM), Hon. D. Sc. (Aberdeen), M. Sc. (Forestry), B. Sc. (Forestry) (Adelaide),

Dip. (Forestry) (Canberra), F.A. Sc. (M)

PROF TAN SRI DATO’ DR LIN SEE-YAN

P.S.M., D.P.M.P., D.S.A.P., J.M.N., J.S.M., A.M.N., M.M., B.A., B.A. (Hons), M.P.A (Finance)(Harvard), MA (Bus. Econs.)(Harvard), Ph.D. (Econs)(Harvard), Chartered Statistician (London), Chartered Scientist (London), Hon. Ph.D. (Economics), Hon. Dr. Economics, F.R.S.S., F.I.B.M., F.M.I.I. (Hon.), F.M.I.M., F.M.E.A. TAN SRI DATIN PADUKA SITI SADIAH BINTI SHEIKH BAKIR

P.S.M., D.P.M.J., K.M.N., J.S.M., P.I.S., M.B.A. (Henley, UK), B.Ec. (UM)

LEMBAGA PENGARAH

PENGERUSI

TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI

P.M.N., P.J.N., S.P.M.S., S.I.M.P., D.G.S.M., D.H.M.S., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., B.A. (Hons.) (Malaya)

AHLI 1. PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR P.J.N., Ph.D. (Structural Eng.) (Birmingham), M.Sc. (Bridge Eng.) (Surrey), B.Sc. (Civil Eng.) (Hons.) (Strathclyde), P.Eng., F.I.E.M., M.AFEO 2. TAN SRI DATO’ MOHD. RAMLI BIN KUSHAIRI P.S.M., D.P.M.P., J.M.N., K.M.N., B.A. (Hons.) (HULL), Post Graduate (King’s College, University of London) 3. DATO’ MOHAMED NAZIM BIN ABDUL RAZAK D.P.M.S., D.J.M.K., D.S.A.P., D.M.S.M., J.P., AADIP (Royal Institute of British Architects, Part I) M. Arch. (Royal Institute of British Architects, Part II) 4. DATO’ ABU BAKAR BIN MOHD NOR D.S.N.S., B.Sc. (Hons.) (University of Wales), Chartered Accountant (Institute of Chartered Accountant, England & Wales - U.K.) 5. DATO’ IR. LOW KENG KOK D.I.M.P., B.Eng. (Hons.), C.Eng., C.Env., F.C.I.H.T., M.C.I.W.E.M., P.Eng., F.I.E.M., M.I.C.E.

Page 12: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

12

6. SENATOR DATUK SR. HJ. HANAFI BIN HJ. MAMAT P.J.N., D.I.M.P., K.M.N., A.M.N., S.M.K., J.P., B.Sc. (Hons.) (London), M.Sc. (LAD) Dip. Surv. (UTM) FRISM, FlnstCES, MAALS, MRICS 7. DATO’ HJ. ISMAIL BIN KARIM D.P.M.J., D.M.I.J., P.I.S., B.Sc. (Hons.) (UKM), Dip. Edu. (UKM) 8. HJ. BAIDILLEH BIN GHAZALI D.P.A. (INTAN), M.B.A. (UPM), B.B.A. (Marketing) (Hons.) (UiTM) 9. DR. MOHD NOR AZMAN BIN HASSAN B.Sc. (Biotech) (UPM), M.Env. (Energy Studies) (University of Melbourne, Australia), Ph.D. (EPP) (Carnegie Mellon University, USA) 10. PROF. IR. DR. MOHD AZRAAI BIN KASSIM P.M.P., Ph.D (Envn. Eng.) (Newcastle), M.Sc (Civil Eng.) (Manchester), B.Sc. (Hons.) (Civil Eng.) (Manchester), P.Eng. (BEM), ASEAN Chartered P.Eng. (ACPE), M.MySET., M.M.W.A., E.P.R.M. (M’sia) 11. DATO’ HJ. WAN MOHD. ZAWAWI BIN WAN ABD. RAHMAN D.S.A.P., S.M.T., K.M.N., B.I.S. (Hons.) (UKM) Pendaftar/Setiausaha Registrar/Secretary

* Maklumat sehingga Mac 2017 (sumber: corporateaffairs.utm.my)

Page 13: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

13

NAIB CANSELOR PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR

TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

PROF DR AHMAD FAUZI BIN ISMAIL

TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) PROF. DR ZAINUDDIN BIN ABDUL

MANAN

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI)

KOSONG

TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) PROF. DR. AZLAN

BIN ABDUL RAHMAN

PENDAFTAR HJ. WAN MOHD ZAWAWI BIN WAN ABD. RAHMAN

PEMANGKU BENDAHARI EN ABU BAKAR BIN SALLEH

PRO NAIB CANSELOR UTM KAMPUS KUALA LUMPUR

PROF DR. DURRISHAH BINTI IDRUS

KETUA PUSTAKAWAN DR. HJH. KAMARIAH

BINTI NOR MOHD DESA

TIMBALAN PENDAFTAR EN AHMAD MUSTHAFA BIN

JAMIL

PENGARAH KERJA PROF. DR. ABD LATIF

BIN SALEH

PRO NAIB CANSELOR (STRATEGI)

PROF. DR. SHAHRIN BIN MOHAMMAD

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT PROF. DR. ALI BIN SELAMAT

PENGARAH HAL EHWAL KORPORAT

PROF. DR. MASPUTERIAH BINTI HAMZAH

BIN SALEH

PRO NAIB CANSELOR (PENGANTARABANGSAAN)

PROF. DR. NORDIN BIN YAHAYA

TIMBALAN PENDAFTAR (PENASIHAT UNDANG-

UNDANG) EN ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ

JAWATANKUASA EKSEKUTIF UNIVERSITI

* Maklumat sehingga Julai 2017 (sumber: corporateaffairs.utm.my)

Page 14: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

14

Page 15: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

15

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA Visi, Misi, Matlamat, Tema, Moto, Objektif, Piagam Pelanggan HEM Carta Organisasi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM Bidang dan Tanggungjawab secara Umum PEJABAT AM HAL EHWAL MAHASISWA: Bahagian Sinergi Mahasiswa

- Aktiviti Mahasiswa - Majlis Perwakilan Mahasiswa

Bahagian Kemudahan & Kesejahteraan Mahasiswa

- Unit Kemudahan - Unit Penajaan, Kebajikan & Sahsiah Mahasiswa - Unit Perumahan & Kolej Kediaman

Bahagian Pengurusan, Kewangan Dan Kualiti PUSAT DAN UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MAHASISWA: Pusat Kerjaya UTM (UTM Career Centre) Pusat Kecemerlangan Sukan (UTM Sports Excellence) Pusat Kesihatan Universiti Pusat Kaunseling Unit Kebudayaan UTM Alumni

Page 16: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

16

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA VISI Menjadi pusat pengurusan dan pembangunan mahasiswa yang terbaik di Malaysia dan di peringkat dunia.

MISI Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan cemerlang serta memperkasakan sahsiah mahasiswa yang holistik.

MATLAMAT Membangunkan potensi diri mahasiswa dan membantu aktiviti pembelajaran melalui program pemantapan personaliti pelajar dan penyediaan prasarana yang kondusif.

TEMA Kita Prihatin

MOTO Prihatin; Komited; Mesra

OBJEKTIF Meningkatkan perkhidmatan dan prasarana dengan kos berpatutan Mengurus kebajikan dan keselamatan mahasiswa Menjana kepimpinan dan sahsiah mahasiswa melalui aktiviti berpersatuan, sukan, kebudayaan

dan pasukan beruniform Meningkatkan imej Universiti dan mendorong ke arah kecemerlangan melalui ikatan

kekeluargaan Alumni Universiti.

PIAGAM PELANGGAN HAL EHWAL MAHASISWA Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada mahasiswa bagi

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif Menyediakan program pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa yang berkesan sejajar

dengan falsafah Universiti Memastikan Hal Ehwal Mahasiswa sentiasa peka dan responsif kepada perkembangan dan

keperluan mahasiswa Memastikan Hal Ehwal Mahasiswa prihatin terhadap kesejahteraan, kebajikan dan disiplin

mahasiswa sejajar dengan tema Hal Ehwal Mahasiswa ‘Kita Prihatin’ Memberikan bimbingan dan bantuan kepada mahasiswa dengan mesra dan bersopan sesuai

dengan prinsip ‘Kita Sayangkan Mahasiswa’ Sentiasa membantu dan membimbing Persatuan Mahasiswa sejajar dengan konsep ‘Perkongsian

Bijak’

Page 17: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

17

CARTA ORGANISASI PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 18: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

18

Pusat Kerjaya UTM

Pusat Kaunseling

Pusat Kesihatan Universiti

Pusat Kecemerlangan

Sukan

UTM Alumni

Bahagian Sinergi

Mahasiswa

Bahagian Kemudahan & Kesejahteraan

Mahasiswa

Bahagian Pengurusan, Kewangan &

Kualiti

PEJABAT HAL EHWAL

MAHASISWA

BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB SECARA UMUM Bidang dan tanggungjawab Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa secara umumnya adalah menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif bagi menyokong proses pembelajaran akademik dan ko-kurikulum serta berfungsi sebagai one-stop agency dalam urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan kepada mahasiswa. Secara khususnya Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan dengan pembangunan dan aktiviti mahasiswa, pembangunan kerjaya, kemudahan bantuan kewangan, kemudahan kolej kediaman, pusat kesihatan, kebajikan mahasiswa, urusan tatatertib, aktiviti kebudayaan serta sukan.

Organisasi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, Kampus UTM Johor Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Kampus UTM Johor terbahagi kepada beberapa Bahagian/Pusat/Unit seperti berikut:

CARTA ORGANISASI PEJABAT HEM

Page 19: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

19

PEJABAT AM HAL EHWAL MAHASISWA

Page 20: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

20

BAHAGIAN SINERGI MAHASISWA

PENGENALAN Bahagian Sinergi Mahasiswa berperanan memberi khidmat nasihat kepada semua Persatuan/Kelab/ Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) dalam pengurusan program dari segi permohonan peruntukan, protokol, prosedur permohonan bagi menjalankan program/ aktiviti, kaedah pembayaran dan kesesuaian program dengan pembangunan mahasiswa secara holistik; daya kepimpinan yang tinggi, cergas, berketrampilan, berakhlak mulia. Selain itu, ia juga berperanan sebagai penasihat kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang merupakan badan utama kepada semua mahasiswa UTM. Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit utama seperti Unit Sinergi Mahasiswa, Unit Keusahawanan, Unit Kebudayaan dan Unit Kewangan Aktiviti. Bahagian ini bertanggungjawab mengurus program mahasiswa seperti Festival Konvokesyen, pelaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa, Pilihan Raya Mahasiswa, Program Khas 5 Excellent Track Programme (5ETP), Siri Latihan Kepimpinan, Siri Latihan Minda Inovasi, Kursus Pengurusan Persatuan dan Pelbagai program tahunan yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum dan agama. Bahagian ini juga bertindak dalam menguruskan program-program berimpak tinggi seperti seminar, kursus, dialog, lawatan, khidmat masyarakat, pembangunan sahsiah, sukan dan rekrerasi, kebudayaan, seni pertahanan diri serta pengurusan kemudahan sokongan khusus kepada semua mahasiswa. Selain daripada itu, bahagian ini bertanggungjawab memproses dan memberi kelulusan program mahasiswa yang terdiri daripada kelab dan persatuan serta JKM. Ia juga bertindak sebagai penasihat dan penyelaras serta pemantau program-program yang dilaksanakan oleh mahasiswa. Bagi tugasan dan tanggungjawab luaran (external) pula, bahagian ini menyelaras aktiviti Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM), Majlis Usahawan (MAKMUM) dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti malaysia (MAKLUM). Bahagian ini juga mengawal selia dan memproses permohonan peruntukan kewangan dan menyelaras tabung kewangan kelab/persatuan. Selain itu, Bahagian ini turut menyelaras kelulusan permohonan program yang melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta permohonan tajaan dari sebarang agensi dan syarikat. AKTIVITI MAHASISWA Perkhidmatan aktiviti dan pembangunan mahasiswa bertujuan untuk memupuk daya kepimpinan dan keintelektualan mahasiswa. Di samping itu, ia memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkenaan prosedur dan hala tuju pengurusan sesuatu program/aktiviti serta menyediakan kemudahan sokongan sebagai landasan kepada mahasiswa untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum dengan sistematik. Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti ko-kurikulum ini secara tidak langsung membentuk sahsiah yang seimbang antara akademik dan bukan akademik serta meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam pengurusan masa, organisasi, membina semangat patriotik, kemahiran berkomunikasi, meningkatkan tahap keintelektualan dan membentuk budaya kerja berpasukan serta melahirkan pemimpin yang cemerlang.

Page 21: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

21

PERSATUAN/KELAB/JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ/BADAN BERUNIFORM (TIDAK

BERKREDIT) Persatuan/Kelab/Jawatankuasa Mahasiswa Kolej ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum pada masa lapang, melatih mahasiswa menjadi seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan berbilang kaum, membentuk sahsiah mahasiswa dan menumpukan nilai-nilai akademik dalam kegiatan mahasiswa. Terdapat 36 persatuan akademik, 30 persatuan bukan akademik, 5 kelab badan beruniform, 8 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan 8 persatuan anak negeri di Universiti ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini adalah ceramah, kelas bimbingan, jamuan tahunan, sukan, lawatan akademik, bengkel, seminar, khidmat masyarakat dan lain-lain. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti berimpak boleh membentuk sahsiah mahasiswa untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan, membentuk jati diri yang kukuh, berdisiplin, berintegriti dan sebagainya serta dapat memberi manfaat kepada mahasiswa sepanjang berada di Universiti ini. Senarai persatuan/ kelab, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej serta badan beruniform (tidak berkredit) adalah seperti berikut:

BIL NAMA PERSATUAN KATEGORI

1. PERSATUAN KEJURUTERAAN AWAM (PEKA) AKADEMIK

2. PERSATUAN MAHASISWA PENDIDIKAN (PENDIDIK) AKADEMIK 3. PERSATUAN MAHASISWA UKUR TANAH (PEMETA) AKADEMIK 4. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK

(JURUTEK) AKADEMIK 5. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN GAS (GESS) AKADEMIK 6. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN KIMIA (PPKK) AKADEMIK

7. PERSATUAN SAINS KOMPUTER (PESAKA) AKADEMIK 8. PERSATUAN TEKNOLOGI MARIN (TEKNOMARIN) AKADEMIK

9. ACCOUNTING CLUB (UTMAC) AKADEMIK 10. KELAB GEOINFORMATIK (GEOINFO) AKADEMIK 11. KELAB KAJI TERBANG (AERO) AKADEMIK 12. KELAB PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

(LADS) AKADEMIK 13. SOCIETY OF BIOSCIENCE STUDENT (SYMBIOSIS) AKADEMIK 14. STUDENT CHAPTER MANUFACTURING ENGINEERS (SME) AKADEMIK 15. STUDENT CHAPTER PETROLEUM ENGINEERING (SPE) AKADEMIK

16. STUDENT OF HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT (SMART) AKADEMIK

17. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN BIOPRUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (BIOMEHS) AKADEMIK

18. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN BIO-PROSES (BIOSS) AKADEMIK

19. STUDENT CHAPTER AUTOMOTIVE ENGINEERING (SAE) AKADEMIK

20. KELAB AUTOMOTIVE TECHNOLOGY (AUTECH) AKADEMIK

Page 22: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

22

21. STUDENT CHAPTER INSTITUT JURUTERA MALAYSIA (IEM) AKADEMIK

22. PERSATUAN MAHASISWA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (PEWIBAWA) AKADEMIK

23. PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETERA) AKADEMIK

24. PERSATUAN PENGURUSAN HARTA TANAH DAN PENILAIAN (PEHARTA)

AKADEMIK

25. PERSATUAN PENGURUSAN TEKNOLOGI (STRATEGI) AKADEMIK 26. PERSATUAN SAINS DAN TEKNOLOGI (PESAT) AKADEMIK

27. PERSATUAN SENI BINA (ARCHITECT) AKADEMIK 28. PERSATUAN SENI BINA LANDSKAP (EARTH) AKADEMIK 29. PERSATUAN UKUR BAHAN & PEMBINAAN (QS-BINA) AKADEMIK 30. KELAB KEJURUTERAAN INDUSTRI (IEC) AKADEMIK 31. NUCLEAR ENGGINEERING STUDENT SOCIETY (NESS) AKADEMIK 32. KELAB KENDERAAN ELEKTRIK (EVOLT) AKADEMIK

33. UTM INSTITUTE OF MATERIAL MALAYSIA STUDENT CHAPTER (UTM-IMM STUDENT CHAPTER) AKADEMIK

34. STUDENT CHAPTER GOLDEN KEY HONOUR SOCIETY (GOLDENKEY) BUKAN AKADEMIK

35. STUDENT'S TOASTMASTERS CLUB (UTM TOASTMASTER) BUKAN AKADEMIK 36. PERSATUAN ANAK FELDA (PERSADA) BUKAN AKADEMIK 37. KELAB PENGGUNA (KELAB PENGGUNA) BUKAN AKADEMIK 38. KELAB SENI SILAT GAYUNG (KSSG) BUKAN AKADEMIK 39. PERSATUAN SENI SILAT CEKAK (PSSC) BUKAN AKADEMIK 40. KELAB EKUIN (UTMEC) BUKAN AKADEMIK 41. KELAB IQRA' (IQRA') BUKAN AKADEMIK 42. KELAB PEMADAM (PEMADAM) BUKAN AKADEMIK 43. KELAB PSYCHOLOGY INTERACTIVE (PSYCHIC) BUKAN AKADEMIK 44. KELAB REKREASI MAHASISWA (SRC) BUKAN AKADEMIK 45. PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) BUKAN AKADEMIK 46. SEKRETARIAT RAKAN MUDA (SRM) BUKAN AKADEMIK 47. IKATAN KRISTIAN (IK) BUKAN AKADEMIK 48. KELAB DEBAT & PIDATO UTM (De PIKIR) BUKAN AKADEMIK 49. KELAB FOTOKREATIF (KFK) BUKAN AKADEMIK

50. KELAB KELANA SISWA (KLKM) BUKAN AKADEMIK 51. PERSATUAN GRAFIK KOMPUTER DAN MULTIMEDIA

(CGMA) BUKAN AKADEMIK 52. PERSATUAN MAHASISWA BUDDHIS (PMB) BUKAN AKADEMIK 53. PERSATUAN MAHASISWA HINDU (PMH) BUKAN AKADEMIK 54. PERSATUAN MAHASISWA SIKH (PMS) BUKAN AKADEMIK

Page 23: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

23

55. SEKRETARIAT RAKAN BADAN PENCEGAH RASUAH (SPRaUTM) BUKAN AKADEMIK

56. KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA (KKDK) BUKAN AKADEMIK 57. STUDENT CHAPTER AIESEC (AIESEC) BUKAN AKADEMIK 58. KELAB USAHAWAN (USAHAWAN) BUKAN AKADEMIK 59. ENTREPRENEURIAL ACTION US (ENACTUS) BUKAN AKADEMIK 60. MY AGROSIS (MYAGROSIS) BUKAN AKADEMIK 61. PERSATUAN KESENIAN CITRA DAKSINA (PETERANA) BUKAN AKADEMIK 62. PERSATUAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PERSIS) BUKAN AKADEMIK 63. STUDENT-TO-STUDENT EDUTAINMENT CLUB (S2S) BUKAN AKADEMIK 64. UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND

CULTURAL ORGANIZATION (UNESCO CLUB UTM) BUKAN AKADEMIK

65. KELAB VOLUNTEER@UTM BUKAN AKADEMIK 66. BURSA YOUNG INVESTORS CLUB (BYIC UTM) BUKAN AKADEMIK 67. SAHABAT YADIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SY

UTM) BUKAN AKADEMIK 68. KELAB BAHASA INGGERIS CANSELOR UTM BUKAN AKADEMIK 69. PERSATUAN INOVASI MAHASISWA (INOVA) BUKAN AKADEMIK 70. KELAB TAEKWANDO UTM BUKAN AKADEMIK 71. UTM ASTRONOMY CLUB BUKAN AKADEMIK 72. UTM GREEN DNA SOCIETY BUKAN AKADEMIK

Persatuan Anak Negeri

Perwakilan Mahasiswa Sabah Persatuan Anak Sarawak Persatuan Anak Negeri Johor (SEJATI) Persatuan Anak Negeri Perak Persatuan Anak Negeri Negeri Sembilan Persatuan Anak Negeri Terengganu Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang Himpunan Siswazah Kelantan UTM

Badan Beruniform (Tidak Berkredit) Melalui program ini mahasiswa akan terlibat dengan aktiviti perkhemahan, program patriotik,

latihan, lawatan serta aktiviti lasak fizikal dan mental. Pasukan ini membuka keahliannya kepada semua mahasiswa yang berminat dan antara kelab-kelab tersebut termasuklah:

Kelab Kelana Siswa UTM Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES (Darat & Laut)) KorSukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Siswa Dan Siswi Pertahanan Awam (SISPA)

Page 24: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

24

JawatankuasaMahasiswaKolej (JKM)

Penubuhan Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) Kolej di setiap kolej kediaman Mahasiswa adalah bertujuan untuk menjalankan program berbentuk kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan aktiviti di kalangan sesama penghuni kolej atau masyarakat umum. JKM dibentuk di bawah kawal selia Pengetua dan Felo di setiap Kolej. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menggalakkan integrasi kaum, pembangunan sahsiah, dan bimbingan akademik mahasiswa. JKM dibentuk mengikut kapasiti Kolej masing-masing seperti berikut:

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Rahman Putra Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Fatimah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Razak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Perdana Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 9 &10

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN SISWA (PPUS) Program pembudayaan keusahawanan di kalangan mahasiswa-mahasiswa IPTA telah bermula sejak tahun 1995.

Objektif yang ingin dicapai melalui program tersebut ialah :

a. Menerapkan unsur-unsur pembudayaan keusahawanan di kalangan mahasiswa-mahasiswa IPTA.

b. Mendedahkan mahasiswa kepada situasi perniagaan sebenar.

c. Mewujudkan interaksi di antara mahasiswa dengan usahawan berjaya.

Bagi membolehkan objektif di atas tercapai, UTM telah mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penyelarasan Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) UTM dan Majlis Usahawan Malaysia (MAKMUM) yang bertanggungjawab dalam:

a. Memastikan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS).

b. Bertindak sebagai kumpulan pemikir (think tank group) serta khidmat nasihat dan pemantau

kepada pelaksanaan dan pencapaian Program Pembangunan Usahawan Siswa oleh Mahasiswa-Mahasiswa UTM.

c. Memperakukan dasar kepada universiti yang berkaitan dengan Program Pembangunan

Usahawan Siswa (PPUS) di UTM.

d. Menjadi penggerak Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) sebagai salah satu pemangkin bagi penjanaan kewangan kepada universiti.

e. Mengenalpasti dan menapis calon-calon siswa UTM yang benar-benar sesuai serta

berkemampuan untuk melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS).

Page 25: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

25

f. Merancang Program-Program Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) dengan kerjasama UTMTec untuk para mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan perniagaan

PROGRAM KEROHANIAN

UTM melalui persatuan/kelab/Jawatankuasa Mahasiswa Kolej menganjurkan program-program berbentuk kerohanian yang bertujuan melahirkan para graduan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memiliki daya integriti dan jatidiri yang tinggi. Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa menyediakan juga perkhidmatan bagi menyokong program kerohanian yang dijalankan dengan matlamat untuk:

a. Menyusun strategi-strategi pengukuhan akidah, ibadah, akhlak dan tatasusila mahasiswa dengan merangka,merancang dan melaksana program dan aktiviti kerohanian/ keharmonian sosial.

b. Memberi nasihat, pandangan, dan memberi kelulusan serta memantau perjalanan aktiviti

kelab/persatuan pelajar yang diletakkan bawah tanggungjawab iaitu:

i. Persatuan Mahasiswa Islam ii. Kelab Iqra’

c. Menerapkan kefahaman Islam dan nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa.

d. Memberi khidmat nasihat keagamaan dan bimbingan kepada mahasiswa dan staf yang memerlukan.

e. Memberi khidmat kemasyarakatan seperti:

i. Membantu menyelia dan mengurus jenazah mahasiswa. ii. Menerima jemputan ceramah/tazkirah/kelas agama, majlis bacaan Yasin dan tahlil

anjuran mahasiswa dan staf. iii. Membaca doa di majlis-majlis rasmi UTM. iv. Mengelola program keagamaan untuk staf Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Page 26: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

26

STRATEGI DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA

PROGRAM

STRATEGI

MATLAMAT

KURSUS

Kepimpinan

Pemantapan akidah

Pengurusan Organisasi

Pengurusan Personaliti

Ketahanan Fizikal

Pemimpin mahasiswa yang berketrampilan, beriman, berkualiti dan terpimpin.

SEMINAR

Isu-isu semasa

Motivasi dan Kepimpinan

Pengurusan Akademik

Mahasiswa faham tentang perkembangan semasa dan mampu berbincang mengenai isu-isu dengan betul.

DIALOG/ LAWATAN

Bersama pemimpin negara

Agensi pentadbiran dan pembangunan negara

Bersama pemimpin Universiti

Dapat pendedahan dan pengetahuan dengan lebih tepat

KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat masyarakat/ pendidikan

- luar kampus - dalam kampus

Khidmat sukarela/ bantuan

Pendedahan dan saluran kemahiran mahasiswa kepada masyarakat umum

Hubungan positif mahasiswa- masyarakat

PEMBANGUNAN DIRI

Debat/Pidato/Sajak/Forum - Peringkat Universiti - Antarabangsa

Latihan Komunikasi/Personaliti

Daya kepimpinan dan Kepetahan

Perkongsian personaliti

Berdikari

SUKAN/ REKREASI

Program Ekspedisi - air, darat

Sukan Antara Mahasiswa

Interaksi Staf – Mahasiswa, masyarakat luar

Rekreasi luar

Mahasiswa yang cergas, sihat dan berinteraksi

Keceriaan dan kesihatan

Interaksi sosial

KEBUDAYAAN/SENI PERTAHANAN DIRI

Persembahan dan Demonstrasi

Pertandingan (dalam & luar kampus)

Bengkel dan lawatan

Mewarisi nilai-nilai seni budaya bangsa

Keceriaan dan kecergasan fizikal

Hubungan sosial

KEMUDAHAN SOKONGAN

Tambahan pembelian peralatan (alat bantu)

Tambahan keperluan & kemudahan ruang

Sumbangan pihak tertentu/ belanjawan Universiti

Menyediakan alat bantu yang lengkap kepada persatuan Mahasiswa

Page 27: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

27

PENGURUSAN KEWANGAN PERSATUAN/KELAB/JKM KOLEJ HEM membenarkan mahasiswa-mahasiswa menubuhkan persatuan/ kelab untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum atau kegiatan lain. Setiap persatuan bertanggungjawab menguruskan kewangan persatuan masing-masing. Terdapat persatuan yang aktif dengan menjalankan pelbagai program sehingga dapat mengumpulkan wang yang banyak. Ini bergantung kepada kebijaksanaan persatuan mendapatkan sumbangan, kutipan yuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala aktiviti yang dijalankan hendaklah mendapat kelulusan HEM. Terdapat juga persatuan yang mampu memberi kemudahan pinjaman kepada ahli-ahlinya dengan diselaras oleh Bahagian Pembangunan & Aktiviti Mahasiswa. Pegawai HEM akan meluluskan setiap permohonan dan memerlukan dua orang pegawai untuk menandatangani baucer bayaran. Kelulusan hanya akan diberikan kepada program yang telah ditentukan sahaja. Setiap Bendahari persatuan perlu melengkapkan penyata dan laporan kewangan tidak melebihi tujuh hari selepas tamat sesuatu program. Setiap tahun, Pejabat HEM akan mengadakan Kursus Pengurusan Persatuan kepada semua Persatuan/Kelab, dan JKM agar mereka lebih memahami tentang Pengurusan Kewangan Persatuan.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:

Bahagian Sinergi Mahasiswa

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Bangunan Galeria Siswa (Blok M42 & M43)

Tel: 07-5538850/38848/38852

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) adalah persatuan induk yang mewakili seluruh mahasiswa berdaftar Universiti. MPM dibentuk melalui proses pemilihan setiap tahun bagi memilih calon yang mewakili kerusi umum dan kerusi fakulti di Universiti. Semua mahasiswa berdaftar yang sedang mengikuti kursus di peringkat diploma dan ijazah layak bertanding dan berhak mengundi untuk memilih wakil bagi mengisi kerusi umum dan kerusi fakulti sebagai wakil mereka di MPM. Pelbagai kegiatan berbentuk akademik dan bukan akademik dikendalikan oleh MPM. Antaranya, konvensyen, seminar, khidmat masyarakat, bengkel dan sebagainya. Setiap mahasiswa digalakkan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh MPM. Ini bertujuan memberi peluang para mahasiswa berkenalan dan mengeratkan tali silaturahim sesama mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Selain itu, penyertaan ini dapat mewujudkan semangat kerjasama antara mahasiswa yang berlainan fakulti. Sebarang pertanyaan silaberhubung dengan:

PRESIDEN Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)

Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-5530505

Page 28: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

28

BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN MAHASISWA Bidang dan Tanggungjawab Bidang tugas dan tanggungjawab bahagian ini secara umumnya adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan Mahasiswa b. Kemudahan Mahasiswa c. Urusan Penajaan-Biasiswa, Pinjaman, Bantuan Kewangan d. Kebajikan Mahasiswa e. Urusan Tatatertib Mahasiswa f. Perumahan Mahasiswa

a) UNIT PERKHIDMATAN MAHASISWA

Unit ini bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan mengawal selia perkhidmatan untuk mahasiswa khususnya dalam aspek berikut: Mengurus, memantau dan mengawal selia perkhidmatan kenderaan jabatan. Mengurus dan memantau perkhidmatan bas kitaran (bas swasta dan HEMA) serta

merancang jadual perjalanan bas tersebut kepada mahasiswa. Mengurus kemudahan pinjaman peralatan dan cetakan

PERKHIDMATAN BAS

Unit Perkhidmatan Mahasiswa, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan perkhidmatan pengangkutan bas yang berkualiti kepada mahasiswa. Perkhidmatan bas adalah kemudahan perkhidmatan pengangkutan utama untuk mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Mahasiswa (UPM) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) dan diselenggarakan oleh dua organisasi. Pertama dikendalikan oleh HEMA dengan kerjasama Pejabat Harta Bina UTM dan kedua dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilantik secara kontrak. Penyediaan kemudahan bas ini adalah bagi keperluan pengangkutan dalam kampus dan luar kampus UTM. Bagi perkhidmatan dalam kampus, kemudahan adalah pada hari Ahad hingga Khamis dan diberi keutamaan kepada kegiatan akademik dengan mengambil perhatian kepada pengangkutan mahasiswa dari kolej kediaman ke dewan/bilik kuliah bagi mengikuti pembelajaran semester . Para mahasiswa boleh menunggu bas di perhentian utama Fakulti Alam Bina atau perhentian berhampiran kolej masing-masing. Untuk memastikan kemudahan ini berjalan dengan bersistem dan memenuhi perkhidmatan pelanggan dengan terbaik, pihak HEMA di bawah Unit Perkhidmatan dan kemudahan Mahasiswa telah menyediakan jadual perjalanan. Jadual ini telah disusun mengikut waktu dan laluan bas yang telah ditetapkan. Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

Page 29: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

29

Unit Perkhidmatan Mahasiswa Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB) No. Tel: 07-5530570

KEMUDAHAN MAHASISWA

a. Pinjaman Peralatan Pinjaman peralatan disediakan untuk memudahkan mahasiswa yang berpersatuan menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Peralatan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan biasa semasa menjalankan aktiviti seperti kamera still, kamera video digital, LCD, skrin, loud hailer, P.A. system, overhead projector (OHP) dan lain-lain. Senarai keperluan peralatan boleh dirujuk terlebih dahulu dengan staf bertugas sebelum mahasiswa membuat pinjaman.

Kaedah peminjaman untuk setiap peralatan adalah secara first come first serve basis dan tertakluk kepada kekosongan yang ada pada masa tersebut. Dalam urusan peminjaman, setiap mahasiswa perlu menggunakan borang yang disediakan dan melampirkan surat kelulusan program daripada pegawai aktiviti mahasiswa. Tempahan peralatan mestilah dibuat sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari bekerja sebelum tarikh penggunaan peralatan tersebut. Semua pinjaman peralatan hendaklah disertakan dengan bayaran deposit sebanyak RM50.00 dan deposit tersebut akan dikembalikan setelah peralatan dipulangkan pada masa yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kelewatan dalam proses pemulangan, deposit tidak akan dikembalikan.

b. Perkhidmatan Fotokopi Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak HEM di mana operasinya tidak berorientasikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya lebih kepada aspek kemudahan mahasiswa. Waktu perkhidmatan adalah mengikut masa bekerja sektor awam dan kadar bayaran yang dikenakan adalah pada tahap yang minimum. Dengan adanya perkhidmatan ini, diharap dapat memberi kemudahan kepada mahasiswa, staf dan orang awam yang berurusan dengan pihak-pihak lain di Universiti ini untuk mendapatkan perkhidmatan seperti: salinan (fotokopi) laminate binding kertas-kertas soalan peperiksaan lepas

Melalui perkhidmatan ini, pihak HEM dapat memberi peluang pekerjaan kepada mahasiswa menerusi Skim Mahasiswa Bekerja untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di bawah penyeliaan seorang staf.

c. Perkhidmatan Mesin Faksimili Perkhidmatan ini disediakan kepada para mahasiswa untuk memudahkan penghantaran dan penerimaan dokumen-dokumen bagi tujuan-tujuan tertentu dengan kadar yang minimum iaitu antara RM1.00-RM5.00 sekeping bagi kadar penghantaran (mengikut negeri) dan RM0.50 sekeping bagi kadar penerimaan.

No. Faksimili - 07-5530508

d. Perkhidmatan Printing Laserjet Perkhidmatan ini disediakan dengan kadar bayaran tertentu untuk kemudahan mahasiswa mencetak kertas kerja, tugasan, tesis dan lain-lain aktiviti pembelajaran. Kadar bayaran ialah RM 0.30 sekeping bagi percetakan biasa dan RM 1.00 bagi percetakan berwarna.

Untuk maklumat terperinci, boleh merujuk kepada:

Page 30: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

30

b) UNIT PENAJAAN, KEBAJIKAN & SAHSIAH MAHASISWA

URUSAN PENAJAAN MAHASISWA

Unit Penajaan Mahasiswa merupakan pusat penyelarasan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan pinjaman tabung kewangan universiti. Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan pengiklanan tawaran, mengatur temuduga, membuat notis pemberitahuan mengenai biasiswa/pinjaman, mengedar borang-borang permohonan dan mengemukakan surat-surat permohonan dan dokumen perjanjian yang telah lengkap kepada penganjur-penganjur berkaitan. Empat bentuk penajaan mahasiswa yang terdapat di Universiti ini iaitu:

a. Biasiswa Pelajaran (termasuk Biasiswa Endowmen UTM) b. Pinjaman Pelajaran c. Dermasiswa/Out-right-grant d. Pinjaman Tabung Kewangan Universiti

Sumber-sumber kewangan mahasiswa di Universiti adalah terdiri daripada empat kategori utama iaitu:

a. Agensi Kerajaan b. Badan Berkanun c. Syarikat Swasta d. Yayasan/Pertubuhan

AGENSI BANTUAN KEWANGAN MAHASISWA

AGENSI

BENTUK BANTUAN

PERINGKAT PROGRAM YANG

DITAJA

KADAR BANTUAN

SETAHUN*

Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun/Yayasan Negeri

Biasiswa/Pinjaman Diploma Sarjana Muda

RM 2,500.00-RM 5,000.00 RM 4,500.00-RM 10,000.00

Swasta Biasiswa/ Pinjaman

Diploma Sarjana Muda

RM 3,000.00-RM 5,000.00 RM 3,000.00-RM 10,000.00

Yayasan/Pertubuhan Dermasiswa/Biasiswa/ Pinjaman

Diploma Sarjana Muda

RM 5000.00 – RM 8,000.00 RM 6,000.00-RM 10,000.00

*kadar ini berubah dari semasa ke semasa mengikut ketetapan agensi/penganjur

MAKLUMAT AM BIASISWA/PINJAMAN MAHASISWA

Permohonan Setiap bantuan kewangan sama ada biasiswa, pinjaman pelajaran, dermasiswa ataupun pinjaman mahasiswa semasa di Universiti perlu dipohon terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada mahasiswa.

Page 31: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

31

Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa atau agensi-agensi yang menawarkan biasiswa atau pinjaman pelajaran. Makluman berhubung dengan tawaran biasiswa pinjaman pelajaran dengan agensi-agensi tertentu akan dipamerkan di papan notis Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa/ fakulti/kolej dari semasa ke semasa. Selain itu, terdapat juga permohonan yang perlu dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang penaja berkaitan. Temuduga Tawaran pinjaman pelajaran juga ada kalanya akan melalui proses temuduga, terutamanya dari Kerajaan/ Yayasan Negeri. Sesi temuduga pada kebiasaannya akan dijalankan di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa atau di agensi-agensi berkenaan. Butiran temuduga seperti tarikh, masa dan tempat temuduga akan dimaklumkan kepada mahasiswa oleh pihak Unit Penajaan, Kebajikan & Sahsiah, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa atau agensi terbabit. Calon-calon yang berjaya untuk ditemuduga dikehendaki menghadiri temuduga seperti yang dijadualkan. Semasa temuduga, calon mestilah: Menampilkan rupa diri yang baik dan kemas. Membawa semua dokumen penting seperti sijil kelahiran, sijil akademik, sijil

kegiatan kokurikulum dan lain-lain yang berkaitan. Semua mahasiswa lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali leher dan

bersepatu. Pemakaian jeans atau kemeja T tidak dibenarkan. Manakala mahasiswa perempuan dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.

Memakai kad matrik mahasiswa Penentuan Tawaran Biasiswa Atau Pinjaman Penentuan mahasiswa mendapat tawaran biasiswa atau pinjaman pelajaran akan diputuskan oleh agensi-agensi berkenaan. Mahasiswa yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Penolakan Tawaran Sekiranya mahasiswa ditawarkan dua atau lebih bantuan kewangan daripada mana-mana penaja, surat permohonan penolakan hendaklah dikemukakan kepada salah satu penaja dengan segera untuk makluman penolakan dan hendaklah dikemukakan melalui Unit Penajaan, Kebajkan & Sahsiah, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Mahasiswa tidak dibenarkan untuk menerima lebih daripada satu penaja dalam satu masa pengajian. Penangguhan Pengajian Mahasiswa yang ingin menangguhkan pengajian atas apa-apa sebab sekalipun perlu memohon kelulusan daripada pihak penaja berserta salinan surat kelulusan penangguhan pengajian daripada pihak Universiti (fakulti). Surat permohonan penangguhan tersebut hendaklah dikemukakan melalui Unit Penajaan, Kebajkan & Sahsiah, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa.

Page 32: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

32

Pertukaran Program/Universiti Adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak penaja sebelum membuat sebarang pertukaran program/universiti. Sekiranya mahasiswa membuat pertukaran program/universiti tanpa kelulusan penaja, bantuan kewangan boleh ditamatkan dengan serta merta dan tuntutan gantirugi boleh dikenakan ke atas mahasiswa. Pelanjutan Tempoh Pengajian Bagi mahasiswa yang gagal untuk menamatkan pengajian di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti/penaja dan memerlukan pelanjutan pinjaman pelajaran/biasiswa, mahasiswa perlu untuk membuat permohonan kepada pihak penaja. Permohonan pelanjutan ini hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada semester akhir iaitu satu semester sebelum semester pelanjutan yang dipohon.

Borang-borang permohonan pelanjutan boleh didapati di Unit Penajaan, Kebajikan & Sahsiah, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Mahasiswa diminta mengemukakan surat/borang permohonan, salinan keputusan peperiksaan semester, surat sokongan fakulti dan lain-lain dokumen yang dapat membantu proses permohonan. (I) SKIM TABUNG PINJAMAN MAHASISWA

Kemudahan pinjaman di atas diberikan kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan dengan tujuan mengatasi keperluan-keperluan penting seperti bayaran yuran pengajian,yuran penginapan atau sara diri setelah diambil kira kesemua latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Kelulusan pemberian juga tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung Pinjaman.

1) Tabung Pinjaman Jangka Panjang a) Khusus kepada mahasiswa Kanan Tiada Penganjur b) Nilai pinjaman: RM500.00 – RM1,200.00 c) Cara Pembayaran: (i) Pinjaman Bayar Balik: Ansuran mulai bulan pertama dalam semester tersebut, atau (ii) Potongan melalui biasiwa/pinjaman yang diperolehi dalam pengajian.

2) Tabung Pinjaman Jangka Pendek a) Khusus kepada Mahasiswa Kanan b) Nilai pinjaman - Maksimum RM 500.00 c) Cara Pembayaran: (i) Pinjaman Bayar Balik: Ansuran mulai bulan pertama dalam semester tersebut, atau (ii) Potongan melalui biasiswa/ pinjaman yang diperolehi dalam pengajian.

3) Tabung Pinjaman Sementara a) Ditawarkan khusus kepada:

(i) Mahasiswa Kanan Berpenganjur dan Mahasiswa Tahun Pertama yang belum menerima bayaran/lambat menerima bayaran penajaan.

b) Nilai pinjaman - Maksimum RM 500.00 c) Cara Pembayaran:

(i) Pinjaman Bayar Balik: Potongan melalui biasiswa/pinjaman yang diperolehi dalam pengajian.

Page 33: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

33

KEBAJIKAN MAHASISWA

(I) SKIM INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK MAHASISWA

Pendahuluan Setiap mahasiswa yang mendaftar di UTM akan dicarumkan di bawah Skim Insurans Takaful Berkelompok Mahasiswa. Perlindungan insurans ini bermula di awal semester pengajian apabila semua nama mahasiswa tempatan yang berstatus aktif dalam semester pengajian itu dikemukakan dan didaftarkan kepada syarikat pengendali insurans tersebut. Tujuan Skim Skim insuran ini bertujuan untuk:

a. memastikan kebajikan mahasiswa diutamakan; b. memudahkan urusan Universiti dengan pihak-pihak luar (berhubung latihan

praktik/industri yang dijalankan oleh mahasiswa; c. melancarkan program/aktiviti mahasiswa.

Kemudahan Skim Semua mahasiswa berdaftar Universiti Tenologi Malaysia atau waris mahasiswa adalah berhak untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku perkara-perkara seperti berikut:

No. Kemudahan Skim* Jumlah Pampasan* 1. Kematian Biasa RM 12,000.00 2. Kematian (Kemalangan) RM 22,000.00 3. Keilatan Kekal Seluruh Tubuh (Biasa) RM 12,000.00 4. Keilatan Kekal Seluruh Tubuh (Kemalangan) RM 12,000.00 5. Yuran ambulans (kemalangan) RM 250.00 (max) 6. Kemalangan akibat kebakaran RM1,000.00 7. Elaun harian hospital (kemalangan)/Hospital Kerajaan

sahaja RM50/hari (maksimum 30 hari)

8. 9.

Belanja Pengkebumian Penghantaran Jenazah

RM 2,000.00 RM2,000.00

*Tertakluk kepada pindaan/polisi insurans yang sedang berkuatkuasa Tuntutan Yang Tidak Dibayar oleh Skim

Skim ini tidak akan membayar tuntutan sekiranya berlaku perkara-perkara antaranya seperti berikut:

i. Kematian atau keilatan disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada:

Peperangan, pelanggaran, tindakan musuh luar, permusuhan atau operasi-operasi berupa peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan tentera, huru-hara, kegemparan awam yang menyumbangkan atau membawa kepada rusuhan awam, pemberontakan rakyat, revolusi, dahagi, rampasan kuasa atau apa-apa tindakan oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau yang berkaitan dengan mana-mana pertubuhan yang bergiat ke arah penggulingan secara kekerasan mana-mana kerajaan atau mempengaruhinya dengan menggunakan keganasan atau kekerasan;

Page 34: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

34

Peralatan senjata nuklear, sinaran mengion, jangkitan radioaktif dari mana-mana bahan api nuklear atau dari mana-mana bahan buangan nuklear dari pembakaran bahan api nuklear. Bagi maksud kekecualian ini pembakaran hendaklah termasuk apa-apa penahanan sendirian proses pembelahan nuklear;

Melanggar undang-undang oleh mahasiswa atau pencerobohan berpunca

daripadanya; Penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau yang seumpamanya; Lain-lain sebab yang dilarang oleh Syariah.

ii) Keilatan kekal seluruh tubuh badan yang berlaku secara langsung atau tidak

langsung daripada:

Penyalahgunaan dadah atau minuman keras; Percubaan bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan sama ada semasa

siuman ataupun tidak; Penerbangan, gelungsur angin atau apa-apa jenis penerbangan udara selain

daripada penumpang yang membayar tambang biasa daripada syarikat penerbangan atau perkhidmatan charter yang diiktiraf;

Penyertaan atau latihan yang merbahaya atau latihan jenis sukan atau pertandingan

yang merbahaya atau menunggang atau memandu dalam apa jua jenis perlumbaan atau pertandingan yang merbahaya;

Penglibatan di dalam mana-mana kegiatan dalam air yang menggunakan alat-alat

pernafasan; Perkhidmatan dalam tentera darat, laut dan udara dalam masa peperangan sama

ada yang diisytiharkan atau tidak dalam operasi berupa ketenteraan atau memulihkan ketenteraan awam;

iii) Kematian, kemalangan atau keilatan kekal atau lain-lain kehilangan yang

disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada:

Jangkitan sakit kelamin atau parasit-parasit; Kelahiran bayi, pengguguran, hamil atau apa-apa kesulitan yang timbul daripadanya; Mabuk yang disebabkan oleh alkohol atau dadah; Percubaan bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan sama ada semasa

siuman ataupun tidak; Penerbangan gelungsur angin atau apa-apa jenis penerbangan udara selain daripada

penumpang yang membayar tambang biasa daripada syarikat penerbangan atau perkhidmatan charter yang diiktiraf;

Page 35: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

35

Penyertaan atau latihan yang merbahaya atau latihan jenis sukan atau pertandingan yang merbahaya atau menunggang atau memandu dalam apa jua jenis perlumbaan atau pertandingan yang merbahaya;

iv) Manfaat wad hospital yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung

daripada:

Hamil, keguguran, melahirkan bayi; Kerosakan mental atau saraf, alkohol, dadah; Pembedahan kosmetik atau plastik atau sebarang pembedahan elektif atau

keganjilan konjanital; Pemeriksaan atau pembedahan gigi kecuali yang diperlukan akibat kecederaan

bersabit daripada kemalangan; Pemeriksaan kesihatan biasa, pemulihan, atau penjagaan rehat; Percubaan bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan sama ada semasa

siuman atau tidak.

Prosedur Tuntutan Skim Sekiranya berlaku kematian atau kemalangan, salinan dokumen yang perlu dikemukakan ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa adalah seperti berikut:

a. Kes Kematian:

Salinan Sijil Kematian Permit Menguburkan Salinan Kad Pengenalan SalinanKad Matrik Laporan Polis Laporan perubatan dari hospital (sekiranya melibatkan kes kemalangan)

b. Kes Bukan Kematian:

Laporan Polis Laporan Perubatan/Post Mortem Gambar (sekiranya berkaitan) Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Matrik Salinan bil hospital/discharge note Salinan asal sijil cuti sakit (jika diperlukan)

Tanggungjawab Mahasiswa/ Waris Mahasiswa Mahasiswa yang ditimpa kemalangan adalah bertanggungjawab untuk membuat

laporan ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dengan kadar segera atau melalui waris mahasiswa supaya tuntutan di bawah skim ini dapat diuruskan dengan pihak insurans.

Page 36: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

36

Bagi kes kematian, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan oleh waris mahasiswa sebaik sahaja menerimanya untuk tindakan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa selanjutnya.

(II) TABUNG KHAIRAT KEMALANGAN DAN KEMATIAN MAHASISWA Pendahuluan Tabung Khairat Kemalangan dan Kematian Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia telah dimulakan pada tahun 1979. Ia dikendalikan bersama dengan Pejabat Bendahari yang berperanan sebagai pusat pembayaran tuntutan. Sumber Kewangan Tabung Tabung ini memperolehi sumber kewangannya melalui potongan yuran daripada semua mahasiswa Universiti bagi setiap sesi pengajian. Tujuan Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk:

Membantu mahasiswa yang ditimpa kemalangan sama ada kemalangan jalan raya atau kemalangan semasa bersukan.

Memberi bantuan segera kepada mahasiswa atau keluarga jika berlaku kemalangan

atau kematian. Permohonan Tabung Mahasiswa yang ingin membuat permohonan daripada Tabung ini hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Unit Kebajikan, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan dikemukakan kembali bersama dokumen yang berkaitan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa untuk tindakan selanjutnya.

Jangkasama Perlindungan

Meliputi tempoh semasa pengajian atau tempoh semasa cuti dengan syarat bayaran yuran telah dijelaskan pada sesi berkenaan.

Jenis Sumbangan yang ditawarkan Sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut:

a) Kematian Mahasiswa

Waris mahasiswa akan diberikan wang pendahuluan sebanyak RM500.00 bagi urusan pengurusan jenazah.

Pengurusan jenazah akan diuruskan oleh pihak Universiti sekiranya mahasiswa

meninggal di luar kawasan kediaman tetapnya.

b) Mahasiswa Kematian Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Anak Sumbangan sebanyak RM100.00 akan diberikan.

Sekiranya kematian berlaku serentak, sumbangan akan diberikan sebanyak

RM100.00 setiap seorang Dalam keadaan perlu balik segera untuk melihat jenazah, mahasiswa akan diberi

tambang kapal terbang kelas ekonomi sehala untuk balik ke kampung dan

Page 37: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

37

tambang bas ekspress untuk balik semula ke kampus (kes mahasiswa Semenanjung Malaysia)

Bagi mahasiswa Malaysia Timur, mahasiswa akan diberi tambang kapal terbang

kelas ekonomi pergi dan balik.

Mahasiswa perlu mengemukakan tiket dan boarding pass yang asal ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa apabila membuat tuntutan.

Mahasiswa yang mendahulukan wang mereka bagi urusan perjalanan balik

semasa kematian ibu/bapa/suami/isteri/anak boleh membuat tuntutan semula ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dengan mengemukakan salinan dokumen kematian yang berkaitan dan tiket-tiket asal.

c) Kecederaan Mahasiswa Akibat Kemalangan Jalan raya atau Bersukan

Kadar sumbangan yang diberikan adalah sehingga maksima RM200.00 mengikut tahap kecederaan seperti:

Kemalangan 1. Kes Sukan

Terseliuh dan urut tradisional (Kadar maksimum sebanyak RM50.00) Kecederaan ringan, perlu rawatan di Hospital Kerajaan (Kadar bayaran RM50.00 hingga RM90.00) Kecederaan berat sehingga menyebabkan patah anggota (Kadar bayaran RM100.00 hingga RM200.00)

(Sumbangan ini akan mengambil kira kategori penglibatan mahasiswa)

2. Kes Kemalangan Jalan raya

Luka ringan akibat kemalangan sehingga RM50.00 Luka ringan akibat aktiviti rasmi (tergeliat) RM50.00 Luka dan berjahit selain bahagian muka dan sendi-sendi (<=5

jahitan) RM60.00

Luka dan berjahit bahagian muka dan sendi-sendi (<=5 jahitan)

RM70.00

Luka dan berjahit selain bahagian muka dan sendi-sendi (>=6 jahitan)

RM80.00

Luka dan berjahit bahagian muka dan sendi-sendi (>=6 jahitan)

RM100.00

Luka parah (luka sebahagian besar badan) RM100.00 Patah tangan kiri atau kurang digunakan RM120.00 Patah tangan kanan atau yang digunakan RM150.00

Patah sebelah kaki RM180.00 Patah kedua-dua tangan RM200.00 Patah kedua-dua belah kaki RM200.00 Tenat RM200.00 Hilang upaya (kekal) RM200.00

Page 38: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

38

Bayaran perubatan di Hospital Kerajaan akan ditanggung oleh Universiti tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan.

d) Lain-lain Kes

Bagi kes kebakaran, bencana alam dan lain-lain, kadar sumbangan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tabung mengikut kos tertakluk kepada kadar minima RM30.00 dan maksima RM500.00.

SAHSIAH MAHASISWA

Unit Sahsiah Mahasiswa, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa bertanggungjawab sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, Unit Sahsiah Mahasiswa juga berperanan membantu pihak berkaitan untuk penguatkuasaan peraturan-peraturan bagi mengawal disiplin mahasiswa seperti mana yang terkandung di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan juga lain-lain peraturan yang berkaitan dengan mahasiswa seperti Peraturan dan Tatatertib Kolej 1990/91 (Pindaan 2006), Tatacara Pemakaian Pelajar, Hari Berpakaian Kemas, Peraturan Rumah Pelajar Berkeluarga dan sebagainya. Unit ini akan mengambil tindakan jika terdapat aduan/laporan daripada fakulti/jabatan/pihak luar terhadap mana-mana mahasiswa yang berdaftar di Universiti. Jika disabitkan kesalahan tatatertib, mahasiswa boleh dikenakan hukuman tertakluk kepada Kaedah 48, Bahagian V, Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 seperti berikut:

a) amaran; b) denda tidak melebihi dua ratus ringgit (RM 200.00); c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti

bagi tempoh yang ditetapkan; d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; e) dipecat dari Universiti

Mana-mana mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Universiti Teknologi Malaysia boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman tatatertib mahasiswa tersebut kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Universiti Teknologi Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan hukuman tatatertib mahasiswa tersebut. Untuk makluman terperinci, sila rujuk kepada:

Unit Penajaan, Kebajikan & Sahsiah Mahasiswa

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)

UTM Johor Bahru, Johor No. Tel : 07-5530185 (Urusan Penajaan)

07-5530683 (Kebajikan & Sahsiah)

Page 39: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

39

c) UNIT PERUMAHAN DAN KOLEJ KEDIAMAN

Universiti Teknologi Malaysia telah menyediakan 10 buah Kolej Kediaman Mahasiswa dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan lingkaran dalam yang terdiri daripada Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Fatimah, Kolej Tun Razak, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr. Ismail, dan Kolej Tuanku Canselor. Manakala kawasan lingkaran luar pula terdiri daripada Kolej Perdana, Kolej 9 & 10, Kolej Datin Seri Endon dan Kolej Dato’ Onn Jaafar. Kapasiti bagi semua kolej adalah seramai 13,830 tempat. Selain itu, pihak Universiti turut menyediakan sebanyak 301 unit kemudahan penginapan bagi mahasiswa berkeluarga di Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Perdana dan terbuka kepada mahasiswa antarabangsa dan tempatan yang mengikuti kursus Sarjana Muda atau Pasca-Ijazah. Antara kemudahan yang terdapat di setiap kolej ialah kafetaria, dewan serbaguna, pasar mini, kedai dobi, surau, gelanggang permainan, bilik rehat, ruang tamu, bilik komputer, stor barang dan lain-lain kemudahan bagi membantu kecemerlangan akademik mahasiswa.

Dasar Penginapan a. Semua pelajar baru Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor DIWAJIBKAN

menginap di Kolej Kediaman seperti terkandung di dalam surat tawaran.

b. Semua pelajar kanan diwajibkan menginap di kolej kediaman mengikut pilihan pelajar tertakluk kepada kekosongan kolej. Walau bagaimanapun, Pejabat hal Ehwal Mahasiswa berhak membuat perubahan penempatan dari masa ke semasa.

c. Semua pelajar yang berpindah/ bertukar ke kolej lain selepas dua minggu dari tarikh permulaan perkuliahan Semester Pertama atau Kedua akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM50.00.

d. Semua pelajar yang berpindah/ bertukar kolej akan dikenakan kadar yuran asrama mengikut kadar kolej asal dan tertakluk kepada mana kadar sewa yang lebih tinggi.

e. Tawaran penginapan asrama adalah untuk satu sesi pengajian kecuali bagi pelajar yang mengikuti latihan industri atau latihan mengajar.

f. Caj yuran asrama akan dikenakan mengikut semester dan pelajar yang menarik diri dari asrama dalam tempoh semester atau sesi pengajian tersebut akan tetap dikenakan bayaran.

g. Semua pelajar kanan tidak dibenarkan berada di asrama yang mempunyai pelajar baru semasa Minggu Mesra Mahasiswa.

h. Penghuni tidak boleh berpindah ke bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak Pengetua di Pejabat Kolej.

i. Pihak Pengetua Kolej boleh mengarah seseorang penghuni mengosongkan bilik/ blok atau berpindah ke tempat lain pada bila-bila masa.

Page 40: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

40

j. Jika seseorang penghuni dikehendaki berpindah dan atau mengeluarkan semua barang kepunyaannya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang diberi. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pelajar akibat daripada perpindahan tersebut.

k. Kemudahan kediaman Rumah Pelajar Berkeluarga dikhaskan kepada pelajar yang telah berumah tangga dan yang tinggal bersama ahli keluarganya di sepanjang tempoh penginapannya di Kolej.

Kadar Yuran Asrama Untuk Mahasiswa Tempatan

Bilik perseorangan RM4.00 – RM19.00 Bilik berdua RM4.00 Rumah Mahasiswa Berkeluarga (kos elektrik ditanggung oleh penyewa)

a) Apartmen dua bilik (RM450.00-RM480.00 sebulan) b) Apartmen tiga bilik (RM520.00-RM550.00 sebulan) c) Apartmen Deluxe (RM740.0-RM770.00 sebulan) d) Apartmen Suite (RM1,070.00-RM1,100.00 sebulan)

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DI UTM JOHOR BAHRU

Bil. Nama Kolej Nama Jawatan

No. Telefon

1 Kolej Rahman Putra Pengetua

07-5537245

Penolong Pengurus Asrama

07-5537246

2 Kolej Tun Fatimah Pengetua

07-5537257

Penolong Pengurus Asrama

07-5537259

3 Kolej Tun Razak Pengetua

07-5537282

Penolong Pengurus Asrama

07-5537277

4 Kolej Tun Hussein Onn Pengetua

07-5532620

Penolong Pengurus Asrama

07-5532624

5 Kolej Tun Dr. Ismail Pengetua

07-5531953

Penolong Pengurus Asrama

07-5531952

6 Kolej Tuanku Canselor Pengetua

07-5534411

Penolong Pengurus Asrama

07-5535657

Page 41: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

41

7 Kolej Perdana Pengetua

07-5535000

Penolong Pengurus Asrama

07-5536673 / 36610

8 Kolej 9 & 10 Pengetua

07-5535160

Penolong Pengurus Asrama

07-5535017

9 Kolej Datin Seri Endon Pengetua

07-5537769

Penolong Pengurus Asrama

07-5537701

10 Kolej Dato’ Onn Jaafar Pengetua

07-5537745

Penolong Pengurus Asrama 07-5537709

Untuk makluman lanjut, sila rujuk kepada:

Pejabat Am Unit Perumahan & Kolej Kediaman

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa No. Tel: 07-5532549

Page 42: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

42

BAHAGIAN PENGURUSAN, KEWANGAN & KUALITI

Bidang dan Tanggungjawab Bidang tugas dan tanggungjawab bahagian ini adalah seperti berikut:

a. Pengurusan Sumber Manusia b. Pembangunan Sumber Manusia c. Pengurusan Kewangan/Inventori/Aset d. Pengurusan Kualiti e. Urus Setia Mesyuarat HEMA f. Teknologi Maklumat dan Komunikasi HMA g. Pentadbiran Am

Bahagian ini merupakan bahagian sokongan terhadap pengurusan dan pentadbiran staf dalam melancarkan sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan di mana pelanggan utama HEMA ialah mahasiswa. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menyediakan modal insan yang kompetitif, berpengetahuan serta membina nilai-nilai prihatin, komited dan mesra dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada mahasiswa. Selain itu, Bahagian ini turut bertanggungjawab dalam pengurusan kualiti mahasiswa dari segi pengukuran kepuasan mahasiswa semasa Minggu Mesra Mahasiswa, khidmat aduan pelanggan serta menganjurkan aktiviti kualiti yang turut membantu dalam memperkasakan perkhidmatan mahasiswa yang lebih interaktif, menjimatkan masa serta kos dan mesra pelanggan.

Untuk makluman terperinci, sila rujuk kepada:

Unit Kualiti Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB) No. Tel: 07-5530261/30492

Page 43: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

43

PUSAT DAN UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MAHASISWA

Page 44: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

44

PUSAT KERJAYA UTM /UTM CAREER CENTRE (UTMCC)

PUSAT KERJAYA UTM BLOK L51, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

81310 UTM JOHOR BAHRU, JOHOR. 07-5538833 07-5538834

[email protected] : www.utm.my/careercentre

UTM Career Centre, UTM JohorBahru

Kerjaya Anda Bermula di UTM CC

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2009 di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa yang terletak di Blok L51, UTM. Fungsi dan peranan UTMCC adalah untuk membantu mahasiswa UTM mendapat pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan UTM sebelum atau selepas tamat pengajian mereka.

PERKHIDMATAN PUSAT KERJAYA UTM Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerjaya kepada mahasiswa UTM. Antaranya adalah:

i. Job on Campus: Merupakan satu skim latihan peningkatan diri dengan penyediaan peluang latihan dalam pelbagai bidang secara sambilan kepada semua pelajar aktif UTM. Menerusi program ini, pelajar berpeluang menimba pengalaman bekerja, meningkatkan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam dunia kerjaya selain membantu memperoleh sumber pendapatan bagi pengajian mereka.

ii. UTM Career Carnival: UTM Career Carnival merupakan salah satu program tahunan utama Universiti yang menghubungkan antara industri dengan pelajar UTM dalam usaha meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan UTM. Antara akitiviti yang dijalankan adalah pameran dari syarikat, ceramah kerjaya, temuduga bersama industri, sesi perkongsian kejayaan dari alumni dan bengkel resume.

iii. Perundingan Kerjaya: Bimbingan kerjaya merupakan program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjayanya. Proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat kerjaya diberi kepada pelajar untuk membantu mereka bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan.

iv. Program Pembangunan Kerjaya: UTMCC menganjurkan pelbagai program kerjaya seperti Resume Writing Workshop, Touch The Peak Workshop, Entreprenurial Talk dan sebagainya yang bertujuan untuk pembangunan kerjaya mahasiswa UTM.

v. Ceramah Kerjaya dan Temuduga: Ceramah kerjaya yang diadakan di dalam kampus merupakan program tahunan yang diadakan dengan kerjasama pihak industri sebagai salah satu kemudahan kepada pelajar untuk memperoleh maklumat berkenaan sesuatu profesion. Penceramah yang dijemput adalah terdiri daripada wakil industri yang berpengalaman untuk mengendalikan ceramah kerjaya dengan memberikan pendedahan tentang peluang kerjaya berserta cabaran yang perlu dihadapi. Terdapat juga syarikat yang menjalankan sesi temuduga kepada pelajar untuk tujuan penawaran jawatan kosong.

Page 45: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

45

vi. Lawatan industri: Lawatan industri ini diadakan dengan penglibatan dari pelbagai pihak di universiti samada fakulti dan pelajar. Selain memperoleh maklumat dengan mendalam berkenaan latar belakang industri dan profesion yang ditawarkan, pelajar berpeluang melihat sendiri dunia kerjaya dalam sesuatu industri tersebut.

vii. Jaringan hubungan industri: UTMCC mengadakan hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak industri melalui program-program yang dianjurkan bersama bagi meningkatkan kerjaya mahasiswa UTM. Peluang pekerjaan dan latihan industri dapat ditawarkan kepada pelajar sejurus selepas menamatkan pengajian mereka di UTM.

viii. Industry Engagement Zone (IND-E-ZONE): UTMCC mengadakan program-program bersama pihak industri seperti berikut : - Program Latihan Industri Berstruktur - Pencarian kerja

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1) Bilk Ind-E-Zone 2) Bilik Bakat (Bilik Temuduga) 3) Bilik Mesyuarat 4) Bilik Perbincangan 5) Ruang serbaguna 6) Sistem Job on Campus 7) Sistem Carian Kerja

Hubungi kami di Pusat Kerjaya UTM, Blok L51, UTM

Ahad - Rabu 8.30 pagi -12.30 tengah hari

2.30 petang - 4.30 petang

Khamis 8.30 pagi -12.30 tengah hari

2.30 petang - 3.30 petang

Pejabat kami tidak beroperasi pada hujung mingu dan cuti umum.

Waktu Operasi:

Page 46: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

46

PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN (UTM SPORTS EXCELLENCE)

Pusat Kecemerlangan Sukan atau UTM Sports Excellence bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sukan dan rekreasi di Universiti melalui pelaksanaan program sukan dan rekreasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri mahasiswa. Penekanan dan penglibatan program bercorak kecergasan fizikal dan mental ini adalah bertujuan supaya mahasiswa dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang diadakan. Visi Diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan dan Rekreasi bertaraf antarabangsa.

Misi Menjadi model dalam pembangunan modal insan sukan dan kecemerlangan sukan negara. Objektif

Mengalakkan penyertaan ramai dalam aktiviti sukan dan rekreasi Menjadi hub pembangunan sukan selatan tanah air Menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi Menggalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima Mempertingkatkan prestasi sukan dengan lebih berkesan dan cemerlang Merealisasikan dasar pembangunan sukan KPT

Motto ’One Team One Mission’ Perancangan Program/Sukan Program sukan dirancang bersama dengan Pengurus Pasukan Universiti supaya segala pelaksanaan dapat dijalankan bersama sebagai proses pembelajaran dalam bidang pengurusan sukan. Segala program akan dimuatkan dalam Kalendar Sukan Universiti untuk satu tahun.

PROGRAM YANG DIANJUR DAN DISERTAI OLEH UTM SPORTS EXCELLENCE MENGIKUT PERINGKAT

PERINGKAT HEMA PERINGKAT UNIVERSITI

PERINGKAT KEBANGSAAN

PERINGKAT ANTARABANGSA

Sukan Antara Kolej

Kenalpasti Atlet

Sukan Untuk Semua

Latihan Pasukan

Sukan MTM

Bengkel Pengurusan Sukan dan Rekreasi Program Mesra Kampus

Program 5 ETP (Sukan)

Anugerah Sukan UTM

Konvokesyen

Hari Keluarga Universiti

Program Larian (Kampus Ecorun)

Ujian Kecergasan Fizikal

Klinik / Kursus Sukan dan Rekreasi

Kem Motivasi

Program Larian Malam

Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

Kejohanan Sukan Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti

Klinik/Seminar Sukan dan

Kejohanan Sukan Universiti ASEAN

Kejohanan Sukan Universiti SEDUNIA

Sukan SEA

Sukan ASIA

Sukan Olimpik

Page 47: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

47

Pengurus Pasukan Universiti (Penggiat Sukan) Dipilih dikalangan mahasiswa kanan yang berjaya menguruskan akademiknya dengan baik dan dapat mengimbangkan aktiviti sukan. Kelayakan Mahasiswa Universiti sepenuh masa Minat yang mendalam dalam sukan Latar belakang yang baik

Cara Memohon Dapatkan borang permohonan menjadi Pengurus Pasukan di Pejabat Am, UTM Sports Excellence, Stadium UTM.

Jawatan yang ditawarkan untuk semua jenis permainan

PERMAINAN LELAKI DAN WANITA

PASUKAN LELAKI

PASUKAN WANITA

1. Bola Tampar * *

2. Badminton * *

3. Bola Baling * *

4. Bola Jaring - *

5. Bola Keranjang * *

6. Bola Sepak * -

7. Bola Tampar * *

8. Catur * *

9. Hoki * *

10. Kayak * *

11. Kriket * *

12. Lawn Bowl * *

13. Memanah * *

14. Olahraga * *

15. Orienteering * *

16. Ping Pong * *

17. Ragbi * -

18. Renang * *

19. Rowing * *

20. Senamrobik * *

21. Sepak Takraw * *

Rekreasi

Kejohanan Sukan Korporat, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan

Pusat Kecemerlangan Sukan – Mendayung (UTM-KPM)

Pusat Sukan Tumpuan Bola Tampar Wanita (UTM-KPM)

Page 48: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

48

22. Silat Olahraga * *

23. Skuasy * *

24. Sofbol * *

25. Sukan Rekreasi * *

26. Taekwon-Do * *

27. Tarik tali * *

28. Ten Pin Bowling * *

29. Tenis * *

30. Petanque * *

31. Woodball * *

32. Floorball * *

Anugerah Sukan Universiti Pengiktirafan mahasiswa-mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif mengharumkan nama Universiti:

Olahragawan Olahragawati Olahragawan Harapan Olahragawati Harapan

Page 49: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

49

Kemudahan Bersukan Kemudahan bersukan yang disediakan dalam kampus adalah untuk menggalakkan mahasiswa Universiti menjalankan aktiviti sukan/riadah dan juga untuk tujuan pertandingan

Tempat

Ko

lam

Ren

ang

Stadiu

m

Spo

rts Hall 1

Spo

rts Hall 2

Pad

ang

Utam

a

Pad

ang Tap

ak

Tasik

Ko

lej Rah

man

P

utra

Ko

lej Tun

Fatimah

Ko

lej Tun

Razak

Ko

lej Tun

H

ussein

On

n

Ko

lej Tun

Dr. Ism

ail

Ko

lej Tuan

ku

Can

selor

Ko

lej Perd

ana

Ko

lej 9 &

10

Ko

lej 11

Ko

lej Datin

Seri End

on

Ko

lej Tun

G

hafar B

aba

Ko

lej Dato

'

On

n Jaafar

Bola sepak 1 2 1 1 2 4

Ragbi

1

(GS)

1 (GS)

2

(GS)

Hoki

1 1 1

(GS)

Sofbol

2

(GS)

Bola Jaring 3

(GS) 1 (GS) 2 2

Bola Keranjang

1/2 1 1.5 1.5 1 2 2 2

Bola Tampar

2 (GS)

1 (GS) 2 2 2 1 1 5 2 1 1 2

Bola Baling

2 (GS)

1 (GS)

1

Sepak Takraw

5

(GS) 5 4 3 9 4 2 2

Badminton 12

(GS) 1 (L) 1 1 1 (L) 2 (L) 2(L) 2 (L)

Skuasy 3 2

Ping Pong 5

Kriket Ada

Tenis 2 2 2 2 2 2 4 2 2 2 2

Memanah 1 Ada Ada

Kayak/ Kenu Polo

Ada

Bilik Kecergasan

1

Ada Ada

Taekwon-Do

GS GS

Silat Olahraga

GS GS

Karate Do GS GS

Futsal 2

(GS) GS GS 1 1 1 1 1 1 3 1 2

Silat Cekak Ada

Bola Tampar Pantai

1 1

Bola Sepak Pantai

1

Balapan

1

Petanque

8

Floorball

1

Tarik Tali 1 1

Berbasikal

1

1

Page 50: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

50

* Guna sama (GS) * Luar (L)

Kemudahan lain yang baru dibangunkan

1. Outdoor Gym - Padang Tapak 2. Bronco Gym (Sistem Keahlian) - Stadium

Dengan kemudahan alatan gym yang terkini 3. Lapangan Sasar Memanah (Archery Centre) - Kolam Renang 4. Berbasikal (Cycling Centre) - Kolam Renang 5. Woodball - Stadium / Kolam Renang 6. Tapak Perkhemahan - Stadium / Kolam Renang

Mahasiswa dan staf boleh menggunakan kemudahan sukan yang disediakan melalui tempahan di UTM Sports Excellence berdasarkan first come, first serve. JADUAL PENGGUNAAN KEMUDAHAN SUKAN

KEMUDAHAN

HARI BEKERJA

HARI MINGGU & CUTI UMUM

Padang/Gelanggang Kolej

8.00 pagi – 6.50 petang

8.00 pagi – 12.50 tengah hari 2.00 – 6.50 petang

Sports Hall 1

8.00 pagi – 6.50 petang 8.00 – 10.50 malam

8.00 pagi – 12.50 tengah hari 2.00 – 6.50 petang

Sports Hall 2

8.00 pagi – 6.50 petang 8.00 – 10.50 malam

8.00 pagi – 12.50 tengah hari 2.00 – 6.50 petang

* Ditutup pada Cuti Umum

Tempahan Penggunaan Kemudahan Bersukan Semua tempahan kemudahan bersukan boleh dilakukan pada masa pejabat di kaunter tempahan UTM Sports Hall dan Pejabat UTM Sports Excellence di Stadium.

Hari Ahad hingga Khamis - 8:30 pagi - 6.50 petang

- 8.00 malam - 10.50 malam

Hari Jumaat & Sabtu - 8:30 pagi - 6.50 petang

Syarat-syarat tempahan dan penggunaan boleh diperolehi melalui borang tempahan kemudahan sukan dan borang permohonan pinjaman peralatan di UTM Sports Excellence.

Page 51: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

51

KADAR BAYARAN STADIUM UTM

KADAR BAYARAN KOLAM RENANG

Bil Kategori Pengguna Isnin - Jumaat Sabtu – Ahad

WARGA UTM

1. Mahasiswa RM3.00/sesi RM5.00/sesi

2.

Staf & Ahli Keluarga ( Ahli keluarga adalah tertakluk seperti dalam skim perubatan)

RM5.00/sesi RM7.00/sesi

KATEGORI LAIN

1. Pelajar Sekolah/Kanak-kanak RM10.00/sesi RM12.00/sesi

2. Orang Awam RM15.00/sesi RM30.00/sesi

3. Orang Kelainan Upaya/ Warga Emas (Pesara)

RM6.00/sesi RM7.00/sesi

SEWAAN PENGANJURAN AKTIVITI

1. Awam RM 1,200.00/

1 jam

RM 1,500.00/

1 jam

2. Sekolah-Sekolah RM1,000.00/

1 jam

RM 1,200.00/

1 jam

3. Aktiviti UTM RM 400.00/

1 jam

RM 500.00/ 1 jam

Bil

Kemudahan UTM/AWAM

Siang (RM) Malam (RM)

1. Padang Bolasepak 800.00 / perlawanan 1500 / perlawanan

2. Balapan Sintetik 1500.00 / hari -

3. Pakej Peralatan Olahraga 700.00/ jam 300.00/ jam

4. Scoreboard

1,000.00 1 sesi 1,000.00 1 sesi

5. Bilik Mesyuarat/ Taklimat / Kuliah

300.00/jam 300.00/jam

6. Mini Auditorium 500.00/jam 500.00/jam

Page 52: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

52

WAKTU OPERASI KOLAM RENANG

Day/Time Session 1 Session 2

0900- 1200 1500-1830

Sunday

Male Female

Monday MAINTENANCE

Male

Day/Time Session 1 Session 2 Session 3

0900 - 1200 1400 - 1600 1630 – 1830

Tuesday

Female Male Female

Day/Time Session 1 Session 2

0900- 1200 1500-1830

Wednesday

Male Female

Thursday MAINTENANCE

Male

Friday

Female Female

Saturday

Male Male

Page 53: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

53

FEE AND RATES :-

NO USER'S SUNDAY - THURSDAY FRIDAY - SATURDAY

1 Students RM 3.00 / Session RM 4.00 / Session

2 Staffs RM 7.00 / Session RM 8.00 / Session

3 Public RM 8.00 / Session RM 9.00 / Session

ANY ENQUIRY, PLEASE CONTACT :- 07-5536890 (OFFICE)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Am Pusat Kecemerlangan Sukan

No. Tel: 07-5535775/35766/35774

Page 54: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

54

PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rawatan

Pergi gian Dialisis Perubatan

Wad Pemerhatian

Klinik Pesakit Luar Kecemasan

Wad Isolasi

Sokongan

Farmasi Diagn ostik

Kesihatan

Makmal

Tadbiran

X - ray

Pencegahan Promosi

- Ultrasound

Keselamatan

Imunisasi

Profilaksis

Kawalan Penyakit

Fisioterapi

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Universiti Teknologi Malaysia ditubuhkan sejak 1972. Terdapat dua (2) cawangan iaitu di kampus UTM Johor Bahru & UTM Kuala Lumpur. Bertujuan:

perkhidmatan kesihatan peringkat primer kepada warga universiti dalam bentuk perubatan dan pergigian.

membantu pelajar universiti agar mereka dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

PKU dikendalikan oleh 53 orang staf:

Doktor perubatan

Doktor pergigian

Penolong Pegawai Perubatan

Jururawat

Inspektor Kesihatan

Jurufisioterapi

Kakitangan pelaksana & sokongan

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN UNIVERSITI

Semua Mahasiswa menyertai skim ini secara automatik. Yuran tahunan mahasiswa:

pelajar lokal = RM40/tahun

pelajar antarabangsa = RM200/tahun PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

PKU menyediakan kemudahan berikut:

Page 55: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

55

PERKHIDMATAN PKU, KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

PERKHIDMATAN PKU, KAMPUS UTM KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN PROMOSI KESIHATAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT Pelajar UTM dialu-alukan untuk melibatkan diri dengan menyertai aktiviti PKU berikut:

1) Communication For Behavioral Impact (COMBI)

Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma sosial dalam komuniti.

Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi.

Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti seperti gotong royong dan aktiviti pengesanan tempat pembiakan nyamuk.

2) Program Siswa Sihat (PROSIS)

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan “Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa”. Menggunakan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD). Antara strateginya adalah Pencegahan dan Promosi Kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat:

i. makan secara sihat ii. aktif dalam aktiviti fizikal

iii. tidak/berhenti merokok iv. pupuk minda sihat v. sihat tanpa alkohol

3) Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)

Ditubuhkan Oktober 2016. PKU terlibat sebagai fasilitator kepada pelajar dalam menggerakkan aktiviti PBSM.

4) Klinik Berhenti Merokok

PKU menyokong dan mendokong kempen UTM Bebas Asap Rokok dalam usaha mencegah atau memberhentikan tabiat merokok.

HARI MINGGU AKADEMIK CUTI SEMESTER Ahad - Rabu 8.00 pagi - 10.00

malam 8.00 pagi - 5.00 petang

Khamis 8.00 pagi - 10.00 malam

8.00 pagi - 3.30 petang

Jumaat/ Sabtu 8.30 pagi - 12.30 tengahari

8.30 pagi -12.30 tengahari

Luar waktu klinik / Cuti Umum

on-call on-call

HARI MINGGU AKADEMIK CUTI SEMESTER Isnin - Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang 8.00 pagi - 5.00

petang Luar waktu klinik / CutiUmum

on-call on-call

Page 56: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

56

Perkhidmatan PKU Bimbingan, nasihat serta rawatan susulan “non-medicated method” Pemeriksaan tahap karbon monoksida dalam badan.

PERKHIDMATAN KECEMASAN

1) PKU menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam secara on-call untuk mengendalikan

kes-kes berikut:

Kecederaan dan kemalangan

Kesakitan teramat sangat

Demam tinggi (>38C)

Kesukaran bernafas

Pendarahan

Tidak sedarkan diri (pengsan)

Keadaan pesakit mengganggu kententeraman orang lain

Keadaan pesakit membahayakan diri atau orang lain.

2) Perkhidmatan ambulan disediakan untuk kes kecemasan dan yang perlu dirujuk ke hospital kerajaan/swasta. 3) Perkhidmatan di luar waktu klinik dikendalikan oleh staf yang bertugas secara oncall. Mereka boleh dihubungi melalui:

PENGURUSAN KECEMASAN

Kes kecemasan

Minta Bantuan Felo

Ke Klinik dengan Felo

Hubungi klinik 07-5530999

Beritahu HEMA/Keluarga

Rawatan

Balik ke Asrama

Hubungi klinik 07-5530999

Ada

Kecemasan

Ke Klinik dengan Ambulan

Ke Klinik dengan kenderaan

sendiri

Rujukan Hospital

Tiada Ada

Perlu Ambulans

Ada Tiada

CARTA ALIR PENGURUSAN KECEMASAN PUSAT KESIHATAN UTM

Page 57: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

57

PERKHIDMATAN TAMBAHAN DI PKU

Klinik Ibu Mengandung

Klinik Kanak-kanak

Klinik Laluan Pantas (peyakit kronik kencing manis dan darah tinggi)

Perkhidmatan ultrasound

Berkhatan

Pemeriksaan Kesihatan Umum (medical check up)

Klinik Fisioterapi

’standby’ aktiviti pelajar seperti sukan dan ’outreach program’

Rawatan Di Hospital Kerajaan

Universiti menanggung perbelanjaan rawatan mahasiswa di Hospital Kerajaan tidak melebihi RM 6,000.00 bagi satu tahun akademik untuk Wad Kelas 2 sahaja.

Rawatan dan Perbelanjaan Yang Tidak Ditanggung Oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Mahasiswa

Rawatan pencegah kehamilan, kemandulan dan kesuburan. Rawatan/pemeriksaan berkaitan mengandung dan bersalin. Alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti kerusi roda. Perubatan/pembedahan untuk tujuan kosmetik dan ritual. Semua imunisasi kecuali ATT selepas kemalangan. Perbelanjaan rawatan hospital swasta. Perbelanjaan rawatan di luar negeri Perbelanjaan pemeriksaan perubatan (medical check-up) kecuali atas urusan rasmi

universiti.

Page 58: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

58

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Pusat Kesihatan Universiti juga menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian seperti berikut:

Pemeriksaan dan diagnosa Rawatan abses Ubat-ubatan Tampalan: posterior/anterior Perskaleran Pembedahan minor Endodontik Cabutan X-ray Prostetik

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN, KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

* Rawatan dan prosedur pergigian dikenakan bayaran dengan kadar yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada:

Kaunter Pendaftaran No. Tel: 07-5537233 Pejabat Am No. Tel: 07-5537227

HARI MINGGU AKADEMIK CUTI SEMESTER CATATAN Ahad - Rabu 8.00 pagi - 10.00 malam 8.00 pagi - 5.00 petang

Pelajar & staf

Selasa 8.00 pagi - 1.00 petang 8.00 pagi - 1.00 petang Khamis 8.00 pagi - 10.00 malam 8.00 pagi - 3.30 petang Jumaat 8.30 pagi - 12.30 tengahari 8.30 pagi -12.30 tengahari Staf &

tanggungan

Page 59: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

59

PUSAT KAUNSELING Pusat Kaunseling merupakan nama baru bagi Pusat Kaunseling dan Kerjaya yang telah berubah fungsi pada Oktober 2009. Asal penubuhan Pusat Kaunseling bermula apabila Universiti meluluskan naik taraf Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (UPSP) pada 21 Januari 2004. Penubuhan Pusat Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seiring dengan aspirasi semasa pengajian tinggi negara yang mementingkan aspek bimbingan dan kaunseling, pembangunan sahsiah dan potensi diri, dan penguasaan kemahiran generik yang perlu dikuasai dan diperkukuh oleh mahasiswa. Pusat Kaunseling mengambil tanggungjawab ini melalui perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang disediakan dan melalui program-program pembangunan mahasiswa dan kesihatan mental yang dianjurkan dari semasa ke semasa. PERKHIDMATAN PUSAT KAUNSELING Pusat Kaunseling menyediakan dan menawarkan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah ini bagi membantu mahasiswa melalui transformasi modal insan yang berkualiti dan seimbang dalam aspek intelek, afektif dan kognitif, serta mempunyai kompetensi dan daya saing yang tinggi yang mampu memberikan sumbangan dan memimpin masyarakat pada masa hadapan; Menjalankan ujian-ujian psikologi dan memberikan interpretasi hasil ujian psikologi yang

diambil; Menganjurkan sesi ceramah, kursus, bengkel dan seminar yang memfokuskan aspek

psikologi, kesihatan mental, pembangunan diri dan sahsiah, serta pembangunan potensi diri dan kompetensi;

Menyediakan tenaga penceramah, fasilitator dan moderator untuk program bimbingan dan kaunseling, motivasi, pembangunan diri dan sahsiah;

Menunjukkan cara untuk menikmati relaksasi melalui fasiliti relaksasi yang disediakan; Menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan kaunseling dan psikologi melalui pelbagai

edaran KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Pusat Kaunseling menawarkan kemudahan seperti yang dinyatakan di bawah ini secara percuma kepada mahasiswa dan staf untuk digunakan, iaitu; Pusat Sumber Bilik Snoezelan / Relaksasi Taman Terapeutik Wakaf Anjung Serbaguna Risalah/Edaran/Poster berkaitan perkhidmatan Pusat Kaunseling Kelompok Sokongan Pelajar (Student Support Group) Terapi Biofeedback

Penggunaan kemudahan ini hanya diperuntukkan dalam tempoh waktu pejabat sahaja, kecuali kemudahan taman teraputik, wakaf dan anjung serbaguna. Namun begitu penggunaan kemudahan ini di luar waktu pejabat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pusat Kaunseling. PEMBIMBING RAKAN SISWA (PERSIS) Pusat Kaunseling merupakan mentor kepada PERSIS, iaitu sebuah persatuan pelajar yang dianggotai oleh mahasiswa dan mereka dilatih mengikut modul tertentu untuk intervensi tolong bantu awal rakan-rakan yang memerlukan bantuan dan bimbingan. Mereka yang berminat boleh terus mendaftarkan diri di Pusat Kaunseling. Penyertaan daripada mahasiswa sangat dialu-alukan demi memperluas dan memperkukuh peranan PERSIS dalam kalangan mahasiswa di kampus ini.

Page 60: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

60

WAKTU PERKHIDMATAN PUSAT KAUNSELING

HARI

MASA

AHAD - RABU

8.30 pagi - 12.30 tengah hari 2.30 petang - 4. 30 petang

KHAMIS

8.30 pagi - 12.30 tengah hari

2.30 petang – 3.30 petang

JUMAAT DAN SABTU/ CUTI UMUM

TUTUP

Waktu perkhidmatan bermaksud tempoh masa mahasiswa boleh mengunjungi Pusat Kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Walaupun begitu untuk kes-kes kecemasan mahasiswa boleh datang ke Pusat Kaunseling pada sepanjang masa waktu pejabat. CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PUSAT KAUNSELING Mahasiswa yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau menggunakan kemudahan Pusat Kaunseling boleh datang terus (walk-in) ke Pusat Kaunseling dalam tempoh waktu perkhidmatan atau membuat temu janji / tempahan:

Pejabat Am, Pusat Kaunseling UTM Johor

Tel: 07-5536666/07-5536677 (bagi membuat temu janji/ tempahan) Emel: [email protected]

: Pusat Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia (bagi mengetahui maklumat semasa dan menyertai program/ aktiviti terkini)

: utmcounselling (menyediakan informasi terkini aktiviti/program yang akan atau telah dijalankan)

: http://www.utm.my/counsellingcentre/ (menyediakan informasi dan tips berkaitan kesihatan emosi, mengenali diri melalui ujian personaliti secara atas talian).

Page 61: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

61

UNIT KEBUDAYAAN Pengenalan Unit Kebudayaan telah ditubuhkan dalam tahun 1996 bertujuan untuk melaksana dan membangunkan program kebudayaan, kesenian dan perpaduan dalam kalangan pelajar UTM. Unit ini juga telah berjaya memartabatkan seni budaya melalui penyertaan dan penganjuran pelbagai bentuk acara kesenian sama ada di peringkat Universiti Awam (UA), negeri dan kebangsaan. Bakat seni dan kreatif mahasiswa UTM telah diiktiraf dengan penubuhan kumpulan kesenian di bawah seliaan unit ini iaitu Persatuan Kesenian Citra Daksina (PETERANA) yang terdiri daripada :

1. Kumpulan Gamelan 2. Kumpulan Gendang 24 Musim 3. Kumpulan Kesenian Sabah & Sarawak 4. Kumpulan Koir 5. Kumpulan Muzik Losting 6. Kumpulan Nasyid 7. Kumpulan Orkestra 8. Kumpulan Orkestra Tradisional Cina 9. Kumpulan Pergendangan 1 Malaysia 10. Kumpulan Puisi Warisan 11. Kumpulan Tarian Melayu Citra Daksina 12. Kumpulan Tarian Tradisional Cina 13. Kumpulan Tarian Tradisional India 14. Kumpulan Teen’s n Theatre (TnT)

Peranan 1. Menyelaras semua kegiatan kebudayaan dalam kalangan pelajar dan staf UTM. 2. Memastikan semua aktiviti kebudayaan selaras dengan Dasar Kebudayaan UTM. 3. Memberi kemudahan penggunaan peralatan kebudayaan. 4. Menjadi ahli Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKUM). 5. Menjalin kerjasama erat dengan karyawan, pertubuhan kesenian, Jabatan Kebudayaan

Negeri dan Kebangsaan. 6. Mengendalikan kelas ko-kurikulum pelajar dalam bidang kebudayaan. 7. Memupuk semangat perpaduan dan patriotism dalam kalangan warga UTM melalui kegiatan

kesenian. Matlamat

1. Memperindah bakat seni, sahsiah dan akal budi. 2. Memperelok daya intuisi dan kreativiti. 3. Memupuk jati diri dan cintakan warisan kesenian. 4. Mengukuhkan daya kepimpinan dan kemasyarakatan. 5. Memantapkan tradisi kecemerlangan ilmu. 6. Memperbanyak fungsi rehlah dan riadhah. 7. Memperkasa tradisi kebudayaan, kesenian dan warisan kebangsaan.

Kemudahan

1. Instrumen orkestra, moden dan tradisional. 2. Studio muzik dan studio latihan olah tubuh. 3. Busana tradisional. 4. Rujukan dokumentasi. 5. Khidmat nasihat kebudayaan, kesenian dan warisan.

Page 62: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

62

Perhatian : Unit Kebudayaan UTM mengalu-alukan penglibatan mahasiswa dan staf UTM untuk menyertai aktiviti kesenian UTM dan PETERANA. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada:

Pejabat Am, Unit Kebudayaan UTM

Aras 4, Dewan Sultan Iskandar (DSI) No. tel. : 07 – 553 0779/ 30479

No. faks : 07 – 557 4795 Emel : [email protected]/[email protected]

Page 63: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

63

UTMAlumni PENGENALAN UTMAlumni dahulu dikenali sebagai Unit Perhubungan Alumni (UPA) telah ditubuhkan pada 1 April 1996 dibawah Pusat Tanggung Jawab Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni. Unit ini berfungsi untuk menjalinkan hubungan yang berterusan dalam bentuk profesional dan sosial di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan alumni UTM. Perhubungan ini juga diharap akan dapat memupuk rasa kepunyaan dan kecintaan kepada UTM secara berterusan di kalangan para alumni. MOTTO Alumni Pewaris Kepimpinan VISI Menjalin, memperkembangkan dan memantapkan interaksi antara Alumni dan UTM untuk membantu UTM mencapai matlamatnya. MISI Mewujudkan rangkaian perhubungan yang berfungsi untuk menjalinkan perhubungan di kalangan Alumni dan UTM. OBJEKTIF Objektif UTMAlumni adalah seperti berikut: i. Mengumpul dan mengemaskini database Alumni UTM.

ii. Mewujudkan hubungan yang berkekalan antara Alumni dengan UTM.

iii. Menyebarkan maklumat dan berita mengenai Alumni dan UTM.

iv. Memupuk rasa kepunyaan yang berterusan di kalangan Alumni.

v. Menarik minat, sokongan dan kerjasama daripada Alumni kepada UTM melalui aktiviti seperti

reunion, homecoming, seminar, makan malam, sukan dan sebagainya.

vi. Memberi pengiktirafan kepada graduan yang cemerlang. vii. Memberi pengiktirafan kepada Alumni yang telah berjaya dalam kerjaya, terlibat dalam aktiviti

masyarakat dan berjasa kepada negara dan dunia. viii. Menjana pendapatan untuk Tabung Endowmen Alumni UTM.

TAKRIF ALUMNI UTM Keahlian Alumni adalah automatik setelah disahkan mahasiswa/i bergraduat. Namun demikian Alumni UTM perlu menghubungi Pejabat UTMAlumni atau melayari portal UTMAlumni di laman sesawang alumni.utm.my untuk mengemaskini data peribadi. Keahlian alumni dibahagikan kepada dua kategori iaitu: a) Ahli Lulusan daripada Maktab Teknik (ITC), Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan UTM dari peringkat Diploma hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Page 64: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

64

b) Ahli Bersekutu: Graduan dari program kerjasama dengan UTM yang diiktiraf oleh Senat UTM. Staf UTM yang bukan graduan UTM. Individu secara jemputan yang boleh menyumbang kepada Alumni UTM dari segi kewangan,

khidmat, idea, dan sebagainya. AKTIVITI UPA Dalam mengeratkan hubungan sesama Alumni, beberapa aktiviti telah dijalankan oleh UTMAlumni antaranya ialah:

1. MALAM PRA-GRADUAN

Malam Pra-Graduan ialah aktiviti tahunan UTMAlumni. Program ini dikhaskan untuk mahasiswa tahun akhir yang bertujuan untuk meraikan mereka di samping menjalinkan hubungan kesepakatan yang lebih rapat dan berterusan antara pihak UTM dan bakal graduan. Anugerah Mahasiswa Berpotensi diberikan sebagai pengiktirafan kepada bakal graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

2. PENUBUHAN SEKTOR DAN SPECIAL INTEREST GROUP (SIG)

Dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama di kalangan para Alumni UTM, UTMAlumni telah menubuhkan sektor Alumni di setiap negeri iaitu Kedah/Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sektor antarabangsa yang telah ditubuhkan ialah Jakarta, Padang dan Riau. Selain daripada itu, beberapa kumpulan Alumni UTM berasaskan kepada kumpulan tertentu seperti kursus, fakulti dan sebagainya telah ditubuhkan. Kumpulan Alumni UTM ini dikenali sebagai Special Interest Group (SIG). Antara SIG yang telah ditubuhkan adalah Senior Tech, Techs 70’s, CLASS of 77, ALUKEP, eChem, SKA Dinamik 81-86, SKA 1985, RESENAL, QS-Bina, DKA 78-83, Alumni FPPSM, Alumni ID, Alumni Anak Kelantan di Johor, Alchemy, Architect Alumni, Alumni Kelab Fotokreatif, Alumni Lambaian Masyarakat, Amuni ISB 84/85, SEJATI, SIFE UTM, Alumni PALAPES dan Alumni Rahman Putra Club. Objektif utama penubuhan sektor SIG ini ialah untuk membantu UTMAlumni menghubungi Alumni UTM dan mewujudkan rangkaian perhubungan yang lebih aktif. Penubuhan sektor dan SIG boleh dianggap sebagai satu badan penggerak kepada aktiviti Alumni.

3. PERJUMPAAN ALUMNI (REUNION) UTMAlumni dan kumpulan Alumni UTM telah mengadakan beberapa perjumpaan bertujuan untuk mengembalikan nostalgia para Alumni terhadap universiti. Perjumpaan yang diadakan ini merupakan saluran untuk mengembangkan rangkaian perhubungan UTMAlumni. UTMAlumni juga menganjurkan pelbagai acara sukan seperti golf, memancing, boling, larian, seminar, kursus serta ceramah yang boleh menarik minat para Alumni untuk berkumpul.

4. ANUGERAH TOKOH ALUMNI Anugerah Tokoh Alumni mula diperkenalkan pada tahun 1998 yang bertujuan menghargai Alumni UTM yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Kriteria utama pemilihan adalah berasaskan kepada kejayaan peribadi calon dalam bidang kerjaya, sumbangan kepada masyarakat serta sumbangan dan sokongan kepada UTM.

Page 65: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

65

5. HOMECOMING ALUMNI Program Homecoming diadakan setiap dua tahun sekali. Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara pihak UTM dan Alumni.

6. PENGANUGERAHAN HADIAH AKADEMIK Hadiah akademik diberikan kepada mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik semasa Majlis Konvokesyen UTM.

7. TABUNG ENDOWMEN ALUMNI UTM Atas permintaan lulusan tahun 1972-1974, UTMAlumni telah menubuhkan Tabung Kebajikan UPA. Tabung ini bertujuan membantu mahasiswa atau Alumni UTM dalam apa-apa bentuk sumbangan yang difikirkan sesuai oleh Pemegang Amanah untuk kebaikan UTM. Pada 2009, nama tabung ini telah ditukar kepada Tabung Endowmen Alumni UTM serta penambahan dalam fungsinya. Tabung Endowmen Alumni UTM merupakan satu platform untuk alumni memberi sumbangan/menderma. Hasil penjanaan yang terkumpul daripada tabung ini akan digunakan untuk memberi bantuan kewangan seperti biasiswa kepada pelajar cemerlang, geran penyelidikan dan pemberian Anugerah Pingat Emas Alumni sempena Majlis Konvokesyen di UTM. Kelulusan penggunaan peruntukan adalah melalui Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

8. HARI TERBUKA ALUMNI Hari Terbuka Alumni diadakan sempena majlis konvokesyen yang diadakan setiap dua kali setahun. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada alumni mengemaskini maklumat/ data peribadi mereka. Para graduan turut diberi hadiah cenderahati sempena konvokesyen tersebut.

9. PENGHARGAAN ALUMNI

Beberapa alumni akan dipilih oleh ahli panel yang dilantik oleh universiti dan menerima penghargaan Alumni sempena Majlis UTM Alumni Gala Dinner. Penilaian ini berdasarkan kejayaan alumni serta sumbangan mereka kepada universiti dan negara.

10. JEMPUTAN KONVOKESYEN Universiti akan menjemput beberapa alumni UTM untuk hadir ke upacara konvokesyen sebagai tanda menghargai Alumni. Cenderahati konvokesyen akan diberikan kepada Alumni UTM yang hadir.

11. SESI KUNJUNGAN HORMAT UPA telah mengadakan beberapa sesi kunjungan hormat dengan Alumni UTM yang telah berjaya bagi memantapkan interaksi dan mewujudkan hubungan kerjasama dengan Alumni.

12. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN Pada tahun 2011, buat pertama kalinya UTMAlumni telah melaksanakan satu sesi menandatangani perjanjian persefahaman dengan enam syarikat yang dimiliki oleh Alumni UTM yang telah berjaya. Tujuan persefahaman ini ialah membantu dalam pembangunan latihan mahasiswa, pembangunan akademik, projek penyelidikan, Tabung Endowmen Alumni UTM, seminar/bengkel, penerbitan dan sebagainya. Pada tahun 2012, UTMAlumni telah melaksanakan tiga sesi menandatangani perjanjian persefahaman dengan tiga syarikat yang cemerlang.

Page 66: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

66

13. ALUMNI LECTURER SERIES Program ini melibatkan jemputan tokoh alumni yang berjaya dalam bidang tertentu untuk menyampaikan ceramah/syarahan kepada warga universiti dan Alumni UTM. Ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu kepakaran dan pengetahuan kepada warga universiti dan ahli alumni dan membina penjenamaan syarahan yang berimpak tinggi melalui tokoh-tokoh alumni yang berjaya.

14. PENYEDIAAN TEMPAHAN DEWAN DAN RUANG PENYEWAAN

UPA menawarkan perkhidmatan sewaan dewan untuk tujuan Majlis perkahwinan, bengkel/seminar, jamuan makan, pameran, ruang penyewaan dan sebagainya.

RUMAH ALUMNI Rumah Alumni mula dibina pada bulan Julai, 2002 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2003. Rumah Alumni terletak di dalam kampus UTM, Johor. Objektif pembangunan Rumah Alumni ialah:

i. Menjadi mercu tanda kepada kampus induk UTM. ii. Menjadi tempat untuk berinteraksi di antara mahasiswa, staf UTM dan Alumni UTM

melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan. iii. Menjadi pusat yang menyediakan pelbagai aktiviti sosial dan pendidikan iv. Menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada Alumni UTM.

Rumah Alumni terdiri daripada ruang pejabat, bilik mesyuarat, dewan seminar, lot kedai, dan restoran serta ruang untuk pameran/jualan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi:

Pejabat Am No. Telefon: 07-5536002/07-5536009/07-5536011

No. Faksimili: 07-5536007 E-mail:[email protected]

Laman web: http://www.utmalumni.my

Page 67: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

67

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Perpustakaan UTM merupakan sebuah organisasi yang komited dalam usaha membantu memacu citra kecemerlangan Universiti melalui perkhidmatan yang menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan di UTM. Selain daripada perpustakaan induk di kampus Johor Bahru yang dikenali sebagai Perpustakaan Sultanah Zanariah Johor Bahru (PSZJB), terdapat juga perpustakaan cawangan iaitu Perpustakaan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), 14 buah perpustakaan fakulti, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) yang berkonsepkan perpustakaan penyelidikan serta yang terbaru adalah Perpustakaan UTM Pagoh. Bagi memenuhi keperluan rujukan di kampus UTM Kuala Lumpur pula mempunyai Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM KL, Perpustakaan UTM Razak School of Engineering and Technoloy dan Perpustakaan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT.) Koleksi Koleksi Perpustakaan UTM berkait rapat dengan keperluan pengguna dan bidang teras universiti. Sehingga Dis 2016, jumlah keseluruhan koleksi Perpustakaan UTM adalah sebanyak 5,360,345 naskhah bahan yang terdiri daripada monograf, jurnal, buku bercetak & elektronik, bahan terbitan UTM, pangkalan data, media elektronik, bahan kartografi seperti peta dan fotograf udara serta bahan audio visual. Keahlian Keahlian Perpustakaan UTM terdiri daripada warga kampus dan juga ahli luar. Selain daripada keahlian mahasiswa dan staf UTM, Perpustakaan UTM turut menawarkan keahlian luar dengan kadar yuran tertentu kepada alumni UTM, pesara UTM, ahli keluarga UTM, pelajar institusi selain UTM termasuk pelajar sekolah, badan berkanun/swasta/professional dan juga orang perseorangan. Waktu Operasi Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru

Hari Semasa Semester 2 Minggu Sebelum & Semasa Peperiksaan

Cuti Semester

Ahad- Khamis 8.00 pagi – 10.30 malam Jumaat – Sabtu 8.00 – 5.00 petang 8.00 -10.00 malam 8.00 – 5.00 petang Kelepasan Am TUTUP 8.00 -10.00 malam TUTUP

Waktu Operasi Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS)

Hari Semasa Semester 2 Minggu Sebelum & Semasa Peperiksaan

Cuti Semester

Ahad- Khamis 8.00 pagi – 8.00 malam Jumaat –Sabtu 8.00 pagi – 5.00 petang 8.00 pagi – 8.00 malam 8.00 pagi – 5.00 petang Kelepasan Am TUTUP 8.00 pagi – 8.00 malam TUTUP

Page 68: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

68

Waktu Operasi Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Kuala Lumpur

Hari Semasa Semester 2 Minggu Sebelum & Semasa Peperiksaan

Cuti Semester

Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 10.15 malam

Sabtu & Ahad Kelepasan Am TUTUP 8.00 pagi – 10.15 malam TUTUP

Cuti Gantian Kelepasan Am*

8.00 pagi-5.00 petang 8.00 pagi – 10.15 malam 8.00 pagi-5.00 petang

*Nota : Jika hari kelepasan am jatuh pada Hari Ahad, maka Hari Isnin selepasnya adalah hari Cuti Gantian Kelepasan Am. Waktu Operasi Perpustakaan UTM-Pagoh

Hari Semasa Semester 2 Minggu Sebelum & Semasa Peperiksaan

Cuti Semester

Ahad- Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

Jumaat – Sabtu TUTUP TUTUP TUTUP Kelepasan Am TUTUP TUTUP TUTUP

Kaedah Pencarian Bahan Perpustakaan Perpustakaan UTM menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan Berkomputer bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat kepada pengguna. OPAC (online public access catalogue) yang dikenali sebagai LESTARI Library Electronic System and Research Information) merupakan sumber pencarian bahan utama untuk pengguna mengesan koleksi Perpustakaan UTM. Ia boleh dicapai melalui portal rasmi Perpustakaan UTM di alamat http://library.utm.my atau terus ke url http://libraryopac.utm.my. Kelayakan Pinjaman Jumlah pinjaman bahan adalah mengikut kategori pengguna. Tempoh dan kelayakan pinjaman bahan perpustakaan adalah seperti berikut: i. Pelajar Diploma/Pelajar Sarjana Muda

Jenis Koleksi Pelajar Diploma/ Pelajar Sarjana Muda Layanan Terbuka Jumlah 10

Masa 2 minggu Layanan Terhad Jumlah 1

Masa 2 jam Majalah Jilid Jumlah 1

Masa 3 hari Majalah Kini Jumlah 1

Masa Semalaman Rujukan Jumlah 1

Masa Semalaman Audio Visual Jumlah 1

Masa 2 jam/ Semalaman Nota : Jumlah peminjaman layanan terbuka adalah termasuk kumulatif bagi lain-lain kategori.

Page 69: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

69

ii. Pelajar Pasca Siswazah

Jenis Koleksi Pelajar Diploma/ Pelajar Sarjana Muda Layanan Terbuka Jumlah 20

Masa 1 bulan

Layanan Terhad Jumlah 1

Masa 4 jam

Majalah Jilid Jumlah 2

Masa 3 hari

Majalah Kini Jumlah 1 Masa Semalaman

Rujukan Jumlah 1 Masa Semalaman

Audio Visual Jumlah 1 Masa 2 jam/ Semalaman

Maklumat Elektronik Sumber elektronik langganan UTM yang terdiri daripada online databases, e-book dan e-journals boleh diakses dari dalam dan luar kampus melalui EZproxy dengan melayari portal perpustakaan. Sehingga Mei 2017 sebanyak 33 judul pangkalan data atas talian boleh diakses oleh pengguna berdaftar di UTM. Perkhidmatan Perpustakaan Perpustakaan UTM menyediakan pelbagai perkhidmatan meliputi peminjaman dan pemulangan bahan, khidmat runding maklumat, pangkalan data, kemudahan internet dan komputer, kelas kemahiran dan bengkel pencarian maklumat, pinjaman antara perpustakaan, sokongan penyelidikan, ruang rujukan eksekutif dan lain-lain lagi. Selain itu Perpustakaan turut menyediakan ruang bacaan am yang luas di semua aras. Sejumlah 100 komputer lengkap dengan capaian internet disediakan untuk kegunaan pelajar. Terdapat juga ruang bagi pengguna yang ingin menggunakan komputer riba dan ruang santai dengan kemudahan indoor games seperti catur, dam dan scrabble bagi merehatkan minda. Ruang khas untuk mengulangkaji seperti Bilik Karel Penyelidikan, Bilik Karel, Bilik Perbincangan dan Bilik Belajar 24 jam turut disediakan. Maklumat lanjut Perpustakaan UTM boleh didapati dari laman web perpustakaan di url http://library.utm.my atau boleh muat turun buku panduan perpustakaan dalam format elektronik elektronik di http://library.utm.my/about-the-library/publication-3/.

Page 70: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

70

PUSAT ISLAM UTM Pengenalan Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 6 Julai 2009 bagi menggantikan Pengurusan Masjid Sultan Ismail. Selaras dengan perubahan nama pengurusan ini, aktiviti-aktiviti berkaitan Masjid Sultan Ismail UTM dan pembangunan syiar Islam di Universiti Teknologi Malaysia dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia. Pusat Islam UTM adalah sebuah institusi penting yang berperanan sebagai pusat kegiatan ibadat, pusat kegiatan dakwah dan ilmu, pusat pentadbiran, pusat kegiatan sosial dan juga berperanan membangunkan modal insan dan memacu ummah amnya serta serta staf dan mahasiswa UTM khususnya ke tahap kecemerlangan di dunia dan akhirat. Pusat Islam UTM bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program serta aktiviti keagamaan, keintelektualan Islam, kebajikan dan kemasyarakatan di UTM Johor Bahru dan UTM Kampus Kuala Lumpur. Visi Diiktiraf Sebagai Pusat Kecemerlangan Pembangunan Syiar Islam Seiring Dengan Perkembangan Teknologi Misi Menjadi Peneraju Dalam Pembangunan Ummah Berteraskan Nilai-Nilai Islam Melalui Teknologi Inovatif Demi Menjana Insan Berkualiti Objektif

Menjadi Pusat Kecemerlangan Syiar Islam Melalui Aktiviti Pembudayaan Ilmu Menjadi Pusat Rujukan Dan Khidmat Kepakaran Dalam Hal Ehwal Islam Seiring Dengan

Perkembangan Teknologi Menjadi Pusat Pembangunan Sosial Melalui Usaha Perpaduan Dan Aktiviti Kemasyarakatan. Menjadi Peneraju Dalam Bidang Pendidikan Dan Dakwah Bagi Melahirkan Generasi Yang

Berkualiti Peranan

Pengurus kutipan dan pengagihan zakat melalui sistem infaq. Menyelaraskan pengurusan surau-surau di kolej-kolej kediaman mahasiswa di UTM berserta

aktiviti-aktivitinya. Menyelaras aktiviti Jawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Islam (JAPNI) atau yang seumpama

dengannya di Fakulti dan Bahagian di UTM. Memperkasakan pengurusan pusat penjagaan kanak-kanak melalui Hadanah UTM,

pengurusan pra-sekolah melalui Tadika Ihsan UTM dan pengurusan Sekolah Agama UTM selaras dengan misi dan visi Universiti.

Menguruskan Pengimarahan Masjid Solat Berjemaah Merancang dan Menguruskan Program Ihya’ Ramadan Mengatur Program-program Rasmi Kebesaran Islam dan Hari Kebesaran Universiti dan

Negara Menjadi penghubung dengan industri/pihak luar/Jabatan Agama Islam/Majlis Agama

Islam/Badan Kerajaan dalam konteks Agama Islam. Membantu university dalampenasihatan berkenaan Hal-Ehwal Agama.

Page 71: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

71

Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru Masjid Sultan Ismail (MSI) siap dibina pada tahun 1990 dan dirasmikan oleh Duli Yang Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor pada 23 Ogos 1991. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa, termasuk 800 orang jemaah perempuan. Ruang Solat Utama lelaki terletak di Aras 2. Manakala Dewan Solat Utama untuk wanita terdapat di Aras 3. Walau bagaimanapun, terdapat juga ruang solat wanita di Aras 2. Selain ruang solat, MSI juga dilengkapi dengan ruang pejabat yang menempatkan staf Pejabat Pengurusan MSI, Dua buah dewan seminar iaitu Dewan Al-Ghazali (muatan 130 orang) dan Al-Khawarizmi (muatan 130 orang), sebuah bilik kuliah Al-Biruni (muatan 40 orang), bilik mesyuarat, Bilik VIP, pusat sumber, bilik pengurusan jenazah,dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak dan MSI Mart yang menjual keperluan muslimin dan muslimah serta makanan halal. Bermula pada pada awal bulan Mei 2016, Capaian wifi melalui access point Hotspot@utm telah boleh digunakan setelah peranti rounter dengan kos RM 6,000.00 dipasang di tingkat satu dan dua Masjid Sultan Ismail. Masjid UTM Kampus Kuala Lumpur Pembinaan Masjid UTM Kampus Kuala Lumpur di atas tapak seluas 2746 ekar adalah merupakan salah satu projek pelan transformasi UTM Kampus Kuala Lumpur di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Projek bernilai RM7.5 juta ini mula dibina pada bulan November 2008 bagi menggantikan masjid lama UTM yang telah uzur dan tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Bangunan masjid ini mempunyai keluasan lantai 4,209.30 meter persegi, didirikan dengan ketinggian dua tingkat berserta dua menara minaret dan anjung masuk. Rekabentuk bangunan ini mempunyai imej yang unik dan menarik menggabungkan identiti bangunan moden serta bercorak futuristik berasaskan simbol bulan bintang dan lambang UTM. Bangunan Masjid UTM Kampus Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang solat utama di tingkat bawah boleh menampung 2500 jemaah, ruang solat wanita di tingkat 1 boleh menampung 500 jemaah. Ia juga dilengkapi dengan ruang wudhu’ dan tandas lelaki dan wanita, satu bilik pengurusan jenazah, kedai barangan halal, bilik rehat untuk imam dan bilal dan ruang wudhu’ terbuka di sekeliling bangunan masjid. Manakala di tingkat satu pula dilengkapi dengan ruang pejabat, bilik mesyuarat, dewan syarahan dan dua bilik kuliah. Bangunan masjid ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tanggal 10 Ramadan 1431H bersamaan 20 Ogos 2010.

AKTIVITI PUSAT ISLAM

1. Program Pengajian Kuliah Tafaquh Kuliah Maghrib Kuliah Subuh Kuliah Fardu Ain Wanita

2. Program Berkala

Ceramah/Syarahan/Forum Agama

Kursus Pengurusan Jenazah

Page 72: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

72

Kursus Memperkasakan Imam dan Bilal

Kursus Penyembelihan

Kursus Seni Khat

Kursus Pra Perkahwinan

Kursus Intensif Haji dan Umrah

Seminar dan Bengkel

Program Korban dan Aqiqah

3. Perkhidmatan

Khidmat Nasihat Keagamaan

Kebajikan Saudara Kita

Pusat Sumber

Kaunter Bayaran Zakat & Fitrah

Bantuan Zakat

Penyewaan Peralatan Dapur dan Jamuan

Pengurusan Jenazah

Pusat Pengumpulan Barang-Barang Hilang

Tadika Ihsan UTM

Taska Ihsan UTM (Child Care Centre)

Sekolah Agama UTM

MSI Mart

4. Rakan Pusat Islam (RPI) Pusat Islam telah menubuhkan RPI yang keahliannya terbuka kepada semua mahasiswa Islam yang berminat. RPI berfungsi membantu Pusat Islam menjalankan aktiviti kerohanian, keilmuan, kepimpinan dan riadah bagi mempertingkatkan sahsiah mahasiswa. Antara program yang dijalankan oleh RPI ialah Kuliah Siri Pedoman Hidup, Kuliah Wanita, Kem Pemantapan Aqidah dan Ibadah, wacana ilmu, qiamullail, tazkirah, riadah, Latihan Fasilitator, Bengkel Persiapan Pendakwah dan Kursus Kepimpinan. Disamping itu, RPI juga berperanan melaksanakan program bimbingan kepada saudara baru dan seterusnya menjaga kebajikan saudara baru.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada:

Pusat Islam,

Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-5537501/ 5537508 Laman web: http://islamiccentre.utm.my/

Facebook : https://www.facebook.com/pusatislam.utm/ Telegram/WeChat/Line/Whatsapp : 0187744026

Emel : [email protected] Faks : 07-5537532

Page 73: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

73

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAMPUS KUALA LUMPUR

Secara umumnya Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM Kampus Kuala Lumpur mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab yang sama dengan kampus induk tetapi dalam skop tugas yang lebih sesuai dengan bilangan mahasiswa yang sedia ada.

UNIT PENTADBIRAN &

KEWANGAN

UNIT PERHUBUNGAN MAHASISWA &

AKTIVITI

PUSAT KAUNSELING &

KERJAYA

UNIT SUKAN

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIT PENGINAPAN & KEMUDAHAN

UNIT BIASISWA & KEBAJIKAN

PEJABAT HAL EHWAL

MAHASISWA UTM KUALA LUMPUR

Page 74: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

74

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM LAIN YANG DISEDIAKAN KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

BANK Perkhidmatan Bank yang beroperasi di dalam UTM Kampus Johor adalah CIMB sahaja. PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS yang boleh didapati di sekitar UTM kampus Johor adalah seperti berikut:

Bil Mesin Kad Auto-Teller ATM-MEPS

Lokasi

1 CIMB Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa

Arked Cengal dan Arked Angkasa KTDI

2 Maybank Arked Kolej Perdana

3 Bank Islam Malaysia Berhad

Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa

Arked Cengal

KEMUDAHAN DI KOLEJ KEDIAMAN Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej-kolej kediaman

Kolej/Kemudahan Wi-Fi Kafe ATM Surau Mesin Basuh

Gelanggang Sukan

Bilik Aktiviti

Bas

Kolej Rahman Putra

/ / × / / / / /

Kolej Tun Fatimah / / × / / / / /

Kolej Tun Razak / / × / / / / /

Kolej Tun Hussein Onn

/ / × / / / / /

Kolej Tun Dr. Ismail

/ / / / / / / /

Kolej Tuanku Canselor

/ / × / / / / /

Kolej Perdana / / / / / / / /

Kolej 9 & 10 / / × / / / / /

Perkhidmatan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa.

Kemudahan kafetaria lain boleh didapati di Bangunan Persatuan Mahasiswa, Arked Cengal, Arked Meranti dan Scholar’s Inn, Bangunan Alumni, CICT, Laman Siswa dan Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Masjid Sultan Ismail terletak berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar.

Page 75: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

75

KAMPUS UTM KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS

Bil Mesin Kad Auto-Teller ATM-MEPS Lokasi

1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Dalam kampus UTM Kuala Lumpur

Kolej Siswa Jaya (KSJ)

2. Maybank Dalam kampus UTM Kuala Lumpur

Kemudahan fotokopi, kedai runcit dan mesin basuh berbayar disediakan di Kolej Siswa Jaya

(KSJ).

Kemudahan kafetaria terdapat di dalam kampus.

Masjid UTM terletak di kampus dan surau disediakan di Kolej Siswa Jaya (KSJ).

Page 76: JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR … · cita-cita menjadi mahasiswa yang berwawasan, berwibawa dan berkualiti. Kami di Universiti ini sentiasa memberi sokongan dan dorongan

76

Kandungan disediakan oleh: Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru