Jadual Spesifikasi Ujian

33
4.0 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan akan dicapai apabila guru mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. JSU memastikan murid-murid diuji dengan item ujian yang sah dan relevan mengikut kebolehan sebenar. 4.1 Definisi dan Konsep JSU Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik pelajaran dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Jadual ini terdiri daripada matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang). Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%. Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum membina JSU. Antaranya ialah:

description

p

Transcript of Jadual Spesifikasi Ujian

Page 1: Jadual Spesifikasi Ujian

4.0 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

Item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan

akan dicapai apabila guru mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang

telah ditetapkan. JSU memastikan murid-murid diuji dengan item ujian yang sah dan

relevan mengikut kebolehan sebenar.

4.1 Definisi dan Konsep JSU

Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik pelajaran

dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang

hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus

dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan

lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam

kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap

domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Jadual ini terdiri daripada matrik

dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran

serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum

membina JSU. Antaranya ialah:

i. Keseimbangan sasaran ujian;

ii. Keseimbangan tahap pembelajaran;

iii. Format ujian;

iv. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran;

v. Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Di dalam JSU perlulah terdiri daripada maklumat seperti :

i. Bentuk dan panjangnya ujian;

ii. Kandungan topik-topik;

iii. Aras Kemahiran;

iv. Peruntukan peratusan item/soalan;

Page 2: Jadual Spesifikasi Ujian

v. Bilangan soalan;

vi. Aras Kesukaran

4.2 Langkah-langkah Penyediaan JSU

JSU dibina sebelum ujian ditulis. Seharusnya ia hendaklah dibina sebelum pengajaran

dimulakan. Memang banyak masa dan tenaga yang diperlukan bagi membina

spesifikasi ujian. (Kubiszyn dan Borich, 2003) Linn dan Groundland (2000) menyatakan

“walaupun prosesnya mengambil dan memakan masa yang lama, tugas yang

dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja

persediaan lebih mudah pada masa depan”.

4.2.1 Langkah I

Memilih dan menyenaraikan isi kandungan, tajuk-tajuk atau topik-topik yang hendak

diuji dalam jadual yang disediakan. Contoh-contoh kemahiran yang akan diuji bagi ujian

bahasa ialah kata kerja, kata majmuk, peribahasa dan lain-lain.

4.2.2 Langkah II

Tentukan bilangan soalan yang hendak dibina dan markah bagi setiap item soalan.

Contoh :

i. Soalan objektif ( 20 soalan )

ii. 1 markah bagi 1 item

iii. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira.

= Jumlah masa × Jumlah soalan

Jumlah masa keseluruhan

Menentukan aras kemahiran dan aras kesukaran item berdasarkan model aras yang

dipilih, kemudian disusun secara mengufuk dalam JSU. Kebiasaan guru akan

menggunakan Model Aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terbahagi kepada 3 aras

kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Model ini membantu mengembangkan

pemikiran murid ke arah mana hendak dituju. Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom

membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat dengan bermula

dari asas kepada yang lebih tinggi. Antara peringkat berikut ialah :

i. Pengetahuan

Page 3: Jadual Spesifikasi Ujian

Peringkat pengetahuan mencakupi semua perilaku yang memfokus pada

pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan

peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Peringkat ini mengutamakan

kemahiran mengingat. Ciri-ciri peringkat pengetahuan ialah :

Menggunakan proses mental pengetahuan.

Memerlukan maklumat atau kandungan serupa dengan pengajaran guru

dan buku teks.

Soalan tidak memerlukan murid mengatur isi dalam bentuk baharu.

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.

Perkataan yang biasa digunakan siapa,apa,di mana,bila, definisi dan

lain-lain.

ii. Kefahaman

Aspek kefahaman bermaksud objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang

menunjukkan pengertian yang bermakna yang mengkehendaki murid

mengubah bentuk penerimaannya sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau

symbol tertentu. Beberapa aspek yang terlibat dalam peringkat ini ialah:

- Menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada

bentuk lain tanpa mengubah makna yang asal.

- Menginterprestasi pelbagai bentuk komunikasi apabila idea atau mesej

berkenaan berbentuk tersurat atau tersirat.

- Ekstrapolasi iaitu membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada

komunikasi yang ditunjukkan.

Ciri-ciri soalan berdasarkan kefahaman :

Soalan memerlukan penggunaan proses mental kefahaman melalui

langkah terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.

Maklumat asas telah diberikan kepada murid.

Memerlukan benda atau material atau alat komunikasi untuk diterjemah,

ditafsir dan dilanjutkan.

Murid menyatakan kefahamannya dalam ayat atau perkataan sendiri.

Perkataan yang kerap digunakan ialah huraikan, bandingkan, nyatakan,

bezakan, nyatakan dengan perkataan anda sendiri.

iii. Aplikasi ( Penggunaan )

Page 4: Jadual Spesifikasi Ujian

Aplikasi merupakan penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep,

prinsip,teori,hokum,prosedur dan cara am dalam situasi khusus dan situasi am

(Abu Bakar Nordin,1986). Peringkat aplikasi memerlukan murid memahami ciri-

ciri asas yang terdapat pada aspek berkenaan dan mengkehendaki murid

menentukan bukan sahaja cara menyelesaikan masalah tersendiri tetapi juga

situasi menjadi aspek penting sebagai strategi dalam menyelesaikan masalah.

Peringkat ini juga dapat menentukan sama ada murid dapat memilih

pengetahuan yang bersesuaian serta menggunakan dengan betul dalam

menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi dan menggunakan sesuatu yang

abstrak dalam situasi tertentu dan konkrit. Bloom (1971) berpendapat murid

dapat menguasai pada peringkat aplikasi jika mereka dapat :

- Menentukan prinsip atau generalisasi yang sesuai dalam masalah yang

baharu.

- Menyebut semula satu masalah untuk menentukan prinsip atau generalisasi

mana yang penting.

- Menetapkan hal atau kadar setakat mana prinsip atau generalisasi itu tepat

dan betul.

- Mengenalpasti sesuai atau tidak generalisasi tertentu dengan memberikan

alasan.

- Menerangkan fenomena baharu menggunakan prinsip dan generalisasi

yang diketahui.

- Menelaah apa yang akan berlaku dalam situasi baharu dengan

menggunakan prinsip dan generalisasi.

- Menentukan atau menjustifikasikan satu tindakan atau keputusan dalam

situasi baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai.

- Menyatukan alas an yang digunakan untuk menyokong penggunaan atau

lebih prinsip atau generalisasi dalam sesuatu situasi.

Ciri-ciri soalan berdasarkan peringkat aplikasi :

Soalan menggunakan proses mental aplikasi.

Objektif memerlukan tiga frasa iaitu kebolehan menggunakan,

prinsip/generalisasi dan masalah/situasi baharu.

Situasi masalah hendaklah baharu, iaitu tidak sama dengan masalah

yang disentuh dalam bilik darjah.

Page 5: Jadual Spesifikasi Ujian

Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan, pilih, buat, kira,

selesaikan dan lain-lain.

iv. Analisis

Fungsi peringkat analisis ialah membahagikan dan menentukan bahagian-

bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan dan

memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur itu untuk memahami komunikasi

dengan lebih terperinci bagi memulakan penilaian. Analisis terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu :

- Analisis unsur yang menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam

sesuatu komunikasi.

- Analisis perhubungan dengan menentukan perhubungan unsur-unsur yang

terdapat dalam pelbagai bentuk bahagian komunikasi.

- Analisis prinsip organisasi dalam penyediaan sesuatu dengan menentukan

tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya.

Menurut Bloom ( 1971 ), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut :

- Murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set

dokumen dengan menggunakan criteria analisis.

- Murid dapat menelah kualiti tertentu atau sifat yang tidak dapat dinyatakan

dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh.

- Murid dapat menggunakan kriteria yang relevan, penyusunan mengikut

sebab dan akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan

dalam sesuatu dokumen.

- Murid dapat mengenali prinsip organisasi dan mencorakkan rangka

keseluruhan dokumen.

- Murid dapat menelaah sesuatu rangka kerja tertentu, tujuan dan pandangan

tentang sesuatu dokumen.

Ciri-ciri soalan berdasarkan analisis :

Soalan menggunakan proses mental analisis, sama ada analisis unsur

atau hubungan prinsip organisasi.

Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza daripada

pengajaran.

Page 6: Jadual Spesifikasi Ujian

Situasi, dokumen atau bahanyang hendak dianalisis perlu ada pada

murid.

Memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.

Perkataan yang kerap digunakan ialah mengapa, kenapa, apakah faktor,

buatkan rumusan, buktikan dan sebagainya.

v. Sintesis

Sintesis merupakan proses menggabungkan dan menyusun unsur atau

bahagian bagi membentuk sesuatu yang lebih menyeluruh supaya komunikasi

itu lebih berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan

sintesis adalah seperti berikut:

- Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau

lukisan.

- Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi yang dicadangkan.

- Menghasilkan penerbitan atau set hubungan abstrak seperti membentuk

hipotesis.

Ciri-ciri berdasarkan sintesis :

Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.

Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada murid atau

berbeza daripada pengajaran.

Memberikan kebebasan kepada calon untuk menjawab sama ada dari

segi isi atau masa.

Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.

Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti.

Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan

dalam bentuk daya kreatif yang tinggi.

Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan,

cadangkan apa yang akan berlaku dan lain-lain.

vi. Penilaian

Peringkat penilaian memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai

bagi sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya.

Ciri-ciri soalan berdasarkan penilaian ialah :

Page 7: Jadual Spesifikasi Ujian

- Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.

- Situasi masalah yang hendak dinilai mesti baharu dan tidak biasa disentuh

dalam pengajaran di bilik darjah.

- Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.

- Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian iaitu apa yang hendak

dinilai, arahan tindakan balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian

itu.

- Perkataan yang biasa digunakan ialah pertimbangkan, taksirkan, tentukan,

pertahankan dan sebagainya.

Peringkat-peringkat objektif pendidikan Bloom :

6. Penilaian

5. Sintesis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

1. Pengetahuan

4.2.3 Langkah III

Guru perlu memilih jenis ujian yang akan diuji sama ada ujian objektif, ujian struktur,

ujian esei dan lain-lain. Jenis ujian yang hendak diuji bergantung kepada domain

objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada dari segi psikomotor, afektif dan

sosial.

4.2.4 Langkah IV

Menentukan bilangan soalan/item bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dan

lain-lain) bedasarkan isi dan aras kemahiran bagi ujian itu. Kemudian menulis bilangan

Aras sukar

Aras sederhana

Aras mudah

Page 8: Jadual Spesifikasi Ujian

soalan itu dalam petak yang berkenaan. Guru juga perlu menentukan aras kesukaran

soalan dari soalan mudah ke soalan sukar serta menentukan pemarkahan bagi setiap

soalan.

4.2.5 Langkah V

Langkah akhir dalam membina JSU ialah guru hendaklah menyatakan mata pelajaran,

tahun serta menyusun nombor soalan mengikut tajuk yang ditetapkan.

5.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU ) Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR

NO. TAJUK / BIDANG ARAS KESUKARAN

Page 9: Jadual Spesifikasi Ujian

SOALAN 1 2 3 4 5 61 Kata Adjektif /2 Kata kerja /3 Kata Penguat /4 Ayat Majmuk /5 Ayat Penyata /6 Penjodoh Bilangan /7 Kata Ganti Nama Diri /8 Kata Hubung /9 Kata Hubung /10 Kata Bilangan /11 Ayat Penyata /12 Kata Penguat /13 Kata Penegas /14 Kata Seru /15 Simpulan Bahasa /16 Peribahasa /17 Sinonim /18 Antonim /19 Kata Penegas /20 Kata Hubung /21 Peribahasa /22 Peribahasa /23 Sinonim /24 Sinonim /25 Sinonim /26 Ayat Penyata /27 Ayat Penyata /28 Ayat Tanya /29 Ayat Tanya /30 Ayat Tanya /31 Soalan petikan 1 /32 Soalan petikan 1 /33 Soalan petikan 1 /34 Soalan petikan 1 /35 Soalan petikan 1 /36 Soalan petikan 2 /37 Soalan petikan 2 /38 Soalan petikan 2 /39 Soalan petikan 2 /40 Soalan petikan 2 /

ARAS KESUKARANRENDAH 4SEDERHANA 9SUKAR 27

Page 10: Jadual Spesifikasi Ujian

JUMLAH SOALAN 40

Aras Taksonomi Bloom :

1 : Pengetahuan 4 : Analisis2 : Kefahaman 5 : Sintesis3 : Aplikasi 6 : Penilaian

6.0 Soalan Objektif Kertas 1 Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR

Arahan Am

Page 11: Jadual Spesifikasi Ujian

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya,

ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai

huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 9Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Fatihah merupakan satu-satunya murid perempuan yang _________ bersilat.

A bijak B petah

C jujur D handal

2. Halim __________ basikal setiap pagi pergi ke sekolah.

A menarik B menghayun

C mengayuh D memandu

3. Pokok bunga hendaklah selalu disiram supaya hidup dengan __________.A sihat B ceria

C segar D molek

4. ________________daripada penduduk Felda Sendayan bersetuju untuk menjual tanah mereka.

A Sebahagian B Semua

C Seluruh D Setiap

5. Buku latihan Kam Meng yang baru dibeli itu belum _____________ lagi.

A berbungkus B bertampal

C berbalut D bertutup

6. “Makanlah makanan yang _______________ agar kesihatan diri terjamin.” Pesan Doktor Ali.

A lazat B banyak

C berlemak D berkhasiat

7. Penduduk Nanga Menyebat telah bersetuju untuk _______________ kebun mereka secara bergotong royong.

A mengerjakan B dikerjakan

Page 12: Jadual Spesifikasi Ujian

C pekerjaan D pekerja

8. Pemandu teksi itu mahir dengan ________________ jalan raya di Kuala Lumpur.

A ulang-ulik B lalu-lalang

C lekok-lekok D selok-belok

9. ”Cepatlah pakai baju itu. Jangan _______________, nanti kita ketinggalan pula,” kata Puan Selina.

A lambat-lambat B lekas-lekas

C diam-diam D ragu-ragu

Soalan 10 – 12 berdasarkan gambar di bawah.

10. Murinah bercakap tanpa henti seperti ________________.

A mulut murai B kutu embun

C berat mulut D bertih digoreng

11. Asmah hanya __________________ diri sahaja mendengar leteran Munirah.

A mendiami B mendiamkan

C terdiam D pendiam

12. _______________ Munirah suka berleter, dia masih mempunyai ramai kawan.

A Jikalau B Tatkala

C Walaupun D Apabila

13. Suasana di stadium itu bising apabila Pasukan Selangor berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Pilih perkataan seerti bagi bising.

Page 13: Jadual Spesifikasi Ujian

A riuh B kacau

C meriah D seronok

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. berikan perkataan berlawan yang sesuai dengan keadaan budak itu.

A bangun B lonjak

C timbul D naik

Soalan 15 – 18

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15. I Dia menyelam sampai asal sungai untuk mencari tiram.

II Dia berjaya dalam pelajaran asal usahanya yang gigih.

III Kami tidak tahu dari mana asal budak itu.

IV Bentuk asal masjid itu tetap dikekalkan.

A I dan II B II dan IV

C I dan IV D III dan IV

16. I Dia mempunyai kawan yang banyak kerana dia baik.

II Pemuda itu sedang baik matosikalnya.

Page 14: Jadual Spesifikasi Ujian

III Saya berasa baik apabila mendapat hadiah daripada guru.

IV Kesihatannyabertambah baik setelah mendapat rawatan di hospital.

A I dan II B II dan III

C I dan IV D III dan IV

17. I Sajak itu mempunyai maksud yang dalam.

II Perigi di belakang rumah nenek sungguh dalam.

III Dia mendengar nasihat ibu dengan dalam.

IV Budak itu menyiapkan kerja sekolahnya dalam masa sejam.

A I, II dan III B I, II dan IV

C I, III dan IV D II, III dan IV

18 I Besi yang keras itu sangat sukar untuk dilenturkan.

II Buah mangga itu belum boleh dimakan kerana masih keras.

III Mereka bekerja keras untuk memenangi pertandingan kebersihan kelas.

IV Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan keras.

A I, II dan III B I, II dan IV

C I, III dan IV D II, III dan IV

Soalan 19 -20

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

19 Apakah tujuan kamu mengumpul tin-tin minuman itu?

A Saya hendak mengambil tin-tin itu di rumah Encik Lim esok.

B Tin-tin yang dikumpul itu berharga RM2.00 sekilogram.

C Tin-tin boleh dijual untuk mendapatkan wang.

D Saya sudah lama mengumpul tin-tin minuman.

20 Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam?

A Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.

Page 15: Jadual Spesifikasi Ujian

B Saya lebih tenang mengulang kaji pada waktu itu.

C Saya lebih suka mengulang kaji pelaljaran secara bersendirian.

D Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.

Soalan 21 – 22.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

21 Kemasukan barang-barang yang perlu sahaja, kemudia n ikut pasukan keselamatan berpindah ke tempat yang selamat.

A Apakah yang harus dibuat sebelum berpindah ke tempat yang selamat?

B Mengapapkah barang-barang yang diperlukan sahaja dikemas?

C Ke manakah pasukan keselamaan membawa barang-barang yang dikemas?

D Bagaimanakah barang-barang itu hendak dipindahkan?

22 Murid-murid dikehendaki berbaris di kantin.

A Bilakah murid-murid dikehendaki berbaris di kantin?

B Di manakah murid-murid dikehendaki berbaris?

C Mengapakah murid-murid mesti berbaris?

D Siapakah dikehendaki berbaris di kantin?

Soalan 23 – 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Page 16: Jadual Spesifikasi Ujian

23 Amin dan Zaidi akan menyertai perkhemahan pengakap di kawasan air terjun itu.

A Perkhemahan pengakap itu disertai oleh Amin dan Zaidi di kawasan ait terjun.

B Perkhemahan pengakap di kawasan air terjun itu akan disertai oleh Amin dan Zaidi.

C Pengakap itu akan mengadakan perkhemahan yang disertai oleh Amin dan Zaidi.

D Kawasan air terjun itu mengadakan perkhemahan pengakap yang akan disertai oleh Zaidi dan Amin.

24 Orang ramai dilarang daripada memasuki kawasan yang berbahaya itu oleh pihak berkuasa.

A Pihak berkuasa menegah orang ramai daripada daripada memasuki kawasan yang berbahaya itu.

B Pihak berkuasa menahan orang ramai yang berbahaya daripada memasuki kawasan itu.

C Pihak berkuasa itu tidak diizinkan memasuki kawasan itu oleh orang ramai.

D Pihak berkuasa tidak dibenarkan memasuki kawasan orang ramai yang berbahaya itu.

25 “Beri arnab kita makan dua kali sehari,” kata ibu kepada Aldrin.

A Dua kali sehari arnab itu diberi makan oleh ibu Aldrin.

B Aldrin dan ibunya memberi arnab mereka makan dua kali sehari.

C Aldrin berharap ibunya memberi arnab mereka makan dua kali sehari.

D Ibu berpesan kepada Aldrin supaya arnab mereka makan dua kali sehari.

Soalan 26 – 28

Pilih ayat yang betul.

Page 17: Jadual Spesifikasi Ujian

26 A Salleh mengelap tingkap manakala menyapu lantai.

B Emak membuka pintu supaya masuk ke dalam rumah.

C Rajoo memasukkan buku-buku ke dalam beg lalu ke sekolah.

D Rina sedang berfikir sama ada hendak membeli baju serta kasut.

27 I Bapa melekatkan setem pada sampul surat.

II Jam jarum yang rosak itu telah dibaiki oleh abang semalam.

III Bas itu memandu dengan lebih berhati-hati di jalan yang curam.

IV Walaupun dia sudah tua tetapi perangainya masih kanak-kanak.

A I dan II B II dan III

C III dan IV D I dan IV

28 I Saya baru tiba ke Batu Kawa.

II Meja itu diperbuat dari kayu jati.

III Hadiah itu diberikan kepada Leong.

IV Kami menunggunya pada pukul 4.00 petang.

A I dan II B II dan III

C III dan IV D I dan IV

Soalan 29 - 30

Page 18: Jadual Spesifikasi Ujian

Mereka bersiar-siar di taman pada waktu petang.

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

29 Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi situasi di atas ialah _____________.

A cangkul angin

B ambil angin

C naik angin

D ada angin

30 Masalah penduduk kampung itu dapat diselesaikan dengan _____________ pegawai daerah.

A buah tangan

B ringan tangan

C bekas tangan

D campur tangan

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Samad duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah sawah padinya. Raut mukanya kelihatan muram. Sudah tiga hari hujan tidak berhenti. Anak padi yang tumbuh menghijau hampir tenggelam.

Pak Samad mengeluh sendirian. Dia melihat suatu kawasan kosong pada petak sawahnya. Anak padi yang disemainya ada yang telah dihanyutkan. Selepas hujan berhenti, dia terpaksa menanam anak padi semula di kawasan kosong itu.

Apa yang direnungkan ,bapaknya? Macam besar sahaja masalah? tanya Mak Tijah. Mendengar suara isterinya, Pak Samad berpaling. Dia tersenyum melihat isterinya membawa dulang berisi air dan kuih.

Macam mana abang tak bimbang, maknya. Cuba maknya tengok air yang bergenang di sawah. Kalau berterusan hujan, alamat matilah anak padi yang abang semai, jelas Pak Samad menyatakan kebimbangan.

Satu lagi, kalau abang tak bekerja bagaimana dapur kita hendak berasap. Wang simpanan kita semakin berkurangan, tambah Pak Samad lagi.

Page 19: Jadual Spesifikasi Ujian

Mak Tijah hanya diam sahaja. Apa yang dikatakan oleh suaminya itu ada kebenarannya. Beras di dapur juga tinggal sedikit. Begitu juga dengan barang-barang dapur yang lain.

31. Apakah pekerjaan Pak Samad?

A Penoreh getah

B Peladang

C Pesawah

D Nelayan

32. Mengapakah Pak Samad berasa bimbang?

A Hujan lebat tidak berhenti

B Anak padi tumbuh menghijau

C Dia tidak sihat

D Bimbang anak padinya mati

33. Perkataan bergenang dalam petikan bermaksud

A Mengalir

B Bertakung

C Terbenam

D Berkocak

34. Di manakah Pak Samad dan isterinya minum petang?

A Ruang tamu

B Dapur

C Beranda

D Halaman rumah

35. Apakah akan terjadi sekiranya Pak Samad tidak bekerja?

A Dapur berhenti berasap

Page 20: Jadual Spesifikasi Ujian

B Anak padi yang disemai akan mati

C Tiada sumber kewangan

D Wang simpanan semakin bertambah

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Faiz! Faiz! Faiz! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal. Faiz�

terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya.

Faiz bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air.

Suku jam kemudian, Faiz sudah siap ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju

ke pintu depan rumahnya. Faiz, marilah bersarapan dulu, kata ibunya.� �� Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun

hari ini ada ujian. Nanti Faiz makan di kantin. Duit yang ayah beri semalam masih ada, � jawab Faiz.

Semasa Faiz berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya

belajar bersungguh-sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu bas

ekspres dan membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh,

Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga

Faiz serta dua orang adiknya yang belum bersekolah.

Pada hari itu, Faiz menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi.

Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan

penumpang yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek

menaiki bas itu. Faiz segera memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.

Walaupun Faiz lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan

menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Rostam

supaya rajin belajar. Pelajaran penting untuk masa depan kamu. Itulah kata-kata yang�

sering didengarinya.

Sampai di sekolah, Faiz cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-

kawannya yang lain masuk ke kelas.

36 Faiz tidak mahu bersarapan pagi kerana

Page 21: Jadual Spesifikasi Ujian

A dia ada ujian di sekolahnya.

B dia masih ada duit.

C dia akan makan di kantin.

D dia sudah lewat.

37 Di manakah Faiz sekeluarga tinggal?

A Ipoh

B Taiping

C Johor Bahru

D Kuala Lumpur

38 Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Faiz.

A Berjimat-cermat

B Menepati masa

C Bertimbang rasa

D Mendengar nasihat

39 Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali

A Faiz menaiki bas sekolah pada hari itu.

B Faiz selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam.

C Faiz mengambil masa lima belas minit untuk bersiap.

D Faiz masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.

40 Rangkai kata terpaksa bersesak-sesak dalam petikan bermaksud

A mesti berebut-rebut

B perlu berhimpit-himpit

C kena berduyun-duyun

D harus bertolak-tolak

7.0 REFLEKSI

Page 22: Jadual Spesifikasi Ujian

Pertama sekali, saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi

kesempatan ruang, peluang serta ilham yang melimpah ruah untuk menyiapkan kerja

kursus BMM 3103 iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah

berjaya saya laksanakan. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En.

Mohd Pauzi bin Mohd Yusof di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan dalam

subjek ini serta tidak lupa juga kepada rakan-rakan PPG yang telah banyak membantu

dari segi ilmu dan perkongsian bahan. Pelaksanaan tugasan ini memerlukan komitmen

yang tinggi serta mencabar minda. Di mana kami dikehendaki untuk melaksanakan 2

tugasan yang merangkumi topik-topik dalam Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah.

Refleksi Tugasan 1

Tugasan pertama yang saya perlu laksanakan ialah perihalkan kefahaman anda

tentang sejauh manakah pengisian KBAT dalam semua soalan kertas 1, Bahasa

Melayu bagi peperiksaan UPSR ( 2012, 2011 dan 2010 ) berdasarkan model

Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan Krathwohl,2001). Sokong hujah anda

dengan pemerian justifikasi yang relevan dan autentik. Antara kekuatan yang saya

dapat lihat sewaktu proses menyelesaikan tugasan yang pertama ini ialah di mana

kesemua kertas soalan UPSR tersebut terdapat di sekolah. Di mana guru panitia

Bahasa Melayu iaitu Cikgu Rosyatima sentiasa mengumpul kertas soalan tahun-tahun

yang lepas. Ini memudahkan saya untuk merujuk dan mendapatkan bahan tersebut

dengan mudah. Namun begitu, terdapat banyak kelemahan dan kekangan dalam

menghasilkan tugasan ini. Kekangan yang pertama ialah saya terpaksa membuat

analisis terhadap semua soalan UPSR dari tahun 2010 hingga 2012. Sudah pastilah ia

memerlukan masa yang banyak. Di samping itu juga, saya terpaksa merujuk kepada

model Taksonomi Bloom untuk membuat hujah ataupun memberi komen yang bernas

terhadap analisis soalan tersebut. Kekangan yang kedua ialah masalah tanggungjawab.

Di mana saya perlu pandai dan bijak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai

seorang guru dan juga sebagai seorang pelajar. Sudah pastilah banyak bebanan dan

tugasan sebagai seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman dalam bahagian

Daerah Lubok Antu. Ini kerana wujudnya masalah dengan jaringan internetnya yang

lemah. Ini menyukarkan saya untuk mendapatkan bahan rujukan dari internet.

Tambahan pula, sekolah tempat saya mengajar tidak dapat dihubungi dengan alat

Page 23: Jadual Spesifikasi Ujian

komunikasi seperti telefon. Ini menyukarkan saya untuk berhubung dengan rakan-rakan

untuk berkongsi bahan rujukan. Bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa”. Inilah kata

peransang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Secara peribadi, saya

berpendapat bahawa tugasan pertama ini banyak memberi manfaat kepada saya dari

segi kemahiran menganalisis soalan UPSR Bahasa Melayu. Dengan pengalaman dan

pengetahuan ini, saya akan berkongsi ilmu tersebut dengan guru yang mengajar

Bahasa Melayu di sekolah saya nanti.

Refleksi Tugasan 2

Tugasan yang kedua pula merangkumi tajuk Pepejal Sekata dan Separa Sekata. Tugasan ini perlu

dilaksanakan secara individu. Di mana saya perlu membuat 5 pepejal platonik, 3 pepejal Archimedes

dan 2 pepejal Kepler- Poinsot. Lima pepejal platonic yang saya buat ialah bentuk kubus,

Dodecahedron, Tetrahedron, Octahedron dan Icosahedron. Tiga pepejal Archimedean yang saya

pilih ialah Cuboctahedron, Truncated Cube dan Truncated Tetrahedron. Manakala pepejal Kepler-

Poinsot yang saya pilih ialah Great Icosahedron dan Small Stellated Dodecahedron. Walaupun

kesuntukan masa, akhirnya saya dapat juga menyiapkan kesepuluh pepejal ini. Antara kelebihan

yang saya dapat lihat dalam menyiapkan tugasan ini ialah pengorbanan dari segi masa, tenaga dan

wang ringgit untuk menyiapkan tugasan ini. Selain daripada itu, saya tidak mudah berputus asa untuk

menyiapkan tugasan ini kerana untuk mencantumkan bucu pepejal tersebut memerlukan kesabaran

yang tinggi. Saya juga banyak melakukan cuba jaya terutama dalam membuat pepejal Kepler-

Poinsot yang mempunyai banyak bucu yang sukar untuk dibentuk. Antara kelemahan yang saya

dapati dalam tugasan yang kedua ini ialah saya terlalu banyak menggunakan kaedah cuba jaya

dalam mencantumkan bentuk pepejal Kepler-Poinsot. Ini kerana dalam membina setiap satu pepejal

saya menginginkan pepejal yang dibina itu dalam keadaan kemas dan cantik. Justeru itu,saya dapat

merumuskan bahawa tugasan kedua ini, sangat menguji kesabaran dalam pembuatannya. Saya

juga berpendapat bahawa dengan adanya pepejal-pepejal dalam bentuk maujud ini dapat dijadikan

sebagai alat bantu mengajar yang berkesan untuk guru . Dari segi aspek geometri pula, pepejal

merupakan objek yang ada di persekitaran kita. Tanpa kita sedari, terdapat unsur -  unsur matematik

dalam pepejal- pepejal yang berikut. Oleh hal yang demikian, sebagai guru kita perlu menerapkan

nilai- nilai matematik dalam diri murid.

Page 24: Jadual Spesifikasi Ujian

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing Bahasa

Melayu, BMM3103, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah rendah kami iaitu Encik Pati

anak Alap yang membimbing kami dalam mata pelajaran ini. Selain itu, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kerana menyokong saya mengikuti

program ini. Pada mulanya, saya langsung tidak tahu tentang subjek ini. Selepas

mengikuti bimbingan pensyarah pembimbing, barulah saya tahu cara menulis

rancangan mengajar dan isi kandungan yang patut dimasukkan ke dalam rancangan

pengajaran Bahasa Malaysia.

Sebelum membuat kerja kursus ini, saya masih tidak tahu tentang sistem

persediaan soalan Bahasa Melayu. Tetapi selepas mengkaji soalan UPSR, kefahaman

Bahasa Melayu, soalan yang disediakan meestilah menarik perhatian murid sebelum

mereka bersedia untuk soalan yang lebih susah. Dengan ini, murid akan lebih yakin

menjawab soalan soalan yang mudah sebelum soalan yang memerlukan pemikiran

yang lebih komplikasi.

Dengan mengikuti bimbingan Encik Pati dan subjek ini, saya dapat memahami

cara menyediakan soalan iaitu dari mudah ke susah, dari aras rendah ke aras tinggi.

Soalan yang disediakan mestilah bermula dari menguji pengetahuan. Kemudian

barulah ke peringkat kedua iaitu menguji kefahaman. Seterusnya peringkat yang

menguji penyerapan, menganalisis, mengsintesis dan peringkat terakhir penilaian.

Dengan ini, bermula dari sekarang saya akan menyediakan soalan mengikut peraturan

Taksonomi Bloom.

8.0 RUJUKAN :

Sumber Buku :

Page 25: Jadual Spesifikasi Ujian

Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia:Panduan dan Teknik.

Selangor:Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Siri Maktab

Perguruan : Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 4.

Sumber Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_lisan

www.hltmag.co.uk/apr08/sart05.rtf

http://teachertraining.linguaprof.com/?tag=rivers-and-temperley

http://www.slideshare.net/nshashari/03-kemahiran-mendengar-dan-bertutur

http://amirosyatibashah.blogspot.com/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html