Jalanan Nur Ilahi

download Jalanan Nur Ilahi

of 17

Transcript of Jalanan Nur Ilahi

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    1/17

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    2/17

    rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah,

    ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan)

    adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

    Firman Allah swt:

    Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham)

    baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-

    Ankaabut:69)

    Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian merekatelah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu

    hadis Qudsi:

    Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.

    Tenaga Rohani dan Latihan

    Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnyamanusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

    Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali

    potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya. Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi

    kepada empat bahagian:

    :- Mengenal secara Taqlid - Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai

    pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

    :-Mengenal secara Ilmu Yakin - Martabat Syariat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan

    mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat iniadalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

    :- Mengenal secara Ainul Yakin - Martabat Makrifat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan

    hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati. Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit

    tetapi belum dimakan (dirasa)

    :- Mengenal secara Haqqul Yakin - Martabat Hakikat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan

    hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa

    kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya. Keimanan yang dicapai melaluiilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan AllahTaala pada setiap masa. Inilah iman yang haq, yang lebih tinggi kedudukannya dari iman

    Ainul Yakin.

    Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahawa Tuhan sentiasa

    melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhandi mana sahaja kita berada. Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    3/17

    menjunam kedalam dada. Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila

    berlaku masaalah. Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia

    hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja. Bahkan beribadahdengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka. NauzubiLahi min

    dzalik. Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut

    pada Allah.

    Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamutidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu. (Bukhari dan Muslim daripada Abu

    Hurairah)

    Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

    Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnyadan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri

    jasad ini. Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan

    hancur ditelan bumi.

    Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusiakepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang

    dicipta oleh Jin dan Syaitan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan

    sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohanimereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada

    batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam,

    nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

    Firman Allah swt:

    Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan. (al-Isra:81)

    Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan

    kerohanian. Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam,

    misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan

    kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara merekamemeluk Islam. Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada

    Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

    Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut

    paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan. Merekaberpegang dengan kalimah Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi yang bermaksud,

    Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari

    Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawiyang akan hancur. Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam

    menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.

    Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka,

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    4/17

    sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan

    akhirat diperolehi dengan mudah.

    Zikir sebagai sumber kekuatan

    Firman Allah swt:

    .Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang. (ar-Rad:28)

    Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh, emosi (nafsu), akal dan jasad.

    Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah. Ia dibekalkan dengan

    nafsu dan akal. Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

    Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad. Kekuatan jasad

    amat terhad, ianya mengikut kata hatinya. Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia

    boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam realiti kehidupanbanyak perkara luar dugaan akal berlaku. Akal menjadi lemah apabila perancangannya

    gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

    Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan. Manusia akan menjadi

    kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt. Tetapi bagaimana mahu berhubungdenganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

    Firman Allah:

    Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri. (al-Qaf:16)

    Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan. Tanpa ingat

    padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpadisedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya. Apabila ada kesusahan, baru

    manusia teringat padaNya, merayu-rayu padaNYA. Tetapi apabila mereka diberi

    kesenangan, mereka lupa padaNya.

    Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh, bukannya akal atauemosi. Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah

    begitu mendalam.

    Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atauasyik dengan Tuhannya. Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar

    apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya. Mereka

    merasa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turutbersama-sama merasainya.

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    5/17

    Firman Allah swt: Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama

    dan melindungi hambaNya). (Al-Baqarah:152)

    Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akanmendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. Zikir yang bersisilah dan dilakukan

    dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkanubudiyahnya kepada Allah. Semakin tinggi ubudiyyah, semakin tawadhuk dan semakin

    kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) ,maka semakin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya. Ia selari dengan

    perinsip sains bahwa semakin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan

    kuasanya.

    Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang darialam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya

    akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.

    Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia

    juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnyamempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Getaran cahayanya

    yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombangelektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang

    mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu

    atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura. Ia

    mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat

    mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif. Semakin

    kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semakin kuatlah medan magnet atau bentengdirinya.

    Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat

    berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih. Ia selari

    dengan hukum fizik yang menyatakan bahawa melakukan gerakan atau geseran padatempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga yang

    diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya. Seseorang ahli zikir atau

    orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sainsmengatakan semakin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau

    tenaga yang berhasil amatlah laju. Justeru, semakin seseorang itu tenang, tenaganya

    makin kuat dan laju. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagaikegunaan zahir dan batin.

    Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

    Firman Allah swt:

    Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu

    berbaring.(An-Nisa:103)

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    6/17

    Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa

    hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi danpetang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai.(al-Araf:205)

    Semoga mendapat menafaat, wassalam.

    Amalan Buka Gerak

    Pergerakan yang kita dapati selepas kita membaca passwordnya itu adalah ia terjadi

    daripada proses semula jadi dari rahsia hidup yang berada didalam dada kita apabiladihubungi. Pergerakan itu adalah suatu jalan dari Allah kepada kita dan hakikatnya ia

    membawa kita berjalan mengikut kehendaknya mengikut hajat yang kita serahkan

    kepadanya maka Allah akan mengatur urusan itu mengikut caranya bagi jalan BBM iaitu

    gerak. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi :-

    wallahu ghoolibun ala amrih

    dan Allahlah yang mengatur sekalian urusan makhluknya......oleh itu kalau kita tahu

    akan keadaan gerak itu pasti kita tidak akan puas dengan peramalan itu kerana ia adalah

    dalil bagi kita yang mana Allah lah yang membawa kita bergerak atau berjalan kepadakehadhiratnya.

    Terkadang ada orang bertanya mengapa orang lain beramal tidak bergerak seperti jalan

    BBM? Atau kita sendiri pun pernah membaca ayat-ayat lainnya kenapa tidak bergerak.?

    Sebenarnya gerak itu tergantung kepada niat dan kefahaman. Jika kita melakukan gerakdengan tiada kefahaman maka ia digelar atau diketegorikan dalam gerak kosong.

    Akan tetapi ada juga gerak yang bercampur. Ini adalah kerana kelakuan abadi masih lagi

    bercampur dengan kelakuan zahir, ianya terjadi akibat dari ketidakfahaman di dalam hal

    pemisahan, orang kata mereka ini tidak dapat lagi nak membezakan antara yang managerak abadi dan yang mana gerak lahiriah. Kalau gerak lahiriah ia terjadi dari tindakkan

    akal, akan tetapi gerak abadi itu hasil dari tindakan AKU atau QUDRAT ilahiah.

    Gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yang ada padamu

    samada tangan, kaki, hati, fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat rahmat dari nya.

    Gunakanlah daya kekuatan yang ada itu untuk melenyapkan segala ajakan dan pengaruh-pengaruh jahat yang sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir. Pisahkanlah akal

    fikiranmu dan jiwamu dari sifat pergantungan kepada hal yg bersifat mati, dan

    gunakanlah tenaga ghaib itu untuk melakukan pemecahan-pemecahan yangmendatangkan manfaat kepadamu, dirimu dan badanmu. Dan sesungguhnya gerak yang

    kita dapati itu adalah suatu hal yang ajaib dari Allah, makanya kita perlu mengambil

    manfaat dari gerak itu sendiri.

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    7/17

    Kalau Nabi Muhammad saw dibawa oleh Allah dalam sejarah Israk dan Mikraj suatu

    perjalanan luar biasa bagi manusia dan nabi di angkat ke langit ke 7 dan sampai kehadirat

    Allah. Maka dengan ini jalan yang kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yang samaakan tetapi berlainan pada keadaannya. Oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik, marilah

    kita sama-sama bahu membahu untuk mencapai redha Allah di dunia dan juga akhirat.

    Lakukanlah pengakuan dan penyaksian kepada Tuhan pada setiap masa dengan ucapankalimah syahadah.

    Aku Telah Dapat Menemui-NYA Dipertemuan Kiri dan Kanan

    Salam buat anak didik BBM yang arif budiman. Ingin tau tentang maksud Bapak dalam

    bukunya Diriku yg ku kenali ada ungkapan Bapak yang mengatakan "aku telah dapat

    menemui 'NYA' dipertemuan kiri dan kanan.."

    Ayahdi Pakngah : Pada pendapat saya tentang maksud bapak itu adalah tentang rahsia

    hidup iaitu AKU. Maka kedudukannya didalam dada seperti yang kita ketahui kedudukan

    dada itu berada ditengah-tengah antara kanan dan kiri, jadi rahsia itulah berada disitu.AKU itu adalah (rahsia hidup) yang mendatangkan energi-energi kepada kita iaitu badan

    diri ini. Kalau dikaji balik sememangnya kedudukan hidup itu terletak pada dalam dada,

    kerana dada itu adalah rumah bagi hidup. Ada kata ulama terdahulu mengatakan

    sesungguhnya aku (Allah) mentajallikan rahsiaku kedalam dada mu...sekian.

    Sumber: Group Jalanan Cahaya Nur Ilahi

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    8/17

    Mari rekan sekalian jangan sungkan kita berbincang...he..he..rasanya kami serasa belajar

    dihadapan Bapak Bagindo Muchtar dengan anak - anak didik dari negeri seberang..

    Bagaimana kita mulakan dg orang yg paling muda disini. Silakan A'in

    Fuyooo Pak Ngah pun ada, AslmuAlkm Pak Ngah dan sahabat yg lai

    ...

    Tak ada yang muda tak ada yang Tua, semua sama saja...he..he...he..

    salam utuk semua anak2 BBM

    Saya faham yg itu Imam, cuma saya suka beri peluang pengalaman org muda

    salam utk semua kpd anak2 BBM

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    9/17

    Silakan A'in

    lhaa....baru muncul lagi ...hahaha

    Wa'alaikum salam Ayah Di Pakngah..

    adakah ilmu yang dibagi kekami hari ini..

    KALAU GAYA GINI BEST JGK PAK,ILMU APA PAK HAHAHA

    Mungkin A'im malu agak nya, silakan sesiapa saja mulakan topik

    tak ada TM baca aje laahhhhh

    jarang - jarang kita bisa kumpul begini lo...

    betul tu pak

    Kelemahan kita semua adalah jarang mengulang membaca lagi buku BBM apalagi

    menelitinya. Berdasarkan pengalaman saya, walau buku BBM dibaca berulang2 selaluada penafsiran2 baru yg kita jumpai seolah2 buku tsb update setiap kita baca. Bagimana

    pengalaman Saudara2 ?

    Bolih Imam jelaskan catitan ini " 'harus kita hadapi dengan rasa yang terasa pada ujung

    jari kita dan jangan memakai akal fikir & hawa nafsu', InsyaAllah akan di capai jalan

    terbaik dari Allah SWT "

    Betul Mas Tono....kayaknya saya selalu dapat ilmu baru setiap ngulang baca buku Bapak

    Bagindo Muchtar..

    ya setuju sekali dgn pak mas..itu juga yg selalu saya lalui..apatah lagi bapak sukaberkias..membaca sajak2nya..spt bukan Bapak yang menulis...

    buku yg ada pd saya dh hampir hancur dan nota yg saya tanda hasil dari pengamatan dr

    kitab itu pun banyak tp berbeza-beza.

    Menurut saya 'Bapak Bagindo Muchtar menulisnya tidak hanya menggunakan akal fikirmelainkan memakai rasa yang terasa, sehingga hasilnya juga lain dari yang lain..

    saya sedang menunggu kepulangan tuan md noh..ingin memintanya mengadakan pdf pdf

    buku buku bapak dilaman BBMSG ini supaya mana yg belum ada buku bapak dapat

    memperolehinya dengan mudah...

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    10/17

    Pengalaman saya ketika membaca buku Bapak, tak tersirat hawa nafsu dari tulisan beliau,

    melainkan kefahaman akan rasa ketuhanan dan petunjuk akan kesempurnaan dalam

    kehidupan yang saya hadapi..

    saya sendiri pun terkadang pening krn terlalu banyak tafsiran yg kita dapati dr satu

    tajuk,kita baca hari ini lain dan esok lain plk aduhaiiiiiiii.

    Bagaimana, kalau saya katakan : bahawa kita mesti mentauhid setiap penjuru dan setiap

    sudut rasa ternyata...kita sama ya....he..he..he..Tapi mungkin banyak rahasia Allah yangkita diberi izin untuk diketahui hambanya...

    betul tu,ya ya ya pak imam aku sendiri pun heran knp jadinya gaya gitu sih.

    Bolih hamba nya yg mendapat sesuatu rahsia dari Allah SWT dapat berkongsi sama

    bersama hamba yg lain

    saya memang setuju sekali dengan pandangan tok mat bahawa ..INTIPATI ..ajaran bapakialah TAUHID PERINGKAT TERTINGGI..ini disebut dan diulang-ulangnya banyak

    kali dalam ungkapan ungkapan yang mat cantik untuk mengekalkan ianya sebagai apa yg

    dia kata ILMU PENGETAHUAN..sungguh indah cara bapak menyampaikan..

    Tapi saya ingat pesan Bapak,...teruslah belajar ilmu ini karena ilmu ini ilmu yanglurus...InsyaAllah saya pegang erat pesan tersebut...

    ya ya,ini ilmu tauhid

    Dengan Ilmu ini kita cukup mencukupi dan selalu bahagia lahir dan bathin..

    saya rasa semua yang ada disini skrg setuju dengan apa yg pak imam nyatakan...yakni

    kebahgian lahir dan batin..tenang dan aman diluar dan didalam..

    yessssssssss

    Tiap orang terhadap benih yang ditanam & disemai, mungkin akan berlainan keadaan dan

    pengalaman....tapi InsyaAllah jikalau dia telah menjadi 'orang' maka akan sama kita

    sekalian dihadapan Allah SWT.

    selesaikanlah kerja AKU kata allah,barulah aku akan selesaikan segalaurusanmu........inilah fahaman saya

    Yg saya faham, apa yg dimaksudkan olih Pak Ngah adalah AKIDAH kita terhadap Allah

    SWT mesti didahulukan

    bukan kah begitu Pak Ngah

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    11/17

    sekiranya ada yg lain sila jelaskan kpd kami

    Adakah yang menangkap kehadiran Bapak Bagindo Muchtar..

    ya,betul tu,krn kalimah tauhid memanglah suatu kalimah biasa krn ia adalah tulisan,akan

    tetapi jika kita tafsikan ia pasti kita akan menemukan rahsianya dan rahsianya itulah ygmenjadi kekuatan bagi kita yg mengucapkan kalimah tauhid itu,tenaga itu akan aktif

    secara automatic jika kita membaca kalimah itu dengan teliti.

    apa maksud pak imam?

    Apa Maksud Imam Supangat akan kehadiran Bapak

    Berserah diri adalah maqom tertinggi seorang hamba di hadapan Allah SWT..

    itulah yang diharapkan oleh kita semua.

    krn allah telah berfirman,,,,,,fa inna azamta fatawakkal alallah innallaha yuhibbul

    mutawakkilin.

    beerimu,beramal,yakin,usaha,sabar.redha dan tawakkal inilah sifat yg perlu ada pd setiap

    insan.

    Bagaimana cara berserah diri....awalnya disuruhlah kita menyerahkan yang nyata kepada

    yang tidak nyata sampai benar - benar total berserah kepadanya....

    pak imam belum dapat menjawab pertanyaan tok mat berkaitan KEHADIRAN BAPAK..

    selanjutnya teruslah berlatih dan berlatih untuk menyerahkan segalanya kepada-NYA...

    Alhamdulillahirabbil 'alamin, segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam.

    bg pendapat saya adalah keakuan kita yakni setiap apa yg ada di luar ini tak akan dapatmelakukan sesuatu kecuali dengan adanya yg didalam dan ini ada tersebut pada ayat yg

    berbunyi,,,,,,,la tataharroku zarrottan ila bi iznillah.

    Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT...

    oleh itu jelaslah bahawa kita perlu mengakui yg diri didalam itu lebih berkuasa dr ygdidalam.

    maaf tersilap (diluar)

    Bagus dan BERISI sekali muzakarah kita kali ini ya tuan tuan..alhamdulillah..

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    12/17

    oklah saya mintak izin undur diri dulu ye,gerak2 jgk lapar ni,,,,,hahahahahaha

    Mohon ma'af terhadap ucapan yang seharusnya tidak saya ucapkan akan kehadiran

    Bapak..

    Ayah Di Pakngah

    pergerakan yg kita dapati selepas kita membaca password nya itu adalah ia terjadi

    daripada proses semula jadi dari rahsia hidup yg berada didlm dada kita apabiladihubungi.pergerakkan itu adalah suatu jalan dari allah kpd kita dan hakikatnya ia

    membawa kita berjalan mengikut kehendaknya mengikut hajat yg kita serahkan kpdnya

    maka allah akan mengatur urusan itu mengikut caranya bagi jalan BBM iaitugerak.sebagaimana firman allah yg berbunyi....wallahu ghoolibun ala amrih=dan allah lah

    yg mengatur sekelian urusan makhluknya..........oleh itu kalau kita tahu akan keadaan

    gerak itu pasti kita tidak akan puas dgn peramalan itu kerana ia adalah dalil bg kita yg mn

    allah lh yg membawa kita bergerak atau berjalan kpd kehadhiratnya.

    terkadang ada orang bertanya mengapa org lain beramal tidak bergerak seperti jalan

    BBM? atau kita sendiri pun pernah membaca ayat2 lain nya knp tidak bergerak.?

    maka inilah rahsia jalan BBM.

    on Monday Like Subscribe

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    13/17

    Ayah Di Pakngah sebenarnya gerak itu tergantung kpd niat dan kefahaman jika kita

    melakukan gerak dengan tiada kefahaman maka ia digelar atau diketegorikan dlm gerakkosong.

    9 hours ago Like

    Ayah Di Pakngah akan tetapi ada juga gerak yg bercampur ini adalah kerana kalakuan

    abadi masih lagi bercampur dgn kelakuan zahir,ianya terjadi akibat dari ketidakfahaman

    didalam hal pemisahan,orang kata mereka ini tidak dapat lg nk membezakan antara managerak abadi dan mn gerak lahiriah,kalau gerak lahiriah ia terjadi dari tindakkan akal,akan

    tetapi gerak abadi itu hasil dr tindakan AKU atau QUDART ilahiah.

    9 hours ago Like 1 person

    Write a comment...

    Ayah Di Pakngah

    gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yg ada padamu

    samada tangan,kaki,hati,fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat rahmat dr

    nya.gunakanlah daya kekuatan yg ada itu untuk melenyapkan segala ajakan danpengaruh2 jahat yg sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir.pisahkanlah akal fikiranmu

    dan jiwamu dari sifat pergantungan kpd hal yg bersifat mati,dan gunakanlah tenaga ghaib

    itu untuk melakukan pemecahan2 yang mendatangkan manfaat kpd mu,dirimu danbadanmu.dan sesungguhnya gerak yg kita dapati itu adalah suatu hal yg ajaib dariallah,makanya kita perlu mengambil manfaat dari gerak itu sendiri,

    kalau nabi muhammad dibawa oleh allah dalam sejarah israk dan mikraj suatu perjalan

    luar biasa bagi manusia dan nabi di angkat ke langit tg ke 7 dan sampai kehadiratallah,,,,,,,,maka dengan ini jalan yg kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yg sama akan

    tetapi berlainan pada keadaan nya.oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik.marilah kita

    sama2 bahu membahu utk mencapai redha allah di dunia dan juga akhirat,lakukanlah

    pengakuan dan penyaksian kpd tuhan pada setiap masa dengan ucapan kalimah syahadah.

    9 hours ago Like Subscribe

    Osman Hadi

    pesan bapak, jadikanlah mengucap dua kalimah syahadat itu sebagai pakaian kita

    21 hours ago Like Subscribe

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    14/17

    Ayah Di Pakngah

    jalan ini jalan hidup dan hidup itu akan mendatangkan gerak,maka jalan lain itu adalah

    jalan mati itulah keadaan nya.

    on Monday Like Subscribe

    Jalali Kasbari

    Oh.. Makaseh.. Pakngah..

    on Mondayvia Facebook Mobile Like Subscribe

    Ayah Di Pakngah

    pada pendapat saya tentang maksud bapak itu adalah tentang rahsia hidup iaitu AKU

    maka kedudukan nya didalam dada seperti yang kita ketahui kedudukan dada itu beradaditengah2 antara kanan dan kiri,jd rahsia itulah berada disitu.AKU itu adalah (rahsia

    hidup)yg mendatangkan energy2 kpd kita iaitu badan diri ini.kalau dikaji balik

    sememangnya kedudukan hidup itu terletak pd dlm dada,krn dada itu adalah rumah bagihidup.....ada kata ulama terdahulu mengatakan sesungguhnya aku(allah) mentajallikan

    rahsiaku kedalam dada mu...sekian.

    on Monday Like Subscribe

    Jalali Kasbari

    Salam buat anak didik BBM.. yang arif budiman.. Ingin tau tentang maksud Bpk dlmbukunya Diriku yg ku kenali ada ungkapan Bpk yg mengatakan " aku telah dapat

    menemui 'NYA' dipertemuan kiri dan kanan.."

    Harap dapat penjelasan dari teman2 yg arif..

    on Mondayvia Android Like Subscribe

    Omar Abdullah

    Salam dan wellcome sdra JOE RATTLE ..anak bapak dari singapura..silalah menjadi ahli

    yang aktif...sama ada dipostings mahupun chatbox...salam dr ADMIN..

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    15/17

    TM-saya dlm keadaan yg sangat rumit sekali

    untuk menjelaskan nya

    PN-knp

    TM-sbb tiada bahasa atau kata yg dpt di menceritakan keadaan dan kedudukan nya

    PN-oooooooooooo

    AO-bapak kata diHADIRATNYA aku sudah TIADA..mcm mana nak jelaskan ..ESAsajalah ya tak tok mat ?

    TM-ya lah begitu, Abg Omar

    saja2 mahu berkongsi saja

    PN-apa yg tiada,kalau tiada mcm mn kita nk melakukan pengakuan.

    TM-mcm mana nak dptkan pengakuan

    atau di akui

    AO-Tok Mat tadi kata ...bahasanya ada...

    TM-sebentar

    PN-yg tiada itu adalah keakuan kita sahaja.yg mengatakan kita ini hamba tiada

    apa2.

    TM-nanti Pak Ngah

    PN-sebenarnya kita ini ada dlm tiada.

    TM-saya nak perjelaskan pd Abg Omar soal bahasa

    dlm bahasa nya tiada berbunnyihanya dlm pengertian NYA sahaja

    Pak Ngah : dlm kejadian fenomena begini DIA mahu mempertunjukan bahawa segala yg

    ada adalah tiada melainkan DIA juga

    AO-salam tok mat dari yg sini sampai habis nanti tok mat tolong copy..ya sebab saya

    kena kepekan beli diesel..tolong ya..

    TM-Ok Bang

    TM-Pak Ngah harus sabar ya....kalau bolih jgn mengharapkan sesuatu kecualiDIA

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    16/17

    PN-tk ada masalah,cuma pakngah mau setiap perbingcangan kita ini dapat manfaat utk

    yg lainnya.

    TM-tentu itu sbb mau di copy

    PN-kalau kita tk bingcang mcm mn ilmu allah akan berkembang kan

    la maujudun bihakki illallah.

    TM-0197212389

    TM-No saya Pak Ngah

    PN-no apa plk ni tokmat

    PN-ooooooooo

    TM-hand phone lah

    PN-hahhahahha0145459769

    HB-salam selamat malam guru2 abg2 serta ahli BBM yg dirhmati Allah sekalianya..

    .TM-ada yg tak dapat saya sampaikan cara menaip

    PN-salam

    HB-apa khbar tokayah dan tok mat sihat ker?

    PN-ya betul itu adalah maarifatullah atau rasa hanya orang rasa sahaja dapat rasa......sihat

    mcm biasa ambo ni.

    la hurfin wala sautin=tiada huruf dan tiada suara.

    TM-Alhmdulillah, hulubalang sila baca semula sebagaimana yg telah saya kongsi

    bersama dg Pak Ngah tadi

    HB-sy telah copy tok mat

    PN-curi yaaaaaaaaa

    HB-bukan curi mencari ilmu dlm senyap

    hahahaha

    TM-Ok bagus, ini sekadar perkongsian pengalaman saya, mudah2an dpt di munafaatkan

    bersama

    sekian

  • 8/6/2019 Jalanan Nur Ilahi

    17/17

    PN-tengoklah tokmat anak2 bbm ni mcm2 aduhaiiiiiiiii

    TM-Haa...Haa.....ada2 saja Pak Ngah ni

    lucu juga Pak Ngah ni