JAN JUN 2016 ewsBahagian Integriti etter - imi.gov.my Jan-Jun 2016... · Forum Pemantapan Integriti...

10
N ews l etter Bahagian Integriti INTEGRITI PROFESIONAL MESRA BIL 1 TAHUN 2016 JAN JUN 2016 Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia , (Kementerian Dalam Negeri) No 15 Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya. T : 03-8000 8000 (1MOCC) Maklumbalas Portal : [email protected]

Transcript of JAN JUN 2016 ewsBahagian Integriti etter - imi.gov.my Jan-Jun 2016... · Forum Pemantapan Integriti...

NewsletterBahagian Integriti

I N T E G R I T I P R O F E S I O N A L M E S R ABIL 1 TAHUN 2016

JAN – JUN 2016

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia ,

(Kementerian Dalam Negeri)

No 15 Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana,

Presint 2,

62550 Putrajaya.

T : 03-8000 8000 (1MOCC)

Maklumbalas Portal : [email protected]

Prakata .......... m/s 2

Forum Pemantapan Integriti .......... m/s 3

Mesyuarat Pengurusan Integriti............. m/s 4

Akidah & Falsafah .............................. m/s 5

Kursus Penyediaan Kertas Siasatan (KST) Berkualiti .............................. m/s 6

Kajian Semula (Retreat) Pelan Integriti Jabatan Imigresen Malaysia.............................. m/s 7

Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Unit Integriti Negeri................. m/s 8

Program Transformasi Minda ............................. m/s 9

Alhamdulliah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya E-NewsletterBahagian Integriti Bil. 1 Tahun 2016 bagi bulan Jan hingga Jun telah berjaya dikeluarkan.

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu yang perlu ada pada

individu anggota perkhidmatan keimigresenan berlandaskan etika dan piagam pelanggan

berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.

Anggota Imigresen perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya selaras dengan objektifPelan Integriti Nasional (PIN), iaitu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berharmoni,

berintegriti, bermoral dan beretika.

Di tangan warga Imigresen terletak satu amanah untuk merealisasikan misi nasional untuk

mencapai wawasan dan matlamat negara. Pegawai dan kakitangan Imigresen berupaya dalam

melahirkan modal insan kelas pertama apabila bertugas dengan niat yang ikhlas. Minda kelas

pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan individu,

keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan ini merangkumi aspek penguasaan ilmu yang

tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan

pembangunan yang

bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri selaras dengan

hasrat wawasan 2020.

Akhir kalam sebagai penutup bicara, saya berharap Jabatan migresen dan seluruh warga kerjanya

dapat membantu mewujudkan sebuah jabatan yang tinggi nilai integritinya.

Sekian, Wassalam.

AB MUNEIM BIN IBRAHIM

Pengarah Bahagian Integriti

Jabatan Imigresen Malaysia

“mensyukuri hari ini,

mengiklaskan apa yang telah

berlalu”

Renung renungkan

Forum Pemantapan Integriti adalah

salah satu aktiviti yang telah di rancang

sepanjang tahun 2016. Forum ini

merupakan aktiviti tahunan Bahagian

Integriti, Jabatan imigresen Malaysia.

Forum ini bertujuan untuk memantapkan

lagi sifat jati diri yang merangkumi

keiklasan, keterbukaan, ketulusan,

amanah dan menjadikan pegawai

berpegang kepada prinsip tegas dan

dipercayai.

Bahagian Integriti, Ibu pejabat telah

menjalankan sebanyak 6 siri forum

pemantapan Integriti di depoh-depoh

Tahanan Imigresen, Jabatan Imigresen

Malaysia. Depoh-depoh tersebut

adalah:-

1. Depoh Tahanan Jabatan Imigresen

Malaysia, Semenyih Selangor pada 18

Jan dan 15 Feb 2016 dan dihadiri

seramai 70 peserta.

2. Depoh Tahanan Jabatan Imigresen

Malaysia, Lenggeng Negeri Sembilan

pada 28 Jan dan 18 Feb 2016 dan

dihadiri seramai 90 peserta.

3. Depoh Tahanan Jabatan Imigresen

Malaysia, KLIA, Sepang Selangor pada

21 Jan 2016 dan dihadiri seramai 25

peserta.

4. Depoh Tahanan Jabatan Imigresen

Malaysia, Langkap, Perak pada 10 Mac

2016 dan dihadiri seramai 45 peserta.

Penceramah bagi forum ini terdiri dari

Tuan Ab Muneim Bin Ibrahim Pengarah

Bahagian Integriti, Ibu Pejabat, Jabatan

Imigresen Malaysia serta Pegawai-

pegawai Kanan Imigresen iaitu Tuan

Basri B. Othman dan Tuan Hamid B.

Momong .

Forum ini telah mendapat sambutan

yang baik daripada Komandan-

komandan serta semua pegawai yang

bertugas di Depoh-depoh Tahanan

Imigresen yang terlibat.

Pada 23 Mac 2016, Bahagian Integriti

telah mengadakan mesyuarat

bersama Pengurusan Tertinggi

Jabatan Imigresen Malaysia.

Mesyuarat ini bertujuan untuk

membentangkan laporan maklum

balas Pelan Integriti Jabatan

Imigresen Malaysia (PIJIM) 2013-

2015 dari semua bahagian dan

negeri seluruh Malaysia.

Mesyuarat ini telah di pengerusikan

oleh Timbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) YBhg Dato’ Sri Abdul

Halim B. Abdul Rahman.

Bahagian Integriti, Jabatan Imigrese

Malaysia, Putrajaya telah menghadiri

satu sesi rakaman Program

keagamaan bersama TV Al Hijrah di

Kompleks Pusat Islam, Jalan

Perdana, Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang pegawai pelbagai

gred jawatan telah hadir menjayakan

program tersebut.

Program ini adalah sebuah

rancangan yang membincangkan dan

menjawab persoalan serta

kemuskilan agama bersama Ustaz

Isfadiah, Ustaz Badli Shah Alauddin,

Ustaz Harryanto, Ustaz Zulkifli dan

Prof Madya Dr. Fauzi.

Pada hari tersebut Jabatan Imigresen

Malaysia telah menjayakan sesi

rakaman Program Cinta Ilmu

bersama Ustaz Badli Shah Alauddin

yang membincangkan tajuk Akidah

dan Falsafah.

Pada 06.04.2016. Bertempat di Pejabat

Imigresen Kompleks KDN, Jalan Seri

Negara, Ayer Keroh, Melaka. Kursus

Penyedian kertas Sissatan Tatatertib (KST)

Berkualiti telah dijalankan.

Kursus ini bertujuan memperkemaskan lagi

laporan, jenis kesalahan, pembuktian serta

keterangan semasa siasatan dilakukan.

Kursus sehari ini dihadiri oleh pegawai-

pegawai Integriti seluruh Malaysia yang

mengendalikan kertas siasatan. Seramai 30

orang pegawai dari pelbagai gred jawatan

hadir menjalani kursus.

Penceramah kursus ini adalah Tuan Ab

Muneim B. Ibrahim Pengarah Bahagian

Integriti Ibu Pejabat Jabatan Imigresen

Malaysia, Putrajaya

Pelan Integriti Jabatan Imigresen Malaysia

(PIJIM) 2013–2015 telah dibuat kajian

semula pada 29 Mac 2016.

Kajian ini dijalankan di bilik mesyuarat

Pengurusan Sumber, Tingkat 6, Putrajaya.

Seramai 45 orang Pegawai Peringkat

Tertinggi telah hadir untuk sesi kajian

tersebut.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua Fasilitator dari

Intitut Integriti Malaysia (IIM) iaitu

HJ Mohammad Diah b. Hj Wahari,

Pengarah Kanan dan Ketua Penyelaras Pusat

Pembangunan Dan Perlaksanaan Program.

Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Unit

Integriti Negeri bagi tahun 2016 telah

diadakan pada 07 April 2016 bertempat di

Bilik Mesyuarat Aras 4, Kompleks

Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer

Keroh, Melaka.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh

Tuan AB Muneim bin Ibrahim, Pengarah

Bahagian Integriti. Seramai 40 orang pegawai

Unit Integriti Negeri telah menghadiri

mesyuarat tersebut, turut hadir adalah semua

ketua-ketua Unit di Bahagian Integriti sebagai

urus setia mesyuarat.

Pelbagai isu telah dibangkitkan dan

dibincangkan didalam mesyuarat yang

diadakan dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada

jam 12.30 tengahari. Antara isu-isu yang

dibangkitkan adalah Penugasan Tugas

Pegawai Unit Integriti Negeri dan

permasalahan tugas pegawai Unit Integriti

Negeri.

Program Transformasi Minda (PTM)

telah jalankan oleh Bahagian Integriti

mulai bulan Febuari hingga Jun 2016.

Sepanjang bulan tersebut Jabatan

Imigresen Malaysia telah menerima

kemasukan pegawai baru bagi mengisi

kekosongan perjawatan seluruh

Malaysia.

Program Transformasi Minda (PTM)

diperkenalkan untuk memberi

pendedahan dan penyesuaian minda

pegawai di peringkat awal pelantikan

dalam perkhidmatan awam.

PTM juga merupakan satu daripada

syarat pengesahan dalam perkhidmatan

bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan

pegawai memahami prinsip dan falsafah

pembentukan negara, jentera pentadbiran

kerajaan dan peraturan-peraturan asas

perkhidmatan awam serta pembentukan

jati diri bagi menghadapi cabaran dan

ekspektasi pelanggan.