Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 19 - 25 Mac 2020, 24 - 30 Rejab 1441 Negeri kenal pasti kawasan panas wabak Covid-19: MB rangka pakej rangsang ekonomi Pengantin diarah akad nikah di rumah sahaja Jais bentuk pasukan nyahkuman masjid, surau MUKA 3 MUKA 3 MUKA 21 MUKA 5 OLEH NORRASYIDAH ARSHAD SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sul- tan Selangor mengingatkan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) supaya tidak mengucar-kacirkan pen- tadbiran kerajaan Selangor. “Beta tidak mahu ada kalangan ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai hasrat dan niat mengu- car-kacirkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Selangor,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika istiadat pembukaan persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 16 Mac lalu. Titah baginda, rakyat penat dan gelisah melihat pergolakan politik melanda negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sedangkan mereka berdepan kemelesetan ekonomi dan wabak Covid-19. “Ahli politik sering berbalah dalam isu poli- tik yang tiada kesudahan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka melaksanakan amanah mentadbir faedah kesejahteraan rakyat,” titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah rakyat memerlukan tumpuan ADN bagi mendepani krisis dan ia hanya dapat ditangani melalui pertumbuhan ekonomi dan dasar yang menguntungkan rakyat. “Bukan sibuk berbalah merebut kuasa dan kedudukan. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja serta berkhidmat demi memastikan rakyat dapat menca- pai kemakmuran serta menikmati kekayaan Sela- ngor,” titah baginda. Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri SHAH ALAM - Semua kegiatan di mas- jid, surau dan musolla termasuk solat Jumaat di seluruh negeri ditangguh sebulan sehingga 17 April bagi mem- bendung penularan Covid-19, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah solat Jumaat wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing. “Namun demikian, jika wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, maka satu arahan baharu akan dikeluarkan,” titah baginda melalui kenyataan Pejabat Istana Sela- ngor. Ketetapan itu selaras Perintah Ka- walan Pergerakan yang diumumkan Per- dana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac. Perintah itu, yang berkuat kuasa mu- lai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Aga- ma Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengarahkan semua kegiatan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguh sepuluh hari mu- lai 17 Mac atas sebab sama. Sultan Selangor bertitah laungan azan perlu dilaksanakan seperti biasa menandakan masuk waktu solat dan menggalakkan rakyat membaca qunut nazilah untuk memohon perlindungan Allah SWT. Baginda juga menasihati rakyat su- paya tidak hadir dan berkumpul di tem- pat awam khususnya jika mereka ada simptom penyakit Covid-19 untuk mengelak penularan virus. “Umat Islam di Selangor diseru men- doakan kesejahteraan diri masing-ma- sing, keluarga dan rakyat setiap hari se- lepas mengerjakan solat. “Rakyat juga diminta mematuhi ara- han di bawah Perintah Kawalan Perge- rakan yang dikuatkuasakan Kerajaan Persekutuan bagi mencegah penular- an baharu dan memulihkan segera ke- adaan,” titah baginda. Sultan titah solat jemaah, Jumaat ditangguh sebulan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Tengku Norashikin, yang diiringi Dato' Seri Amirudin Shari, melakukan salam khas dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri berikutan penularan Covid-19 sebelum istiadat pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 pada 16 Mac lalu. Foto oleh Hafiz Othman

Transcript of Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi...

Page 1: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 19 - 25 Mac 2020, 24 - 30 Rejab 1441

Negeri kenal pasti kawasan panas wabak

Covid-19: MB rangka pakej rangsang ekonomi

Pengantin diarah akad nikah di rumah sahaja

Jais bentuk pasukan nyahkuman masjid, surau

MUKA 3MUKA 3 MUKA 21MUKA 5

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sul-tan Selangor mengingatkan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) supaya tidak mengucar-kacirkan pen-tadbiran kerajaan Selangor.

“Beta tidak mahu ada kalangan ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai hasrat dan niat mengu-car-kacirkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Selangor,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika istiadat pembukaan persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 16 Mac lalu.

Titah baginda, rakyat penat dan gelisah melihat pergolakan politik melanda negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sedangkan mereka berdepan kemelesetan ekonomi dan wabak Covid-19.

“Ahli politik sering berbalah dalam isu poli-tik yang tiada kesudahan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka melaksanakan amanah mentadbir faedah kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah rakyat memerlukan tumpuan ADN bagi mendepani krisis dan ia hanya dapat ditangani melalui pertumbuhan ekonomi dan dasar yang menguntungkan rakyat.

“Bukan sibuk berbalah merebut kuasa dan kedudukan. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja serta berkhidmat demi memastikan rakyat dapat menca-pai kemakmuran serta menikmati kekayaan Sela- ngor,” titah baginda.

Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri

SHAH ALAM - Semua kegiatan di mas-jid, surau dan musolla termasuk solat Jumaat di seluruh negeri ditangguh sebulan sehingga 17 April bagi mem-bendung penularan Covid-19, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah solat Jumaat wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Namun demikian, jika wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, maka satu arahan

baharu akan dikeluarkan,” titah baginda melalui kenyataan Pejabat Istana Sela- ngor.

Ketetapan itu selaras Perintah Ka-walan Pergerakan yang diumumkan Per-dana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac.

Perintah itu, yang berkuat kuasa mu-lai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Aga-

ma Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengarahkan semua kegiatan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguh sepuluh hari mu-lai 17 Mac atas sebab sama.

Sultan Selangor bertitah laungan azan perlu dilaksanakan seperti biasa menandakan masuk waktu solat dan menggalakkan rakyat membaca qunut nazilah untuk memohon perlindungan Allah SWT.

Baginda juga menasihati rakyat su-paya tidak hadir dan berkumpul di tem-

pat awam khususnya jika mereka ada simptom penyakit Covid-19 untuk mengelak penularan virus.

“Umat Islam di Selangor diseru men-doakan kesejahteraan diri masing-ma-sing, keluarga dan rakyat setiap hari se-lepas mengerjakan solat.

“Rakyat juga diminta mematuhi ara-han di bawah Perintah Kawalan Perge- rakan yang dikuatkuasakan Kerajaan Persekutuan bagi mencegah penular- an baharu dan memulihkan segera ke-adaan,” titah baginda.

Sultan titah solat jemaah, Jumaat ditangguh sebulan

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Tengku Norashikin, yang diiringi Dato' Seri Amirudin Shari, melakukan salam khas dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri berikutan penularan Covid-19 sebelum istiadat pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 pada 16 Mac lalu.Foto oleh Hafiz Othman

Page 2: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

2Utama

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin Dasar Kelulusan 100 Hari yang akan diperkemas memu-dahkan perniagaan dan pela-buran, mampu merancakkan ekonomi negeri.

“Dasar pertama seumpama- nya di Malaysia ini merupakan penambahbaikan kepada proses sedia ada yang mengambil masa 270 hari.

“Pelaburan di Selangor tahun

ini dijangka RM12 bilion tetapi dalam keadaan ekonomi suram akibat perang dagangan Chi-na-Amerika Syarikat, ketidaksta-bilan politik di Timur Tengah ser-ta terbaharu ancaman Covid-19, menyebabkan unjuran ekonomi diramal sederhana iaitu 3.2 pe- ratus hingga 4.2 peratus,” titah baginda ketika istiadat pembu-kaan persidangan penggal keti-ga Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 16 Mac lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan Dasar Kelulusan 100 hari bagi proses pembangu-

Sultan yakin ekonomi negeri rancak

Dasar Kelulusan 100 Hari

Dasar pertama seumpamanya di Malaysia ini merupakan penambahbaikan kepada proses sedia ada yang mengambil masa 270 hariSULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAHDYMM Sultan Selangor

SHAH ALAM - Penduduk negeri ini dinasihatkan kekal berada di kawasan masing-masing sepan-jang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ber-mula 18 Mac lalu, kata ahli pasukan petugas Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor.

Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata penduduk luar bandar juga tidak digalak masuk ke bandar yang berkepadatan tinggi bagi me- ngurangkan risiko penularan wabak.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun ja-ngan datang ke bandar. Kekal di mana anda be-rada. Kurangkan perjalanan,” katanya ketika temu ramah sebuah stesen televisyen tempatan pada 17 Mac lalu.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Mu-hyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Pe- rintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac .

Perintah itu membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Elak balik kampung, hadkan perjalanan

SHAH ALAM – Jenazah mangsa Covid-19 ha- nya ditayamum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menteri hal ehwal agama berkata kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muza-karah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Feb-ruari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemung-kinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” katanya dalam ke-nyataan media pada 16 Mac lalu.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sela- ngor yang bersidang pada 7 April 2015 memutus-kan untuk mengguna pakai keputusan itu.

Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum

SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM) berjalan seperti biasa, kata pengarah urusannya.

Ramli Mohd Tahir berkata kakitangan dibenar-kan bertugas dari rumah selain pembatalan temu janji sehingga keadaan stabil.

“Pekerja subkontraktor termasuk pemandu lori, kru kutipan dan penyelia dibekalkan alat perlin- dungan diri dan perlu digunakan ketika bertugas.

“Mereka dinasihatkan kerap mencuci tangan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan sen-tiasa menjaga kebersihan,” katanya dalam ke-nyataan pada 17 Mac lalu.

Ramli berkata pihak pengurusan menggalak-kan kakitangan membawa makanan sendiri se-bagai langkah mengurangkan kontak.

Kutipan sampah jalan ikut jadual

nan tanah berkuat kuasa serta-merta mem-babitkan kebenaran merancang, pelan ba- ngunan dan pelan infrastruktur.

SHAH ALAM - Selangor menyediakan platform maklumat dalam talian bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini usaha Kerajaan Ne-geri mengawal penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata informasi itu boleh didapa-ti dengan melayari https://amirudinshari.com/covid-19.

“Platform ini memudahkan rakyat Sela- ngor mendapatkan maklumat terkini me- ngenai usaha #SelangorGempurCovid19 serta pengumuman dari Kerajaan Negeri,” tulisnya melalui hantaran di Twitter pada 18 Mac lalu.

MB sedia pangkalan maklumat gempur Covid-19

Pada 10 Mac lalu, Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzul- kefly Ahmad untuk memantau dan mencegah penularan wabak itu.

Majlis itu turut dianggotai Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.

Page 3: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Utama3SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Selangor akan men-genal pasti kawasan panas Co- vid-19 menggunakan Sistem Penen-tu Kedudukan Global dan Sistem Maklumat Geografi, kata Dato’ Men-teri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu sama seperti operasi Korea Selatan yang menggunakan pendeka-tan ‘seluruh kerajaan dan seluruh mas-yarakat’ (whole of government, whole of society).

“Untuk itu, pasukan sukarelawan yang disertai Penggerak Belia Tem-patan, Pusat Wanita Berdaya, Team Selangor dan agensi Kerajaan Negeri akan ditubuhkan. Kita mahu libatkan seluruh kepimpinan akar umbi bagi mencegah wabak ini.

“Bagi membantu rakyat menda- patkan maklumat terbaharu dan sa-hih mengenai perkembangan Co-vid-19 di Selangor, platform komu-nikasi baharu yang mengumpulkan berita terkini mengenai wabak itu akan diwujudkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Maj-lis Tindakan Khas Covid-19 Selangor, pada 16 Mac lalu.

Contohi langkah Korea Selatan

Kenal pasti kawasan panas Covid-19

Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor di Shah Alam pada 16 Mac lalu yang turut dihadiri Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah

SHAH ALAM - Selangor akan mengumumkan pakej rang-sangan ekonomi dalam tem-poh dua minggu bagi me- ngurangkan impak wabak Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

“Saya akan mengumum-kan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bagi me- ngurangkan impak Covid-19 kepada sektor sosial dan ekonomi negeri serta rakyat dan ia sedang dimuktamad-kan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui video di Face-book selepas mempengerusi-kan Mesyuarat Majlis Tinda-kan Khas Covid-19 Selangor, pada 16 Mac lalu.

Majlis itu yang ditubuhkan pada 10 Mac lalu bertujuan memantau dan mencegah penularan wabak.

Pasukan itu dianggotai Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.

Pada 27 Februari lalu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion yang ditunjangi tiga strategi utama susulan penularan Covid-19.

Tiga strategi tersebut ialah menangani impak Covid-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan meng-galakkan pelaburan berkualiti untuk memastikan ekonomi negara berada pada landasan mampan.

MB rangka pakej rangsang ekonomi

Panduan majikan, pekerja ketika wabakSHAH ALAM - Berikutan penula- ran wabak Covid-19, Kementerian Sumber Manusia menasihati pekerja dan majikan mengguna pakai sek-syen-seksyen bawah Akta Kerja 1955 sebagai panduan.

Antaranya ialah Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) dan Seksyen 60F Akta Kerja 1955.

Berikut adalah sedutan kenyataan Kementerian Sumber Manusia pada 16 Mac lalu:

Pemeriksaan kesihatanl Mengarahkan pekerja untuk segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan atas pem-biayaan majikan.

Tempoh kelayakan cuti sakit Bergaji (tanpa hospitalisasi)l Dalam setahun kalendar sekurang-kurangnya adalah seperti berikut:

i. 14 hari jika tempoh bekerja kurang 2 tahun.ii. 18 hari jika bekerja antara 2- 5 tahun.iii. 22 hari jika bekerja lebih 5 tahun.

Cuti sakit bergaji - Majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan Covid-19.

Arahan kuarantinl Bagi pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelaya-kan cuti sakit atau hospitalisasi, maji- kan digalakkan untuk memberi kemudahan bayaran tambahan ke-pada pekerja bagi menjaga keharmo-nian hubungan pekerja dan majikan.

l Sekiranya majikan tidak membe-narkan cuti sakit bergaji, ia merupa-kan suatu kesalahan bawah Seksyen 60F Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955.

Perintah kuarantinl Pekerja yang diberi Perintah Kua- rantin atau Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman (“home surveillance”), tempoh kua- rantin tidak boleh dipaksa menggu-nakan cuti tahunan sepanjang tem-poh kuarantin tersebut kerana cuti tahunan merupakan hak pekerja.

l Majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa Perin-tah Kuarantin atau Perintah Penga-

wasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman dikeluarkan oleh penga-mal perubatan berdaftar kepada pekerja. Bagaimanapun, majikan boleh mengarahkan mana-mana pekerja yang tidak sihat untuk tidak hadir bekerja dan membenarkan cuti bergaji dibayar kepada pekerja tersebut.

Majikan boleh mengambil lang-kah-langkah sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pe- kerja sebagaimana yang disyorkan di dalam Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan iaitu:

a. Mengehad kerja lebih masa;b. Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurang-kan bilangan kerja seminggu;c. Mengurangkan waktu bekerja harian;d. Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off ) misalnya dalam bentuk penutupan semen-tara (temporary shutdown) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapat-kan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula;e. Mengurangkan gaji pekerja (pay-cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat boleh dilaksanakan se-bagai langkah terakhir selepas lang-kah langkah penjimatan kos lain telah dilaksanakan.

Saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada sektor sosial dan ekonomi negeri serta rakyat dan ia sedang dimuktamadkanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Turut hadir pada mesyuarat kali ketiga itu ialah ketua pasukan- nya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata aplikasi Smart Selangor Par-king yang mempunyai lebih 900,000 pengguna akan dimanfaatkan un-tuk menghantar maklumat terba-haru yang lebih tepat, pantas.

“Kerajaan Negeri amat memer-lukan kerjasama erat masyarakat, agensi kerajaan dan swasta bagi membendung penularan Covid-19.

“Oleh itu, rakyat Malaysia yang terlibat dengan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling diseru membuat ujian saringan dan menjalani proses kuarantin yang ketat,” katanya.

Page 4: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

4Utama

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha & Zul Albani Abd Majid& Zul Albani Abd Majid

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Peranan Institut Lati-han dan Dakwah Selangor (Ildas) akan diperluaskan bagi membina umat Is-lam berilmu dan bertamadun, titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sela- ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah Ildas bukan se-kadar institusi melatih pegawai Jaba- tan Agama Islam Selangor (Jais) teta-

pi juga berfungsi menyelaras perkara berkaitan kajian Islam.

“Ildas juga berperanan sebagai pen-gawasan ilmu teras dan pendidikan inklusif, pusat Islamisasi dan tranfor-masi, pusat bahasa dan antarabangsa, pusat pengurusan standard dan inova-si serta pusat pendidikan al-Quran,” ti-tah baginda ketika istiadat pembukaan Dewan Negeri Selangor ke-14 pada 16 Mac lalu.

Baginda bertitah Masjid Sultan Sa-lahuddin Abdul Aziz Shah juga akan diupayakan sebagai hab al-Quran Se-langor menjelang 2020.

“Dalam menjadikan institusi masjid dan surau sebagai pusat pengupayaan ummah, ia juga berfungsi sebagai pu-sat ibadah, pusat ilmu, pusat dakwah dan pusat tanggungjawab sosial pel-bagai golongan masyarakat,” titah baginda.

Lahir umat Islam berilmu

Sultan mahu institusi dakwah diperluas

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (DYMM) berkenan dengan inisiatif Ke- rajaan Negeri menambah 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah langkah itu mewujud-kan negeri yang selamat didiami

rakyat.“Beta turut dimaklumkan Kera-

jaan Negeri bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi pelaksa-naan Skim Polis Bantuan di pihak berkuasa tempatan.

“Beta berkenan dengan langkah dan inisiatif Selangor mewujudkan negeri yang selamat didiami oleh

rakyat jelata,” titah baginda. Kerajaan Negeri memperun-

tukkan RM2 juta sebagai geran komuniti meningkatkan aspek keselamatan serta memberikan kesedaran kepada komuniti ber-hubung kepentingan mewujud-kan suasana tempat tinggal sela-mat, aman dan harmoni.

Berkenan inisiatif tambah CCTV

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (DYMM) berharap lebih ramai rakyat di negeri ini memanfaatkan aplikasi pintar disediakan Kerajaan Negeri.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keadaaan itu sekali gus membantu menyelesaikan masa-lah orang awam dengan lebih ce-pat.

“Sehingga kini, inisiatif Smart Selangor terus mendapat soko-ngan rakyat kerana ia memberi impak terutama dalam sektor pe- nyampaian awam antaranya Smart Selangor Parking, Waze aduan jalan rosak, Sistem Pengangkutan Pintar Selangor dan e-dompet,” ti-tah baginda.

Baginda bertitah beberapa

program Inisiatif Peduli Rakyat juga menyelesaikan masalah se- perti digariskan Matlamat Pem-bangunan Lestari yang disyorkan Program Pembangunan Bang-sa-Bangsa Bersatu.

Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM50 juta bagi pelaksa- naan inisiatif Smart Selangor ta-hun ini.

Harap rakyat manfaat aplikasi pintar

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat masuk ke Dewan Negeri Selangor bagi istiadat pembukaan persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 16 Mac lalu

SHAH ALAM - Belanjawan Selangor tahun ini di-jangka mengalami defisit RM133 juta, menurun berbanding tahun lalu, titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penuru- nan itu berpunca daripada peruntukan pembangu-nan yang diperlukan bagi pembangunan mampan di negeri ini.

“Jumlah defisit ini menyaksikan penurunan ber-banding 2019 yang diunjurkan iaitu RM360 juta. An-tara perkara diberi keutamaan untuk dicapai ada-lah penyempurnaan inisiatif Smart Selangor,” titah baginda pada 16 Mac lalu.

Baginda bertitah Kerajaan Negeri berupaya men-capai keseimbangan antara usaha ke arah negeri pintar serta kemampanan pembangunan sosial yang adil.

Dewan Negeri Selangor tahun lalu meluluskan Belanjawan Selangor 2020 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ber-jumlah RM2.3 bilion.

Ia menggariskan lima paksi teras iaitu ke-upayaan ekonomi, pendidikan, keselamatan dan kesihatan, alam sekitar dan sosial bagi mencapai objektif lima tahun akan datang.

Defisit turun kepada RM133 juta

Page 5: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Utama5SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

InformasiTerkinidi jari anda

18 pejabat kesihatan daerah buat saringan

Bendung penularan wabak

SHAH ALAM - Bekalan bahan api di negeri ini mencukupi, demikian jaminan Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pemeriksaan bekalan petrol dan diesel se-cara serentak dan berkala di semua stesen minyak mencukupi untuk jualan harian.

“Pemeriksaan di 150 stesen minyak setiap ming- gu akan dilakukan kakitangan dari tujuh cawa- ngan KPDNHEP seluruh negeri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Pada masa sama, Muhamad Zikril berkata ara-han bertulis kepada pemilik stesen minyak juga dikeluarkan bagi memastikan bekalan sentiasa cukup di premis masing-masing.

Bekalan bahan api Selangor cukup

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Sebanyak 18 pejabat ke- sihatan daerah (PKD) dan klinik kesihatan (KK) di Selangor menjalankan saringan ke-sihatan khusus untuk Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semua individu yang mempunyai gejala awal atau kontak rapat dengan pesakit positif wab-ak digalakkan membuat ujian saringan ke- sihatan.

“Kesemua klinik beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang bermula Isnin hingga Ju-maat dan PKD akan menguruskan peng-hantaran sampel ke Majlis Kesihatan Awam Kebangsaan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

18 PKD dan KK di Selangor yang men-jalankan saringan Covid-19 adalah seperti berikut:

Pejabat kesihatan daerah lKuala SelangorlHulu LangatlKuala LangatlKlanglPetalinglGombaklHulu SelangorlSabak Bernam lSepang

Klinik kesihatanlBestari JayalBandar Tun Hussein OnnlJenjarom

Salah seorang kakitangan perubatan Klinik Kesihatan Tanglin memeriksa suhu badan pelawat bagi mencegah penularan Covid-19

SHAH ALAM - Di sebalik kesibukan menangani krisis Covid-19, Dato’ Men-teri Besar sempat membuat tinjauan kerja pemulihan bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 dan 2 yang dihenti tugas aki-bat pencemaran bau pada 17 Mac lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari men-gadakan lawatan bersama EXCO

Alam Sekitar, Hee Loy Sian di Bestari Jaya dan Bukit Badong, Kuala Selan-gor kira-kira jam 11.45 malam hari kejadian.

“Saya merakamkan penghargaan kepada petugas yang bertungkus-lu-mus melengkapkan proses pemuli-han bekalan air demi kesejahteraan rakyat Selangor.

“Komitmen sehingga lewat malam demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab,” tulisnya melalui perkongsian di Twitter.

Bagaimanapun, bekalan air di Kua-la Selangor pulih sepenuhnya susu-lan pengoperasian semula LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang pada 18 Mac lalu.

MB tinjau kerja pulih bekalan air LRA Sungai Selangor

SHAH ALAM - Urusan membabitkan Kerajaan Se- langor dengan orang awam dilaksanakan menerusi kaedah dalam talian, kata Dato’ Seri Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar berkata beberapa urus tad-bir kritikal seperti unit penguatkuasaan, unit pen-gurusan bencana, kewangan dan hasil, operator pusat panggilan dan pengutipan sisa pepejal ber-jalan seperti biasa.

Bagi memudahkan urusan berkenaan, Kera-jaan Negeri akan memaparkan nombor telefon dan e-mel yang boleh digunakan orang awam ter-masuk urusan membabitkan Dato’ Menteri Besar, EXCO, SUK dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan Selangor meneruskan operasi dalam talian yang tidak mempunyai kontak secara terus dengan orang awam,” katanya pada perutusan khas menerusi Facebook pada 17 Februari lalu.

Urusan negeri, orang awam dalam talian

SHAH ALAM - Ketua pen-garah kesihatan meminta orang ramai supaya duduk di rumah dan tidak keluar bagi mengelakkan gelom-bang ketiga jangkitan Co-vid-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peranan setiap individu penting berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) hanya ada peluang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus itu.

Beliau berkata orang ramai perlu mengam-bil serius Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsu-nami lebih-lebih jika kita mempunyai sikap ‘tidak kisah’,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 18 Mac lalu.

Sehingga 17 Mac lalu, dua rakyat tempatan di-sahkan mati akibat virus itu. Daripada keseluru-han 673 kes, 49 daripadanya pulih.

Duduk rumah, elak ‘tsunami’ Covid-19

lBandar BotaniklKelana JayalSungai BulohlSerendahlSimpang Lima lSalak

Selangor turut menyediakan lapan hospital khusus untuk pemeriksaan atau saringan ke atas individu yang

disyaki dijangkiti Covid-19.Hospital tersebut ialah:lHospital KlanglHospital AmpanglHospital SelayanglHospital SerdanglHospital Sungai BulohlHopsital Shah AlamlHospital KajanglHospital Banting

SHAH ALAM - Jabatan Agama Is-lam Selangor (Jais) menubuhkan jawatankuasa khas membasmi virus Covid-19 di semua rumah ibadah Is-lam, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta jawatankuasa itu ditugaskan un-tuk menangani wabak berkenaan di seluruh masjid, surau, musollah dan juga pejabat.

“Inisiatif ini sebagai melaksana titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Id-ris Shah agar laksanakan operasi nyahkuman dalam tempoh 10 hari pertama sebelum 17 April ini,” kata- nya menerusi hantaran di Facebook dengan #SelangorGempurCovid19.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin bertitah semua kegiatan di masjid,

surau dan musolla termasuk solat jemaah dan Jumaat di seluruh ne-geri ditangguhkan sebulan sehing-ga 17 April susulan wabak itu.

Setakat 18 Mac lalu, 117 kes ba-haru direkodkan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul 790 kes. Daripada jumlah itu, 11 pesa- kit lagi sembuh dan dibenarkan pu-lang.

Jais tubuh pasukan nyahkuman masjid, surau

Page 6: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

6Utama

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

SHAH ALAM - Seramai 2,500 penerima inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) akan menjalani kursus secara berperingkat dengan syarikat e-panggi-lan April ini, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata Majlis Su-kan Negeri dalam proses memilih bagi memas-tikan subsidi RM350 untuk mengambil lesen motosikal diterima golongan sasar.

“Keutamaan diberikan kepada golongan muda yang baru habis belajar atau mereka yang ingin melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

“Penerima akan menjalani kursus sehari de-ngan beberapa syarikat e-panggilan yang ber-setuju untuk bekerjasama,” katanya pada 12 Mac lalu.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntuk RM1 juta bagi inisiatif tersebut yang memberi manfaat kepada 3,000 belia miskin bandar mencari pekerjaan melalui aplikasi penghan-taran.

2,500 peserta RiDE jalani kursus April

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkan enam empangan air di Selangor berada pada tahap terbaik iaitu kapa-siti hampir 100 peratus setakat 13 Mac lalu.

Menerusi laman sesawangnya, Stesen Kolam Takungan Sungai Labu mencatat bacaan ter-baik iaitu 99.62 peratus diikuti Stesen Tasik Subang (99.06 peratus), Stesen Sungai Tinggi (95.23 peratus), Stesen Semenyih (94.57 pe- ratus), Stesen Sungai Selangor (92.44 peratus) dan Stesen Langat (90.70 peratus).

Paras takungan air di empangan Stesen Batu pula mencatat 89.07 peratus dan Stesen Klang Gates (87.15 peratus).

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca kering terutama di utara semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak se-lain Kelantan dan Terengganu.

Turut dinyatakan, Malaysia kini pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Paras air empangan capai 100 peratus

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Penjawat awam diingatkan men-jaga etika komunikasi di media sosial serta tidak menjadikan ia medium membuat kritikan me-lulu dan tuduhan palsu, kata Dato’ Seri Amiru-din Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata komen warga maya perlu dijawab secara berhemah walau-pun berdepan bahasa kurang sopan dan tin-dakan provokasi.

“Imej organisasi hendaklah sentiasa dipeli-hara, sama-sama kita cerminkan keperibadian dengan asas digariskan agama, seperti sabda Nabi Muhammad SAW ‘sesungguhnya aku di-utuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks uca-pan dibaca Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dalam Majlis Anuge-rah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2019 pada 14 Mac lalu.

Amirudin berkata penjawat awam perlu memegang konsep amanah dan integriti bagi membolehkan urusan pentadbiran negara le-bih bersih dan berkesan.

“Pencapaian negeri serta negara hari ini hasil penggubalan dasar mesra rakyat oleh kepim-pinan Kerajaan Negeri,” katanya.

Berhemah guna media sosial

Penjawat awam perlu jaga etika

SHAH ALAM - Sebanyak 176 rumah di bandar Klang terpilih menyertai program penukaran pili konvension-al kepada pili cekap anjuran Suruhan-jaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 12 Mac lalu.

Ketua pegawai eksekutifnya, Da-tuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata program dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor (Air Selan-gor) bertujuan membantu golongan

berpendapatan rendah (B40) mengu-rangkan kadar bil air.

Katanya, produk itu jimat beriku-tan ia mengehadkan pengeluaran air sekitar 1.5 hingga 4 liter bagi setiap minit berbanding 8 hingga 10 liter untuk pili konvensional.

“Ia akan menurunkan kadar guna air per kapita setiap hari yang men-jadi fokus SPAN dalam memastikan pembekalan air bersih diterima se-

cara berterusan,” katanya selepas kempen penggunaan pili cekap di Kampung Rantau Panjang di Klang.

Hadir sama Ketua Operasi Air Se-langor, Ir Abas Abdullah dan Ahli Dewan Negeri Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Selain Selangor, program sama turut dilaksanakan di Pahang, Mela-ka, Perak dan Negeri Sembilan mem-babitkan 880 rumah.

Pili cekap jimat air

SHAH ALAM - Kerajaan merayu orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan bera-da sepenuhnya di rumah agar wa- bak Covid-19 dapat dibendung.

Perdana Menteri dalam perutu-san khas pada 18 Mac lalu mene-gaskan tempoh kawalan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini sangat penting diikuti.

“Jika dalam tempoh ini kita be-lum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan

tempoh Perintah Kawalan.“Oleh itu, adalah penting bagi

kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah ke-pada virus COVID-19 dengan bera-da di rumah,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga menjelaskan tempoh berkenaan, yang bermula hari ini, di-ambil kerana virus Covid-19 memer-lukan masa 14 hari untuk menunjuk-kan tanda-tanda serangan.

Perintah ini diambil bagi memu-

tuskan rantaian jangkitan virus berkenaan yang melibatkan 197,575 orang termasuk 7,904 orang terkor-ban di seluruh dunia.

Setakat 18 Mac lalu, 117 kes ba-haru direkodkan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul 790 kes. Daripada jumlah itu, 11 pesakit lagi sembuh dan dibenarkan pulang.

Sebanyak 80 daripada kes terba-haru itu berkait kelompok perhim-punan di tabligh masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kekal di rumah elak tempoh kawalan lanjut

Page 7: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Ekonomi7SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) pada 13 Mac lalu mengumumkan agihan ke-untungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019.

Menurut kenyataan TH, ia melibatkan ba-yaran berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM1.2 bi- lion lebih tinggi berbanding RM913 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi kewangan semakin baik itu berasas strategi pelaburan mampan serta langkah pen-gurusan kos secara berhemat yang menyum-bang kepada pertumbuhan agihan kewangan pada 2019.

TH berkata ia berjaya memperoleh penda- patan pelaburan RM3.3 bilion yang mana RM1.2 bilion daripadanya dijana pada suku keempat 2019.

Secara keseluruhan, TH berjaya mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun kewan-gan 2019 berjumlah RM1.9 bilion, meningkat 19 peratus atau RM300 juta berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan 2018.

Menurut TH, ini juga membolehkan TH mengekalkan kadar bayaran haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar RM22,900 untuk se-tiap jemaah Muassasah yang menunaikan haji buat kali pertama pada musim haji 1440 Hijrah lepas. – BERNAMA

Tabung Haji agih untung 3.05 peratus

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN PELABUHAN KLANG - Peruntukan RM10.9 bilion bagi projek pengem-bangan Pelabuhan Barat mengukuh-kan kedudukan Pelabuhan Klang se-bagai antara terbaik dunia, sekali gus merancakkan ekonomi Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta kapasiti pengendalian kontena di Pelabuhan Klang kini mencapai tahap 70 peratus dan projek pengembangan diperlukan bagi meningkatkan kece-kapan operasi.

“Langkah Westport Holdings Bhd memperuntukkan perbelanjaan mo-dal untuk pengembangan kemuda-han terminal tepat bagi kepentingan jangka panjang.

“Kerajaan Negeri sentiasa meran-cakkan aktiviti ekonomi dan menye-diakan kemudahan prasarana unggul bagi menarik perhatian pelabur asing dan tempatan berlabuh di Pelabuhan Klang,” katanya ketika lawatan ke Pu-sat Logistik Pelabuhan Barat pada 12 Mac lalu.

Sementara itu, Amirudin berkata pembinaan pusat pengedaran IKEA (Malaysia) dengan kos pelaburan RM900 juta di Pulau Indah membuk-tikan keyakinan pelabur luar terhadap kecekapan Pelabuhan Klang.

Tarik pelabur, perhebat Pelabuhan Barat

Tekad rancakkan ekonomi negeri

“Operasi di Pulau Indah adalah pusat edaran IKEA ketiga terbesar dunia selepas Chicago, Amerika Syarikat dan Dusseldorf, Jerman.

“Apa yang penting kerancakan ekonomi negeri akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Amirudin (empat, kanan) merasmikan majlis pecah tanah di Westport Malaysia, Pelabuhan Klang pada 12 Mac lalu

PELABUHAN KLANG - Kerajaan Persekutu-an diharap meneruskan projek pelabuhan ketiga di Pulau Carey yang dicadangkan Pakatan Harapan sebelum ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap ia dipertimbangkan kerajaan baharu kerana projek itu antara lain bertujuan menam-pung kapasiti kontena di Pelabuhan Barat dan Utara.

“Kita mengalu-alukan cadangan ini di- teruskan kerana ia sudah tentu akan menja-na ekonomi negeri, malah projek Laluan Rel Pantai Timur yang disambung semula pem-binaannya dengan jajaran baharu turut be-rakhir di Pelabuhan Klang,” katanya selepas lawatan ke Pusat Logistik Pelabuhan Barat pada 12 Mac lalu.

Sebelum ini, bekas Menteri Pengang-kutan Anthony Loke berkata Kabinet ber-setuju supaya kajian kebolehlaksanaan di-jalankan terhadap projek pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey.

Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Klang diberi tanggungjawab mengeluar-kan permohonan cadangan kepada syari-kat perunding bebas.

Kajian cadangan merangkumi 16 aspek termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar ser-ta kajian terhadap pasaran dan kesan sosial bagi melihat sejauh mana Pulau Carey boleh dibangunkan sebagai sebuah pelabuhan.

Harap cadangan pelabuhan di Pulau Carey diteruskan

Page 8: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

8Nasional

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

SHAH ALAM - Semua premis yang disah-kan berlaku kes positif Covid-19 perlu di-tutup serta-merta bagi menjalani proses pembersihan segera, kata menteri kesi-hatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ke-semua premis termasuk masjid dan insti-tusi pengajian tinggi yang positif wabak tidak perlu menunggu pengesahan rasmi kementerian bagi menutup premis ma-sing-masing.

“Tidak perlu arahan lanjut Kementeri-an Kesihatan bagi arahan penutupan ke- rana sebaik sahaja terdapat kes Covid-19, premis terbabit perlu dibersihkan ser-ta-merta.

“Perlu diingatkan titisan air liur sama ada daripada bersin atau batuk pesakit Covid-19 amat berbahaya dan perlu di- bersihkan serta-merta bagi mengelakkan penularan kepada individu lain,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Premis ada kes perlu ditutup

JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menempatkan 1,000 doktor pelatih di hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicin-kan operasi harian susulan penularan Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata semua doktor pela-tih akan menjalani induksi lima hari mu-lai 16 Mac, termasuk berkaitan pengen-dalian elemen Covid-19.

Beliau berkata langkah penempatan segera 1,000 doktor pelatih itu bagi meredakan bebanan doktor sedia ada yang menumpukan perhatian kepada kes Covid-19.

“Mereka kena melalui kursus induksi

dan kita akan mahirkan mereka dengan elemen Covid-19 sebelum masuk ke sis-tem KKM,” katanya selepas mendengar taklimat berhubung situasi Covid-19 di Hospital Permai pada 14 Mac lalu.

Ahli Parlimen Tenggara itu juga meng-gesa orang ramai menghormati keputu-san kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguh atau dibatalkan mengikut kesesuaian se-hingga 30 April ini.

Beliau berkata KKM turut menyaran-kan hospital swasta mengehadkan wak-tu lawatan seperti dilakukan hospital ke- rajaan sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan. – BERNAMA

1,000 doktor pelatih di hospital kerajaan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan ke-pada orang ramai bahawa tiada keper- luan untuk melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan adalah men-cukupi dan boleh didapati pada setiap masa.

Beliau mengakui bahawa terdapat beberapa tahap pembelian panik dalam kalangan masyarakat susulan pandemik Covid-19 yang dihadapi dunia ketika ini, termasuk Malaysia.

“Malam ini kita akan turut membin-cangkan isu ini, tetapi secara jujur, ja- nganlah terlalu risau. Bekalan makanan mencukupi untuk semua orang,” kata- nya selepas mempengerusikan Mesyu-arat Tindakan Ekonomi pertama di sini pada 16 Mac lalu.

“Kami telah mengarahkan Kemen-terian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan bekalan makanan yang penting adalah mencukupi serta boleh didapati pada setiap masa,” katanya.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah di-arah memantau situasi di lapangan.

Muhyiddin juga berkata: “Hadapilah situasi ini dengan tenang, kami akan memastikan bahawa bekalan makanan mencukupi dan boleh didapati pada se-tiap masa, jangan tergesa-gesa.

“Beli dan simpan apa yang perlu se- perti biasa, kami akan memastikan baha-wa anda boleh mendapatkan barangan makanan pada bila-bila masa sahaja,” ka-tanya. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak Covid-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata mere-ka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi no-tis tanpa gaji mulai 1 Mac lalu.

“(Bantuan itu juga) Layak untuk pencarum Sistem Insurans Peker-jaan (EIS) dengan gaji tidak me- lebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini melibatkan peruntukan seba- nyak RM120 juta.

“Seramai 33,000 pekerja disa- sarkan menerima faedah terse-but,” katanya pada sidang me-dia selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tinda-

Susulan penularan Covid-19

RM600 bantu pekerja cuti tanpa gaji

Seorang pembantu kesihatan awam menjalankan proses penyahkuman di ruang solat Masjid Darul Hana di Jalan Tun Salahudin 17 Mac lalu. Foto BERNAMA

Kerajaan jamin bekalan makanan cukup

kan Ekonomi (EAC) di Pejabat Per-dana Menteri pada 16 Mac lalu.

Muhyiddin turut mengumum-kan diskaun caj elektrik untuk se-ktor komersial, perindustrian dan pertanian.

“Dalam Pakej Rangsangan Eko-nomi (PRE2020) pada 27 Februari 2020, kategori perniagaan yang terjejas berikutan Covid-19 ter-utamanya sektor pelancongan akan menerima diskaun 15 pera-

tus bagi penggunaan elektrik un-tuk tempoh enam bulan bermu-la 1 April hingga 30 September 2020,” katanya.

Perdana Menteri berkata mengambil kira penularan Cov-id-19 menyebabkan impak yang lebih meluas, kerajaan memutus-kan untuk memberi diskaun dua peratus bagi semua pengguna lain dalam sektor komersial, per-industrian dan pertanian serta

pengguna domestik bermula 1 April hingga 30 September 2020.

Sementara itu, Muhyiddin ber-kata pembayaran RM200 Ban-tuan Sara Hidup (BSH) kepada setiap penerima dibayar 16 Mac, diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020 seperti yang di- umumkan dalam Pakej Rangsa- ngan Ekonomi (PRE2020) pada 27 Februari.

Beliau berkata bayaran berjum-lah RM760 juta itu akan meman-faatkan seramai 3.8 juta isi rumah penerima BSH.

“Bayaran tambahan sebanyak RM100 seperti mana yang telah diumumkan dalam PRE2020 akan dibayar pada Mei 2020. Bayaran tambahan Mei ini melibatkan RM500 juta yang akan meman-faatkan 5 juta penerima BSH,” ka-tanya. – BERNAMA

Page 9: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Nasional9SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

InformasiTerkinidi jari anda

Adakah pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?

Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan

Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19) adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?

Boleh diuruskan dengan waris ter-dekat bersama kariah masjid atau surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.

KUALA LUMPUR - Mahkamah di seluruh negara ditutup hingga 31 Mac selaras dengan keputu-san kerajaan mengisytiharkan Pe- rintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Perbicaraan dan pendenga-ran kes sivil serta jenayah juga ditangguhkan dan tarikh baharu dimaklumkan kemudian.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin

Mohd Salleh berkata bagaima- napun jika terdapat keperluan pendaftaran kes baharu, pegawai penyiasat hendaklah memak-lumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret bertugas bagi tujuan persediaan mahkamah.

Katanya bagi kesalahan boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses se-

perti biasa.“Permohonan untuk tahanan

reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, Sek-syen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas ditetapkan.

“Bagi mahkamah menggu-nakan sistem e-Kehakiman, pemfailan kes-kes sivil baharu

dan notis rayuan dan dokumen- dokumen berjalan seperti biasa melalui sistem e-Filing manakala bagi mahkamah tidak mempu-nyai sistem e-Kehakiman, pem-failan kes-kes sivil baharu dan dokumen diterima mulai 1 April 2020,” katanya dalam kenyataan pada 17 Mac lalu.

Ahmad Terrirudin berkata ia adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah seluruh

negara seperti diarahkan Ketua Hakim Negara bagi memastikan akses kepada keadilan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ber-kuat kuasa bagi tempoh berkenaan.

Beliau berkata bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil memerlu-kan kesegeraan, pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem e-Ke-hakiman di negeri berkenaan. -BERNAMA

Mahkamah tutup, bicara kes tangguh

l Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

l Sekatan menyeluruh semua per- jalanan rakyat Malaysia ke luar ne-gara

l Sekatan kemasukan semua pelan-cong dan pelawat asing ke dalam negara

l Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, mene-ngah dan prauniversiti

l Penutupan semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

l Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting ne-gara

Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?

Tidak perlu

Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Kedai makanan boleh dibuka tetapi ha-nya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghan-taran seperti Grab Food atau Food Panda

MKN keluarkan garis panduan

Perintah kawalan bergerak

Adakah majlis keraian, perkahwinan dan kenduri boleh diadakan?

Upacara pernikahan boleh dilaksana-kan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai. Majlis persandingan serta majlis lain disarankan tangguh hingga penula- ran Covid-19 di Malaysia tamat

Sekiranya barang keperluan habis, ada-kah boleh keluar membeli dan terus balik?

Ya

Pelancong melintasi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lengang pada 18 Mac lalu berhadapan pusat beli-belah Sogo yang ditutup. Foto BERNAMA

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan pene- rangan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan seperti diumumkan Per-dana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu.

Berkuat kuasa sepenuhnya antara 18 hingga 31 Mac, perintah tersebut terpakai di seluruh Malaysia mengi-kut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Bagaimanapun, kerajaan menukar arahan dengan melarang pelajar insti-tusi pengajian awam dan swasta pulang ke kampung atau kembali ke negara asal.

Berikut penerangan isu penting mengenai Perintah Kawalan Pergera- kan:

Page 10: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

10Global

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

KUALA LUMPUR - Tiada pelajar Malay-sia di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti Covid-19, kata Kedutaan Malaysia di Washington.

Melalui kenyataan diemel kepa-da Bernama, kedutaan berkata, dua penuntut Malaysia di AS melakukan kuarantin diri sebagai langkah pence- gahan, selepas rakan di fakulti disah-kan dijangkiti wabak itu.

Katanya, Jabatan Pendidikan Malay-

sia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Washington telah menghubungi pe-nuntut Malaysia dan memberi nasihat serta panduan berkaitan tempat mere-ka tinggal.

“Mereka dinasihat mematuhi langkah pencegahan dan cadangan ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

“Kakitangan Jabatan Pendidikan Malaysia juga bekerja rapat dengan

Perhimpunan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika (NAMSA) untuk memantau penuntut dengan memberi bantuan serta nasihat yang perlu,” jelas kenyataan itu.

Terdapat 7,709 pelajar Malaysia menuntut di AS termasuk 260 orang dan sebelum ini, Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di ne-gara itu yang mencatat lebih 1,600 kes termasuk 47 kematian. – BERNAMA

Pastikan semuanya selamat

Pelajar Malaysia di AS bebas Covid-19

SHAH ALAM - Itali merekodkan 368 kematian pada 15 Mac lalu, jumlah tertinggi dilaporkan da-lam sehari susulan penularan Cov-id-19 di seluruh dunia ketika ini.

Angka korban di negara itu kini mencecah 1,809 orang, lebih separuh daripada semua kes di-rekodkan di luar China, lapor AFP.

Vatican mengambil langkah drastik membatalkan sambutan minggu Easter bermula 5 April depan susulan krisis yang berlaku.

Sementara itu, Gabenor wi-

layah Lombardy Attilio Fontana menyifatkan situasi di sekitar ibu kota Itali “semakin buruk”.

“Kita semakin hampir ke satu keadaan untuk tidak lagi mampu merawat semua orang yang di-jangkiti kerana kekurangan katil di unit rawatan rapi,” katanya.

Wilayah Lombardy mencatat-kan 1,218 kematian secara rasmi ekoran Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih tinggi berbanding jumlah kematian di- gabungkan di seluruh Eropah.

Kereta peronda memeriksa lalu lintas sekitar Colosseum, Rom pada 14 Mac lalu, susulan status Itali antara negara terjejas teruk selain China susulan Covid-19. Foto AFP

Itali catat rekod kematian tertinggi sehari

Perusahaan utama China kembali operasi

BEIJING - Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak Covid-19, kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.

“Terima kasih di atas langkah-langkah pemulihan spesifik dilaksanakan di wilayah itu,” kata jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Ne-gara Meng Wei pada 17 Mac lalu.

Wilayah termasuk Zhejiang, Jiangsu, Shanghai, Shandong, Guangxi, dan Chongqing hampir me- nyaksikan 100 peratus sektor perusahaan kembali ber-operasi seperti biasa, menurut agensi berita Xinhua.

Data penggunaan elektrik menunjukkan pemuli-han di seluruh sektor.

Industri logam bukan besi menyaksikan pening-katan penggunaan eletrik ke paras biasa seperti ta-hun lalu.

Penggunaan elektrik dalam industri farmaseu-tikal, kimia dan elektronik juga kembali mencapai tahap 90 peratus. -BERNAMA

Petugas PBB di New York kerja dari rumahNEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memu-tuskan semua petugas di ibu pejabat PBB di New York bekerja dari rumah atau secara “e-commut-ing”, mulai 16 Mac hingga 12 April.

Ia bertujuan mencegah serta membendung pe-nularan Covid-19, lapor agensi berita Sputnik meme-tik kenyataan jurucakap pejabat PBB pada 13 Mac lalu.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan kanan, termasuk Pengarah Perubatan, Setiausaha Agung mengambil keputusan meningkatkan lang-kah pencegahan di ibu pejabat PBB bagi mengu-rangkan penyebaran virus Covid-19.

“Semua petugas diminta bekerja dari rumah atau “e-commuting” kecuali keadaan benar-benar me-merlukan berada di pejabat,” katanya. -BERNAMA

Indonesia larang eksport topeng mukaSHAH ALAM - Indonesia melarang pengeskportan topeng muka buat sementara waktu bagi mena- ngani isu Covid-19, kata menteri perdagangannya pada 13 Mac lalu.

Agus Suparmanto berkata arahan berkenaan di-kuat kuasa demi memenuhi permintaan serta ke- perluan penduduk negara itu sendiri, lapor Reuters.

Ketika ini, topeng tersebut dijual dengan harga berganda selain penduduk turut membuat sim-panan kerana bimbang dengan penularan Covid-19.

“Kita mahu penuhi permintaan produk itu daripa-da pengguna dan industri domestik,” katanya.

Larangan berkenaan akan dihentikan selepas bekalan tempatan mencukupi.

Sepasukan tentera Korea Selatan menyembur penyahkuman di kompleks pangsapuri yang di Daegu, Korea Selatan pada 9 Mac lalu. Foto REUTERS

Page 11: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Muazzin Muhammad Mohamad Yusof melaungkan azan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong yang kosong susulan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac bagi mengawal penularan Covid-19

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

S

InformasiTerkinidi jari anda

usulan penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan, pelbagai arahan dan inisiatif dilaksanakan bagi

membendung wabak berkenaan.Mencatatkan kes positif tertinggi,

Selangor tekad mendepani virus berkenaan dengan menubuhkan pasukan petugas Covid-19 yang diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud sebagai ahli teras mewakili Selangor.

Dalam pada itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengingatkan semua individu yang mempunyai gejala awal atau kontak rapat dengan pesakit positif wabak untuk membuat ujian saringan kesihatan.

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Fokus tangani Covid-19

Jalan utama di Pusat Bandar Shah Alam kelihatan lengang pada 18 Mac lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan - Foto BERNAMA

l Semua kaunter perkhidmatan tutup dan jabatan perlu optimumkan perkhidmatan atas talian bagi kurangkan sentuhan fizikal (jarak sosial).

l Projek fizikal tidak kritikal tangguh hingga perintah terbatal.

l Jabatan perlu minimumkan pergerakan keluar masuk ke premis melalui satu pintu kawalan.

l Penjawat awam ingkar akan dikenakan tatatertib.

Untuk itu, sebanyak 18 pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan termasuk lapan hospital khusus di Selangor menjalankan saringan kesihatan khusus untuk Covid-19.

Seiring keputusan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan antara 18 hingga 31 Mac di seluruh negara, Selangor turut menggariskan beberapa panduan dalam mengekang penularan wabak itu.

Berikut Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Peringkat Selangor

l Kehadiran di pejabat dibenar bagi tujuan kritikal untuk masa tertentu dan digalak buat penggiliran. Bagi tugasan segera, kakitangan boleh ke pejabat dan pulang setelah selesai tugas. Boleh bawa pulang dokumen bukan kategori dokumen berperingkat.

l Ketua jabatan pastikan perkhidmatan atau skop tugasan disenarai perlu dilaksana dalam tempoh kawalan pergerakan ini :

1. Penguatkuasaan/ keselamatan/ skuad pantas PBT2. Unit Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah3. Kewangan / hasil4. Operator pusat panggilan (call center)5. Kebersihan/ penyelenggaraan (bangunan, jalan)6. Pengurusan sisa pepejal7. Pengurusan teknologi maklumat dan8. Mana-mana skop perkhidmatan kritikal lain dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

l Pegawai dan kakitangan diberi pelepasan bekerja dari rumah antara 18 hingga 31 Mac dan perlu sedia dipanggil pada bila-bila masa.

l Pegawai perlu memaklumkan dan mendapatkan kelulusan ketua jabatan sekiranya merentas sempadan negeri.

l Bagi kakitangan lantikan pekerja sambilan harian, pembayaran gaji adalah tidak terjejas.

l Tiada tuntutan kerja lebih masa dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelaksanaan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan rujuk ke Pusat Pengurusan Operasi Negara di 03-88882010.

Page 12: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

Album Klik!13SelangorKini 19 - 25 Mac 202012 SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

KIRISeorang pelajar memakai topeng muka dan mulut ketika Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor kali ketujuh di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam| FIKRI YUSOF

KANANPelanggan memilih ikan segar ketika membeli-belah di Pasaraya Tesco, Kajang | HAFIZ OTHMAN

KIRIPelajar tahfiz meneliti borang saringan Covid-19 di Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur| FIKRI YUSOF

KANANGelagat kanak-kanak ceria mendapat belon pada Pesta Buku Selangor di SACC Convention, Shah Alam | REMY ARIFIN

KIRIPetugas melakukan pemeriksaan peralatan di ruang penyimpanan kayak di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Hulu Selangor | ASRI SAPFIE

KANANKakitangan Dewan Negeri Selangor membuat pemeriksaan suhu badan kepada petugas media sebelum istiadat pembukaan persidangan penggal ketiga di Dewan Negeri Selangor,Shah Alam | HAFIZ OTHMAN

KIRIKanak-kanak menyentuh biawak air spesies Varanus salvator keti-ka mengunjungi pameran haiwan eksotik di Padang Awam MPSJ Puchong Indah, Puchong | ASRI SAPFIE

KANANPenumpang menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum menaiki bas di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam| FILZAH YAMAL

Melawat tapak projek cadangan menaik taraf bangunan Pasar Awam Banting, Kuala Langat

ADN BANTINGLau Weng San

Menyampaikan bantuan kebajikan kepada keluarga kurang bernasib baik di Taman Bukit Rawang Putra, Rawang

ADN RAWANGChua Wei Kiat

Merasmikan Program Tukar Minyak Hitam Motor Percumadi Dewan Orang Ramai Kanchong Darat, Banting

ADN MORIBHasnul Baharuddin

ADN TERATAILai Wai Chong

Mengagihkan cecair pembasmi kuman dan sabun tangan kepada penduduk Taman Muda, Ampang

Menanam pokok sempena perasmian Komuniti Sihat Perkasa Negara di Taman Sentosa Perdana, Klang

Gunarajah R GeorgeADN SENTOSA

Bersama peserta Program Takraw Penyatuan Ummah di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, SemenyihZakaria Hanafi

ADN SEMENYIH

Page 13: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

14ADN

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri dicadang memberi peruntukan khusus kepada setiap Dewan Un-dangan Negeri bagi mengem-bangkan program Tanjung Suri, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati.

Juwairiya Zulkifli berkata menerusi peruntukan itu ADN boleh menarik peserta Kasih Ibu Smart Selangor untuk terlibat dalam program terbabit.

“Saya puji inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan program ini bagi membantu wanita men-jana pendapatan sekali gus mencungkil bakat mereka.

“Namun saya berharap ada peruntukan khusus daripada Kerajaan Negeri bagi membantu

ADN cadang dana khas perkasa Tanjung Suri

aspek pemasaran serta jualan,” katanya.

Sementara itu, ADN Balakong, Wong Siew Ki berkata program Ta n j u n g S u r i boleh dimanfaat-kan terutama ke-pada ibu tunggal menjana pendapatan menerusi penghasilan kraf tangan.

“Program ini harus dipromosi bagi menarik suri rumah dan ibu tunggal menyertainya,” katanya.

Pada Ekspo Hasil Suri Sela- ngor 2020 baru-baru ini Kera-jaan Negeri mengumumkan penubuhan program Tanjung

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N33N33 TAMAN MEDANTAMAN MEDAN

nNama: Syamsul Firdaus Mohamed Supri

nUmur: 47 tahun nNegeri kelahiran Johor nAktiviti masa lapang Melancong

nFalsafah hidup Kesungguhan dalam usaha teras kepercayaan dan kejayaan

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Konsultan kekeluargaan n Alamat pejabat ADN: No. 12-2, Jalan PJS 3/61, 46000 Petaling Jaya

nNombor telefon ADN: 03-77729121

nE-mel: [email protected]

nFacebook: Syamsul Firdaus

N33 TAMAN MEDAN

Suri bagi meningkatkan kemahiran penerima

KISS menghasilkan produk bermutu.

Program di b a w a h E XCO Pe m b e r d a y a a n Wanita Dan Ke-

luarga, Dr Siti Mari-ah Mahmud itu satu

lagi inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu

golongan wanita.Pada peringkat awal projek

perintis itu, peserta diberi tun-juk ajar menghasilkan produk kraf tangan oleh pembimbing berpengalaman sebelum mere-ka diberi upah kerana bekerja dari rumah.

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Sebanyak 49 jalan ke Pelabuhan Klang akan dise-lenggara secara berperingkat bermula 16 Mac lalu oleh Jabatan Kerja Raya, kata Ahli Dewan Ne-geri Pelabuhan Klang.

Azmizam Zaman Huri berkata kerja tersebut dijangka mengam-bil masa kira-kira enam bulan ber-gantung kepada tahap operasi.

“Diharap semua penggu-na berhati-hati dan ikut arahan penjaga lalu lintas. Rancang per-jalanan bagi mengurangkan ke- sesakan trafik sewaktu kerja pembaikan dan penyelengga-raan dilaksanakan.

“Kerja pembaikan ini mene-

Baiki berperingkat selama enam bulan bermula 16 Mac

49 jalan ke Pelabuhan Klang diselenggara

rusi peruntukan Kerajaan Perse-kutuan, dan di-harap ia memberi manfaat kepada pengguna,” ka-tanya dalam ke-nyataan.

Antara jalan ter l ibat ia lah Jalan Pelabuhan Utara-Barat, Lebuhraya Pulau Indah, Jalan Pin-tasan Selat Klang Utara, Batu Un-jur, Jalan Lingkaran Pulau Indah dan Persiaran Raja Muda Musa.

Jalan lain ialah Jalan Su-sur Selari, Jalan Pelabuhan Klang-Berkeley, Jalan Pandama-ran, Jalan Parang dan Lingkaran Pulau Indah.

Diharap semua pengguna berhati-hati dan ikut arahan penjaga lalu lintas. Rancang perjalanan bagi mengurangkan kesesakan trafik

sewaktu kerja pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakanAZMIZAMZAMAN HURIAhli Dewan Negeri Pelabuhan Klang

SHAH ALAM - Beberapa pusat khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) ditutup susulan arahan kawalan pergerakan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac depan.

ADN Lembah Jaya, Haniza Talha berkata pejabatnya akan dibuka semula apabila arahan terbabit dihentikan.

“Warga Lembah Jaya diminta untuk mengambil langkah ber-

jaga-jaga dan sentiasa menjaga kebersihan, elak perhimpunan dan tempat awam tanpa tujuan penting,” katanya.

Sementara itu, ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berka-ta pusat khidmatnya boleh di-hubungi menerusi telefon, emel dan juga WhatsApp.

“Orang ramai boleh menda- patkan maklumat berkaitan

menerusi laman Facebook saya sekiranya mempunyai seba-rang masalah di kawasan ma- sing-masing.

“Kami memandang seri-us perkara ini dan mengambil langkah bagi memastikan virus tidak tersebar, sebarang mak-lumat terkini akan dimaklum-kan dari semasa ke semasa,” ka-tanya.

Pusat khidmat ditutup sementara

Page 14: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

15SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Bersama tangani Bersama tangani dampak Covid-19dampak Covid-19

Oleh Nurul Hanis Izmir

enularan koronavirus baharu atau Covid-19 yang mencecah status pandemik, telah menyebabkan semua perancangan yang diusahakan individu, keluarga, or-ganisasi dan kerajaan di serata dunia bagi 2020, kini terhenti.

Ketika virus maut yang bermula di Wu-han, China, menular kepada lebih 150 ne- gara, menjangkiti sebanyak 183,129 orang dan meragut 7,175 nyawa di peringkat global setakat ini, kerajaan di seluruh du- nia juga terpaksa melaksanakan pendeka- tan yang tidak dijangkakan bagi mengu-rangkan impaknya temasuk mengete- ngahkan keperluan penjarakan sosial yang dapat memperlahankan penyebarannya.

Di peringkat tempatan, kerajaan Ma-laysia misalnya telah bersiap untuk me- rancakkan ekonomi menerusi acara Tahun Melawat Malaysia 2020 selain meletak-kan kedudukannya di skala global sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Banyak acara yang dirancang sebelum-nya, kini ditangguhkan apabila angka kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 673 yang mana 49 berjaya pulih namun turut meragut dua nyawa, setakat ini.

Kelembapan sosioekonomi akibat impak daripada penularan virus itu juga dapat di-saksikan di serata dunia.

Di Amerika Syarikat (AS) misalnya, ke-

bimbangan mengenai kemungkinan nega- ra itu terjerumus dalam kemelesetan aki-bat impak pandemik Covid-19 dan kejatu-han harga minyak mentah, menyebabkan Indeks Dow Jones susut sebanyak 13 peratus - terburuk sejak kejadian 'Black Monday' atau kejatuhan pasaran saham pada 1987 yang menyebabkan pihak Rizab Persekutuan AS atau Fed menurunkan ka-dar faedahnya kepada sifar peratus.

Pada peringkat global, China masih me- rekodkan jumlah kes Covid-19 pada 80,881, diikuti Itali sebanyak 27,980 kes, Iran (lebih 14,000 kes) dan Sepanyol (9,942 kes).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac lepas berikutan penularannya yang terus mengganas di sekitar wilayah dan rantau.

Ekonomi terjejas

Pasaran Eropah juga tidak terkecuali daripada serangan virus itu dengan tran-saksi rentas sempadannya merosot secara ketara ketika negara itu menghadapi impak- nya yang besar.

Di peringkat tempatan, indeks petun-juk utama FBM KLCI merosot sebanyak 97.20 mata pada Jumaat lepas untuk di-tutup pada paras 1,344.75 iaitu paras te- rendahnya sejak Julai, 2010.

Asakan Covid-19 itu terus menyaksikan indeks itu menguncup ke paras 1,256.58

pada Selasa akibat tekanan jualan be-sar-besaran yang menjejaki pasaran se- rantau yang kurang memberangsangkan.

Sentimen itu turut dialami ringgit yang meneruskan penurunan pada minggu le-pas untuk ditutup rendah berbanding dolar AS kepada paras 4.3480/3530 daripada 4.3030/3080, sebelum ini.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kera-jaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18-31 Mac, untuk membendung penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Ketika impak daripada pengumuman itu masih sedang dinilai, sebagai sebuah ne- gara dagangan kecil, Malaysia boleh ber-depan dengan impak ekonomi yang besar.

Kerajaan telah menyemak semula un-juran pertumbuhan ekonominya tahun ini dengan menurunkan kepada antara 3.2 peratus dan 4.2 peratus daripada angga-ran 4.8 sebelum ini.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama negara atau dunia berdepan dengan kega-watan atau pandemik global seumpama ini.

Bantuan kerajaan

Walaupun impak Covid-19 dikatakan lebih buruk berbanding krisis kewangan Asia 1997, langkah-langkah yang diambil seluruh dunia akan membantu meringan- kan kesan itu.

Di Malaysia, kerajaan mengumumkan bantuan tunai RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh maksimum enam bulan.

Langkah-langkah ini melibatkan perun-tukan RM120 juta dan seramai kira-kira 33,000 pekerja dijangka mendapat man-faat daripadanya.

Muhyiddin juga berkata pekerja yang terjejas dengan gaji di bawah RM4,000 se-bulan juga dibenarkan mengeluarkan wang daripada Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).

Terdahulu, kerajaan juga mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion bagi industri yang terjejas secara langsung daripada wabak itu.

Pakej rangsangan tersebut mempunyai pendekatan serampang tiga mata - perta-ma, untuk memudahkan aliran tunai per-niagaan yang terjejas, kedua, membantu individu yang terjejas dan ketiga merang-sang permintaan terhadap perjalanan dan pelancongan.

Meskipun kerajaan melaksanakan tu-gasnya sama ada menerusi langkah ke-wangan atau dasar, rakyat Malaysia secara umumnya, perlu bekerjasama dalam mem-bantu kerajaan membendung penularan jangkitan ini dengan mengikut arahan yang diberikan kerajaan serta profesional kesi-hatan dan menumpukan bagaimana untuk membina semula negara semasa dan sele-pas berlakunya wabak ini. – BERNAMA

Page 15: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

OLEH MD. FARIQ KHIR

Aku mengenalinya waktu dia seo-rang perempuan. Secara biolog-inya memang dia seorang per-empuan. Aku bukan orang sini.

Aku dari benua lain. Di sini aku ditempat-kan sebagai guru dalam program pertu-karan demi memahami adat dan budaya negara aku dan negaranya.

Satu hari waktu berbual dengan rakan (dalam bahasa Inggeris) aku mengguna kata ganti nama she dan her. Melissa was a woman yesterday and is a man today kata dia. Mulanya aku tak faham kemu-dian rakan aku itu kata tentang fluiditi gender dan Melissa seorang gender flu-id. Aku tak biasa pada mulanya. Aku bu-kan tak biasa pada konsep fluiditi gender tetapi kepada kata nama bila berbicara tentang Melissa.

Melissa boleh jadi lelaki untuk ber-minggu-minggu dan boleh jadi perem-puan hanya dalam tempoh masa dua jam. Melissa pernah datang bulan waktu dia seorang lelaki dan aku tanya are you a woman now dan dia kata no I am still a man with a woman body.

Kadang aku guna namanya saja ber-banding he/him/her/she. Dengan itu aku tak pernah tersilap. Aku fikir aku hanya suka Melissa sebagai seorang perem-puan — aku secara lahiriah meminati perempuan — sebab selalunya ketika dia perempuan Melissa akan berpakaian secara feminin dan sebaliknya bila dia lelaki. Tetapi tak juga. Aku nampak Me-lissa hanya sebagai Melissa biar apa pun gendernya waktu itu. Cinta telah mem-butakan gender. Tak. Bukan. Melissa yang telah membutakan gender. Aku pernah jatuh cinta dengan seorang transnita tetapi bila tahu dia trans aku membatal-kan cinta itu.

Tetapi Melissa lain.Melissa tidak tahu aku menyukain-

ya. Yang pasti bila aku ingin meluahkan perasaan padanya nanti aku mahu ketika dia sebagai perempuan. Ini bukan sebab orientasi seksual aku itu tetapi lebih mu-dah bila aku ceritakan kisah itu kepada sesiapa.

Kalau waktu itu dia lelaki aku kena guna ayat ini: Aku dah luahkan perasaan aku kepada lelaki yang aku suka. Kawan-kawan aku pasti akan pelik sebab sejak bila pula aku minat lelaki. Ia akan mem-buang masa aku untuk ceritakan tentang fluiditi Melissa. Sebaliknya aku akan kata: Aku dah luahkan perasaan aku kepada perempuan yang aku suka. Perbualan akan terus kepada di mana, bagaimana dan kenapa. Aku lebih suka untuk berbic-ara tentang momen meluah itu berband-ing perkara yang boleh diceritakan lain kali. Ia akan potong mood aku melamuni cinta.

Setengah tahun tinggal di sini bahasa Melayu aku semakin baik dan kami ber-

dua makin kurang berbual dalam bahasa Inggeris. Kami tidaklah rapat dan amat jarang berbual berdua. Pada Sabtu kala September aku menemuinya di McD. Aku dekati mejanya dan kata sorang je. Ya sorang je dia kata. Kami berbual ber-macam-macam hal dan dari situ aku tahu lebih banyak tentang latar belakangnya.

Kenapa kau tak menukar nama kau kata aku. Aku tidak nampak keperluan untuk menukar nama seperti nenek aku tidak nampak keperluan untuk memang-gil aku dengan nama yang lain. Nenek aku orang yang pertama tidak bertanya kenapa bila mengetahui tentang situasi diri aku kata dia. Memang aku pernah ada nama lain tapi nenek tak pernah panggil aku dengan nama tu. Aku pernah bertan-ya kepadanya kenapa dan dia cuma kata hang jadilah apa pun hang tetap Melissa jugak. Aku terkesan dengan kata-katan-ya.

Malam itu dia memakai sweater dan jump pants hitam kosong. Aku tak dapat tangkap gendernya kala itu. Aku ingin tanya kau apa hari ini di kala jeda per-bualan. Tetapi dia kata dia ingin ke tandas dan aku kata okay. Aku jagakan barang.

Terlepas satu peluang.Aku melihatnya pergi. Berjalan mem-

belakangi aku dan mata aku tajam men-cari-cari petunjuk apakah dia malam itu. Cara berjalannya nampak seperti entahlah. Kalau aku kata lelaki ya juga. Perempuan pun boleh jadi. Dan tubuhn-ya hilang di balik dinding. Aku melihat barang-barangnya di atas meja: telefon hitam, beg tote hitam. Itu saja. Aku tak tau apa di dalam begnya. Adakah sikat bulat atau sikat rata. Aku terlalu takut untuk menggeledah dan takut juga untuk mengintai dia ke tandas yang mana tapi tak ramai malam itu maka aku tekadkan juga diri. Aku bangun. Dia muncul dari balik dinding. Aku duduk semula. Terlepas satu lagi peluang.

Waktu dia berjalan ke sini aku meneliti lagi tapi sama saja. Wak-tu dia duduk aku terus kata kau apa malam ini. Dia kata tekalah (di dalam bahasa Inggeris) kemudian ketawa. Aku senyum saja kemudian aku katakan padanya Melissa aku tidak ingin lagi bercakap di dalam bahasa Inggeris. Dia kata kenapa. Kau tahu Melissa aku pada waktu bersama kawan-kawan duduk ber-bual aku kerap kali menggunakan

her/she/him/he untuk merujuk kau. Apa kena- mengenanya dengan itu kata dia. Kalau aku berkata-kata seratus peratus di dalam bahasa Melayu tidak akan ada lagi her/she/him/he bila aku bercerita tentang kau Melissa. Hanya dia. Kau bayangkan kalau ada orang tanyakan dekat aku apa-kah kau semalam, apakah kau hari ini dan apakah kau esok aku cuma perlu kata:

Semalam dia.Hari ini dia.Esok dia.Aku faham. Fluiditi aku telah menyu-

sahkan kau dan semua orang. Jadi baha-sa Melayu bagi kau adalah jalan keluar. Macam tu kan. Bukan macam tu. Aku tak pernah merasa susah soal itu. Ia bukan tentang bahasa. Ia adalah kerana kau.

Okay. Tahniah untuk kau sebab me-mandang aku macam tu. Terima kasih. Tapi apa maksud kau. Apa maksud kau ia adalah kerana aku.

Bahasa Melayu adalah jalan untuk aku menunjukkan bahawa gender kau di da-lam mata aku dah runtuh. Mencair dan lut sinar. Kata dia memberikan penekanan dan penegasan terhadap apa yang aku dah pegang dan aku nak orang lain tahu dan sedar. Semalam dia.

Hari ini dia.Esok dia.Aku ulangi lagi kata-kataku tadi.Kau bercakap macam orang baca puisi

dia kata dan apa pula kepentingan untuk orang tahu pegangan kau. Aku kata me-mang pun. Puisi tu aku tulis untuk kau. Ta-juk dia dwigender yang aku cinta setiap hari. Yang kau apa kata dia. Yang aku cinta setiap hari. Aku cintakan kau Melissa.

Melissa ketawa. Aku tak tau nak kata apa dia kata. Kau hanya perlu jawab so-alan aku: apakah kau malam ini. Melissa menghulurkan tangannya dan kata aku Melissa.

Kepada kekasih kupuisikan pertanyaan

di antara jarak dan sunyikataku, adalah dirimu-yang bersembunyidi debar dadaku.

di antara sunyi dan jarakkatamu, adalah aku-yang berkepakdi semesta kalbu.

kekasih,cahayaku bayangmubayangku cahayamulalu benarkah sunyitak sempat nyaladan jarak pun padamtak benar ada?

Aina Nabila AhmadShah Alam

Page 16: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

17SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

Infografik

2

567 4

9

38

1

InformasiTerkinidi jari anda

AMAL kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun (sekurang- kurangnya 20 saat) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

SEGERA dapatkan rawatan perubatan jika ada

tanda-tanda sakit seperti demam,

batuk atau sukar bernafas

KEKAL di rumah seperti arahan

kerajaan kecuali beli makanan atau

kecemasan

ELAK bersalam. Sebaliknya hanya

mengangguk, menunduk atau melambai

BAWA bersama penutup mulut dan bahan

pencuci tangan

BERSIH dan basmi kuman pada permukaan barangan digunakan dalam rutin harian

ELAK kunjungi tempattumpuan ramai dan

bergaul rapat dengan individu bergejala

AMAL jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari individu

yang selesema atau batuk

1m

ELAK sentuh mata, hidung dan mulut jika

tangan belum dibersihkan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia & Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat

COVID-19

Page 17: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

18PBT

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Penjawat awam perlu lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada masyarakat sejajar gelombang Revolusi Industri 4.0, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata se-baran maklumat menerusi media sosial melangkaui media arus perdana apabila ia menjadi sumber utama rakyat menda- patkan maklumat terkini.

“Hari ini, perkara yang berlaku di seluruh dunia dapat diakses dan diketa-hui dalam tempoh singkat seperti isu ber-kaitan Covid-19.

“Ini kuasa teknologi maklumat dan kita perlu peka, merebut peluang dan meng-guna pakai teknologi berkenaan yang dapat menjimatkan masa serta mengu-rangkan karenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibaca Setiausaha Kerajaan Ne- geri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya keti-ka Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemer-lang MBSA 2019 di Pusat Konvensyen Se-

Depani gelombang Revolusi Industri 4.0

Penjawat awam perlu kreatif, inovatif

SHAH ALAM - Kira-kira 150 peserta mem-babitkan agensi kerajaan, pengusaha inap dusun, hotel, hotel bajet dan kemudahan pelancongan terlibat dalam sesi dialog awam berkenaan Covid-19.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) da-lam kenyataan memaklumkan, sesi dialog pada 13 Mac lalu bertujuan memastikan pengusaha mengambil langkah berjaga-ja-ga penularan wabak itu.

“Sebagai peniaga mereka perlu tahu kaedah ketika berhadapan tetamu atau orang berisiko berkunjung ke premis bagi mengelak dijangkiti,” kata kenyataan itu.

Sesi itu turut diselitkan pameran kesi-hatan berkaitan penjagaan makanan bersih, denggi dan beberapa penyakit berjangkit.

MDHS anjur dialog Covid-19

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakukan nyahkuman ke atas semua lif dan kawasan awam di bangunan milik- nya bagi mencegah penularan Covid-19, kata pengarah jabatan korporatnya.

Mohamad Zin Masoad berkata saringan suhu badan dilakukan kepada semua pela-wat termasuk larangan berurusan bagi indi-vidu bergejala.

Katanya seorang peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dipercayai berurusan di bangunan MPS pada 13 Mac lalu sudah membuat ujian saringan di klinik dan men-jalani kuarantin sendiri di rumah selama em-pat hari sehingga keputusan Covid-19 dike- tahui.

“Kita berhubung dengan Pejabat Ke-sihatan Daerah Gombak untuk tindakan seterusnya dan disaran membuat kerja nyahkuman di tempat dikunjungi individu berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zin berkata operasi MPS boleh diteruskan seperti biasa.

MPS nyahkuman premis kawal virus

SHAH ALAM - Empat premis makanan di seki-tar Jalan Meru, Klang diarah tutup dua ming- gu kerana kotor dan ada lipas, kata penga-rah komunikasi korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Norfiza Mahfiz berkata pemeriksaan di-buat susulan aduan awam bulan lalu.

“Pemeriksaan di premis ini mendapati pemilik mengabai aspek kebersihan, penyim-panan dan penyediaan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan pengunjung.

“Premis ini diarah henti operasi bermula 11 Mac mengikut Undang-Undang Kecil Pe-lesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, katanya, MPK akan le-bih kerap melakukan pemeriksaan di semua premis sebagai langkah mencegah penula- ran Covid-19.

Empat kedai makan kotor diarah tutup

tia City, Setia Alam di sini pada 14 Mac lalu.Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam,

Dato’ Haris Kasim dan timbalannya, Mohd Rashidi Ruslan.

Amirudin berkata sebagai tulang be-

lakang Kerajaan Selangor, penjawat awam perlu memberikan yang terbaik supaya rakyat terus menikmati manfaat sebagaimana yang dihasratkan oleh kepimpinan negeri.

Mohd Amin (dua, kanan) menye- rahkan Anugerah Khas Datuk Bandar kepada kakitangan MBSA sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2019, turut sama Haris (dua, kiri) dan Mohd Rashidi (kanan) di Pusat Konvensyen Setia City pada 13 Mac lalu

SELAYANG - Sekumpulan penjaja war-ga asing yang berniaga di bahu jalan dan kaki lima Pasar Borong Selangor lari meninggalkan barang jualan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, kata pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Mohamad Zin Masoad berkata, da-lam operasi tiga jam bermula 12 tengah malam pada 11 Mac lalu, MPS menyita

170 bakul berisi pelbagai barang jualan dan mengeluarkan 10 kompaun.

“Barang disita kebanyakan milik penia-ga warga asing yang melarikan diri kera-na tiada permit berniaga.

“Kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan meletakkan barang jualan di hadapan kedai sehingga menimbulkan kacau ganggu orang ramai berjalan,” ka-tanya dalam kenyataan.

Semua tindakan dilakukan mengikut Seksyen 46(1)d Akta Jalan Parit dan Ba- ngunan serta Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Penjaja.

Mohamad Zin berkata pemantauan melibatkan agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan diteruskan bagi mem-banteras monopoli warga asing di pasar berkenaan.

Warga asing lari tinggal barang niaga

Anggota penguat kuasa MPS menjalankan pemeriksaan di Pasar Borong Selayang pada 11 Mac lalu

Page 18: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

19SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kuala La-ngat (MPKL) pada 16 Mac lalu menjalankan sa-ringan suhu badan di pintu masuk utama pe-jabatnya bagi mencegah penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata ujian kendalian Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSP-KP) bermula 7.15 pagi hingga 5 petang.

“Empat pegawai JPSPKP ditempatkan pada satu masa untuk menjalankan ujian suhu ke-pada semua pegawai, kakitangan dan orang awam yang memasuki pentadbiran ini.

“Individu didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan masuk serta perlu mendapatkan rawatan lan-jut di Hospital Banting,” katanya dalam ke-nyataan.

Beliau turut meminta semua pihak mem-beri kerjasama ketika proses saringan dalam usaha membendung penularan wabak.

Saring suhu badan di pintu masuk utama

MPKL komited bendung Covid-19

MPKL melakukan saringan suhu badan kepada semua pegawai, kakitangan dan orang awam di pintu masuk pentadbirannya pada 16 Mac lalu

SHAH ALAM - Retromania Grand Gathe-ring 2020 (RGG2020) dijadual pada 11 dan 12 April ini di Dataran Morib, Kuala Langat ditangguhkan susulan penularan Covid-19.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kua-la Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata acara himpunan motosikal terbesar ditunda ke suatu tarikh kelak.

“Kementerian Kesihatan pada 12 Mac mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan melibatkan orang ramai di-tangguhkan bagi mencegah kemungkinan j a n g k i t a n Covid-19.

“Sila pa- tuhi arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi men- cegah pe-nularan wa- bak ini,” ka-tanya da- lam kenya- taan.

Retromania Grand Gathering tangguh

Page 19: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

20Pendidikan

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Peruntukan RM37.18 juta bagi pembangu-nan sekolah agama termasuk maahad tahfiz selaras hasrat memastikan pendidikan Sela- ngor terus terkehadapan ber-banding negeri lain, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata antaranya pembinaan Se-kolah Rendah Agama (SRA) De-nai Alam dengan kos RM4 juta, SRA Bandar Country Homes (RM6 juta) dan masing-masing RM8 juta bagi Maahad Integra-si Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat serta Pandan Indah.

Katanya, Lembaga Zakat Sela- ngor turut meluluskan permo-honan RM5.6 juta bagi pembela-jaran digital di semua MITS dan

sekolah rendah agama integrasi melalui inisiatif Smart Selangor.

“Peruntukan besar Kera-jaan Negeri untuk memastikan Selangor terus terkehadapan berbanding negeri lain dalam memacu pendidikan dan tama-dun peradaban ini.

“Mudah-mudahan kita le-bih dihormati dan disegani, di samping menzahirkan kesyuku-ran kerana dilimpahi rezeki dan ekonomi yang melimpah ruah oleh Allah SWT,” katanya berucap pada Majlis Graduasi Qurra’ MITS pada 13 Mac lalu.

Pada majlis itu, 333 graduan menerima sijil masing-masing membabitkan 287 penerima Si-jil Khatam Hafazan 30 Juzuk, 10 penerima Sijil Perakuan Hafazan al-Quran dan 36 penerima Sijil Pengajian Turath dan Dakwah.

Peruntukan besar mendahului negeri lain

RM37.18 juta lonjak pendidikan agama

SHAH ALAM - Dua pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang meraih keputusan cemer-lang dalam Sijil Pelajaran Malaysia ditaja Worldwide Holdings Berhad (WHB) untuk melanjutkan penga-jian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dua pela-jar aliran sains itu ditaja melalui

program Worldwide Prihatin un-tuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

“Sebagai permulaan, WHB akan menaja dua pelajar ini bagi me- lahirkan huffaz profesional dalam kejuruteraan yang akan ditempat-kan di Uniten, Bangi.

“WHB turut memberi penekanan menaik taraf sistem pembelajaran murid Kelas al-Quran dan fardu

ain integrasi termasuk memberi anugerah khas kepada guru cemer-lang melalui kerjasama Jabatan Aga- ma Islam Selangor,” katanya pada Majlis Graduasi Qurra’ MITS pada 13 Mac lalu.

W H B m e m p e r u n t u k k a n RM382,950 untuk memperkasa pendidikan, sekali gus perintis ke-pada syarikat korporat lain mela-hirkan huffaz profesional.

Dua pelajar ditaja lanjut pelajaran

Amirudin menyerahkan bantuan pendidikan daripada Worldwide Holdings pada Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor pada 13 Mac lalu

SHAH ALAM - Program tui-syen Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Huffaz Sela- ngor membantu pelajar menceburi pelbagai bidang kerjaya secara meluas, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program khusus un-tuk pelajar sekolah tahfiz persendirian di negeri ini ber-mula sejak Februari lalu dan menawarkan lapan subjek di lapan pusat tuisyen.

“Usaha dilaksanakan di sekolah tahfiz yang mengikuti pendidikan arus perdana mem-bolehkan mereka menduduki peperiksaan awam dan mence-buri bidang kerjaya dengan mudah,” katanya berucap pada Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor pada 13 Mac lalu.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.9 juta bagi melaksa- nakan program kendalian Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor kepada 420 pelajar terpilih.

Amirudin berkata kerjasama pintar dengan Lembaga Zakat Se-langor (LZS), industri swasta dan syarikat korporat di bawah Kera-jaan Negeri perlu diteruskan bagi melahirkan huffaz profesional.

“Saya merakamkan penghargaan kepada LZS yang menyum-bangkan dana besar dalam pendidikan tahfiz antaranya derma-siswa kecil kepada huffaz berjumlah RM432,000 setahun,” kata- nya.

Tuisyen Jais lahir huffaz profesional

Usaha dilaksanakan di sekolah tahfiz yang mengikuti pendidikan arus perdana membolehkan mereka menduduki peperiksaan awam dan menceburi bidang kerjaya dengan mudah

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 20: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

21SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak membenarkan se-barang majlis akad nikah diadakan di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Jais dalam satu kenyataan memaklum-kan majlis akad nikah dilakukan di premis persendirian dan tempohnya tidak me- lebihi 20 minit, termasuk khutbah nikah.

“Majlis akad nikah disarankan dihadiri seorang pendaftar atau penolong pen-

daftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua saksi serta masing-masing dua wakil pengantin lela-ki dan perempuan.

“Akad nikah juga dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau pendaftar dan peno- long pendaftar perkahwinan,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Jais juga melarang sebarang majlis kenduri untuk meraikan akad nikah diadakan selaras dengan ara-han perintah berkenaan. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa tahun 1441H dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan ke tarikh dimaklum-kan kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan berkata langkah itu diambil susu-lan keputusan kerajaan agar semua perhim-punan termasuk acara melibatkan penyer-taan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan Covid-19.

Jakim adalah urus setia MTHQA yang me- rupakan acara tahunan negara sejak 61 ta-hun lepas.

Setiap tahun acara itu disertai lebih 60 negara bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran.

Tilawah al-Quran turut ditunda

Jais larang majlis di tempat awam

Akad nikah hanya di rumah

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengedarkan cecair pembasmi kuman kepada kakitangan dan penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Se-langor (Kuis) bagi mencegah jangkitan Covid-19 pada 13 Mac lalu, kata pengu-rus operasinya.

Md Arifin Jaafar berkata ia bagi mem-beri kesedaran kepada orang ramai su-

paya mengekalkan kebersihan.“Sebagai kesedaran komuniti, kita

mengingatkan sesiapa yang tidak sihat supaya tidak keluar rumah atau ke tem-pat awam kerana nilai mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya dalam kenyataan.

Kotak cecair pembasmi kuman disam-paikan Md Arifin kepada Timbalan Rek-

tor, Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Kuis, Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman.

Pada masa sama, Yide men-jalankan operasi pengesanan suhu badan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di ruang masuk Dewan Utama Pusat Konvensyen Kuis.

Yide edar cecair basmi kuman

Md Arifin membantu pe-lajar Kuis menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum memasuki De-wan Utama Pusat Kon-vensyen Kuis pada 13 Mac lalu

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Sela- ngor (LZS) mengalakkan orang ramai berurusan dengan agensi itu secara dalam talian bagi mengelak jangkitan Covid-19.

LZS dalam kenyataan di Facebook pada 12 Mac lalu berkata, mereka yang mahu menyemak senarai bantu-

an atau mencetak penyata zakat boleh melayari https://ezo.zakatselangor.com.my.

Bagi yang ingin menunaikan zakat, mereka boleh melayari https://fpx.zakatselangor.com.my.

LZS turut memantau kesihatan war-ga kerja dan pelanggan yang beruru-

san di ibu pejabat dan semua cawa- ngannya setiap hari, dengan langkah proaktif diambil bagi memastikan kesi-hatan mereka sentiasa terjaga,” katanya.

LZS juga membataskan program dan interaksi dengan orang ramai se-lain melakukan proses nyahkuman se-cara berkala di premisnya.

LZS galakkan urusan dalam talian

19 - 25 Mac 202024 - 30 Rejab 1441

19 Khamis 6:01 6:11 7:16 1:24 4:30 7:26 8:3520 Jumaat 6:00 6:10 7:16 1:23 4:29 7:26 8:3521 Sabtu 6:00 6:10 7:16 1:23 4:28 7:26 8:3422 Ahad 5:59 6:09 7:15 1:23 4:27 7:25 8:3423 Isnin 5:59 6:09 7:15 1:23 4:26 7:25 8:3424 Selasa 5:59 6:09 7:14 1:22 4:25 7:25 8:3425 Rabu 5:58 6:08 7:14 1:22 4:24 7:25 8:34

19 Khamis 6:03 6:13 7:18 1:26 4:33 7:29 8:3720 Jumaat 6:03 6:13 7:18 1:26 4:32 7:28 8:3721 Sabtu 6:03 6:13 7:17 1:26 4:31 7:28 8:3722 Ahad 6:02 6:12 7:17 1:26 4:30 7:28 8:3723 Isnin 6:02 6:12 7:16 1:25 4:29 7:28 8:3724 Selasa 6:01 6:11 7:16 1:25 4:28 7:28 8:3725 Rabu 6:01 6:11 7:16 1:25 4:27 7:28 8:36

19 Khamis 6:01 6:11 7:17 1:24 4:30 7:26 8:3520 Jumaat 6:01 6:11 7:17 1:24 4:29 7:26 8:3521 Sabtu 6:00 6:10 7:17 1:24 4:28 7:26 8:3522 Ahad 6:00 6:10 7:16 1:23 4:27 7:26 8:3523 Isnin 6:00 6:10 7:16 1:23 4:26 7:26 8:3424 Selasa 5:59 6:09 7:15 1:23 4:25 7:25 8:3425 Rabu 5:59 6:09 7:15 1:22 4:24 7:25 8:34

Page 21: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Selangor me- nubuhkan majlis pengarusper-danaan gender bagi mewu-judkan keseimbangan dalam pembentukan dasar dan pem-bangunan negeri, kata EXCO ke-sihatan, kebajikan dan pember-dayaan wanita.

Dr Siti Mariah Mahmud berka-ta tiga lagi EXCO dipilih sebagai

perintis termasuk EXCO pemba- ngunan usahawan Rodziah Is-mail, EXCO Perumahan Haniza Talha dan EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman.

“Tahap penglibatan wanita dalam pelbagai peringkat pen-tadbiran di Selangor 21.4 pera-tus, namun kita yakin sasaran 30 peratus mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan wanita di nega-

SHAH ALAM - Pembangunan kapasiti, kualiti kepimpinan dan hak perundangan wanita antara komponen penting untuk diberi tumpuan sejajar sedekad perkem-bangan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Se-langor, kata Pengerusi Institut Wanita Ber-daya (IWB).

Juwairiya Zulkifli berkata masih ramai

wanita tidak didedahkan kefahaman hak dan undang-undang yang dapat melind-ungi mereka daripada diskriminasi dan penindasan walaupun pelbagai inisiatif di-jalankan.

“Ini dapat dilihat apabila masih banyak kes keganasan rumah tangga, gangguan seksual di tempat kerja dan tekanan kerana

mereka merasa tidak terbela serta ditindas,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati itu bangga sebahagian penyelia PWB Dewan Undangan Negeri (DUN) di-angkat sebagai Ahli Majlis di kawasan masing-masing.

“Ia memberi impak positif hasil peran-

cangan Kerajaan Negeri dalam memba- ngunkan kepimpinan serta kualiti pemba- ngunan wanita di negeri ini,” katanya.

PWB menjadi medan pemberdayaan wanita dari aspek ilmu kemahiran dan lati-han bertujuan membina keyakinan, jati diri serta menambah pendapatan mereka dan keluarga.

SHAH ALAM - Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pri-hatin Klang menyerahkan faedah pengurusan jenazah RM2,000 ke-pada waris Allahyarham Amirul Aiman Mokhtaruddin, 18, yang maut akibat kemalangan pada 27 Februari lalu.

Ibu bapa mangsa, Mokhtaru-din Mohamad Nor, 43 dan Azrina Mohd Mokhtar, 43, turut mene- rima RM630 setiap bulan sebagai faedah orang tanggungan.

Ketua Cawangan Faedah Ibu

Pejabat Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata waris layak mendapat faedah kerana mangsa ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.

“Amirul Aiman belum berkah- win jadi Perkeso membayar fae-dah orang tanggungan kepada ibu bapanya,” katanya selepas penyerahan faedah di kediaman waris di Taman Sungai Kapar In-dah pada 13 Mac lalu.

Amirul Aiman, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, meninggal du-

nia kira-kira jam 11 malam apa-bila motosikal ditungganginya melanggar pokok di Jalan Kapar, Klang.

Anak sulung daripada tiga be-radik bekerja sambilan di rang-kaian makanan segera KFC, Pe-kan Kapar sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sementara itu, Azrina berkata walaupun faedah diterima tidak dapat mengembalikan nyawa anaknya, dia bersyukur Perkeso mengambil berat kes berkenaan.

Tubuh majlis pengarusperdanaan gender

Pastikan wanita terus kehadapan

Terharu terima faedah Perkeso arwah anak

Perlu cakna hak, elak ditindas

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) mengehadkan ope- rasi di ibu pejabat dan sebahagi-an cawangan berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac, susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Had operasi LZS tidak jejas agihan bantu asnaf

ra ini terperangkap dalam komit-men antara keluarga dan kerjaya sehingga mereka mengambil keputusan berhenti kerja dalam usia muda,” katanya pada Maj-lis Watikah Pelantikan Kumpu-lan Tumpuan Gender (GFT) dan Kumpulan Titik Tumpuan Gen-der (GFP) Pengarusperdanaan Gender di sini pada 11 Mac lalu.

Dr Siti Mariah berkata agenda

memperkasa wanita perlu diper-tingkatkan bagi memastikan golongan itu berperanan penting dalam pelbagai bidang termasuk sebagai pembuat keputusan.

“Kesaksamaan gender pen- ting dalam pembangunan ne-gara dan kegembiraan atau ke- bahagiaan wanita akan mewu-judkan sebuah negara lebih baik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan Yusop berkata pe-rubahan waktu operasi tidak menjejaskan agihan bantuan bu-lanan dan asnaf sedia ada meneri-ma pertolongan seperti biasa.

“Bagi menyantuni asnaf secara berterusan, permohonan bantu-an zakat termasuk pengambilan dan serahan borang boleh dibuat di 13 cawangan LZS meliputi sem-bilan daerah yang beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang sepan-jang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Saipolyazan berkata orang ra-mai boleh menyemak bantuan dan mencetak penyata bayaran melalui https://ezo.zakatselangor.com.my, manakala bayaran zakat melalui perbankan internet atau dalam talian di https://fpx.zakat-selangor.com.my atau hubungi 1 300 88 4343.

CAWANGAN MASIH DI BUKA

lALAMi Seksyen 13 Shah AlamlSubang JayalMasjid Kota DamansaralKompleks Mais KlanglBantinglBandar Baru Salak TinggilBangilAmpanglSelayanglTaman MelawatilKuala Kubu BharulKuala Selangorl Sungai Besar

Page 22: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

23SelangorKini 19 - 25 Mac 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

LUMUT - Satu modul latihan khas disediakan Pengarah Pembangu-nan Remaja Persatuan Badmin-ton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek untuk diguna pakai jurulatih negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.

Beliau berkata formula modul itu digunakan Misbun hingga berjaya melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan beberapa pemain lain yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas antara-bangsa.

“Sekurang-kurangnya sumba- ngan saya ini boleh memastikan badminton negara mendapat per-hatian peminat sukan global,” ka-tanya ketika ditemui di Kejohanan Remaja Terbuka Manjung, pada

Rangka modul khas jurulatih

BAM tekad lahir pemain dunia

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan Sistem Pengadil Profesional Malay-sia (MProRS) de-ngan misi men-jadikan pengadil tempatan penan-da aras penga-dilan di peringkat Asia.

Pengerusi Jawa- tankuasa Pengadi l FAM, Md Dali Wahid berkata selain memart-abatkan mutu pengadilan tempatan,

MProRS adalah usaha FAM memastikan misi meli-

hat tiga pengadil tem-patan diberikan man-dat pada kempen Piala Dunia 2026 menjadi kenyataan.

“Kita ketandusan pengadil untuk terli-bat dalam Piala Du-nia termasuk di Qa-

tar pada 2022.“Kali terakhir adalah

Subkhiddin Mohd Salleh pada edisi 2010 (Afrika

Selatan). Hasrat FAM untuk pastikan pengadil tempatan berjaya

sehingga ke peringkat tertinggi,” ka-tanya ketika Majlis Pelancaran MProRS di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 11 Mac lalu.

Enam pengadil kebangsaan dise-narai pendek perintis MProRS dan hanya dua terbaik akan ditawarkan kontrak pengadil profesional pada Julai depan, berdasarkan prestasi ditampilkan sepanjang empat bulan pertama saingan Liga Malaysia 2020.

Mereka yang disenarai pendek ialah Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mohd Yaasin Mohd Hanafiah, Zulkarnain Zakaria, Muhammad Faizuddin Ismail, Razlan Joffri Ali dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman. -BERNAMA

Sasar tiga pengadil tempatan pada Piala Dunia 2026

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Ber-tindak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) mengenai Covid-19 mengambil keputusan drastik untuk menutup sementara beberapa pusat latihan melibatkan atlet kebang-saan di Bukit Jalil dan beberapa negeri bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Penutupan itu melibatkan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara; Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia (UPM); Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan; Kompleks MSN

di Taman Keramat, dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, Kedah.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan penutu-pan sementara semua pusat latihan itu selaras dengan arahan terkini kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Ka-walan Pergerakan bermula esok dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Pembukaan semua pusat latihan berkenaan bergantung kepada saranan

daripada Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan,” katanya pada sidang media pada 17 Mac lalu.

Selaras dengan perkembangan ter-baharu itu, Ahmad Shapawi memaklum-kan semua atlet kebangsaan diarahkan pulang ke kampung halaman masing- masing dan menjalani latihan sendiri berdasarkan panduan yang diberikan jurulatih mereka.

“Kos perjalanan melibatkan kesemua atlet berkenaan akan ditanggung oleh MSN,” katanya. - BERNAMA

Tiada latihan, pemain asing kekalSHAH ALAM - Semua pasukan dilarang mengadakan latihan, perlawanan persa-habatan serta menge-hadkan pergerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac, maklum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Keputusan itu dibuat selaras arahan Perda-na Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu, bagi menjamin keselamatan semua pihak.

“Pemain asing tidak dibenar meninggalkan negara ini kerana dikhuatiri tidak boleh masuk semula berikutan sekatan terhadap warga asing yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 17 Mac lalu.

Badan tersebut turut menggesa semua pihak memberi kerjasama baik sebagai langkah me- ngawal penularan Covid-19 yang semakin me- ningkat di seluruh dunia.

Pada masa sama, MFL akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung se-katan perjalanan yang dikuatkuasakan selaras arahan kerajaan.

Atlet tukul besi stabilSIBU - Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang disahkan positif Covid-19 berada dalan keadaan sta-bil dan sihat.

Dalam kiriman di laman Facebook beliau, Jackie ber-kata beliau sedang menjalani peman-

tauan dan rawatan lanjut di Hospital Sibu sele-pas muncul atlet pertama negara positif wabak Covid-19, pada 16 Mac lalu.

Beliau turut menegur netizen supaya tidak berkongsi sebarang berita yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya juga ingin menegur di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita- berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai,” katanya.

Ayahnya, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu disahkan positif Covid-19 sehari sebe- lumnya.

“Mengenai ayah saya (Wong Ling Biu), keadaan beliau pada hari ini lebih baik ber-banding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat bantuan pernafasan,” ka-tanya sambil meminta rakan-rakan Facebook-nya terus berdoa untuk ayah dan keluarganya.

Jackie adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter. - BERNAMA

14 Mac lalu.Bulan lalu, legenda badminton

negara itu dipertanggungjawabkan membimbing skuad remaja dan diberi

tempoh dua bulan mengemuka ca-dangan berhubung struktur baharu diperlukannya membabitkan program skuad remaja negara. -BERNAMA

Pusat latihan atlet kebangsaan ditutup sementara

Page 23: Jangan kucar-kacir Kerajaan Negeri€¦ · Jenazah mangsa Covid-19 ditayamum SHAH ALAM - Operasi syarikat pembersihan dan pengurusan sisa pepejal Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM)

MSNS larang atlet ke luar negaraSHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melarang semua atletnya bertanding dan berlatih di luar negara susulan Cov-id-19, kata pengarah ekse-kutifnya.

Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata semua penyertaan ke-johanan luar perlu dikaji semula bagi mengawal penularan wabak yang semakin membimbangkan.

“MSNS mengambil perhatian perkara ini (penanggu-han program) dan meminta persatuan negeri dan atlet mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga su-paya kesihatan mereka dalam keadaan optimum,” kata- nya ketika dihubungi SelangorKini.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 13 Mac lalu menasi-hatkan semua penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa ditangguhkan susulan penularan Covid-19.

Pada 12 Mac lalu, Kerajaan Negeri turut bersetuju menunda penganjuran program berskala besar yang tidak bersifat kritikal.

FAM tangguh semua kejohanan

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan kendaliannya dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi mengelakkan pe-nularan Covid-19.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata arahan berkuat kuasa 16 Mac lalu meliputi Shopee Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020.

“Kejohanan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia dan Liga Premier Futsal 2020 yang dijadu-alkan minggu ini pula berlangsung tanpa penonton,” katanya melalui hantaran di Facebook pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, Pesuruhjaya Sukan Malaysia menasihat-kan semua penganjuran acara sukan tempatan dan an-tarabangsa ditangguhkan susulan Covid-19.

Diterbitkan oleh Communication Corporation Sdn Bhd, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam, Selangor

Naik taraf infrastruktur, persiapan atlet Sukma

RM7 juta bangun sukan

KUALA LUMPUR - Persediaan kontin-jen negara ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 terjejas berikutan penularan wabak Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang tanda pengurangan buat masa ini.

Perkembangan terkini, Jawa- tankuasa Bertindak Majlis Sukan Ne-gara (MSN) dan Institut Sukan Nega-ra (ISN) mengarahkan semua atlet dan jurulatih untuk mengosongkan penginapan di semua fasiliti MSN di Bukit Jalil, Kampung Pandan, Kera-mat, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Langkawi bermula 18 Mac lalu.

Ia selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kera-jaan berkuat kuasa 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara, ditambah dengan atlet baling tukul besi nega-

ra, Jackie Wong, yang disahkan positif Covid-19.

Ketua jurulatih skuad olahraga ke-bangsaan Mohd Manshahar Abd Jalil mengakui situasi semasa memberi-kan impak kepada persediaan anak buahnya yang sedang berusaha me-layakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Memang betul ada impak tetapi kita kena akur kerana perkara ini bu-kan hanya di Malaysia, hampir semua negara terkesan dengan Covid-19, termasuk Jepun dan negara Eropah. Banyak kejohanan telah dibatalkan atau ditunda, ia telah menjadi kesan global, jadi kena terima demi kebai-kan semua pihak.

“Buat masa ini, kita tidak dapat meramal kelayakan dan ranking ke Olimpik, kerana tiada kejohanan di-

adakan. Tempoh kelayakan bagi olah-raga dibuka sehingga 29 Jun, jadi saya akan katakan semua atlet negara ada peluang untuk layak, terutama pe-menang pingat Sukan SEA 2019, se-kiranya mereka dapat melepasi had kelayakan,” katanya.

Antara atlet yang berpeluang un-tuk layak ialah pelari pecut negara Mu-hammad Haiqal Hanafi; Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi); Muhammad Irfan Shamsud-din (lempar cakera) dan Andre Anura Anuar (lompat jauh) serta Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang).

Mohd Manshahar turut mengesah-kan bahawa Muhammad Irfan ada-lah satu-satunya atlet olahraga yang sedang mengikuti latihan di Amerika Syarikat sejak bulan lepas. - BERNAMA

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN SHAH ALAM - Selangor mempe-runtukkan RM7 juta untuk pem-bangunan sukan, persiapan atlet dan menaik taraf infrastruktur pada tahun ini, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata dana tersebut disalur-kan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan sebahagian be-sar digunakan untuk persiapan Sukan Malaysia (Sukma) Johor yang dijadualkan Julai ini.

“Sejumlah RM3.1 juta digu-

Covid-19 jejas atlet ke Tokyo 2020

nakan untuk persiapan Selan-gor menjelang Sukma dengan matlamat menjadi juara, selain bantuan kejurulatihan dan atlet masing-masing sebanyak RM2.05 juta dan RM1.5 juta.

“MSN turut menyalurkan pe-runtukan kepada majlis sukan

daerah bagi menjalankan aktivi-ti serta program pembangunan di peringkat akar umbi,” katanya pada sidang Dewan Negeri Se- langor pada 17 Mac lalu.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli berhubung peruntukan Ke-

rajaan Negeri untuk pembangu-nan sukan, termasuk memper-timbangkan pembinaan pusat akuatik di Kuala Selangor.

Menjawab soalan tersebut, Mohd Khairuddin berkata Ke- rajaan Negeri tidak bercadang melaksana cadangan berkenaan

dalam masa terdekat.“Kos membina pusat akuatik

dianggarkan RM40 juta dengan anggaran kos penyelenggaraan antara RM3 juta hingga RM5 juta, jadi sukar untuk kita meluluskan perkara ini kerana ia berkos ting-gi,” katanya.

Seorang lelaki yang memakai topeng muka berjalan di hadapan logo Olimpik di Tokyo pada 11 Mac lalu ketika pihak penganjur berusaha meneruskan Sukan Olimpik walaupun berlaku penularan Covid-19. Foto AFP