jaringan usahawan

5
BAHAGIAN A: PENGENALAN Jaringan usahawan adalah satu perkara yang sangat penting dan berkaitan dalam dunia keusahawanan. Dalam menubuhkan perniagaan, usahawan seharusnya mempunyai jaringan yang luas yang mempunyai kelebihan persaingan yang kuat. Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersama. Faktor luaran perniagaan juga turut serta memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada peningkatan prestasi perniagaan. Keupayaan usahawan mengenal pasti peluang dan sumber yang terhad di sekeliling mereka turut terlibat dalam mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan. Seseorang usahawan merupakan seorang pengurus dimana seseorang perlu merancang, mengawal, membuat keputusan dalam setiapa kativiti perniagan mereka. Mereka perlu bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang dilakukan samada keputusan yang lalu mahupun bakal dilaksanakan. Disamping itu, usahawan perlu mempunyai hubungan atau jaringan yang luas dengan pihak luar atau persekitaran perniagaan bagi memperluaskan pasaran dan membangunkan perniagaan yang sedia ada. Justeru itu, konsep jaringan usahawan ini sememangnya asas kepada pembentukan dan penubuhan sesebuah perniagan. Pelbagai faedah yang dapat dikecapi oleh usahawan kerana setiap jaringan ZARFARIE BT ARON 195645| KUMPULAN A

description

BAHAGIAN A: PENGENALANJaringan usahawan adalah satu perkara yang sangat penting dan berkaitan dalam dunia keusahawanan. Dalam menubuhkan perniagaan, usahawan seharusnya mempunyai jaringan yang luas yang mempunyai kelebihan persaingan yang kuat. Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersama. Faktor luaran perniagaan juga turut serta memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada peni

Transcript of jaringan usahawan

Page 1: jaringan usahawan

BAHAGIAN A: PENGENALAN

Jaringan usahawan adalah satu perkara yang sangat penting dan berkaitan dalam dunia

keusahawanan. Dalam menubuhkan perniagaan, usahawan seharusnya mempunyai jaringan yang

luas yang mempunyai kelebihan persaingan yang kuat. Jaringan usahawan bermaksud semua

hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia di

sekelilingnya untuk faedah bersama. Faktor luaran perniagaan juga turut serta memberi kesan

secara langsung atau tidak langsung kepada peningkatan prestasi perniagaan. Keupayaan

usahawan mengenal pasti peluang dan sumber yang terhad di sekeliling mereka turut terlibat

dalam mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan.

Seseorang usahawan merupakan seorang pengurus dimana seseorang perlu merancang,

mengawal, membuat keputusan dalam setiapa kativiti perniagan mereka. Mereka perlu

bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang dilakukan samada keputusan yang lalu mahupun

bakal dilaksanakan. Disamping itu, usahawan perlu mempunyai hubungan atau jaringan yang

luas dengan pihak luar atau persekitaran perniagaan bagi memperluaskan pasaran dan

membangunkan perniagaan yang sedia ada.

Justeru itu, konsep jaringan usahawan ini sememangnya asas kepada pembentukan dan

penubuhan sesebuah perniagan. Pelbagai faedah yang dapat dikecapi oleh usahawan kerana

setiap jaringan yang dibentuk oleh usahawan mempunyai kehebatan tersendiri yang mampu

membawa perniagaan ke mata dunia. Oleh itu, hubungan yang baik dengan jaringan yang sedia

ada amat penting bagi melicinkan segala urusan perniagaan samada secara langsung atau tidak

langsung.

BAHAGIAN B: JENIS JARINGAN USAHAWAN

Jaringan usahawan yang dapat dikenal pasti terbahagi kepada tiga kategori iaitu jaringan peribadi

(personal), jaringan awam dan jaringan perniagaan. Ketiga-tiga jaringan ini penting bagi

perniagaan dan memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi dan kemajuan perniagaan.

195645|

Page 2: jaringan usahawan

i. Jaringan Peribadi

Jaringan peribadi usahawan merujuk kepada jaringan yang tidak formal melibatkan

hubungan secara langsung di antara usahawan dengan pihak tertentu seperti ibu bapa,

rakan-rakan, dan keluarga. Hubungan peribadi ini adalah membentuk ikatan yang kuat

(strong ties), kerana pihak-pihak yang terlibat dalam jaringan ini kebiasaanya menjadi

sumber pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan terutama di peringkat

pembentukan perniagaan dan di awal perniagaan beroperasi. Bantuan yang selalu

diterima oleh usahawan oleh pihak-pihak tersebut adalah dari segi modal, kerjasama,

tenaga kerja dan maklumat-maklumat yang penting bagi mengukuhkan prestasi

perniagaan.

ii. Jaringan Awam

Menyedari hakikat bahawa ilmu perniagaan sentiasa berkembang dan usahawan

selalunya kekurangan masa, maka adalah perlu bagi usahawan mewujudkan jaringan

awam ini untuk kepentingan perniagaan mereka. Jaringan awam merujuk kepada sumber

awam yang mana usahawan dapat memperolehi pelbagai maklumat yang terkini hari

demi hari bagi meningkatkan pengetahuan usahawan dalam selok belok dunia

perniagaan. Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, tv,

radio, video, internet dan bahan lain yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan untuk

pembangunan perniagaan bagi meningkatkan prestasi perniagaan berbanding pesaing-

pesaing usahawan. Disamping itu, usahawan juga boleh menyertai seminar-seminar, dan

persatuan-persatuan sosial bagi meningkatkan motivasi usahawan dalam menguruskan

perniagaan mereka.

iii. Jaringan Perniagaan

Jaringan perniagaan atau dikenali juga sebagai jaringan formal merupakan hubungan

yang pada amnya berasaskan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Ia lebih

merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan. Pihak

195645|

Page 3: jaringan usahawan

yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini ialah pelanggan, pembekal, bank, dan

seumpamanya. Dalam pembentukan jaringan ini, pihak-pihak yang terlibat saling

bergantungan dan membentuk kepercayaan kerana banyak maklumat yang penting dapat

disalurkan diantara satu sama lain.

BAHAGIAN C: KESIMPULAN

Perniagaan merupakan sebuah syarikat yang akan kekal berterusan beroperasi dan berinteraksi

dengan persekitaran di mana ia berada yang melibatkan persekitaran luaran dan dalaman.

Usahawan perlu bijak dalam mengenal pasti peluang dan sumber-sumber terhad dikeliling

mereka. Jaringan usahawan merupakan asas pembentukan dan penubuhan sesebuah perniagaan.

Oleh itu, setiap usahawan perlu bijak mengurus jaringan usahawan yang bakal dibentuk oleh

mereka. Usahawan perlu mengikuti langakah demi langkah bagi mewujudkan jaringan yang licin

didalam perniagaan. Usahawan perlu merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka dengan

menghadiri pelbagai majlis, aktiviti sosial dan seminar-seminar lalu memperkenalkan diri

mereka melalui kad perniagaan masing-masing. Seterusnya usahawan perlu mewujudkan

hubungan dengan jaringan serta menjaga menjaga imej syarikat bagi mengekalkan hubungan

yang baik agar tiada sebrang kesulitan yang bakal hadapi. Oleh itu, usahawan perlu membuat

analisa persekitaran dan membina jaringan kerja yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluang

dan anacaman yang bakal mendatang di samping mengumpul maklumat-maklumat penting

sebgai persediaan kepada perniagaan. Sesugguhnya, jaringan ini boleh mendatangkan kebaikan

kepada usahawan seperti, jaringan membolehkan usahawan mengakses kepada sumber seperti

kewangan, teknologi, maklumatdan sokongan moral. Selain itu, reputasi yang baik membolehkan

usahawan menarik ahli jaringan member keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang

ushawan sediakan. Justeru itu, usahawan perlu menitik beratkan jaringan yang telah diwujudkan

bagi menghasilkan hubungan yang baik sesama mereka. Jaringan merupakan perkara asas yang

perlu diutamakan dalam penubuhan sesebuah syarikat.

195645|