Jasamu memahat generasi gemilang

18
JASAMU MEMAHAT GENERASI GEMILANG Syed Muszapfar tersenyum memandang bangunan yang berdiri megah itu.Semua telah berubah bersama pembangunan pendidikan sejajar dengan pembestarian sekolah.Di bangunan inilah pendidik yang menjunjung amanah negara akan terus berjuang hingga melahirkan belia dan beliawanis yang mantap mencanang aspirasi negara. Perasaannya berbaur sedih,gembira dan lucu apabila terpandang astaka yang menggamit seribu kenangan dalam hidupnya. Astaka Ilmu Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai. Dia pernah berdiri di astaka itu.Dia pernah mendedikasikan sajak itu buat insan-insan yang telah menabur jasa mendidik anak bangsa. Di astaka ini kulihat insan bernama “Guru” menitiskan air mata bila kami meraikan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan penghargaan kami terhadap mereka..Luahan bicara kami melalui sajak itu membawa nukilan hati Sasterawan Negara yang menyanjungi budi dan jasa guru.Kami turut terharu apabila menghayati sajak itu.Maksud yang tersurat dan tersirat itu telah menyelinap ke dalam sanubari kami.Jasa guru terlalu sukar untuk dibalas 1

description

 

Transcript of Jasamu memahat generasi gemilang

Page 1: Jasamu memahat generasi gemilang

JASAMU MEMAHAT GENERASI GEMILANG

Syed Muszapfar tersenyum memandang bangunan yang berdiri megah itu.Semua

telah berubah bersama pembangunan pendidikan sejajar dengan pembestarian sekolah.Di

bangunan inilah pendidik yang menjunjung amanah negara akan terus berjuang hingga

melahirkan belia dan beliawanis yang mantap mencanang aspirasi negara. Perasaannya

berbaur sedih,gembira dan lucu apabila terpandang astaka yang menggamit seribu

kenangan dalam hidupnya. Astaka Ilmu Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai. Dia

pernah berdiri di astaka itu.Dia pernah mendedikasikan sajak itu buat insan-insan yang

telah menabur jasa mendidik anak bangsa. Di astaka ini kulihat insan bernama “Guru”

menitiskan air mata bila kami meraikan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan

penghargaan kami terhadap mereka..Luahan bicara kami melalui sajak itu membawa

nukilan hati Sasterawan Negara yang menyanjungi budi dan jasa guru.Kami turut terharu

apabila menghayati sajak itu.Maksud yang tersurat dan tersirat itu telah menyelinap ke

dalam sanubari kami.Jasa guru terlalu sukar untuk dibalas namun,budi guru hanya

mampu diadaptasikan dalam sajak cetusan hati para cendekiawan negara.Sajak itu

memberi impak yang menunjukkan betapa berharga budi guru secara menyeluruh untuk

semua insan di dunia ini. Maha kaya Allah SWT yang mencipta insan bernama guru yang

menjadi kalam untuk mengajar manusia membaca dan menulis .Sungguh menakjubkan!

Digenggamannya ada sekeping kertas yang berlipat.Ibarat amanat yang menjadi

azimat yang menguatkan ingatannya pada kenangan bersama warga SMWIP .Sekilas dia

menghela nafas panjang .Di hatinya , kalimah –kalimah kesyukuran membawa bersama

memori indah yang memaut hati dan perasaannya. Kertas yang berlipat itu dibuka.

1

Page 2: Jasamu memahat generasi gemilang

Tertera “Sajak Guru Oh Guru”. Pemberian dan amanat ini akan dibawa bersama dengan

kalimah terima kasih buat insan yang bernama “Guru”. Dia mengamati satu persatu baris

sajak itu.Setiap 16 Mei ,dia pasti akan meniti baris sajak hasil karyawan Allahyarham

Sasterawan Negara Dato’Usman Awang.

Walau di mana guru berada, doanya sentiasa mengiringi insan yang banyak

berjasa mengajar anak bangsa tanpa mengira agama dan darjat itu.Keistimewaan guru

terserlah dan di kagumi apabila dia semakin dewasa dan bijak membicarakan soal hati,

perasaan , menghargai erti pengorbanan dari segi masa dan tuntutan masyarakat terhadap

insan yang bernama “Guru”.Dia mengamati sajak itu.Hatinya berdetik setiap kali satu

demi satu aksara dirangkumkan menjadi perkataan dan ayat yang menusuk ke jiwanya.

Dia membaca sajak itu.

Guru oh Guru (Oleh Sasterawan Negara Dato' Usman Awang)

Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.                    - Usman Awang

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia

2

Page 3: Jasamu memahat generasi gemilang

Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada NegaraJadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Air mata bergenang di pipinya Kata –kata puitis itu telah meluruhkan segala keegoaannya

Sajak ini mengembalikan semula nostalginya kepada gedung mencari ilmu iaitu Sekolah

Wawasan Ilmu Indah Permai .

“Apa cita-cita awak ?”

Senyuman gadis yang melirik itu memang tidak dapat dilupakan. Memang dia pemalu.

”Saya nak jadi tukang masak.Gadis bertocang dua itu tersipu-sipu bangun .

Kami semua ketawa. Cikgu muda itu terpaksa meminta pelajarnya berhenti ketawa

apabila dilihatnya air muka Norisha terus berubah.

”Perhatian semua.Kenapa kamu ketawakan dia?”

”Hai….Norisha….lepas SPM, awak duduk rumah jadi tukang masaklah ye….”

”Sharuddin,kenapa kamu kata begitu? Inikan cita-cita dia. Kita kena

hormatinya.Mungkin satu masa nanti dia akan jadi tukang masak professional seperti

3

Page 4: Jasamu memahat generasi gemilang

Chef Wan. Betul Norisha?”

Gadis itu tunduk malu sambil mengangguk-angguk.

“Awak pula, Hashim,apa cita-cita kamu?”

Saya nak jadi juruterbang.

”Wow! Juruterbang …..Cayalah! ”Shukri menepuk-nepuk bahu Hashim.

”Awak ,Syed Muszapfar ?”

”Saya?”

Ya,awak.

Saya….saya nak jadi angkasawan.

”Ya? Alhamdulillah. Bagus tu, moga kamu berjaya sampai ke bulan dan meneroka

aeroangkasa.

”Wow,dahsyat tu!” Aizan Nur Hakimi mencelah.

Ketika itu, aku mampu tersenyum sahaja.Seolah-olah aku hanya berangan.Angkasawan?

Bukannya mudah.Namun, kata-kata itu ibarat doa apatah lagi guru memberkati niatku itu.

Shukri?

“Saya ingat nak jadi guru.”

Adam terus ketawa berdekah-dekah.

“Wow, hebat!” Ramli mencelah.

Cikgu Danial memandang Ramli.

Shukri terus memandang tepat ke muka Ramli dengan renungan penuh

makna. Ramli terus berpaling ke arah lain. Dia tahu Shukri marah dengan ejekannya.

“Saya yakin kamu semua ada cita-cita Jadi, saya nak kamu fikir ,tanpa pelajaran,

bolehkah kamu terus berjaya ? ”

4

Page 5: Jasamu memahat generasi gemilang

Semua pelajar mengeleng kepala.

“Tidak .”Azuan menjerit dengan bersemangat. Semua mata tertumpu kepadanya.

”Jadi, saya harap awak faham kenapa kita kena pergi sekolah.Kenapa kita kena belajar?

Jadi, janganlah kamu ponteng sekolah.”

Sepantas kilat, kami memahami kata-kata Cikgu Danial.

Semua mata memandang tempat duduk kosong di barisan hadapan tepi tingkap kelas.

Mereka seolah-olah memahami siapa yang dimaksudkan oleh Cikgu Danial.

Cikgu Danial memandang kerusi yang kosong itu. Dia mengeleng-geleng

kepalanya. Syafiq tidak datang lagi. Hari ini adalah hari ketiga dia tidak hadir ke sekolah.

Cikgu Danial telah menghubungi dan menelefon keluarganya tetapi tiada satu panggilan

yang berjawab. Tiga hari berturut-turut dia tidak hadir. Surat amaran pertama akan

dikeluarkan .

Ternyata raut muka Cikgu Danial berubah apabila Syafiq mengetuk pintu kelas.

”Assalammualaikum, Cikgu.”

”Waalaikumsalam .”Terpancar senyuman di wajah Cikgu Danial.

”Maafkan saya Cikgu. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.Ini surat

doktor.

Cikgu Danial mengambil surat cuti sakit dari Syafiq.

”Syafiq,lain kali kalau demam atau tidak sihat, maklumkan kepada cikgu atau

rakan-rakan.Cikgu dan rakan-rakan semua risau tentang kamu.

”Baiklah cikgu.Maafkan saya. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya.

Alhamdulillah saya dah sihat sekarang.”

5

Page 6: Jasamu memahat generasi gemilang

Kami semua tersenyum memandang Syafiq.Cikgu Danial tidak marah atau

menyoal Syafiq lagi.Dia tidak suka membuang masa Pengajaran berjalan lancar seolah-

olah tiada apa yang berlaku. Pelajaran lebih penting. Itulah guruku. Masa pengajaran

Sains Cikgu Danial telah tamat. Kami amat berpuas hati dan faham tajuk yang diajarnya.

Penggunaan komputer riba dan cakera padat pendidikan yang berkesan memantapkan

pemahaman kami. Ternyata teknologi canggih makmal maya yang dipaparkan dapat

membawa kami ke alam realiti angkasa lepas. Keistimewaan guruku.Prihatin dengan

kehendak kami. Berpradigma untuk kami jadi cemerlang,gemilang dan terbilang sejajar

dengan aspirasi pendidikan negara. Secara tidak langsung, aku dapat merasakan guru-

guru lain seperti Cikgu Haris, Ustaz Mikail , Puan Hasinah dan Puan Hajah Marisa

terdorong untuk membuat inovasi yang serupa dalam pendekatan pembelajaran pada

kami. Berbeza sebelum kedatangan Cikgu Danial, kami hanya mendengar sahaja

pengajaran guru,membuat latihan dan perbincangan kumpulan.Inovasi dalam pengajaran

Cikgu Danial telah membawa pembaharuan kepada kami. Guru kami membawa

komputer riba yang canggih untuk memberikan latihan yang mencabar kreativiti kami di

kelas. Cikgu Danial telah menaikkan semangat untuk kami belajar. Pengajaran guru itu

menjadikan kami tidak jemu. Aku turut terpikat akan kecanggihan teknologi yang

didedahkan oleh guru itu. Setiap hari pasti kami akan menunggu kedatangan guru yang

sentiasa ceria dan memberi komitmen yang baik untuk kami belajar. Inovasi yang

dipaparkan telah banyak meningkatkan prestasi kami.

Personaliti guru sangat penting. Kekemasan Cikgu Danial memang menjadi

kebanggaan kami.Raut mukanya tidak pernah memaparkan kemarahan kepada kami

walau kami tahu kami banyak menyakiti hati guru itu.

6

Page 7: Jasamu memahat generasi gemilang

Kami juga pernah bersepakat memberi hadiah sehelai tali leher untuk Cikgu

Danial Sempena Hari Guru dengan ucapan :

“Selamat Hari Guru , Cikgu Danial”.Kekacakan dan kekemasan dirimu

memberikan inspirasi untuk kami belajar.Semoga dengan pemberian ini Cikgu

akan lebih segak, kemas dan bersemangat mengajar kami. Kami semua

menyayangimu.Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu.

Ikhlas dari:

Pelajar Tingkatan 3 Rancangan Khas

Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai.

Melaka.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Cikgu Danial berhenti di situ.Aku suka

Cikgu Danial Hakim. Guru kelas merangkap guru disiplin Sekolah Menengah Wawasan

Indah Permai.Orangnya kacak. Belum berkahwin lagi.Baru sahaja menjadi warga guru

SMWIP awal tahun lepas. Pemegang Ijazah Sains dari Universiti Sains Malaysia.Idola

bagi guru lelaki dan perempuan lain kerana sikapnya yang rajin, kemas dan berdisiplin.

Memang layak kami jadikan guru contoh. Selalu sahaja lewat pulang ke rumah sewanya

yang terletak selang tiga pintu dari rumahku. Cikgu yang tak jemu memberi tunjuk

ajar.Walau sesi sekolah tamat pada waktu tengah hari, dia tetap akan teruskan kelas

tambahan terutama untuk pelajar-pelajar Galus yang memerlukan tunjuk ajar dari guru

muda itu. Kadangkala ada juga kulihat pelajar perempuan yang mengada-ngada sahaja

bertanyakan soalan kepada guru muda itu. Rasa meluat pula bila mereka pura-pura tidak

faham sesuatu perkara yang diajar oleh guru muda itu semasa di kelas. Masih kuingat

bagaimana Lina dan Salmi merancang untuk bertanya soalan PMR Sains tahun-tahun

7

Page 8: Jasamu memahat generasi gemilang

lepas. Geram bila aku dengar mereka merancang untuk berjumpa dengan Cikgu Danial.

Bila memikirkan semua itu, aku terfikir sama ada betul ke perasaan aku terhadap kawan-

kawan itu.. Mungkinkah aku cemburu. Aku tersenyum sendirian.Dia guru kami. Semua

orang berhak mendapat tunjuk ajar daripadanya. Mengapa pulak aku harus bersangka

buruk. Biarlah mereka mencungkil ilmu dari guru muda itu. Tanggungjawab guru

membimbing pelajarnya.Aku juga berhak mendapatkan tunjuk ajar daripadanya.

Waktu rehat itu menjadikan keadaan kelam kabut apabila Shukri buat hal lagi.

Shukri dan Ramli terpaksa mengadap pengetua. Berpeluh-peluh kulihat Adam ketakutan.

Perangai Shukri tudak berubah walau telah berkali diberi amaran.Cikgu Danial Hakim

bergegas membawa Shukri dan Ramli ke pejabat Pengetua.Semua masalah disiplin

terpaksa dihadapi oleh Cikgu Danial. Kadangkala ada pelajar yang tidak menghantar

buku, ponteng sekolah, lewat datang sekolah dan bermacam-macam lagi.Semua masalah

itu mesti dihadapi guru kami.Kami amat bangga dengan ketegasan dan keprihatinan guru.

”Shukri,Ramli… Saya malu dengan Pengetua.Kamu berdua anak didik saya. Saya

guru kelas kamu.Guru disiplin sekolah ini.Saya mengajar kamu nilai-nilai murni

yang baik untuk masa depan kamu.Kenapa kamu berdua tidak memikirkan

tentang akibatnya perbuatan awak ? Esok ,pasti bapa awak akan datang ke

sekolah,betul tak Shukri ? Bapa awak begitu mengambil berat tentang prestasi

awak. Begitu juga dengan awak,Ramli. Saya nak awak fikirkan apa yang

Pengetua kata tadi. Saya tak mahu awak dibuang sekolah tetapi tindakan tatatertib

tetap dikenakan kerana awak dah membuli orang lain. Perbuatan ini salah. Saya

mahu kamu ubah diri kamu. Jadi budak yang baik. Jadi anak yang baik .Jadilah

insan yang baik untuk agama , bangsa dan negara.

8

Page 9: Jasamu memahat generasi gemilang

Shukri… tadi baru awak kata ,awak nak jadi macam saya. Awak nak jadi guru ,

bukan? ”

Shukri mengangguk. …Hatinya mula bergetar.Terasa sayu dan marah dengan sikapnya

sendiri. Dia sangat marah kepada Ramli kerana memperlinya di dalam kelas tadi.

Memang dia akui mengugut Ramli. Dia memang tidak dapat menahan kesabarannya tadi.

Tidak disangka, Johan, ketua pengawas nampak perbuatannya mencekak leher baju

Ramli di belakang bangunan Blok Cendana. Memang salah dia. Adam yang

menemaninya pun dituduh terlibat sama. Sudah dua kali surat amaran diterima kerana

menyalahi disiplin sekolah. Memang dia panas baran tapi ketegasan dan keprihatinan

Cikgu Danial yang tidak jemu menasihatinya telah melembutkan hatinya. Cikgu Danial

banyak menyentuh perasaannya . Dia tahu guru itu sentiasa mengikuti perkembangan

dirinya.Dia tahu Cikgu Danial sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk berubah

sikap. Dia tahu cikgu itu menyayanginya.

Shukri sangat terkenal dengan kenakalannya di sekolah.Walaupun begitu, dia

telah cuba untuk berubah.Namun, nasib tidak menyebelahinya.Shukri terlibat di dalam

kemalangan seminggu sebelum sambutan Perayaan Hari Guru di sekolah. Cikgu Danial

terlalu prihatin dengan Shukri.Kami sekelas turut merasa sedih atas apa yang menimpa

Shukri.Kami tahu Shukri menganggotai Geng Rempit itu.Kami sangat terperanjat apabila

ayah Shukri memberitahu Cikgu Danial bahawa Shukri terlibat di dalam kemalangan

semasa sedang berlumba aksi dengan rakan-rakannya.

Air mata kelihatan di pipi Cikgu Danial. Dia mengelap manik-manik yang jatuh

di pipi Shukri. Shukri mengalami pendarahan otak yang serius.Mesin penyambung hayat

9

Page 10: Jasamu memahat generasi gemilang

akan berhenti bila-bila masa.Kulihat Shukri mengenggam erat tangan Cikgu Danial.Nafas

Shukri makin cepat.

“Mengucap Shukri.”

“Maafkan saya, Cikgu.Maafkan saya mak,ayah.Saya tidak dengar cakap cikgu.

Saya selalu bawa masalah pada Cikgu.Saya ……” nada suaranya terputus.

Kalimah Allah itu diucap dengan nada yang tersekat-sekat.Suaranya semakin

perlahan. Kudengar Cikgu Danial membisikkan kalimah Allah itu berulang-ulang kali.

Mata Shukri terus terpejam.Kami tahu dia telah pergi meninggalkan kami.Sajak ini akan

kubacakan sepertimana yang diwasiatkan oleh arwah Shukri untuk didedikasikan kepada

guru-guru kami terutamanya Cikgu Danial Hakim.Sajak ini telah diberi kepada aku

sebelum Shukri terlibat di dalam kemalangan itu.Dia memintaku membaca sempena

sambutan Hari Guru di sekolah.Sajak yang membawa kasih dan sayang buat guru –guru

kami.Sajak itu masih kusimpan sebagai azimat untuk meneruskan cita-cita ini.

Air mata mula mengalir di pipi Ramli. Dirinya rasa serba salah terhadap

perbuatannya sendiri. Dia telah insaf dan berubah. Dia berjanji kepada dirinya untuk

patuh kepada peraturan sekolah, belajar bersungguh-sungguh dan menanam nilai-nilai

murni dalam dirinya.

“Cikgu , maafkan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan saya.

Saya akan dengar nasihat cikgu.Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.”

Suasana sedih menyelubungi kelas 3RK. Cikgu Danial cuma mengangguk-anggukkan

kepalanya sambil menyambut salam Ramli. Raut wajahnya penuh kesayuan. Cikgu

Danial kesedihan Kami tahu dia menahan perasaan sedih yang melanda hatinya. Berita

pemergian Cikgu Danial untuk melanjutkan pelajaran disambut dengan perasaan sedih

10

Page 11: Jasamu memahat generasi gemilang

oleh kami semua. Kami akur Cikgu Danial perlu pergi untuk melanjutkan pelajarannya

lagi. Kami akan kehilangan guru yang sangat baik dan berketrampilan.Perpisahan itu

mengubah kami,warga SMWIP. Cikgu Danial Hakim berjaya menawan hati Ramli untuk

berubah.Menawan hatiku untuk berjaya sebagai pelajar cemerlang SMWIP.Akhirnya

keegoan dan kenakalan Ramli kalah di tangan guru itu. Aku sangat bangga dan berterima

kasih kerana Cikgu Danial telah membuka ruang yang luas supaya kami sedar arah tuju

kami sebagai seorang pelajar. Wawasan diri Cikgu Danial menyuntik semangat kami

supaya menjadi individu yang berjaya ,cemerlang dan berdaya saing.

Astaka ini telah mambangkitkan semula kenangan sepuluh tahun yang

lalu.Bangunan sekolah Blok Cendana akan dirobohkan untuk digantikan dengan

bangunan baru yang dilengkapi makmal komputer, makmal sains dan pejabat sekolah.

Pembangunan dalam bidang pendidikan perlu bagi melahirkan pelajar yang celik

maklumat dengan teknologi yang terkini. Justeru itu, sempena Hari Guru, 16 Mei

membawaku bertandang ke sekolah itu untuk mengambil foto sebagai kenangan.

Berlatar belakangkan bangunan Blok Cendana yang telah separuh usang, kami bergambar

bersama .Norisha ,Johan,Adam,Ramli dan Herman.Aku bersyukur kerana dengan tunjuk

ajar guru aku mampu mengubah hidupku.Aku yakin bahawa kejayaanku adalah

berakarumbikan kepada nasihat dan tunjuk ajar guru di sekolah .Tanpa guru aku tak

mungkin berjaya.Tanpa guru aku tak mengenal huruf dan angka.Tanpa guru baris sajak

itu tak mungkin dapat kubaca.Sesungguhnya aku berterima kasih kepadamu guru.Kuakui

kebenaran bahawa guru adalah senjata bangsa yang mampu mengubah tamadun hidup

manusia .Tiada kata yang paling berharga melainkan penghargaan dan terima kasih buat

semua guru yang telah menjadikan semua pemimpin,barisan cendekiawan dan belia

11

Page 12: Jasamu memahat generasi gemilang

menjadi manusia yang berilmu ,beriltizam ,cemerlang dan gemilang di persada

dunia.Semoga dirimu dirahmati Tuhan atas jasa dan baktimu sebagai pendidik.

TAMAT

12