JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai...

19
1021 JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DARI ASPEK KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR Zamri Mahamod 1 , Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff 2 , Mohd Mahzan Awang 3 , Chew Fong Peng 4 dan Ummu Taqiah Bahari 5 1,2,3 & 5 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] & [email protected] ABSTRAK Jati diri adalah suatu sifat atau ciri identiti unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu sesuatu bangsa daripada banyak segi seperti adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya. Sifat ini dapat diterapkan berdasarkan tingkah laku seseorang. Tingkah laku dapat dididik melalui tiga perkara iaitu knowing (kognitif), loving (afektif) dan acting (psikomotor) iaitu pemahaman, penghayatan dan pengamalan dalam konteks kajian ini. Bagi memastikan jati diri bakal guru sebagai pendidik, kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan secara inferensi. Analisis ANOVA dan korelasi dijalankan bagi menjawab persoalan kajian menggunakan perisisan SPSS version 23.0. Bagi setiap elemen yang dikaji, perbandingan tahap jati diri pelajar antara universiti awam dilakukan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan tahap jati diri pelajar antara universiti awam terutamanya bagi semua aspek dalam elemen jati diri ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme Namun, bagi elemen jati diri agama bagi aspek pemahaman agama, penghayatan agama,menunjukkan terdapat perbezaan tahap antara universiti awam, manakala tiada perbezaan tahap jati diri pelajar antara universiti awam bagi elemen pengamalan agama. Selain itu, hubungan yang kuat antara ketiga-tiga aspek menunjukkan pelajar perlu faham dan hayati elemen jati diri dalam mengamalkan kesemua elemen tersebut. Jati diri ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis murid apabila mengajar kelak. Implikasi daripada kajian ini, melalui pengekalan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar aliran pendidikan, mereka akan dapat mendidik generasi seterusnya dengan nilai-nilai yang penting dan menghasilkan insan yang holistik. Kata kunci: Pemahaman, penghayatan, pengamalan, jati diri, pelajar pendidikan ABSTRACT Identity is the unique characteristic that becomes the core and symbol of the personality of an individual of a nation in many respects such as customs, language, culture, religion and so on. This characteristic can be applied based on one's behaviour. Behaviour can be trained through three aspects which are knowing (cognitive), loving (affective) and acting (psychomotor) that is understanding, appreciation and practice in the context of this study. In order to ensure education students as an educators, this study was carried out using inferential surveys. Analysis of ANOVA and correlation was conducted to answer the research questions using SPSS version 23.0. For each element studied, the comparability level of student compatibility between public universities was done. The finding shows that there are differences in the level of student identity among public universities especially for the elements of the knowledge, values, language, culture, unity and spirit of nationalism. However, for the religious identity elements there are differences in the aspect of religious understanding and religious appreciation of students among public universities, while there is no difference in the level of religious practice elements. In addition, a strong relationship among of the three aspects shows student's need to understand and appreciate the elements of identity in order to practice all of these elements. This identity is important because they will deal with different types of students when they teach. The implication of this study is, through the preservation of high identity amongst the education students, they will be able to educate the next generation with important values and produce a holistic person. Keywords: Understanding, appreciation, practice, identity, education student

Transcript of JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai...

Page 1: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1021

JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DARI ASPEK KOGNITIF, AFEKTIF DAN

PSIKOMOTOR

Zamri Mahamod1, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff2, Mohd Mahzan Awang3, Chew Fong Peng4 dan Ummu Taqiah Bahari5

1,2,3 & 5Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

[email protected], [email protected], [email protected], [email protected] & [email protected]

ABSTRAK Jati diri adalah suatu sifat atau ciri identiti unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu sesuatu bangsa daripada banyak segi seperti adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya. Sifat ini dapat diterapkan berdasarkan tingkah laku seseorang. Tingkah laku dapat dididik melalui tiga perkara iaitu knowing (kognitif), loving (afektif) dan acting (psikomotor) iaitu pemahaman, penghayatan dan pengamalan dalam konteks kajian ini. Bagi memastikan jati diri bakal guru sebagai pendidik, kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan secara inferensi. Analisis ANOVA dan korelasi dijalankan bagi menjawab persoalan kajian menggunakan perisisan SPSS version 23.0. Bagi setiap elemen yang dikaji, perbandingan tahap jati diri pelajar antara universiti awam dilakukan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan tahap jati diri pelajar antara universiti awam terutamanya bagi semua aspek dalam elemen jati diri ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme Namun, bagi elemen jati diri agama bagi aspek pemahaman agama, penghayatan agama,menunjukkan terdapat perbezaan tahap antara universiti awam, manakala tiada perbezaan tahap jati diri pelajar antara universiti awam bagi elemen pengamalan agama. Selain itu, hubungan yang kuat antara ketiga-tiga aspek menunjukkan pelajar perlu faham dan hayati elemen jati diri dalam mengamalkan kesemua elemen tersebut. Jati diri ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis murid apabila mengajar kelak. Implikasi daripada kajian ini, melalui pengekalan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar aliran pendidikan, mereka akan dapat mendidik generasi seterusnya dengan nilai-nilai yang penting dan menghasilkan insan yang holistik. Kata kunci: Pemahaman, penghayatan, pengamalan, jati diri, pelajar pendidikan

ABSTRACT Identity is the unique characteristic that becomes the core and symbol of the personality of an individual of a nation in many respects such as customs, language, culture, religion and so on. This characteristic can be applied based on one's behaviour. Behaviour can be trained through three aspects which are knowing (cognitive), loving (affective) and acting (psychomotor) that is understanding, appreciation and practice in the context of this study. In order to ensure education students as an educators, this study was carried out using inferential surveys. Analysis of ANOVA and correlation was conducted to answer the research questions using SPSS version 23.0. For each element studied, the comparability level of student compatibility between public universities was done. The finding shows that there are differences in the level of student identity among public universities especially for the elements of the knowledge, values, language, culture, unity and spirit of nationalism. However, for the religious identity elements there are differences in the aspect of religious understanding and religious appreciation of students among public universities, while there is no difference in the level of religious practice elements. In addition, a strong relationship among of the three aspects shows student's need to understand and appreciate the elements of identity in order to practice all of these elements. This identity is important because they will deal with different types of students when they teach. The implication of this study is, through the preservation of high identity amongst the education students, they will be able to educate the next generation with important values and produce a holistic person. Keywords: Understanding, appreciation, practice, identity, education student

Page 2: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1022

PENDAHULUAN Melahirkan generasi yang mempunyai sahsiah yang tinggi adalah merupakan tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam dunia yang semakin berkembang pesat. Gusar dan bimbang akan pelbagai masalah berkait dengan pelajar masa kini ditambah lagi dengan zaman teknologi yang sentiasa hangat menularkan pelbagai masalah gejala sosial pelajar terutamanya buli dalam kalangan pelajar perlu dipandang berat oleh golongan pendidik. Oleh itu, kajian tinjauan terhadap jati diri pelajar aliran pendidikan ini penting dilaksanakan agar hasil daripada dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran mengenai tahap jati diri bakal guru.

Menurut Noornajihan dan Zetty (2015), guru berperanan sebagai ejen perubahan yang paling awal dalam masyarakat yang bertanggungjawab mengajar, mendidik dan membimbing pelajar. Hal ini terbukti bahawa guru adalah individu yang berpengaruh dan merupakan individu yang boleh mencorak dan mengubah anak didik. Al-Ghazali menjelaskan faktor terpenting bagi seseorang guru ialah keperibadiannya yang akan menentukan adakah guru itu akan menjadi pendidik yang baik terhadap pelajar atau menjadi perosak dan penghancur masa depan pelajar yang masih kecil di peringkat sekolah rendah dan mereka yang sedang mengalami kemelut jiwa di peringkat menengah (Ari Kurniawan et al., 2013).

Beberapa tahun kebelakangan, pelbagai kajian mengenai jati diri telah dijalankan mengikut beberapa aspek seperti agama, nilai, bahasa, budaya dan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, masyarakat mula sedar dan bimbang mengenai masalah-masalah gejala sosial yang berlaku dikalangan para remaja masa kini yang semakin berleluasa. Jati diri seseorang individu itu dikatakan luntur apabila salah satu elemen yang membina jati diri mulai pudar dalam dirinya. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan luntur jati diri apabila tidak lagi menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pertuturan dalam kehidupannya serta amalan yang dilakukan lari dari pegangan agama dan landasan amalan budaya hidupnya sehari-hari.

Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) begitu mengambil berat kepentingan pendidikan dalam kalangan rakyatnya. Antara perkara utama yang diberikan penekanan dan perhatian dalam PPPM 2013-2025 ialah Anjakan 4: Transformasi Perguruan sebagai Profesion Pilihan. Dalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Dalam buku pelan PPPM, kerajaan telah menetapkan hanya pelajar yang terpilih dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum sahaja yang akan dipilih untuk memasuki profesion keguruan ini.

Persoalannya, sejauh mana pelajar aliran pendidikan di UA sebagai bakal guru ini benar-benar memiliki jati diri? Mungkin dari segi akademik, mereka cemerlang, tetapi bagaimana pula dari segi jati diri mereka. Kajian ini perlu kerana sebagai agen perubahan, sejauh mana bakal guru ini masih akur atau sudah terhakis jati diri mereka? Adakah bakal guru ini mempunyai tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan yang tebal dalam pendidikannya, nilai ketimurannya, bahasanya, keagamaannya, budayanya, perpaduan dan semangat nasionalisme mereka? Hal ini penting kerana dalam melahirkan bakal guru yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek, mereka perlu memiliki jati diri yang kukuh.

Menurut Mohd Yusoff et al. (2010), jati diri dalam kalangan generasi muda pada hari ini perlu dikaji. Jati diri pelajar aliran pendidikan UA sebagai generasi muda amat perlu dikaji kerana sebagai pelatih guru yang akan menjadi agen perubahan perlu lengkap dari segi pendidikan, agama, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalismenya. Jika perkara ini kukuh dalam jiwa bakal guru ini, maka sudah tentu generasi yang diajarnya juga akan kukuh jati diri dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi serta sahsiah.

Definisi Jati Diri

Jati diri adalah harga diri yang menggambarkan watak peribadi setiap bangsa mahupun suku kaum. Kekuatan dalaman (jiwa dan perasaan) ketekalan, ketabahan dan segala yang membawa maksud teguh yang berpasak kukuh dalam diri sehingga tidak dapat diganggu gugat adalah merupakan asas bagi jati diri. Bagi melahirkan warganegara yang setia dan bersatu padu, kekuatan jati diri perlu dimiliki setiap individu, bangsa dan suku kaum (Abdul Latiff, 2012). Menjadi seorang guru sangat memerlukan jati diri yang tinggi. Sebagai pendidik nilai keperibadian dan jati diri bukan sahaja dari segi ilmu, malahan agama, nilai, bahasa, budaya, perpaduan, dan semangat nasional.

Page 3: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1023

Elemen-elemen jati diri Agama

Zakaria et al. (2012) menegaskan bahawa agama khususnya agama Islam amat mempengaruhi seseorang insan itu dalam membentuk jati dirinya terutama bagi orang Melayu. Dalam penulisan Ari Kurniawan et al. (2013), pembinaan jati diri dan perhubungannya dengan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) adalah berkait rapat. FPI mengutamakan empat prinsip iaitu rukun iman, nilai akhlak, ilmu pengetahuan dan perbuatan baik dunia dan akhirat yang membentuk peribadi manusia yang

unggul sesuai dengan pembangunan jati diri seseorang individu. Kebanyakan dalam kajian lepas, rata-rata menyentuh tentang kepentingan akhlak dalam membentuk jati diri. Antaranya, Abdul Hafiz et al. (2012) dalam hasil kajian beliau mendapati Pendidikan Islam secara langsung berperanan mendidik dan membentuk jati diri Melayu Muslim yang berakhlak dan beriman. Baharom et al. (2008) menyimpulkan di dalam kajiannya bahawa Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sememangnya berperanan penting dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. Dalam kajian Zakaria et al. (2012) pula, menyatakan bahawa hanya melalui Islam bangsa Melayu mampu untuk memperteguh dan memperkasakan semula jati diri mereka. Munawar et al. (2012) membuktikan tiga perkara asas Islam, iaitu akidah, syariah dan akhlak telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam.

Ilmu

Tujuan utama ilmu menurut Al-Ghazali ialah melahirkan insan sempurna yang bermatlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan melahirkan insan sempurna bermatlamat mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat (Abdul Salam, 2010). Pendidikan bukanlah sekadar memenuhi otak dengan segala ilmu yang belum diketahui, tetapi bermaksud mendidik akhlak dan jiwa, menanam kesedaran, membiasakan pelajar dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci serta ikhlas dan jujur. Pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja proses pemindahan maklumat dan ilmu malah ianya adalah suatu proses transformasi di mana pendidikan memberikan fokus terhadap kesuburan minda, hati dan amal supaya proses pengilmuan menitipkan adab kepada diri insan. Khadijah (2006) berpendapat sekolah dan pendidikan merupakan medium yang boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai akhlak mulia manusia. Mohd Yusof et al. (2012) menyatakan bahawa elemen yang paling penting dalam membentuk jati diri adalah pendidikan. Sebagai seorang guru, adalah amat dituntut untuk menimba ilmu bagi memperkukuhkan lagi kredibilitinya sebagai seorang ilmuwan yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa.

Nilai

Nilai murni dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia yang akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. Arif & Amla, 2008; Mohamad Khairi & Asmawati, 2010). Mohamad Khairi dan Asmawati (2010) menegaskan bahawa elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Amalan nilai murni yang merupakan sebahagian unsur integriti dalam jati diri adalah pada tahap yang sederhana dalam kalangan pelajar sekolah menengah. (Mohd Yusof et al., 2012)

Bahasa

Menurut Abdullah (2009), menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa. Siti Rahimah et al. (2014) meneliti keupayaan bahasa Melayu dalam komunikasi yang dikendalikan dalam laman sosial Facebook dan meninjau implikasi bahasa Inggeris terhadap jati diri kaum Melayu. Kekeliruan jati diri dalam kalangan rakyat menyimpulkan pengaruh bahasa Inggeris adalah tinggi menandingi penggunaan bahasa Melayu. Sebagai penanda simbolik dan bukti nyata jati diri atau identiti seseorang atau kumpulan, bahasa mempunyai potensi untuk berfungsi sebagai alat pemersatuan melalui perasaan yang dikongsi bersama tentang jati diri serta perasaan tentang kepentingan kelompok (Smith, 2001). Menurut Hashim (2004), makna ‘bahasa’ mengikut S. Huntington ialah satu daripada dua ciri dasar tamadun yang menjadi asas tautan, jati diri, esprit de corp, kebanggaan dan kasih sayang sesama anggota sesebuah tamadun amat kuat mewarnai tamadunnya. Bahasa ialah alat merakam, mentafsir, mendukung komunikasi dan mewariskan khazanah ilmu dan budaya sesuatu bangsa dan tamadun dari generasi ke generasi. Hashim (2008) menyuarakan kepentingan pengajaran bahasa tempatan atau bahasa kebangsaan negara bangsa itu sendiri kepada anak bangsa dan rakyat jelata bagi setiap negara bangsa agar ilmu yang disampaikan mudah dan dapat difahami, dihayati dan digunakannya secara meluas dan praktikal dalam kehidupan mereka. Dengan demikian dapat membangunkan sumber daya tenaga manusia yang cekap, mahir dan berpendidikan secara menyeluruh di dalam negara bangsa itu.

Penggunaan bahasa indigenus sendiri dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dapat membentuk kemajuan dan ketinggian peradabannya dalam acuan budaya tempatan sendiri dan membina kekuatan dalaman serta keyakinan diri

Page 4: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1024

yang kemudiannya mampu memupuk jati diri, maruah dan rasa kebanggaan pada elemen budaya dan masyarakat kita sendiri. Menurut Ku Hasnan (2012), bahasa merupakan salah satu identiti sebuah bangsa, dan sebagai salah satu alat pemersatuan etnik yang berbeza untuk merapatkan perpaduan etnik di Malaysia. Abdullah (2009) menyimpulkan bahawa melalui buku-buku yang membincangkan jati diri bangsa dan Perlembagaan Malaysia, unsur agama, adat istiadat dan bahasa merupakan aspek penting, iaitu yang dikatakan Melayu ialah orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu. Menurut Zamri (2016), penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat menyatukan pelbagai kaum apabila hanya satu bahasa digunakan bagi pengajaran subjek-subjek di sekolah dan para pelajar pelbagai kaum dapat dikumpulkan di dalam satu kelas

Budaya

Peranan kebudayaan dan warisan budaya dalam pembinaan Negara bangsa sangat penting kerana budaya memiliki banyak faktor yang berupaya melahirkan modal insan cemerlang, selain daripada sistem dan dasar pendidikan moden, tujuan pendidikan sepanjang hayat, formal dan tidak formal. Aspek ini juga menerapkan amalan prinsip kebersamaan dan kekitaan yang mana turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia (Aziz, 2012). Zainal Abidin (2012) mengklasifikasikan tiga aspek utama dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan aspek keduanya adalah pengalaman budaya progresif dan nilai-nilai aspirasi yang mengelaskan bahawa budaya dan nilai perlu ada dalam masyarakat progresif dan dinamik untuk memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Kajian Fahmi et al. (2015) mengenai cerita rakyat dalam mengembalikan jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu membuktikan bahawa budaya dapat meningkatkan semula tahap jati diri rakyat.

Perpaduan

Perpaduan merupakan komponen penting dalam konteks sosial Malaysia yang unik dan menjadi faktor utama merealisasikan masyarakat yang terdiri daripada individu seimbang dan harmoni seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat, Rukun Negara telah dibentuk bagi membangunkan rakyat yang bersatu padu dan maju (Sarjit Singh, 2013; Kassim, 2009). Pada dasarnya kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk membina sebuah negara yang aman dan maju (Rohaizatulamni et al., 2012). Satu kajian bagi mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan golongan belia terhadap Rukun Negara telah dijalankan oleh Sarjit Singh Darshan Singh. Dapatan kajian Sarjit Singh (2013) mendapati bahawa, memperkukuhkan jati diri nasional dengan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kalangan belia adalah penting bagi memastikan kemajuan pembangunan negara serta memperkasa hubungan sosial. Kajian oleh Rohaizatulamni et al. (2012) juga menekankan saranan penghayatan terhadap Rukun Negara.

Masyarakat yang boleh hidup berkongsi dan bersama serta perpaduan rakyat dapat diwujudkan melalui pemahaman dan penghayatan Rukun Negara dan dijadikan pegangan. Kajian yang dijalankan Ahmad Ali & Warti (2012) membincangkan mengenai pendekatan teori multikultural mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan kebudayaan masing-masing di Malaysia. Menurut beliau Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam kalangan siswa. Ahmad Ali & Warti (2012) turut menyatakan bahawa hasil daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG – KPI. Pemahaman ini penting kerana sebagai bakal pendidik, siswa IPGM akan berhadapan dengan para pelajar dari pelbagai kaum.

Semangat Nasionalisme

Abdul Latiff (2012) dalam kajiannya menyatakan patriotisme merupakan perasaan kesetiaan kepada negara dan menjadi unsur penting nasionalisme. Nasionalisme ialah satu gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Huszer dan Stevenson dalam Badri Yatim (1985) pula menyebut nasionalisme menjadi mekanisme penting bagi menentukan bangsa mempunyai rasa cinta secara alami kepada tanah airnya (dalam Aziz et al. 2014). Patriotisme dan aspek-aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri dan riwayat sesebuah negara bangsa seperti yang dinyatakan oleh Rosfazila et al. (2011) dalam kajiannya yang bertujuan menjelaskan mengenai konsep patriotisme dan jati diri dalam kalangan Mukmin yang mampu membina pemikiran dan peradaban Islam. Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye di Berita Astro Awani pada April 2015 ada menyebut "Semangat cinta negara adalah semangat patriotik kepada negara. Dengan mempunyai semangat patriotik yang sejati barulah lahir jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi”. Beliau turut

Page 5: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1025

menegaskan tentang penerapan nilai-nilai patriotisme perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi agar setiap masyarakat tahu asal-usul kewujudan bangsa serta negaranya.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menerapkan konsep jati diri dengan menentukan pelajar aliran pendidikan yang mempunyai jati diri paling tinggi mengikut kategori UA. Selain itu kajian ini bertujuan mengkaji secara teoritis elemen jati diri yang dapat dijadikan alat ukur jati diri bakal guru. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan di Fakulti Pendidikan di lima buah UA, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Adakah terdapat perbezaan tahap jati diri pelajar aliran pendidikan dalam mengikut lima UA yang dikaji?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan di lima UA yang dikaji?

3. Adakah terdapat hubungan antara aspek pemahaman elemen jati diri dengan penghayatan dan pengamalan elemen jati diri pelajar?

METODOLOGI Kaedah kajian yang digunakan ini adalah kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan inferensi menggunakan borang soal selidik yang diolah bagi mendapatkan data mengenai tahap jati diri pelajar aliran pendidikan. Menurut Mohd Majid (1993), kaedah yang paling sesuai bagi tujuan kajian mengumpulkan maklumat tentang sesuatu peristiwa adalah kajian berbentuk tinjauan.

Borang soal selidik dengan skala likert 10 mata digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Skala ini dipilih dan diolah serta penginterpretasian skor dinilai berdasarkan kajian Indeks Belia Malaysia 2011 (IBM 2011). Interpretasi dilakukan mengikut jadual interpretasi dibawah.

Jadual 1. Interpretasi skor tahap jati diri Skor Min Interpretasi 1 hingga 3 Luntur

4 hingga 5 Mula luntur

6 hingga 8 Masih kekal

9 hingga 10 Kekal Sumber: Diadaptasi daripada Indeks Belia Malaysia 2011

Instrumen Kajian Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik bagi mengumpul data kuantitatif responden. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh ahli kumpulan penyelidik berdasarkan instrumen-instrumen kajian lepas. Antara kajian yang menjadi sumber rujukan adalah kajian Salmah (2005), kajian Mutsalim dan Jaffary (2014), Sarjit Singh (2013), Ahmad Tarmizi (2013), Mohd Isa et al. (2012) dan Siti Rahimah et al. (2014) serta beberapa item yang dibina sendiri oleh ahli kumpulan penyelidik. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A bertujuan mendapatkan demografi pelajar. Bahagian B bertujuan mengkaji tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan ini mengikut tujuh sub-bahagian elemen yang mengandungi 237 item seperti dalam jadual 2 di bawah;

Page 6: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1026

Jadual 2. Jumlah item jati diri pelajar aliran Pendidikan

Bil. Elemen Jati Diri Pemahaman Penghayatan Pengamalan Jumlah 1 Agama 8 11 10 29 2 Ilmu 10 11 9 30 3 Nilai 12 10 16 38 4 Bahasa 11 13 12 36 5 Budaya 11 14 14 39 6 Perpaduan 10 12 9 31

7 Semangat

nasionalisme 10 11 13 34

Jumlah Keseluruhan 72 82 83 237

Setelah kajian rintis dibuat, penyelidik menilai skor pelajar-pelajar bagi item-item dalam soal selidik tersebut. Setiap item diuji nilai kesahan dan kebolehpercayaannya melalui ujian nilai Alpha Cronbach menggunakan alat Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Menurut Mohd Majid (1993), jika nilai Alpha Cronbach yang diperoleh mempunyai nilai α 0.6 atau lebih, maka nilai ini menunjukkan soal selidik mempunyai kesahan yang baik. Hasil analisis menunjukkan nilai alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.75, iaitu item-item dalam semua tujuh jati diri yang dibuat kajian rintis mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Demografi responden Seramai 1000 orang pelajar aliran Sarjana Muda Pendidikan di Fakulti Pendidikan daripada lima buah UA bertaraf universiti penyelidikan iaitu UKM, UM, UPM, USM dan UTM diambil sebagai responden kajian ini. Bagi setiap universiti, 200 orang pelajar dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik yang diberikan. Taburan data bagi bilangan dan peratusan responden mengikut kategori jenis universiti adalah sama bagi setiap universiti membolehkan penyelidik menjalankan ujian analisis anova sehala bagi membuat perbandingan tahap jati diri pelajar antara UA.

Analisis Data Analisis secara deskriptif dijalankan menggunakan nilai min bagi melihat tahap indeks jati diri pelajar. Data bagi setiap item pada Bahagian B dianalisis menggunakan perisian SPSS. Manakala analisis secara inferensi dijalankan bagi melihat perbandingan tahap jati diri pelajar aliran pendidikan antara UA yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan 1000 orang pelajar aliran Sarjana Muda Pendidikan di Fakulti Pendidikan daripada lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Bidang pengajian bagi setiap universiti adalah berbeza dan pelbagai. Jadual 3 membincangkan min keseluruhan jati diri pelajar aliran pendidkan bagi kelima-lima UA yang terlibat.

Jadual 3. Skor purata bagi tahap setiap konstruk jati diri

Bil. Tujuh Jati Diri Aspek Min Sisihan Piawai

Interprestasi Tahap Jati Diri

1 Agama Pemahaman 9.55 0.74 Kekal Penghayatan 9.61 0.65 Kekal Pengamalan 8.82 1.03 Masih kekal Keseluruhan 9.32 0.72 Kekal

2 Ilmu Pemahaman 9.59 0.68 Kekal Penghayatan 9.41 0.77 Kekal Pengamalan 9.21 0.87 Kekal Keseluruhan 9.41 0.69 Kekal

3 Nilai Pemahaman 9.41 0.77 Kekal

Page 7: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1027

Penghayatan 9.44 0.74 Kekal Pengamalan 9.50 0.68 Kekal Keseluruhan 9.45 0.66 Kekal

4 Bahasa Pemahaman 9.23 0.99 Kekal Penghayatan 8.99 1.34 Masih kekal Pengamalan 8.68 1.41 Masih kekal Keseluruhan 8.96 1.13 Masih kekal

5 Budaya Pemahaman 8.79 1.25 Masih kekal Penghayatan 9.35 0.83 Kekal Pengamalan 9.22 0.91 Kekal Keseluruhan 9.15 0.86 Kekal

6 Perpaduan Pemahaman 9.38 0.83 Kekal Penghayatan 9.39 0.79 Kekal Pengamalan 9.36 0.81 Kekal Keseluruhan 9.38 0.75 Kekal

7 Semangat Nasionalisme

Pemahaman 9.38 0.81 Kekal Penghayatan 9.38 0.80 Kekal Pengamalan 9.31 0.87 Kekal Keseluruhan 9.35 0.77 Kekal

Min Keseluruhan 9.28 Kekal Jati Diri

Jadual 3 membincangkan hasil keseluruhan setiap konstruk yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan pelajar aliran pendidikan sebagai bakal guru mempunyai jati diri yang tinggi. Min keseluruhan bagi kesemua tujuh jati diri yang dikaji adalah tinggi, iaitu min 9.28. Hal ini bermaksud semua 1000 responden pelajar aliran pendidikan di lima buah UA ini mempunyai jati diri yang kekal utuh. Pelajar masih mengekalkan jati diri mereka, terutamanya jati diri agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Namun demikian, terdapat beberapa aspek jati diri pelajar berada pada tahap masih kekal berdasarkan analisis deskriptif yang dilakukan. Dapatan menunjukkan pelajar mempunyai tahap jati diri yang masih kekal pada aspek bahasa dengan nilai purata 8.96. Selain itu, bagi tahap pengamalan dalam aspek agama dan tahap pemahaman budaya juga menunjukkan tahap yang masih kekal dalam jati diri pelajar dengan nilai purata masing masing 8.82 dan 8.79.

Perbandingan antara UA Analisis perbandingan dijalankan menggunakan ujian ANOVA bagi melihat perbandingan tahap jati diri antara lima UA yang terlibat. Perbandingan dilakukan bagi setiap konstruk jati diri iaitu agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Andaian ANOVA dipenuhi namun data didapati bersifat tidak homogen. Oleh itu, analisis post-hoc Games-Howell digunakan bagi perbandingan kumpulan yang bersifat tidak homogen (Pallant, 2001).

Rajah 1 hingga 7 memperlihatkan secara grafikal perbandingan tahap jati diri pelajar aliran pendidikan antara lima UA bagi ketujuh-tujuh elemen jati diri yang dikaji. Dapat dilihat pada rajah bahawa pelajar aliran pendidikan USM

Rajah 1. Min jati diri agama pelajar aliran pendidikan UA Rajah 2. Min jati diri ilmu pelajar aliran pendidikan UA

Page 8: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1028

mempunyai tahap jati diri tertinggi berbanding UA lain. Manakala jati diri pelajar UM adalah yang paling rendah berbanding pelajar UA lain. Perbandingan ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui perbandingan melalui analisis ANOVA.

Analisis Perbandingan Jati Diri Agama Pelajar Perbandingan jati diri agama mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk, iaitu pemahaman (AgamaFaham), penghayatan (AgamaHayat) dan pengamalan (AgamaAmal) serta perbandingan jati diri agama pelajar secara keseluruhan.

Rajah 4. Min jati diri bahasa pelajar aliran pendidikan UA

Rajah 5. Min jati diri budaya pelajar aliran pendidikan UA Rajah 6. Min jati diri perpaduan pelajar aliran pendidikan UA

Rajah 7. Min jati diri semangat nasionalisme pelajar aliran

pendidikan UA

Rajah 3. Min jati diri nilai pelajar aliran pendidikan UA

Page 9: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1029

Jadual 4. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk agama antara lima UA

Jati Diri Agama Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

AgamaFaham UM 9.58 .625 200 6.291 .000 UKM 9.54 .702 200 USM 9.69 .976 200 UPM 9.34 .627 200 UTM 9.59 .694 200

AgamaHayat UM 9.62 .567 200 5.324 .000 UKM 9.61 .614 200 USM 9.70 .851 200 UPM 9.42 .576 200 UTM 9.66 .587 200

AgamaAmal UM 8.81 .935 200 2.033 .088 UKM 8.73 1.018 200 USM 8.98 1.133 200 UPM 8.73 1.014 200 UTM 8.84 1.035 200

Keseluruhan UM 9.34 .605 200 4.445 .001 UKM 9.28 .657 200 USM 9.45 .909 200 UPM 9.16 .651 200 UTM 9.36 .686 200

Hasil analisis berdasarkan Jadual 4 menunjukkan bagi konstruk pemahaman, penghayatan dan keseluruhan jati diri agama, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri agama pelajar antara UA. Namun bagi konstruk pengamalan, dapatan menunjukkan nilai yang tidak signifikan pada aras p>0.05. Hal ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan jati diri agama pelajar daripada konstruk pengamalan antara UA.

Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan jati diri agama pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F (4,995) =6.291, p<.05. Merujuk kepada hasil analisis Games-Howell, terdapat perbezaan nilai jati diri pemahaman agama pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar USM serta pelajar UM dengan pelajar UTM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri agama pelajar antara pelajar UA, F (4,995) =5.324, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM serta pelajar UM dengan pelajar UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman tidak terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F (4,995) =2.033, p>.05. Ini menunjukkan bahawa tahap pemahaman jati diri agama pelajar adalah pada tahap yang sama dan nilai min menunjukkan nilai pemahaman jati diri agama pelajar adalah pada tahap sederhana.

Bagi keseluruhan elemen agama, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri agama pelajar antara UA terlibat, F (4,995) =4.45, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri agama pelajar antara pelajar UM dan USM di mana jati diri agama pelajar USM lebih tinggi [µ = 9.4522] berbanding pelajar UM [µ=9.3406].

Analisis Perbandingan Jati Diri Ilmu Pelajar

Perbandingan jati diri ilmu mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk, iaitu pemahaman (IlmuFaham), penghayatan (IlmuHayat) dan pengamalan (IlmuAmal) serta perbandingan jati diri ilmu pelajar secara keseluruhan.

Jadual 5. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk ilmu antara lima UA

Jati Diri Ilmu Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

IlmuFaham UM 9.41 .906 200 8.135 .000 UKM 9.58 .557 200 USM 9.77 .685 200 UPM 9.52 .557 200 UTM 9.66 .579 200

IlmuHayat UM 9.19 .996 200 6.170 .000

Page 10: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1030

UKM 9.42 .663 200 USM 9.55 .700 200 UPM 9.39 .744 200 UTM 9.46 .654 200

IlmuAmal UM 9.02 1.030 200 3.625 .006 UKM 9.23 .875 200 USM 9.32 .814 200 UPM 9.19 .824 200 UTM 9.28 .778 200

Keseluruhan UM 9.21 .917 200 6.957 .000 UKM 9.42 .574 200 USM 9.55 .643 200 UPM 9.37 .638 200 UTM 9.47 .593 200

Ujian ANOVA yang dijalankan berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan jati diri ilmu pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F(4,995)=8.135, p<.05. Analisis Games-Howell menyatakan terdapat perbezaan nilai jati diri pemahaman ilmu pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UTM, pelajar USM dengan pelajar UKM serta pelajar USM dengan pelajar UPM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri ilmu pelajar antara pelajar UA, F(4,995)=6.170, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM serta pelajar UM dengan pelajar UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F(4,995)=3.625, p<.05. Berdasarkan ujian Games-Howell, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri ilmu pelajar bagi konstruk pengamalan antara pelajar UM dengan pelajar USM serta pelajar UM dengan pelajar UTM.

Bagi keseluruhan elemen ilmu, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri ilmu pelajar antara UA terlibat, F(4,995)=6.957, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri ilmu pelajar antara pelajar UM dan USM di mana jati diri ilmu pelajar USM lebih tinggi [µ=9.5597] berbanding pelajar UM [µ=9.2172]. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM dengan pelajar UTM [µ=9.4762) dan perbezaan yang signifikan antara pelajar USM dengan pelajar UPM [µ=9.3767].

Analisis Perbandingan Jati Diri Nilai Pelajar

Perbandingan jati diri nilai mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk iaitu pemahaman (NilaiFaham), penghayatan (NilaiHayat) dan pengamalan (NilaiAmal) serta perbandingan jati diri nilai pelajar secara keseluruhan.

Jadual 6. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk nilai antara lima UA

Jati Diri Nilai Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

NilaiFaham UM 9.23 .881 200 4.337 .002 UKM 9.42 .696 200 USM 9.54 .791 200 UPM 9.39 .665 200 UTM 9.44 .757 200

NilaiHayat UM 9.27 .921 200 4.218 .002 UKM 9.46 .626 200 USM 9.56 .750 200 UPM 9.40 .667 200 UTM 9.47 .686 200

NilaiAmal UM 9.37 .843 200 4.366 .002 UKM 9.52 .584 200 USM 9.61 .698 200 UPM 9.41 .619 200 UTM 9.55 .611 200

Keseluruhan UM 9.30 .828 200 5.021 .001 UKM 9.47 .556 200

Page 11: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1031

USM 9.58 .675 200 UPM 9.40 .577 200 UTM 9.49 .616 200

Daripada jadual 6 diatas, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri bahasa pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F(4,995)=4.337, p<.05. Merujuk kepada analisis Games-Howell hanya terdapat perbezaan jati diri pemahaman nilai pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, manakala bagi UA lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan jati diri nilai pelajar antara UM, UPM, UKM dan UTM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri nilai pelajar antara pelajar UA, F(4,995)=4.218, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM, namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM, UPM, UKM dan UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F(4,995)=4.366, p<.05 yang ditunjukkan adalah perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar USM.

Bagi keseluruhan elemen nilai, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri ilmu pelajar antara UA terlibat, F(4,995)=5.021, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri nilai pelajar antara pelajar UM dengan USM di mana jati diri nilai pelajar USM lebih tinggi [µ=9.5832] berbanding pelajar UM [µ=9.3069].

Analisis Perbandingan Jati Diri Bahasa Pelajar

Perbandingan jati diri bahasa mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk iaitu pemahaman (BahasaFaham), penghayatan (BahasaHayat) dan pengamalan (BahasaAmal) serta perbandingan jati diri bahasa pelajar secara keseluruhan.

Jadual 7. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk bahasa antara lima UA

Jati Diri Bahasa Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

BahasaFaham UM 8.86 1.308 200 11.323 .000 UKM 9.33 .887 200 USM 9.48 .985 200 UPM 9.18 .738 200 UTM 9.29 .881 200

BahasaHayat UM 8.44 1.790 200 13.218 .000 UKM 8.98 1.281 200 USM 9.36 1.187 200 UPM 9.09 .967 200 UTM 9.04 1.152 200

BahasaAmal UM 8.23 1.662 200 11.471 .000 UKM 8.74 1.301 200 USM 9.15 1.411 200 UPM 8.71 1.035 200 UTM 8.55 1.451 200

Keseluruhan UM 8.50 1.491 200 14.382 .000 UKM 9.00 .983 200 USM 9.33 1.091 200 UPM 8.99 .834 200 UTM 8.95 1.007 200

Berdasarkan jadual 7, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri bahasa pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F(4,995)=11.323, p<.05. Analisis Games-Howell menunjukkan terdapat perbezaan jati diri pemahaman bahasa pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar UPM, pelajar UM dengan pelajar UTM serta pelajar UPM dengan pelajar USM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri bahasa pelajar antara pelajar UA, F(4,995)=13.216, p<.05. Keputusan menunjukkan perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UPM, pelajar USM dan pelajar UTM. Selain itu, keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar USM dengan pelajar UKM dan pelajar UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F(4,995)=11.471,

Page 12: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1032

p<.05 yang ditunjukkan adalah perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UPM dan pelajar USM serta terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar USM dengan pelajar UKM, pelajar UPM dan pelajar UTM.

Bagi keseluruhan elemen bahasa, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri bahasa pelajar antara UA terlibat, F(4,995)=14.382, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri bahasa pelajar antara pelajar UM dan USM di mana jati diri bahasa pelajar USM lebih tinggi [µ=9.3310] berbanding pelajar UM [µ=8.5025]. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM dengan pelajar UKM [µ=9.0082], pelajar UM dengan pelajar UPM [µ=8.9956], pelajar UM dengan pelajar UTM [µ=8.9553], serta perbezaan yang signifikan antara pelajar USM dengan pelajar UKM, pelajar USM dengan pelajar UPM dan pelajar USM dengan pelajar UTM.

Analisis Perbandingan Jati Diri Budaya Pelajar

Perbandingan jati diri budaya mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk iaitu pemahaman (BudayaFaham), penghayatan (BudayaHayat) dan pengamalan (BudayaAmal) serta perbandingan jati diri budaya pelajar secara keseluruhan.

Jadual 8. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk budaya antara lima UA

Jati Diri Budaya Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

BudayaFaham UM 8.52 1.440 200 5.021 .001 UKM 8.79 1.201 200 USM 9.07 1.299 200 UPM 8.79 1.064 200 UTM 8.76 1.156 200

BudayaHayat UM 9.12 .994 200 7.154 .000 UKM 9.35 .790 200 USM 9.51 .851 200 UPM 9.31 .682 200 UTM 9.46 .743 200

BudayaAmal UM 9.00 1.055 200 6.488 .000 UKM 9.23 .869 200 USM 9.42 .998 200 UPM 9.12 .771 200 UTM 9.31 .783 200

Keseluruhan UM 8.91 1.035 200 7.521 .000 UKM 9.15 .760 200 USM 9.36 .904 200 UPM 9.10 .726 200 UTM 9.21 .772 200

Ujian ANOVA yang dijalankan berdasarkan Jadual 8 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan jati diri budaya pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F(4,995)=5.021, p<.05. Analisis Games-Howell menunjukkan terdapat perbezaan jati diri pemahaman budaya pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, serta pelajar USM dengan pelajar UTM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri budaya pelajar antara pelajar UA, F(4,995)=7.154, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM dan pelajar UM dengan UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F(4,995)=6.488, p<.05 yang ditunjukkan adalah perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UTM serta pelajar UPM dengan pelajar USM.

Bagi keseluruhan elemen budaya, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri budaya pelajar antara UA terlibat, F(4,995)=7.521, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri budaya pelajar antara pelajar UM dengan USM di mana jati diri budaya pelajar USM lebih tinggi [µ=9.3610] berbanding pelajar UM [µ=8.9106]. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM dengan pelajar UTM [µ=9.2121], pelajar USM dengan pelajar UPM [µ=9.1012] serta pelajar USM dengan pelajar UKM [µ=9.1558].

Page 13: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1033

Analisis Perbandingan Jati Diri Perpaduan Pelajar

Perbandingan jati diri perpaduan mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk iaitu pemahaman (PpaduanFaham), penghayatan (PpaduanHayat) dan pengamalan (PpaduanAmal) serta perbandingan jati diri perpaduan pelajar secara keseluruhan.

Jadual 9. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk perpaduan antara lima UA

Jati Diri Perpaduan Universiti Min Sisihan Piawai N F Sig. (p)

PerpaduanFaham UM 9.10 1.096 200 9.447 .000 UKM 9.37 .787 200 USM 9.57 .783 200 UPM 9.37 .692 200 UTM 9.49 .638 200

PerpaduanHayat UM 9.20 .973 200 4.515 .001 UKM 9.38 .762 200 USM 9.50 .775 200 UPM 9.38 .705 200 UTM 9.47 .663 200

PerpaduanAmal UM 9.09 1.021 200 7.705 .000 UKM 9.36 .805 200 USM 9.50 .725 200 UPM 9.39 .720 200 UTM 9.45 .682 200

Keseluruhan UM 9.14 .969 200 7.976 .000 UKM 9.37 .712 200 USM 9.52 .713 200 UPM 9.38 .643 200 UTM 9.47 .607 200

Jadual 9, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan jati diri perpaduan pelajar bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F (4,995) =9.447, p<.05. Analisis Games-Howell menunjukan terdapat perbezaan jati diri pemahaman perpaduan pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar UPM, pelajar UM dengan pelajar UTM serta pelajar UKM dengan pelajar USM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri perpaduan pelajar antara pelajar UA, F (4,995) =4.515, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM dan pelajar UM dengan pelajar UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F (4,995) =7.705, p<.05 yang ditunjukkan adalah perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar UPM dan pelajar UM dengan pelajar UTM.

Bagi keseluruhan elemen perpaduan, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri perpaduan pelajar antara UA terlibat, F (4,995) =7.976, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri perpaduan pelajar antara pelajar UM dengan USM di mana jati diri perpaduan pelajar USM lebih tinggi [µ = 9.5290] berbanding pelajar UM [µ=9.1427]. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM dengan pelajar UPM [µ = 9.3840], serta pelajar UM dengan pelajar UTM [µ = 9.4740].

Analisis Perbandingan Jati Diri Semangat Nasionalisme Pelajar

Perbandingan jati diri semangat nasionalisme mengambil kira perbandingan bagi ketiga-tiga konstruk iaitu pemahaman (SNasionalFaham), penghayatan (SNasionalHayat) dan pengamalan (SNasionalAmal) serta perbandingan jati diri semangat nasionalisme pelajar secara keseluruhan.

Page 14: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1034

Jadual 10. Analisis ANOVA sehala bagi pemboleh ubah jati diri konstruk semangat nasionalisme antara lima UA

Jati Diri Semangat Nasionalisme Universiti Min

Sisihan Piawai N F Sig. (p)

SNasionalismeFaham UM 9.10 1.057 200 8.386 .000 UKM 9.45 .675 200 USM 9.51 .781 200 UPM 9.36 .706 200 UTM 9.45 .685 200

SNasionalismeHayat UM 9.10 1.032 200 9.346 .000 UKM 9.45 .707 200 USM 9.52 .781 200 UPM 9.34 .675 200 UTM 9.48 .690 200

SNasionalismeAmal UM 9.00 1.103 200 9.503 .000 UKM 9.40 .734 200 USM 9.50 .902 200 UPM 9.29 .728 200 UTM 9.34 .763 200

Keseluruhan UM 9.06 1.005 200 10.479 .000 UKM 9.43 .643 200 USM 9.51 .770 200 UPM 9.33 .651 200 UTM 9.42 .650 200

Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri semangat nasionalisme pelajar seperti dalam jadual 10 bagi konstruk pemahaman antara pelajar UA, F (4,995) =8.386, p<.05. Merujuk kepada analisis Games-Howell, terdapat perbezaan jati diri pemahaman semangat nasionalisme pelajar yang ketara antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar UPM dan pelajar UM dengan pelajar UTM. Bagi konstruk penghayatan, terdapat perbezaan yang signifikan jati diri semangat nasionalisme pelajar antara pelajar UA, F (4,995) =9.346, p<.05. Perbezaan dapat dilihat di antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM dan pelajar UM dengan pelajar UTM. Manakala bagi konstruk pengalaman terdapat perbezaan yang signifikan jati diri pelajar antara UA, F (4,995) =7.007, p<.05 yang ditunjukkan adalah perbezaan antara pelajar UM dengan pelajar USM, pelajar UM dengan pelajar UKM, pelajar UM dengan pelajar UPM dan pelajar UM dengan pelajar UTM.

Bagi keseluruhan elemen semangat nasionalisme, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min jati diri semangat nasionalisme pelajar antara UA terlibat, F (4,995) =10.479, p<.05. Terdapat perbezaan yang signifikan jati diri semangat nasionalisme pelajar antara pelajar UM dengan USM di mana jati diri agama pelajar USM lebih tinggi [µ = 9.5129] berbanding pelajar UM [µ=9.0653]. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar UM dengan pelajar UPM [µ = 9.2988], pelajar UM dengan pelajar UKM [µ = 9.4335], serta pelajar UM dengan pelajar UTM [µ = 9.4886].

Hubungan antara pemahaman dan penghayatan dengan pengamalan elemen jati diri Perbincangan seterusnya adalah bertujuan untuk melihat hubungan secara keseluruhan antara pemahaman, penghayatan dan pengamalan tujuh elemen jati diri pelajar aliran pendidikan di lima UA terpilih. Analisis korelasi digunakan adalah untuk menjelaskan kekuatan dan arah sesuatu perhubungan antara dua pemboleh ubah (Pallant, 2001). Analisis korelasi Pearson dijalankan dan hasil dapatan adalah seperti berikut:

Page 15: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1035

Jadual 11. Korelasi antara pemahaman, penghayatan dan pengamalan tujuh elemen jati diri pelajar aliran pendidikan UA

Elemen Jati Diri Aspek Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) Agama Pemahaman Penghayatan 0.813 .000 Pengamalan 0.584 .000 Penghayatan Pengamalan 0.642 .000 Ilmu Pemahaman Penghayatan 0.791 .000 Pengamalan 0.616 .000 Penghayatan Pengamalan 0.715 .000 Nilai Pemahaman Penghayatan 0.761 .000 Pengamalan 0.702 .000 Penghayatan Pengamalan 0.809 .000 Bahasa Pemahaman Penghayatan 0.703 .000 Pengamalan 0.581 .000 Penghayatan Pengamalan 0.790 .000 Budaya Pemahaman Penghayatan 0.610 .000 Pengamalan 0.614 .000 Penghayatan Pengamalan 0.756 .000 Perpaduan Pemahaman Penghayatan 0.823 .000 Pengamalan 0.730 .000 Penghayatan Pengamalan 0.812 .000 Semangat Nasionalisme Pemahaman Penghayatan 0.863 .000 Pengamalan 0.743 .000 Penghayatan Pengamalan 0.787 .000

Analisis korelasi Pearson seperti dalam Jadual 11 menunjukkan bahawa, pada keseluruhannya terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri agama pelajar UA. Analisis menunjukkan bagi ketujuh-tujuh elemen jati diri, pemahaman jati diri pelajar mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan penghayatan jati diri pelajar. Begitu juga terdapat hubungan positif yang tinggi antara pemahaman jati diri pelajar dengan pengamalan jati diri dan penghayatan jati diri pelajar dengan pengamalan jati dir pelajar. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tiga aspek yang dikaji terhadap elemen jati diri pelajar aliran pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa peningkatan pengamalan jati diri boleh dikaitkan dengan peningkatan pemahaman dan penghayatan jati diri pelajar.

PERBINCANGAN Jati diri bakal guru amat penting dipupuk kerana pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) akan terhasil daripada pengaruh sikap dan tingkah laku pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Jati diri ini diukur daripada tujuh elemen penting yang dikaji.

Secara keseluruhannya, hasil kajian tinjauan terhadap tujuh konstruk jati diri pelajar aliran pendidikan di Fakulti Pendidikan di lima UA menunjukkan mereka memiliki jati diri yang kekal. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kefahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme yang tinggi ketika dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Dapatan ini selari dengan kajian Zamri et al. (2016) yang mendapati pelajar Fakulti Pendidikan UKM mempunyai tahap jati diri yang tinggi dalam kesemua tujuh konstruk jati diri yang dikaji tersebut.

Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Hashim (2008) yang mengkaji jati diri pelajar Melayu. Walaupun dapatan beliau menyatakan bahawa jati diri pelajar masih kekal jati diri dari aspek agama, ilmu dan didik namun daripada aspek nilai didapati bahawa jati diri pelajar telah mulai luntur. Jika dilihat pada konstruk pemahaman, penghayatan dan pengamalan pada aspek nilai, dapatan menunjukkan pemahaman dan penghayatan nilai pelajar adalah lebih rendah berbanding pengamalan nilai mereka Dapatan ini ada bersamaan dengan kajian Ramlah (2005), Sarjit Singh (2013) dan Hashim (2008) yang menyatakan kebanyakan pelajar UA masih kukuh pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati

Page 16: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1036

diri mereka. Dapat dirumuskan bahawa, pelajar aliran pendidikan mengamalkan nilai-nilai murni dengan baik walaupun tahap pemahaman dan penghayatan mereka terhadap nilai adalah kurang. Melihat pada aspek agama pula, hasil dapatan mendapati tahap pemahaman dan penghayatan pelajar mengenai agama adalah lebih tinggi berbanding pengamalan agama mereka. Hal ini bermakna, walaupun pelajar mempunyai kefahaman yang tinggi tentang agama, namun mereka kurang melakukan aktiviti berkaitan agama. Dapatan kajian ini bersamaan dengan kajian Abdul Hafiz et al. (2012) dan Baharom et al. (2012) yang menyatakan bahawa pelajar di Malaysia masih kukuh dan utuh jati diri mereka dari sudut agama walaupun diasak dengan pelbagai cabaran duniawi dan globalisasi. Bagi aspek ilmu dan bahasa, dapatan menunjukkan tahap pemahaman dan penghayatan pelajar adalah tinggi berbanding pengamalan mereka. Walaupun pelajar bersetuju bahawa ilmu mempunyai banyak manfaat, namun mereka kurang mengunjungi perpustakaan untuk mencari pelbagai maklumat berguna dengan nilai min 8.81. Item ini tidak dapat mengukur penimbaan ilmu kerana, pada zaman ini pelajar boleh mencari maklumat melalui carian internet sahaja dan skor bagi item menambah ilmu menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendapat skor yang tinggi dengan nilai min 9.30. Nilai min bagi jati diri bahasa secara keseluruhannya menunjukkan tahap yang tinggi dengan skor min 9.00. Namun nilai ini merupakan nilai pada aras rendah bagi tahap interpretasi skor min tinggi atau kekal jati diri. Hal ini menunjukkan pelajar aliran pendidikan walaupun mempunyai jati diri yang tinggi dari aspek bahasa, tetapi nilai ini hampir kepada tahap jati diri yang masih kekal sahaja. Hal ini ada kaitannya dengan penekanan kebanyakan Universiti Awam terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Siti Rahimah et al (2014), penguasaan kekeliruan jati diri bahasa menyebabkan tahap penguasaan Bahasa Melayu pelajar menjadi kelam kabut. Tumpuan lebih kepada Bahasa Inggeris menjadikan tahap jati diri terhadap bahasa kebangsaan semakin luntur. Dapatan yang sama juga ditemui dalam kajian Siti Sarah (2015) dan Hashim (2008). Daripada aspek budaya, dapatan menunjukkan tahap penghayatan budaya pelajar adalah paling tinggi berbanding tahap pengamalan dan diikuti tahap pemahaman. Berdasarkan dapatan ini, pelajar adalah kurang memahami tentang konsep budaya dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini, tetapi masih dapat mengekalkan jati diri dari konteks pengamalan hidup bermasyarakat. Hal ini mungkin kerana, pelajar kurang mendapat pendedahan tentang konsep budaya yang diamalkan oleh seluruh kaum di Malaysia (Abdul Latif, 2012). Namun demikian, pemahaman, penghayatan dan pengamalan tentang aspek budaya masih tinggi. Demikian dengan aspek jati diri perpaduan dan semangat nasionalisme. Semua pelajar Fakulti Pendidikan yang dikaji mempunyai tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan yang tinggi terhadap jati diri ini. Pelajar tahu akan kepentingan aspek perpaduan dan semangat nasionalisme perlu ada dalam jiwa mereka. Sebagai bakal pendidik, jati diri perpaduan dan semangat nasionalisme akan menjadikan mereka guru yang dapat menjadi suri teladan kepada anak didik. Dapatan ini bersamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Abdul Latif (2012), Ari Kurniawan et al. (2013), Mohd Yusof et al. (2010), Salma (2005), dan Ramlah (2005). Mereka semua menyatakan bahawa semangat nasionalisme dan perpaduan walupun semakin luntur dalam kalangan pelajar universiti dan pelajar sekolah, tetapi mereka tetap memahami bahawa negara Malaysia adalah negara berbilang kaum. Semangat perpaduan perlu disemai dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, terutamanya melalui pendidikan. Demikian juga semangat nasionalisme, pendidikan adalah senjata ampuh dalam memupuk semangat perpaduan dan nasionalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai kesimpulan, pelajar aliran pendidikan masih kekal jati diri mereka dalam tujuh aspek yang dikaji. Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan smeangat nasionalismem adalah tinggi. Mereka masih kekal jati diri mereka walaupun berlaku sedikit pengurangan pemahaman, penghayatan dan pengamalan dari segi jati diri bahasa. Hal ini bermakna pelajar aliran pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM ini ialah bakal guru yang memiliki jati diri yang kukuh dan mantap dari agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme mereka. Dengan cabaran pendidikan yang semakin mencabar, maka pemilihan bakal guru yang menepati tujuh ciri jati diri ini adalah amat perlu. Pihak Fakulti Pendidikan di Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru, KPM boleh menggunakan tujuh jati diri ini sebagai asas dalam pemilihan bakal guru pelatih.

Perbandingan yang dilakukan menggunakan analisis ujian ANOVA satu hala memaparkan terdapat perbezaan tahap jati diri pelajar di mana pelajar USM lebih menyerlah tahap jati diri mereka berbanding pelajar UM walaupun kesemua UA mempunyai jati diri yang kekal. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa pemahaman jati pelajar adalah penting dalam pelajar menghayati dan mengamalkan ketujuh-tujuh elemen jati diri.

IMPLIKASI KAJIAN Menurut Mohd Yusof et al. (2012), perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memperkukuhkan jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia ialah jati diri kebangsaan yang akan ditekankan kepada semua rakyat Malaysia haruslah mempunyai unsur-unsur rasa kepunyaan kepada bangsa dan negara. Menurutnya lagi, rakyat yang mempunyai jati diri adalah rakyat yang sayangkan bangsa dan negaranya serta mengambil kira kepelbagaian etnik dan budaya yang ada

Page 17: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1037

memandangkan kepelbagaian budaya membuatkan sesebuah negara itu unik. Apa yang diharapkan ialah masyarakat mempunyai jati diri yang tinggi disamping masih mengamalkan adat dan budaya bangsanya. Selain itu, identiti yang diwujudkan tidak membawa kepada perpecahan kaum. Kajian ini menghasilkan indeks jati diri yang boleh diukur kepada bakal guru/ pelajar aliran pendidikan bagi mengukur dan melihat kredibiliti pelajar itu sebagai guru. Elemen-elemen ini adalah merupakan elemen yang penting yang perlu ada pada setiap bakal guru. Walaupun berlakunya rombakan kurikulum bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa, agenda pemupukan jati diri kebangsaan tetap perlu diteruskan. (Mohd Yusof et al., 2012)

Adalah disarankan bahawa kajian bagi melihat bagaimana modul dan kaedah pengajaran yang disediakan oleh UA kepada pelajar aliran pendidikan bagi setiap UA dikaji bagi melihat perbandingan modul yang disediakan dengan tahap jati diri pelajar. Hasil kajian tersebut mungkin dapat melihat modul yang memberikan kesan penerapan jati diri yang lebih baik.

KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pentingnya elemen-elemen jati diri ini diberi penekanan dan dipupuk dalam diri setiap pelajar yang bakal menjadi tenaga pendidik pada generasi akan datang dalam memastikan pendidikan negara menjadi lebih baik. Dengan elemen-elemen yang dipupuk ini, bakal-bakal guru mempunyai sahsiah terbaik dan dapat menjadi suri teladan kepada generasi akan datang dan hasilnya wujudlah negara yang harmoni dan membangun serta kuranglah masalah sosial dan pengaruh globalisasi dunia. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada bakal pendidik, manakala secara khususnya kepada pihak atasan dalam menentukan pelajar/individu yang bersesuaian untuk menjadi tenaga pendidik pada negara ini.

PENGHARGAAN Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang memberikan peruntukan kewangan untuk menjalankan menyelidikan FRGS melalui geran FRGS/1/2015/SS06/UKM/01/1.

RUJUKAN Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa & Ahmad Munawar. (2012). Memperkasakan jati diri Melayu-Muslim menerusi

Pendidikan Islam dalam pengajaran akhlak. Jurnal Hadhari Special Edition, 23-35. Abdul Latiff Abu Bakar. (2012). Jati diri dan patriotisme berpaksikan sejarah, perlembagaan dan dasar kerjaaan. Jati diri

dan patriotisme teras peradaban Malaysia: 1-34. Siri penyelidikan dan penerbitan Institusi Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Salam Yusoff. (2010). Idea-idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali dan Confusius. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan rempuhan globalisasi. KEMANUSIAAN, 16: 59-81.

Ahmad Ali Seman, Warti Kimi & Saipo Ayub. (2012). Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam: Satu Pandangan. Unpublished. Retrived from: https://www.academia.edu/5590741/36.

Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa, Siti Aisyah Suhaimi. (2012). Islam dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition: 143-154

Ali Suradin & Eni Eryanti Yusoff. (2005). Penghayatan nilai-nilai murni kea rah pembentukan disiplin pelajar. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005: 485-495.

Ari Kurniawan, Muhammad Faisal Ashaari & Azizi Umar. (2013). Jati diri kebangsaan dalam falsafah Pendidikan Islam. Jurnal al-Hikmah, 5: 18-32.

Aziz Deraman. (2012). Warisan budaya dalam konteks 1Malaysia. In. Jati diri dan patriotisme teras peradaban Malaysia, 109-132. Tanjung Malim: Institusi Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Badri Yatim. (1985). Soekarno, Islam dan Nasionalisme: Rekonstruksi Islam – Nasionalis. Indonesia: Penerbit Inti Sarana Ak Sara.

Baharom Mohamad, Ali Suradin & Za’aba Helmi Khamisan. (2008). Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia, pada 22-23 Oktober 2008.

Page 18: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1038

Hashim Musa. (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi globalisasi Barat. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Hashim Musa. (2008). Pemerkasaan bahasa Melayu di arena antarabangsa demi kemajuan negara bangsa Malaysia di persada dunia. In: Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Arena Antarabangsa. Prosiding Persidangan Bahasa Melayu dalam Perspektif Antarabangsa, 107-138. Organize by IPG Kampus Bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia on 18-20 November 2008.

Johari Hassan & Sutinah A. Safar. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Unpublished. Retrieved from: http://eprints.utm.my/10788/.

Kassim Thukiman. (2009). Hubungan etnik pada zaman kolonial. In. Hubungan etnik di Malaysia: Perspektif teori dan praktik, 4: 70-87.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. (2011). Indeks Belia Malaysia 2011 (IBM 2011). Putrajaya: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) 2011.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, KPM.

Khadijah Abdul Razak. (2006). Pendidikan akhlak dan peranannya dalam pembentukan insan. In: Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ku Hasnan Ku Halim. (2012). Membugar harapan pemersatuan atau menanti masa ditalkinkan atas nama bernegara? Di mana bahasa Melayu dalam pemupukan jati diri bangsa setelah 55 tahun merdeka. In: Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka, 26-27 November 2012, Pulau Pinang. Retrieved from: http://eprints.uthm.edu.my/3843/ on 7 Februari 2017.

Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012). Penerapan Nilai Murni dan Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition: 51-65

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilaipelajar menerusi penerapan nilai mumi: Satu sorotan. MALIM - SEA Journal of General Studies II: 117-130.

Mohd Arif Ismail & Amlah Mohd Salleh. (editor) 2008. Media: Penerapan dan pemupukan nilai. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Fahmi Ismail, Salmah Jan Noor Muhammad, Mohd Sharifudin Yusop. (2015). Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL): 91-100

Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Othman. (2010). Jati diri kebangsaan manhaj Islam hadhari. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Yusof Othman, Jawiah Dakir, Abd. Latif Samian, Mohd. Safar Hasim, Noor Aziah Mohd. Awal, Shamsul Azhar Yahya, Rosilawati Mohd. Hanapi, Noralina Omar & Mujahid Abu Bakar. (2012). Jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Jurnal Hadhari Special Edition: 67- 78.

Noornajihan dan Zetty. (2015). Pengekstrakan Elemen Kualiti Guru Pendidikan Islam Sebagai Murabbi Bersandarkan Beberapa Model Sarjana Islam. Prosiding International Seminar on tarbiyah 2015 (ISoT 2015). Bandar Seri Putra: Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Seminar di Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry pada 5 – 8 Mac 2015.

Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS for Windows (Version 10). Buckingham, Philadelphia: Open University Press. ISBN 0 335 20890 8

Rohaizahtulamni Radzlan, Sarjit S. Gill & Ahmad Tarmizi Talib. (2012). Pemahaman dan penghayatan rukun negara dalam kalangan belia bandar di semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 55-65.

Rosfazila Binti Abd. Rahman, Siti Rashidah Abd. Razak & Zetty Nurzuliana Rashed. (2011). Patriotisme mukmin membina pemikiran dan peradaban Islam. Seminar Kebangsaan Peradaban dan Pemikiran Islam, di KUIS.

Roslan Mohamed & Siti Aisyah Abu Bakar. (2010). Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Unpublished. Retrieve from: http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf

Sarjit Singh Darshan Singh. (2013). Kajian pemahaman, penghayatan dan pengamalan rukun negara dalam kalangan belia Malaysia. Jurnal Perpaduan, 89-137. Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional.

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin & Normahdiah Sheikh Said. (2014). Kekeliruan jati diri punca bahasa bercampur aduk. Jurnal Bahasa, 14 (1): 134-158.

Page 19: JATI DIRI PELAJAR ALIRAN PENDIDIKAN UNIVERSITI · PDF fileDalam Anjakan 4 ini, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan, termasuk pemilihan bakal pelajar ke Fakulti Pendidikan di

1039

Smith, V.L. (2001). The culture brokers. In V.L. Smith and M. Brent, eds., Hosts and Guests Revisited: Tourism Issues of the 21st Century, pp. 275–282. Elmsford: Cognizant

Zainal Abidin Borhan. (2012). Peradaban dan jati diri Melayu. In. Jati diri dan patriotisme teras peradaban Malaysia, 61-80. Tanjung Malim: Institusi Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition: 129-141

Zamri Mahamod. (2016). Perancangan bahasa: Implikasinya terhadap PdP Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.