Slot 2 - Anjakan Minda Ms 10-19
-
Upload
joanneweejiayun -
Category
Documents
-
view
29 -
download
6
description
Transcript of Slot 2 - Anjakan Minda Ms 10-19
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS SLOT 2
Tajuk Transformasi Pedagogi Abad 21
Topik Anjakan Minda
Masa 2 jam
Personel Fasilitator
A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. Mengubah pemikiran ke arah pemikiran kreatif dan kritis
B. Kandungan Pengajaran
1. Penerangan dan penjelasan tentang pentingnya mengubah pemikiran ke arah lebih kreatif dan kritis
2. Aktiviti yang merangsang ke arah berfikir secara kreatif dan kreatif3. Kesedaran tentang pandangan terhadap matematik yang sebenar
C. Kaedah
1. Tayangan video
2. Perbincangan dan sumbangsaran.3. Kerja berkumpulan
4. Persembahan Power Point
D. Bahan Pengajaran
Slaid ”Power Point”
Bahan aktiviti berkumpulan
E. Alatan
LCD, Komputer, Papan Putih, Pen Marker, Kertas Seba, kertas warna, gunting dan pita pelekat.
10 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
F. Penilaian
1. Pemerhatian berterusan
2. Interaksi Secara Lisan
3. Penerangan/pembentangan Hasil Kerja
4. Hasil tugasan berkumpulan
G. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif dan kritis dan merubah pemikiran ke arah lebih positif.
11 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 2
1.0 ANJAKAN MINDA
Guru-guru matematik masakini menghadapi arus pendidikan yang kian
mencabar. Pelbagai perubahan yang begitu pantas dan ketara yang memerlukan
guru-guru berfikir dan bertindak lebih proaktif dan enegetik bagi memantapkan
strategi penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah. Pemikiran guru-guru perlu
seiring dengan keperluan semasa. Guru-guru perlu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam menghasilkan
modal insan yang mampu berfikir kritis, kreatif dan inovatif. Pelbagai kaedah yang
sesuai perlu dilakukan bagi merangsang pemikiran murid ke arah tersebut. Kaedah
tradisional guru yang lebih berpusat kepada guru perlu diubah kepada berpusatkan
murid. Pemilihan latihan dan aktiviti yang lebih membuka pemikiran murid perlu
dilakukan.
Justeru bagi melahirkan murid yang berfikir kreatif, kritis dan inovatif, guru
matematik sendiri perlu mempunyai elemen-elemen tersebut. Anjakan minda ke
arah yang lebih positif perlu berlaku bagi merealisasikan perkara ini. Guru matematik
memainkan peranan penting dan menjadi ‘role model’ bagi merealisasikan cita-cita
dan hasrat ini.
12 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MASA KINI
Telah berlaku perubahan pada kurikulum, pendekatan dan pentaksiran
pendidikan yang bertujuan bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pelbagai program yang
diperkenalkan oleh kerajaan menuntut guru-guru matematik untuk sentiasa
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menjayakannya. Antara aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah
kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir tersebut menuntut murid-murid untuk
belajar mendapatkan pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait
pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan
baharu. Sehubungan dengan itu, guru-guru sendiri perlu menerapkan elemen-
elemen tersebut sebelum melaksanakannya kepada pelajar dengan berinisiatif
untuk membuat anjakan dan perubahan pendekatan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
13 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
Rajah: Program-program pendidikan masakini.
AKTIVITI 1: Persembahan powerpoint (15 minit)
1. Fasilitator menjalankan aktiviti memanaskan badan (Chicken Dance).
2. Fasilitator menujuk cara aktiviti dijalankan.
3. Fasilitator menerangkan membina keyakinan diri Jurulatih dalam
melaksanakan kursus di peringkat daerah.
4. Fasilitator penyampaian pengisian motivasi kepada peserta.
AKTIVITI 2: Ujian Kepintaran (berfikir luar kotak)
1. Aktiviti ini dilakukan secara individu
2. Peserta menjalankan aktiviti pada lampiran 1 dalam modul
3. Masa diberikan 5 minit.
4. Peserta terpantas yang dapat menyelesaikan akan berkongsi menunjuk cara.
14 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
AKTIVITI 3: Video Adi Putra Genius matematik
1. Video Adi Putra akan dimainkan
2. Fasilitator menyatakan dan mengingatkan agar Adi Putra dan murid-murid
sepertinya adalah anugerah tuhan aset berharga yang perlu dijaga dan
digilap agar kekal pintar matematik dan dapat menyumbang kepada negara.
Guru-guru memainkan peranan penting untk melihat kebolehan murid-murid
kita, mencungkil kelebihan mereka dan menggilap kebolehan mereka.
AKTIVITI 4: Persembahan slaid George Polya
1. Fasilitator menerangkan pandangan dan pesanan George Polya sebagai
panduan dan ingatan untuk guru-guru
AKTIVITI 5: AKTIVITI INDIVIDU ALGORITMA STRES RENDAH HUTCHING
1. Aktiviti dilakukan secara individu oleh peserta
2. Aktiviti terdapat pada lampiran 2
3. Masa diberikan selama 5 minit
AKTIVITI 6: AKTIVITI BERKUMPULAN 1
1. Setiap kumpulan membuat aktiviti dengan merujuk kepada lampiran 3
2. Masa selama 15 minit diberikan dan beberapa kumpulan berkongsi
pandangan.
AKTIVITI 7: AKTIVITI BERKUMPULAN 2
1. Setiap kumpulan membuat aktiviti dengan merujuk kepada lampiran 4
2. Masa selama 20 minit diberikan dan beberapa kumpulan diminta memberikan
pandangan.
AKTIVITI 8: KESIMPULAN
Fasilitator membuat kesimpulan pada slot ini.
15 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
LAMPIRAN 1
16 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
LAMPIRAN 2
17 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
18 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
LAMPIRAN 3
19 |
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2015
LAMPIRAN 4
20 |