Jawapan Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Kesalahan Imbuhan

3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan sila buat pembetulan. 1. Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karang-mengarang. 2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa. 3. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya. 4. Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu. 5. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi. 6. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion. 7. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah. 8. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel. 9. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru. 10. Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program Kembali Berbakti pada minggu hadapan. 11. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar. ANALISIS JAWAPAN:- 1. Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia, kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman 2. Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan hukum > menyalahi hukum 3. Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari > daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang 4. Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya 5. Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan > merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi: sejak dari > sejak 6. Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang keuntungan > menyasarkan keuntungan 7. Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam melakukan > dalam melakukan 8. Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana 9. Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk

Transcript of Jawapan Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan Dan Kesalahan Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan sila buat pembetulan.

1. Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karang-mengarang.

2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa.

3. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya.

4. Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu.

5. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi.

6. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion.

7. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah.

8. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel.

9. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru.

10. Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program Kembali Berbakti pada minggu hadapan.

11. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar.

ANALISIS JAWAPAN:-

1. Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia, kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman

2. Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan hukum > menyalahi hukum

3. Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari > daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang

4. Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya

5. Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan > merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi: sejak dari > sejak

6. Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang keuntungan > menyasarkan keuntungan

7. Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam melakukan > dalam melakukan

8. Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana

9. Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk

10. Kesalahan kata ganda: Persatuan bekas-bekas > Persatuan bekas

11. Kesalahan imbuhan: perletakan > peletakanLATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN & KESALAHANPENGGUNAAN IMBUHAN(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.(v) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.(vi) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.(vii) Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam persekolahan.(viii) Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan terjamin.(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.(x) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual.(xiv) Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari semasa ke semasa.(xv) Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.(xvi) Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.(xvii) Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh maha guru itu.(xx) Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat hubungan untuk kemudahan manusia sejagat

JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHANAssamualaikum.Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan dan Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.

(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.

(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.

(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ.

(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.

(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.

(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat.

(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.

(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai pakar bedah.

(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.

(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.

(xiv) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.

(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.

(xvi) Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggungnya.(xvii) Kebanyakan pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.

(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.

(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh mahaguru itu.

(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan manusia sejagat