Jawapan Tutorial

3
Jawapan Tutorial Nama : Thivakar a/l Mahendran 1) Saya akan menegaskan kepada murid tentang kedudukan digit menentukan nilainya yang tersendiri dan rumahnya itu mempunyai nama yang tersendiri. Bagi menentukan nilai tempat dan nilai digit di dalam perpuluhan, saya akan menggunakan jadual nilai tempat dan nilai digit nombor perpuluhan sewaktu pengajaran pertama unit ini setelah murid diajar tentang konsep asas perpuluhan menggunakan gambarajah petak sepuluh dan seratus. Murid akan dibimbing melihat pebezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan. Di dalam satu nombor perpuluhan, titik itu umpama sempadan. Sebelum titik perpuluhan adalah nombor bulat yang murid akan dibimbing membaca nilai tempatnya sebagai sa, puluh, ratus dan seterusnya. Saya mengaitkan nilai digit selepas titik perpuluhan dengan menggalakkan murid membuat perkaitan bahawa satu tempat selepas titik perpuluhan mewakili satu ”0” pada pecahan yang diwakili iaitu per 10 . Tempat kedua selepas titik perpuluhan pula mewakili dua sifar ”00” bagi pecahan yang diwakili iaitu per 100. Berikutnya, tempat ketiga selepas titik perpuluhan mewakili tiga sifar ”000” bagi pecahan yang mewakilinya iaitu per 1000. Bagi nombor 32.49 - nilai tempatnya ialah persepuluh iaitu per 10 berdasarkan kedudukannya satu tempat selepas titik perpuluhan mewakili satu sifar.Setelah murid dibimbing mengenai nilai tempat, barulah murid diajar menulis nilai digitnya iaitu dalam bentuk perpuluhan sebagai 0.40 atau 0.4 di mana semua digit yang lain selain daripada digit 4 ditukar kepada 0. Apabila murid telah mahir dan menguasai nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. 2)

description

mats

Transcript of Jawapan Tutorial

Page 1: Jawapan Tutorial

Jawapan Tutorial

Nama : Thivakar a/l Mahendran

1)

Saya akan menegaskan kepada murid tentang kedudukan digit menentukan nilainya

yang tersendiri dan rumahnya itu mempunyai nama yang tersendiri. Bagi menentukan nilai

tempat dan nilai digit di dalam perpuluhan, saya akan menggunakan jadual nilai tempat dan

nilai digit nombor perpuluhan sewaktu pengajaran pertama unit ini setelah murid diajar

tentang konsep asas perpuluhan menggunakan gambarajah petak sepuluh dan seratus.

Murid akan dibimbing melihat pebezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor

perpuluhan. Di dalam satu nombor perpuluhan, titik itu umpama sempadan. Sebelum titik

perpuluhan adalah nombor bulat yang murid akan dibimbing membaca nilai tempatnya

sebagai sa, puluh, ratus dan seterusnya. Saya mengaitkan nilai digit selepas titik perpuluhan

dengan menggalakkan murid membuat perkaitan bahawa satu tempat selepas titik

perpuluhan mewakili satu ”0” pada pecahan yang diwakili iaitu per 10 . Tempat kedua

selepas titik perpuluhan pula mewakili dua sifar ”00” bagi pecahan yang diwakili iaitu per

100. Berikutnya, tempat ketiga selepas titik perpuluhan mewakili tiga sifar ”000” bagi

pecahan yang mewakilinya iaitu per 1000. Bagi nombor 32.49 - nilai tempatnya ialah

persepuluh iaitu per 10 berdasarkan kedudukannya satu tempat selepas titik perpuluhan

mewakili satu sifar.Setelah murid dibimbing mengenai nilai tempat, barulah murid diajar

menulis nilai digitnya iaitu dalam bentuk perpuluhan sebagai 0.40 atau 0.4 di mana semua

digit yang lain selain daripada digit 4 ditukar kepada 0. Apabila murid telah mahir dan

menguasai nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan melibatkan

nombor perpuluhan dengan mudah.

2)

Thiviya boleh menggunakan papan perpuluhan sebagai bahan bantu belajar untuk

mengajar tajuk perpuluhan kepada murid murid orang asli. Papan perpuluhan ini yang

bersifat maujud atau konkrit bersesuaian dengan tahap kognitif murid sekolah rendah tahun

5. Papan perpuluhan ini berfungsi sebagai medium bagi menunjukkan cara bagaimana

operasi penolakan dalam perpuluhan dilakukan. Guru perlu menerangkan satu persatu

langkah penolakan tersebut. Penolakan perlu dilakukan dari kanan ke kiri. Sebagai contoh:

Page 2: Jawapan Tutorial

Penolakan akan dimulakan dari hujung sebelah kanan iaitu ‘9’ mewakili rumah perseribu.

Seterusnya nombor ‘8’ mewakili rumah perseratus sehinggalah ke nombor ‘8’ mewakili

rumah puluh. Guru perlu menegaskan bahawa kedudukan titik perpuluhan adalah selari dan

ia diletakkan selepas membuat membuat operasi penolakan. Penolakan dalam perpuluhan

sebenarnya seolah – olah operasi penolakan nombor bulat seperti biasa, cuma yang

membezakannya ialah titik perpuluhan. Cara penggunaan papan perpuluhan ini ialah murid

akan datang ke hadapan bilik darjah dan memecahkan belon. Belon tersebut mengandungi

soalan penolakan perpuluhan. Setelah mengambil soalan tersebut, murid mencari kad

nombor di tempat yang di sediakan dan menampal kad tersebut pada papan perpuluhan

menggunakan tanah liat yang diberikan oleh guru.

Setelah menyusun kesemua nombor mengikut soalan yang dinyatakan, murid

membuat penolakan nombor perpuluhan tersebut seperti biasa. Di sini guru bertindak

sebagai fasilitator iaitu membimbing murid menggunakan papan perpuluhan tersebut.