Jelaskan empat pendekatan motivasi

39
Jelaskan Empat Pendekatan Motivasi Iaitu Pendekatan Behaviouris, Pendekatan Humanistik, Pendekatan Kognitif Dan Pendekatan Sosiobudaya

Transcript of Jelaskan empat pendekatan motivasi

Page 1: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Jelaskan Empat Pendekatan Motivasi Iaitu Pendekatan Behaviouris, Pendekatan Humanistik, Pendekatan Kognitif Dan Pendekatan

Sosiobudaya

Page 2: Jelaskan empat pendekatan motivasi

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

KONSEP ASAS: MOTIVASI

JENIS MOTIVASI

PENDEKATAN MOTIVASI

MOTIVASI INTRISTIK

PENDEKATAN BEHAVIORIS

PENDEKATAN KOGNITIF

PENDEKATAN HUMANISTIK

PENDEKATAN SOSIOBUDAY

A

MOTIVASI EKSTRINSIK

Page 3: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang

mendorongkan seseorang untuk

melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau

kejayaan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi

dianggap sebagai salah satu unsur penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di

samping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung

dalam keadaan yang bermakna, berfaaedah dan

mengembirakan (Kamarudin Hj. Husin, 1993)

Page 4: Jelaskan empat pendekatan motivasi

MOTIVASI

INTRINSIKMOTIVASI

EKSTRINSIK

Page 5: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 6: Jelaskan empat pendekatan motivasi

MOTIVASI INTRINSIK

Page 7: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Pada amnya, motivasi intrinsik menekankan kepada galakan untuk kebebasan belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar. Ini membawa kepada kesan pembelajaran yang lebih berkekalan oleh murid tanpa paksaan walaupun belum diajar oleh guru

Page 8: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 9: Jelaskan empat pendekatan motivasi

11

22

33

Page 10: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 11: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 12: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Pendekatan Humanistik menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.

Manusia juga didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri, iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman mencapai segala yang diinginkan oleh mereka.

Antara pengkaji teori Humanistik adalah Maslow (1997) yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi.

Page 13: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Menurut Maslow, keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan fisiologi, psikologi, emosi mahupun intelek.

Pendekatan Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi dan memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.

Matlamat pendekatan humanistik untuk merangsang pengalaman murid supaya mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran.

Page 14: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Dengan demikian, murid dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh lokus kawalan luaran.

Ahli Humanistik juga menyatakan perlunya hubungan rapat/keakraban antara guru, ibu bapa dengan murid kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi inrinsik yang tinggi.

Penglibatan dan sokongan autonomi yang tinggi akan meningkatkan kompetensi, tanggungjawab dan pencapaian seseorang murid. Secara tidak langsung murid akan bermotivasi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti yang diberikan.

Page 15: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Antara strategi yang boleh digunakan oleh pendidik untuk meningkatkan motivasi secara pendekatan humanistik ialah:-

Page 16: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Pendekatan Kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran.

Arah dimana tingkah laku diambil boleh diterangkan berdasarkan empat pengaruh iaitu:-

1. Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan kosisten.

2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya

3. Faktor yang mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan / kegagalan

4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Page 17: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian.

Untuk memotivasikan murid, kita harus merangsang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.

Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian.

Untuk memotivasikan murid, kita harus merangsang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.

Page 18: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Teori Atribusi Weiner (Weiner, 1980, 1992), merupakan teori kontemporari yang

berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik. Teori ini menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh

sesuatu hasil yang diingini.

Page 19: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Penekanan ditumpukan kepada persepsi seseorang murid yang mempengaruhi cara

mereka mentafsir kejayaan / kegagalan usaha mereka yang turut sama mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi

tingkah laku yang sama.

Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam 3 dimensi:

1.Lokus (Lokasi di mana penyebab itu berada)2.Stabiliti (penyebab boleh berubah atau tidak)3.Kawalan (Sejauh mana murid-murid bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui).

Page 20: Jelaskan empat pendekatan motivasi

ATRIBUT LOKUS (LOKASI PENYEBAB)

STABILITI (PENYEBAB)

KAWALAN (SITUASI

PEMBELAJARAN)

Kebolehan Di dalam murid-murid Stabil Luar kawalan

Usaha Di dalam murid-murid Tidak stabil Dalam kawalan

Nasib Di luar murid-murid Tidak stabil Luar kawalan

Aras kesukaran tugasan

Di luar murid-murid Stabil Luar kawalan

Empat faktor yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan seperti dalam jadual:

Page 21: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid antara lain ialah seperti:-

1. Guru perlu membantu murid memastikan bahawa mereka percaya adalah kompeten. Kegagalan yang hanya berlaku sekali-sekala adalah disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.

2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, usaha dilipat-gandakan.

3. Pastikan murid berusaha dan beranggapan mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi yang mana murid berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka berasa tidak kompenten.

4. Bantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan / kegagalan.

5. Merangsang konsep kendiri murid akan sentiasa fokus kepada usaha sebagai faktor kejayaan

Page 22: Jelaskan empat pendekatan motivasi

VICTOR VROOM

Menurut Victor Vroom, biasanya kita dimotivasikan untuk melakukan

sesuatu berasaskan kepada apa yang kita anggap sebagai impak ke atas

tindakan kita.

Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil,

seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan

membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang

paling besar sekali.

Page 23: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Teori Ekspektansi x Nilai berpandangan bahawa motivasi ialah gabungan antara dua elemen penting, iaitu nilai dan ekspektansi. Dengan perkataan lain motivasi merupakan fungsi ekspektansi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut

Motivasi ialah hasil harapan dan nilai, jikalau mana-mana antara faktor ini adalah sifar, maka tidak akan wujud motivasi untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Dengan itu guru perlu memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan murid memperoleh kejayaan.

Page 24: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Dua Konsep Penting

Page 25: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 26: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 27: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 28: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana seseorang individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Ini boleh merangsang pencapaian manusia dan mempengaruhi pilihan seseorang terhadap tindakan selanjutnya.

Individu berkecenderungan untuk memilih tugas yang mereka fikir kompeten dan yakin mengelakkan tugas

yang mereka tidak berkebolehan

Page 29: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Semakin tinggi efikasi kendiri, semakin berusaha dan tekun seseorang murid itu. Kepercayaan efikasi kendiri juga mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi seseorang.

Murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugas yang mencabar, melibatkan diri

dalam aktiviti secara aktif, merangka matlamat yang lebih mencabar dan seterusnya mengekalkan komitmen

dan meningkatkan usaha semasa menghadapi kegagalan.

Page 30: Jelaskan empat pendekatan motivasi
Page 31: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Dalam pendekatan ini, adalah penting sebagai seorang Guru:-

Meningkatkan efikasi kendiri murid dengan

membantu mereka merangka matlamat

realistik

Merancang aktiviti yang

sesuai dengan kebolehan

mereka.

Page 32: Jelaskan empat pendekatan motivasi

RUMUSAN

Dua jenis motivasi yang sering digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah motivasi ekstrinsik (Luaran) dan intrinsik (Dalaman). Menurut pendekatan behaviorisme, manusia akan mengulangi tingkah laku jika mendapat peneguhan dan akan berhenti jika mendapat dendaan. Pendekatan ini mementingkan peneguhan, ganjaran dan dendaan. Motivasi ini dikenali sebagai motivasi ekstrinsik.

Menurut perspektif kognitif, pembelajaran ditentukan oleh nilai intrinsik. Pembelajaran adalah merupakan hasilan daripada sesuatu tingkah laku, kepercayaan terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku . Ini melibatkan motivasi intrinsik.

Page 33: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Sementara itu menurut pendekatan sosiobudaya, penglibatan manusia dalam kehidupan harian dan hubungan interpersonal dengan masyarakat.

Manusia akan meniru ciri-ciri model supaya dapat berada pada status yang sama dengan model. Penglibatan ini melibatkan motivasi Ekstrinsik.

Pendekatan Humanisme pula berpegang kepada bahawa manusia bermotivasi terhadap sesuatu tingkah laku kerana dapat mencapai keperluan penyempurnaan kendiri. Ini melibatkan motivasi intrinsik.

RUMUSAN

Page 34: Jelaskan empat pendekatan motivasi

RUMUSAN

Oleh itu, Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid mereka.

Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain.

Dengan menyedari keperluan seseorang murid, guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

Page 35: Jelaskan empat pendekatan motivasi

IMPLIKASI MOTIVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 36: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan. 

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan. 

Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang mencabar serta mengkehendaki mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang berikutnya.

Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang mencabar serta mengkehendaki mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang berikutnya.

Page 37: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang, kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang, kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman.

Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. 

Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. 

Page 38: Jelaskan empat pendekatan motivasi

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid menjawab kuiz pada waktu lapang. Sebagai guru yang prihatin, perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada pelajar yang kurang cerdas dengan menyediakan latihan tambahan untuk mencapai hasil pembelajaran.

Implikasi penggunaan teknik-teknik motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik murid-murid. Justeru, guru mesti mempercayai bahawa pencapaian semua murid bolah dipertingkatkan melalui motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

Page 39: Jelaskan empat pendekatan motivasi