Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

11
TAJUK 3: JELASKAN LIMA ISU BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA AKIBAT MODENISASI DALAM BIDANG EKONOMI. Konsep Modenisasi -Berkait rapat dengan masyarakat dan negara yang membangun. Modenisasi adalah suatu proses transformasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat yang harus dialami oleh semua bangsa atau negara. Transformasi yang dirancang dengan begitu teliti disebut sebagai modenisasi atau pembangunan. Ianya melibatkan pembangunan ekonomi dan politik. Pembangunan Ekonomi Matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mencapai kemajuan melalui bidang perindustrian. Terdapat beberapa proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi. Di antaranya ialah: Pembangunan teknologi – pengetahuan dan teknik serta kaedah tradisional diketepikan dan memberi laluan kepada kemasukan ilmu saintifik dan teknologi yang lebih canggih. 2

Transcript of Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

Page 1: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

TAJUK 3: JELASKAN LIMA ISU BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA AKIBAT MODENISASI DALAM BIDANG EKONOMI.

Konsep Modenisasi

-Berkait rapat dengan masyarakat dan negara yang membangun.

Modenisasi adalah suatu proses transformasi dalam semua aspek

kehidupan masyarakat yang harus dialami oleh semua bangsa atau

negara. Transformasi yang dirancang dengan begitu teliti disebut sebagai

modenisasi atau pembangunan. Ianya melibatkan pembangunan ekonomi

dan politik.

Pembangunan Ekonomi

Matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mencapai kemajuan

melalui bidang perindustrian. Terdapat beberapa proses yang

dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi. Di antaranya ialah:

Pembangunan teknologi – pengetahuan dan teknik serta kaedah

tradisional diketepikan dan memberi laluan kepada kemasukan ilmu

saintifik dan teknologi yang lebih canggih.

Pembangunan pertanian – Kegiatan pertanian lama iaitu sara diri

ditukar kepada pertanian komersial.

Industrialisasi – proses pengeluaran yang dilakukan secara pukal

menggunakan teknologi canggih di kilang-kilang

Urbanisasi – proses pemindahan penduduk ke bandar, pemusatan

penduduk di bandar dan hidup dengan gaya bandar.

2

Page 2: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

Modenisasi di Malaysia

Proses modenisasi di Malaysia melibatkan beberapa komponen yang

diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan pembangunan

ekonomi di Malaysia.

RAJAH MENUNJUKKAN PROSES MODENISASI

3

Proses Modenisasi di Malaysia

Komponen Politik

-pembinaan Negara bangsa

-dasar awam

-penilaian pencapaian dasar awam

-integrasi nasional

Acuan Ekonomi Malaysia

-hubungan timbal balik

-etnisiti

Ciri-ciri Etnik

-majoriti demografi

-politik

-ekonomi

Komponen Ekonomi

pembangunan ekonomi

-perindustrian

-kadar pertumbuhan

-Peningkatan kualiti hidup

Perancangan Pembangunan Lima Tahun

-Rancangan Malaysia Pertama hingga ke Rancangan Malaysia ke Sembilan

Dasar-dasar Awam

-pertanian

-perindustrian

-k-Ekonomi

Page 3: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

1.Pertumbuhan dan Agihan

- Di Malaysia isu agihan pendapatan dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu kelas

social yang berbeza dan kelompok etnik yang berbeza.

- Orang Cina menguasai pelbagai bidang sewaktu British memerintah dan kini mereka

bergiat hebat dalam perniagaan.

- Isu agihan pendapatan cuba diatasi oleh DEB pada tahun 1971.

- Apa yang diharapkan ialah jurang perbezaan pendapatan kaum Melayu dengan kaum

Cina dapat dikurangkan.

- Orang Cina telah diakui oleh Sir Francis Light sebagai asset terpenting untuk menjana

pendapatan Tanah Melayu ketika itu.

- Masyarakat India juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor

perladangan getah dan kelapa sawit, bidang penyediaan prasarana dan tenaga

professional.

2.Globalisasi

- Proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal.

- Pihak yang mempunyai modal besar, akan dapat manfaat proses globalisasi ini.

-Sikap sesuatu kaum telah mencorakkan proses globalisasi mengikut acuan dan

kehendak masing-masing.

- Sebagai contoh, kaum Melayu dilihat menggunakan globalisasi untuk memiliki

kehidupan yang penuh santai. Mereka menggunakan kecanggihan dunia tanpa

sempadan seperti kemudahan internet untuk mencapai kepuasan diri dengan

melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah.

- Kaum Cina mengambil peluang globalisasi ini untuk menjana pendapatan dan

memajukan ekonomi diri dan keluarga.

4

Page 4: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

3. Equality dan Equity

- Merupakan isu kesamarataan dan keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia.

- Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Fasal(8) Perkara(1).

- Semua rakyat berhak dapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang.

- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak harus dipertikaikan oleh

kaum lain kerana sudah dipersetujui dalam Fasal( 153 ) Perlembagaan Malaysia.

- Timbul rasa tidak puas hati masyarakat lain semasa dan selepas DEB tentang

serampang dua mata tetapi dapat ditangkis oleh kaum majoriti yang memerintah.

4. Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik

- Digubal ekoran dasar “pecah dan perintah” di zaman British.

- Dasar pecah dan perintah menyebabkan pembangunan tidak seimbang antara

kawasan bandar dan luar bandar.

-Kawasan penempatan dan pengagihan sektor ekonomi dilakukan di bawah dasar

tersebut.

Jadual menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik 1970

Kaum Kadar Kemiskinan (peratus)Pendapatan Purata

Keluarga Sebulan (RM )

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.00

Sumber: Young,Bussink, dan Hassan,Malaysia:Growth and Eqiuty in a Multiracial

Society.1980: 104

5

Page 5: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

-Berdasarkan jadual, kadar kemiskinan yang melanda adalah disebabkan oleh kadar

pemilikan antara kelompok etnik yang tidak seimbang.

-Kaum Melayu mencatat peratus kemiskinan yang paling tinggi berbanding kaum-kaum

lain. Pendapatan purata keluarga juga paling rendah iaitu sebanyak RM172.00 sahaja.

-Kadar kemiskinan kaum Cina hanya 26.0% sahaja dan pendapatan purata keluarga

juga tinggi iaitu RM394.00 sebulan.

-Kemiskinan merupakan faktor yang mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan

rakyat. Keadaan seperti yang terdapat dalam jadual boleh menggugat perpaduan

antara kumpulan etnik.

Jadual menunjukkan Kadar Pemilikan Modal Saham dalam Syarikat Berhad Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM Juta)

Peratus

Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3

a.Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

b.Agensi Amanah 110.9 1.7

Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah 6564.1 100.0

Sumber:Young, Bussink, dan Hassan, Malaysia: Growth and Multiracial Society, 1980.

6

Page 6: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

-Berdasarkan jadual di atas, pembahagian pekerjaan mengikut kelompok etnik

menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya, etnik Melayu

merupakan majoriti dengan meliputi 67.6%, etnik Cina meliputi 19.9% manakala etnik

India berjumlah 11.5%.

-Kaum Cina mendominasi sektor perlombongan iaitu sebanyak 58.7% manakala etnik

Melayu 32.1% dan India sebanyak 8.5%.

-Ketidakseimbangan tersebut menimbulkan sifat ketidakpuasan hati sehingga

tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.

- Maka DEB diperkenalkan pada tahun 1971.

-DEB bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan

ekonomi yang sama rata tanpa mengira kaum melalui serampang dua mata iaitu

membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat..

- Melalui DEB,kaum Melayu dibela dan diberi peluang membangunkan ekonomi yang tidak seimbang itu.

-Kerajaan telah menyalurkan bantuan, subsidi, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera, menambahkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup dan kualiti hidup.

- Akhirnya DEB dianggap sebagai suatu dasar yang mencerminkan diskriminasi kaum.

5.Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi

-Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah menentukan bahasa

kebangsaan.

-Bahasa penting kerana berkait rapat dengan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional

dan identiti nasional.

-Usaha kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mendapat

tentangan oleh sesetengah pihak terutama tahun 60-an.

7

Page 7: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

-Mendapat tentangan kerana dirasakan bahawa bahasa Melayu boleh menghapuskan

bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan etnik bukan Melayu.

-Akhirnya, majoriti penduduk Malaysia menerima Dasar Bahasa Kebangsaan kerana

bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan bebas kecuali urusan rasmi kerajaan.

-Isu pendidikan semakin kompleks apabila kerajaan melaksanakan dasar pengajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

-Rasional PPSMI ialah bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mata

dunia.

Terdapat pihak yang bertegas hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

yang juga bernilai tinggi.

-Akhirnya pertembungan dua bahasa ini dileraikan melalui dua dasar iaitu Bahasa

Melayu sebagai “bahasa perpaduan” dan Bahasa Inggeris sebagai “bahasa kemajuan”.

-Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sektor awam dan sektor swasta

manakala bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sektor swasta.

-Kini kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk

melaksanalkan dasar MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu dan

memperkasakan Bahasa Inggeris.

8

Page 8: Jelaskan Lima Isu Berkaitan Dengan Hubungan Etnik Di Malaysia Akibat Modenisasi Dalam Bidang Ekonomi

Rajah menunjukkan lima isu yang berkaitan dengan hubungan etnik akibat modenisasi dalam bidang ekonomi.

9

ISU-ISU EKONOMI

Globalisasi

Equality dan Equity

Dasar Ekonomi Baru

Pertumbuhan dan Agihan

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti