Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik

2
JELASKAN PERKAITAN DIANTARA SEMANTIK DAN LINGUISTIK Oleh Noryatimah Binti Ismail , Kelas BMM2/ppgjun 2011 Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat dalam sesuatu bahasa. Kata pula merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan konteks. Dengan kata lain, bidang makna atau semantik ini telah menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. R. H .Robbins (1952) menyatakan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang paling penting dalam ilmu linguistik am. Manakala, Firth (1944) turut menegaskan bahawa makna telah menjadi inti dalam kajian bahasa. Semantik juga merupakan salah satu bidang linguistik sama seperti morfologi dan sintaksis. Namun bergitu, semantik adalah berbeza dengan sintaksis kerana semantik mengkaji makna manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu misalnya, terdapat pelbagai jenis makna yang dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim ( perkataan yang mempunyai makna yang berlawan ) hiponim , hormonim, polisemi dan peribahasa. Linguistik ialah kajian bahasa secara santifik. Bahasa Melayu telah mempunyai makna yang sedia ada tetapi dengan penambahan makna melalui proses akronim,pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan telah memberi makna yang berbeza. Misalnya , makna kata ‘main’ berbeza daripada “permainan’ dan ‘pemain’ apabila diberi imbuhan. Manakala dalam proses penggandaan makna kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’. Ini jelas menunjukkan bagaimana ilmu semantik adalah sebahagian daripada linguistik Ilmu semantik juga dikatakan amat penting dalam tatabahasa kerana.kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumus tatabahasanya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantiknya. Contohnya: Baju kemeja tertidur di atas sofa

Transcript of Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik

Page 1: Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik

JELASKAN PERKAITAN DIANTARA SEMANTIK DAN LINGUISTIK

Oleh Noryatimah Binti Ismail , Kelas BMM2/ppgjun 2011

Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat dalam

sesuatu bahasa. Kata pula merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai

makna. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan

hubungannya dengan konteks. Dengan kata lain, bidang makna atau semantik ini

telah menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan

sempurna jika tidak ada unsur makna. R. H .Robbins (1952) menyatakan bahawa

kajian makna merupakan salah satu bahagian yang paling penting dalam ilmu

linguistik am. Manakala, Firth (1944) turut menegaskan bahawa makna telah

menjadi inti dalam kajian bahasa.

Semantik juga merupakan salah satu bidang linguistik sama seperti morfologi

dan sintaksis. Namun bergitu, semantik adalah berbeza dengan sintaksis kerana

semantik mengkaji makna manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu ayat.

Dalam bahasa Melayu misalnya, terdapat pelbagai jenis makna yang dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi

makna leksikal), antonim ( perkataan yang mempunyai makna yang berlawan )

hiponim , hormonim, polisemi dan peribahasa.

Linguistik ialah kajian bahasa secara santifik. Bahasa Melayu telah

mempunyai makna yang sedia ada tetapi dengan penambahan makna melalui

proses akronim,pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan telah memberi

makna yang berbeza. Misalnya , makna kata ‘main’ berbeza daripada “permainan’

dan ‘pemain’ apabila diberi imbuhan. Manakala dalam proses penggandaan makna

kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’. Ini jelas menunjukkan bagaimana ilmu

semantik adalah sebahagian daripada linguistik

Ilmu semantik juga dikatakan amat penting dalam tatabahasa kerana.kita

mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi

rumus tatabahasanya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantiknya. Contohnya:

Baju kemeja tertidur di atas sofa

Page 2: Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik

Contoh di atas menunjukkan bahawa ayat tersebut menepati aturan bahasa (

susunan subjek dan predik at) tetapi dari segi makna adalah tidak bertepatan. Oleh

itu, ini jelas menunjukkan kepentingan semantic dalam ilmu linguistik

Jika dikaitkan pula dengan sejarah linguistik. Ilmu semantik juga telah

mengalami perubahan makna mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan

sosial dalam masyarakat . Perubahan makna telah berlaku sama ada dari segi

perluasan makna atau penyempitan makna. Perluasan makna misalnya berlaku

apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki makna-makna yang

lain. Contohnya:

‘saudara’ – orang yang sama ayah dan ibu.

_ orang yang sama beragama Islam.

_ bentuk panggilan untuk orang yang baru

dikenali.

Justeru sejarah bahasa ini telah direkodkan dalam kamus bagi tujuan penggunaan

bahasa dan pengkaji bahasa.

Kesimpulannya sebagai penutur, pilihan kata perlulah sesuai dengan konteks dan

ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang

betul dalam perbualan. Kajian ini juga menjelaskan dari sudut linguistik iaitu makna

kata, frasa dan ayat ,masing-masing mempunyai makna yang berbeza dan melihat

bagaimana hubungan antara makna penutur dan makna ujaran yang dapa

tdiketahui dengan bantuan konteks pertuturaan yang diujarkan.