JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah...

6
1 JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan dibincangkan berkenaan dengan jenis haji dan permasalahannya. Pengertian Haji Menurut bahasa, Haji bermaksud kunjungan, manakala dari segi syara’ ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat yang khusus seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji. Sejarah Pensyariatan Haji dan Umrah Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji dan umrah adalah pada tahun 9 Hijrah. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Rasulullah SAW pada awal tahun 9 Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan: Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menyerahkan 1/5 daripada harta rampasan perang”. Riwayat al-Bukhari (7556) Justeru, sekiranya haji telah difardhukan sebelum tarikh tersebut, tentulah Baginda menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.

Transcript of JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah...

Page 1: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

1

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak

penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan

dibincangkan berkenaan dengan jenis haji dan permasalahannya.

Pengertian Haji

Menurut bahasa, Haji bermaksud kunjungan, manakala dari segi syara’ ialah

mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat yang

khusus seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji.

Sejarah Pensyariatan Haji dan Umrah

Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji dan umrah

adalah pada tahun 9 Hijrah. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

“Kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Rasulullah SAW pada awal tahun 9

Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan: Aku perintahkan

kamu beriman kepada Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan

Ramadhan dan menyerahkan 1/5 daripada harta rampasan perang”.

Riwayat al-Bukhari (7556)

Justeru, sekiranya haji telah difardhukan sebelum tarikh tersebut, tentulah Baginda

menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.

Page 2: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

2

Hukum Haji

Semua ulama’ bersepakat menyatakan bahawa haji adalah fardhu dan salah satu

daripada rukun Islam. Ini berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’:

Jenis Haji dan Permasalahannya

Dalam ruangan kali ini, akan dibincangkan jenis haji serta permasalahannya. Haji

terbahagi kepada tiga:

i. Haji Ifrad

ii. Haji Tamattu’

iii. Haji Qiran

Haji yang diniatkan secara umum atau mengikut niat seseorang juga akan kembali

kepada salah satu daripada tiga di atas.

Pertama: Haji Ifrad dan Perlaksanaannya

Maksud haji Ifrad ialah hanya mengerjakan haji sahaja dan selepas itu barulah

melakukan ibadah umrah. Cara Ifrad ini ialah seseorang itu berihram untuk

mengerjakan haji sahaja. Dia tidak akan mengerjakan ibadah umrah sehinggalah

selesai daripada mengerjakan hajinya. Cara ini dianggap paling afdhal mengikut

mazhab al-Syafie kerana masyaqqah yang dihadapi ketika berada dalam ihram begitu

panjang masanya.

Page 3: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

3

Kedua: Haji Tamattu’ dan Perlaksanaannya

Dari sudut bahasa, tamattu’ ini bererti mengambil faedah. Dari istilah syara’ pula:

i. mengikut ulama’ Hanafi ialah menghimpunkan di antara ihram umrah dan

pekerjaannya atau sebahagian besar daripada pekerjaan tersebut dengan ihram

haji dan pekerjaannya dalam bulan haji tanpa ilmam yang sahih dengan ahlinya.

ii. Mengikut mazhab al-Syafie Tamattu’ ialah dengan berihram mengerjakan umrah dalam

bulan haji. Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula

untuk mengerjakan ibadah haji yang berikutnya di Mekah.

Mengikut ulama’ Hanafi terdapat dua bentuk orang yang melakukan cara tamattu’ ini,

iaitu yang membawa binatang dam dan yang tidak membawanya. Bagi yang membawa

binatang dam, hukumnya adalah sama dengan orang yang melakukan haji secara qiran.

Apabila sampai ke Mekah dia hendaklah terus tawaf dan sa’i dan tidak bertahallul

selepas mengerjakan umrah ini tetapi terus berada dalam ihramnya sehingga berihram

haji pada Hari Tarwiyah. Pada Hari Nahar dia hendaklah menyembelih binatang dam

itu. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW dalam Hadith riwayat Jabir RA disebut sebelum ini

yang bermaksud: “Jika aku tahu apa yang berlaku masa depan seperti aku tahu yang

telah lepas, maka tentunya aku tidak akan membawa binatang dam ini dan aku

jadikannya umrah”.

Ini memberikan pengertian bahawa tahallul hanya perlu jika melakukan ihram umrah

sahaja serta tidak pula mempunyai binatang dam. Sekiranya tahallul itu harus walaupun

ada binatang dam ini tentunya Rasulullah SAW hanya akan mengatakan atau

menyebut: “Saya jadikannya umrah”, dan bertahallul. Jika seseorang melakukan haji

Page 4: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

4

secara tamattu’ itu mahu membawa binatang dam, maka dia boleh berihram dan

membawanya.

Ketiga: Haji Qiran dan Perlaksanaannya

Dari sudut bahasa, Qiran bererti mengumpul dua perkara. Dari istilah syara’ pula

menggabungkan antara ihram haji dan ihram umrah dalam satu perjalanan.

Ia berlaku dengan seseorang itu berniat untuk umrah dan haji sekaligus di miqat, sama

ada ia secara hakiki iaitu dengan niat yang merangkumi kedua ibadah tersebut,

ataupun secara hukmi seperti pendapat ulama’ Hanafi dengan cara berihram umrah

sahaja dahulu kemudian sebelum dia melakukan tawafnya separuh atau lebih, ia

berniat pula untuk melakukan haji. Bentuk ini tidak ada dalam pendapat ulama’ lain.

Bagi ulama’ Hanafi, dengan melakukan demikian, penggabungan itu telah terlaksana.

Ini kerana sebahagian besar daripada amalan bagi ibadah berkenaan telah ada. Bagi

ulama’ jumhur pula seorang itu sah melakukan qiran dengan cara sebaliknya, iaitu

berihram untuk ibadah haji dahulu kemudian menggabungkan umrah dengannya. Cara

ini dianggap makruh oleh ulama’ Hanafi.

Mengikut jumhur, jika hendak digabungkan haji kepada umrah, maka hendaklah

dilakukan sebelum seseorang itu memulakan tawaf umrahnya. Sekiranya pekerjaan

tawafnya telah bermula, walaupun selangkah maka tidak lagi harus digabungkan haji

dengannya.

Page 5: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

5

Permasalahannya

Dinyatakan di sini beberapa permasalahan fiqh berkenaan dengan ibadat haji:

Pertama: Bila seorang bakal haji mahu meninggalkan Mekah dia hendaklah tawaf di

Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Semasa melakukan tawaf ini, tarammul tidak perlu

dilakukan. Tawaf ini disebut juga sebagai Tawaf Wida’ atau Tawaf Sadr. Hukum tawaf

ini mengikut ulama’ jumhur, selain kalangan Maliki adalah wajib kecuali bagi ahli

Mekah.

Kedua: Jika seseorang wanita itu didatangi haidh semasa mahu berihram, maka dia

hendaklah mandi dan berihram. Jika kedatangan haidhnya selepas melakukan wuquf di

Arafah dan Tawaf Rukun, maka dia hendaklah terus meninggalkan Mekah. Dia tidak

dikenakan apa-apa disebabkan tidak melakukan Tawaf Wida’. Inilah pendapat

Dr.Wahbah al-Zuhaili.

Ketiga: Mengikut ulama’ Hanafi, sekiranya orang melakukan Haji Tamattu’ itu

membawa binatang dam, maka kedudukan haji yang dilakukan adalah sama dengan

Haji Qiran, sebagaimana yang telah dijelaskan. Dia tidak bertahallul seperti yang

dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara tamattu’, bahkan dia akan terus

berada dalam keadaan berihram sehinggalah ia menyembelih binatang dam pada Hari

Nahar.

Keempat: Mengikut pendapat jumhur ulama’, menyembelih binatang dam, sama ada

berupa kambing, lembu, unta, atau 1/7 daripada seekor unta wajib dilakukan pada Hari

Nahar dan di Mina selepas melakukan lontaran Jamrah Aqabah, iaitu pada hari raya

sebelum melakukan amalan bercukur. Alasan pendapat ini ialah, Rasulullah SAW sendiri

menyembelih binatang damnya dengan cara ini.

Page 6: JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYAbimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/...Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul, jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah

6

Ulama’ Syafie pula mengatakan, sebaiknya sembelihan ini hendaklah dilakukan pada

Hari Nahar kerana mengikut apa yang Rasulullah SAW lakukan di samping mengelakkan

daripada khilaf yang ada di kalangan ulama’.

Kelima: Menurut mazhab Syafie, ibadah haji yang disuruh oleh syara’ pada asalnya adalah

secara Ifrad. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi seseorang itu berihram secara

Tamattu’ atau Qiran dengan syarat dia hendaklah membayar fidyah, iaitu menyembelih seekor

kambing yang layak untuk sembelihan qurban. Jika kambing atau nilainya tidak diperolehi, dia

hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke tanah air.

Semoga kita mendapat haji yang mabrur dan melayakkan untuk menjadi hamba Allah

SWT yang mentaati dan mematuhi-Nya. Amin.

Penulis : Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakry

Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)