Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

25
KOLEJ MARA BANTING Kerja Kursus Pendidikan Islam SEM 1/2010 Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya Nama Pensyarah Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad Disediakan oleh Nama: Muhammad Hakim bin Mohd Shokri Kelas: M10E

Transcript of Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Page 1: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

KOLEJ MARA BANTING

Kerja Kursus

Pendidikan Islam

SEM 1/2010

Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya

Nama Pensyarah

Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad

Disediakan oleh

Nama: Muhammad Hakim bin Mohd Shokri

Kelas: M10E

No. Kad Pengenalan: 921127-14-5933

Page 2: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Pengenalan

lhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya, dapat juga folio ini disiapkan. Terima kasih kepada kedua-

dua ibu bapa saya yang telah membantu saya dengan memberi peluang

kepada saya untuk menerbitkan folio ini. Tidak lupa juga kepada Ustaz Jamir yang telah

memberi saya panduan dalam mencari tajuk dan skop yang sesuai untuk dibuat. Folio

yang bertajuk ‘Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya’ ini asalnya di buat dengan

tujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis hadis dan cara untuk membezakan hadis yang

boleh dipercayai dan yang kurang atau tidak boleh dipercayai. Hal ini adalah amat

penting untuk setiap orang Islam agar mereka dapat memelihara iman dan agama

mereka agar tidak menyeleweng daripada apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad

Rasulullah S.A.W. yang mana pada akhir zaman ini mana dipenuhi dengan fitnah. Jika

iman kita tidak dijaga, maka kita akan mudah diselubungi oleh fitnah-fitnah ini. Oleh itu,

mengenali hadis Nabi S.A.W. yang sebenar adalah amat penting kerana hadis

merupakan salah satu wasiat baginda kepada umat Islam yang perlu kita berpegang

teguh dengannya. Berdasarkan apa yang terkandung dalam folio ini, terdapat pelbagai

jenis hadis yang mungkin kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Antaranya hadis

Jayyid, Mauquf dan Mursal. Folio ini juga dapat memberikan ciri-ciri hadis sahih, hasan,

dhaif dan maudhu’ yang akan menjadi sanagt berguna sebagai panduan kita dalam

mengenal pasti jenis-jenis hadis. Oleh itu, saya amat berharap agar pembaca dapat

mendalami isi-isi yang terkandung dalam folio ini.

A

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Page 3: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Isi Kandungan

1. Pengenalan - 2

2. Pengertian hadis - 3

3. Jenis-jenis Hadis - 3

4. Cara Membezakan Hadis Sahih dan Hasan dengan Hadis Dhaif dan

Hadis Palsu - 9

5. Bibliografi - 17

6. Penutup - 18

Page 4: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Pengertian Hadis

Hadis ialah segala perkataan, perbuatan, ketetapan dan persetujuan dari Nabi

Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam.  Hadis

dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas. Hadis

merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an)1. Hadis juga berfungsi untuk

menjelaskan apa yang terkandung dalam al- Quran. Contohnya ayat yang bermaksud

“Dirikanlah solat” dijelaskan oleh Rasulullah melalui hadisnya tentang kaifiat dan cara

menunaikan solat)2.

Jenis-jenis Hadis

Berdasarkan pada kekuatan sesuatu hadis, hadis dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

1. Hadis maqbul atau hadis yang diterima

2. Hadis mardud atau hadis yang ditolak

Hadis maqbul pula terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Hadis Sahih

Hadis yang bersambung sanadnya dari mula hingga akhir dan tidak boleh

bertentangan dengan hadis yang mutawatir dan ayat-ayat Al-Quran)3 manakala

perawinya pula haruslah:

i. Baligh

ii. Berakal

iii. Sempurna hafalan

iv. Berlaku adil

v. Taat kepada perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan-perbuatan

yang mendatangkan dosa

2. Hadis Hasan

1 http://opi.110mb.com/haditsweb/pendahuluan/pengertian_hadits.htm2 Bantuan Studi Lengkap SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5, Amir Abdul Hameed, Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan

1999 – Al-Quran dan As-Sunnah, m/s 107

3nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

Page 5: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Hadis yang berhubung/bersambungan sanadnya dari mula hingga akhir dan

perawi-perawinya bersifat seperti Hadis Sahih tetapi mereka tidak mempunyai

ingatan yang kuat)4.

Hadis mardud pula terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Hadis Dhaif

Hadis dhaif ialah hadis yang kurang atau lebih syaratnya daripada hadis sahih

atau hasan. Hadis dhaif tidak digunakan oleh para ulama sebagai sumber

hukum)5.

2. Hadis Palsu

Sebenarnya hadis palsu tidak layak dipanggil hadis memandangkan hadis palsu

merupakan penyelewengan nyata yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak

tertentu)6.

Hadis Sahih

Hadis sahih terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Sahih Lizatihi merupakan hadis yang kuat dengan sendirinya tanpa sokongan

atau diperkuatkan dengan keterangan lain memandangkan hadis sahih lizatihi

sendiri sudah cukup kuat untuk digelar sebagai hadis sahih)7.

ii. Sahih Lighairihi merupakan hadis yang mencapai status hadis sahih kerana

diperkuatkan dengan keterangan lain. Contohnya: “Kalau tidak menyusahkan

umatku, maka akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak

menunaikan solat.” (H.R. Hasan)

4 5 6 7 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

Page 6: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Berdasarkan sanadnya, hadis tersebut merukan hadis hasan, tetapi kerana

diperkuatkan dengan riwayat Bukhari, maka hadis tersebut menjadi hadis sahih

lighairihi.

Hadis Hasan

Hadis hasan juga terbahagi kepada 2:

i. Hasan Lizatihi merupakan hadis yang dengan sendirinya menjadi hadis hasan

dan tidak diperkuatkan dengan keterangan lain untuk menjadi hadis hasan)8.

ii. Hasan Lighairihi merupakan hadis yang diperkuatkan dengan keterangan lain

untuk mencapai status hadis hasan. Contohnya, “Sembelihan bagi janin dalam

perut haiwan yang bunting, cukuplah dengan menyembelih ibunya sahaja.”

(Hadis Riwayat beberapa Imam, antara lain, Tirmizi, Hakim dan Darimi)

Jika dilihat daripada sanad Imam Darimi, Darimi meriwayatkan daripada Ishak

bin Ibrahim daripada Itab bin Basir daripada Ubaidillah bin Abu Ziyad daripada

Abu Zubair daripada Jabir daripada Rasulullah S.A.W. Nama yang di atas,

semuanya merupakan perawi yang baik, melainkan Ubaidillah bin Abu Ziyad

bukanlah seorang yang cukup bagus sebagai perawi9.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis hadis yang dikenali dangan nama lain:

i. Hadis Maudhu’

ii. Hadis Jayyid

iii. Hadis Mursal

iv. Hadis Mauquf

v. Hadis Mutawatir

vi. Hadis Masyhur

vii. Hadis Muttasil

viii. Hadis Mahfuz

ix. Hadis Muajwwad

x. Hadis Tsabit

8 9 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

Page 7: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

xi. Hadis Salih

xii. Hadis Mudha’af

xiii. Hadis Ahad

Hadis Maudhu’

Hadis yang diriwayatkan oleh sesetangah dengan mendustakannya dari Nabi saw pada

halnya nyata tidak. Hadis ini turut digelar Hadis Palsu yang mana periwayatannya

mengandungi motif-motif tertentu)10.

Berikut merupakan antara faktor pemalusan hadis berlaku:

i. Perbezaan politik

ii. Kaum yang berdasarkan kepercayaan

iii. Penyelewengan oleh pembidaah

iv. Penyelewengan oleh penglipur lara

v. Sebab-sebab peribadi

vi. Peribahasa yang ditukar menjadi hadis

Hadis Jayyid

Hadis yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli dan para penyelidik hadis)11.

Hadis Mursal

Hadis yang diriwayatkan oleh tabi’in dengan mangatakannya bahawa sesuatu hadis itu

diriwayatkan secara terus daripada Rasulullah S.A.W. padahal mana mungkin tabi’in

pernah bertemu dengan Nabi S.A.W. memandangkan tabi’in ialah orang yang tidak

pernah bertemu Nabi S.A.W.12

Hadis Mauquf

10

11 12 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

Page 8: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Perkataan dan perbuatan para Sahabat yang disampaikan sebagai nasihat. Contohnya,

kata-kata Saidina Umar al-Khattab, “Handaklah kamu sekalian mengerjakan perintah

Allah dan Rasulnya.” Hadis mauquf tidak boleh dijadikan dalil dalam agama)13.

Hadis Mutawatir

Hadis yang mempunyai banyak sanad dan tigak diragui langsung akan kesahihannya

memandangkan sesetengah hadis itu sanadnya terlalu banyak sehingga adalah

mustahil untuk perawi hadis seramai itu bersepakat untuk memalsukan hadis tersebut.

Hadis mutawatir juga selalunya jumlah sanadnya tidak diketahui, namun yang pasti

adalah sandnya sangat banyak seperti “Barangsiapa yang berdusta atas namaku

dengan sengaja, maka tempatnya adalah di neraka.” (H.R. Bukhari, Muslim, Ad-Darimi,

Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Hanifah, Tabrani, dan Hakim)14.

Menurut para ulama, hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih seratus orang Sahabat dan

mempunyai seratus sanad yang berlainan. Namun, jumlah hadis mutawatir tidak

banyak.

Hadis mutawatir juga terbahagi kepada 2:

i. Mutawatir Lafzi; perkataan Nabi

ii. Mutawatir; Amali; perbuatan Nabi

Hadis Masyhur

Hadis yang diriwayatkan oleh berbilang perawi hadis; sekurang-kurangnya 3 orang

ataupun mempunyai 3 sanad yang berlainan)15.

Contohnya, “Orang Islam ialah orang-orang yang tidak mengganggu orang Islam lain

dengan lidah dan tangannya.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

13 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

14 en.wikipedia.org/wiki/Hadith_terminology

15 elkhalil.multiply.com/journal

Page 9: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Sanad Bukhari, iaitu Bukhari daripada Adam, daripada Syubah, daripada Abdullah bin

Abu Safar, daripada As-Syabi, daripada Abdullah bin Amir,. daripada Nabi Muhammad

S.A.W. 

Sanad Muslim, iaitu Muslim daripada Sa'id, daripada Yahya, daripada Abu Burdah,

daripada Abu Musa, daripada Nabi Muhammad S.A.W. 

Sanad Tirmizi, iaitu Tirmizi daripada Qutaidah, daripada Al-Lais, daripada AI Qa'qa,

daripada Abu Salih, daripada Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W.

Hadis Muttasil

Hadis muttasil ialah hadis yang berhubung dan bersambung sanadnya dan setiap

perawi yang meriwayatkan hadis itu mendengar daripada orang yang meriwayatkan

hadis itu sendiri sehingga sampai kepada Nabi S.A.W. dan para Sahabat)16.

Hadis Mahfuz

Hadis yang terpelihara yang mana mereka yang meriwayatkan hadis tersebut, adalah

mereka yang mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan dengan kepercayaan

golongan lain)17. (tidak ada kepentingan peribadi).

Hadis Muwajjad

Merupakan nama lain bagi hadis sahih)18.

Hadis Tsabit

Merupakan nama lain bagi hadis hasan)19.

Hadis Salih

16 17 elkhalil.multiply.com/journal18 19 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

Page 10: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Hadis yang status kesahihannya setingkat di bawah hadis hasan, namun tidak terlalu

lemah. Contohnya, "Barang siapa yang menyembunyikan ilmu yang diketahuinya, maka

dia akan dikekang dengan api neraka pada hari kiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut

Tarmizi, hadis ini dikenali sebagai hadis salih)20.

Hadis Mudha’af

Hadis yang lemah matan dan sanadnya. Contohnya, "Asal setiap penyakit adalah

dingin." (H.R. Anas dengan sanad yang lemah))21.

Hadis Ahad

Hadis Ahad ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi

sahaja, khasnya ketika masih lagi di peringkat para Sahabat)22.

Ini berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan

oleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam

meriwayatkannya.

Cara Membezakan Hadis Sahih dan Hasan dengan Hadis Dhaif dan

Hadis Palsu

A. Hadis Sahih

Untuk mengenal pasti hadis sahih, terdapat bebrapa kriteria yang perlu diambil kira:

i. Menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul Fikar, yang dimaksud dengan

hadits shahih adalah adalah “Hadis yang dinukil (diriwayatkan) oleh rawi yang

adil, sempurna ingatan, sanadnya bersambung-sambung, tidak ber’illat dan tidak

janggal.”)23

o Rawi yang adil bermaksud seorang perawi yang taat, sentiasa menjauhi

kemungkaran, dosa-dosa kecil dan perkara-perkara yang boleh

20 21 22 23 mforum.cari.com.my › ... › Al Qur'an, Hadis & Sunnah

Page 11: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

merosakkan iman serta tidak mengikuti mana-mana mazhab yang

bertentangan dengan syarak)24.

o Sempurna ingatan bermaksud seorang perawi haruslah mengingati lebih

daripada lupanya, kebenaran lebih daripada kebatilannya dan memahami

maksud dan makna apa yang diriwayatkannya)25.

o Sanadnya bersambung-sambung bermaksud sanad yang tidak

digugurkan dan sanad seseorang perawi itu dapat bertemu atau

menerima secara terus dengan Rasulullah S.A.W)26.

o Tidak ber’illat bermaksud kesamaran yang dapat meragui kesahihan

sesuatu hadis)27.

o Tidak janggal bermaksud tidak ada pertentangan antar hadis yang

diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadis yang diriwayatkan oleh

seorang perawi yang lebih baik daripadanya)28.

ii. Dalam kitab Muqaddimah At-Thariqah Al-Muhammadiyah disebutkan bahawa

definisi hadits sahih itu adalah Hadis yang lafaznya selamat dari keburukan

susunan dan maknanya tidak bertentangan dengan ayat al-Quran)29.

o Dengan ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa hadis yang sahih mestilah

tidak berterabur aturan dan susunannya dan tidak menyimpang daripada

apa yang terkandung dalam al-Quran)30.

B. Hadis Hasan

Untuk mengenal pasti hadis Hasan kriteria sepert di bawah mestilah dipenuhi:

i. Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul Fikar berkenaan definisi hadis Hasan ialah

hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil, yang kurang kuat ingatannya,

yang muttasil (bersambung-sambung sanadnya), yang musnad jalan datangnya

sampai kepada nabi SAW dan yang tidak cacat dan tidak punya keganjilan.

24 25 26 27 28 29 30 mforum.cari.com.my › ... › Al Qur'an, Hadis & Sunnah

Page 12: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

o Melihatkan definisi hadis hasan di atas, ia menyerupai hadis sahih kecuali

yang mana perawinya seorang yang tidak kuat ingatan sekali gus

menjadikan sesuatu hadis itu hadis hasan.

ii. At-Tirmizy dalam Al-Ilal menyebutkan tentang pengertian hadis hasan yang

merupakan Hadis yang tidak ada ‘illat dan syuadzudz dan dari orang yang

tertuduh dusta dan diriwayatkan seperti itu dalam banyak jalan)31.

iii. Al-Khattabi menyebutkan tentang pengertian hadits hasan Hadits yang mana

terkenal makhrajnya dan dikenal para perawinya)32.

o Maksud makhraj di atas ialah tempat seseorang perawi itu meriwayatkan

hadis itu dikenali seperti Qatadah di Basrah, dan Atha’ di Makkah.

C. Hadis Dhaif

Hadis dhaif ialah hadis yang kurang satu atau lebih syarat hadis Sahih atau Hasan.

Hadis ini ditolak oleh para ulama sebagai sumber rujukan hukum atas beberapa sebab:

i. Kelemahan Perawi

o Dusta (Hadis Maudlu’)

o Tertuduh dusta (hadis Matruk)

o Fasik, banyak salah lengah dalam menghafal

o Banyak prasangka

o Manyalahi riwayat orang yang lebih dipercayai

o Tidak diketahui identitinya (Hadis Mubham)

o Penganut Bida’ah (Hadis Mardud)

o Tidak baik hafalannya (Hadis Syadz dan Mukhtalith)

ii. Sanadnya Tidak Bersambung

o Jika sanad pertamanya digugurkan, ia disebut hadis mu’allaq

o Jika sanad terakhirnya digugurkan (sahabat), ia disebut hadis mursal

31 32 mforum.cari.com.my › ... › Al Qur'an, Hadis & Sunnah

Page 13: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

o Jika 2 sanad atau lebih digugurkan secara berturut-turut, ia disebut hadis

mu’dlal

o Jika tidak berturut-turut, ia disebut hadis munqathi

iii. Matan (Isi kandungan) yang Bermasalah)33

o Hadis yang dianggap dhaif berdasarkan matannya digelar hadis mauquf

dan hadis maqthu’

o Hadis dhaif tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu, Cuma statusnya

sangat diragui sama ada ia sebuah hadis atau tidak.

o Mengikut para ulama

D. Hadis Palsu (Hadis Maudhu’)

o Hadis palsu merupakan pendustaan yang dilakukan seseorang dengan

menggunakan Nabi S.A.W.)34

o Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah

menyandarkan sesuatu perkataan,, perbuatan, atau pengakuan kepada

Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan

dengannya.)35

o Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah

hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa

oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq

iaitu palsu, atau rekaan. Maka definisi hadis palsu ialah: “Hadis yang

disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan

dengan Nabi s.a.w.” (sumber: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-

Hadis, m/s 301, cetakan: Darul Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).)36

o Antara ciri-ciri hadis maudhu` ialah terdapatnya lafaz Humaira’ seperti

yang tersebut di dalam riwayat ini:

“Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’. ”

33 34 35 elkhalil.multiply.com/journal36 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Page 14: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Al-Mizzi berkata: Setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ iaitu

adalah hadis maudhu` kecuali sebuah hadis dalam al-Nasa’i. (al-Masnu`

hal. 212)

o Pengakuan dari mereka yang memalsukan hadis tersebut. Sebagai

contohnya ketika Ibnu Abi Al-Auja’ ditangkap dan hendak dipenggal

lehernya dia telah berkata: “Aku telah membuat di antara kamu empat ribu

Hadis yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.”)37

o Terdapat petunjuk atau bukti bahawa perawi merupakan seorang

pendusta dan hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh perawi lain. Sebagai

contohnya perawi dari kalangan pengikut Syi’ah al-Rafidhah seperti Abu

Mikhnaf.)38

o Perawi hadis tersebut berdusta bahawa dia telah mengambil riwayat

daripada seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Hal ini boleh diketahui

melalui tarikh lahir dan wafat seseorang perawi mahupun tempatnya

bermukim. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar

hadis daripada Hisyam bin ‘Amman abang kepada Ibnu Hibban, maka

Ibnu Hibban bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun

menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibnu Hibban berkata:

“Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.” Dari sini dapat diketahui

bahawa Ma’mun sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Hisyam.)39

o Apabila seorang perawi itu mengaku bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan

sesuatu perkara di hadapan para sahabat yang lain, tetapi mereka

bersepakat untuk menyembunyikan perkara tersebut dan tidak

menyebarkannya. Sebagai contohnya hadis palsu ini: “Sesugguhnya

37 38 39 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Page 15: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Rasulullah s.a.w. meraih tangan ‘Ali bin Abi Thalib r.a di hadapan seluruh

sahabat. Mereka baru sahaja tiba dari melaksanakan haji wada’.

Kemudian Nabi (membuat ‘Ali) berdiri ditengah-tengah mereka sehingga

dapat dilihat oleh orang ramai. Kemudian baginda bersabda: “Ini adalah

waashiku (orang yang menerima wasiat) dan saudaraku serta khalifah

(orang yang menggantikan) setelah aku. Maka dengarkanlah oleh kamu

semua (perkataannya) dan taatilah (perintahnya).”)40

o Hadis yang bertentangan dengan ayat al-Qur’an sebagai contohnya:

“Anak Zina tidak akan masuk ke syurga sampai tujuh keturunan” yang

bercanggah dengan firman Allah S.W.T.: “Dan tiadalah (kejahatan) yang

diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang

menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan

memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” Al-

An’aam (6 : 164))41

o Hadis yang bertentangan dengan logik akal contohnya: “Bahawasanya

bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka

apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu

hampar itu.” Termasuk dalam kategori ini adalah hadis-hadis khasiat dan

fadhilat sesuatu jenis makanan terhadap kesihatan manusia namun ianya

ternyata bercanggah dengan ilmu perubatan seperti hadis palsu ini: “Buah

terung itu adalah penawar bagi segala penyakit.”)42

o Hadis yang susunan katanya dan gaya bahasanya tidak mencerminkan

ianya keluar dari mulut seorang Nabi yang mana Allah s.w.t. telah

berfirman)43

40 41 42 43 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Page 16: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

“Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama

Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang

diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah

wahyu yang diwahyukan kepadanya.” An-Najm (53:3-4))44

Misalnya hadis palsu ini: “Melihat wajah yang tampan itu boleh

mempertajamkan pandangan mata.”

o Matan hadis yang mencemari sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dari

sebarang bentuk kecacatan dan tidak menyerupai makhluknya seperti

hadis palsu ini: “Bahawasanya Allah s.w.t. menciptakan kuda lalu

dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Dia menciptakan dirinya dari

kuda itu.” Termasuk dalam konteks ini adalah hadis yang menceritakan

tentang perbuatan Allah s.w.t. secara tidak benar seperti: “Sesungguhnya

Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ‘Asyuraa.”)45

o Hadis yang menerangkan pahala yang sangat besar untuk sesuatu

kebajikan yang sangat kecil. Sebagai contohnya: “Sesuap makanan yang

diberikan kepada orang lapar lebih utama dari membina seribu jamek

(masjid).”)46

o Hadis yang menunjukkan amal ibadah yang melampau serta

menyusahkan seperti solat tanpa henti semalaman dan memilki jumlah

rakaat ratusan bahkan mencecah ribuan seperti solat al-Raghaaib pada

hari Jumaat yang pertama dalam bulan Rejab, zikir-zikir yang mencecah

ribuan kali dan dilakukan pula tidak sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w.

seperti berteriak serta menari-nari)47. Sebagai contohnya: “Jangan kalian

melalaikan Jumaat pertama pada bulan Rejab kerana sesungguhnya

44 45 46 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html47 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Page 17: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Jumaat pertama pada bulan Rejab adalah malam yang dinamakan

malaikat dengan malam Raghaaib.”

o Hadis yang menunjukkan sifat perkauman serta mencela kaum yang lain

seperti: “Rasulullah melihat makanan, lantas baginda bersabda: “Milik

siapa ini?” Al-Abbas berkata: “Milik orang-orang Habsyah, (makanan) milik

mereka.” Rasulullah bersabda: “Jangan kamu lakukan (berikan),

Sesungguhnya mereka jika lapar akan mencuri dan jika kenyang akan

berzina.”)48

o Hadis yang menerangkan dosa dan seksaan yang sangat besar atas

kesalahan yang kecil. Umpamanya: “Barangsiapa memakan bawang putih

pada malam Jumaat, maka hendaklah dia masuk Neraka selama tujuh

puluh tahun.”)49

Hadis tersebut jelas sangat melampau dan keterlaluan dan tidak masuk

akal sehinggakan kita dapat mengenal pasti bahawa hadis tersebut palsu

dengan hanya membacanya sahaja.

48 49 http://akob73.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-dan-asal-usul-hadis-palsu.html

Page 18: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Bibliografi

1. http://indrayogi.multiply.com/reviews/item/170

2. ms.wikipedia.org/wiki/Hadis 

3. en.wikipedia.org/wiki/Hadith

4. en.wikipedia.org/wiki/Hadith_terminology

5. mforum.cari.com.my › ... › Al Qur'an, Hadis & Sunnah

6. elkhalil.multiply.com/journal

7. http://drmaza.blogspot.com/2007/07/hadis-palsu-rejab-syaaban.html

8. nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

9. http://opi.110mb.com/haditsweb/pendahuluan/pengertian_hadits.htm

10. http://mufdil.wordpress.com/2009/08/03/sejarah-dan-jenis-jenis-hadis/

11. Bantuan Studi Lengkap SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5, Amir Abdul

Hameed, Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan 1999 – Al-Quran dan As-Sunnah,

Page 19: Jenis-Jenis Hadis Dan Cara Membezakannya

Penutup

Dengan ini, diharap agar apa yang terkandung dalam folio ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pembaca. Sesungguhnya hadis tinggalan nabi

S.A.W. merupakan panduan utama kita dalam hidup selepas al-Quran. Jika panduan

kita sendiri kita susah hendak menganalinya maka sudah pasti kita akan mudah untuk

terikut-ikut panduan yang salah secara tidak langsung membabitkan kita dalam ajaran-

ajaran yang menyimpang daripada ajaran Rasulullah S.A.W. Sebagai tambahan, untuk

lebih mudah mengenal pasti bahawa sesuatu hadis itu sahih atau tidak, rujuk sahajalah

hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang menulis kitab Sahih al- Bukhari dan

Imam Muslim yang telah menulis kitab Imam Muslim yang ditauliahkan sebagai kitab

yang kedua dan ketiga yang paling sahih di atas muka bumi ini selepas al-Quran.

Justeru, saya berharap agar para pembaca dapat beramal menyampaikan segala ilmu

yang diperolehi dengan membaca folio ini. Sekian, itu sahaja daripada saya, Terima

kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.