Jenis Karangan Deduktif Dan Induktif

2
Jenis-Jenis Perenggan Isi 1) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF 2) PERENGGAN JENIS INDUKTIF 3) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF+INDUKTIF Contoh Perenggan Deduktif Dalam usaha melahirkan masyarakat yang menyayangi tanah air, generasi kini perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program dan pelbagai kempen yang bertemakan nilai patritisme agar generasi muda dapat mengenali negara Malaysia dengan lebih mendalam. Isi Mereka mesti menyokong apa-apa aktiviti malah giat menyertai program dan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan pada peringkat kebangsaan. Huraian Sebagai contoh,kempen Gerakan Cintailah Tanah Air yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 29 Disember 1998. Contoh Contoh Perenggan Induktif Ambang 2011, kita telah dikejutkan dengan statistik 5 kes pembuangan bayi dilaporkan di negara kita. Contoh Bayangkan betapa tergamaknya seorang ibu membuang bayi tanpa sedetik pun rasa peri kemanusiaan. Sedangkan binatang menyayangi anaknya, apatah lagi kita manusia. Tepatlah ungkapan yang berbunyi “dalam masyarakat haiwan, tiada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, banyak haiwan berkeliaran” Huraian Hakikatnya, ketandusan nilai kasih sayang

description

deduktif n induktif

Transcript of Jenis Karangan Deduktif Dan Induktif

Jenis-Jenis Perenggan Isi1) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF2) PERENGGAN JENIS INDUKTIF3) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF+INDUKTIF

Contoh Perenggan Deduktif

Dalam usaha melahirkan masyarakat yang menyayangi tanah air, generasi kini perlumengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program dan pelbagai kempen yang bertemakan nilai patritismeagar generasi muda dapat mengenali negara Malaysia dengan lebih mendalam.Isi

Mereka mesti menyokong apa-apa aktiviti malah giat menyertai program dan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan pada peringkat kebangsaan.Huraian

Sebagai contoh,kempen Gerakan Cintailah Tanah Air yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 29 Disember 1998.Contoh

Contoh Perenggan Induktif

Ambang 2011, kita telah dikejutkan dengan statistik 5 kes pembuangan bayi dilaporkan di negara kita.Contoh

Bayangkan betapa tergamaknya seorang ibu membuang bayi tanpa sedetik pun rasa peri kemanusiaan. Sedangkan binatang menyayangi anaknya, apatah lagi kita manusia. Tepatlah ungkapan yang berbunyi dalam masyarakat haiwan, tiada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, banyak haiwan berkeliaran Huraian

Hakikatnya,ketandusan nilai kasih sayang dalam jiwa insanimerupakan faktor dominan yang menyumbang kepada jenayah pembuangan bayi ini. Isi(kesimpulan)

Contoh Perenggan Gabungan Deduktif + Induktif

Banyak faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan.Antaranya termasuklahmatlamat dan jati diri yang tinggi.Andainya faktor tersebut gagal dikelolakan dalam kehidupan seseorang, maka sudah pastilah kehidupan akan terumbang-ambing.Isi

Oleh yang demikian, untuk memastikan kejayaan menjadi kenyataan, pegangan hidup harus disematkan di lubuk hati.Huraian

Ibnu Qaiyum Al-Jauzy iaitu ulama Islam tersohor pernah menyatakan bahawa ujian terbesar terhadap seseorang terletak pada matlamat dan cita-cita yang tinggi.Contoh

Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan terletak pada matlamat hidup seseorang.Jika seseorang itu berjaya mencapai matlamatnya tanpa menggugat jati dirinya, maka sudah pastilah dia akan berjaya dalam kehidupannya.Kesimpulan