JENIS UJIAN

36

description

DI BAWAH TAJUK PENTAKSIRAN

Transcript of JENIS UJIAN

JENIS ITEM/UJIANITEM/UJIAN SUBJEKTIF

ITEM/UJIAN OBJEKTIF

UJIAN/ITEM SUBJEKTIF• Item yang membenarkan subjektiviti dalam

respons yang diberikan dan pemberian skor berdasarkan skema pemarkahan

• Item ini digunakan dalam ujian esei untuk mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki

• Pelajar berfikir secara kreatif dan kritis

JENIS-JENIS UJIAN SUBJEKTIFESEI

A. TerbukaBentuk ini memberi kebebasan yang luas kepada calon. Mereka diberi tajuk dan dikehendaki supaya mengutip isi-isi dan idea daripada pengetahuan sendiri, menyususn isi-isi dan idea itu dan menuliskannya.

Contoh :

Baru-baru ini anda telah menyertai Kem Bestari Solat di sekolah anda. Tulis suasana kem tersebut dan pengalaman anda itu.

Huraikan ………

B. TerhadUjian ini terhad dari segi bentuk dan bidang. Ia juga menentukan bagaimana calon dikehendaki menjawab soalan.

Contoh :Senaraikan tiga alat untuk beristinja’Terangkan dua kebaikan menziarahi orang sakit?

C. Berkembang.Bentuk ini memerlukan calon memperluaskan dan memperkembangkan isi dan idea yang diberi.

Contoh : Satu tajuk karangan yang mengandungi pendahuluan dan penutup sahaja. Calon dikehendaki mengarang tajuk berdasarkan pendahuluan dan penutup yang diberi.

D. BerpanduUjian jenis ini biasanya menggunakan rangsangan-rangsangan seperti gambar,peta, carta, isi-isi dsb. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan rangsangan yang disediakan.

E. BerstrukturUjian jenis ini merupakan satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu proses yang dikemukakan satu persatu.Jawapan bagi soalan ini merupakan keseluruhan proses tersebut.

Contoh : Surah al-Kafirun

a) Dimanakah ayat di atas diturunkan?(1 m)

b) Berikan dua pengajaran dari ayat di atas?(4 m)

ITEM JAWAPAN PENDEKItem ini tergolong dalam item jawapan

terhad. Ia digunakan untuk menyoal satu masalah yang spesifik dan calon dikehendaki mengingat kembali maklumat yang betul, susun mengikut peraturan, terbitkan satu keputusan yang wajar dan huraikan dalam batasan masalah yang dibincangkan.

Contoh :a) Nyatakan dua jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci?i) …………………………………………………ii) ………………………………………………..

CADANGAN BAGI PENULISAN SOALAN ESEISoalan hendaklah jelas dari segi tugasan dan

perkataan

Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin.

Jauhkan soalan yang memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’

Soalan hendaklah berkemampuan membezakan calon lemah, sederhana dan cemerlang.

Perbendaharan kata dan konsep di dalam tajuk hendaklah sesuai dengan sebilangan besar daripada calon

Soalan hendaklah dengan sendirinya menyatakan ‘prinsip susunan jawapan’ esei itu.

Soalan jangan sekali mempunyai unsur yang menyinggung perasaan calon atau pemeriksa

UJIAN/ITEM OBJEKTIFUjian objektif tidak memerlukan jawapan

yang panjang. Calon tidak diberi kebebasan menjawab sesukanya. Jawapan telah ada bersama-sama dengan soalan dan calon perlu memilih mana-mana satu jawapan sahaja.

JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIFA. Salah – Betul

Contoh :Salah

Betula. Solat Jumaat hukumnya

wajib bagi orang lelaki.

B. Melengkapkan

Contoh :

a. Nabi Muhammad saw dilahirkan di………….

C. Memadankan

Contoh :

Jibril meniup sangkakala

Israfil menyampaikan wahyu

D. Anika Pilihan

1. jawapan yang terbaik sekaliContoh : Apakah tujuan utama Nabi Muhammad saw diutuskan dimuka bumi ini?A. B.C.D.

2. jawapan yang betul

Contoh :Siapakah sahabat yang bersama Baginda saw bersembunyi di Gua Hira’?A. B.C.D.

3. Negatif

Contoh : Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR mengenai ……

A.B.C.D.

4. Melengkapkan

Contoh : Ulul azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para Nabi yang

A.B.C.D.

5. Melengkapkan Anika GabunganContoh : soalan

I. II.III. IV.

A. I, II dan III sahajaB.C.D.

BENTUK PENILAIAN TULISAN LISAN PEMERHATIAN

Penilaian Secara Pemerhatian Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-

aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

sikap.perlakuan/amalan.Amali.kemahiran manipulatif.kemahiran bersosial.kemahiran belajar.kemahiran kinestetik.kemahiran literasi komputer.kemahiran mereka cipta. 

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

 

Penilaian Secara Lisan

Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku

interaksi antara:murid dengan guru.murid dengan murid.murid dengan bahan pembelajaran.

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

kefahaman konsep.pengetahuan fakta.kecekapan mendengar.penggunaan bahasa yang tepat.kefasihan menghafaz.sebutan dalam berbahasa.kecekapan mencongak.gaya persembahan.pertuturan dan sikap.

Instrumen Penilaian LisanKemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti

seperti yang berikut:bacaan kuat.Syarahan.Perbahasan.Bercerita.Perbincangan.Hafazan. temu bual.soal jawab.Nyanyian.deklamasi sajak.mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :mengesan kemajuan dan pencapaian murid

dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.

mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

mengesan kelancaran dalam sebutan.mengesan amalan dan sikap murid secara

serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.

aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian Secara Penulisan

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

karangan.laporan projek/kerja kursus/folio.latihan dan ujian bertulis.huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau

carta.

Instrumen Penilaian PenulisanInstrumen Penilaian Penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

kemahiran menulis.menyusun idea.penggunaan tanda baca.perbendaharaan kata.Mengaplikasi.Mentafsir.Menilai.

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:

soalan menepati kemahiran yang akan diuji.bahasa yang digunakan jelas dan mudah

difahami.bilangan soalan sesuai dengan masa yang

diperuntukkan.aras kesukaran soalan dipelbagaikan.skema pemarkahan disediakan.