jepun

download jepun

of 12

description

tamadun awal manusia

Transcript of jepun

PEMBINAAN, PERKEMBANGAN, DAN PEMANTAPAN TAMADUN JEPUN SEHINGGA 1912

Pembaharuan Taika dan Kod Taiho

Dalam proses pembentukan tamadun Jepun ini, kematian Shotoku Taishi pada tahun 621 M tidak memutuskan hubungan antaraJepun dengan negara China secara langsung dan tidak secara langsung melalui Korea. Utusan-utusan ke negara China membawa idea-idea dan ilmu pengetahuan Cina balik ke negara Jepun. Selain melalui saluran diplomatik, Jepun telah mengirim sejumlah besar pelajarnya ke China dan pelajar-pelajar ini memainkan peranan penting membawa masuk mengenai ilmu sains dan kesusasteraan. Pada tahun 645 M berlaku suatu rampasan kuasa yang dipimpin oleh sekumpulan pelajar yang kembali dari negara China dan mereka memperkenalkan beberapa perubahan yang dikenali sebagai Pembaharuan Taika. Pembaharuan Taika merangkumi sistem politik dan pentadbiran, kebudayaan dan pelajaran, dan ia mempercepat pengaliran masuk idea-idea, pemikiran dan nilai-nilai moral agama Buddha dan Konfucius ke negara Jepun. Antara pembaharuan terpenting ialah pengenalan struktur kerajaan yang sistematik iaitu sistem pentadbiran pusat berasaskan sistem kerajaan Tang di negara China. Pada kurun ke-8, terdirinya sebuah ibu kota mengikut contoh Chang-an di China iaitu Kota Nara.

Pada tahun 702 M, diperkenalkan Kod Taiho (Taihoryo) dan melaluinya struktur kerajaan telah dikaji semula. Berdasarkan sistem baru ini, Kerajaan Pusat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Jabatan Pemujaan ffingi-kan) dan Jabatan Negara (Dajo-kan). Jabatan Pemujaan lebih penting berbanding dengan Jabatan Negara. Menurut kod ini, negara Jepun dibahagikan mengikut wilayah (kuni) dan setiap wilayah ditadbir oleh gabenor (kami) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (Gun atau Kori) dan ditadbir oleh gabenor-gabenor daerah (Gunshi). Bilangan wilayah semakin meningkat apabila tanah-tanah baru diterokai dan dimajukan. Menjelang kurun ke-8, terdapat sejumlah 66 buah wilayah yang mengandungi 592 daerah. Pegawai- pegawai di peringkat wilayah dan daerah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kestabilan; mengutip cukai dan mengambil tenaga buruh untuk kerja wajib. Daftar penduduk dan peruntukan tanah dikekalkan. Sistem baru yang diperkenalkan ini merupakan pengaruh dari kebudayaan Cina terutama struktur kerajaan dinasti Tang.

Pembaharuan Taika dan Kod Taiho telah membina asas dan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih sistematik (lengkap) dan teratur.

Di samping itu dari segi pencapaian, kemunculan aristokrasi yang memainkan peranan penting dalam struktur Kerajaan di Yamato. Kelas aristokrat ini kemudiannya, memainkan peranan penting (dominan) dalam sejarah perkembangan politik Jepun sejak kurun ke-8 sehingga kurun ke-12 Masihi.

Zaman Nara (710-784 M)

Dalam adat resam keluarga diraja Jepun, Maharaja atau Maharani yang menaiki takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu negara (pusat kerajaan) dan ini merupakan suatu tradisi penting. Tradisi ini tidak diikuti oleh Maharani Gemmyo apabila pada tahun 710 M beliau mendirikan ibu negara yang tetap di Nara dan diikuti hampir keseluruhannya oleh pemerintah-pemerintah terkemudian. Nara merupakan pusat pentadbiran, pusat agama Buddha dan perkembangan keseniaan dan terletak di bawah pengaruh keluarga Fujiwara.

Berdasarkan peranan sebagai pusat agama Buddha, ia berhubungkait dengan aspek politik, kesenian, seni tulis dan kesusasteraan. Di bidang politik, wujud cubaan untuk mempengaruhi politik dari kalangan sami Buddha terhadap keluarga diraja Jepun tetapi dapat dihalang dan dikawal sepenuhnya. Pada waktu ini diperkenalkan penciptaan Daibutsu (patung Buddha) yang terkenal. Selaras dengan perkembangan agama Buddha, banyak kuil Buddha dibina dan termasuklah Horyuji, iaitu sebuah kuil terawal yang kesemuanya merupakan binaan kayu tertua di dunia. Istana keluarga diraja serta kerabat dan golongan bangsawan terutama kerabat Fujiwara mengadakan upacara-upacara agama Buddha yang penting. Dalam konteks ini, ramai Maharaja Jepun yang telah bersara menjadi sami-sami Buddha. Di Nara, agama Buddha dikatakan menikmati lebih banyak sokongan daripada Shintoisme. Kemasukan agama Buddha ke Jepun disertai oleh kesenian-kesenian dari negara China yang lain. Dalam bidang seni tulis dan kesusasteraan, orang Jepun sudah biasa dengan tulisan Cina tetapi pada zaman Nara orang Jepun buat pertama kalinya telah berjaya menghasilkan kesusasteraan mereka menggunakan bahasa Cina. Karya sastera yang dihasilkan berbentuk penulisan sejarah (historiografi) dan antara yang terpenting ialah Nihonshoki (Nihongi) yang disusun dalam bahasa Cina pada tahun 720 M.

Berdasarkan kepada penulisan sejarah, Zaman Nara merupakan zaman yang menandakan kemuncak peminjaman kebudayaan dari negara China.

Zaman Heian (794-1185 M)

Pada tahun 794 M, Maharaja Kammu telah mendirikan ibu negara baru di Heian- Kyo (Kyoto) dan menjadi pusat kerajaan diraja selama hampir 1,100 tahun iaitu sehingga era pemerintahan Meiji. Selepas pemindahan ibu negara ini, keluarga Fujiwara semakin berkuasa terutama di antara tahun 866 sehingga 1,160 dan zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Fujiwara. Keluarga Fujiwara mulai memonopoli jawatan-jawatan Pemangku Raja (Sessho) dan Pengarah-pengarah Awam (Kampaku), dan perlantikan jawatan Perdana Menteri merupakan hak turun-temurun. Pemangku Raja Fujiwara yang paling berkuasa dan terkenal ialah Michinaga yang menguasai sepenuhnya kerajaan diraja di antara tahun 996-1017 M. Kedudukan pengaruh keluarga Fujiwara semakin meningkat serta berjaya mengekalkan kuasa-kuasa mereka sepenuhnya sehingga kemudiannya kuasa mereka dilemahkan oleh golongan tentera atau perwira (samurai).

Dalam Zaman Heian, berlaku pembaharuan-pembaharuan yang mencorakkan pembentukan tamadun Jepun sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau kebudayaan. Dalam bidang politik, muncul kelas aristokrat yang dikuasai keluarga Fujiwara. Mereka menguasai dan memiliki sejumlah besar tanah yang diperolehi sebagai hadiah kerana perkhidmatan mereka. Manakala biara atau kuil Buddha yang berkuasa juga memiliki sejumlah besar tanah. Golongan aristokrat di peringkat wilayah memiliki hubungan istimewa dengan aristokrat di peringkat pusat (Kyoto) atau biara-biara yang berpengaruh, terutama untuk melindungi daripada pemungut-pemungut cukai kerajaan pusat. Dalam bidang ekonomi, golongan aristokrat semakin meningkat kekayaan dan hasil kerajaan pusat semakin merosot yang dalam jangka masa panjang menyumbang kepada kemerosotan kuasa dan pengaruh pemerintah.

Dalam bidang kebudayaan, hubungan antara Jepun dengan China tidaklah berbentuk peminjaman sebaliknya unsur-unsur pinjaman dengan unsur-unsur Jepun. Mereka berusaha untuk mencapai kematangan intelektual dan tidak lagi pinjam-meminjam atau bergantung kepada kebudayaan Cina. Pada tahun 960 M, Jepun mengambil keputusan menamatkan hubungan rasmi dengan China dan perkembangan kebudayaan diberikan suatu imej yang baru. Pada waktu ini, berlaku perkembangan senarai tulisan Jepun atau Kana. Kana dibahagikan kepada dua iaitu hiragana iaitu sesuatu huruf adalah dalam bentuk berangkal atau bergaya dan satu lagi ialah katakana. Sistem Kana telah member! rangsangan kepada perkembangan puisi (waka), prosa dan kegiatan kesusasteraan dalam bahasa Jepun. Antara hasil kesusasteraan yang luar biasa ketika itu ialah sebuah novel berjudul The Tale of Genji karya Lady Murasaki. Kurun ke-10 dan ke-11 merupakan zaman keemasan bagi perkembangan prosa Jepun. Kesenian dan pertukangan iaitu lukisan, ukiran, seni bina dan lain-lain menunjukkan ciri-ciri Jepun. Keluarga Fujiwara memainkan peranan penting dalam perkembangan kesenian kerana mereka merupakan penaung. Manakala dalam bidang keagamaan, agama Buddha Tendai dan mazhab Buddha dikenali sebagai Shingon telah diperkenalkan oleh Saicho dan Kukai.

Pada Zaman Heian, perubahan, pembaharuan dan pencapaian- pencapaian memberikan kesan positif terhadap pembentukan kebudayaan tamadun Jepun. Perkembangan ini memperlihatkan unsur-unsur atau ciri-ciri Jepun yang lebih jelas berbanding sebelum ini, seolah-olah dibayangi oleh unsur- unsur tamadun Cina. Menjelang akhir kurun ke-11, keluarga Fujiwara tidak lagi menonjolkan pemimpin-pemimpin yang berkeupayaan dan berkaliber. Sebaliknya, muncul dua keluarga penting vang begitu berpengaruh iaitu Minamoto dan Taira yang terdiri daripada golongan Tentera atau perwira dan menuntut hak keturunan mereka daripada keluarga diraja. Dalam persaingan dan pertelingkahan antara dua keluarga mi. ke.uarga Minamoto memenangi persaingan ini dan mereka kemudiannya mengsaasKan Kesyogunan Kamakura.

Zaman Kamakura (1185-1331 M)

Kemuncak kepada persaingan dan pertelingkahan antara Keluarga Taira dengan keluarga Minamoto ialah peperangan vang meie:ui paaa tahun 11SC hmgga 1185M. Dalam peperangan tersebut. keluarga Mmamoto memenangi peperangan ini dan pemimpinnya Minamoto Yonmoro muncul sebagai pemimpin yang paling berkuasa di Jepun. Tindakan pertama beliau ialah mendirikan ibu negennya di Kamakura dan mewujudkan era baru dalam sejarah tamadun Jepun iaitu Zaman Kamakura (1185-1331 M). Yoritomo membenarkan keluarga diraja dan keluarga Fujiwara meneruskan kerajaan mereka di Heian. Pada tahun 1192, beliau mengambil gelaran Sei-I-Taishogun (Panglima) dan ini merupakan bentuk pemerintahan kediktaktoran tentera atau kesyogunan pertama di Jepun iaitu Kesyogunan Kamakura. Kerajaan berbentuk tentera ini dikenali sebagai Bakufu (Kerajaan Khemah).

Pada Zaman Kamakura, berlaku beberapa perubahan, pembaharuan dan pencapaian penting terhadap pembentukan tamadun Jepun. Dalam bidang politik, diperkenalkan pemerintahan berbentuk ketenteraan (Kesyogunan) dan di waktu ini mulanya berakar umbi sistem feudal di Jepun. Dalam bidang ekonomi, Kesyogunan Kamakura memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Jepun terutamanya berlaku peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan pembuatan serta penggunaan peralatan untuk pertanian. Peningkatan hasil pertanian dan pembuatan ini mendorong kepada lebihan hasil pengeluaran sehingga membawa kemunculan pasar-pasar dan kedai-kedai, dan peningkatan kegiatan perniagaan. Peningkatan perniagaan mendorong pertumbuhan ekonomi wang dan pertukaran wang, sehingga membawa kepada urbanisasi (perbandaran) baru. Di samping itu, berlaku peningkatan dalam aktiviti pertukangan tangan. Peningkatan dalam bidang ekonomi, mendorong kemunculan pedagang-pedagang dan mereka ini kemudiannya membentuk persatuan-persatuan perdagangan (guilds). Dalam bidang kebudayaan, perkembangan dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa politik yang terbahagi kepada dua iaitu pertama, Maharaja dan golongan bangsawan di Kyoto meneruskan adat-adat tradisional aristokrasi. Keduanya, suatu jenis kebudayaan baru sedang dipopularkan di kalangan golongan perwira, terutamanya di Kamakura (Kesyogunan Kamakura). Di Kyoto, kegiatan kesenian dan kesusasteraan berkembang pesat terutamanya kerana minat yang ditunjukkan oleh golongan aristokrat terhadap puisi (waka) Jepun. Antara hasil karya yang terkenal ialah antologi puisi-puisi Jepun berjudul Shin Kokin Wakashu (Kokin Wakashu Baru) yang disusun pada tahun 1205; dan karya-karya Saigyo (118- 1190) yang merupakan seorang sami dan penyajak terkenal. Kebanyakan puisi ini diminati oleh golongan aristokrat. Manakala di kalangan orang kebanyakan, diperkenalkan penulisan prosa bergaya baru dengan menggunakan stall yang bersemangat. Antara karya tersebut ialah Heike Monogatari (Cerita Keluarga Heike) yang memperihalkan kebangkitan dan kejatuhan keluarga Taira pada tahun 1233. Perkembangan dalam bidang seni lukis dan seni ukir memperlihatkan peranan penting golongan aristoktrat. Lukisan atas gulungan kertas (e- makimono) dan lukisan potret merupakan seni yang begitu terkenal dan penting. Unkei dan Kaikei merupakan dua pengukir terkenal yang mengukir patung- patung Raja-raja Dewa (Kongo Rikishi).

Dalam bidang keagamaan, pada zaman ini muncul pelbagai mazhab agama Buddha. Di kalangan golongan aristokrat, mazhab agama Buddha Tendai dan Shingon kekal dan popular. Antara mazhab yang muncul ialah mazhab Jodo (1175) yang diasaskan oleh Sami Honen (1132-1212) dan popular di kalangan golongan kebanyakan; mazhab Jodo-Shinshu (Ikkoshu) yang diasaskan oleh Shinran (1173-1262); mazhab Hokkeshu yang diasaskan oleh Nichiren (1222-1283); dan mazhab Buddha Zen yang di bawa masuk ke Jepun semasa Zaman Heian popular terutamanya di kalangan kelas perwira.

Pada tahun 1333, Kesyogunan Kamakura digulingkan oleh Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan sokongan beberapa jeneral iaitu Kusunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashikaga Takauji (1305-1358). Maharaja Godaigo gagal untuk mempertahankan kekuasaan dan pengaruh keluarga diraja dan pada tahun 1335 digulingkan oleh Ashikaga Takauji.

Kesyogunan Ashikaga (1338-1533 M)

Pada tahun 1335, Ashikaga Takauji telah melancarkan pemberontakan dan penentangan terhadap kerajaan diraja (Keluarga Imperial) yang dipimpin oleh Maharaja Godaigo. Kejayaan menundukkan kuasa keluarga diraja mendorong kepada Ashikaga Takauji untuk melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun pada tahun 1338 dan mengasaskan Kesyogunan Ashikaga. Berbanding Kesyogunan Kamakura, Kesyogunan Ashikaga dari segi politik gagal untuk mengenakan kawalan sepenuhnya ke atas kelas tentera wilayah dan daimyo atau tuan-tuan tanah feudal. Kegagalan mi akhirnya menyebabkan ia mengalami kemerosotan dan akhirnya, Syogun Yoshiaki dipecat oleh Oda Nobunaga seorang daimyo yang paling berpengaruh pada tahun 1753.

Pada zaman Kesyogunan Ashikaga, negara Jepun telah mengalami beberapa perubahan, pembaharuan dan pencapaian dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan sosial, dan agama. Dalam bidang ekonomi, perubahan penting berlaku dalam bidang pertanian dan perindustrian. Dalam bidang pertanian, setiap tahun diusahakan dua jenis tanaman iaitu selepas penanaman padi ditanam pula gandum atau barli, dan penggunaan kuda dan sapi untuk proses penanaman; tanaman teh dan kapas ditanam secara besar-besaran dan diperkenalkan sistem pengairan. Dalam bidang perindustrian, pembuatan dan pengeluaran barangan tembikar dan perlombongan terutama emas, perak dan tembaga semakin meningkat. Dalam bidang ekonomi, muncul organisasi-organisasi yang serupa dengan persatuan (za) atau guilds yang berperanan memonopoli pengeluaran dan pemasaran sebarang barangan. Pertumbuhan ekonomi mi telah menggalakkan kemunculan persatuan-persatuan kewangan (Tanomoshiko/Mujinko) dan pertumbuhan ekonomi wang. Ini meningkatkan hubungan perdagangan di peringkat tempatan dan luar negeri.

Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dan pencapaian terutamanya dalam seni bina, sent lukis, kesusasteraan dan sebagainya. Antara seni bina penting ialah Pavillion Emas (Kinkaku) di Kitano, Kyoto dan Pavillion Perak (Ginkaku) di Higashiyama, Kyoto yang dibina oleh Ashikaga Yoshimitsu dan Ashikaga Yoshimasa. Mengenai seni lukis, muncul dua pelukis terkenal ialah Tosa Mitsunobu dan Kano Motonobu. Mengenai kesusasteraan, muzik dan tarian dipopularkan dalam Zaman Muromachi; Sarugaku (sejenis pengajuan komik) dan Dengaku (sejenis tarian dan muzik) begitu popular di kalangan rakyat; No iaitu drama menjadi popular di kalangan golongan aristokrat dan bangsawan tempatan. Upacara teh (Cha-nu-yut) dan penyusunan bunga (Ikehana) menjadi popular terutama di kalangan aristokrat. Dalam bidang agama, muncul beberapa mazhab agama Buddha seperti Judo Shinshu yang begitu terkenal dan biara- biara (terakoya) berkembang dengan pesat.

Secara umumnya, perubahan, pembaharuan dan pencapaian zaman Kesyogunan Ashikaga ini merupakan warisan yang penting kepada tamadun Jepun masa kini. Kemerosotan Kesyogunan Ashikaga menimbulkan huru-hara politik untuk suatu jangka waktu yang dikenali sebagai Sengoku Jidai (era peperangan).

Zaman Sengoku Jidai

Zaman Sengoku Jidai merupakan zaman yang penuh dengan persaingan dan peperangan di kalangan daimyo-daimyo untuk merebut kekuasaan, pengaruh dan keunggulan. Dan segi politik, zaman Sengoku Jidai merupakan zaman ketidakstabilan politik yang penuh dengan perpecahan dan peperangan. la berlangsung sekitar akhir kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Ketidakstabilan politik ini akhirnya membawa kemunculan seorang pemimpin tentera yang teragung iaitu Oda Nobunaga (1534-1582). Oda Nobunaga merupakan tokoh yang berperanan penting ke arah penyatuan negara Jepun di samping seorang tokoh agung lain iaitu Hideyoshi. Zaman Sengoku Jidai menyaksikan bagaimana pemerintahnya, Oda Nobunaga menggalakkan hubungan kebudayaan dengan orang-orang Eropah.

Dalam zaman ini, walaupun wujud ketidakstabilan politik tetapi kegiatan ekonomi dan kebudayaan tetap berkembang terutamanya melalui peranan Oda Nobunaga dan Hideyoshi. Dalam bidang ekonomi, pedagang-pedagang {chonin) telah memperluas kegiatan perniagaan mereka ke seluruh negara Jepun dan monopoli za atau persatuan-persatuan dipecahkan pada tahun 1568. Kedua- dua pemimpin agung tentera ini menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan. Mata wang syiling tembaga telah digunakan dengan meluas dan dipertingkatkan pengeluaran emas, perak dan tembaga untuk memudahkan percetakan syiling-syiling ini. Diperkenalkan pendaftaran tanah baru dan sistem cukai tanah yang lebih tersusun.

Dalam bidang kebudayaan, pencapaian dalam seni bina dengan pembinaan istana-istana yang indah antaranya Istana Fushimi, yang dalamnya mengandungi pintu-pintu sorong (fusuma) dihiasi dengan lukisan-lukisan. Muncul beberapa pelukis terkenal iaitu Kano Eitoku dan Kanu Sanraku yang melukis penuh dengan kekayaan warna-warni dan kualiti kehidupan. Upacara minum teh di kalangan orang Jepun begitu terkenal dan ini mendorong kepada perkembangan kesenian tembikar, terutamanya membuat cawan dan teko untuk upacara teh. Melalui hubungan kebudayaan dengan Barat terutama di zaman Oda Nobunaga, pelbagai jenis barangan Barat diperkenalkan (tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang, kerusi, roti) terutamanya oleh pedagang dan pengembang agama Kristian. Bahasa Jepun diperkayakan perbendaharaannya dengan menerima masuk istilah-istilah asing terutama dari bahasa Portugis (roti [pao], seluar dalam [gibao], butang [botan] dan dalam bahasa Jepun ialah pan, jihan dan botan); bahasa Sepanyol (jabon atau sabun iaitu shabon dalam bahasa Jepun); dan bahasa Belanda (doek iaitu itik dan zukku dalam bahasa Jepun). Dalam bidang agama, dasar Oda Nobunaga yang menyambut baik dan membenkan perlindungan membolehkan mubaligh-mubaligh Kristian dari pelbagai mazhab (Jesuit, Franciscan, Dominican) menyebarkan agama ini ke seluruh Jepun. Menjelang tahun 1582, terdapat lebih kurang 200 buah gereja dan hampir 150,000 penganut Kristian. Orang Jepun yang memeluk agama Kristian terdiri dari kalangan petani dan golongan daimyo. Namun begitu, beliau bersikap tegas dan keras terhadap beberapa mazhab agama Buddha terutamanya mazhab Tendai dan mazhab Ikko dengan matlamat untuk mengawal mazhab- mazhab ini. Berbeza dengan Hideyoshi, beliau bertoleransi dengan mazhab- mazhab agama Buddha terutamanya mazhab Tendai kecuali mazhab Ikko dan bertindak tegas terhadap penganut Kristian. Antaranya ialah mengeluarkan undang-undang mengharamkan agama Kristian dan mengarahkan semua paderi keluar dari Jepun, dan penganut Kristian Jepun telah dianiaya. Namun begitu beliau menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang Portugis. Toleransi terhadap mazhab agama Buddha telah mendorong agama ini berkembang pesat di Jepun.

Zaman Sengoku Jidai berakhir apabila salah seorang pemimpin tentera agungnya, iaitu Hideyoshi mati pada tahun 1598 dan kekuasaan politik di bawah pengaruh sekutunya, Tokugawa leyasu (1542-1616).

Kesyogunan Tokugawa (1603-1867 M)

Tokugawa leyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman SengokuJidai. Kematian Hideyoshi telah membuka ruang kosong kepada politik Jepun. Ini membuka peluang kepada Tokugawa leyasu untuk menguasai politik di antara tahun 1603 sehingga 1616 dan kemudiannya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa. Beliau merupakan pemimpin teragung di Jepun pada kurun ke-17 dan Kesyogunan Tokugawa merupakan pemerintah kerajaan tentera paling lama (1603-1867). Berbanding Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi, leyasu berjaya memenuhi tanggungjawab menyatukan Jepun berbanding kedua- duatokohtadi.

Secara umumnya, pemerintahan Kesyogunan Tokugawa membawa zaman kestabilan dan keamanan yang berlangsung selama hampir 200 tahun kepada negara Jepun, dan mengamalkan sistem feudalisme. Dalam bidang politik dan pemerintahan, selepas tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan Tokugawa mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar pemencilan Jepun dengan menutup pintu kepada dunia luar dan ia berlangsung hampir selama 200 tahun. Dalam bidang ekonomi, sebelum tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan Tokugawa telah menggalakkan perdagangan terutama dengan perdagangan asing dan membuka pintu kepada kemasukan semula agama Kristian. Apabila dasar pemencilan dilakukan, perdagangan asing telah diharamkan dan orang asing diusir keluar. Mubaligh-mubaligh serta penganut agama Kristian Jepun dihukum bunuh. Faktor utama membawa dasar pemencilan ialah kerana tercetusnya Pemberontakan Shimbara (1637-1638) di Kyushu yang dianggap oleh Bakufu sebagai pemberontakan penganut Kristian Jepun terhadap pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.

Dalam sistem sosial Bakufu, wujud pembahagian kelas masyarakat yang begitu ketat iaitu di puncak piramid ialah golongan bangsawan (kuge), daimyo dan Hatamoto. Golongan rakyat jelata dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu pahlawan (samurai); kaum tani (Nomin); petukang {Shonin); dan saudagar (Chonin). Golongan samurai Tokugawa menikmati kedudukan istimewa di kalangan rakyat jelata. Dalam bidang pendidikan, masyarakat Tokugawa merupakan golongan berpelajaran. Bakufu dan tuan-tuan tanah mendirikan sekolah-sekolah elit untuk anak-anak samurai, dan terdapat hampir 60,000 sekolah-sekolah kampung (terakaya) didinkan terutama untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak petani. Di peringkat ini, kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan sukatan utama. Pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku dan kajian terhadap buku-buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dilakukan yang juga mendapat sokongan daripada golongan daimyo. Dalam bidang kesusasteraan, muncul beberapa tokoh sastera dan penyair-penyair yang agung antaranya Chikamatu Monzaemon (pengarang drama), lhara Saikaku (penulis novel) dan Matsuo Basho (pakar haiku atau pantun tujuh belas suku kata). Di samping itu, muncul seorang sejarawan Jepun yang terkenal iaitu Aral Hakuseki yang menulis sebuah karya berjudul Koshitsu (Suatu Tinjauan Penulisan Sejarah Purba). Seni lukis terutamanya ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki dan sebagainya berkembang pesat dan di antara pelukis terkenal ialah Hishikawa Moronobu pengasas sekolah sem lukis ukivoe.

Kesyogunan Tokugawa mengalami zaman kemerosotan dan keruntuhan berikutan sistem politik dan pemerintahan Bakufu yang dianggap semakin lemah kerana masalah-masalah dalaman termasuk penentangan yang menggunakan slogan 'SonnoJoi' iaitu 'Junjung Maharaja: Usir Orang-orang Gasar' (orang-orang asing). Ini ditambah dengan masalah-masalah luaran terutamanya dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Jepun. Akhirnya, kerajaan berbentuk tentera ini runtuh pada tahun 1867 dan secara langsung menamatkan sistem feudalisme. Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa telah membuka ruang kepada proses pemodenan Jepun melalui dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) dengan pengembalian atau pemulihan kuasa kepada Maharaja Jepun.

Zaman Meiji (1868-1912 M)

Dengan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa, suatu peristiwa penting berlaku di negara Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868. Matlamat utama pemulihan ini ialah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari. Maharaja Meiji berusia 16 tahun ketika berlangsungnya peristiwa ini maka itu beliau hanyalah merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai oleh beberapa pemimpin samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau oligarki Sat- cho. Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari bahawa kedatangan kuasa- kuasa Barat merupakan suatu ancaman kerana dasar imperialisme mereka. Bagi menghadapi ancaman ini, pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara yang kaya (ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping memodenkan negara tersebut.

Untuk mencapai matlamat tersebut, dasar pemodenan dilaksanakan iaitu yang meliputi pembentukan semula institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial menurut garisan panduan dari Barat. Langkah pertama ke arah modenisasi Jepun ialah sistem feudalisme dihapuskan. Dengan pemansuhan sistem feudalisme maka beberapa dasar mengenainya diperkenalkan iaitu semua tanah diserahkan dan merupakan hak milik diraja; memansuhkan tentera feudal dan memperkukuhkan tentera pusat; negara Jepun dibahagi-bahagikan menurut daerah (Ken); mengambil alih beban hutang semua daimyo dan Han (kerajaan bawah kuasa feudal); penghapusan sistem atau hierarki sosial ketat terutama menghapuskan sistem kelas; memperkenalkan sistem kerahan tentera moden. Dalam bidang ketenteraan, angkatan tentera darat dan laut dipermodenkan menurut cara Barat dengan memperkenalkan industri persenjataan moden; sistem kerahan tentera moden; dan latihan-latihan ketenteraan melalui penubuhan akademi-akademi tentera. Dalam bidang perundangan, diperkenalkan beberapa pembaharuan untuk membentuk suatu sistem undang- undang moden. Sistem undang-undang moden amat penting untuk diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak bagi mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah, iaitu perjanjian antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan 1860-an di samping untuk memenuhi perkembangan kapitalisme (industri). Pada tahun 1873, kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Peraturan dan sistem undang-undang moden telah berjaya menghapuskan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan membentuk sebuah masyarakat industri moden.

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan dibenkan tumpuan penting oleh pemimpin-pemimpm Pemulihan Meiji. Pendidikan merupakan alat transformasi untuk mencapai matlamat mi dan kesannya, sistem pendidikan berbentuk moden diperkenalkan. Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran, sains dan teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871 ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam. Pada tahun 1886, ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun. Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah latihan dalam perkhidmatan aw am (pentadbiran), pusat pendidikan dan pusat penyelidikan. Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan terhadap Maharaja dan negara (nasionalisme), pendidikan berorientasikan Barat dan pendidikan moral (etika Kung Fu Tze). Proses modenisasi dilaksanakan dalam bidang komunikasi yang meliputi perhubungan dan pengangkutan. Dalam bidang perhubungan, diperkenalkan penggunaan telegraf yang jauh lebih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi dan menjelang tahun 1880, hampir semua bandar-bandar besar memiliki sistem perhubungan moden ini. Dalam bidang pengangkutan, diperkenalkan pengangkutan kereta api melalui pembinaan landasan-landasan kereta apt untuk mengangkut penumpang dan barangan ekonomi. Menjelang tahun 1881,Jepun sudah memiliki landasan kereta api sepanjang 26 batu, dan landasan kereta api antara Kyoto-Otsu (1880) dibina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Ini membuktikan dari segi komunikasi, ianya sudah mencapai taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat.

Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Seni lukis tradisional Jepun dipulihkan dan diperbaharui; lukisan minyak menjadi semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati pelukis-pelukis Jepun. Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal; piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik; dan tarian-tarian Barat antaranya tarian ballroom. Alat-alat muzik tradisional antaranya shakuhachi, koto dan samisen dan gaya muzik tradisional Jepun iaitu gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan antara seni muzik tradisional dengan Barat. Mengenai seni drama, kabuki zaman Edo yang diminati oleh golongan saudagar-saudagar (kelas terendah struktur sosial) telah mengalami perubahan penting dan seni drama ini mendapat penghormatan sosial yang tinggi di zaman Meiji. Drama Kabuki mengalami perubahan-perubahan lain dalam bentuk peralatan dan muzik, struktur panggung dan teknik penggunaan lampu. Selain itu diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu Shingeki. Seiring dengan perkembangan Kabuki, industri perfileman berkembang pesat dengan filem-filem bisu di peringkat awal. Industri perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, 'prop' dan sebagainya.

Dalam bidang kesusasteraan, berlaku beberapa perubahan dan pengenalan kepada beberapa aliran kesusasteraan baru. Di peringkat awal Pemulihan Meiji, minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat sehingga mendorong kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk terjemahan berbentuk biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer, Shakespeare, Voltaire, Rousseau dan lain-lain. Antara karya yang diterjemahkan lalah Pilgrim's Progress, The Bible (Old Testament) dan Social Contract. Melalui karya-karya terjemahan mi, masyarakat Jepun terutama golongan elit telah terdedah dengan idea-idea Barat, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan dan sosial, pendidikan dan sebagainya. OdaJunichiro merupakan penterjemah terkenal yang menerima pendidikan dari University of Edinburgh (Scotland). Kegiatan penterjemahan telah membawa kepada perkembangan bentuk kesusasteraan baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun iaitu gembun itchi oleh penulis-penulis novel. Antara tokoh terkenal ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahannya berjudul Rendezvous (1889). Berdasarkan penterjemahan buku-buku Barat, maka bahasa Inggeris merupakan bahasa asing terpenting di zaman Pemulihan Meiji. Tokoh-tokoh kesusasteraan lain yang terkenal ialah Baba Tatsui, Kanagaki Robun, Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo Nansui, dan lain-lain. Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Idea-idea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi mengenai pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji. Idea-idea pemikiran dan teori- teori ekonomi yang membawa kepada doktrin laissez-faire (perdagangan bebas) telah dipelopori oleh Taguchi Ukichi, melalui penulisannya berjudul Dasar Ekonomi (Keizai Saku) pada tahun 1882. Di negara Jepun juga, berlaku perkembangan persuratkhabaran. Akhbar harian pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin Shinjishi (Reliable Daily News). Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak yang diimport dan ini memperkenalkan industri pencetakan di Jepun. Menjelang tahun 1875, terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala dicetak di Jepun.

Untuk memperkukuh semangat nasionalisme dan membma sebuah masyarakat yang mantap terutama dalam menghadapi pengaruh negatif dari Barat maka pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji berpendapat suatu ideologi negara perlu dibentuk. Diperkenalkan ideologi rasmi Kokutai berhubungkait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci. Kokutai telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat yang memudahkan pemodenan negara Jepun. Pemimpin-pemimpin Jepun telah mewujudkan asas kerohanian bagi masyarakat dan kerajaan dengan memperkenalkan agama rasmi iaitu bentuk Shinto Negara. Sebelum diperkenalkan Shinto Negara, Shintoisme merupakan suatu sistem agama purba yang mempunyai empat bentuk iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto), Shinto Tempat-tempat Suci ffinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Perkembangan agama Buddha telah disekat oleh pemimpin- pemimpin Pemulihan Meiji bagi membolehkan kerajaan member! keutamaan kepada Shinto Tindakan keras dilakukan terhadap agama Buddha antaranya mengeluarkan kitab-kitab suci Buddha dan patung-patung dari tempat suci Shinto untuk dibakar dan dihanyutkan. Namun begitu kemudiannya, pemimpin- pemimpin Buddha dapat memujuk kerajaan untuk mengubahsuaikan dan melonggarkan dasar-dasar yang keras terhadap agama Buddha. Berbanding dengan agama Buddha, ajaran Kung Fu Tze (Konfusianisme) memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memperkukuhkan nilai-nilai tradisional yang memberikan rangka etika dan ideologi, membawa kepada kesedaran moral. Ajaran Kung Fu Tze dapat bergabung dan berharmoni dengan Shinto Negara. Agama Kristian telah diberikan kebebasan semula untuk berkembang dengan menubuhkan pusat-pusat keagamaan iaitu di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Gereja Ortodoks Greek) pada tahun 1870-an; pembukaan sekolah-sekolah agama Kristian oleh mubaligh- mubaligh; dan pencetakan majalah-majalah agama Kristian. Perkembangan agama Kristian terhalang kemudiannya dengan kemunculan beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman nasionalis seperti Nippon-sin (The Japanese), Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun). Persatuan dan kumpulan ini bertekad dan bermatlamat untuk menyanjung tradisi serta warisan negara dengan mengetepikan pengaruh kebuuayan Barat.

Secara umumnya, dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa negara Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan memiliki kekuatan angkatan tentera (politik) yang dianggap moden. Pencapaian dalam pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong kepada pemodenan negara Jepun. Natijahnya, ini meletakkan Jepun sebagai negara tunggal di Asia yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan, setaraf dan dapat menyaingi kuasa-kuasa Barat.