jihad.docx

13
1.PENGENALAN Menurut Azhar (2001), Jihad adalah suatu istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertahankan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebalikya, apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Antaranya jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad. Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilllah. Cumanya taraf atau darjat tinggi rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang dilakudia ataskan oleh umat Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengambil kesempatan dia atas jihad palsu mereka. 1

Transcript of jihad.docx

1.PENGENALANMenurut Azhar (2001), Jihad adalah suatu istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertahankan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebalikya, apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian.Antaranya jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad. Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilllah. Cumanya taraf atau darjat tinggi rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang dilakudia ataskan oleh umat Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengambil kesempatan dia atas jihad palsu mereka.Menurut Mohd Liki (2003),terdapat banyak kekeliruan dalam kalangan orang Islam tentang pengertian jihad. Pengertian jihad sering diertikan sebagai peperangan menggunakan senjata yang menyebabkan berlakunya pertumpahan dan pembunuhan. Sebenarnya, jihad bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai oleh Allah atau penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara, agama, dan lain-lain. Jihad boleh dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan peperangan, iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan usaha demi agama dan negara.2.ISI-ISI2.1 PENGERTIAN JIHAD MENURUT PERSPEKTIF ISLAMMenurut Salina (2001), Jihad disyariatkan kepada umat Islam berdasarkan kepada empat peringkat. Hal ini menunjukkan agama Islam bukanlah agama Islam yang ganas. Istilah sendiri membawa maksud sejahtera iaitu membawa kesejahteraan kepada semua makhluk. Oleh itu, gambaran yang mengaitkan Islam sebagai agama yang suka berperang dan umat Islam sebagai pengganas adalah salah dan tidak dapat diterima sama sekali. Berikut adalah peringkat pensyariatan jihad di dalam Islam.2.1.1 Umat Islam diharamkan Berperang Menurut Mohd Liki (2003), sejarah Islam membuktikan bagaimana seksanya umat Islam di awal pendakwahan Rasulullah SAW di Kota Mekah. Mereka diseksa, diugut, didera dan dibunuh contoh seperti mana yang berlaku ke atas saidina Bilal Bin Rabah, bahkan baginda Rasullah SAW juga menerima azab yang sama. Namun umat Islam ketika itu diminta bersabar dan tidak melawan di atas segala perbuatan dan tindakan kejam kaum kafir dan musyrikin Mekah. Firman Allah SWT dalam an-Nisak ayat 77 yang bermaksud, Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu dari berperang dan didirikan solat.2.1.2 Keizinan berperang atau berjihadMenurut Salina (2001), setelah menerima tentangan hebat kaum kafir Mekah sehingga usaha membunuh Rasullulah SAW dirancang. Akhirnya umat Islam diizinkan mempertahankan diri daripada musuh. Selain itu, umat Islam juga mula mengorak langkah berhijrah ke tempat baru. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah pertama dalam Islam barulah diikuti hijrah ke Madinah. Manakala peperangan pertama di dalam Islam adalah perang Uhud yang berlaku pada 4 Hijrah. Sesungguhnya Islam membenarkan umatnya memerangi musuh yang menyerang dan sejarah perang Badar membuktikan tentang Islam memenangi peperangan itu. Firman Allah SWT suruh al-Haj ayat 39 yang bermaksud, Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhyna Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.2.1.3 Jihad adalah wajib ketika musuh menyerangMenurut Mohd Liki (2003),Firman Allah SWT di dalam al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Melalui surah al-Haj ayat 39, umat Islam diberi keizinan berperang apabila mereka diperangi atau diserang musuh. Sebaliknya, ayat ini pula menegaskan kepada kewajiban ke atas umat Islam mempertahankan diri agama dan negara apabila diserang. Namun demikian sebagai agama sejahtera, Islam mempunyai batas-batas dan etika berperang yang mesti diikuti. Antaranya tidak boleh membunuh kanak-kanak, kaum perempuan, orang-orang tua yang lemah dan sebagainya. 2.1.4 Memerangi Kaum Musyirikin dan Kafir Menurut Mohd Razimi (2013), akhirnya umat Islam diperintahkan memerangi kaum kafir dan musyirikin yang memerangi Islam dan umatnya. Umat Islam perlu jelas di sini, golongan yang harus diperangi adalah kaum kafir yang menyerang umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam membahagikan golongan kafir yang mengancam serta memerangi Islam dan umatnya. Golongan kafir harbi dibolehkan bagi umat Islam untuk berjihad jika diperangi. Keduanya kafir zimmi memberi taat setia kepada pemerintahan negara Islam serta membayar cukai jizyah kepada negara. Melalui al-Anfal ayat 39 yang bermaksud, Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah SWT. 2.2 PERSPEKTIF BARAT TERHADAP JIHADMenurut Roz Aiza (2012), media Barat sering memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan imej buruk Islam apabila menghubungkan perjuangan yang suci ini dengan keganasan dan pembunuhan. Kefahaman ini seolah-olah Islam itu ditegakkan dengan mata pedang atau peperangan sedangkan yang sebenarnya adalah di sebaliknya.Gambaran salah barat ini semakin jelas setelah berlaku tragedi 911 di New York seterusnya siri-siri pengeboman berani mati di Iraq, Palestine termasuk di beberapa buah Negara di Asia Tenggara sendiri. Keadaan ini menyebabkan barat mengenakan tekanan ke atas masyarakat Islam seperti mengenakan sekatan ekonomi atau dalam bentuk sokongan kepada kerajaan asing dengan merampas negara dan rumah tangga masyarakat Islam, atau cuba menghapuskan etnik yang menganut agama Islam. Keadaan ini kemudiannya telah menimbulkan tindak balas daripada sebahagian masyarakat Islam dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya dengan menggunakan kekerasan yang mensasarkan tindak balas mereka bukan sahaja kepada barat malah kepada sesama umat Islam yang mereka labelkan sebagai talibarut barat, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Barat serta di beberapa buah negara tertentu di Asia Tenggara yang perbuatan ini mereka namakan sebagai jihad. Menurut Roz Aiza (2012), dari sinilah timbul gerakan-gerakan seperti Jemaah Islam, Kumpulan Militan Malaysia, Al-Maunah dan lainlain kumpulan yang dikatakan melakukan beberapa kegemparan atau pengboman seperti yang telah terjadi di Bali, Indonesia dan Selatan Filiphina. Alasan mereka adalah Jihad. Jihad untuk menentang kafir barat atau kuncu-kuncunya yang mereka kata telah menindas saudara umat Islam lainnya di Palestin, Afghanistan dan di beberapa buah negara lain. Persoalannya sesuaikah tindakan yang mereka katakana jihad itu dilaksanakan di Asia Tenggara ini sedangkan situasi yang berlaku di daerah ini adalah berlainan dan cara jihad yang perlu dilakukan turut berlainan. Apa yang lebih malang tindakan mereka itu turut melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah atau orang awam yang mungkin bersikap berkecuali dalam perkara ini. Tiadakah cara lain yang lebih sesuai untuk melawan tindakan barat itu dan tidak pula menggunakan istilah jihad yang sangat suci itu.Apa yang nyata hasil daripada tindakan mereka itu, telah memburukkan nama Islam lalu barat melabelkan Islam sememangnya agama yang menganjur keganasan. Kesan daripada Tragedi 911 telah menguatkan lagi hujjah barat untuk memerangi Islam walaupun mereka beralasan untuk melawan keganasan, menurut istilah yang mereka cipta sendiri. Menurut Mohd Razimi (2013), sebenarnya kita tidak dapat menafikan bahawa tekanan yang dilakukan oleh barat itu adalah atas kelemahan umat Islam juga. Mereka sebenarnya kurang menyedari bahawa musuh Islam sedang berusaha mengkucar-kacir dan melemahkan negara Islam dengan mekanisme yang mudah. Antaranya dengan cuba menjatuhkan kredibeliti pemimpin serta berusaha meruntuhkan kestabilan ekonomi negara-negara umat Islam dengan pelbagai syarat perdagangan. Malahan, satu taktik yang amat berkesan yang sedang dilakukan oleh mereka adalah memecahbelahkan perpaduan negara-negara Islam supaya negara-negara tersebut terjebak dalam pertelagahan yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan politik. Ini termasuklah mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang kadang-kadang berpunca daripada berbagai-bagai isu yang mereka sendiri tidak memahaminya. 2.3 REALITI AMALAN JIHAD PADA MASA KINIMenurut Roz Aiza (2012), istilah jihad pada hari ini sudah diterima pakai dengan lebih meluas. Sama ada negara di blok Timur atau blok Barat menerima pakai istilah jihad. Tetapi apa yang pastinya, jihad itu dipandang dari dua sudut iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh, jihad dipandang negatif oleh pihak Barat terutamanya selepas peristiwa 2 September. Menurut Azhar (2001), Islam telah digelar sebagai agama yang ganas dan umat Islam terutamanya di Afghanistan sebagai pengganas. Sebaliknya pula dalam serangan pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya ke atas Iraq pandangan terhadap jihad telah berubah. Rakyat Iraq berkewajipan mempertahankan negara mereka demi pencerobohan ke atas kedaulatan negara dan ianya mesti dipertahankan. Untuk itu, jihad itu perlu dinilai sebagai mempertahankan agama dan negara daripada musuh. Dalam konteks negara Malaysia, konsep jihad perlu difahami secara lebih luas dan terbuka. Amalan jihad perlu jelas agar tidak mengganggu-gugat keamanan dan kedamaian rakyat dan negara. Terdapat peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan jihad telah berlaku di dalam negara seperti peristiwa Sauk. Sebenarnya jihad perlulah bermatlamatkan mendapat keredaan Allah SWT bukannya memenuhi ideologi politik dan agenda individu yang tertentu. Jika matlamat jihad terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut adalah kosong dan berdosa. Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad hendaklah jelas dan bertujuan fi sabilillah.Menurut Mohd Liki (2003), realitinya, banyak lagi yang perlu diperjuangkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Selain berjihad melalui peperangan, umat Islam mestilah berusaha mengangkat semula kegemilangan Islam dalam semua bidang. Kekuatan Islam dan umatnya pada hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan dalam ketenteraan sahaja. Sebaliknya, kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan, sains dan teknologi dan sebagainya adalah inti pati kekuatan yang sebenarnya pada hari ini. Justeru dengan pengusaan tersebutlah umat Islam akan digeruni pihak musuh dan seterusnya boleh menjadi pemangkin kepada negara-negara lain di dunia ini. Hari ini kuasa tersebut dimiliki oleh Barat setelah mencedok dan mengaplikasikan segala ilmu dalam tamadun Islam. 3. KESIMPULANMenurut Roz Aiza (2012), kita sebagai pihak yang mewakili umat Islam di Asia Tengara ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab ini memerlukan kita menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yang nyata yang dialami oleh masyarakat Islam masa kini seperti perpaduan umat, pendidikan, ekonomi, pertahanan serta teknologi lain yang kita masih ketinggalan.Masalah ini jika kita tidak mengenalpasti dan menanganinya secara baik sudah tentu akan menjadikan kita terus ketinggalan. Lihatlah apa yang sedang terjadi di dunia Islam kini. Walaupun nampaknya ada kesedaran untuk membela Islam atas nama jihad tetapi kesedaran ini lebih tertumpu kepada soal yang memecah belahkan umat dan mencetuskan peperangan di kalangan mereka.Tidak ada perhatian yang serius yang diberikan kepada penyerapan ilmu, kepada memperkuatkan persaudaran dan kepada menyaingi musuh dalam semua aspek. Lebih daripada itu dalam dakwaan jihad sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak tersebut tidak memenuhi syarat jihad yang diperlukan. Menurut Azhar (2001), setakat ini kita katakan tidak, kerana antara syarat jihad iaitu mengharapkan kemenangan kepada pihak Islam tidak mereka teliti dan fikirkan sungguh-sungguh. Sebaliknya mereka lakukan dengan terburu-buru tanpa perancangan atau jika adapun perancangan ia tidak dilihat sebagai satu perancangan yang tersusun yang melibatkan keseluruhan umat Islam secara berjamaah. Oleh itu kita perlu memperbaiki sikap Umat Islam di negara kita masing-masing. Singkirkanlah persangkaan sesama Islam. Elakkan diri daripada menghadapi musuh khayalan. Sebaliknya hadapilah musuh yang ada di depan mata kita, musuh yang sebenar iaitu nafsu dan hasad dengki sesama umat. Inilah musuh yang perlu dihadapi oleh umat Islam dengan jihad iaitu jihad melawan nafsu, jihad paling utama, seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.RUJUKANAzhar Haji Mad Aros (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Mohd Liki Hamid (2003). Pengajian Tamadun Islam. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Salina Haji Zainol (2001). TITAS kertas 1. Shah Alam: Perbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.Mohd Razimi Husin (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.Roz Aiza Mohd Mokhtar (2012). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

ISI KANDUNGAN HALAMAN1. Pengenalan 12. Isi-isi2.1 Pengertian jihad menurut perspektif Islam22.1.1 Umat Islam diharamkan Berperang 22.1.2 Keizinan berperang atau berjihad22.1.3 Jihad adalah wajib ketika musuh menyerang32.1.4 Memerangi Kaum Musyirikin dan Kafir 32.2 Perspektif Barat terhadap jihad42.3 Realiti amalan jihad pada masa kini5 3. Kesimpulan7Rujukan8Lampiran9

1