~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip...

4
.. lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayu •••••••••••••••••• Bit 2/2001 Jun - Disember 2001 ISSN 0128-6897 Pameran Warkah Tulus lkhlas: Yang Tersurat dan Tersirat telah bedangsung dari 8 hingga 31 Oktober 2001 di Ruang Legar Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebanyak 28 salinan warkah manuskripMelayu koleksi Pusat Manuskrip Melayu, PNM telah dipamerkan mengikut bidang perkara tertentu iaitu: .:. Warkah daripada Pemerintah barat kepada Sultan .:. Warkah daripada Sultan kepada Pemerintah barat .:. Warkah antara Sultan-sultan di Kepulauan Melayu .:. Surat Wasiat :. Pengisytiharan Harta .:. Perniagaan Pameran ini juga menonjolkan komponen so sial warkah yang didapati di setiap warkah Melayu lama iaitu cap mohor, kepala surat, penutup surat dan sampul surat. Objektifpameran adalah seperti berikut: .:. Memasyarakatkan warkah Melayu lama kepada generasi kini .:. Memaklumkan kepada orang ramai koleksi Warkah Melayu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia .:. Menggalakkan pengkajian manuskrip Melayu dalam bentuk surat .:. Menyedarkan masyarakat akan kepentingan warkah Melayu lama sebagai bahan warisan yang perlu dipulihara. Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of ~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip...

Page 1: ~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3008/1/WMM_2001_Bil.2.pdfPersekutuan Kuala Lumpur

.. ~JJ

lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayu

•••••••••••••••••• Bit 2/2001 Jun - Disember 2001 ISSN 0128-6897

Pameran Warkah Tulus lkhlas: Yang Tersurat dan Tersirat telah bedangsung dari 8 hingga 31 Oktober 2001 di Ruang Legar Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebanyak 28 salinan warkah manuskripMelayu koleksi Pusat Manuskrip Melayu, PNM telah dipamerkan mengikut bidang perkara tertentu iaitu:

.:. Warkah daripada Pemerintah barat kepada Sultan

.:. Warkah daripada Sultan kepada Pemerintah barat

.:. Warkah antara Sultan-sultan di Kepulauan Melayu

.:. Surat Wasiat • :. Pengisytiharan Harta .:. Perniagaan

Pameran ini juga menonjolkan komponen so sial warkah yang didapati di setiap warkah Melayu lama iaitu cap mohor, kepala surat, penutup surat dan sampul surat.

Objektifpameran adalah seperti berikut: .:. Memasyarakatkan warkah Melayu lama

kepada generasi kini .:. Memaklumkan kepada orang ramai koleksi

Warkah Melayu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia

.:. Menggalakkan pengkajian manuskrip Melayu dalam bentuk surat

.:. Menyedarkan masyarakat akan kepentingan warkah Melayu lama sebagai bahan warisan yang perlu dipulihara .

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: ~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3008/1/WMM_2001_Bil.2.pdfPersekutuan Kuala Lumpur

Pameran tersebut telah mendapat respons yang menggalakkan dari para pengunjung. Dari komen-komen yang tercatat di dalam buku komen pengunjung membuktikan bahawa

generasi kini semakin sedar akan kepentingan manuskrip Melayu dan mula menghargai khazanah budaya bangsa ini.

CPelltandlngan uUendendang ~~alll JaWl ~ama CDengan

91lingan gallian/~abonan

Juara Pertandingan - Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur

Buat kali ketiganya Pertandingan Mendendang Syair lawi Lama telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Manuskrip Melayu, PNM pada hari Sabtu, 28 lulai 2001 sempena sambutan Bulan lulai Bulan Melnbaca. Pertandingan telah berlangsung dengan meriahnya di Auditorium PNM yang disaksikan hampir 200 orang penonton, terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan warga PNM. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama labatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan.

Pertandingan terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan satu dan dua dan perlu dianggotai tidak lebih dari 7 orang peserta setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan tarian atau lakonan

2

mengiringi dendangan syair untuk menghidupkan suasana dan dibenarkan merigguna alat muzik sendiri. Tambah meriah lagi apabila para peserta memakai pakaian tradisional yang beraneka warna dan menyediakan pelbagai props yang menarik.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, sebanyak 9 buah sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil bahagian. 2 orang pengadil dari Institut Bahasa Melayu, Malaysia telah diundang khas untuk mengadili pertandingan kali ini. Mereka ialah Puan Aziah bt. Ismail dan Encik Ali bin Mahmud. Seperti yang diduga kumpulan dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur yang mendendangkan Syair Siti Zubaidah telah berjaya menjadi juara dan membawa pulang

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: ~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3008/1/WMM_2001_Bil.2.pdfPersekutuan Kuala Lumpur

wang tunai RM500.00 serta sijil. Naib juara disandang oleh kumpulan dari 8ekolah Seri Puteri yang menerima RM300.00 serta sijil. Sementara tempat ketiga menerlma RM150.00 serta sijil disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan, Batu 5 Jalan Ipoh.

Pusat Manuskrip Melayu khasnya dan Perpustakaan Negara Malaysia amnya mengharapkan objektif utama pertandingan ini diadakan iaitu menggalakkan generasi muda menghayati puisi Melayu tradisional seperti syair serta mendedabkan mereka kepada manuskrip tulisan tangan telah dapat dicapai.

eftgegaftaft daft GPetofehaa ruul9l2llP vUefagu dl tKedah

Usaha mengesan dan memperoleh manuskrip Melayu diteruskan lagi. Kali ini aktiviti tersebut dijalankan di negeri Kedah dati 15 bingga 17 Julai 2001 oleh Puan Nor Hasni bt. Che Hassan, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu. lanya adalah lanjutan dari pengesanan yang dibuat oleh Puan Munazzah Haji Zakaria pada 8 - 11 Jun 1996 yang laIu. Ketika itu, Puan Munazzah telah berjaya mendokumen koleksi manuskrip Tuan Haji Samad bin Ismail dan dia juga telah bersetuju menjual senaskhah manuskripnya kepada Pusat Manuskrip Melayu. Kali ini 2 naskhah manuskrip koleksi Tuan Haji Samad iaitu Kitab tib dan Hikayat Hang Tuah telah dapat diperolehi oleh Pusat Manuskrip Melayu.

Dengan maklumat yang diperolehi datipada Pegawai Perpustakan Awam Kedah, 2 orang pemilik manuskrip telah dapat ditemui. Mereka ialah Tuan Syeikh Ismail bin Haji . Hashim dan Encik Wan Osman bin Wan Daud.

Senaskhah manuskrip yang asalnya dimiliki oleh Daeng Perani seorang pahlawan Kedah berasal dari Bugis dan kini dimiliki oleh

3

keturunannya iaitu Encik Wan Osman bin Wan Daud telah dapat dikesan. Manuskrip yang ditulis di dalam bahasa Melayu lama itu menceritakan tentang ilmu pelayaran.

Tuan Syeikh Ismail bin Haji Hashim mempunyai bimpunan manuskrip yang kebanyakannya berasal dari Aceh, Sumatera. Antara judul-judul .manuskripnya adalah Hikayat Nabi Sulaiman, Hikayat Lukman al­Hakim, Tafrikat al-alcrim, Bidayat al-arifin, dan Latifah.li bayan. isra' wal mi'raj. Tuan Syeikh Ismail bersetuju untuk menjual sebahagian koleksi manuskripnya setelah yakin akan kepentingan penjagaan manuskrip­manuskrip tersebut untuk generasi akan datang.

Hasil daripada aktiviti . pengesanan kali ini Pusat Manuskrip Melayu telah dapat memperolehi lebih dari 20 naskhah manuskrip koleksi peribadi pemilik-pemilik manuskrip di Kedah. lni menunjukkan bahawa masyarakat telah mula sedar betapa pedunya manuskrip­manuskrip dipulihara dan ilmu · yang terkandung di dalamnya disebarkan.

q>eltubalaa' do CPeagiaiaft JaUlataa

Puan Munazzah bt. Haji Zakaria, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu, PNM telah bertukar ke Bahagian Khidmat Teknik, PNM berkuatkuasa mulai 1 September 2001. Beliau telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di Pusat Manuskrip Melayu selama 'hampir 8 tabun.

Kekosongan jawatan Puan Munazzah telah diisi oleh Puan Nasimah Badaruddin, Pustakawan 83 dari Pusat Penyerahan Negara, PNM. Sementara itu Pusat Manuskrip Melayu menerima seorang Pustakawan baru iaitu Puan Nor Hasni bt. Che Hassan berkuatkuasa 25 Mei2001.

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: ~JJ •••••••••••••••••• lPJarka£ !lJ{anuskrip !lJ{efayumyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3008/1/WMM_2001_Bil.2.pdfPersekutuan Kuala Lumpur

cP aMelaft <tKepeftgOlaftgaft LJUallUgmlp q:>ada tAbad <tKe-f7:

CPetaftall gu~taftah-gu~tallah u4:ceh

Pameran ini telah berlangsung dari Jun hingga November 2001 di Bilik Penyelidikan Pusat Manuskrip Melayu. Sebanyak 15 naskhah manuskrip hasil karyalterjemahan ulama-ulama terkemuka di zaman pemerintaban 4 orang Sultanah Aeeh (tabun 1641-1699) iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah, Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Syab, Ratu Zakiatuddin Inayat Syah dan Ratu Kamalat Syab dipamerkan.

Tokoh-tokoh ulama seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri mendapat kedudukan yang tertinggi pada waktu itu sebagai penasihat kepada Sultanah. Di atas dorongan dan perintah Sultanah, kedua-dua ulama tersebut telah berjaya ' mengarang dan menterjemah banyak kitab agama yang sebahagiannya dipamerkan di pameran tersebut. Antara kitab-kitab yang dipamerkan adalah Hill al-zili, Umdat al-muhtajin, Tibyan fi macri/at al-adyan, Sirat al-mustaqim dan Kifayat al-muhtajin.

[~ ___ ~_. e_l_Of_eh_a_ft_~_~_b_a_lU __ ~) 3 naskhah manuskrip Melayu yang dianggap penting, unik dan nadir telah diperolehi sepanjang tabun 2001. Manuskrip-manuskrip tersebut adalab seperti berlkut:

MSS2933 [Hikayat Patani/ . [38] fr. ; 19 - 24 b. ; 22.0 x 16.0 em. Tidak lengkap (halaman-halaman awal dan akhir hilang).

4

MSS2975 A: Hikayat Nabi Sulaiman [fr.lr.-1Ov.] ; 19-20 b. ; 20.0 x 14.9 em. Selesai disalin pada malam Jumaat 24 Safar. Tidak lengkap (halaman-halaman awal hilang).

B: Hikayat Lukman ai-Hakim [ff.12v.-29r.] ; 19b. ; 20.0 x 14.9 em. Selesai disalin pada waktu asar hari Ahad, bulan Rabiulakhir tabun 1161 H. [174 7M.] di zaman pemerintahan Sultan Alaudin Johan Syab. Lengkap.

MSS3059 [Bustan aI-salatin. Bab 7/ [144] ff. ; 19b. ; 21.3 x 14.4 em. Tamat disalin oleh Lebai Jamal Pahang pada petang Isnin jam 3.00. Halaman akhir kolofon hilang.

(~hbagat 9Jallg tJuah dafam vUeMokg .01 the CWolfd ~eg(gtea

Penasihat Puan Zawiyah Baba Ketua Pengarah

Sidang Datin Siti Mariani S.M Omar Pengarang: Puan Munazzah Hj. Zakaria

Eneik Zulkijle Daud

Urus Selia: Perpusta/caan Negara MalaySia Pusat Manuslcrip Melayu 232, Jalan Tun Rozak 50572 Kuala Lumpur Tet26871796/7/8/9 Laman web: http://www.pnm.my E-mel: [email protected]

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia