JKKP BP 127/14/2 KIt. 4 (22) JABATAN KESELAMATAN DAN ... filetentang kadar caj baru ini seperti...

4
JKKP BP 127/14/2 KIt. 4 (22) JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 7 Tahun 2004 Pengurusan Pertukaran Caj Pemeriksaan Berkanun 1.0 Tujuan 1.1 Tujuan pekeliling ini dibuat adalah untuk memberi pemberitahuan kepada pejabat-pejabat negeri berhubung dengan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Pemberitahuan, Pemeriksaan Dan Kelayakan) 1970 yang melibatkan perubahan kepada kadar caj pemeriksaan berkanun jentera berperakuan, kilang dan pepasangan. 1.2 Pekelilil)g ini juga adalah bertujuan untuk memberitahu tarikh kuatkuasa kepada pembahan kadar ini serta langkah-Iangkah yang p~~lu diambil bagi mengurus perubahan ini. 2.0 Latar Belakang 2.1 Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan,.---Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera (Pindaan) 2004 telah pun diwartakan oleh pihak kerajaan. Pindaan tersebut melibatkan perubahan kepada kadar caj pemeriksaan berkanun jentera berperakuan, kilang dan pepasangan jentera yang sedia ada. 1

Transcript of JKKP BP 127/14/2 KIt. 4 (22) JABATAN KESELAMATAN DAN ... filetentang kadar caj baru ini seperti...

JKKP BP 127/14/2 KIt. 4 (22)

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

MALAYSIA

Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 7 Tahun 2004

Pengurusan Pertukaran Caj Pemeriksaan Berkanun

1.0 Tujuan

1.1 Tujuan pekeliling ini dibuat adalah untuk memberi pemberitahuan kepada

pejabat-pejabat negeri berhubung dengan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan

Kilang Dan Jentera (Pemberitahuan, Pemeriksaan Dan Kelayakan) 1970 yang

melibatkan perubahan kepada kadar caj pemeriksaan berkanun jentera

berperakuan, kilang dan pepasangan.

1.2 Pekelilil)g ini juga adalah bertujuan untuk memberitahu tarikh kuatkuasa

kepada pembahan kadar ini serta langkah-Iangkah yang p~~lu diambil bagimengurus perubahan ini.

2.0 Latar Belakang

2.1 Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan,.---Perakuan Kelayakan dan

Pemeriksaan) Kilang dan Jentera (Pindaan) 2004 telah pun diwartakan oleh

pihak kerajaan. Pindaan tersebut melibatkan perubahan kepada kadar caj

pemeriksaan berkanun jentera berperakuan, kilang dan pepasangan jentera

yang sedia ada.

1

" "

3.0 Rasional Perubahan Kadar Caj

3.1 Perubahan kepada kadar caj pemeriksaan ini adalah berdasarkan kepada

faktor-faktor berikut;

a) Kadar caj yang ada sekarang tidak pernah dipinda semenjak ianya diguna

pakai daripada tahun 1970 dan kadar caj tersebut adalah berasaskan

kepada Ordinan Jentera 1953 yang tidak lagi mencerminkan kos

mentadbir undang-undang yang sebenarnya pada masa ini.

b) Kadar kenaikan caj pemeriksaan bagi jentera yang bersaiz besar dan lif

penumpang bangunan tinggi adalah lebih besar daripada jentera yang

bersaiz kecil dan lif penumpang bangunan rendah untuk mengambilkira

kemampuan pemilik jentera berperakuan daripada sektor industri kecil

dan sederhana.

c) Kadar baru yang dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar yang

dikenakan oleh sektor komersial serta tidak membebankan kepada

pemilik jentera berperakuan dan kilang.

4.0 Pengurusan Pertukaran Kadar Caj

4.1 Memandangkan pertukaran kadar caj ini ada melibatkan implikasi

kewangan kepada pemilik atau penduduk jentera berperakuan, kilang dan

pepasangan jentera, adalah dijangkakan bahawa JKKP akan menerima banyak

pertanyaan daripada mereka ke atas perkara ini. Oleh itu, pihak Jabatan perlu

mengambil beberapa langkah dan tindakan yang sepatutnya bagi menerangkan

dengan sejelas-jelasnya tentang perubahan caj ini kepada mereka. Dengan yang

demikian perlaksanaan kadar baru caj pemeriksaan ini dapat dilaksanakan

dengan lebih lancar serta dapat mengurangkan halangan daripada pihak yang

terlibat.

2

4.2 Langkah-Iangkah yang perlu diambil bagi tujuan di atas adalah

seperti berikut;

a) Memberi penerangan secara terperinci kepada setiap pegawai JKKP

tentang kadar caj baru ini seperti tarikh mula berkuatkuasa dan rasional

kenapa perubahan kadar ini perlu dibuat.

b) Memberitahu kepada pihak industri melalui persatuan-persatuan majikan

seperti FMM, MEF, MAPA serta persatuan-persatuan perniagaan yang

terdapat di dalam negeri di mana JKKP berada tentang perubahan ini.

c) Menyebarkan broucer penerangan perubahan kadar (Lampiran 1) ini

kepada pemilik atau penduduk jentera berperakuan, kilang dan

pepasangan jentera. Soucer ini hendaklah kirimkan bersama-sama

dengan notis pemeriksaan kilang atau jentera. Sila buat salinan photostat

bagi edaran dalam masa terdekat ini. Pihak Ibu Pejabat pada masa ini

sedang dalam proses mencetak broucer yang sama dan akan diagihkan

kepada setiap pejabat negeri apabila siap tercetak.

d) Memberi penerangan tentang perubahan kepada pemilik atau penduduk

kilang atau jentera semasa pemeriksaan.

e) Menerangkan rasional-rasional kenapa kadar baru ini dikenakan jika ada

pertanyaan daripada pihak industri.

5.0 Kuatkuasa Peraturan

Peraturan ini akan berkuatkuasa seperti di para ,. Oleh yang demikian, bermula

daripada tarikh tersebut, semua caj pemeriksaan berkanun adalah berdasarkan

kepada kadar caj yang telah ditetapkan mengikut kadar baru seperti di dalam

Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan)

Kilang dan Jentera (Pindaan) 2004 pada 7 Oktober 2004.

3

6.0 Pertanyaan

Sekiranya terdapat kemusykilan ke atas perkara tersebut, sila hubungi Ibu

Pejabat dengan merujuk kepada fail JKKP/IS 1271682/6.

7.0 Tarikh Kuatkuasa

7.1 Pekeliling ini adalah berkuatkuasa pada 1 November 2004.

"KREDIBILITIDIADUNKUALITITERSUSUN"

"BERKHIDMAT UNTUKNEGARA"

J

(Ir Haji Abu Bakarbin Che Man)

Ketua Pengarah

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

MALAYSIA

Tarikh :-

/J Oktober 2004

'..

4