JMG 418_2.pdf

7
- 1 - Perancangan Akademik JMG 418 PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH Sidang Akademik 2013/2014 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014 yang telah diupload dalam portal) JMG 418/4 - PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

description

JMG 418_2.pdf

Transcript of JMG 418_2.pdf

- 1 -

Perancangan Akademik

JMG 418 PERANCANGAN

BANDAR & WILAYAH

Sidang Akademik 2013/2014

KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual

Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014 yang telah diupload dalam portal)

JMG 418/4 - PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

- 2 -

PENGURUS KURSUS: Dr. Fatimah Hassan PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera pelajar-pelajar semua. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda semua kerana berjaya meneruskan pengajian ke tahun ini. Semoga anda semua dapat mempertingkatkan lagi usaha demi kejayaan yang berterusan dan dapat berijazah dengan sempurna. Perancangan akademik ini disediakan untuk memberi panduan mengenai kursus ini dengan lebih mendalam di samping dapat menguruskan masa belajar dengan lebih berkesan. Panduan kursus ini mengandungi perkara-perkara berikut: - Tujuan dan objektif kursus - Struktur kursus dan bahan-bahan rujukan - Penilaian kursus - Arahan Tugasan - Sidang Video - Jadual pembelajaran - Kursus Intensif TUJUAN KURSUS Kursus ini ditawarkan untuk melengkapkan unit teras bagi pelajar-pelajar yang memilih geografi sebagai MAJOR. Kursus ini bakal memantapkan pengetahuan pelajar dalam aspek-aspek perancangan bandar dan wilayah. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teori perancangan, perancangan bandar dan perancangan wilayah secara khusus. Selain itu pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan teknologi Sistem Maklumat Geografi dalam perancangan bandar dan wilayah, sebagai satu kaedah dalam membuat analisis dan seterusnya dalam membuat keputusan.

OBJEKTIF KURSUS

• memperkenalkan asas-asas perancangan dengan menyentuh aspek-

aspek sejarah, konsep, teori dan prinsip-prinsip dalam perancangan.

• membincangkan dengan lebih khusus perancangan bandar dan wilayah dari segi amalan, teknik dalam perancangan, kawalan perancangan, dasar pengwilayahan dan strategi pembangunan dengan menumpukan kepada pengalaman yang dilalui oleh Malaysia.

• Menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi dalam membantu ahli-ahli perancangan bandar dan wilayah membuat analisis dan membuat keputusan.

- 3 -

STRUKTUR KURSUS Kursus JMG 418 - Perancangan Bandar dan Wilayah ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Setiap satu mempunyai satu modul. Modul 1: Memperkenalkan pelajar kepada teori perancangan. Ia

dibahagikan kepada empat pelajaran. Pelajaran satu adalah sebagai pengenalan kepada bidang perancangan. Pelajaran dua menerangkan sejarah perancangan. Pelajaran tiga teori-teori dalam perancangan dan pelajaran empat prinsip-prinsip perancangan.

Modul 2: Membincangkan perancangan bandar secara khusus iaitu

merangkumi amalan, teknik dan kawalan perancangan bandar. Modul 3: Membincangkan perancangan wilayah secara khusus dengan

menumpukan kepada konsep pengwilayahan, dasar-dasar, strategi dan perlaksanaan berpandukan pengalaman yang telah dilalui oleh Malaysia.

Modul 4: Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam perancangan

bandar dan wilayah. BAHAN- BAHAN PEMBELAJARAN

1) Modul Modul merupakan bahan bacaan utama bagi kursus ini. Modul diedarkan dalam bentuk e-modul. Pelajar tidak perlu mencetak modul ini kerana pelajar-pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada modul sebagai bahan bacaan. Modul disediakan dan disusun secara berstruktur sebagai panduan dalam pembelajaran pelajar-pelajar. Jadi isi kandungan modul adalah terhad dan pelajar-pelajar masih perlu membuat rujukan dan menambah bahan bacaan dari sumber yang lain untuk menterkinikan bahan pembelajaran dalam kursus ini.

2) Bahan Rujukan

I. Baharuddin Mohamed, et.al, 2001. Prinsip-prinsip Perancangan. Kuala Lumpur: Prentice Hall Sprint Print.

II. Levy, J. M, 2003. Contemporary Urban Planning (6th. Ed). Error! Hyperlink reference not valid..

III. Glasson J. 1990. Pengenalan Perancangan Wilayah: Konsep,

Teori dan Amalan. (Terjemahan Ahris Yaakup). KL: Dewan Bahasa Pustaka.

IV. Hall, Peter. 2002. Urban and Regional Planning, 4th Edition,

London:Routledge. (HT165.5.H178).

V. Branch, M.C. 1983. Comprehensive Planning: General Theory and Principles. California: Palisades Publishers.

- 4 -

VI. Faludi, A. 1973. Planning Theory. Oxford: Pergamon Press.

VII. Rondinelli, D. 1975. Urban and Regional Development Planning.

London: Cornell University Press.

VIII. Ibrahim Wahab dan Harman Shah, A.H. 1992. Kaedah Analisis Perancangan: Analisis. Kuala Lumpur: DBP.

IX. Ruslan R dan Noresah M.S. 1998. Pengenalan Kepada Sistem

Maklumat Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

X. Narimah S. Dan Tarmiji M. 2008. Sistem Maklumat Geografi dalam Analisis Guna Tanah. Pulau Pinang: Penerbit USM

XI. Dasimah Omar. 2011. New Town Planning and development in

Malaysia. Shah Alam: Penerbit UPENA, UiTM.

ASAS PENILAIAN KURSUS Seseorang pelajar yang mendaftar kursus ini perlu memenuhi keperluan kursus iaitu: Komponen 1 (70 peratus) - Peperiksaan Akhir Komponen 2 (30 peratus) - Kerja Kursus (mengandungi Peperiksaan Berterusan dan Tugasan) 1. Peperiksaan Berterusan (Ujian) akan diadakan semasa Kursus Intensif.

Sumbangannya ialah 15 peratus. 2. Tugasan (esei). Sumbangannya ialah 15 peratus. ARAHAN DAN TAJUK TUGASAN (ESEI)

Soalan tugasan untuk sesi ini adalah bebas. Andaikan anda adalah seorang perancang yang dilantik untuk membincangkan sesuatu isu atau masalah yang melibatkan perancangan masa lalu, kini dan akan datang di tempat anda. Saya sarankan anda memerhati semua elemen-elemen asas perancangan dalam persekitaran terdekat anda. Misalnya pengangkutan, perumahan, pendidikan, perniagaan, perindustrian, jalan raya, kawasan rekreasi, sisa pepejal, prasarana asas, dan sebagainya. Pilih satu isu untuk diselidiki. Berasaskan isu ini, lakukan aktiviti perolehan maklumat atau bahan untuk perbincangan sama ada melalui pemerhatian, soal selidik (dengan orang ramai atau pegawai berkaitan) dan daripada data sekunder termasuk laporan-laporan dan rancangan pemajuan (sama ada laporan rancangan tempatan, rancangan struktur). Selepas itu kupas tugasan anda dengan mengikut format berikut:

- 5 -

(a) Bina tajuk tugasan (perlu ada istilah perancangan, isu di kaji dan

lokasi kajian) (b) Pengenalan kepada isu yang dikaji kepada/dalam lokasi kajian (c) Kepentingan isu yang dikaji dan hubungkaitan dalam aktiviti

perancangan secara holistik (perlu maklumkan data dan bahan yang perlu di teliti dan proses serta piawaian yang perlu di lalui ketika menyemak dan menilai isu ini

(d) Kupasan isu kajian daripada perspektif perancangan masa lalu, perancangan semasa dan masa depan (perlu rujuk dalam rancangan pemajuan)

(e) Implikasi, komen dan cadangan anda untuk perancangan yang disarankan

(f) Rumusan. Andaikan anda adalah seorang perancang yang dilantik maka bentangkan imaginasi anda seluas-luasnya bagi mendapatkan satu tugasan yang praktikal, kritikal dan berinovatif. Sila berbincang dengan saya sebagai pengurus kursus jika anda menghadapi sebarang masalah.

Dalam menyediakan esei ini anda perlu mengikuti garis panduan berikut: 1. Anda MESTI menyediakan esei ini secara individu. Panjang esei adalah

dalam 13-15 muka surat bersaiz A4. 2. Esei anda mestilah original dan bukan sekadar petikan dari laporan yang

dirujuk. Komen, kritikan dan kupasan inovatif yang akan mempengaruhi gred anda kelak. Sertakan bahan lampiran yang berkaitan untuk membuktikannya.

3. Sila hantar SATU salinan sahaja (bentuk “hardcopy” yang dikepilkan

bersamanya ”softcopy”) dan pastikan esei anda sampai kepada pihak PPPJJ sebelum atau pada 20 Mac 2014. Esei yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan penalti. Tugasan yang lewat lebih dari dua minggu TIDAK akan diterima dan markah F akan diberikan. Jangan sekali-kali mengambil mudah akan kepentingan tugasan ini lalu tidak berusaha untuk menyempurnakannya.

KEGIATAN SEMASA KURSUS INTENSIF Kursus intensif akan diadakan pada 21 Januari 2014 hingga 14 Februari 2014. Seseorang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM diwajibkan menghadiri Kursus Intensif bagi setiap tahun pengajiannya. Kursus Intensif memberi peluang kepada pelajar PPPJJ mengalami suasana belajar "dalam kampus" secara “face-to-face”. Sepanjang tempoh Kursus Intensif pelajar bukan sahaja berinteraksi dengan pensyarah dan pentadbir tetapi juga dengan pelajar yang lain, baik dari Pusat Wilayah yang sama mahupun dari Pusat Wilayah yang lain. Pelajar juga dapat menggunakan beberapa kemudahan yang disediakan oleh USM bagi kegiatan bercorak akademik dan juga kegiatan bercorak bukan akademik.

- 6 -

KELAS SIDANG VIDEO Anda wajib menghadiri kelas sidang video. Telesidang video ini bukanlah satu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh pensyarah tetapi adalah merupakan satu sesi perbincangan. Oleh itu, anda dikehendaki membuat persediaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan. Sebanyak enam (6) slot kelas sidang video diperuntukan untuk kursus ini. Empat perjumpaan awal dalam tempoh sebelum Kursus Intensif dan dua lagi selepas Kursus Intensif. Tajuk perbincangan untuk empat perjumpaan awal di sediakan seperti di bawah bagi memudahkan anda membuat persediaan awal. Tarikh perjumpaan telesidang telah ditetapkan dan untuk tarikh selepas kursus intensif akan ditetapkan kemudian. Sila layari portal e-learning PPPJJ, khas untuk kursus ini untuk maklumat lanjut. Agenda Sidang Video

Sidang Video

Agenda Persediaan

Perjumpaan 1

Pengertian Perancangan • Mengapa perlunya perancangan? • Definisi perancangan • Proses perancangan

Modul 1 dan modul 2

Perjumpaan 2

Sejarah Perancangan Bandar • Sejarah dan perkembangan

Perancangan Bandar • Strategi Pembangunan Perancangan

Bandar di Malaysia

Modul 2 dan Modul 3

Perjumpaan 3

Sejarah Perancangan Wilayah di Malaysia • Sejarah dan perkembangan

Perancangan Wilayah • Strategi Pembangunan Perancangan

Wilayah di Malaysia

Modul 2 dan Modul 3

Perjumpaan 4

Jentera Perancangan dan Rancangan Pemajuan

• Perancang Bandar (siapa) • Jenis-jenis Rancangan/Pelan (apa)

Modul 1 dan 2

JURNAL, MAJALAH DAN AKHBAR SEMASA Kursus ini memerlukan anda berfikiran kritis dan sentiasa bersedia menerima sebarang ilmu dan pendekatan terbaru mengenai perancangan Bandar dan Wilayah sama ada pada peringkat lokal atau pun global. Akibat dari dunia yang sentiasa dinamik dan era globalisasi yang semakin canggih dan sentiasa terkini, pendedahan ilmu melalui pembacaan dari jurnal, majalah dan akhbar semasa amatlah diperlukan. Internet merupakan sumber bahan

- 7 -

ilmiah yang paling mudah digunakan. Oleh itu tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda melalui sumber ini. Semasa Kursus Intensif pula anda dinasihatkan untuk membuat rujukan yang berkaitan dengan kursus dan bidang yang berkaitan di Perpustakaan USM. Sekiranya anda tidak sabar menanti tempoh kursus intensif, anda boleh mendapatkan journal terpilih sahaja dengan menggunakan database USM dengan mendaftarkan diri anda di http://www.lib.usm.my/equip-usm/custom/ezproxy.jsp (Buka laman web library usm>databases>outside USMNet user> dapat halaman ini dan penuhi tuntutan untuk melayarinya) PENGGUNAAN E – PORTAL Selaras dengan hasrat kerajaan dan universiti, penggunaan ICT amatlah ditekankan terutama dalam era globalisasi yang mencabar dan dinamik ini. Sehubungan dengan ini anda amat digalakkan untuk menggunakan kemudahan e-portal terutamanya ruangan forum yang disediakan untuk kursus ini secara maksimum. Gunakan ruangan ini untuk berkomunikasi dan bersoal jawab sesama pelajar. Bahan-bahan pembelajaran seperti e-modul, nota kuliah dan telesidang turut dimuatkan dalam e-portal ini untuk kemudahan anda semua. Sebarang hebahan dan maklumat terkini akan disalurkan melalui perkhidmatan ini dari masa ke semasa. Justeru itu, gunakanlah e-portal ini dengan sepenuhnya sebagai kemudahan asas pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh. JADUAL PEMBELAJARAN Pelajar-pelajar yang berada di paras tiga atau tahun akhir sudah tentu telah memahami serta bijak dalam merancang dan mengurus waktu pembelajaran. Jadi di sini saya tidak akan menyediakan jadual pembelajaran anda semua dan saya berharap pelajar semua dapat menyediakan jadual sendiri berpandukan jadual-jadual yang telah disediakan bagi kursus-kursus yang terdahulu. Pastikan juga anda mempunyai kalendar perancangan bagi sidang akademik 2013/2014 supaya anda lebih peka dengan tarikh-tarikh penting yang telah disediakan. Bentuk satu suasana pembelajaran yang harmoni di rumah supaya anda boleh belajar dengan tenang dan berkesan. PERHUBUNGAN DAN MASALAH Sila hubungi saya secara bersurat, e-mel atau forum di e-portal PPPJJ jika menghadapi sebarang kesulitan atau masalah. Dr Fatimah Hassan Tel : 04-6533934 Email : [email protected] Akhir kata saya ucapkan selamat belajar, semoga tabah mengharungi cabaran dan selamat maju jaya.

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

- oooOooo -