JMS313 Bosnia

19
Terangkan isu-isu yang mencetuskan pemberontakan Bosnia- Herzegovina 1875-1878. Apakah kepentingan Bosnia-Herzegovina kepada kuasa-kuasa besar? PENDAHULUAN Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah di mana bersempadan antara kebudayaan barat dan timur. Pada Abad Pertengahan, wilayah tersebut menjadi pertikaian dan perebutan pengaruh antara Rom Barat yang Katolik dan Rom Timur yang Ortodoks. 1 Masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke semenanjung Balkan pada abad ke-7 Masihi. 2 Negara Bosnia- Herzegovina merupakan sebuah negara yang mempunyai 3 etnik masyarakat iaitu Bosniak, Serb Bosnia dan Crotia Bosnia. Bosnia berada dibawah jajahan kerajaan Uthmaniah bermula pada tahun 1463 ekoran berlakunya perluasan kuasa kerajaan Uthmaniah di Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ketangan tentera kerajaan Uthmaniah dalam Perang Kosovo. Perang ini dikenali sebagai Kosovo sempena nama tempat berlakunya 1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bosnia_dan_Herzegovina 2 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa- kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 19 1

description

history

Transcript of JMS313 Bosnia

Page 1: JMS313 Bosnia

Terangkan isu-isu yang mencetuskan pemberontakan Bosnia-Herzegovina 1875-

1878. Apakah kepentingan Bosnia-Herzegovina kepada kuasa-kuasa besar?

PENDAHULUAN

Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah di mana bersempadan antara

kebudayaan barat dan timur. Pada Abad Pertengahan, wilayah tersebut menjadi

pertikaian dan perebutan pengaruh antara Rom Barat yang Katolik dan Rom Timur

yang Ortodoks.1 Masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang

berhijrah ke semenanjung Balkan pada abad ke-7 Masihi.2 Negara Bosnia-Herzegovina

merupakan sebuah negara yang mempunyai 3 etnik masyarakat iaitu Bosniak, Serb

Bosnia dan Crotia Bosnia.

Bosnia berada dibawah jajahan kerajaan Uthmaniah bermula pada tahun 1463

ekoran berlakunya perluasan kuasa kerajaan Uthmaniah di Semenanjung Balkan

selepas kekalahan tentera Serbia ketangan tentera kerajaan Uthmaniah dalam Perang

Kosovo. Perang ini dikenali sebagai Kosovo sempena nama tempat berlakunya

pertempuran antara tentera Turki Uthmaniah dengan tentera Serbia di Kosovo yang

meletus pada tahun 1389. Penaklukan ini menandakan era pemerintahan kerajaan

Islam di Bosnia Herzegovina. Sistem pentadbiran kerajaan Uthmaniah ini berjalan

selama 412 tahun sehinggalah pada 1875 apabila berlakunya pemberontakan terhadap

kerajaan Uthmaniah di Bosnia oleh orang-orang kristian yang menentang pemerintahan

Uthmaniah di Bosnia-Hezergovina. Manakala, pada 1876 pula berlaku pula

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bosnia_dan_Herzegovina2 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 19

1

Page 2: JMS313 Bosnia

pemberontakkan di Bulgaria yang bertujuan untuk memberikan lagi tekanan kepada

Kerajaan Uthmaniah. Masalah dalaman empayar Kerajaan Uthmaniyyah ini sentiasa

menarik perhatian kuasa-kuasa besar Eropah untuk campurtangan di Bosnia walaupun

hakikatnya penglibatan kuasa-kuasa besar dalam masalah dalaman kerajaan

Uthmaniah tidak memabantu menyelesaikan masalah, bahkan memburukkan keadaan,

seperti konflik yang berlaku di Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1876.

LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH

Sebelum Kedatangan Kerajaan Uthmaniyyah, Bosnia di perintah oleh beberapa

kerajaan Kristian katolik dan ortodoks. Pada tahun 1463, peperangan telah meletus

yang mana orang-orang Kristian telah memberikan bantuan kepada tentera Islam

kerajaan Uthmaniah untuk menakluki Bosnia Hezergovina. Oleh itu, masyarakat

Kristian di Bosnia telah menyambut baik kedatangan orang muslim di sana dan telah

mewujudkan satu identiti baru kepada rakyat Bosnia yang sebelum ini terdiri daripada

pecahan-pecahan suku bangsa dan agama dengan identiti “bangsa Islam”. Golongan

Kristian mendapat tempat yang istimewa semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniah

berbanding semasa sebelum itu.3 Sewaktu Bosnia Hezergovina di bawah pemerintahan

Kerajaan Uthmaniah Gabenor berperanan sebagai pentadbir wilayah dengan arahan

daripada Kerajaan Pusat di Konstaniah. Di peringkat negeri pula, kuasa pentadbiran

3 Mihailo D. Stojanović, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge University Press,

1939. Hlm 12

2

Page 3: JMS313 Bosnia

adalah ditangan Gabenor dengan dibantu oleh badan kerajan iaitu Majlis. Ahli-ahli

Majlis ini terdiri daripada golongan Islam dan Kristian. Layanan yang sama diberikan

kepada semua rakyat. Dari segi ketenteraan pula, kerajaan menetapkan sama ada

Islam atau Kristian yang sihat berumur 18-35 tahun wajib menyertai tentera.4 Namun

begitu, rakyat berhak untuk tidak menyertainya dengan membayar cukai terutamanya

golongan Kristian.

Pentadbiran kerajaan Uthamniah yang lebih menghormati agama-agama lain

dan bebas menjalankan aktiviti keagamaan menyebabkan ia diterima di dalam Bosnia

Hezegorvina. Agama-agama lain bebas menjalankan aktiviti-aktviti keagamaaan.

Antara agama-agama yang dianuti adalah seperti Islam, Kristian, Katolik, Kristian

ortodoks dan Jews. Malahan, kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi membina

dan membaiki gereja dengan kebenaran pihak kerajaan. Selain itu, sistem undang-

undang pula adalah berteraskan ajaran Al-Quran.

ISU-ISU YANG MENCETUSKAN PEMBERONTAKAN PADA TAHUN 1875-1878

Pemberontakan di Bosnia-Hezergovina yang meletus pada tahun 1875 adalah

disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan Uthmaniah.ini kerana, orang Kristian yang

terlibat dalam pemberontakan tersebut menganggap diri mereka ditindas kerana tidak

mempunyai hak yang sama dengan orang Islam dalam pelbagai perkara. Undang-

undang Islam atau hukum Islam dikatakan tidak sesuai diaplikasikan kepada orang

4 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 25

3

Page 4: JMS313 Bosnia

Kristian. Isu-isu ini adalah ditimbulkan atas rasa tidak puas hati mereka berkenaan

pentadbiran kerajaan Uthmaniah dan menjadi fatktor-faktor dalaman terhadap konflik

Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1878. Pada hakikatnya, ia bukan disebabkan

kelemahan dasar atau reformasi kerajaan itu, tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor

luaran yang telah mengagalkan usaha kerajaan Uthmaniah ini. Faktor-tersebut dapatlah

dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor Dalaman

Dalam sistem pungutan cukai yang dilaksanakan, orang kristian merasa tidak

berpuas hati kerana dikatakan ia membebankan. Ini kerana wakil pengutip cukai yang

dihantar oleh pihak Kerajaan Bosnia-Herzegovina tidak menjalankan tanggungjawab

dengan amanah. Mereka tidak mentafsir cukai dengan betul dan para penduduk

terpaksa membayar cukai pada kadar yang tinggi daripada kadar yang sepatutnya

seperti terkandung dalam undang-undang. Selain itu, cukai pertanian yang dibayar

kepada kerajaan pula oleh petani-petani adalah dianggap menindas orang-orang

kristian kerana majoriti para petani terdiri daripada golongan tersebut.5 Maka dengan itu

pihak petani Kristian meminta agar kerajaan memansuhkan sistem pungutan cukai

tersebut malahan juga isu ini dikatakan pihak Kristian terhadap kerajaan Uthmaniah,

walaupun jika dilihat dari status hidup petani ini adalah lebih baik berbanding dengan

kehidupan mereka 20 tahun yang lalu. Pada dasarnya, pihak petani Kristian bukanlah

5 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 28

4

Page 5: JMS313 Bosnia

ingin memusuhi piak kerajaan sebaliknya mereka melahirkan rasa tidak berpuashati

terhadap pemungut-pemungut cukai yang dilantik kerajaan.

Seterusnya dari segi pemilikan senjata pula, orang kristian dilarang memiliki

senjata manakala orang islam dibenarkan memilikinya. Oleh itu mereka menganggap

pihak kerajaan adalah tidak adil sungguhpun undang-undang itu telah dipraktikkan

selama 412 tahun yang lampau sebelum tercetusnya pemberontakan.6 Pemilikan

senjata oleh orang islam pula merupakan satu tardisi dan budaya mereka dan jika

mengikut hokum syariah juga, orang Kristian bebas daripada tanggungjawab memikul

senjata dan berperang tetapi hanya perlu membayar jizyah. Dalam tuntutan mereka,

mereka berkehendakkan agar orang Islam turut dilarang memiliki senjata dan dalam

masa yang sama mereka ingin memiliki senjata. Tuntutan ini sebenarnya bertujuan

untuk mendapatkan kebebasan dari Bosnia dan dalam masa yang sama ia dipengaruhi

kejayaan yang dicapai dalam pemberontakan Greek (1830) dan Serbia (1862) yang

menentang kerajaan Uthmaniah.

Dari segi pentadbiran ketenteraan jika dilihat dari sudut undang-undang

ketenteraan Islam, orang Kristian tidak dibenarkan unuk berkhidmat dalam ketenteraan,

kerana ia akan mengundang bahaya kepada sesebuah kerajaan Islam.7

Walaubagaimanapun kerajaaan Uthmaniah telah member layanan sama rata terhadap

rakyatnya tanpa mengira agama dalam penglibatan mereka dalam bidang ketenteraan.

Kerajaan Uthmaniah menetapkan undang-undang bahawa penganut Kristian atau Islam

6 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 30

7 Ibid. hlm 315

Page 6: JMS313 Bosnia

yang cukup syarat wajib menyertai bidang ketenteraan. Pengecualian diberikan dengan

rakyat membayar cukai pengecualian.8 Sungguhpun demikian, golongan Kristian tidak

berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ini berbanding orang Islam yang

menganggap ketenteraan merupakan satu jihad. Orang Kristian lebih sukar membayar

cukai bagi mengecualikan mereaka daripada menyertai tentera.

Dalam sistem kehakiman dan perundangan pula adalah berlandaskan hokum

syarak dan ini menyebabkan golongan Kristian menggunakan isu ini sebagai salah satu

sebab kenapa mereka memberontak. Menurut mereka, sistem ini menyebabkan

mereka ditindas oleh oleh kerajaan kerana bagi mereka ia tidak adil dan hanya berat

sebelah. Mereka menginginkan agar kerajaan juga menerapkan sistem perundangan

barat dalam sistem perundangan Bosnia. Dan ini akan menyebabkan berlaku

percanggahan dalam sistem kehakiman kerana terdapat banyak perbezaan dan tidak

sesuai diamalkan di negara Islam seperti Bosnia Herzegovina.

Bukan itu sahaja, golongan Kristian turut menimbulkan isu perwakilan dalam

Majlis Kerajaan Negeri yang tidak adil kerana keahlian mereka tidak seimbang dengan

orang Islam iaitu 2:10. Mereka mahukan kerajaan menyamaratakan keahlian agar

nasib mereka lebih terjamin. Sesungguhnya mereka hanya menggunakan isu ini bagi

tujuan pemberontakan walaupun pada hakikat sebenarnya mereka tidak pernah

menggunakan hak mereka dalam perwakilan majlis.

8 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 31

6

Page 7: JMS313 Bosnia

Faktor Luaran

Serbia memainkan peranan penting dalam mencetuskan konflik ini kerana ia

berdendam dengan kerajaan Uthmaniah. Ini kerana mereka telah kalah dalam Perang

Kosovo pada abad ke-14. Tujuan mereka menghasut golongan Kristian ini adalah ingin

menyataukan Bosnia dengan Serbia, memandangkan Bosnia mempunya persamaan

dari segi etnik masyarakat, pertalian darah dengan dan ekonomi. Selain itu Serbia juga

ingin membentuk sebuah empayar yang besar di bawah pentadbirannya.

Selain itu, dari segi ekonomi, Bosnia merupakan sebuah kerajaan yang stategik

iaitu laluan keluar melalui Laut Adriatik yang merupakan laluan yang penting dalam

pertahanan dan juga perdagangan antarabangsa. Disebabkan faktor inilah, Serbia

begitu menginginkan Bosnia menjadi sebahagian empayarnya. Mereka berusaha

sedaya upaya menghasut masyarakat Kristian untuk menentang Kerajaan Uthmaniah

dengan membangkitkan beberapa isu seperti masayarakat Kristian ditindas dalam

pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Sebelum meletusnya pemberontakan di Bosnia-

Hezergovina pada tahun 1875, para penyokong pemberontak Serbia sering berulang-

alik dari Serbia ke wilayah Bosnia-Hezergovina seperti di Wichgard dan Zwornick dan

juga di sempadannya di Novi Bazar.9 Pelbagai kekacauan dilakukan bagi menarik pihak

kerajaan campur tangan dalam pemberontakan ini.

Bahkan Serbia turut menjadi agen kepada Russia

dalam propaganda Pan Slav di Semenanjung Balkan termasuk di Bosnia-Hezergovina.

Selain menyebarkan propaganda Rusia, ia juga giat mengatur perjumpaan sulit dengan

9 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 43

7

Page 8: JMS313 Bosnia

pengganut Kristian Ortodoks bagi menetang kerajan Uthmaniah. Malahan mereka

menyebarkan berita-berita palsu melalui akhbar Serbia tentang penindasan terhadap

orang Kristian dengan tujuan agar kuasa-kuasa besar mendengar dan akan

menyerahkan Bosnia kepada mereka. Pelbagai usaha dilakukan termasuk

membekalkan senjata dan tenaga tentera dalam menjayakan pemberontakan ini.

Antara yang dilakukan oleh Serbia adalah menghantar seramai 40 orang tentera pada

tahun 1875 yang dibekalkan dengan senjata dan ubat-ubatan untuk membantu

pemberontak-pemberontak menentang kerajaan, dan lima orang pegawai tentera

Serbia untuk melatih pemberontak-pemberontak dan meningkat menjadi 10,000 oarang

pada September 1875.

Rusia turut memainkan peranan yang penting dalam pemberontakan ini. Ini

kerana mereka berminat untuk menguasai dua selat iaitu selat Dardanelles dan selat

Bosphorus di Laut Hitam dari segi pertahanan dan perdagangan Rusia. Bagai

mencapai impiannya, beliau menggunakan pengaruhnya ke atas negeri semenanjung

Balkan member tekanan kepada Kerajaan Uthmaniah. Malahan mereka juga turut

mengeksploitasi situasi dalam yang wujud ketika itu dan mengharapkan campurtangan

ini sebagai pembela agama Kristian dan dalammasa yang sama menguatan lagi

pengaruhnya di kalangan Bangsa Slav.

Selain bertindak sebagai penasihat, Rusia juga mengarahkan kepada

pemberontak agar meneruskan pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniah,

walaupun pemberontak mereka mengalami kecederaan. Dan ini jelas menunjukkan

Rusia memang mengeksploitasi dan menjadi dalang dalam pemberontakan ini demi

8

Page 9: JMS313 Bosnia

kepentingannya bagi mendapatkan selat-selat terbabit walaupun menyedari

kelengkapan peperangan Kerajaan Uthmaniah lebih baik dari Serbia. Malahan mereka

sanggup membelanjakan wang untuk membiayai pemberontakan ini.

Gereja Katolik juga memainkan peranan penting dalam pemberontakan ini,

kerana orang Kristian mempunyai sikap benci dan prejudis terhadap orang Islam yang

mmerintah negara-negara Kristian selama hampir 412 tahun.10 Mereka mendakwa

kerajaan Uthmaniah member layanan yang buruk terhadap orang Kristian di Bosnia

Herzegovina. Oleh itu, golongan paderi ini menggunakan pengaruh mereka untuk

mendapatkan sokongan dari orang-orang Kristian lain untuk tujuan membalas dendam

terhadap orang Islam. Seorang paderi yang bernama Nikifor bertanggungjawab ke atas

permusuhan yang berlaku antara orang Kristian dan orang Islam.11

Kebangkitan Semangat Kebangsaan di Semenanjung Balkan juga menjadi salah

satu faktor yang mendorong tercetusnya pemberontakan ini. Antara negeri-negeri yang

berjaya menentang kerajaan Uthmaniah adalah seperti Greek (1830) dan Serbia (1862)

dan ini menjadi inspirasi kepada golongan Kristian untuk mendapatkan Bosnia dan

menjadi merdeka dan mencapai hak autonomi. Selain itu, negara sekitarnya juga giat

memberontak terhadapa kerajaan Uthmaniah seperti Montenegro dan Bulgaria.

Selain itu, pemberontakan ini juga mendapat simpati dari masyarakat Kristian

antarabangsa. Sokongan-sokongan masyarakat antarabangsa agar Bosnia mendapat

hak sama dilaung-laungkan malahan mereka juga turut member bekalan ketenteraan

10 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 56

11 Ibid, hlm 579

Page 10: JMS313 Bosnia

dan perubatan kepada pemberontak-pemberontak tersebut. Bahkan faktor

geografiBosnia juga member peluang kepada pemberontak menjayakan

pemberontakan mereka. Kawasannya yang berbukit-bukau memudahkan pemberontak

mendapatkan bantuan makanan dan perubatan serta tenaga daripada negeri-negeri

jiran. Dengan struktur muka bumi sebegini, menyukarkan pihak kerajaan untuk

membanteras pemberontak.

KEPENTINGAN BOSNIA KEPADA KUASA-KUASA BESAR

Bagi Rusia, Bosnia-Herzegovina penting baginya untuk meluaskan pengaruhnya

ke atas semenanjung Balkan. Ini kerana ia penting untuknya dalam menguasai Laut

Hitam. Oleh itu ia memerlukan penduduk Balkan terutamanya Bosnia bagi meluaskan

dan menguasai Laut Hitam bagi tujuan ekonomi dan pertahanan. Laut Balkan

merupakan laluan yang strategik kapal-kapal perdagangan manakala dari segi

pertahanan, ia dapat menguatkan lagi ketenteraan Rusia dari sebarang serangan

hendap dari kuasa-kuasa asing. Ini terbukti apabila, secara tidak sengaja mereka telah

menyuarakan hasrat tersebut dengan wakil Britain dalam pemberontakan Crete pada

tahun 1862.

Kerajaan Austria-Hungary pula bersifat neutral dalam pemberontakan ini selagi

kepentingannya di Eropah tidak digugat oleh Rusia. Jika Rusia masih meneruskan

niatnya, maka Austria tidak akan menyokong kerana ini akan menggugat kedudukan

negaranya. Manakala Britain pula mempertahankan wilayah Uthmaniah demi

kepentingan ekonomi dan telah member amaran kepada Rusia dan tidak teragak-agak

menghalang mereka dari menganggu Terusan Suez. Ini kerana ia akan memberi

10

Page 11: JMS313 Bosnia

ancaman kepada Britain di India. Malahan penaklukan ini akan menganggu perusahaan

dan juga kewangan Britain di Mesir. Dan ini menjadi tanggungjawab Britain untuk

menghalang Rusia demi kepentingan ekonominya.

Walaubagaimanapun, Jerman pula berbeza dengan kuasa-kuasa besar yang

lain dalam melindungi kepentingannya. Walaupun ia tidak menuntut apa-apa tetapi ia

penting untuk mengelakkan daripada berlakunya peperangan di Eropah. Ini kerana ia

perlu menumpukan perhatian terhadap pembangunan negaranya selepas kalah dengan

Perancis. Bahkan ia turut risau Perancis akan bergabung dengan Rusia bagi

menyerang negaranya.

Manakala kerajaan Perancis mempunyai kepentingan di Asia, teluk

Mediteraneandan Afrika. Oleh itu ia tidak bersetuju dengan kehendak Rusia yang ingin

membuka kemabli selat Dardanelles dan Bosphorus kepada kapal-kapal perang dan

akan mendedahkan Perancis tehadap piahak tentera Rusia. Dalam masa yang sama

juga, Perancis ingin mengelakkan peperangan yang melibatkan Rusia dan Britain.

Akhir sekali, bagi kepentingan ekonomi dan politik, Itali juga tidak bersetuju

dengan tindakan Rusia yang akan mengakibatkan Austria-Hungary menguasai Bosnia.

Ini kerana ini akan member kelebihan dari segi ketenteraan kepada pihak Austria dan

menggugat wilayah Itali. Oleh itu, amat penting bagi Itali mengekalkan integritinya.

11

Page 12: JMS313 Bosnia

KESIMPULAN

Apa yang dapat lihat di sini, Serbia memainkan peranan penting dalam

memulakan pemberontakan ini terutamanya dari segi bantuan tenaga pemberontakan,

senjata dan bekalan perubatan kepada pemberontak. Mereka sanggup

memecahbelahkan masyarakat Bosnia dengan menghasut golongan Kristian demi

kepentingan merekauntuk mendapatkan Bosnia dan membalas dendam di atas

kekalahan merekan dalam Perang Kosovo. Pemerintahan kerajaan Uthmaniah

dikatakan telah menindas golongan Kristian dan layanan yang diberikan adalah tidak

sama dengan golongan Islam. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan

Kristian dalam beberapa perkara sehingga timbulnya pemberontakan 1875-1878. Krisis

pada tahun 1875-1878 ini juga boleh dikatakan menyebabkan Perang Dunia pada

tahun 1914.12 Selain itu Rusia telah mengambil peluang untuk mengeksploitasi

pemberontakan ini demi kepentingan ekonomi dan pertahanannya dengan menyokong

dan member bantuan kepada Serbia dan golongan pemberontakan ini.

12 Mihailo D. Stojanović, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge University Press,

1939. Hlm vii

12

Page 13: JMS313 Bosnia

Bibliografi

http://en.wikipedia.org/wiki/Bosnia_and_Herzegovina

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bosnia_dan_Herzegovina

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa

Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009.

Mihailo D. Stojanović, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge

University Press, 1939.

Alcira Kreimer dll., Bosnia and Herzegovina: post-conflict reconstruction, The World

Bank, Washington DC, 2000.

13