John Elliott AR

23
MODEL KAJIAN TINDAKAN JOHN ELLIOTT Oleh: Mohamad Amsyar bin Ilyas Mohamad Fahmi bin Hashim Muhammad Asrul bin Hassan

description

ATTTST

Transcript of John Elliott AR

MODEL KAJIAN TINDAKAN JOHN ELLIOTT

MODEL KAJIAN TINDAKAN JOHN ELLIOTTOleh:Mohamad Amsyar bin IlyasMohamad Fahmi bin HashimMuhammad Asrul bin HassanSEJARAH AWALDiperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946

Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth Benne dan Hilda Taba (Teachers College, University of Columbia)bagimenjalankan penyelidikan pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme perPensyarahan.

Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950an.

Pada tahun-tahun 1970an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa

Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975) yang memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum.

Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum.

Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-76), menyiasat penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran inkuiri.

Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong Pensyarah-Pensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project.

Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perPensyarahan ialah dengan menjalankan penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran

DEFINISI & KONSEPPenyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki;Amalan sosial dan pendidikan kendiri; Kefahaman terhadap amalan kendiri; Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.Research is systematic self-critical inquiry atau penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri yang kritis yang sistematik (British Journal of Educational Studies, 29(2) Jun 1981.

PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendiidkan.

DEFINISI LAINAction Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the result of a action.Kurt Lewin (1947)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.Stephen Corey (1953)

Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.Carl Glickman (1992)

Action Research is a fancy way of saying lets study whats happening at our school and decide how to make it a better place.Emily Calhoun (1994)

Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis

Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain

KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN

-Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; -Dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial -Tujuan: i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiriii.meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) -Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat(tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi)McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai -satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. -Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai-Satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Grundy dan Kemmis (1981) Tiga pra syarat:

membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki

mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks

dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan

Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-ciri ini

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan mereflek serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaranCIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri.Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan.Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat.Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment.Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian.Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan pendidikan.Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan

merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama. John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih lengkap. Contoh model ini ialah:

Format penulisan kajian tindakan John ElliottTujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

Tajuk kajianLatar belakang kajianKenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ TeoriTinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataanPerancangan Tindakan :Tindakan 1Tindakan 2Tindakan 3Tindakan 4Refleksi : Huraian kejayaan