Jounal_Minggu_8_Praktikum3

3
Minggu Ke-8 (23 Mac - 27 Mac 2015) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-8 23 Mac – 27 Mac 2015 26 Mac 2015 Masalah Hilang Tumpuan Pada minggu kelapan ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah melibatkan pengajran saya untuk kelas 3 Kamban. Terdapat sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan. Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat punca-punca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi perhatian dan kebisingan di 1 MASALAH ANALISIS MASALAH

description

minggu 8

Transcript of Jounal_Minggu_8_Praktikum3

Page 1: Jounal_Minggu_8_Praktikum3

Minggu Ke-8 (23 Mac - 27 Mac 2015)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-8

23 Mac – 27 Mac 2015

26 Mac 2015

Masalah Hilang Tumpuan

Pada minggu kelapan ini terdapat juga masalah yang timbul

berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah

pada kali ini adalah melibatkan pengajran saya untuk kelas 3 Kamban. Terdapat

sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil

murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan

berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam

menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang

dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan

tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan

apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan.

Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat

punca-punca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi

perhatian dan kebisingan di dalam kelas cuba saya kaji dan saya dapati mungkin

masalah ini berlaku terhadap murid yang memang lemah dalam subjek

matematik menyebabkan mereka kurang memahami apa yang saya ajar.

Akibatnya, mereka tidak fokus semasa guru mengajar.

1

MASALAH

ANALISIS MASALAH

Page 2: Jounal_Minggu_8_Praktikum3

Minggu Ke-8 (23 Mac - 27 Mac 2015)

Setelah akan mendapatkan maklumat dari Pn Yogeswari iaitu, guru kelas

yang asal dan merupakan guru sebelum saya mengambil alih tersebut. Saya

mendapatkan maklumat tentang beberapa murid yang lemah dan bermasalah

didalam kelas tersebut. Seterusnya, saya terus mengatur strategi dengan

memberi penekanan terhadap pengajaran secara individu.

Dalam mengatasi masalah ini, saya mengambil beberapa tindakan seperti

berikut:

1. Merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan melibatkan semua murid.

2. Menyusun semula kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan.

3. Menyusun semula kedudukan murid mengikut perbezaan individu.

4. Pemberian hadiah bagi murid merangsang minat murid untuk belajar.

5. Merancang waktu pengajaran sebaik mungkin.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan tindakan susulan

secara konsistan dan mengaplikasinya sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran. Namun untuk mengurangkan masalah ini akan melibatkan

tempoh masa yang berterusan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

2

TEMPOH TINDAKAN SUSULAN

CADANGAN