JSPK

download JSPK

of 12

Transcript of JSPK

  • 191

    LAMPIRAN

    JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

    BAB 1

    1. Morality ialah perkataan Latin yang berasal daripada kata moralis yang membawa makna adat, kebiasaan, kelakuan, gaya atau sikap. Ia merupakan satu kenyataan umum yang diterima oleh sesebuah masyarakat tentang sesuatu tingkah laku manusia sama ada baik atau buruk. Lazimnya apabila kita menyatakan bahawa seseorang itu beretika atau bermoral atau tidak beretika atau tidak bermoral kita sering kali merujuk kepada maksud yang sama. Apabila kita berkata manusia A ialah seorang yang bermoral atau beretika kita sebenarnya mengatakan bahawa individu A tadi ialah seorang yang baik iaitu mempunyai karektor, watak dan keperibadian yang disenangi. Malahan beliau juga menunjukkan sikap, gaya dan kelakuan yang positif dalam hubungannya dengan manusia lain. Bagaimanapun terdapat perbezaan antara moral dan etika kerana aspek etika mungkin menganggap sesetengah undang-undang itu tidak bermoral sedangkan undang-undang tersebut sebenarnya sah sebagai satu undang-undang. Contohnya, terdapat undang-undang yang membolehkan pengguguran dilakukan, iaitu ia sah di sisi undang-undang tetapi dari segi etika perbuatan tersebut dikatakan tidak bermoral.

    2. Undang-undang mempunyai perkaitan yang rapat dengan etika

    kerana melalui undang-undang kita dapat menetapkan amalan-amalan atau tingkah laku yang betul dan salah. Sekiranya sesuatu amalan itu salah atau tidak beretika, maka undang-undang boleh digunakan untuk memperbaiki atau membetulkan keadaan tersebut.

    3. Pergerakan kontemporari berkaitan dengan etika dalam pentadbiran

    pada awalnya muncul sebagai satu reaksi kepada amalan rasuah yang berlaku dalam sektor awam. Gerakan berkaitan etika ini dilihat sebagai satu pencetus ke arah gerakan pemulihan seperti mana pergerakan pemulihan dalam pentadbiran kerajaan. Pada pertengahan 1930-an, sektor kerajaan menjadi semakin besar dan menjelang tahun 1950-an perkhidmatan awam dianggap penting dan lazim disebut sebagai cabang keempat kerajaan. Menjelang tahun 1980-an, birokrasi yang merupakan simbol kerajaan yang besar mula dikaitkan dengan isu-isu seperti pembaziran, penyelewengan dan penipuan, serta rasuah. Oleh itu, era 1990-an ialah permulaan kepada gerakan era etika yang menyaksikan pengenalan dan penggubalan peraturan dan undang-undang tentang etika di segenap peringkat daripada peringkat negeri sehinggalah kepada para birokrat. Tujuan utamanya adalah untuk memantau dan mengawal rasuah dalam kerajaan. Ini bererti etika dalam kerajaan merujuk

  • 192

    kepada standard moral perkhidmatan awam, kualiti sesebuah kerajaan dan pentadbirannya termasuk perlakuan-perlakuan pekerja yang seharusnya sentiasa selari dengan sistem nilai organisasi.

    BAB 3

    1. Tujuan dilancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang tersebut ialah

    seperti berikut:

    (i) Meninggikan mutu Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

    (ii) Mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas yang telah diserahkan.

    (iii) Memupuk tanggungjawab bersama dalam Perkhidmatan Awam.

    (iv) Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam Perkhidmatan Awam.

    (v) Mengeratkan perhubungan antara semua golongan kakitangan kerajaan.

    (vi) Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan bersesuaian dengan semangat Rukun Negara.

    2. Strategi-strategi baru tersebut dibahagikan kepada beberapa

    prosedur pentadbiran, teknik dan kaedah-kaedah kerja seperti berikut:

    I. Memperbaiki sistem kerja dan prosedur:

    (i) Sistem punch card. (ii) Pengenalan tanda nama. (iii) Konsep ruang dan pejabat terbuka. (iv) Manual prosedur kerja. (v) Sistem fail meja. (vi) Garis panduan kiriman pos. (vii) Pengurusan melalui mesyuarat. (viii) Program pengukuhan produktiviti.

    II. Memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam:

    (i) Pusat bayaran setempat (one stop payment centre). (ii) Pusat perkhidmatan setempat (one stop service centre). (iii) Pusat bayaran lesen setempat. (iv) Perkhidmatan kaunter cekap dan mesra. (v) Kotak cadangan. (vi) Sistem GIRO.

    III. Penggunaan automasi dan teknologi.

  • 193

    IV. Kawalan pengurusan kewangan. V. Penerapan nilai-nilai dan etika-etika kerja di kalangan

    pegawai-pegawai kerajaan.

    3. Penerapan nilai-nilai positif di kalangan pegawai kerajaan telah dimasukkan ke dalam program pembaharuan. Antaranya ialah

    (i) Kebertanggungjawaban (accountability). (ii) Pengurusan diri sendiri (self management). (iii) Kerjasama. (iv) Pembangunan diri (self development). (v) Rajin dan dedikasi. (vi) Kejujuran intelektual. (vii) Semangat berpasukan. (viii) Berjimat-cermat. (ix) Integriti. (x) Sikap yang responsif. (xi) Disiplin diri. (xii) Berorientasikan pelanggan. (xiii) Berorientasikan prestasi. (xiv) Sikap keusahawanan (enterprising).

    BAB 4

    1. Nilai dan etika pengurusan Islam bertitik-tolak daripada hakikat tanggapan bahawa segala yang dilakukan oleh manusia semuanya dikira sebagai ibadat termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, ketua, keluarga, organisasi dan negara. Suatu lagi ciri keunggulan dan kesempurnaan nilai dan etika pengurusan Islam ialah keseimbangan. Setiap kakitangan pengurusan organisasi daripada yang tertinggi hinggalah terendah wajib berpegang kepada nilai dan etika yang menyeimbangkan antara kepentingan dunia dan akhirat, antara kebendaan dengan kerohanian, antara jasmani dengan jiwa dan antara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat. Ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab pengurusan organisasi, hal-hal ini wajib diambil kira. Kebenaran, kemuliaan, kebaikan, keadilan, amanah, kesederhanaan, berdisiplin, tepati janji, hargai masa, kesabaran, toleransi, berbakti, pemaaf, menilai diri, kesyukuran ialah nilai-nilai dan etika pengurusan Islam.

    2. Ini kerana citizenship berkait rapat dengan sensitiviti rakyat. Justeru, keputusan oleh orang awam juga penting dalam menyumbang kepada pembentukan pentadbir awam yang mantap. Keputusan oleh orang awam juga akan menjadi lebih tidak sivik dan kepimpinan politikal menjadi bertambah lemah jika hak awam seperti perkhidmatan, sumber-sumber dan faedah pembangunan

  • 194

    kemungkinan besar diketepikan atau diperuntukkan untuk kepentingan peribadi saja. Sehubungan itu, untuk mengelakkan wujudnya kerajaan berbentuk administrative tyranny yang tidak disukai rakyat, harus difikirkan secara positif tujuan dan matlamat sesebuah kerajaan dibentuk. Sebab itu pengurusan saintifik harus dilihat bukan saja dari sudut teknikal saja tetapi juga dari sudut tanggungjawab beretika pentadbir awam.

    3. Maksud petikan tersebut ialah dalam menangani masalah teknikal yang terdapat pada kerajaan moden yang kompleks dewasa ini, pentadbir awam tidak dapat lari daripada melibatkan diri dalam menganalisa perkara substantive terutama dalam mencadangkan sebarang polisi yang harus dibuat. Tidak kurang penting juga ialah sumbangan mereka terhadap proses membangunkan segala perincian mengenai perlaksanaan perintah dan peraturan.

    Sebarang tindakan memisahkan substantive rationality jauh daripada sebarang bentuk tingkah laku manusia adalah sesuatu yang mustahil kerana tindakan demikian akan hanya memusnahkan dan menzalimi etika kemanusiaan. Ramos (1981), menegaskan teori kemanusiaan mesti berdasarkan kepada penganalisaan substantive mengenai makna dan tujuan tindakan manusia. Dalam percubaan memisahkan fakta dengan nilai, Ramos mempertikaikan sosial sains yang sebenarnya tidak boleh meniru sains secara fizikal. Menurut beliau memandangkan pentadbiran awam berakar umbi daripada teori hubungan manusia dalam organisasi, adalah perlu bagi pentadbir awam menyesuaikan diri dengan amalan rasionaliti yang tinggi (substantive rationality). Pentadbir untuk rakyat ialah pengamal yang memahami tanggungjawabnya dan secara peribadi sedar mengenai nilai serta dimensi etika tindakan pentadbiran. Malahan mereka juga terlibat dalam penemuan-penemuan sivik. Substantive reasoning ini penting supaya hal yang sebenar tidak akan disembunyikan dan seterusnya dapat mengelakkan rakyat daripada dizalimi.

    4. Penolakan terhadap perubahan disekat oleh dua faktor, iaitu kecenderungan individu dan organisasi.

    (i) Kecenderungan pertama mengikut Staw, Sanderlands dan

    Dutton (1981) ialah kesan daripada terminologi ancaman ketat (threat rigidity effect). Menurut Staw, Ancaman kepada kepentingan utama suatu entiti, baik individu, kumpulan atau organisasi, akan membawa kepada satu bentuk rigidity. Proses yang paling terkenal yang menyumbang kepada rigidity dalam konteks ancaman ialah sekatan kepada pemprosesan maklumat dan penghadan kawalan semakan. Sama ada tindak balas kepada ancaman berkesan atau tidak, banyak bergantung kepada tahap ancaman itu sendiri. Bertindak

  • 195

    balas dalam keadaan yang kaku dan dalam suasana perubahan yang drastik boleh membawa kepada kesukaran dalam penyesuaian.

    (ii) Kecenderungan kedua dilihat dari segi bagaimana pihak-

    pihak yang terlibat bertindak balas kepada mekanisme akauntabiliti yang berlainan (Jos, 1990). Staw, (1980) mempertikaikan bahawa individu mempamerkan rasionaliti yang ke hadapan, iaitu apabila yang dituduh/pembuat keputusan cuba mencari pilihan yang terbaik untuk membela diri mereka. Namun, apabila seseorang didapati bertanggungjawab selepas keputusan dibuat, kemungkinan besar mereka ini akan merujuk kepada rasionaliti yang terdahulu dalam percubaan mengesahkan tindakan mereka. Disebabkan whistleblowing menjadikan mereka accountable, maka sebarang tindakan atas dasar keputusan yang dibuat dahulu akan sebolehnya cuba mengesahkan tindakan mereka yang lalu. Ini dilakukan dengan cara mereka cuba menjalankan aktiviti yang menampakkan faedah dan menggalakkan sasarannya untuk mengukuhkan keputusan yang lepas (Tetlock, 1985).

    5. Kerana satu kesan negatifnya ialah apabila sesebuah organisasi itu

    dilengkapkan dengan mekanisme suara(voice) tetapi jika tindak balas lebih cenderung kepada mekanisme exit, keadaan ini kurang berupaya untuk memulihkan prestasi yang menurun seterusnya mengakibatkan kejatuhan prestasi yang kekal. Organisasi yang tidak menggalakkan bangkangan terdedah kepada kesan yang serius apabila whistleblowing terjadi. Walaupun organisasi berjaya menghalang ahlinya bersuara, namun tindakan tersebut telah mengorbankan peluang-peluang untuk memperbaiki prestasi yang lemah. Sebaliknya, jika tindakan kawalan dari luar menghalang whistleblowing itu gagal, tahap penambahbaikan jauh lebih berkesan.

    6. Kritikan-kritikan yang biasa kedengaran ialah seperti berikut:

    (i) Oktober 1981-March 1982. Jabatan mempunyai masalah berkaitan pengurusan program (termasuk merancang, eksekutif dan memantau); dan pengurusan sumber dan aset. Laporan ini menggambarkan kelemahan besar dalam program pemantauan dan fungsi akaun kira-kira. Laporan terdahulu juga menghadapi masalah yang sama di bawah dua item besar ini. Jabatan ini mengalami sejarah yang panjang berhubung masalah ini.

    (ii) April September 1982. Seperti yang telah dinyatakan dalam

    laporan yang lepas, Jabatan mempunyai masalah dengan

  • 196

    pengurusan program dan pengurusan sumber dan aset. Laporan ini mencatatkan sejumlah besar kelemahan yang datang daripada kawalan terhadap pengurusan tabungan oleh jabatan dan ahli-ahli program. Begitu juga dengan masalah pengurusan program oleh staf HUD. Laporan ini juga memaparkan sebahagian besar penyalahgunaan kuasa dalam program HUD yang dilakukan oleh ahli-ahlinya.

    (iii) Oktober 1982 March 1983. Perkara serius seperti ini harus

    diketengahkan. Selama dua tahun pejabat kami telah bekerja di bawah program pengurusan untuk mendapatkan undang-undang yang membolehkan jabatan kami memungut dan mengumpul data untuk disesuaikan dalam komputer (computer matches) bagi kelayakan calon. Cadangan tersebut tidak dikemukakan kepada kongres atas beberapa sebab. Usaha kami dan masalah berbangkit telah dilaporkan di dalam laporan pertengahan tahun yang lepas dan juga dalam laporan terkini. Jadi kami sangat berharap kongres mengambil perhatian terhadap perkara ini dan membantu dalam menyediakan undang-undang berkenaan yang amat diperlukan.

    (iv) April September 1983. Laporan ini memberi ringkasan

    mengenai masalah signifikan dan cadangan yang dibuat sewaktu tempoh yang dinyatakan dan menekankan fokus audit terhadap kelemahan dalam operasi masalah kewangan di Agensi Perumahan Awam.

    (v) Oktober 1983 March 1984. Pejabat kami banyak

    menumpukan sejumlah besar sumber kepada mengkaji semula program perumahan awam. Di dalam jabatan ini sendiri kami menyiasat operasi polisi dan prosedur HUD. Secara luaran kami memfokuskan kepada semua masalah kewangan dalam semua pengurusan di Agensi Perumahan Awam (Public Housing Agency -PHA). Walaupun kebanyakan operasi PHA berjalan dengan efektif, tetapi masih ada kelemahan dalaman yang memerlukan perhatian segera. Jabatan ini mesti memperbaiki kebolehannya untuk mengesan masalah dan membantu PHA dalam mencapai matlamat dan objektif mereka. Kami percaya wujud keperluan yang mendesak supaya usaha kerjasama di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan dipertingkatkan untuk mengatasi masalah ini dan secara langsung memperbaiki program perumahan awam.

    (vi) April Sept 1984. Laporan ini menghuraikan kelemahan

    berpanjangan dalam memantau ahli-ahli dalam program HUD. Walaupun jabatan telah berulang kali cuba

  • 197

    memperbaiki prestasi, kekurangan pemantauan tetap menjadi masalah berterusan dan menjadi perkara serius yang perlu diberi perhatian.

    (vii) Oktober 1984-1985 Laporan ini memberi ringkasan

    mengenai pelbagai masalah dalam program HUD. Antaranya sebagai Pinjaman Insuran bagi ibu bapa tunggal, Pemulihan Sederhana dan Pinjaman Pemulihan. Sebagai contoh, program ibu bapa tunggal mempunyai inisiatif signifikan beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, kawalan pihak pengurusan nampaknya tidak bergerak seiring dengan perubahan ini (US HUD 1981-85).

    7. Justifikasi-justifikasi yang sering diberikan oleh mereka ialah seperti

    berikut:

    (i) Bila ditanya jika Kongres pernah menunjukkan minat kepada laporan pertengahan tahun, bekas IG HUD Demsey memberi keterangan, Saya tidak pernah menerima banyak rungutan kecuali hanya satu panggilan telefon.

    (ii) Perkara kedua dan lebih penting ialah Kongres lebih berminat dengan penyeliaan secara fire alarm berbanding pendekatan sistematik kawalan polis.

    (iii) Kegagalan menguatkuasa cadangan IG tidak menjadi tajuk utama akhbar, juga jenis ceritanya tidak membawa kepada ganjaran politik yang ahli Kongres sangat-sangat idamkan.

    (iv) Insentif untuk mengetepikan masalah ini lebih berat berbanding insentif untuk mengatasinya. Seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha HUD Jack Kemp, Pemeriksa HUD pada masa lalu menjalani penafian yang lembut, kerana dari satu laporan IG ke satu laporan yang lain melaporkan kekurangan ini, dari tahun ke tahun, selepas satu program ke program yang lain, tiada siapa yang mendengar dan mengambil tindakan (US Senat, 1990 A. Vol. 588). Keadaan bertambah buruk apabila walaupun HUD mengaku kelemahannya, tetapi ia sering berjanji akan berlaku penambahbaikan yang realitinya tidak pernah berlaku dan kadangkala mendakwa wujud kemajuan sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

    (v) Cabaran untuk mendapatkan perhatian dalaman adalah lebih sukar. Pertama, ia bertentangan dengan apa yang dipertahankan oleh Kongres mengenai IG sebagai lengan kanan yang kuat pada 1978, kebanyakan setiausaha dan pentadbir tidak berada di pejabat begitu lama untuk mengambil berat mengenai penambahbaikan pengurusan jangka panjang. Pekerja yang dilantik untuk tempoh 20 bulan tiada masa untuk mempelajari kerja mereka apa lagi

  • 198

    membangunkan hubungan dengan IG atau hubungan jangka panjang dengan pekerja institusi lain.

    (vi) Selain itu, kebanyakan pekerja IG dikatakan bertindak menyakitkan dan membosankan kerana mereka penuh dengan arahan bersifat dos dan donts saja. Tidak fleksibel kepada kehendak mereka.

    8. Konflik kepentingan harus dielakkan oleh penjawat awam kerana

    dalam menjalankan tugas, mereka

    (i) Mempunyai tanggungjawab menyeluruh untuk Memastikan hal-ehwal peribadi tidak bercampur

    aduk dengan hal-ehwal awam. Jika wujud juga konflik berkenaan, penyelesaian

    harus memihak kepada pihak awam dan bukan peribadi.

    (ii) Mempunyai tanggungjawab spesifik untuk

    Tidak mempunyai kepentingan peribadi sehingga mengganggu perjalanan tugas awam.

    Menagih atau menerima faedah kewangan. Tidak keluar dari tugas awam mereka semata-mata

    untuk memenuhi kepentingan entiti swasta atau bersifat pilih kasih dengan orang awam yang berurusan dengan mereka.

    Ambil kesempatan menggunakan maklumat yang diperoleh sewaktu bertugas dengan kerajaan untuk kepentingan peribadi yang tidak didedahkan kepada awam.

    Secara langsung atau tidak membenarkan pengunaan harta awam selain daripada yang dibenarkan atas tujuan rasmi.

    9. Pejabat Etika Kerajaan (Office of Government Ethics Act 1978, OGE)

    mulanya ditubuhkan di Pejabat Persekutuan bagi Pengurusan Personel oleh Akta Etika Kerajaan 1978 dan diberi status agensi yang berasingan apabila akta ini dipinda sedekad selepas itu. Pada 1988 penguatkuasaan semula akta ini memperuntukkan misi OGE sebagai arahan menyeluruh bagi semua cabang eksekutif mencegah kepentingan yang bercanggah di pihak pegawai dan pekerja-pekerjanya. Oleh itu, pada 1989 perintah eksekutif telah dikeluarkan untuk mengisytiharkan peraturan menubuhkan satu set tindakan eksekutif yang standard dan menyeluruh serta jelas.

    Langkah untuk memantap program etika persekutuan US ialah dengan mewujudkan Agensi Pegawai Etika yang Dipilih (Designated Agency Ethics Office-DAEO). DAEO kebanyakannya terdapat di

  • 199

    pejabat undang-undang kerana di sinilah berlakunya kaunseling mengenai isu etika. Selain menjadi sumber teknikal kepada Pesuruhjaya Polis (IG), tugas utama DAEO adalah menyediakan latihan dan kaunseling kepada pekerja-pekerja agensi mengenai perkara-perkara yang melibatkan konflik kepentingan dan juga menyemak semula penyata maklumat kewangan. Arahan pematuhan jelas dinyatakan oleh notis yang dikeluarkan oleh US HUD pada April 1990;

    Sebagai pegawai di DAEO, mereka bertanggungjawab mengarahkan staf yang terlibat dalam membangun, menyelaras dan menguruskan program jabatan mengenai etika dan perlakuan yang standard. Pegawai di DAEO akan membina polisi dan prosedur bagi memastikan semakan semula yang betul bagi maklumat yang dikemukakan, memberi khidmat nasihat dan menjamin pemberian remedi, juga langkah pembetulan untuk membetulkan perlanggaran etika atau apa-apa perlanggaran yang berpotensi yang berkait rapat dengan standard perlakuan di HUD.

    10. Empat pendekatan perlaksanaan yang harus ada pada kod etika yang

    disarankan oleh Lembaga Etika US.

    I. Bebas dan Berkecuali (Independent)

    Lembaga Etika sedar dan peka dengan kemungkinan salah guna kod etika dan usaha mempertahankan status berkecuali dan bebasnya. Tiada pengurus yang akan percaya kepada kod dan prosesnya, jika tidak dilindungi. Kesemua penguatkuasaan memerlukan fokus yang berterusan dalam menyelesaikan masalah. Melihat kepada etika dalam politik, lembaga dan stafnya menghabiskan banyak tenaga memperbetulkan ancaman kepada kebebasan ini. Dalam dua keputusan yang penting, lembaga etika telah menghantar mesej yang jelas bahawa ia tidak akan membenarkan badannya digunakan untuk tujuan politik. Manakala dalam satu keadaan yang lain, lembaga ini hampir kehilangan sokongan kewangan kerana percubaan melarang belanjawan digunakan untuk tujuan politik. Dalam mendrafkan kod etika ini, rujukan kerap dibuat ke atas apa yang dilakukan oleh bidang kuasa di tempat lain. Dalam pada itu, lembaga etika menekankan pemakaian kod sebagai lanjutan kepada standard amalan yang baik. Segala usaha dibuat untuk mencapai persetujuan menyeberangi eksekutif, pejabat ombudsman, pendakwa raya dan perundangan. II. Pemerhatian/pengawasan dan (Visibility and Relevance )

    Fokus media mengenai skandal tertentu memberi ancaman kesedaran yang relevan tapi bersifat sementara. Justeru itu, lembaga

  • 200

    etika membuat peruntukan untuk sentiasa mengemas kini keadaan ini dengan kerap menghantar ringkasan kod etika dan juga menulis risalah mengenainya kepada semua pekerja. Lembaga juga menghantar sinopsis keputusan mereka kepada semua pengurus kanan untuk diberi perhatian. Orientasi pekerja yang baru kini sudah mempunyai komponen etika. Bagi faedah jangka panjang, semua agensi dikehendaki membina standard pelaksanaan kod etika mereka sendiri, disamping mendidik pekerja bawahan mengenai birokrasi dan mengekalkan pengawasan dan relevansinya.

    III. Perkhidmatan

    Pihak lembaga dan stafnya menekankan bahawa mereka telah menyediakan perkhidmatan secara senyap dan efektif untuk agensi dan pegawai-pegawainya. Peruntukan utama kod etika ini menyarankan semua pekerja untuk bersedia menghadapi konflik kepentingan dan memaklumkan kepada majikan mereka. Lembaga ini menyokong usaha ini dan cuba untuk mewujudkan norma-norma budaya dalaman (internalized). Agensi akan mentadbir semua borang maklumat tetapi staf dilatih untuk tidak membenarkan perincian teknikal dalam pentadbiran mengatasi nilai sensitif dan penting, sesuatu nasihat dan sokongan. Fokus proses penasihatan juga tertumpu untuk mengelakkan masalah diselesaikan dalam mahkamah. Lembaga etika menekankan staf yang profesional, penggunaan operasi komputer dan masa yang munasabah diaplikasikan dalam mendapatkan pendapat dan nasihat. Gabungan orientasi perkhidmatan dan kebebasan akhirnya akan menjadi suatu alat untuk mendapatkan kepercayaan agensi. Kepercayaan mengenai pendekatan ini penting kerana jika tidak ia akan dicemuh. Ia juga berupaya menjadi alat yang negatif untuk kepentingan politik dan kepentingan peribadi.

    BAB 5 1. Kuasa pentadbiran banyak melibatkan kuasa budi bicara. Kuasa budi

    bicara yang dimiliki oleh badan pemerintah membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan yang ada. Tiada ukuran atau garis panduan tertentu dalam mencapai keputusan tersebut dan ia ialah sesuatu yang subjektif. Kecenderungan untuk berlakunya salah guna kuasa atau bertindak melampaui kuasa yang diberikan (ultra vires) amat mudah berlaku.

    Justeru, nilai-nilai etika yang baik dapat membantu penjawat awam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan betul dan jujur. Keputusan yang dibuat berasaskan kuasa budi bicara juga dapat diputuskan dengan adil dan penuh beretika tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif atau niat yang tidak baik.

  • 201

    2. Tanggungjawab penjawat awam amat besar. Kebanyakan tugas atau kuasa yang dimiliki banyak melibatkan tanggungjawab untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan negara. Penjawat awam perlu melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas. Justeru, mereka perlu mengetahui hak-hak yang dimiliki oleh setiap rakyat bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama dalam sebarang tindakan serta keputusan yang dibuat.

    Hak-hak ini dianggap penting kerana ia terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. Penjawat awam tidak boleh membuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Nilai-nilai atau values yang terdapat di dalam Perlembagaan ini harus dijadikan panduan dan diberi keutamaan memandangkan ia merupakan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia.

    BAB 7

    1. (a) Encik Ali dan beberapa orang kawannya tidak ingkar perintah.

    Arahan tersebut telah menjadi ingkar perintah senarai tugas setiap penjawat yang berkenaan sahaja. Tugas mencuci pejabat bukanlah tugas rasmi mereka (kecuali penjawat yang berjawatan buruh dan pelayan pejabat). Jadi arahan itu walaupun sah, tetapi tidak munasabah.

    (b) Encik Abu telah ingkar perintah.

    Walaupun latihan tersebut diadakan pada waktu cuti semester, tetapi pensyarah tetap menerima gaji seperti biasa. Lagipun latihan tersebut diandaikan dapat meningkatkan jati diri setiap pensyarah di samping menjamin setiap pensyarah yang terlibat akan lebih bersemangat, cergas dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya yang semakin mencabar. Jadi arahan itu adalah munasabah dan juga sah kerana ia adalah untuk kebaikan pensyarah itu sendiri.

    (c) Encik Ahmad tidak ingkar perintah.

    Alasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan tidak munasabah dan tidak sah jika berpandukan Perintah Am Bab G. Tidak wujud keperluan mustahak yang sebenar seperti alasan yang diberikan hingga memerlukan sebahagian kakitangannya bertugas pada waktu malam sahaja.

  • 202

    2. Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa pekerjaan luar itu tidak bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4 dan khususnya beliau perlu memastikan pekerjaan luar itu:

    (a) tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu

    dikehendaki melaksanakan tugas rasminya. (b) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan

    kebergunaan atau tugas pegawai itu sebagai seorang perkhidmatan awam.

    (c) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam.

    BAB 8

    1. Rasuah ialah penyelewengan wang, kuasa dan kelakuan. Ia juga bermakna melakukan sesuatu tanpa mengikut proses dan prosedur yang betul serta juga menyalahi undang-undang.

    2. Kelemahan sistem dan peraturan menyebabkan proses-proses

    pengurusan dan pentadbiran menjadi tidak cekap, lambat dan menyusahkan. Misalnya masalah birokrasi atau red tape yang dikaitkan dengan peraturan yang terlalu rigid dan banyak. Apabila ini berlaku rakyat yang merupakan pelanggan dalam perkhidmatan awam akan mencari jalan lain untuk memenuhi kehendak mereka seperti memberikan suapan tertentu untuk memastikan matlamat tercapai. Selain itu, kelemahan peraturan juga dikaitkan dengan sistem yang terlalu longgar seperti kawalan yang terlalu sedikit menyebabkan wujudnya ruang untuk berlaku penyelewengan.

    3. Kerajaan melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) selaras dengan

    gejala penyelewengan dalam sektor awam seperti rasuah di samping pembaziran dan ketidakcekapan sumber-sumber.

    4. Majikan boleh memainkan peranan dengan mewujudkan satu

    mekanisme dalaman yang terdiri daripada kenyataan dasar yang melarang gangguan seksual di organisasi. Kenyataan dasar ini mengandungi definisi gangguan seksual yang jelas, prosedur untuk membuat aduan, peraturan, disiplin dan hukuman terhadap pesalah dan individu yang membuat aduan palsu, langkah-langkah pemulihan dan perlindungan kepada mangsa serta program-program promosi dan pendidikan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada pekerja.