Jsu

4
Aspek Huraian JSU Definisi Ia menghuraikan aspek- aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan Langkah membina 1. Menyenaraikan tajuk yang hendak diuji. 2.Menentukan soalan yang akan dibina 3. Menentukan aras kesukaran berdasarkan taksonami objektif pendidikan bloom 4.Nyatakan jenis ujian 5. Menentukan bilangan soalan 6. Menyatakan mata pelajaran tingkatan dan susunan nombor soalan Ciri-ciri 1. Penentuan tajuk dan aras kemahiran yang hendak diuji 2. Paksi menegak - tajuk dan isi pelajaran 3. Paksi mendatar - kemahiran atau konstruk ,bilangan soalan,dan menentukan kesahan setiap ujian. Kepentingan 1. Ujian digubal secara sistematik 2. Kesahan daripada segi persampelan sukatan pelajaran terjamin 3.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang 4. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian 5. Dapat membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain. 6. Panduan untuk membentuk format ujian Fungsi 1. Mengawal soalan yang akan dihasilkan 2. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian 3. Sebagai garis panduan kepada penggubal soalan 4.menstabilkan taraf dan mutu ujian 5. menyelaras aras kesukaran ujian 6. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.

Transcript of Jsu

Page 1: Jsu

Aspek Huraian JSU

Definisi

Ia menghuraikan aspek- aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Langkah membina

1. Menyenaraikan tajuk yang hendak diuji.

2.Menentukan soalan yang akan dibina

3. Menentukan aras kesukaran berdasarkan taksonami objektif pendidikan bloom

4.Nyatakan jenis ujian

5. Menentukan bilangan soalan

6. Menyatakan mata pelajaran tingkatan dan susunan nombor soalan

Ciri-ciri

1. Penentuan tajuk dan aras kemahiran yang hendak diuji

2. Paksi menegak - tajuk dan isi pelajaran

3. Paksi mendatar - kemahiran atau konstruk ,bilangan soalan,dan menentukan kesahan setiap ujian.

Kepentingan

1. Ujian digubal secara sistematik

2. Kesahan daripada segi persampelan sukatan pelajaran terjamin

3.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

4. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian

5. Dapat membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.

6. Panduan untuk membentuk format ujian

Fungsi

1. Mengawal soalan yang akan dihasilkan

2. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

3. Sebagai garis panduan kepada penggubal soalan

4.menstabilkan taraf dan mutu ujian

5. menyelaras aras kesukaran ujian

6. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal lain.

Page 2: Jsu

1.0 Jadual Spesifikasi ujian

1.1 Definisi.

Ujian yang baik mestilah mempunyai perancangan yang rapi. Oleh itu ,cara yang

baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan jadual spesifikasi

ujian. Jadual spesifikasi ujian adalah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu

ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir ,pemberat setiap konstruk

,konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran. Jadual spesifikasi ujian juga

menghurai aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk

mendapatkan satu sampel item-item soalan . Penggubalan sesuatu kertas ujian

perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Banyak pertimbangan yang

harus di buat semasa menyediakan soalan ujian

. Ujian sepatutnya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin

merangkumi komponen pengetahuan ,kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan

.Pertimbangan ini , bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan

yang relevan dengan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang telah

disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai

proses termasuk jadual spesifikasi ujian (JSU )

1.2 Maklumat dalam JSU

JSU mempunyai beberapa maklumat berkaitan kandungan ujian yang berupa topik

–topik pelajaran serta aras-aras kemahiran yang mengikut taksonomi bloom iaitu

aras pengetahuan, aplikasi ,kefahaman, analisis, sintesis dan penilaian. Pemberatan

( % ) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan

kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk-bentuk ujian ditentukan sama ada

berbentuk objektif ,esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item juga

ditentukan mengikut bentuk kandungan dan aras kemahiran dan aras kesukaran.

Kepayahan dan kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80 % .JSU

merupakan satu carta yang mempunyai dua hala di mana paksi tegak mengandungi

tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar pula mengandungi jenis kemahiran

yang diuji.JSU juga memastikan sama ada unit –unit pembelajaran telah dikuasai

dengan baik oleh para pelajar. Selain daripada itu JSU yang dirancang dengan baik

akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian

Page 3: Jsu

kerana ia merangka secara nyata bidang yang akan diuji .Pembahagian soalan

untuk tiap-tiap kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam

pengajaran.

1.3 Pembinaan Dan Penggunaan JSU

Seorang guru perlu tahu cara membina JSU dengan betul agar dapat menyediakan

soalan ujian yang baik dan berkaitan dengan topik serta kemahiran yang telah

dipelajari oleh pelajar. Terdapat beberapa langkah membina JSU.

Langkah pertama ialah guru harus memilih atau menyenaraikan tajuk-tajuk yang

dipilih dan hendak diuji, Tajuk yang hendak diuji mestilah tajuk-tajuk yang telah

diajar .Guru tidak boleh menguji soalan berkaitan dengan topik yang belum pernah

diajar. Selepas itu ,langkah kedua ialah menentukan soalan yang akan dibina.

Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan pertimbangan yang baik, Terdapat

beberapa perkara yang mesti diambil kira dalam langka ini ialah tujuan ujian itu

diadakan, masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan ujian, umur murid dan

bilangan murid yang akan diuji.

Contoh Seorang guru ingin membina 20 soalan objektif manakala setiap soalan

yang betul akan mendapat satu markah. Maka jumlah soalan bagi setiap topik ialah

dikira dengan menggunakan formula berikut

Langkah ketiga untuk membina JSU ialah guru perlu menentukan aras kesukaran

item. Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom yang

merangkumi 3 domain iaitu kognitif bagi aktiviti mental, afektif bagi menitik beratkan

sikap ,emosi dan perasaan. Manakala, psikomotor pula khusus untuk aktiviti fizikal.

Terdapat enam aras soalan yang digunakan iaitu aras pengetahuan ,kefahaman,

aplikasi analisis sintesis dan penilaian. Seterusnya, langkah keempat ialah langkah

yang menyatakan jenis ujian itu diuji iaitu sama ada ujian objektif, struktur ,esei dan

lain-lain. Manakala, langkah ke lima ialah menentukan bilangan soalan bagi setiap

komponen iaitu objektif ,struktur,dan esei .Guru juga perlu menentukan aras

kesukaran soalan ,iaitu daripada soalan mudah kepada susah serta menentukan

cara pemarkahan setiap soalan.Akhirnya pada langkah keenam ialah guru perlu

Jumlah masa x jumlah soalan

Jumlah masa keseluruhan

Page 4: Jsu

menyatakan mata pelajaran yang diuji, tingkatan dan susunan nombor soalan

mengikut tajuk.