Jurnal 12 - 16 April

3
BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMA TARIKH : 12 APRIL - 16 APRIL 2015 MASALAH KAWALAN KELAS 1. Masalah Sepanjang minggu pertama, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah dalam pengawalan kelas. Walaubagaimanapun, setelah diteliti saya dapati situasi ini berlaku pada kelas-kelas tahap 1 sahaja. Kawalan kelas yang kurang cekap adalah disebabkan penyampaian arahan yang kurang jelas dan murid tidak memahami dengan baik arahan yang diberi oleh guru. 2. Analisis Berdasarkan penyataan diatas, masalah yang timbul kerana kurang penegasan arahan yang dibuat. Hal ini demikian kerana, murid- murid tahap 1 perlu diberi arahan yang jelas dan pastikan mereka memahami arahan tersebut dengan baik. Kemudian, barulah tindakan yang diambil akan memenuhi kehendak guru. Jadi, berdasarkan kelas Pendidikan Jasmani yang saya masuk pada minggu pertama, pengajaran ini saya ambil untuk proses PdP akan datang. 3. Kajian Lampau yang Berkaitan Isu Masalah Model Disiplin Marlene dan Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Model ini menyatakan bahawa pelan yang berkesan hendaklah disediakan dahulu sebelum dimaklumkan kepada murid-murid. Dalam hal ini, guru-guru yang yang tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid tersebut menganggap bahawa guru telah takut akan mereka. Guru-guru yang sentiasa marah-marah kepada murid-murid mereka juga akan menjadi salah satu faktor penyebab kerana murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat dan menghormati hak mereka. Adalah diharapkan guru tidak perlu hingga marah kepada murid tetapi

description

Jurnal Praktikum Fasa 1 SK Tengkawang

Transcript of Jurnal 12 - 16 April

BIL. JURNAL: MINGGU PERTAMATARIKH : 12 APRIL - 16 APRIL 2015MASALAH KAWALAN KELAS

1. Masalah

Sepanjang minggu pertama, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah dalam pengawalan kelas. Walaubagaimanapun, setelah diteliti saya dapati situasi ini berlaku pada kelas-kelas tahap 1 sahaja. Kawalan kelas yang kurang cekap adalah disebabkan penyampaian arahan yang kurang jelas dan murid tidak memahami dengan baik arahan yang diberi oleh guru.

2. Analisis

Berdasarkan penyataan diatas, masalah yang timbul kerana kurang penegasan arahan yang dibuat. Hal ini demikian kerana, murid-murid tahap 1 perlu diberi arahan yang jelas dan pastikan mereka memahami arahan tersebut dengan baik. Kemudian, barulah tindakan yang diambil akan memenuhi kehendak guru. Jadi, berdasarkan kelas Pendidikan Jasmani yang saya masuk pada minggu pertama, pengajaran ini saya ambil untuk proses PdP akan datang. 3. Kajian Lampau yang Berkaitan Isu Masalah

Model Disiplin Marlene dan Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Model ini menyatakan bahawa pelan yang berkesan hendaklah disediakan dahulu sebelum dimaklumkan kepada murid-murid.

Dalam hal ini, guru-guru yang yang tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid tersebut menganggap bahawa guru telah takut akan mereka. Guru-guru yang sentiasa marah-marah kepada murid-murid mereka juga akan menjadi salah satu faktor penyebab kerana murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat dan menghormati hak mereka. Adalah diharapkan guru tidak perlu hingga marah kepada murid tetapi pastikan arahan itu jelas terlebih dahulu. Contohnya, pastikan setiap arahan mudah difahami oleh murid.

4. Cadangan Penambahbaikan

a) Saya perlu lebih mendalami ilmu pengawalan kelas dengan membuat rujukan daripada internet dan melalui buku-buku rujukan yang berkenaan bagi memastikan tahap penguasaan kawalan kelas saya menjadi lebih baik.b) Arahan yang saya berikan mesti lebih jelas, tersusun dan murid mudah memahaminya agar tindakan yang mereka ambil selari dengan kehendak guru.c) Merancang aktiviti yang memberi daya fokus dan pergerakan fizikal murid.d) Pendapat dan nasihat daripada pensyarah, guru dan rakan juga akan diambil berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang pengajaran.

5. Tempoh Masa

Masalah yang dihadapi ini boleh diatasi secepat mungkin kerana walaupun masalah kawalan kelas merupakan antara masalah yang dihadapi dalam kebanyakan guru pelatih tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Malah amat penting untuk sentiasa mengingati arahan yang jelas amat penting dalam pengajaran. Justeru, setiap standard pembelajaran dapat dicapai oleh murid-murid dengan penilaian yang baik.

6. Penilaian Kejayaan

Penilaian keberhasilan untuk masalah ini dapat dinilai oleh saya sendiri apabila guru pembimbing dan pensyarah pembimbing membuat penilaian. Saya juga dapat melaksanakan setiap aktiviti dengan lancar.

7. Tindakan Susulan

Nasihat daripada guru-guru di sekolah dan pandangan pensyarah amat berguna buat saya jadikan ia sebagai panduan. Saya juga akan memastikan aktiviti yang dirancang juga amat mudah untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Maka, kawalan kelas saya akan menjadi lebih berkesan. Kawalan kelas ini amat berkesan semasa saya mengajar kelas selama 60 minit.

8. KesimpulanKesimpulannya, aktiviti dan pergerakan aktif murid-murid dalam kelas adalah penting. Namun, masalah-masalah yang ditimbulkan yang tiada kaitan dengan pembelajaran haruslan diatasi. Justeru, masalah kawalan kelas dapat dielakkan ketika setiap kali proses PdP samada selama 30 minit mahupun 60 minit.

Disemak oleh guru pembimbing :

Tandatangan:Nama:Tarikh:Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan:Nama:Tarikh: