jurnal 2

2
IPGKIK -19 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-4 Keempat 26 April 2014 Masalah Pengurusan Masa 1. Masalah / Peristiwa Saya telah menghadapi masalah pengurusan masa semasa mengajar kelas Pendidikan Muzik. Saya mengalami masalah pengurusan masa kerana kelas terpaksa dimulakan lambat kerana murid masuk lambat selepas kelas Pendidikan Jasmani dan mengambil masa yang lama untuk kembali ke kelas dan bersedia untuk sesi p&p. Masalah pengurusan masa juga timbul kerana masa yang saya peruntukkan untuk langkah ke-3 adalah terlalu sedikit bagi murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini adalah kerana tugasan tersebut sedikit sukar dan beraras tinggi, tidak sesuai dengan aras pemahaman mereka. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid masuk ke kelas lewat dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan buku latihan daripada beg masing-masingserta menyalin balik lirik lagu yang dipamerkan. Hal ini menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak sempat dilaksanakan dan terpaksa meminta murid menyiapkan kerja di rumah. Saya juga mengalami masalah pengurusan masa kerana hari ini adalah hari pertama saya mengajar kelas ini dan saya telah merancang aktiviti yang tidak sesuai dengan aras pengetahuan dan kemampuan murid-murid saya. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya harus memberikan lembaran kerja kepada murid dalam bentuk handout untuk menjimatkan masa daripada meminta murid-murid menulis panjang lebar dalam buku latihan. b. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. c. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama apabila murid terpaksa bergerak dari satu kelas ke kelas lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dalam masa yang telah dirancangkan. d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain berkenaan pengurusan masa. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Unit Praktikum 2011

description

Jurnal

Transcript of jurnal 2

IPGKIK -19INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal :::: Ke-4Keempat26 April 2014Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Saya telah menghadapi masalah pengurusan masa semasa mengajar kelas Pendidikan Muzik. Saya mengalami masalah pengurusan masa kerana kelas terpaksa dimulakan lambat kerana murid masuk lambat selepas kelas Pendidikan Jasmani dan mengambil masa yang lama untuk kembali ke kelas dan bersedia untuk sesi p&p. Masalah pengurusan masa juga timbul kerana masa yang saya peruntukkan untuk langkah ke-3 adalah terlalu sedikit bagi murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini adalah kerana tugasan tersebut sedikit sukar dan beraras tinggi, tidak sesuai dengan aras pemahaman mereka.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid masuk ke kelas lewat dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan buku latihan daripada beg masing-masingserta menyalin balik lirik lagu yang dipamerkan. Hal ini menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak sempat dilaksanakan dan terpaksa meminta murid menyiapkan kerja di rumah. Saya juga mengalami masalah pengurusan masa kerana hari ini adalah hari pertama saya mengajar kelas ini dan saya telah merancang aktiviti yang tidak sesuai dengan aras pengetahuan dan kemampuan murid-murid saya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya harus memberikan lembaran kerja kepada murid dalam bentuk handout untuk menjimatkan masa daripada meminta murid-murid menulis panjang lebar dalam buku latihan. b. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.c. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama apabila murid terpaksa bergerak dari satu kelas ke kelas lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dalam masa yang telah dirancangkan.d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain berkenaan pengurusan masa.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Unit Praktikum 2011