JURNAL 5

2
Bilangan Jurnal : Ke 5 Minggu Praktikum : Kelima Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24 hingga 28 Febuari 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Bahasa Inggeris 1. Masalah / Peristiwa Minggu ini (24 hingga 28 febuari 2014) Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Terdapat banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan dipecahkan mengikut tahun dimana setiap tahun akan menyertai aktiviti yang berbeza. Tema yang dipilih untuk Minngu Bahasa Inggeris adalah The Colourful World Of English Language" 2. Analisis Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris ini, saya dapati bahawa Minggu Bahasa Inggeris Sekolah kebangsaan Seri Tasik tidak dilaksanakan secara menyeluruh dimana tidak melibatkan semua murid yang menyertai aktiviti. Hal ini demikian kerana guru hanya memilih sebahagian kecil murid sebagai wakil kelas masing-masing untuk menyertai aktiviti yang dibuat. Selain daripada itu, saya dapati keadaan persekitaran murid yang seakan-akan tidak menyedari kewujudan Minggu Bahasa Inggeris ini. Hal ini demikian kerana murid tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan dan menyertai Minggu Bahasa Inggeris. Isu ini timbul disebabkan oleh kurangnya promosi dan penghebahan tentang Minggu Bahasa Inggeris.

description

PRAKTIKUM

Transcript of JURNAL 5

Bilangan Jurnal: Ke 5Minggu Praktikum: Kelima Tarikh Peristiwa/Kejadian: 24 hingga 28 Febuari 2014Tajuk Jurnal: Minggu Bahasa Inggeris

1. Masalah / Peristiwa

Minggu ini (24 hingga 28 febuari 2014) Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Terdapat banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan dipecahkan mengikut tahun dimana setiap tahun akan menyertai aktiviti yang berbeza. Tema yang dipilih untuk Minngu Bahasa Inggeris adalah The Colourful World Of English Language"

2. AnalisisBerdasarkan pemerhatian saya sepanjang pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris ini, saya dapati bahawa Minggu Bahasa Inggeris Sekolah kebangsaan Seri Tasik tidak dilaksanakan secara menyeluruh dimana tidak melibatkan semua murid yang menyertai aktiviti. Hal ini demikian kerana guru hanya memilih sebahagian kecil murid sebagai wakil kelas masing-masing untuk menyertai aktiviti yang dibuat. Selain daripada itu, saya dapati keadaan persekitaran murid yang seakan-akan tidak menyedari kewujudan Minggu Bahasa Inggeris ini. Hal ini demikian kerana murid tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan dan menyertai Minggu Bahasa Inggeris. Isu ini timbul disebabkan oleh kurangnya promosi dan penghebahan tentang Minggu Bahasa Inggeris.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya merancang untuk turut serta dalam majlis atau aktiviti besar yang akan dikendalikan oleh pihak sekolah secara khusus. Saya akan membantu pihak sekolah daripada segi promosi atau penghebahan aktiviti mahupun majlis secara maksimum.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan membantu pihak sekolah untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling Zon Pudu pada 17 dan 18 mac 2014 sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa pengelola. Selain daripada itu, saya akan menyertai semua aktiviti yang akan diadakan oleh pihak sekolah pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :