jurnal 5

2
Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa ( Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid- murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya. Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara. Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai “orang sepet”. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah. Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak- kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak- kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.

description

jurnal

Transcript of jurnal 5

Page 1: jurnal 5

Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas

Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan

Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997.

Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman.

Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah

Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan

keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan

kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid

normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di

kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap  yang rendah atau minima.

Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat  beberapa isu yang

timbul.  Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam

program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam

program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu

rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial

antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.

Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja.

Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang

istimewa ini.  Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan

khas ini dengan sebaiknya.

Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya

ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap

seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya.

Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan

individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara.

Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga

wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal

yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang

sepet. Mereka menggelarnya sebagai “orang sepet”. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak

sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.

Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku

terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan

yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal

atau perbuatan yang mengasingkan  atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam

Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam

sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran

Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di

program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa

berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses

pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk

terhadap kanak-kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi

mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu

diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.