Jurnal 8
-
Upload
anati-azizan -
Category
Education
-
view
47 -
download
4
Transcript of Jurnal 8
JURNAL 8
MINGGU KESEMBILAN
18 MAC – 22 MAC 2013
PEMILIHAN FOKUS
Daya ingatan murid dalam menghafal sifir bagi kelas 4 Dedikasi
MENGANALISIS
Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid kelas 4
Dedikasi. Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah dalam menghafal sifir.
Mereka cepat lupa dan proses ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek.
Saya mengajar mereka tajuk pecahan. Dalam tajuk menukarkan pecahan setara
kepada pecahan termudah, pengajaran ini melibatkan penggunaan sifir. Kebanyakan
daripada mereka tidak menghafal sifir. Bayangkan sifir 2 yang mudah itu mereka
tidak ingat, apatah lagi sifir 6, 7, 8 dan seterusnya mereka langsung tidak ingat.
Perkara ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan latihan bagi
tajuk pecahan ini. Apabila mereka tidak mengingat sifir, banyak operasi yang mereka
tidak boleh buat terutamanya operasi bahagi. Saya dapati Ujian pertengahan
Semester baru-baru ini melibatkan operasi bahagi, ramai di antara mereka tidak
menjawab soalan tersebut. Perkara ini telah merugikan markah mereka dan juga
mereka.
PERASAAN / BISIKAN HATI
Perasaan :
Saya berasa kecewa dengan sikap murid-murid pada masa kini yang sangat-sangat
tebal sikap ‘M’ mereka. Mereka tidak mahu berusaha langsung dan mengharapkan
guru yang sentiasa memberikan jawapan kepada mereka. Tambahan, saya dapati
mereka terlalu banyak bermain sehingga lupa untuk mengulang kaji mata pelajaran.
Saya sedih melihat keadaan mereka kerana mereka masih muda dan tidak
sepatutnya mereka mensia-siakan pelajaran mereka begitu sahaja. Saya sudah cuba
sedaya upaya untuk menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik tetapi
sayangnya mereka tidak berminat. Pernah saya bertanya kepada mereka sama ada
mereka minat matematik atau pun tidak, kebanyakan menjawab tidak minat. Saya
meminta mereka memberikan alasan mengapa mereka tidak minat. Mereka kata
mereka tidak faham. Mereka tidak faham bahasa Inggeris jadi mereka tidak tahu apa
yang dikatakan di dalam buku. Mendengar pernyataan anak-anak murid saya, saya
JURNAL 8
merasa sedih kerana majoriti daripada mereka terdiri daripada bangsa Melayu. Apa
akan jadi kepada bangsa Melayu jika dari peringkat awal lagi mereka sudah
kecundang?
Kesedaran / Harapan :
Berdasarkan apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu
kepada mereka. Dalam subjek matematik, kebiasaannya murid perlu kerap diberikan
latihan dalam pengiraan supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik tersebut.
Selain itu, dalam pelajaran ini juga, aktiviti pengulangan perlu kerap dijalankan.
Kaedah ini bertujuan supaya ingatan mereka lebih kukuh. Saya juga perlu
pelbagaikan bahan bantu belajar serta mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian murid-murid.
CADANGAN / TINDAKAN
Untuk pengajaran akan datang, saya akan :
Mengaplikasikan teknik-teknik untuk mengingat supaya ingatan anak-anak
murid saya lebih kukuh.
Menggunakan teknik latih tubi supaya mereka dapat mengukuhkan lagi
kemahiran pengiraan mereka.
Melakukan pengulangan tentang sesuatu tajuk atau kemahiran berulang kali
sehingga saya rasakan mereka telah menguasai tentang tajuk tersebut.
Perbanyakan soalan di dalam lembaran kerja serta latihan sebagai kerja
rumah.
Memberikan carta darab kepada mereka seorang satu supaya mereka mudah
bawa ke mana-mana untuk menghafal sifir.
Menjalankan kuiz, ujian ringkas tentang tajuk sifir.