jurnal m 8

7
 PENULISAN JURNAL MINGGU : MINGGU KELAPAN TARIKH : 21 0G0S 2011 – 25 OGOS 2011 MASALAH Pada mi ng gu te rakhir sa ya me nj alani pr aktikum di sekolah ini, sa ya mengalami sedikit masalah dalam kawalan kelas ketika manjalan proses pengajaran yan g hany a meme rluk an pene rang an dar ipad a say a sah aja . Murid-murid mudah hilang tumpuan menyebabkan pengajaran saya sedikit terganggu. Walaubagaimanapun, masalah ini tidaklah terlalu ketara sehingga mendatangkan masalah besar di dalam kelas saya. Menurut Dunn dan Dunn (1982), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan terdapa t lima elemen rangsangan yang boleh memberi kesan atau pengaruh terhadap stail pembelajaran individu : `` Li ma ele men ran gsangan itu ialah persekita ran, emo si , sosia l, fis iol ogi dan psikologi.’’ Saya ingin membuat satu perubahan di dalam kelas 3 Setia ini. Saya ingin mur id- mur id mende ngar penga jaran sa ya kerana percaka pan dua hala boleh menjeja skan proses pembelajara n. Kebisin gan yang disebabkan oleh pembela jaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang menganggu pembelajaran perlu dielakkan sama sekali. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini sangatlah tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.

Transcript of jurnal m 8

Page 1: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 1/7

PENULISAN JURNAL

MINGGU : MINGGU KELAPAN

TARIKH : 21 0G0S 2011 – 25 OGOS 2011

MASALAH

Pada minggu terakhir saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya

mengalami sedikit masalah dalam kawalan kelas ketika manjalan proses pengajaran

yang hanya memerlukan penerangan daripada saya sahaja. Murid-murid mudah

hilang tumpuan menyebabkan pengajaran saya sedikit terganggu.Walaubagaimanapun, masalah ini tidaklah terlalu ketara sehingga mendatangkan

masalah besar di dalam kelas saya.

Menurut Dunn dan Dunn (1982), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan terdapat

lima elemen rangsangan yang boleh memberi kesan atau pengaruh terhadap stail

pembelajaran individu :

``Lima elemen rangsangan itu ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan

psikologi.’’

Saya ingin membuat satu perubahan di dalam kelas 3 Setia ini. Saya ingin

murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh

menjejaskan proses pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran

tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang menganggu pembelajaran perlu

dielakkan sama sekali. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai

kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini sangatlah tidak

adil kepada semua murid-murid yang lain.

Page 2: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 2/7

ANALISIS MASALAH

Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang timbul

adalah kerana kekurangan keupayaan individudalam proses adaptasi atau pun

akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka.

 Akibatnya, ia akan menganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat,

dan seterusnya menganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses

interaksi berlaku.

Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990) `` mentakrifkan tingkah laku bermasalah

seseorang individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan hidupnya.’’ 

Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku

bermasalah negatif. Kebisingan yang dilakukan oleh segelintir murid-murid

Prasekolah Sri Cahaya adalah tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah laku

yang menganggu proses pembelajaran dan pengajaran. (disruptif)

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya perlu menyiasat punca-punca tingkah

laku sebilangan murid-murid di Prasekolah Sri Cahaya yang gemar membuat bising

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran saya sedang berlangsung. Kejadian ini

menyebabkan terdetik beberapa soalan dalam minda saya ini :

- Apakah murid sudah bosan dengan pengajaran saya?

- Apakah yang menjadikan mereka bosan?

- Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?

- Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?

- Adakah saya menjadi punca masalah ini?

Page 3: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 3/7

Saya juga menemubual secara ringkas dengan guru Prasekolah Puteri Bestari ini

dan juga melakukan pemerhatian terhadap masalah ini. Hasilnya, saya memperolehi

maklumat bahawa :

- Murid-murid yang membuat bising di dalam kelas adalah daripada kumpulan

yang lemah.

- Tingkah laku murid-murid itu sendiri dan menjadikan kelas itu tidak aktif.

- Tiada aktiviti yang menyeronokkan sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

- Murid-murid tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar.

Pada awalnya, tanggapan saya bahawa murid-murid dari kumpulan lemah tidak

suka untuk suka belajar kerana tidak mempunyai motivasi untuk belajar adalah

salah. Namun demikian, setelah saya membuat refleksi setiap hari sepanjang di

sekolah ini, saya sebagai seorang guru seharusnya berusaha untuk menimbulkanminat untuk belajar dalam kalangan murid-murid tersebut. Saya tidak boleh

membiarkan terus-menerus kelakuan yang demikian akan menganggu murid-murid

lain yang ingin belajar.

Menurut Schroeder ,murid sekolah rendah lebih suka aktiviti pembelajaran yang aktif 

secara konkrit berbanding aktiviti berfikir yang abstrak dalam nisbah lima kepada

satu. Daripada apa yang dijelaskan, Schroeder membuat kesimpulan bahawa :

``Cara pengajaran dan pembelajaran aktif mewujudkan keserasian yang 

amat baik kepada murid masa kini. Untuk lebih berkesan, guru harus

menggunakan semua cara berikut : perbincangan dan projek kumpulan kecil,

 persembahan dalam kelas, simulasi dan ka ian kes.’’ 

Page 4: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 4/7

Schroeder khususnya menegaskan murid-murid sekarang dapat menyesuaikan diri

dengan agak baik kepada aktiviti kumpulan dan pembelajaran semuafakatan.

Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa murid-murid memandang remeh

akan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Kadang-kadang

saya terfikir kebisingan yang berlaku di dalam kelas Prasekolah Puteri Bestari ini

membuatkan saya berfikir bahawa murid-murid ini kurang rasa hormat terhadap guru

pelatih seperti saya. Ini mungkin kerana saya masih kurang pengalaman dalambidang keguruan.

CADANGAN

Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengelakkan murid-murid

membuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

 Antaranya :

- Merancang teknik denda dan dan peneguhan positif dan negatif.

- Merancang aktiviti kumpulan yang menarik dan sesuai dengan tahap

kebolehan murid-murid.

- Memberikan peneguhan positif seperti menyediakan hadiah bagi kumpulan

yang menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi atau yang berjaya

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

- Memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan murid yang membuat bising

dan tidak memberi perhatian dengan selalu berdamping dan memberi

bimbingan secara berterusan.

Page 5: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 5/7

Setiap langkah yang telah disediakan ini perlu diteliti supaya langkah-langkah ini

sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Sehubungan dengan itu, sayan telah

membuat sedikit bacaan ilmiah yang boleh menguatkan lagi langkah-langkah yang

telah saya fikirkan.

Jeome Bruner (1966) mengakui pentingnya pembelajaran secara berkumpulan

dalam buku klasiknya Toward a Theory of Instruction yang menghuraikan

``Apabila tindakan bersama dan sifat timbal balik diperlukan oleh kumpulan bagi

mencapai sesuatu objektif, maka ada semacam suatu proses yang mendorongseseorang itu belajar, merangsang kecekapan dalam dirinya, iaitu kriteria yang perlu

membentuk sesuatu kumpulan.’’

Melalui pendapat Bruner, saya dapat memahami bahawa aktiviti

pembelajaran secara berkumpulan dapat merangsang murid untuk bekerjasama dan

menumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan demi mencapai matlamat

dan objektif yang telah ditetapkan.

Konsep Maslow dan Bruner ini meletakkan murid ke dalam kumpulan

memberikan tugas kepada mereka yang memerlukandan saling bergantung antara

satu sama lain bagi menyelesaikan kerja-kerja mereka. Cara ini adalah amat baik

dan berkesan bagi membuatkan murid-murid cenderung memberikan tumpuan

kepada pembelajaran.

Berdasarkan pendapat dan konsep Bruner, saya telah memilih untuk

merancang aktiviti berkumpulan yang menarik kepada murid-murid Prasekolah Sri

Cahaya bagi meningkatkan lagi tumpuan mereka terhadap pembelajaran seterusnya

mengurangkan kebisingan di dalam kelas.

Page 6: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 6/7

Oleh itu saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

- Merancang rancangan pengajaran yang mengandungi aktiviti berkumpulanyang menarik.

- Memberikan markah bagi setiap aktiviti berkumpulan.

- Memberikan ganjaran kepada kumpulan yang menunjukkan nilai-nilai yang

positif.

-

TEMPOH PENYELESAIAN

(21 0G0S 2011 – 25 OGOS 2011) 1 MINGGU

TINDAKAN SUSULAN

Daripada konsep Maslow dan Bruner, aktiviti pembelajaran berkumpulan

membantu mendorong pembelajaran aktif. Ini bermakna aktiviti berkumpulan dapat

membantu murid menumpukan perhatian kepada pelajaran. Justeru itu, saya telah

membuat langkah-langkah berikut :

- Mengadakan aktiviti berkumpulan setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran diadakan.

- Mengumpul markah setiap kumpulan dan memaparkannya di hadapan kelas

setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran.

- Memberikan hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi pada

minggu terakhir praktikum.

Page 7: jurnal m 8

5/14/2018 jurnal m 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-m-8 7/7

KESIMPULAN

Melalui pembacaan dan pemerhatian ilmiah yang telah saya lakukan, saya

dapati bahawa aktiviti pengajaran secara berkumpulan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang aktif. Murid yang lemah dan suka membuat bising akan

terdorong dan tertarik untuk terlibat sekali di dalam aktiviti berkumpulan untuk

mencapai matlamat kumpulan masing-masing iaitu ganjaran berbentuk hadiah untuk

pada waktu yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama saya boleh member 

perhatian yang lebih kepada kumpulan murid yang membuat bising dengan selalu

berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan.

Inovasi yang telah saya lakukan di sini ialah dengan menggabungkan teknik

pengajaran secara berkumpulan dan teknik peneguhan bagi menyelesaikan

masalah ini. Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan

sesuatu peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu

berlaku akan bertambah. Di sini peneguhan positif yang saya lakukan ialah

berbentuk ganjaran iaitu hadiah bagi kumpulan yang menunjukkan nilai positif yang

banyak sekali.