jurnal m2

2
JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA PRAKTIKUM FASA 2 BATU PAHAT 1.0 Tarikh 24 Januari 2016 – 28 Januari 2015 2.0 Masalah / isu Pada minggu kedua pengajaran dan pembelajaran dijalankan, masalah yang saya hadapi masih sama iaitu pengawalan kelas yang kurang efektif. Saya masih tidak dapat mencari jalan yang paling sesuai untuk mengawal kelas dengan baik. Sistem ganjaran yang digunakan hanya dapat membantu dalam masa yang tertentu sahaja. Hal ini kerana, murid hanya mahu ganjaran dan terus melakukan kesalahan disiplin dalam kelas. 3.0 Analisis Saya telah menjalankan analisis berdasarkan pengalaman guru praktikum yang lepas. Mereka telah menggunakan sistem token bagi mengawal kelas. Sistem token yang digunakan berjaya mengawal kelas dengan baik. 4.0 Cadangan penyelesaian Saya akan cuba menggunakan teknik yang saya gunakan semasa praktikum yang lepas iaitu sistem token. Sistem

description

mengenai jurnal mingguan

Transcript of jurnal m2

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA PRAKTIKUM FASA 2

BATU PAHAT

1.0 Tarikh24 Januari 2016 – 28 Januari 2015

2.0 Masalah / isuPada minggu kedua pengajaran dan pembelajaran dijalankan, masalah

yang saya hadapi masih sama iaitu pengawalan kelas yang kurang efektif.

Saya masih tidak dapat mencari jalan yang paling sesuai untuk mengawal

kelas dengan baik. Sistem ganjaran yang digunakan hanya dapat

membantu dalam masa yang tertentu sahaja. Hal ini kerana, murid hanya

mahu ganjaran dan terus melakukan kesalahan disiplin dalam kelas.

3.0 AnalisisSaya telah menjalankan analisis berdasarkan pengalaman guru praktikum

yang lepas. Mereka telah menggunakan sistem token bagi mengawal

kelas. Sistem token yang digunakan berjaya mengawal kelas dengan

baik.

4.0 Cadangan penyelesaian

Saya akan cuba menggunakan teknik yang saya gunakan semasa

praktikum yang lepas iaitu sistem token. Sistem token ini berfungsi untuk

memberi markah apabila murid mematuhi arahan dan menolak markah

sekiranya murid melanggar arahan dan melakukan kesalahan disiplin.

5.0 Tempoh masaMasalah ini akan saya usahakan untuk diselesaikan dalam masa yang

singkat agar saya dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan. Saya

akan menjalankan usaha supaya masalah ini akan dapat diatasi dengan

cepat.

6.0 Tindakan susulanSaya akan merancang aktiviti yang lebih menarik dan bersesuaian

dengan masa yang dirancangkan. Saya akan membuat persediaan yang

secukupnya sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

………………………......................Nama :Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing :

………………………......................Nama :Tarikh :